pengenalan teori pengamatan

2
Pengenalan Murid-murid pemulihan merupakan segolongan murid yang mempunyai masalah sama ada dari segi fizikal, kesihatan, tingkah laku dan termasuklah pengamatan. Oleh sebab itu, mereka telah ditempatkan untuk belajar di kelas Pendidikan Pemulihan selepas melalui proses pencalonan dan ujian saringan. Antara masalah pengamatan yang dialamai oleh murid pemulihan ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah sensori motor. Apakah yang dimaksudkan dengan pengamatan? Pengamatan bermaksud satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman yang lalu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemikiran kita. Kamus Dewan (1998) pula mentakrifkan pengamatan sebagai proses pengawasan atau penelitian. Proses pengamatan merangkumi tiga peringkat, iaitu proses penerimaan, pemprosesan data dan proses tindak balas. Salah satu faktor yang mengakibatkan kelemahan pengamatan seseorang murid pemulihan ialah faktor internal. Faktor ini merujuk kepada minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Kerosakan pada pendengaran dan penglihatan juga akan mempengaruhi kemahiran pengamatan seseorang. Sebagai contoh, masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan lain-lain boleh menghalang proses pengamatan. Selain itu, masalah pengamatan turut dipengaruhi oleh kecerdasan mental seseorang murid. Kecerdasan mental adalah diwarisi justeru setiap individu mempunyai kecerdasan mental yang berbeza. Dalam hal ini, perbezaan kecerdasan mental ini akan mempengaruhi kemahiran pengamatan. Misalnya, murid yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi mampu mengamati rangsangan-rangsangan dan mengenal pasti ciri-cirinya serta menghubungkait dengan konsep atau pengalaman lepas. Manakala, murid yang lemah pengamatannya jarang memahami atau membentuk konsep abstrak atau kompleks. Oleh hal yang sedemikian, murid-murid yang mempunyai masalah pengamatan biasanya adalah lambat membuat sesuatu pengolahan seperti pengelasan mengikut jenis dan sukar mengaitkan pengalaman dengan situasi baru atau situasi lama. Mereka juga lemah dalam koordinasi motor mata tangan di samping juga lemah dalam diskriminasi pendengaran dan penglihatan. Merka turut sering kali terlanggar alat-alat dalam bilik darjah. Justeru, kursus Kemahiran Pengamatan telah ditawarkan kepada guru pelatih yang mengikuti opsyen Pendidikan Pemulihan termasuklah saya diri sendiri untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara membina instrumen untuk mengenal pasti 1

Upload: dyrene-ngu

Post on 02-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

utk rujukan shj

TRANSCRIPT

PengenalanMurid-murid pemulihan merupakan segolongan murid yang mempunyai masalah sama ada dari segi fizikal, kesihatan, tingkah laku dan termasuklah pengamatan. Oleh sebab itu, mereka telah ditempatkan untuk belajar di kelas Pendidikan Pemulihan selepas melalui proses pencalonan dan ujian saringan. Antara masalah pengamatan yang dialamai oleh murid pemulihan ialah masalah penglihatan, masalah pendengaran dan masalah sensori motor.Apakah yang dimaksudkan dengan pengamatan? Pengamatan bermaksud satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman yang lalu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemikiran kita. Kamus Dewan (1998) pula mentakrifkan pengamatan sebagai proses pengawasan atau penelitian. Proses pengamatan merangkumi tiga peringkat, iaitu proses penerimaan, pemprosesan data dan proses tindak balas. Salah satu faktor yang mengakibatkan kelemahan pengamatan seseorang murid pemulihan ialah faktor internal. Faktor ini merujuk kepada minat dan kecenderungan serta perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Kerosakan pada pendengaran dan penglihatan juga akan mempengaruhi kemahiran pengamatan seseorang. Sebagai contoh, masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran, penglihatan kurang jelas dan lain-lain boleh menghalang proses pengamatan.Selain itu, masalah pengamatan turut dipengaruhi oleh kecerdasan mental seseorang murid. Kecerdasan mental adalah diwarisi justeru setiap individu mempunyai kecerdasan mental yang berbeza. Dalam hal ini, perbezaan kecerdasan mental ini akan mempengaruhi kemahiran pengamatan. Misalnya, murid yang mempunyai kecerdasan mental yang tinggi mampu mengamati rangsangan-rangsangan dan mengenal pasti ciri-cirinya serta menghubungkait dengan konsep atau pengalaman lepas. Manakala, murid yang lemah pengamatannya jarang memahami atau membentuk konsep abstrak atau kompleks. Oleh hal yang sedemikian, murid-murid yang mempunyai masalah pengamatan biasanya adalah lambat membuat sesuatu pengolahan seperti pengelasan mengikut jenis dan sukar mengaitkan pengalaman dengan situasi baru atau situasi lama. Mereka juga lemah dalam koordinasi motor mata tangan di samping juga lemah dalam diskriminasi pendengaran dan penglihatan. Merka turut sering kali terlanggar alat-alat dalam bilik darjah. Justeru, kursus Kemahiran Pengamatan telah ditawarkan kepada guru pelatih yang mengikuti opsyen Pendidikan Pemulihan termasuklah saya diri sendiri untuk memberi pendedahan mengenai cara-cara membina instrumen untuk mengenal pasti masalah pengamatan, jenis-jenis pengamatan dan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut dalam kalangan murid pemulihan. 1