pengenalan she 101

Upload: khairiah-yusof

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pengenalan SHE 101

    1/4

    TOPIK PRAKTIKUM SHE 101

    4. Kaum-kaum di Malaysia kaya dengan adat resam dan kepercayaan masing-masing.

    Adat resam dan kepercayaan ini mungkin berkait dengan

    perayaan,perkahwinan,kepercayaan,cara hidup dan petua , amalan dan pantang larang hariandan sebagainya. Berdasarkan SATU adat resam dan kepercayaan yang anda pilih . anda

    sepatutnya menjelaskan tentang sejarah dan latar belakang,cara ia dilaksanakan atau

    diamalkan dan sejauh mana ia telah mengalami perubahan mengikut zaman. Jelaskan

    bagaimana pengetahuan dan pemahaman anda terhadap adat resam / kepercayaan ini boleh

    memupuk hubungan antara kaum di Malaysia.

  • 7/28/2019 Pengenalan SHE 101

    2/4

    PENGENALAN

    Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan

    hidup dalam keadaan aman yang damai. Masyarakat yang berbilang kaum ini telah

    mewujudkan kepelbagaian adat resam dan kepercayaan di Malaysia. Masyarakat di Malaysiaterdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Sikh dan masyarakat asli di Sabah dan

    Sarawak. Masyarakat Melayu membentuk sebahagian besar daripada masyarakat di

    Malaysia. Keturunan masyarakat Melayu berasal daripada Indonesia. Adat resam Melayu

    mempunyai banyak pengaruh Jawa dan juga Hindu yang merupakan agama utama

    masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam. Dalam adat resam masyarakat Melayu,

    perkahwinan mempunyai makna yang sangat besar dalam institusi kekeluargaan kerana

    perkahwinan merupakan ikatan halal yang menyatukan dua hati antara lelaki dan perempuan bagi membina keluarga. Perkahwinan tradisional Melayu melalui beberapa peringkat sebelum

    pengantin lelaki dan pengantin perempuan dapat disatukan. Keluarga mempunyai autoriti

    yang sangat besar dalam menentukan pasangan bagi anak mereka dan anak perlu mematuhi

    pilihan yang ditentukan . Namun, dengan peredaran zaman yang semakin moden, anak boleh

    memilih pasangan hidup mereka tetapi perlu diperkenalkan kepada ibu bapa mereka bagi

    mendapatkan restu ibu bapa sebelum mendirikan rumah tangga. Selain itu, agama Islam juga

    telah memberi pengaruh yang sangat besar dalam adat perkahwinan Melayu dengan akad

    nikah dan mas kahwin yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan sebagai hadiah

    perkahwinan dan penghargaan terhadap pengantin perempuan. Perkahwinan dalam

    masyarakat Melayu telah membentuk institusi kekeluargaan yang bahagia dan kukuh.

    Objektif Kajian

    Melalui kajian ini, kami dapat :

    i.

    Menganalisis cara adat isitiadat perkahwinan kaum Melayu yang diamalkan sejak turun temurun sehingga ke zaman moden ini.

    ii. Mengenal pasti dan mendalami tentang adat istiadat perkahwinan kaum Melayu.

    iii. Memupuk semangat untuk mengenali cara adat perkahwinan kaum Melayu.

    iv. Mengetahui setiap syarat-syarat, pantang larang dan meraikan cara adat

    perkahwinan kaum Melayu.

  • 7/28/2019 Pengenalan SHE 101

    3/4

    Kaedah Kajian

    Kaedah kajian yang bakal kumpulan kami gunakan untuk mendapat maklumat yang tepat dan

    benar adalah seperti berikut:

    1. Soal selidik

    Ahli kumpulan kami akan mengadakan soal selidik dengan masyarakat Melayu

    terutamanya golongan tua di kampung-kampung untuk mengenal pasti tentang adat

    istiadat perkahwinan kaum Melayu.

    2. Temu bual

    Ahli kumpulan kami juga akan menemu bual rakan-rakan Melayu kami yang sudah

    berkahwin. Antara maklumat yang diperoleh oleh kami dalam temu bual tersebut

    adalah atur cara serta pantang larang perkahwinan kaum Melayu.

    3. Rujukan

    Kami turut merancang untuk merujuk kepada buku-buku mengenai adat istiadat kaum

    Melayu di perpustakaan universiti untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di

    samping itu, kami juga akan membuat rujukan internet melalui komputer.

    4. Pemerhatian dan Tinjauan

    Kami akan mengadakan pemerhatian dan tinjauan di tapak majlis akad nikah dan

    tapak majlis persandingan kaum Melayu untuk membuat catatan. Maklumat yanfg

    boleh kami dapatkan dapatkan dari pemerhatian ialah peringkat sebelum

    perkahwinan,adat dan pantang larang serta aturcara majlis perkahwinan.

  • 7/28/2019 Pengenalan SHE 101

    4/4

    Hasil Kajian

    Hasil yang diharapkan daripada kajian ini dengan menggunakan kaedah kajian yang

    dipilih oleh kumpulan kami ialah pembaca dapat memahami tentang perkahwinan kaum

    Melayu dengan selanjutnya. Mereka akan mengetahui prosedur yang betul tentang

    perkahwinan kaum Melayu dan dapat mengenalpasti perubahan prosedur perkahwinan kaum

    Melayu mengikut peredaran zaman. Mereka juga akan mendapatkan informasi yang tepat

    tentang pantang larang dan tempat menjalankan perkahwinan kaum Melayu. Selain itu, hasil

    yang akan dikumpul oleh kumpulan kami dapat memberi pendedahan kepada bakal pengantin

    Melayu untuk menjalani perkahwinan yang lebih bahagia dan juga mematuhi adat resam

    Melayu pada zaman moden ini. Kami juga berharap hubungan antara kumpulan kami akan

    menjadi lebih erat melalui kajian ini dan dapat bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.