struktur pengetahuan

33
Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 1 UNIT PELAJARAN 4 KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud kurikulum 2. Menganalisis kurikulum 3. Membezakan perspektif kurikulum sebagai produk dengan kurikulum sebagai proses. 4. Mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk pengajaran. PENGENALAN Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan kurikulum dan jenis-jenis kurikulum yang digunakan di sekolah. Anda juga dapat membezakan kurikulum sebagai sistem, produk dan proses?

Upload: cik-noorlyda

Post on 26-May-2015

5.999 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 1

UNIT PELAJARAN 4

KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud kurikulum

2. Menganalisis kurikulum

3. Membezakan perspektif kurikulum sebagai produk dengan kurikulum sebagai proses.

4. Mengambil kira prinsip-prinsip utama dalam perancangan dan organisasi kurikulum untuk pengajaran.

PENGENALAN

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan kurikulum dan jenis-jenis kurikulum yang digunakan di sekolah. Anda juga dapat membezakan kurikulum sebagai sistem, produk dan proses?

dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting mempengaruhi pembelajaran murid ialah kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran? Menyedari bahawa kurikulum boleh membantu murid memahami dengan lebih baik tentang isi kandungan yang akan diajar kepada

mereka dan bagaimana kurikulum dapat dibina, dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambahbaik interaksi guru dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pengetahuan dan kebolehan intelek dan kemahiran.

A

Page 2: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 2

Mari kita tentukan bagaimana untuk mengenbangkan kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran kepada murid anda! Kenalpasti kurikulum sebagai sistem, produk dan proses sehingga boleh menjana kebolehan intelek dan kemahiran. Selepas anda selesai, buat analisis kurikulum anda jawab soalan berikut:

Adakah anda faham kurikulum dan struktur pengetahuan yang dihasilkan setelah memlalui satu proses, produk dan dilaksanakan di sekolah? Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan sebagai seorang pemindah kurikulum yang professional?

Adakah pelaksanaan kurikulum anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar ke arah kemahiran intelek?

ISI KANDUNGAN

Apakah erti kurikulum?

aiklah. Selepas menyedari erti kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran dan kurikulum sebagai sistem, produk dan proses, bagaimana anda akan lakukan atau aksi pengajaran anda di bilik darjah? Rajah 4.1 menunjukkan beberapa senario bilik darjah. B

Rajah 4.1 Senario di bilik darjah

Bolehkah anda mengenalpasti apakah yang tidak kena dengan senario di atas? Adakah anda bersetuju bahawa ini merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah pada hari ini? Adakah ini merupakan kelakuan murid yang berlaku di bilik darjah anda? Pada pendapat anda, apakah kurikulum boleh membantu murid lebih

melibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah?

Page 3: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 3

Salah satu faktor ialah kurikulum: Struktur pengetahuan dan kemahiran pengajaran yang boleh mengembangkan kebolehan intelek dan kemahiran. Inilah konsep utama yang kita akan bincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman mengajar, ‘kurikulum’ merupakan sesuatu yang agak biasa anda dengar.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan definisi kurikulum yang biasa digunakan di sekolah.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan kurikulum merupakan struktur pengetahuan dan kemahiran yang memberi peluang murid mengembangkan kebolehan intelek dan kemahiran, maka anda telah faham. Sudah tentu anda boleh mengajar mengikut kurikulum yang disediakan.

Apakah yang anda faham tentang erti kurikulum. Selalunya ditakrifkan berdasarkan tugas, kegunaan dan fungsinya dalam pendidikan. Terdapat pelbagai pengertian dan tafsiran konsep kurikulum. Pada amnya kurikulum bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang pelajar perlu belajar. Kurikulum formal dan terancang di sekolah ialah mata pelajaran atau subjek yang diajar di sekolah yang berasaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Tetapi di sekolah terdapat juga kokurikulum (kurikulum tambahan) yang pelajar belajar secara terancang di luar bilik darjah, seperti dalam aktiviti sukan, persatuan dan pasukan beruniform. Cuba anda perhatikan beberapa istilah atau konsep berhubung dengan kurikulum di Malaysia.

