projek she : feng shui di malaysia

33
FENG SHUI DI MALAYSIA MOHD RIZAL KIMATHB BATCHA

Upload: rizalstarz

Post on 07-Jun-2015

5.544 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

FENG SHUI

DI MALAYSIAMOHD RIZAL KIMATHB BATCHA

Page 2: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Sejarah dan asal-usul “Feng Shui”

“Feng Shui” sudah lama diamalkan di China sejak Dinasti Tang lagi. Kemungkinan besar

ilmu ini muncul dan berkembang sebelum bangsa Tiongkok kuno mengenali kompas iaitu penentuan

kondisi suatu tempat yang baik. Misalnya, untuk mendirikan rumah. Pada mulanya, ilmu “Feng Shui”

hanya melihat perpaduan unsur angin dan air. Kononnya para raja Tiongkok kuno sangat mempercayai

kebenaran ilmu “Feng Shui” sehingga agak ramai pakar-pakar ilmu ini dijadikan penasihat kerajaan.

Para pakar astrologi pada masa itu dianggap memiliki kedudukan penting kerana diyakini memiliki

kekuatan supranatural (supernatural power) dan mengetahui rahsia alam. Namun demikian, “Feng

Shui” tidak hanya berasaskan kepada “bisikan gaib” semata-mata, ilmu ini juga berkonsep kepada

penalaran yang sangat logik dan empirik. Pakar “Feng Shui” yang paling tua dalam seni ini umumnya

mempercayai bahawa Yang Yun Sang seorang yang berpengalaman merupakan pengasas “Feng Shui”.

Master Yang meninggalkan warisan klasik yang dikekalkan dan terus diamalkan sehingga ke hari ini.

Beliau merupakan penasihat mahkamah Maharaja Hai Tsang (SATU.D. 888). Buku-buku beliau

tentang “Feng Shui” yang diterbitkan merupakan teks-teks yang paling utama di mana pencapaian

generasi muda pengamal “Feng Shui” adalah bergantung kepadanya. Master Yang menekankan

bahawa bentuk gunung dan arah aliran air adalah penting dalam ilmu “Feng Shui”. Semua ini akan

menempatkan dan mempengaruhi Naga, Cha yang merupakan makhluk suci yang dihormati di syurga.

Butir-butir doktrinnya dalam tiga klasik yang terkenal secara keseluruhannya menghuraikan praktis

“Feng Shui” dalam turutan warna-warni metaphor naga. Pertamanya, “Han Lung Ching”

mengandungi “Seni Membangunkan Naga”. Kedua, “Ching Nang Ao Chih” terdiri daripada kaedah

yang menentukan lokasi tempat tinggal Naga. Sementara buku yang ketiga iaitu “I Lung Ching” yang

diterjemah dari “Prinsip-prinsip Mentaksir Naga”. Buku yang ketiga ini menyediakan kaedah dan

teknik bagaimana mencari Naga dalam kawasan di mana mereka tidak ketara bediri keluar. Ilmu astrologi serta analisis tata letak ruang yang dikenali dengan nama “Feng Shui”

dipengaruhi oleh ajaran Tao dan Confusius. Secara etimologis, kata “Feng Shui” sendiri berasal dari

gabungan kata ‘Feng’ yang bererti angin dan ‘Shui’ yang bererti air. Namun, gabungan kata ‘Feng’ dan

‘Shui’ ini menyimbolkan dua oposisi biner kekuatan Yin dan Yang yang menescayakan keselarasan

dalam siklus kosmos.

Page 3: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Perkembangan “Feng Shui” di Malaysia

“Feng Shui” berkembang ke Malaysia sejak pertengahan tahun 1950an. Banyak terjemahan

teks kuno “Feng Shui” ke dalam bahasa Inggeris. Di antaranya ialah karya-karya klasik yang

berkaitan dengan Yoga dan Taoism. Ini telah membuka peluang luas pada skala internasional untuk

mempelajari, mengkaji dan mempraktikkan ilmu “Feng Shui”. Kebanyakan pengamal ilmu “Feng

Shui” terdiri daripada kaum Cina. “Feng Shui” terus berkembang di Malaysia dan diamalkan sehingga

sekarang. Malah bukan sahaja masyarakat Cina mengamalkan ilmu ini, kaum-kaum lain di Malaysia

turut mengamalkan ilmu ini dalam kehidupan harian mereka seperti kaum Melayu dan Kaum India.

Secara umumnya, “Feng Shui” sekarang membicarakan tentang bangunan. Bahkan di kalangan arkitek

mulai mempelajari dan menggunakan “Feng Shui” dalam merencanakan dan membuat “blue print”

bangunan. Hal ini juga dapat diamati dari kebanyakan buku yang membincangkan masalah “Feng

Shui” beredar di pasaran dan hampir kesemuanya adalah “Feng Shui” yang berkaitan dengan seni

arsitektur.

Prinsip-prinsip “Feng Shui” dan praktisnya dalam perniagaan

Terdapat 22 prinsip “Feng Shui” yang perlu diamalkan dan dipraktiskan dalam perniagaan untuk

membantu seseorang berjaya dalam perniagaan. Penyusunan pejabat penting bagi sesbuah perniagaan

yang dijalankan. Antara prinsip-prinsip “Feng Shui” dalam perniagaan adalah seperti berikut:

1) Selalu duduk belakang menghadap dinding batu untuk menjamin sokongan dalam kehidupan

anda. Jangan sekali-kali duduk dengan tingkap di belakang anda.

