e-newsletter april 2017 isu 1/2017 bring your on container...menghayati isra’ dan mikraj segamat:...

1
Memperkasakan Ekonomi Usahawan Digital Segamat: Bagi memupuk potensi keusahawanan di kalangan mahasiswa, MASMED UiTMCJ dengan kerjasama pihak Perbadanan Usahawan Johor (EDC Johor) dan Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) telah menganjurkan ‘Mini Roadshow Program Usahawan Digital 2017’ pada 25 April yang lalu. Program ini mempunyai objektif untuk memberi pendedahan berkenaan ekonomi digital, memupuk minat peserta dalam pembangunan aplikasi digital serta membantu dalam penghasilan kandungan kreatif digital kepada belia Negeri Johor terutamanya warga UiTMCJ. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Syed Azlan bin Syed Abdul Halim, Pengurus Jualan dan Pemasaran MaGICX. . Menghayati Isra’ dan Mikraj Segamat: Sambutan Isra’ Mikraj pada tahun ini jatuh pada Isnin, 24 April bersamaan dengan 27 Rejab 1438H. Tarikh ini cukup penting dalam kalendar Islam kerana seluruh umat Islam akan mengingati peristiwa agung di mana Nabi Muhammad SAW telah menjalani suatu perjalanan dari Baitulmaqdis ke Siratulmuntaha untuk menerima tanggungjawab sebagai pemimpin ummah oleh Allah SWT. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Islam UiTMCJ telah mengadakan ceramah Isra’ Mikraj pada 27 April lalu. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Firdaus bin Ismail dari UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil. Selamat berjuang kepada Kontinjen UiTMCJ Segamat: Seramai lebih kurang 80 orang staf UiTMCJ menyertai KARiSTA yang diadakan di Shah Alam bermula dari 30 April hingga 5 Mei 2017. Kontinjen UiTMCJ diketuai oleh Encik Mohd. Khairul Ariff bin Noh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Majlis penyerahan bendera kepada ketua kontinjen dan ketua-ketua pasukan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ pada 25 April lalu. Seluruh warga UiTMCJ mendoakan agar Kontinjen Johor selamat pergi dan kembali serta membawa pulang kemenangan di samping mengeratkan tali silaturrahim serta memupuk semangat setia kawan bersama-sama kontinjen dari cawangan yang lain. Simposium Pengurusan Maklumat Nilai: Fakulti Pengurusan Maklumat UiTMCJ telah menganjurkan Simposium Pengurusan Maklumat Siri II 2017 yang bertemakan “Melonjak Solidariti Masyarakat Bestari” pada 27 April di Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM, Nilai. Seramai 40 orang telah menyertai simposium pada kali ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat. Majlis Menandatangani MoU di antara Indonesia Banking School dan UiTM Jakarta: Pada 21 April telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Indonesia Banking School (IBS) dan UiTM Cawangan Johor. Antara isi kandungan MoU tersebut adalah untuk menandakan hubungan kerjasama kedua-dua institusi daripada aspek aktiviti pembangunan pelajar, budaya serta sukan. MoU tersebut ditandatangani oleh Dr. Subarjo Joyosumarto, Pengerusi IBS dan Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah bagi pihak Naib Canselor UiTM. JPB2017: Inilah Peluangku! Johor: Pada tahun ini, Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) telah bermula dari 11 Mac sehingga 8 Mei 2017. Seperti tahun lepas, UiTM merupakan Rakan Strategik JPB 2017. Sebanyak 6 lokasi telah dipilih untuk Negeri Johor bagi JPB kali ini, iaitu – Ledang, Muar, Pagoh, Batu Pahat, Segamat dan Sekijang. Jelajah di Negeri Johor yang bermula dari 1 hingga 4 April yang lalu telah melibatkan ramai pensyarah UiTMCJ yang turun padang sebagai perunding akademik di booth UiTM bagi mempromosikan Program Pra-Diploma dan program-program diploma UiTM yang lain. Rektor UiTMCJ terima surat penghargaan dari Ketua Polis Johor Johor Bahru: Barisan Pengurusan Eksekutif dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd., Ketua Polis Johor. Pada 5 April lalu, di akhir kunjungan, DSP/KS Azizan Abdullah telah menerima surat penghargaan sempena Hari Polis ke -210 bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau menggerak dan menyokong aktiviti SUKSIS UiTMCJ. Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan kerjasama dan hubungan UiTMCJ – PDRM. Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik Peringkat Negeri Johor Segamat: Pada 4 April bertempat di LT2 UiTMCJ telah berlangsung Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE 2017) peringkat Negeri Johor yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Baderul Sham bin Saad, Pengurus Besar Negeri (Johor), Bahagian Pembahagian TNB. Program ini merupakan kerjasama ICAN UiTM dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia diadakan untuk memberi kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan penggunaan elektrik kepada masyarakat khususnya warga IPT. Selain itu, kempen ini juga menyalurkan maklumat berkaitan asas keselamatan elektrik, pendedahan tentang bahaya-bahaya dan cara-cara bertindak sekira berlakunya sesuatu kemalangan. ALUMNI: kembali berbakti Segamat: Pada 8 April yang lalu, bertempat di Masjid As-Syakirin UiTMCJ telah berlangsung Program Amal Alumni ITM Cawangan Johor Batch ‘84-’86. Seramai 30 orang alumni telah menyertai program tersebut. Mereka merupakan pelajar kelompok pertama semasa ITM ditubuhkan di Johor. Antara pengisian program adalah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, majlis jamuan makan bersama-sama pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim yang disumbangkan oleh para alumni. Turut hadir adalah para pensyarah dan warga kerja UiTMCJ tahun 1984 – 1986, sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara. Tahniah atas kenaikan pangkat Segamat: Tahniah dan syabas kepada 11 orang pensyarah UiTMCJ kerana telah mendapat kenaikan pangkat ke DM52 (Pensyarah Kanan). Mereka adalah Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar, Mohd Faizal bin Mohd Ramsi, Zarith Sofiah binti Othman, Amirah binti Haji Abu Hassan, Aishah binti Mahat, Ahmad Fuzi bin Md Ajis, Mahasian binti Saja@Mearaj, Nadia Saari@Ash’ari, Fadilah binti Md Kassim, Munirah binti Zakaria dan Filouz bin Hashim. Surat kenaikan pangkat tersebut telah disampaikan sendiri kepada mereka oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik. Lawatan Kolaborasi oleh Fakulti Pengurusan, UTM Segamat: Seramai 7 ahli Fakulti Pengurusan UTM dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Jusoh, Timbalan Dekan Pembangunan Inovasi, Komuniti dan Jaringan telah mengadakan lawatan kolaborasi akademik dan penyelidikan di UiTMCJ Kampus Segamat pada 2 April yang lalu. Sesi perbincangan telah diadakan bersama pihak pengurusan tertinggi UiTMCJ dan Ketua-ketua Pusat Pengajian dan Koordinator Kursus Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Fakulti Perakaunan. Di akhir sesi lawatan, mereka telah dibawa melawat ke Trading Room yang terletak di Bangunan PTDI 1. Semoga sesi lawatan ini akan menjadi titik tolak bermulanya kerjasama di antara dua buah IPT yang berada di selatan tanah air. Kempen Bring Your On Container melestarikan alam sekitar Segamat: Pembungkusan makanan menggunakan bahan polisterin dan plastik amatlah tidak menyokong kepada kelestarian alam sekitar. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Pelajar, Jawatankuasa Ruang Niaga, MPP dan Persatuan PEERs UiTMCJ telah mengambil inisiatif bagi membendung masalah ini dengan memperkenalkan Kempen Bring Your Own Container kepada seluruh warga kampus. Dengan membawa bekas makanan sendiri apabila ingin membungkus makanan ini diharap dapat membendung masalah pencemaran sekaligus menerapkan kesedaran cintakan alam sekitar dan memupuk budaya hidup sihat. e-newsletter Isu 1/2017 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan Johor Kampus Segamat APRIL 2017 https://johor.uitm.edu.my Unit Komunikasi Korporat UiTMCJ