Kurikulum ialah Sukatan pelajaran (Syllabus)

Sukatan pelajaran ialah pelan kasar bagi keseluruhan sesuatu kursus atau mata pelajaran, misalnya sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1-3, dan sebagainya. Ia biasanya mengandungi matlamat, objektif mata pelajaran itu, tajuk dan ringkasan kandungan yang perlu diajar di sekolah. Ada juga silibus yang menyarankan kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran dan sumber yang boleh digunakan, dan kaedah penaksiran. Biasanya ini dibuat dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Page 4: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 4

Kurikulum ialah Kursus atau Program Pengajian (Course or Program of study)

Sesuatu program pengajian terdiri dari satu set atau siri kursus. Di peringkat pengajian tinggi kurikulum atau sesuatu program pengajian biasanya terdiri dari set kursus-kursus dalam sesuatu bidang (misalnya dalam bidang perubatan, undang, fizik, geografi atau pengajian Islam, yang diperlukan pelajar belajar dan lulus untuk dianugerah sijil, diploma atau ijazah.

Kurikulum ialah Rancangan kandungan kursus (Course content outline)

Sesuatu rancangan kursus di institusi pengajian tinggi biasanya mengandungi pernyataan objektif kursus, senarai tajuk dan isi kasarnya sebagai panduan tentang liputan apa yang perlu diajar, kaedah penaksiran, tempoh masa, dan rujukan utama.

Kurikulum ialah Pengalaman terancang (Planned experiences)

Mengandungi semua pengalaman pelajar yang dirancang oleh sekolah/institusi pendidikan. Ia tidak membezakan antara kurikulum dan aktiviti luar kurikulum

Kurikulum ialah Pelan akademik (Academic plan)

Pelan biasanya mengandungi elemen seperti tujuan, isi kandungan topik-topik dan urutannya, proses instruksi, bahan dan sumber pengajaran, dan kaedah penaksiran.

Kurikulum ialah Standard (Standards)

Standard merupakan satu set kriteria yang perlu dicapai oleh pelajar untuk dianggap sebagai telah lulus dan mencapai tahap yang diperlukan. Kurikulum berasaskan standard ialah kurikulum yang menentukan dahulu tahap atau kriteria yang pelajar harus capai dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus. Kemudian kandungan kurikulum untuk mencapai standard itu ditentukan dan dinyatakan (content standard). Biasanya standard dan kurikulum ini didokumenkan (dalam bentuk sukatan pelajaran) untuk rujukan guru dan pelajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai tahap hasil pembelajaran yang diharapkan itu.

Kurikulum ialah Skop dan urutan (Scope and sequence)

Mengandungi satu set atau siri hasil pembelajaran yang diharapkan pelajar mencapainya. Urutan diberi dengan menyenaraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap pembelajaran. Ini membayangkan skop kandungan dan hasil pembelajaran mengikut topik tertentu.

Page 5: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 5

Kurikulum ialah Buku teks (Textbooks)

Buku teks ialah salah satu sumber tafsiran kandungan sukatan pelajaran yang dibuat oleh pengarangnya. Ia biasanya menjadi sumber utama untuk guru dan pelajar melihat liputan kandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran: apa yang perlu diajar atau dipelajari. Di kebanyakan negara, termasuk di Malaysia, buku teks merupakan bahan instruksi utama dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran atau kursus. Buku teks yang baik biasanya diguna oleh guru dan pelajar sebagai rujukan utama kerana ia meliputi sebahagain besar apa yang hendak diajar atau belajar. Tetapi oleh kerana sesetengah buku teks ini kurang mencukupi isinya atau kurang jelas penulisannya, buku-buku rujukan lain digunakan juga.

Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan cadangan lebih lanjut definisi dan jenis-jenis kurikulum serta bagaimana cara melaksanakan kurikulum pada murid anda dengan lebih berkesan. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Apakah jenis-jenis kurikulum?

Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis-jenis kurikulum di sekolah? Bolehkah anda namakan beberapa jenis-jenis kurikulum yang anda gunakan semasa proses pengajaran?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

nda mungkin boleh menghuraikan jenis-jenis kurikulum sekolah berpandukan pengalaman anda semasa anda pernah menjadi murid dan menjadi guru. Sekiranya anda kurang ingat. Marilah kita bincang dengan lanjut pelbagai jenis kurikulum seperti

berikut;A Kurikulum rasmi (official curriculum) – kurikulum yang didokumen secara rasmi

Kurikulum operasi (operational curriculum) – isi kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada pelajar

Kurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yang perlukan semua pelajar belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, dan sebagainya

Page 6: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 6

Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) – norma dan nilai sesebuah institusi yang tidak diungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi

Kurikulum luar (extra curriculum) – pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademik

Untuk lebih memahami perbezaan antara jenis-jenis kurikulum yang dinyatakan di atas, anda perlu menganalisiskan jenis-jenis kurikulum ini. Secara kasarnya, kita boleh mengkategorikan kurikulum di sekolah sebagai sistem, produk dan proses yang akan digunakan oleh anda.

Kerangka Kurikulum

Untuk lebih memahami perbezaan antara jenis-jenis kurikulum dan kerangka kurikulum ini, analisis kurikulum di bawah ini diberikan sedikit maklumat dan kemudian huraikan bagaimana jenis-jenis kurikulum dan kerangkanya. Dengan lain perkataan, apakah jenis-jenis dan elemen dalam kerangka kurikulum yang selari dengan proses pengajaran?.

Apakah perbezaan antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum?

Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesuatu rancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) dan bagi sesuatu mata pelajaran.

Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskan hasil kajian penulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale

Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancang kurikulum. Terdapat empat soalan sebagai panduan untuk menentukan kurikulum sekolah.

Pendapat Tyler tentang kurikulum

Ralph Tyler (1949) menyatakan ‘kurikulum ialah semua apa yang dipelajari oleh murid yang telah dirancang dan ditentukan oleh sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan di sekolah’. (The curriculum is all of the learning of students which is planned by and directed by the school to attain its educational goals.)

Tyler berpendapat pembelajaran berlaku melalui ‘pengalaman’ yang dilalui oleh murid. Dengan itu untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran, ‘pengalaman’ yang sesuai hendaklah dirancang, dipilih dan disediakan oleh guru supaya murid berpeluang mengalaminya. Melalui pengalaman ini objektif pembelajaran akan tercapai. Pengalaman pembelajaran inilah yang Tyler anggap sebenarnya sebagai kurikulum.

Page 7: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 7

Bagi Tyler (1949) terdapat empat soalan utama dalam menentukan ‘apa’ yang hendak diajar.

(insert Diagramatic presentation of Tyler’s Model here)

Jadi bagi Tyler kurikulum ialah ‘pengalaman pebelajaran’ untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Istilah ‘pengalaman pembelajaran’ tidak sama dengan ‘kandungan’ sesuatu mata pelajaran atau kursus. Objektif dan kandungan sesuatu mata pelajaran seperti yang terdapat dalam silibus mata pelajaran atau kursus hendaklah diterjemah oleh guru dalam bentuk ‘pengalaman pembelajaran’ yang murid alami atau belajar untuk mencapai objektif.

Soalan: Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid?

1. Apakah objektif pengajaran di sekolah? (What educational purposes should the school seek to attain?)

2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkin mengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?)

3. Bagaimanakah ‘pengalaman pembelajaran’ ini harus disusun supaya berkesan bagi pembelajaran? (How can these educational experiences be effectively organized?)

4. Bagaimanakah kita mengetahui yang objektif pembelajaran itu tercapai? (How can we determine whether these purposes are being attained?) 

Page 8: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 8

STRUKTUR PENGETAHUAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat,

1. Menganalisis struktur pengetahuan

2. Dapat mengajar struktur pengetahuan hingga kemahiran kebolehan intelek murid

PENGENALAN

Sebagai seorang guru anda telah menguasai ilmu kandungan dalam bidang masing-masing. Pada pendapat anda, apakah satu cara yang berkesan untuk menyampaikan ilmu kepada murid anda setelah tamat latihan perguruan ini?

dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting mempengaruhi pembelajaran murid ialah struktur pengetahuan? Menyedari bahawa struktur pengetahuan boleh membantu murid memahami dengan lebih baik tentang isi kandungan bidang anda yang akan diajar kepada mereka

dan bagaimana guru boleh mengolan ilmu sehingga keperingkat kefahaman, aplikasi, analisis, sentisis dan penilaian. Pengajaran seperti ini akan membawa kepada peningkatan pengetahuan dan kebolehan intelek dan kemahiran murid anda.