2) Dalam pejabat, letak mesin faksimili, telefon dan komputer di tempat yang mempunyai harta benda

dan kekayaan pada masa depan untuk perniagaan yang lebih banyak.

3) Penyusunan meja dan kerusi haruslah dalam keadaan yang harmoni supaya Chi boleh mengalir

dengan licin.

4) Kalau anda berhajat menjadi ketua dalam bidang anda, letak Naga di sebelah kanan meja dengan

menghadap tingkap atau pintu. Naga juga akan melihat pancutan air anda. Naga selalunya menangkap

mutiara. Jadi tingkap dan pancutan air boleh melambangkan mutiara.

5) Kalau anda memiliki kedai anda sendiri, cuba letak laci wang di sudut kekayaan kedai walaupun tin

tunai yang tidak penting. Buku tempahan juga boleh diletak di sini dengan syiling Cina diikat dengan

riben merah.

6) Anda tidak harus mempunyai sebarang kaktus atau tumbuhan yang tajam di dalam pejabat anda

Page 4: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

kerana tumbuhan ini ada daun kecil yang tajam. Jadi, ia akan menyebabkan “shar chi” di dalam

pejabat. Chi ini akan membawa angin yang melalui mereka dan ini akan menyebabkan Chi menjadi

garang dan tajam.

7) Kalau pekerja anda selalu jatuh sakit di tempat ini, gunakan loceng angin logam yang diperbuat

daripada 6 atau 7 rod logam yang panjangnya 1ft merupakan bunyi logam yang terbaik sebagai

pemulih “Feng Shui”. Lain-lain seperti struktur logam atau objek logam tidak berkesan walaupun ia

juga merupakan logam semulajadi. Letak kristal sfera yang digantung untuk mengaktifkan Chi atau

menyebarkan Chi negatif.

8) Dalam pejabat anda, jangan sekali-kali membiarkan pintu utama menghadap meja anda kerana Chi

yang masuk akan memukul muka anda dan ini akan menyebabkan anda menjadi malang tetapi

sebaliknya lebih banyak halangan dan masalah. Menyusun semula pejabat anda.

9) Dalam pejabat pengurus, anda perlu cuba jangan memilih bilik yang ada dua pintu kerana Chi akan

masuk ke dalam bilik tersebut dan keluar dari pintu yang satu lagi.

10) Chi daripada pintu masuk utama dalam pejabat anda tidak boleh bertemu dengan dinding dalam

pejabat anda. Hal ini kerana apabila Chi memukul dinding akan berpusing dan ini akan menyebabkan

ia menjadi lambat. Jadi, perniagaan anda akan menjadi lambat dan tidak bergetar. Cuba menggunakan

penggantung kristal di pintu masuk pejabat anda dan ini akan menambah Chi.

11) Jangan meletak mesin fotostat berdekatan dengan pintu utama. Haba yang berdekatan dengan

pintu utama adalah selalunya tidak disukai dan menyebabkan Chi menjadi panas dan disebarkan

dengan mudah kerana ramai orang yang kerap berjalan masuk dan keluar dengan cepat. Hal ini kerana

Chi tidak dibenarkan untuk tinggal untuk sedikit masa.

12) Jangan meletakkan mesin pemotong kertas berdekatan dengan pintu utama. Mesin pemotong ialah

untuk memotong kertas. Jadi kalau ia diletak di sini, ia akan menyebabkan pekerja menikam dari

belakang dan bergaduh sekiranya seorang tidak berhati-hati.

13) Jangan meletak pasu kosong berdekatan dengan pitntu utama kerana sekali Chi baru masuk ke

dalam pejabat anda akan dihisap ke dalam pasu yang menyebabkan tiada lagi yang tinggal untuk

persekitaran.

14) Bagi pelanggan koporat, satu tangki ikan diletakkan di tempat yang ada kekayaan adalah cara

terbaik untuk mendapat keputusan yang baik dan kejayaan. Bagaimanapun, terdapat kriteria yang

tegas untuk tangki ikan yang perlu diikuti.

15) Papan notis syarikat perlu ditempatkan di tempat yang ada kekayaan supaya tiada pesaing lain

cukup kuat untuk memukul anda dalam permainan anda.

16) Letak pancutan dalaman di sudut kekayaan anda untuk mengaktifkan Chi. Ini juga ada kebaikan

perubatan.

17) Jangan biarkan pejabat anda berselerak. Laci anda perlu kemas. Ini sangat penting, pejabat di

China tidak akan membiarkan bekas kertas di dalam laci dan kebanyakan syarikat Amerika sekarang

Page 5: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

juga menggunakan pendekatan yang sama.

18) Tempatkan penggantung kristal di tingkap. Ini akan mengaktifkan Chi dan juga nampak ganjil.

Apabila terpukul mereka, mereka menghasilkan pelangi yang menakjubkan.

19) Tiga dewa katak berkaki. Rajah ini digunakan untuk menarik kekayaan dan tuah yang berlimpah-

limpah. Letak makhluk ajaib ini di depan pintu masuk dan menghadap pejabat anda untuk tuah dan

kekayaan atau letak di sektor kekayaan pejabat anda untuk membesarkan tuah kekayaan. Selalu

meninggalkan duit syiling di dalam mulutnya.

20) Bola kristal terpisah daripada melihat masa depan anda, anda boleh meletak di atas telefon untuk

menggalakkan lebih banyak panggilan perniagaan dan juga untuk menarik kekayaan dan tuah. Paling

baik untuk setiap pejabat perlu ada.

