pengertian isra' mi'raj

11
PENGERTIAN ISRA’ MIKRAJ Sidang Jumaat yang berbahagia Pada kesempatan yang mulia dan di hari yang penuh berkat ini, saya menyeru pada diri saya sendiri dan kepada tuan sidang Jumaat sekalian agar beriman dan bertaqwa kepada Allah Azzawajalla dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan mengikut segala suruhan dan ajaranNya di samping meninggal segala laranganNya.Inilah tanda-tanda bahawa seseorang itu benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah subhanahu wa Ta'ala. Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangant penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Sidang Jumaat yang dihormati Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al- Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada ruhnya sahaja

Upload: zamzam

Post on 12-Jun-2015

2.420 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Isra' Mi'Raj

PENGERTIAN  ISRA’ MIKRAJ

  Sidang  Jumaat  yang  berbahagia

     Pada kesempatan yang mulia dan di hari yang penuh berkat ini, saya menyeru pada diri saya sendiri dan kepada tuan sidang Jumaat sekalian agar beriman dan bertaqwa kepada Allah Azzawajalla dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan mengikut segala suruhan dan ajaranNya di samping meninggal segala laranganNya.Inilah tanda-tanda bahawa seseorang itu benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah subhanahu wa Ta'ala.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

     Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangant penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra' dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' yang bermaksud : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Sidang Jumaat yang dihormati

   Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.       Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.        Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama'  tafsir  secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah

Page 2: Pengertian Isra' Mi'Raj

menegaskan " asra bi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi " asra bi ruhi 'abdihi lailan " yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan tubuh dan ruhnya serentak.

      Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.       Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : " Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

      Demikianlah peristiwa isra' dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra' dan mikraj, mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang

Page 3: Pengertian Isra' Mi'Raj

telah murtad namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa baginda telah di isra' kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra' kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara  beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam masalah Isra' mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra' dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana apabila adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi placuran, menghadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Page 4: Pengertian Isra' Mi'Raj

   Sepanjang perjalanan Isra' dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan kelaurga yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya di mana kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai  pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati.Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

   Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab ityulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat

Page 5: Pengertian Isra' Mi'Raj

diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana  terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama' sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yag besar di sisi Allah sedangkan mereka yag cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan disetiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan diakhirat nanti.      Renungilah firman Allah dalam  ayat 8 surah as-Sof yang bermaksud : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.

PENGAJARAN ISRA' MIKRAJ  

 

 الله ورحمة عليكم السالم

�ذ�ي� لله� الح�م�د� ل� ال س� ر�� �ه� أ و�ل س� �اله�د�ى ر� �ن� ب ه� الح�ق& و�د�ي �ظ�ه�ر� �ي �ن� ع�ل�ى ل ه� ال,,د&ي �ل,,& و� ك ر�ه� و�ل,,� ك,,�

�و�ن� ر�ك ه�د� الم�ش� �ش� �ن� أ �له� أ �ال الإ ه�د� الله� إ �ش� �ن� و�أ �ا أ &د�ن ي �د�ه� م�ح�م�د5ا س� �ه� ع�ب و�ل س� 8ه�م� و�ر� ص�ل& الل&م� ل �ار�ك� و�س� �ا ع�لى� و�ب &د�ن ي د; س,,� ه� و�ع�ل�ى م�ح�م,,� �ه� آل,,� اب ح� ص,,�

� �ع�ه�م� و�م�ن� و�أ �ب ان; ت �ح�س,,� �إ �ل�ى ب � إ و�م ي,,�

�ن� م�ا الد&ي� �ع�د� …أ ب

�ا �اد� ف�ي ب �ق�و�ا الله� ع� �ه� ح�ق� الله� ! ات �ق�ات �ن� ت �ال و�التم�و��ت �م� إ �ت �ن �م�و�ن� و�أ ل … م�س�Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.

Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan

ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang

ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :

Page 6: Pengertian Isra' Mi'Raj

األقص,,ى المس,,جد إلى الح,,رام المسجد من ليال بعبده أسرى الذي سبحنالبصير السميع هو إنه ءايتنا من لنريه حوله بركنا الذي

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram

ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian

daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha

Melihat.

 

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting di mana

pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum

berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa isra' dan mikraj di mana

ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah dalam memperjalankan diri

Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya

nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.