A

Mari kita tentukan bagaimana untuk mengenbangkan struktur pengetahuan kepada murid anda! Kenalpasti isi kandungan bidang anda dan pengajaran pilihan anda dengan menggunakan proses pengajaran sehingga boleh menjana kebolehan intelek murid. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut:

Adakah anda boleh memecahkan kurikulum iaitu unit-unit kecil struktur pengetahuan yang anda akan mengajar pada murid.? Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana struktur pengetahuan yang lebih mendalam dan bagaimana anda akan sampai maklumat ini kepada murid anda untuk menjadikan anda sebagai seorang guru yang professional?

Adakah kurikulum dan struktur ilmu ini dapat anda melaksanakan secara optimum dalam membantu murid mencapai matlamat pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar nanti?

Page 9: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 9

ISI KANDUNGAN

Kandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ dalam mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan kefahaman tentang ‘pengetahuan’ dan klasifikasi pengetahuan mengikut ahli falsafah, ahli psikologi kognitif, ahli sains dan ahli pendidikan.

Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripada kombinasi pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang. Berikut merupakan huraian jenis dan hieraki atau struktur pengetahuan.

Jenis-jenis Pengetahuan

Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge) Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge) Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai

Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge) Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang,

yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit.

Jenis dan hieraki pengetahuan mengikut Bloom (1956)

Pengetahuan fakta spesifik Pengetahuan istilah dan konsep Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur Pengetahuan klasifikasi Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of

knowledge of a discipline)

Huraian hieraki pengetahuan Bloom

Fakta spesifik (knowledge of specific facts) seperti mengetahui nama orang, nama tempat, tarikh, ukuran.

Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam dunia ini berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif

Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi Konsep juga diperlukan untuk membuat suatu dakwaan

Page 10: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 10

Istilah dan konsep: (knowledge of terminology and concept)

Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol - simbol bahasa dan bukan bahasa (verbal and non-verbal symbols)

Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep ‘harga’ (price) dalam ilmu ekonomi, ‘fotosintesis’ dalam biologi, ‘aptitud’ dan ‘kebolehan kognitif’ dalam ilmu psikologi pembelajaran

Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian, perasaan, cara berfikir, tingkah laku)

Prosedur, cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with specifics)

Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu: prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu.

Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories)

Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dam sebagainya. Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Generalisasi

Pengetahuan tentang generalisasi, prinsip atau model, berguna untuk menerang, menghurai, meramal atau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukum ‘permintaan dan penawaran’ sesuatu produk yang mempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyak latihan lebih cekap.

Generalisasi merupakan pernyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep.

Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji Hukum dalam sains merupakan pernyataan yang hanya memperihalkan (tidak

menerangkan) perhubungan dua atau lebih konsep Teori merupakan pernyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut.

Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip serta penjelasan tentang sesuatu fenomena.

Teori merupakan aras ‘abstract formulations’ yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu

Page 11: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 11

dalam bidang itu. Dalam psikologi pembelajaran terdapat teori ‘stimulus-respons’, teori gestalt, dan teori motivasi Maslow.

Rajah 3.1 Struktur Pengetahuan

Contoh-contoh fakta, konsep, dan generalisasi

Contoh 1

Fakta: (i)Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan meningkat

Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan – haba diserap, (iii) Haba – satu bentuk tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda

Generalisasi: Teori Kinetik Jirim – Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan, haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini menyebabkan bacaan termometer meningkat.