21) Anjing “Fu” Jantan dan Betina merupakan haiwan pelindung yang perlu diletak berdekatan

dengan ambang pintu untuk melindungi pengaruh syaitan. Mereka adalah simbol keberanian dan

kemewahan.

22) Cermin “Ba Gua”. Kalau anda ada tenaga negatif yang terus di pintu depan anda, cermin “Ba

Gua” akan menyebarkan tenaga negatif itu.

Page 6: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

AMALAN FENG SHUI DALAM KEPELBAGAIAN KAUM DI

MALAYSIAAmalan Feng shui Perniagaan Oleh Kaum Cina

Amalan Feng Shui telah lama diamalkan dalam kalangan kaum Cina. Feng Shui

bermula diamalkan dalam kalangan kaum Cina pada awal era tahun 80an. Mulai pada era

tahun 80-90an “Feng Shui” telah banyak diminati dan pelajari. Keberadaan Feng Shui

ternyata cukup berpengaruh, khususnya dalam kehidupan orang Cina dan telah dibawa

sampai ke zaman modern ini.

Feng Shui Cina terbahagi kepada dua jenis iaitu Feng Shui rumahan atau bangunan

dan feng shui kuburan. Feng Shui bangunan kelihatan lebih menarik dan lebih umum

diminati oleh orang ramai karana kaum cina berasa Feng Shui bangunan lebih kuat

pengaruhnya dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana penerapannya memang lebih

nyata dalam mempengaruhi pola kehidupan. Feng Shui perniagaan dalam kaum Cina

termasuklah methodology peramalan serta analisa tata letak ruang. Kaum Cina

mementingkan tata letak atau susunan ruang kerana mereka percaya tata letak ruang yang

betul akan membawa kemewahan dan nasib baik. Dalam kaum Cina, Feng Shui

bangunan yang baik memperhatikan hal-hal sebagai berikut: pencahayaan, sirkulasi

udara, keindahan, aspek keamanan, kebersihan, kenyamanan, dan warna (masalah

psikologi).

Kaum Cina percaya alam ini adalah susunan gabungan unsur-unsur yang berada

dalam suatu dimensi ruang dan waktu yang terus berubah kerana adanya energi yang

saling bereaksi satu sama lain secara alami menuju keseimbangan. Manusia yang hidup

di alam ini juga mempunyai energi. Jika seseorang berniaga di suatu tempat yang

mempunyai energi baik serta perpaduan unsur yang cocok maka orang itu akan mendapat

pengaruh yang baik, begitu juga dengan sebaliknya.

Dalam kaum Cina, langkah awal dalam Feng Shui bangunann adalah menentu arah,

bentuk dan lokasi tanah serta bangunan yang baik dan sesuai fungsinya. Pemilihan lokasi

dan arah yang tepat dipercaya akan memberikan keuntungan. Sementara salah memilih

Page 7: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

lokasi dan arah akan membawa kehancuran. Hal ini kerana energi yang diberikan oleh

lokasi dan arah akan mempengaruhi keseimbangan energi di dalam tubuh manusia.

Energi yang seimbang secara fisik dan mental akan memaksimalkan segala usaha

manusia.

Selain itu Feng Shui bangunan juga dikenal berbagai benda / bentuk tertentu yang

sering digunakan sebagai atribut pelengkap misalnya: kaca cermin cekung atau cembung,

dan lai-lain. Benda-benda tersebut sebenarnya adalah atribut dari Tao yang mungkin

sudah jarang dipakai pada modern dewasa ini, tetapi tidak jarang bentuk-bentuk yang

mewakili benda-benda tersebut tetap dipakai untuk maksud mendatangkan kebaikan atau

menolak hal-hal yang negatif. Dalam ilmu Feng Shui setiap bentuk, warna, binatang,

elemen (air, logam, kayu, api, tanah), dan sebagainya mempunyai arti dan tempat

tersendiri di dalam lingkungan sesuatu ruang tempat.

Feng Shui (Angin dan Air makna dalam bahasa cina) adalah kebudayaan lama

penempatan untuk menggalakkan keharmonian, kekayaan, kejayaan dan kesihatan. Feng

Shui berurusan dengan lokasi dan reka bentuk bangunan-bangunan, bersama dengan

rekabentuk dalaman dan luaran pelandskapan.

Kaum Cina percaya bahawa pengikutan Feng Shui yang betul dan sesuai akan

banyak mendatangkan nasib baik dan keuntungan yang tidak dapat didugakan. Jika

terlanggar sesuatu Feng Shui juga akan membawa kerugian.

Walaupun tidak sekuat di Asia, terbukti dunia barat pun kini mulai memasukkan

aspek-aspek pertimbangan Feng Shui dalam rencana-rencana penataan ruangan yang

dibuat. Bahkan sekarang banyak kalangan arsitek mulai mempelajari dan menggunakan

Feng Shui dalam rencana dan pembuatan rekaan.

Page 8: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Amalan Feng Shui Perniagaan Oleh Kaum India

Feng Shui juga diamalkan dalam kalangan kaum India tetapi ia dikenali sebagai

Vasthu Sastra. Kebanyakkan Feng Shui diamalkan adalah berkaitan dengan kesihatan,

kekayaan, kebahagiaan, kehidupan yang harmoni dan keamanan dunia.