Upload: others

Post on 09-Nov-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: e-newsletter APRIL 2017 Isu 1/2017 Bring Your On Container...Menghayati Isra’ dan Mikraj Segamat: Sambutan Isra’ Mikraj pada tahun ini jatuh pada Isnin, 24 April bersamaan dengan

Memperkasakan Ekonomi Usahawan DigitalSegamat: Bagi memupuk potensi keusahawanan di kalangan mahasiswa, MASMED UiTMCJ dengan kerjasama pihak Perbadanan Usahawan Johor (EDC Johor) dan Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) telah menganjurkan ‘Mini Roadshow Program Usahawan Digital 2017’ pada 25 April yang lalu. Program ini mempunyai objektif untuk memberi pendedahan berkenaan ekonomi digital, memupuk minat peserta dalam pembangunan aplikasi digital serta membantu dalam penghasilan kandungan kreatif digital kepada belia Negeri Johor terutamanya warga UiTMCJ. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Syed Azlan bin Syed Abdul Halim, Pengurus Jualan dan Pemasaran MaGICX. .

Menghayati Isra’ dan MikrajSegamat: Sambutan Isra’ Mikraj pada tahun ini jatuh pada Isnin, 24 April bersamaan dengan 27 Rejab 1438H. Tarikh ini cukup penting dalam kalendar Islam kerana seluruh umat Islam akan mengingati peristiwa agung di mana Nabi Muhammad SAW telah menjalani suatu perjalanan dari Baitulmaqdis ke Siratulmuntaha untuk menerima tanggungjawab sebagai pemimpin ummah oleh Allah SWT. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Islam UiTMCJ telah mengadakan ceramah Isra’ Mikraj pada 27 April lalu. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Firdaus bin Ismail dari UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil.

Selamat berjuang kepada Kontinjen UiTMCJ Segamat: Seramai lebih kurang 80 orang staf UiTMCJ menyertai KARiSTA yang diadakan di Shah Alam bermula dari 30 April hingga 5 Mei 2017. Kontinjen UiTMCJ diketuai oleh Encik Mohd. Khairul Ariff bin Noh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Majlis penyerahan bendera kepada ketua kontinjen dan ketua-ketua pasukan telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ pada 25 April lalu. Seluruh warga UiTMCJ mendoakan agar Kontinjen Johor selamat pergi dan kembali serta membawa pulang kemenangan di samping mengeratkan tali silaturrahim serta memupuk semangat setia kawan bersama-sama kontinjen dari cawangan yang lain.

Simposium Pengurusan MaklumatNilai: Fakulti Pengurusan Maklumat UiTMCJ telah menganjurkan Simposium Pengurusan Maklumat Siri II 2017 yang bertemakan “Melonjak Solidariti Masyarakat Bestari” pada 27 April di Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM, Nilai. Seramai 40 orang telah menyertai simposium pada kali ini. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Sazili Sahibi, Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat.

Majlis Menandatangani MoU di antara Indonesia Banking School dan UiTM Jakarta: Pada 21 April telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Indonesia Banking School (IBS) dan UiTM Cawangan Johor. Antara isi kandungan MoU tersebut adalah untuk menandakan hubungan kerjasama kedua-dua institusi daripada aspek aktiviti pembangunan pelajar, budaya serta sukan. MoU tersebut ditandatangani oleh Dr. Subarjo Joyosumarto, Pengerusi IBS dan Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah bagi pihak Naib Canselor UiTM.

JPB2017: Inilah Peluangku!Johor: Pada tahun ini, Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) telah bermula dari 11 Mac sehingga 8 Mei 2017. Seperti tahun lepas, UiTM merupakan Rakan Strategik JPB 2017. Sebanyak 6 lokasi telah dipilih untuk Negeri Johor bagi JPB kali ini, iaitu – Ledang, Muar, Pagoh, Batu Pahat, Segamat dan Sekijang. Jelajah di Negeri Johor yang bermula dari 1 hingga 4 April yang lalu telah melibatkan ramai pensyarah UiTMCJ yang turun padang sebagai perunding akademik di booth UiTM bagi mempromosikan Program Pra-Diploma dan program-program diploma UiTM yang lain.