Contoh 2

Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang 340C. Jumlah hujan di Tg Malim – x mm setahun, Kuala Lumpur – x mm setahun, Pulau Pinang - x mm setahun

Konsep: Iklim – keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dll.; suhu – darjah kepanasan, tekanan atmosfera – daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas objek di permukaan bumi

Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung Malaysia

Page 12: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 12

Soalan isikan maklumat mengenai pengetahuan dalam rajah di bawah

KEMAHIRAN DALAM BIDANG TERTENTU

Jenis-Jenis

Ilmu

Page 13: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 13

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menganalisis kemahiran dalam bidang tertentu

2. Boleh mengajar murid anda kemahiran dalam bidang tertentu

PENGENALAN

Sebagai seorang guru anda telah diperkenalkan kurikulum, struktur pengetahuan ilmu kandungan dalam bidang masing-masing. Dalam unit ini kita bicara pula mengenai analisis kemahiran dalam bidang tertentu. Apakah pengetahuan dan kemahirannya yang perlu diajar kepada murid dengan lebih berkesan?

dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting mempengaruhi pembelajaran murid ialah kemahiran dalam bidang tertentu? Menyedari bahawa kemahiran dalam bidang boleh membantu murid memahami dengan lebih baik tentang isi kandungan yang akan diajar kepada

mereka.AMari kita tentukan bagaimana untuk mengenbangkan kemahiran kepada murid anda! Kenalpasti isi kandungan bidang anda dan kemahiran sehingga boleh menjana kebolehan intelek murid. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan dengan menjawab soalan berikut:

Adakah anda boleh memecahkan unit-unit struktur pengetahuan yang anda akan mengajar pada murid.? Adakah pengalaman anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana struktur pengetahuan yang lebih mendalam dan bagaimana anda akan sampai maklumat ini kepada murid anda untuk menjadikan anda sebagai seorang guru yang professional?

Adakah kurikulum dan struktur ilmu ini dapat anda melaksanakan secara optimum dalam membantu murid mencapai matlamat pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar nanti?

ISI KANDUNGAN

Selain dari ‘pengetahuan’, kandungan sesuatu topik termasuk juga ‘kemahiran’, iaitu apa yang diharap pelajar boleh lakukan dalam pelajaran tentang sesuatu topik itu. Terdapat pelbagai kemahiran atau tingkah laku psikomotor serta heirakinya. Di sini oleh kerana pembahagian mengikut heiraki itu agak kompleks, guru boleh membuat senarai kemahiran-kemahiran penting yang perlu dimasukkan ke dalam pengajaran sesuatu topik dalam mata pelajaran

Page 14: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 14

pengkhususan pelajar, misalnya Pendidikan Jasmani, Kimia, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan sebagainya. Dalam mata pelajaran vokasional dan teknik, kemahiran banyak sekali dimasukkan sebagai kandungan kurikulum. Ada berbagai klasifikasi kemahiran ini mengikut bidangnya.

Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepada pelajar termasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir kreatif/lateral dan kritis, strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik.

Berikut ialah beberapa contoh kemahiran dalam mata pelajaran tertentu:

1. Pelajar prasekolah dapat menulis mengikut garisan setiap huruf abjad dengan betul.

2. Pelajar Tahun 2 dapat membaca pantun secara kuat dengan jelas dan menarik.

3. Pelajar Tingkatan 2 dapat melukis rajah untuk menunjukkan …

4. Pelajar Tingkatan 1 dapat meringkaskan petikan yang dibaca dalam 100 patah perkataan dan menulisnya.

5. Pelajar Tahun 5 dapat mengukur panjang dan lebar bilik darjah mereka, dan kemudian mengira dan mencatat luasnya.

6. Pelajar Tingkatan 4 dapat menulis satu laporan tentang lawatan mereka ke sebuah kilang perabut, mengikut format yang diberi oleh guru.

7. Setelah membaca kisah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis, pelajar Sejarah Tingkatan 6 dapat menulis sebuah skrip drama pentas dan melakonkannya.

8. Pelajar Kimia Tingkatan 6 dapat menjalankan ekperimen untuk menguji….

9. Pelajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dapat menyiapkan sajian sarapan tengah hari untuk tetamu sekolah.