Vasthu Sastra adalah satu seni bina sains India yang purba yang dipercayai memberi

pengaruh dalam kesihatan, kemakmuran, kebahagiaan, cinta, kebahagiaan dan

ketenangan fikiran. Vasthu Sastra menumpukan pada berharmoni kehidupan mengikut

pada seni bina, rekabentuk dalaman dan landskap. Vaastu Shastra adalah satu jalan untuk

belajar apa dilakukan jika anda merasa satu masalah. Vastu (nota ejaan) adalah nama

diberikan kepada tenaga dinamik (atau prana) benda-benda dalam tempoh hidup,

termasuk bangunan-bangunan dan struktur-struktur, dan Vaastu adalah rata atau sokongan

atas Vastu yang tinggal. Ini boleh mendapatkan amat mengelirukan, sebagai ia bermakna

bahawa Bumi kedua-duanya Vaastu dan Vastu, maksud ia adalah dianggap di India

sebagai suatu sokongan dan kedua-duanya hidup dan responsif.

Vaastu menumpukan pada berharmoni kehidupan mengikut pada seni bina,

rekabentuk dalaman dan landskap. Suatu bangunan adalah satu perluasan seseorang. Ia

adalah bertalian kedua-dua kuasa-kuasa kosmik sekarang dalam persekitaran dan untuk

medan tenaga penduduk-penduduk. Vaastu memasang tenaga positif daripada

persekitaran untuk memanfaatkan yang hidup di sana. Vaastu digunakan suatu kompleks,

sistem grid 3-layer untuk menyediakan susunatur terbaik untuk rumah, pejabat atau tapak

perdagangan . Kaum Indian berkepercayaan bahawa kita boleh memperbaiki sesuatu

sebelum menyusun semula tempat-tempat di mana kami hidup dan kerja. Lazimnya,

mandala diguna dalam Vaasu. Mandala adalah satu rajah Vaastu yang pengamal-

pengamal berunding untuk mencari cara yang terbaik untuk merekabentuk sebuah

bangunan. Ia adalah satu kekisi, suatu model, dan dalam model itu nombor-nombor

tertentu atau tuhan tertentu disusun satu kedudukan tertentu

Page 9: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Vastu mengajar pengamal-pengamal untuk memeriksa persekitaran mereka dan

membuat kebanyakan daripada kosmik pengaruh di persekitaran mereka. Vastu adalah

sains bangunan untuk membawa kesihatan, kemakmuran, kebahagiaan dan ketenangan

fikiran. Falsafah digunakan lima unsur asas -- ruang, udara, kebakaran, air dan bumi --

untuk menjajarkan tempat-tempat bagi mengekalkan keharmonian dengan alam.Bila

bangunan, hidup atau kerja dalam satu harta, satu mestilah menalakan dengan universal

kuasa-kuasa sekitar kita agar kita berada dalam keadaan yang diimbangi dengan kuasa-

kuasa kosmik.

Vasthu berdasarkan kepada susunan-susunan, pecahan-pecahan dan seimbang lima

unsur dalam peringkat baik mereka. Ia boleh diamalkan tanpa mengoyak jatuh dinding-

dinding atau membawa keluar pengubahsuaian sebagai ia ialah suatu seni penempatan

benda-benda. Di samping itu, ia juga terdapat garis panduan untuk memilih satu harta,

direkomenkan mewarnakan untuk dinding-dinding dan lantai-lantai, kajian-kajian kes,

memperbaiki perniagaan dan mempunyai keamanan minda dengan menggunakan Vasthu.

Dalam kaum Indian, Vasthu bukan sihir, tahayul, satu agama atau keagamaan ritual,

dan tidak bekerja di suatu sistem kepercayaan. Ia adalah juga tidak satu soalan

kepercayaan tetapi satu hakikat kehidupan.

Vaastu adalah sains 'tempat hidup' atau rumah. Ia boleh berbanding dengan Chinese

Fung Shui. Kaum Indian mempercayai bahawa bagaimana untuk membeli atau

mewujudkan satu "rumah rumah cantik" menurut di untuk 5,000-year-old Indian sains

yang boleh masih ada digunakan dalam zaman moden.

Page 10: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Amalan Feng Shui Perniagaan Oleh Kaum Melayu

Feng Shui perniagaan juga diamalkan dalam kaum Melayu namun ia adalah terhad.

Hal ini kerana amalan Feng Shui mempunyai beberapa elemen yang agak bertentangan

dengan agama Islam. Walaupun Islam dapat menerima suasana persekitaran atau fizikal

yang baik penting bagi kehidupan individu dan keluarga, Islam lebih mementingkan

persoalan spiritual atau dalaman iaitu hubungan manusia dengan tuhan, bukan dengan

alam.

Tetapi tidak dinafikan terdapat sebilangan orang melayu yang terpengaruh dengan

penggunaan atau perhitungan Feng Shui untuk memilih ruang niaga dan sebagainya. Hal

ini kerana kepercayaan berbentuk mistik dan paranormal masih tebal dalam sebilangan

orang melayu. Maka tidak hairanlah megapa mereka mempercayai Feng Shui. Menurut

kaum Melayu yang percaya Feng Shui, penubuhan perniagaan di tempat yang

bersesuaian boleh membantu nasib, kesihatan dan keadaan sempurna tubuh manusia.