Peristiwa ini telah membongkarkan tentang keimanan dan keyakinan umat manusia terhadap

kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri

menjadikan peristiwa Isra’ dan Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi

penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada

beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq,

ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti

bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan

ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam. Perkara seperti

inilah juga yang terpaksa dihadapi oleh kita pada hari ini apabila usaha dalam melaksanakan semula

semua sistem Islam dalam negara maka di sana timbulnya beberapa golongan iaitu golongan pertama

yang seratus peratus yakin dengan kemampuan Islam serta berusaha dengan kemampuan yang ada

untuk melaksanakannya. Golongan yang kedua terdiri daripada mereka yang tahu tentang kemampuan

sistem Islam tetapi sentiasa mencari jalan agar ia tidak dapat dilaksanakan dengan memcari pelbagai

alasan. Golongan ketiga iaitu golongan pelampau terdiri daripada mereka yang menolak terus sistem

Islam malah memberi amaran akan melakukan huru hara jika ada pihak yang berusaha untuk

melaksanakannya dalam negara ini. Jika umat dahulu berasa pelik apabila nabi menceritakan tentang

Isra’ dan Mikraj maka umat zaman kini merasa pelik apabila disebut tentang sistem Islam yang

menyeluruh sedangkan sistem ini pernah dilaksanakan di negara ini pada masa pemerintahan

Kesultanan Melayu sebelum datangnya penjajah. Umat Islam menjadi pelik dengan agama mereka

sendiri kerana mereka telah diajar dan diasuh oleh pemimpin yang jahil dan sesat saban hari melalui tv,

radio, akhbar dan sebagainya agar memusuhi dan memerangi sistem Islam yang menyeluruh.

Page 7: Pengertian Isra' Mi'Raj

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling

rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti

Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang

disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal maka Islam pasti akan

terkubur tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk

Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke

Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina

kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif di mana

penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah

nabi sehingga berlumuran darah. Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah

iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas

tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin

menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam di mana kekayaan bukanlah

faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara

umat Islam dianugerahkan dengan hasil mahsul negara yang banyak tetapi ia tidak membantu

pelaksanaan sistem Islam dan tidak pula membantu untuk umat Islam bersatu dalam menghentikan

penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Kekayaan hanya dibolot oleh pemimpin dan mereka

yang dekat dengan pemimpin sedangkan rakyat terus menderita dan ditegah daripada bersuara menegur

kesesatan dan kezaliman pemimpin. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-

mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri. Islam juga bukan tersebar

atas paksaan tetapi ia mampu menawan hati manusia dengan keadilan dan keindahan seluruh sistemnya

sehingga tawaran kesenangan dunia dengan sendiri akan ditolak apabila semangat Islam telah

menguasai diri seseorang. Kekuatan aqidah inilah yang menjadi musuh kepada mereka yang melawan

Islam daripada golongan kuffar dan munafik. Kita perlu ingat bahawa tiada istilah menang mudah

dalam memperjuangkan Islam kerana ia menuntut kepada kesabaran dan istiqamah sebelum datangnya

janji kemenangan daripada Allah

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul

muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah

memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus

Page 8: Pengertian Isra' Mi'Raj

menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan yahudi di mana keganasan yahudi dalam

membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan. Kuasa

Kristian yang dibeli oleh yahudi terutama Amerika Syarikat turut menggalakkan pembunuhan umat

Islam malah kuasa kristian atas nama memerangi keganasan terus menjadikan umat Islam sebagai

sasaran kepada senjata milik mereka. 2 kuasa besar masa kini iaitu kuasa Kristian dan yahudi

seumpama 2 kuasa besar Rom dan Parsi yang pernah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat

pada zaman itu di mana akhirnya turut tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam. Kemenangan

Islam dalam menakluki 2 kuasa besar tersebut telah diperolehi samada melalui perang atau pun

perdamaian. Sebagaimana kuasa Rom dan Parsi memandang rendah kepada Daulah Islamiah yang

dibina oleh nabi di Madinah pada awalnya tetapi akhirnya mereka sendiri merasa gerun melihat

kehebatan sebuah pemerintahan Islam yang diasaskan atas aqidah dengan membina kemajuan tamadun

kebendaan tanpa mengabaikan pembangunan insan. Begitulah terjadi pada hari ini di mana selepas

penjajahan dan negara-negara umat Islam diberikan kemerdekaan maka kuasa penjajah terutama

kristian begitu mengambil berat tentang kepimpinan yang sedang dan akan memerintah di negara

jajahan mereka sebelum ini agar pemimpin yang dilantik mestilah meneruskan dasar penjajah walau

dengan apa cara sekali pun termasuk cara kekerasan dengan menekan rakyat agar tidak kembali kepada

pemerintahan Islam. Dunia kini secara keseluruhan mula kembali semula kepada Islam terutama

selepas serangan terhadap 2 bangunan di Amerika pada 11 September 2001 yang lepas. Kuasa yahudi

dan kristian berasa gerun dengan perubahan yang mendadak lalu mengambil tindakan lebih ganas dan

kejam dengan menggelarkan umat Islam sebagai pengganas yang mesti dihapuskan dari muka bumi ini.