Rajah 4.1 Pemindahan pengetahuan kepada kemahiran

Page 15: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 15

1. Pengetahuan:

Pengetahuan

Disusun bermula

dengan perkara

konkrit kepada

yang lebih abstrak

2. Kebolehan intelek & kemahiran:

i. Kefahaman

ii. Aplikasi

iii. Analisis

iv. Sintesis

v. Penilaian

Taksonomi

Bloom

CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI, DAN PENAKSIRAN

Pelajar secara kumpulan 3–4 orang memilih satu topik dalam mata pelajaran mereka (misalnya Geografi, Bahasa Melayu, Fizik, Pendidikan Islam) dan membuat analisis dan senarai kemahiran-kemahiran utama yang mereka ingin pelajar menguasainya dalam topik itu. Mereka membentang dan membincangkannya.

TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU

Page 16: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 16

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan teras pengetahuan dan kemahiran guru

2. Memahami konsep teras pengetahuan yang dapat diaplikasikan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

PENGENALAN

Sebagai seorang guru yang telah memahami tentang pengetahuan kurikulum dan struktur pengetahuan, kini dalam unit ini anda akan didedahkan pula dengan teras pengetahuan (knowledge base). Adakah anda mengeahui dengan lebih lanjut mengenai teras pengetahuan guru? Pada pendapat anda, apakah teras pengetahuan yang perlu ada pada

seorang guru untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Mari kita lihat penerangan berkaitan teras pengetahuan yang perlu diketahui oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

ISI KANDUNGAN

Teras Pengetahuan (knowledge base)

“A knowledge base is a codified or codifiable aggregation of knowledge, skill, understanding, technology, of ethics and disposition, of collective responsibility – as well as a means for representing and communicating it”

(Shulman, 1987, ms. 9)

7 Teras Pengetahuan Guru mengikut Shulman:

Pengetahuan isi kandungan (Content knowledge)

Page 17: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 17

Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge) Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge) Pengetahuan pedagogi isi kandungan (Pedagogical content knowledge, PCK) Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their

characteristics) Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts) Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah

(Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds)

Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan ialah gabungan pengetahuan isi kandungan dan

pedagogi am yang dikatakan merupakan pengetahuan yang unik kepada seorang pendidik.

Rajah 3.2 mengillustrasi konsep PCK ini. Shulman mendefinisi PCK dalam tiga cara iaitu:

“represents the blending of content and pedagogy into an understanding of how particular topics, problems or issues are organised, represented, and adapted to the diverse interests and abilities of learners, and presented for instruction”

Shulman, 1986, ms.8

“a way of thinking that facilitates the generation of transforming the understanding of the content for the purposes of teaching”

Wilson, Shulman and Richert, 1987

“an understanding of what makes the learning of specific topics easy or difficult; the conceptions and preconceptions that students of different ages and backgrounds bring with them to the learning of those most frequently taught topics and lessons … knowledge of the strategies most likely to be fruitful in reorganising the understanding of learners…”

Shulman, 1986, ms. 9-10

Page 18: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 18

Rajah 3.2 Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan

Contoh pengetahuan isi kandungan guru dalam tajuk daya dan elektrik (mengikut definisi ketiga Shulman)

Mengetahui bahawa tajuk daya dan elektrik merupakan tajuk yang sukar difahami pelajar.

Mengetahui bahawa pelajar mempunyai beberapa miskonsepsi tentang daya. Misalnya mempercayai bahawa objek yang lebih berat sentiasa jatuh lebih cepat daripada objek yang lebih ringan. Manakala dalam tajuk elektrik pelajar mempercayai bahawa arus elektrik diguna pakai oleh mentol dalam satu litar elektrik yang menyebabkan kecerahan mentol berkurang.

Mengetahui bahawa strategi pengajaran perubahan konsep seperti strategi konflik kognitif mungkin paling sesuai digunakan untuk membantu pelajar mengatasi miskonsepsi masing-masing

JADUAL PENENTUAN ISI KANDUNGAN PELAJARAN

TUGASAN 1

Jadual 4.1 menunjukkan satu cara untuk membuat penentuan kandungan pelajaran bagi sesuatu unit dalam sesuatu mata pelajaran. Kandunagan pelajaran ini boleh juga dibuat

dalam bentuk ‘peta konsep’ dan huraian ringkas supaya kandungan apa hendak diajar itu lebih jelas lagi. Sesuatu topik dalam sesuatu mata pelajaran boleh dipecah kepada beberapa unit atau sub-topik untuk

Page 19: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 19

diajar kepada murid dalam satu pelajaran, misalnya dalam satu atau dua waktu (40 minit atau 80 minit) di bilik darjah.