Kaum Melayu percaya akan kuasa ajaib pada batu permata dan batu lain yang diikat

menjadi cincin. Untuk menarik Feng Shui yang lebih baik, sesetengah kaum Melayu juga

menganjurkan kaedah tertentu seperti memakai cincin dan batu permata yang khusus dan

dengan cara meletakkan objek di sekitar perkarangan pejabat seperti hablur(crystal) dan

sebagainya semuanya bertujuan mengubah nasib buruk atau menjaga nasib baik

pengamalnya. Mereka percaya bahawa perletakkan objek yang sesuai dan betul dapat

membantu dalam perniagaan dan seterusnya membawa kepada kekayaan.

Page 11: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

KEDUDUKAN STRUKTUR BANGUNAN DAN PREMIS

PERNIAGAAN

Berdasarkan prinsip seni Feng Shui, pembinaan sesebuah bangunan atau premis

perniagaan haruslah sesuai dan harmoni dengan persekitarannya. Kedudukan, arah ,dan

keseimbangan merupakan beberapa prinsip yang harus dipatuhi bagi memastikan

kehidupan atau perniagaan seseorang mencapai kejayaan dan kemakmuran. Kegagalan

mematuhi prinsip ini dipercayai akan mengundang pelbagai masalah kepada pemilik dan

perniagaan mereka. Dalam memastikan bahawa bangunan atau premis perniagaan mereka

mempunyai Feng Shui yang baik (good Feng Shui) , dua faktor luaran sesuatu bangunan

haruslah diberi perhatian iaitu faktor lokasi dan struktur bangunan atau premis.

Lokasi

Seni Feng Shui menegaskan bahawa lokasi mempunyai kuasa dan pengaruh yang

besar ke atas kehidupan seseorang, terutama jika ia tinggal di situ untuk tempoh yang

lama. Lokasi melibatkan semua unsur persekitaran samada yang semula jadi atau buatan

manusia. Ia tidak terhad kepada sesuatu yang pegun tetapi juga yang bergerak atau

berubah.

Persekitaran semulajadi – meliputi apa sahaja objek atau keadaan geografi semula jadi

yang terdapat disekeliling bangunan atau premis perniagaan. Ini termasuklah bukit,

gunung, sungai, tasik, laut, pokok, belukar dan sebagainya. Persekitaran semulajadi

memainkan peranan penting dan ia dikatakan mempunyai kuasa atau tenaga yang mampu

mendatangkan kebaikan atau keburukkan.

Persekitaran buatan – meliputi apa sahaj objek atau struktur yang dihasilkan oleh manusia

yang berada disekeliling bangunan atau premis. Contohnya jalan raya, bangunan,tiang

elektrik, kolam, air pancut, arca dan sebagainya. Struktur buatan manusia secara

umumnya tidak mempunyai kuasa atau tenaga, tetapi ia mampu menghala, menggalak

dan menghalang aliran kuasa atau tenaga.

Page 12: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Garis Panduan Berkaitan Lokasi

Jalan raya

Merupakan kemudahan komunikasi dan pengangkutan, namun turut mengalirkan tenaga

“chi” yang mampu mempengaruhi sesuatu lokasi bangunan,orang dan perniagaan.

Berikut adalah beberapa garis panduan berkait jalan raya.

• Elakkan dari menjalankan perniagaan di bangunan atau permis yang berada tepat

di penjuru tajam sesuatu selekoh,lencangan,atau di penghujung persimpangan T

dan Y. Ini kerana ia akan mengundang tenaga “chi” yang tidak baik iaitu sha chi.

• Bangunan atau permis yang berada sama atau tinggi dari jalan akan memperolehi

“chi” yang sihat dan baik, manakala bangunan berada rendah dari jalan raya akan

kehilangan “chi” tersebut.

• Bangunan yang berada di hujung jalan mati turut harus dielakkan kerana

memperoleh tenaga “chi” yang sedikit selepas diharap oleh bangunan lain

sebelumnya.

Permukaan tanah / bukit

Lokasi dan kedudukan bukit dan tanah tinggi memainan peranan yang penting dalam

feng shui, ini dikatakan mempunyai kuasa atau tenaga “chi” yang hebat.Berikut adalah

garis panduan feng shui berkenanan bukit:

• Elakkan dari membina atau menduduki bangunan yang terletak di puncak sesuatu

bukit kerana diandaikan ia terlalu terdedah dan tiada perlindungan tempat yang

lebih sesuai adalah di lereng bukit.

• Bangunan atau permis yang menghadap bukit adalah tidak ideal dan harus

dielakkan. Konfigurasi yang lebih ideal bagi sebuah bangunan di kawasan

berbukit adalah bukit di sebelah kiri baru tinggi dari yang sebelah kanan dan bukit

di belakang lebih tinggi dari yang depan.

Page 13: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Aliran air/ sungai

Dalam feng shui air(sui) dianggap sebagai wang, oleh itu ia merupakan elemen yang

sangat penting. Kedudukan dan aliran air di kawasan bangunan atau permis perniagaan

perlu diberi perhatian. Berikut adalah garis panduan berkenaan air:

• Seperti juga jalan raya, bangunan yang berada di lencongan aliran air atau sungai

yang tajam, akan terdedah kepada sha chi (panah beracun) yang membawa

mudarat.

• Aliran air dan sungai bawah tanah yang melalui bawah bangunan perniagaan

dianggap feng shui yang tidak baik.Kolam atau air pancur dihadapan bangunan

adalah sesuatu yang digalakkan oleh feng shui.

• Terlalu banyak saliran keluar air dihadapan atau pagar hadapan bangunan

haruslah dielakkan kerana ia diandaikan seperti wang yang keluar tanpa sempat

diperolehi.

