pengenalan teori dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual

12
PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Teori Pengajaran dan Pembelajaran Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada behavioris, kognitif, humanis, psiko-analitik dan kontrukstivisme. 1.1.1 Teori Behaviourisme Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. 1.1.2 Teori Kognitif Teori Kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian.

Upload: dadyboboy

Post on 14-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

PENGENALAN TEORI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Teori Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan

untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya,  teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada  behavioris, kognitif,  humanis, psiko-analitik dan kontrukstivisme.

1.1.1  Teori Behaviourisme

Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini  berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.1.2  Teori Kognitif

Teori Kognitif  berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di

dalam ingatan.

1.1.3  Teori Humanis

Teori Humanis  berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu

Page 2: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

1.1.4  Teori Psiko-Analitik

Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual.  Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia(nature)  dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.  Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.

Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual

1.1.5  Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran  menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid  dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema  aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan

Page 3: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.2    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 

1.2.1  Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.  Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,  sumbang saran, dan kaji siasat.  Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat  memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.

   Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan  pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan.  Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.2.2  Pendekatan Discipline Based of Art Education  (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan  sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;  Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni

i.              Produk Seni

Murid  mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii.            Sejarah Seni

Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.

  

iii.           Kritikan Seni

Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi  seni.

iv.           Estetika

Murid akan menimbangkan  keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur  terarah  mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Page 5: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum  yang lebih terarah.

1.2.3       Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i)   Pemerhatian

(ii)  Penerokaan

(iii) Penghasilan (pembuatan)

(iv) Apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktif

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu   diberi kepada perkara berikut:

•  pengetahuan sedia ada murid

•  benda yang konkrit

•  minat, kecenderongan dan latar belakang murid

•   bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi

•   mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

ii.   Penerokaan

•   aktiviti kecil mudah ringkas

•   cuba mencuba, suaikenal dengan bahan

Page 6: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

•   penemuan oleh murid sendiri, uji menguji

•   mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain

•   bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba

•   aktif melibatkan pelbagai kecerdasan

•   menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik

Penghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik

•   tatacara, langkah dan proses membuat

•   amalan tertib kerja

•   keselamatan semasa bekerja

•   penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii   Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis  aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,    

     ton, rupabentuk dan bentuk

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik

•   penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya

•   perasaan, penghargaan dan refleksi diri

•   penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.  Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

Jenis Tahap Penerangan

Page 7: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Menggambar

(description)

•  Mengamati hasil seni dan 

    menggambarkan sifat-sifat tampak 

    seperti warna, garisan, bentuk, rupa, 

    jalinan dan elemen-elemen gubahan

    iaitu prinsip dan struktur

Menganalisa

(analisis)

•  Menganalisa perhubungan sifat-sifat

    tampak seperti unsur-unsur seni,   

    prinsip dan struktur.

•  Menganalisa kualiti ekspresif seperti

    mood dan suasana.

•  Menghuraikan stail sesuatu karya.

 Tafsiran

(interpretation)

•  Mencari makna-makna yang terdapat

   pada sifat-sifat tampak seperti subjek,

   simbol, unsur-unsur seni, prinsip,

   struktur corak dan bahan.

•  Mencari metafora-metafora

    (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi 

    (persamaan) untuk menjelaskan

    makna tersebut.

Penilaian

(evaluation)

•  Membuat penilaian berdasarkan

    kepada kriteria yang bersesuaian

    seperti keaslian, gubahan, teknik dan

    fungsi.

•  Menilai hasil seni berdasarkan kepada

    pengertiannya (significance) dari segi

    individu, sosial, keagamaan dan

    kepercayaan, sejarah serta

    keseniannya.

Page 8: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith

Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

         (i)    pemerhatian

         (ii)   penerokaan 

         (iii)  penghasilan (pembuatan)

         (iv)  apresiasi dan perlanjutan

Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar murid.

1.2.4  Pendekatan PSV KBSR

Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu;

Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

  

    

Pemerhatian secara aktif:

Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan

manusia Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke

arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Page 9: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan

Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.

Apresiasi seni visual secara mudah:

Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi

Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka

Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

1.2.5  Pendekatan Pendidikan Seni John A. Michael

Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat bidang utama iaitu :-

Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional.

        

Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan    kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu:

         •   Mengenali diri sendiri

         •   Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka

         •   Peka tentang perasaan

         •   Memiliki konsepsi diri

Page 10: Pengenalan Teori Dan Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara    berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut  John  A.  Michael  dalam  bukunya  'Art  and  Adolescense'     ada  dua  pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a)        Pendekatan secara logik

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata.Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

(b)        Pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu   pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini lebih realistik dan  dapat menerima ‘response’ dan  pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta   alat yang digunakan.