Rancangan pelajaran untuk diajar mengandungi lima aspek utama seperti berikut ,

1. Pernyataan objektif atau hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini dinyatakan secara spesifik berdasarkan taksonomi objektif pendidikan yang dihuraikan dalam Bab 2.

2. Kandungan pelajaran: teori, kemahiran dan fakta yang hendak diajar. dan susunannya. Kurikulum sesuatu mata pelajaran atau kursus itu hendaklah dibahagikan kepada unit-unit kecil bagi tujuan pengajaran-pembelajaran. Perkembangan unit-unit pengajaran-pembelajaran ini hendaklah didasarkan kepada prinsip kesinambungan, turutan (sequence) dan integrasi. (Lihat Jadual 4.1)

3. Kaedah pengajaran. Ini termasuk pelbagai kaedah pengajaran dan alat yang digunakan. Sesuatu unit pengajaran boleh diajar dengan beberapa kaedah atau teknik, dan kombinasi kaedah, seperti kaedah demonstrasi, kaedah eksperimen, kaedah penerangan dan perbincangan, atau kombinasi kaedah dan teknik-teknik ini. Alat untuk membantu pengajaran-pembelajaran seperti buku, carta, peta, komputer dan sebagainya hendaklah sesuai.

4. Kaedah penilaian hasil pembelajaran: mengguna kaedah dan alat penilaian yang sesuai dengan objektif pengajaran-pembelajaran. Ia mungkin berbentuk ujian bertulis, demonstrasi prosedur atau kemahiran oleh murid, contoh hasil kerja murid seperti hasil seni dan karangan yang dicipta, dan sebagainya.

Jadual 4. 1 menunjukkan format untuk merancang dan menyediakan penentuan kandungan pengajaran-pembelajaran sesuatu topik dalam satu mata pelajaran.

Jadual 4.1: Penentuan Isi Kandungan Pelajaran mengikut UPSI

Mata pelajaran:________________________________

Topik:_______________________________________

Unit Pengetahuan & Kefahaman Analisis Sintesis Aplikasi Penilaian

Konsep/

Istilah

Teori/

Prinsip

Kaedah/

Kemahiran

Fakta

Unit 1

(Tulis-kan sub-topik)

x

Tuliskan

x

Tuliskan

x

Tulis

Page 20: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 20

Unit 2

Tulis

x

Tulis

x

Tulis

Unit 3 X x X

TUGASAN 2

Berpandukan Jadual 4.1, buat jadual penentuan satu topik satu mata pelajaran yang kamu akan mengajar di sekolah.

Kandungan yang disedikan itu boleh diguna untuk merancang pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Sebelum membuat perancangan yang teliti termasuk langkah-langkah yang spesifik, pemetaan kasar seperti dalam jadual 4.2 di bawah boleh dibuat, untuk melihat keseluruhan kesinambungan dan turutan unit-unit pengajaran dan pembelajaran itu.

Jadual 4.2: Pemetaan Rancangan 3 rancangan pengajaran

Mata Pelajaran .........(nyatakan)

Topik : ...............(nyatakan)

Tingkatan........(nyatakan)

Tulis objektif pengajaran topik ini.

Contohnya:

Pada akhir pengajaran tiga (3) unit pelajaran ini murid dapat

menyenaraikan..........membezakan antara ..........

merancang satu................

membandingkan ...........

Page 21: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 21

Jadual rancangan pengajaran topik_____________________________________

Unit Pengajaran Objektif/Hasil Pembelajaran

Kandungan unit pelajaran

Kaedah Mengajar Kaedah Penilaian

Unit 1 (nyatakan sub- topiknya)

nyatakan Nyatakan nyatakan nyatakan

Unit 2

Unit 3

TUGASAN 3

Berpandukan Jadual 4.2, buat jadual rancangan pengajaran satu topik dalam satu mata pelajaran yang kamu akan mengajar dalam tiga unit di sekolah dengan mengguna kandungan dalam Jadual Spesifikasi 4.