Pintu masuk utama

Dalam feng shui pintu masuk utama dibaratkan seperti mulut seseorang. Jika sheng chi

memasuki sesuatu bangunan komersil melalui pintu utmanya. Syarikat tersebut

dipercayai akan memperoleh perniagaan yang baik. Namun, sebaliknya jika si chi (nafsu

mati) yang memasuki bangunan, maka akan menghadapi perniagaan yang lembabn

berikut beberapa garis panduan berkaitan pintu sesuatu bangunan:

Pintu masuk utama sesebuah bangunan atau permis perniagaan harus dielakkan dari

menghadap perkara berikut keran dipercayai akan mendatangkan masalah.

• apa-apa tiang

• pokok mati

• tong sampah

• balai polis

• tanh perkuburan

• persimpangan T dan U

• bucu sebuah bangunan

• penjara

• hospital

• kuil atau lorong

• binaan runtuh

• atau bersadai

• lerowong

• kem tentera

• lorong belakang

• buaian

Page 14: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Struktur Bangunan

Pengamal seni Feng Shui percaya struktur sesuatu bangunan atau premis perniagaan

mampu memberi kesan ke atas pemilik dan perniagaan mereka. Dalam Feng Shui sesuatu

bangunan haruslah harmoni dengan persekitaran semulajadi sekaligus menjadi

sebahagian daripada lanskap sesuatu kawasan. Secara umumnya bangunan yang

seimbang, seragam dan elok dipandang adalah mempunyai feng shui yang baik, ini akan

mendatangkan kebaikan kepada penghuninya.

Bentuk

Bentuk sesuatu bangunan atau premis perniagaan bergantung kepada lima elemen, iaitu

api, bumi, air, kayu, dan besi/emas. Elemen –elemen ini berkait rapat dengan perniagaan

yang dijalankan. Bangunan yang mempunyai sesuatu elemen tidak semestinya tidak

sesuai bagi elemen lain,ia bergantung kepada jenis elemen tersebut.

Elemen api - berkait rapat dengan perniagan atau industri yang terlibat dengan tenaga

atau kuasa, peralatan elektrik dan elektronik, bahan bakar petroleum, bateri, senjata,

bahan letupan, bahan kimia dan sebagainya. Bentuk bangunan bagi elemen ini sebaiknya

berbentuk seperti pyramid, bersegi- segi atau tajam dibahagian atas bangunan. Perniagaan

yang berunsur atau elemen besi dan kayu juga sesuai dengan bangunan seperti ini.

Namun perniagaan yang berunsur bumi dan air harus mengelakkan bangunan berbentuk

seperti ini. Contoh bangunan yang sesuai dengan elemen api ialah Menara Berkembar

Petronas (gambar 1.0).

Elemen bumi – berkaitan perniagaan yang terlibat dengan kegiatan perlombongan, kauri,

pembinaan, perumahan, ukiran batu , mozek dan sebagainya. Bangunan yang berunsur

bumi sebaiknya berbentuk segi empat sama atau tepat, berkotak- kotak, serta memanjang

dan lebar. Bangunan berunsur bumi turut sesuai bagi perniagan yang berelemen air dan

besi. Walaubagaimapun ia tidak sesuai bagi perniagaan yang berunsur api dan kayu.

Contoh ialah bangunan BB (gambar 1.1)

Page 15: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Elemen air – elemen ini mengambarkan perniagaan yang terlibat dengan minuman,

perikanan, taman tema, hotel, perdagangan, pemasaran, peruncitan dan yang berkaitan

dengan perhubungan awam. Bangunan yang sesuai adalah yang berbentuk tidak sekata

atau bersifat organic, beralun atau seperti ombak dan berbumbung melengkung atau

cembung. Contoh bangunan elemen air ialah kuala Lumpur sentral (gambar 1.2) dan

Menara Sea Insurance (gambar 1.3).

Elemen kayu – berhubung dengan perniagaan seperti pembalakan, pertanian, perbankan,

sivil, pemprosesan kertas dan sebagainya. Bangunan bagi unsur ini adalah berbentuk segi

empat sama atau tepat, lurus, tinggi, dan tidak terlalu lebar. Perniagaan yang berunsur

bumi dan air juga sesuai beroperasi dibangunan elemen kayu. Namun ia tidak sesuai bagi

perniagaan yang melibatkan elemen besi dan api. Contoh bangunan ialah Menara Vision

City (gambar 1.4) dan bangunan bank of china (gambar 1.5)

Elemen besi – jenis perniagaan terlibat adalah berkaitan barang kemas, bengkel,

automotif, jentera berat, pendawaian dan penghasilan keluli atau logam. Bangunan yang

berunsur ini adalah berbentuk seperti bulatan atau separa bulatan, tinggi dengan bumbung

atau atas melengkung. Perniagaan yang mempunyai elemen air dan kayu juga sesuai

beroperasi di bangunan berunsur besi, tetapi perniagaan berunsur bumi dan api adalah

tidak sesuai. Contoh bangunan adalah seperti bangunan Yayasan sabah.(gambar 1.6) dan

menara maju perdana (gambar 1.7)

Suatu bentuk, rupa atau rekaan bangunan atau premis perniagan haruslah mematuhi

prinsip Feng Shui yang asas iaitu keseimbangan dan keseragaman. Bangunan yang tidak

seimbang mungkin akan dilihat sebagai hasil artistic bagi seorang pereka atau arkitek

tetapi bagi pengamal Feng Shui ia mempunyai maksud tersirat yang tidak disedari atau

diduga. Contohnya bangunan yang mempunyai bumbung mencondong curam ke bawah

dianggap kurang baik kerana diandaikan tenaga atau kuasa chi bangunan itu sentiasa

melunsur keluar. Manakala bangunan yang berbentuk seperti tangga bertingkat- tingkat

memperlihatken bahawa ia seakan sedang menuju puncak kejayaan.