Rektor UiTMCJ terima surat penghargaan dari Ketua Polis Johor

Johor Bahru: Barisan Pengurusan Eksekutif dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato Sri Wan Ahmad Najmuddin bin Mohd., Ketua Polis Johor. Pada 5 April lalu, di akhir kunjungan, DSP/KS Azizan Abdullah telah menerima surat penghargaan sempena Hari Polis ke -210 bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau menggerak dan menyokong aktiviti SUKSIS UiTMCJ. Semoga kunjungan ini dapat memperkukuhkan kerjasama dan hubungan UiTMCJ – PDRM.

Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik Peringkat Negeri Johor Segamat: Pada 4 April bertempat di LT2 UiTMCJ telah berlangsung Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE 2017) peringkat Negeri Johor yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Baderul Sham bin Saad, Pengurus Besar Negeri (Johor), Bahagian Pembahagian TNB. Program ini merupakan kerjasama ICAN UiTM dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ia diadakan untuk memberi kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan penggunaan elektrik kepada masyarakat khususnya warga IPT. Selain itu, kempen ini juga menyalurkan maklumat berkaitan asas keselamatan elektrik, pendedahan tentang bahaya-bahaya dan cara-cara bertindak sekira berlakunya sesuatu kemalangan.

ALUMNI: kembali berbaktiSegamat: Pada 8 April yang lalu, bertempat di Masjid As-Syakirin UiTMCJ telah berlangsung Program Amal Alumni ITM Cawangan Johor Batch ‘84-’86. Seramai 30 orang alumni telah menyertai program tersebut. Mereka merupakan pelajar kelompok pertama semasa ITM ditubuhkan di Johor. Antara pengisian program adalah Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, majlis jamuan makan bersama-sama pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yatim yang disumbangkan oleh para alumni. Turut hadir adalah para pensyarah dan warga kerja UiTMCJ tahun 1984 – 1986, sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara.

Tahniah atas kenaikan pangkatSegamat: Tahniah dan syabas kepada 11 orang pensyarah UiTMCJ kerana telah mendapat kenaikan pangkat ke DM52 (Pensyarah Kanan). Mereka adalah Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar, Mohd Faizal bin Mohd Ramsi, Zarith Sofiah binti Othman, Amirah binti Haji Abu Hassan, Aishah binti Mahat, Ahmad Fuzi bin Md Ajis, Mahasian binti Saja@Mearaj, Nadia Saari@Ash’ari, Fadilah binti Md Kassim, Munirah binti Zakaria dan Filouz bin Hashim. Surat kenaikan pangkat tersebut telah disampaikan sendiri kepada mereka oleh Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor UiTMCJ. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang lain untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Lawatan Kolaborasi oleh Fakulti Pengurusan, UTMSegamat: Seramai 7 ahli Fakulti Pengurusan UTM dengan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Jusoh, Timbalan Dekan Pembangunan Inovasi, Komuniti dan Jaringan telah mengadakan lawatan kolaborasi akademik dan penyelidikan di UiTMCJ Kampus Segamat pada 2 April yang lalu. Sesi perbincangan telah diadakan bersama pihak pengurusan tertinggi UiTMCJ dan Ketua-ketua Pusat Pengajian dan Koordinator Kursus Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Fakulti Perakaunan. Di akhir sesi lawatan, mereka telah dibawa melawat ke Trading Room yang terletak di Bangunan PTDI 1. Semoga sesi lawatan ini akan menjadi titik tolak bermulanya kerjasama di antara dua buah IPT yang berada di selatan tanah air.

Kempen Bring Your On Container melestarikan alam sekitarSegamat: Pembungkusan makanan menggunakan bahan polisterin dan plastik amatlah tidak menyokong kepada kelestarian alam sekitar. Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah Pelajar, Jawatankuasa Ruang Niaga, MPP dan Persatuan PEERs UiTMCJ telah mengambil inisiatif bagi membendung masalah ini dengan memperkenalkan Kempen Bring Your Own Container kepada seluruh warga kampus. Dengan membawa bekas makanan sendiri apabila ingin membungkus makanan ini diharap dapat membendung masalah pencemaran sekaligus menerapkan kesedaran cintakan alam sekitar dan memupuk budaya hidup sihat.

e-newsletterIsu 1/2017

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Cawangan JohorKampus SegamatAPRIL 2017

https://johor.uitm.edu.myUnit Komunikasi Korporat UiTMCJ