KATA KUNCI

Page 22: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 22

1. Proses Intruksi 6. Kurikulum Luar

2. Kurikulum Operasi 7. Deklaratif

3. Kurikulum Rasmi 8. Eksplisit

4. Kurikulum Operasi 9.Generalisasi

5. Kurikulum Utama 10 Kurikulum tersembunyi

PENILAIAN KENDIRI1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan kurikulum

sekolah?2. Apakah perbezaan utama antara jenis-jenis kurikulum dengan kerangka kurikulum? Bagaimana

pula anda seorang guru membuat pemilihan dalam melaksanakannya?3. Mengikut Tyler, apakah prinsip dan asas memilih kurikulum untuk diajar kepada murid?

4. Apakah yang membezakan antara kurikulum dengan kemahiran kebolehan intelek pelajar melalui penerangan guru?

5. Nyatakan teras-teras pengetahuan yang perlu ada pada seorang guru?

RUJUKAN

Bloom, B.S., et. al. (1956). Taxonomy of educational objectives, Handbook 1: Cognitive Domain. Longman

Bruner, J (1960) The Process of Education, Cambridge, Mass.: Harvard University Press

Bruner, J. S. (1966) Toward a Theory of Instruction, Cambridge, Mass.: Belkapp Press. 176 + x pages.

Bruner, J. (1973) Going Beyond the Information Given, New York: Norton.

Jackson, P. W. (1968) Life in Classrooms, New York: Holt, Rinehart & Winston.

Posner, G. J. (2003). Analyzing the curriculum, 3rd Ed. McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages.

Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4-14.

Shulman, L. S. (1987).  Knowledge and teaching: Foundations of the new reform.   Harvard Educational Review, 57, 1-23.

Page 23: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 23

Tyler, R.W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago: The University of Chicago Press.

Wilson, S. M., Shulman, L. S., & Richert, A. (1987). 150 different ways of knowing: Representations of knowledge in teaching. In J. Calderhead (Ed.), Exploring teachers’ thinking (pp. 104-124). Sussex, England: Holt, Rinehart & Winston.

Stenhouse, L. (1975) An introduction to Curriculum Research and Development, London: Heineman.

Rogers, Carl,

Taba, Hilda. (1962) ….Curriculum

Tyler, R. W. (1949) Basic Principles of Curriculum and Instruction, Chicago: University of Chicago Press.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979. (Pengerusi: Dato’ Seri Dr. Mahathir Muhamad) (Laporan Kabinet)

Musa Hitam, Menteri Pelajaran, kenyataan akhbar (mengenai KBSR), sempena lawatan ke Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, pada 8 Disember, 1980.

Bagi silibus sesuatu mata pelajaran, sila rujuk, Kementerian Pelajaran, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru atau murid sendiri. Pengetahuan kurikulum pada hari ini yang dilaksanakan oleh guru hanya berlandaskan pada silibus pengajaran

sahaja. Pengajaran kurikulum pada hari ini tidak bebas dan guru terpaksa mengikut dasar yang telah ditetapkan.

AA

Page 24: struktur pengetahuan

Kurikulum: Struktur Pengetahuan dan Kemahiran | 24

Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu ‘apakah faktor yang menyebabkan kurikulum pada hari ini menjadi terikat dan hanya bergantung kepada pusat kurikulum sahaja?’ Kemudian murid diberi peluang memberi pendapat dan melontarkan pandangan untuk mengatasi masalah ini.

Pelatih melaksanakan aktiviti berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran mengikut perancangan mereka sendiri. Aktiviti termasuklah mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas.

Pada hari ini, semua guru-guru telah mengetahui teras pengetahuan yang diperkenalkan oleh Shulman. Namun mereka tidak menggunakan teras ini semasa sesi pengajaran kerana terikat dengan rangka-rangka pengajaran yang diperkenalkan oleh Sistem Pendidikan. Oleh yang demikian, bagaimanakah guru dapat mengaplikasikan teras pengetahuan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

BB

Cteknik KWHL

Cteknik KWHL

Dteknik KWHL

Dteknik KWHL