Page 16: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

SUSUN ATUR RUANG DALAMANRuang Sambut

Ruang sambut dalam pejabat adalah penting kepada sebarang perniagaan struktur

di mana imej syarikat diunjurkan kepada pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan

perniagaan. Ia bergantung kepada di mana letaknya kedudukan dalam pejabat. Terdapat

beberapa amalan “Feng Shui” dalam susun atur ruang sambut. Pertama, perlindungan

meja sisi. Kedudukan ini mempunyai pinggir tepi yang didampingi meja sisi untuk

melindungi kelemahan dan terbuka sisi ( gambar 2.0 di lampiran). Kedua, letak rung

sambut di tempat yang sesuai. Tempat yang sesuai akan memberi satu pandangan yang

jelas mengenai pintu masuk utama. Syarikat mempunyai kawalan yang baik tentang

kedatangan pelanggan. Meja sisi adalah tempat sesuai dan menambah feng shui ruang

sambut untuk membawa khabar baik untuk syarikat (gambar 2.1 di lampiran).

Dalam kawasan ruang sambut, mesti memberikan tanggapan pertama yang baik

kepada pelanggan. Reka bentuk meja pemyambut tetamu yang baik akan merangsangkan

perasaan pelanggan dan juga membantu meningkatkan perniagaan syarikat. Terdapat

banyak jenis reka bentuk meja penyambut tetamu. Pertama, bentuk segi empat tepat meja

penyambut tetamu. Meja seperti ini apabila digunakan dalam sebuah pejabat, projek-

projek akan memberikan satu tanggapan kesungguhan murni ke arah satu perniagaan

(gambar 2.2 di lampiran). Kedua, meja yang konvensional dengan perlindungan tepi.

Jenis meja ini merupakan sebuah konservatif meja penyambut tetamu tetapi ia akan

menjadi semakin konservatif jika mempunyai kedua-dua sisinya sebagai zon

perlindungan dan memberi keselesaan kepada pekerja (gambar 2.3 di lampiran). Ketiga,

lengkung meja penyambut tetamu. Meja ini mempunyai satu positif pandangan dalam

feng shui (gambar 2.4 di lampiran). Keempat, meja lengkung di sisi dan mempunyai

kedua-dua sisi tepi. Meja ini biasanya lebih harmoni dalam feng shui berbanding dengan

segi empat bentuk meja (gambar 2.5 di lampiran). Kelima, meja penyambut tetamu tidak

patut memilih jenis logam meja kerana ia akan menyebabkan “kedinginan” terhadap

perniagaan.

Page 17: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Bilik Pejabat

Banyak syarikat kini menyekat bilik pejabat mereka dengan panel kaca. Panel

kaca digunakan supaya memberikan satu persekitaran yang selesa kepada pengurus dan

pekerjanya. Pengurus perlu berhati-hati memilih dan menggunakan panel kaca supaya

tidak mewujudkan kesan buruk.

Terdapat beberapa jenis panel kaca yang tidak sesuai digunakan untuk bilik

pejabat. Pertama, panel kaca yang lutsinar. Panel kaca ini yang boleh melihat semua

benda dalam bilik tidak baik kepada penguraus kerana semua kuasanya dan rahsia-rahsia

syarikat akan dilemahkan akibat pendedahan (gambar 3.0 di lampiran). Kedua, terdapat

garis melintang pada panel kaca. Satu garisan atau jalur yang berwarna kadangkala

diletakkan atau dicat pada panel kaca memberi satu amaran kepada mereka yang tidak

sengaja berjalan terus akan menyebabkan kerosakan kepada mereka sendiri dan kaca. Di

samping itu, ia juga sangat buruk dalam feng shui kerana dilihat seolah-olah ia merentasi

kepala seseorang (gambar 3.1 di lampiran). Ketiga, panel kaca yang separuh lutsinar.

Kepala seseorang mungkin kelihatan dikerat. Ini mempunyai kesan yang seperti panel

kaca yang mempunyai satu garisan di tengah. (gambar 3.2 di lampiran). Keempat,

ketinggian panel kaca mesti sama dengan ketinggian pintu bilik supaya mendapatkan

keseimbangan. (gambar 3.3 di lampiran).

Cara-cara untuk mengatasi kelemahan pendedahan kepingan kaca dalam sebuah

pejabat adalah menggunakan bidai menegak, bidai venetian, dan langsir (gambar 3.4 di

lampiran).

Bilik dan Tempat Duduk Eksekutif

Pemimpin korporat perlu membuat keputusan pada semua masa. Pelaburan dan

rancangan pemasaran juga perlu dirancang dengan teliti dan bijaksana. Pemimpin

korporat bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran pengurusan yang betul dan

pandangan jauh untuk berjaya dalam perniagaan, beliau juga perlu mempunyai satu bilik

dan tempat duduk yang baik bagi meningkatkan kawalannya dan kejayaan dalam

perniagaan.

