majlis sambutan isra'dan mi'raj - labour.gov.bn isra mikraj 2018.pdf · aturcara majlis...

4
MAJLIS SAMBUTAN ISRA'DAN MI'RAJ 03 Sya'ban 1439H | 19 April 2018M BUKU PROGRAM "Sembahyang Berjemaah Meraih Berkat" Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1439H/2018M Kelolaan Jabatan Buruh

Upload: lelien

Post on 06-Mar-2019

319 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS SAMBUTAN ISRA'DAN MI'RAJ - labour.gov.bn Isra Mikraj 2018.pdf · aturcara majlis sambutan isra' dan mi'raj kementerian hal eh wal dalam negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya

M A J L I S S A M B U T A N I S R A ' D A N M I ' R A J

03 Sya'ban 1439H | 19 April 2018M

BUKU PROGRAM

"Sembahyang Berjemaah Meraih Berkat"

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

Bagi Tahun 1439H/2018M

Kelolaan Jabatan Buruh

Page 2: MAJLIS SAMBUTAN ISRA'DAN MI'RAJ - labour.gov.bn Isra Mikraj 2018.pdf · aturcara majlis sambutan isra' dan mi'raj kementerian hal eh wal dalam negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya

UCAPAN ALU- ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad Sallallahu'Alaihi Wassalam, para sahabat dan pengikut- pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Kita panjatkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpah rahmat, taufiq dan hidayah serta dengan izin-Nya jua membolehkan kita semua dapat berkumpul beramai- ramai bagi memperingati hari yang penuh bersejarah ini, iaitu peristiwa perjalanan di waktu malam Nabi kita Muhammad Sallallahu' Alaihi Wassalam di Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Peristiwa ini menunjukkan bukti kebesaran, kekuasaan dan keagungan-Nya dengan memperjalankan hamba-Nya, Nabi Muhammad Sallallahu' Alaihi Wassalam untuk memperlihatkan Baginda beberapa kejadian aneh, pelik dan ajaib yang mana setiap kejadian itu boleh dijadikan iktibar dan pedoman hidup umat Islam di dunia ini.

Salah satu anugerah yang tidak terhingga nilainya adalah apabila Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wassalam menerima perintah sembahyang lima waktu sehari semalam. Ianya adalah satu anugerah yang sangat istimewa yang mana ibadah sembahyang merupakan penghubung antara manusia dan Allah Subhanahu Wata'ala dan boleh memantapkan aqidah dan iman dalam diri seseorang. Selain menjadi kewajipan kepada umat Islam, ibadah sembahyang mampu mencegah sebarang kejian dan kemungkaran. Sembahyang adalah merupakan tiang agama dan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah Subhanahu Wata'ala pada hari akhirat kelak.

Buat akhirnya, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di atas kesudian Yang Berhormat Pehin dapat meluangkan masa untuk hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis yang penuh keberkatan dan berkebajikan ini.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat menyumbangkan tenaga, buah fikiran dan apa jua sumbangan demi kejayaan Majlis ini. Semoga Allah membalasnya dengan pahala berlipat ganda. Amin.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Muhammad Saufi bin Awang Haji Ibrahim Pemangku Pesuruhjaya Buruh Jabatan Buruh

SEKAPUR SIRIH

Page 3: MAJLIS SAMBUTAN ISRA'DAN MI'RAJ - labour.gov.bn Isra Mikraj 2018.pdf · aturcara majlis sambutan isra' dan mi'raj kementerian hal eh wal dalam negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya

ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

BAGI TAHUN 1439H/2018M

DEWAN SERBAGUNA, IBU PEJABAT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

03 SYAABAN 1439H/ 19 APRIL 2018M

Untuk memuat turun buku program, sila muat turun aplikasi 'QR Code Reader' menggunakan link dibawah:-

www.goo.gl/6SjnFh

atau

www.goo.gl/c8qpcY

Page 4: MAJLIS SAMBUTAN ISRA'DAN MI'RAJ - labour.gov.bn Isra Mikraj 2018.pdf · aturcara majlis sambutan isra' dan mi'raj kementerian hal eh wal dalam negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya

BIODATA