Mereka menekan seluruh negara umat Islam seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir, Iraq, Indonesia

dan lain-lain. Kita ingatkan kuffar bahawa dunia Islam tidak selamanya ditimpa gerhana tetapi ia akan

kembali bercahaya dengan syarat seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dengan menolak

semangat kebangsaan yang memecahbelahkan kesatuan umat Islam sebelum ini. Islamlah nescaya kita

akan beroleh kemenangan bersama kerdehaan Allah di dunia dan akhirat.

 

Renungilah firman Allah dalam  ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang

diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima

waktu sehari semalam:

ال ربنا اكتسبت ما وعليها كسبت ما لها وسعها إال نفسا الله اليكلف على حملته كما إصرا علينا تحمل وال ربنا أخطأنا أو نسينا إن تؤاخذنا

واغفرلنا عنا واعف به لنا طاقة ماال تحملنا وال ربنا قبلنا من الذينالكفرين القوم على فانصرنا مولئنا أنت وارحمنا

Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat

Page 9: Pengertian Isra' Mi'Raj

ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.

Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang

telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!

Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah

kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong

kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

ك� ار� �ي� الل,,ه� ب,,� �م� ل �ك آن� ف�ي و�ل ر� � الق,,� �م �ي الع�ظ�ي �ف�ع�ن �م� و�ن اك �ي,,� ا و�إ �م,,� ه� ب م�ن� ف�ي,,��ات� �ر� اآلي � و�الذ&ك �م �ي ل� الح�ك �ق�ب,,� &ي و�ت �م� م�ن �ك ه� و�م�ن �الو�ت,,� ه� ت �ن,,� و� إ �ع� ه,,� م�ي �م� الس,,� �ي الع�ل

�غ�ف�ر� ت �م� الل,,,ه� و�اس,,,� �ي� الع�ظ�ي �م� ل �ك �ر� و�ل ائ �م�ين� و�ل�س,,,� ل �م�س,,,� �م�ات� ال ل و�الم�س,,,��ن� �ي �ات� و�الم�ؤ�م�ن و�ه� و�الم�ؤ�م�ن �غ�ف�ر� ت �ا ف�اس� �ن� ف�و�ز� ف�ي �غ�ف�ر�ي ت �ا الم�س� اة� و�ي �ج� �ن� ن �ي �ب �ائ الت

 

Menghayati Peristiwa Isra’ dan Mikraj

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Seterusnya marilah kita menghayati peristiwa Isra’ dan Mi’raj dengan kita sama-sama mendengar dan

menghayati firman Allah dari surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud: "Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad s.a.w.) pada malam hari dari masjidil haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa di Palastin yang kami berkati di

sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang amat mendengar lagi

mengetahui."

Marilah kita mengambil pengajaran daripada peristiwa besar yang bukan sahaja kepada Rasulullah s.a.w. bahkan kepada manusia seluruhnya. Peristiwa Rasulullah s.a.w. dijemput pada malam yang dikenali dengan Isra’ dan Mikraj untuk menjadi

tetamu Allah S.W.T. ditunjukkan kepadanya kebesaran Allah S.W.T. yang tiada tandingan dan tiada bandingan, ditunjukkan alam dunia, alam barzakh, alam akhirat,

alam bumi dan alam langit. Seterusnya bertemu dengan Allah S.W.T. sebelum diperintah dengan kewajipan menunaikan sembahyang lima waktu.

Peristiwa besar ini sepatutnya menyedarkan kita semua, supaya kita tidak mudah menyangka, bahawa cukup dengan hanya kita berada di alam dunia yang sempit ini,

yang dirasakan terlalu luas, dengan kita tidak menyedari bahawa alam dunia ini mempunyai hubungan dengan alam akhirat, dan dengan alam di antara dunia dan

akhirat, yang dikenali dengan alam barzakh. Sesungguhnya bumi tempat kita berpijak mempunyai hubungan dengan langit dan segala makhluknya. Semuanya

Page 10: Pengertian Isra' Mi'Raj

berada di bawah pemerintahan Allah S.W.T. Tuhan yang memiliki kerajaan yang maha agong yang tiada tandingan dan bandingan.

Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itulah ajaran seluruh para nabi dan para Rasul a.s. mengajar manusia bahawa mereka mestilah menyerah diri kepada

Allah S.W.T. sebagaimana makhluk langit dan bumi menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Firman Allah dari surah al-Baqarah ayat 116 yang bermaksud: "Bahkan Dialah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah

kekuasaannya."

Maka haram dan tidak sepatutnya bagi manusia yang menjadi satu juzuk yang terlalu kecil di kalangan makhluk Allah yang banyak, tidak patuh kepada Allah S.W.T. Semua

makhluk mestilah tunduk dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh Allah Tuhan yang mencipta mereka, di samping mereka menyerah diri dengan melakukan seluruh tuntutan ibadat: Rukuk, sujud, bertasbih, bertahmid, bertakbir, memulia dan

membesarkan Allah S.W.T, Tuhan yang mengurniakan kepada mereka segala kurniaan yang tidak terhingga banyaknya.

Firman Allah dari surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Sesungguhnya manusia (yang engkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat tuhannya."

Perlu diingati bahawa, kita tidak akan wujud di dunia ini kalau Allah tidak mencipta kita, kita akan lapar kalau Allah tidak memberi rezeki makanan kepada kita, kita

akan dahaga kalau Allah tidak memberi minum kepada kita, kita akan tidak berpakaian kalau Allah tidak memberi rezeki pakaian kepada kita, kita akan bodoh kalau Allah tidak memberi akal fikiran dan ilmu kepada kita, kita akan sesat kalau Allah tidak memberi petunjuk kepada kita. Oleh kerana itu segala-gala yang ada pada kita termasuk iman dan Islam adalah nikmat dari Allah S.W.T. yang mesti

disyukuri.

Maka tidak ada alasan bagi manusia yang merupakan makhluk yang kecil yang berada di tengah-tengah makhluk yang besar untuk mengadakan cara hidup sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah S.W.T. Terlalu besar dosa bagi mereka apabila mereka melakukan kesalahan. Kesalahan yang terlalu besar dosanya apabila mereka menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, mereka memuji dan memuja yang lain daripada Allah, mereka mengharapkan rezeki dan kurnia yang lain daripada

Allah, dan mereka menyerah diri kepada yang lain daripada Allah.

Alangkah besar dosanya, sekiranya kita manusia tidak menyedari bahawa diri kita sebagai manusia, dan tidak menyedari segala yang ada pada kita adalah pemberian

dari Allah S.W.T. Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. pada malam baginda menjadi tetamu Allah S.W.T. telah menunjukkan kepada

baginda orang-orang yang mulia di kalangan manusia, iaitu nabi-nabi dan Rasul-rasul a.s. ditunjukkan juga sejahat-jahat makhluk di kalangan manusia yang tenggelam di

dalam kekufuran dan nafsu bersama-sama dengan iblis dan ditunjukkan di mana mereka semuanya. Di dalam peristiwa ini juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. orang-orang yang baik dan mulia ditempatkan ke dalam syurga, orang yang jahat

dan hina, ditempatkan ke dalam neraka.

Page 11: Pengertian Isra' Mi'Raj

Segala peristiwa itu, hendaklah menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita, jangan sekadar peristiwa Isra’ dan Mikraj itu menjadi cerita untuk sedap didengar, sedap dibaca, dan hanya menjadi hiburan sementara waktu semata-mata. Marilah kita

jadikan pengajaran yang terkandung di dalamnya sebagai pertunjuk, bukan sahaja kepada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi juga kepada kita umat Islam.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan ditunjuk pada malam tersebut, hanya satu malam sahaja, tetapi panjangnya dari dunia sehingga akhirat, dari hidup sehingga mati, dari bumi sehingga langit, dari alam manusia sehingga alam malaikat, dan

alam roh, sehingga mengadap Allah S.W.T. Itulah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Marilah kita menjadikannya sebagai pengajaran dan pengiktibaran yang paling besar dengan

kita menghayati peristiwa itu.

Firman Allah dari surah Al-Isra’ ayat 60 yang bermaksud: "Dan tiadalah kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan (demikian juga kami jadikan) pokok

yang dilaknat di dalam al-Quran, dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran). Maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan

kekufuran yang melampau-lampau."