Page 18: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Terdapat beberapa jenis susun atur bilik dan tempat duduk eksekutif yang baik

untuk para pengurus. Pertama, kedudukan “yang”. Kedudukan tempat duduk dalam bilik

ini adalah seimbang bagi feng shui.Tingkap terletak di belakang meja maka cahaya boleh

menembusi ke dalam bilik untuk memberikan pengurus satu kekuatan. Tempat ini

dinamakan kedudukan “yang” kerana cahaya dianggap sebagai unsur “yang” (gambar 4.0

di lampiran). Kedua, perlindungan dari dinding. Meja eksekutif diletakkan di tengah bilik

dan disokong dinding yang kukuh. Susun atur yang seperti ini akan memberi pengurus

satu perasaan sokongan yang kuat. Ini dianggapkan satu feng shui yang baik (gambar 4.1

di lampiran). Ketiga, bilik yang berbentuk pisau. Bilik jenis ini boleh membawa kuasa

jika eksekutif meletakkan tempat duduknya menghadap pemegang pisau. Dengan berbuat

demikian, beliau akan berkebolehan mengawal di dalam biliknya dan juga mengawal

sebarang perbincangan atau mesyuarat apabila berada di biliknya (gambar 4.2 di

lampiran).

Jabatan Pemasaran

Tugas kakitangan pemasaran dalam sesebuah syarikat adalah untuk meningkatkan

jualan syarikat dan mempromosikan produk-produk syarikat kepada pelanggan. Mereka

perlu bekerja sangat keras supaya dapat bersaing dengan syarikat lain. Tempat pasaran

yang kukuh untuk syarikat akan memberikan kejayaan dan kemajuan sesebuah syarikat.

Jabatan pemasaran harus diletakkan depan sekali dalam sesebuah pejabat. Pengurus dan

CEO tidak patut meletakkan bilik-bilik mereka sebelum jabatan pemasaran. Jika

perniagaan anda menduduki keseluruhan bangunan, jabatan pemasaran sepatutnya

terletak di tingkat bawah (gambar 5.0 di lampiran).Apabila terdapat satu bilik pameran

atau ruang sambut di tingkat bawah maka jabatan pemasaran boleh diletakkan di tingkat

satu (gambar 5.1 di lampiran). Jangan meletakkan jabatan pemasaran di tingkat atas

manakala jabatan pengurusan dan jabatan kewangan terletak di tingkat baawah (gambar

5.2 di lampiran). Jika perniagaan anda hanya menduduki satu tingkat sahaja, jabatan

pemasaran anda harus terletak di hadapan sekali (gambar 5.3 di lampiran).

Page 19: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Jabatan Kewangan

Jabatan kewangan (akaun) memainkan peranan penting dalam kemajuan syarikat.

Jabatan kewangan adalah seperti sebuah tabung beg di mana bayaran-bayaran dikumpul

terutama semasa pembelian barangan. Kelulusan bayaran biasanya datang daripada

jabatan ini. Kekurangan wang boleh meenyebabkan syarikat bankrup. Oleh sebab itu,

jabatan kewangan perlu diletakkan di tempat yang bersesuaian supaya perniagaan dapat

dijalankan lebih berlancar dan berjaya.

Pejabat akaun perlu terletak di tengah pejabat untuk kebaikan syarikat. Di

samping itu, pintu pejabat akaun mesti terletak di titik permulaan pejabat akaun supaya

aliran kekayaan dapat memasuki pejabat (gambar 6.0 di lampiran). Pejabat akaun yang

mempunyai tingkap bermaksud mempunyai api semulajadi dan yang chi. Jika sesebuah

pejabat akaun tidak mempunyai tingkap boleh melembapkan perniagaan (gambar 6.1 di

lampiran). Jangan menggunakan bilik yang berbentuk segitiga aneh sebagai pejabat

akaun. Bentuk ini mempunyai unsur api yang akan membawa kesusahan kepada jabatan

kewangan (gambar 6.2 di lampiran). Selain itu, jabatan akaun juga tidak boleh terlalu

diletakkan di depan sesebuah pejabat kerana akan membawa kesan negatif kepada

syarikat iaitu kekayaan syarikat akan mudah mengalir keluar (gambar 6.3 di lampiran).

Bilik Persidangan

Terdapat banyak susunatur dan reka bentuk meja dalam bilik persidangan. Meja

mesyuarat yang bentuk bulat sesuai digunakan untuk bilik sederhana. Meja jenis ini yang

digunakan dalam bilik persidangan merupakan sangat harmoni dalam Feng Shui.(gambar

7.0 di lampiran). Meja mesyuarat yang berbentuk bujur juga mempunyai ciri positif dan

sama dengan meja mesyuarat yang berbentuk bulat (gambar 7.1 di lampiran). Bagi meja

yang berbentuk segi empat sama atau segi empat panjang, ia mempunyai bentuk yang

kurang cair berbanding dengan meja bulat atau bujur tetapi ia akan memberi lebih

praktikal keputusan (gambar 7.2 di lampiran). Meja mesyuarat yang berbentuk Pat Kua

akan membawa symbol perlindungan. Menggunakan meja ini membawa maksud untuk

mewujudkan satu unsur jaminan dan keselamatan ke arah perniagaan (gambar 7.3 di

lampiran).

Page 20: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Selain itu, meja yang berbentuk U akan membantu mewujudkan hubungan yang

harmoni di antara pelanggan dan rakan-rakan sekerja. Ini disebabkan ia mempunyai sifat

seperti magnet yang boleh menarik benda. Walaubagaimanapun, CEO perlu sentiasa

duduk di tengah (gambar 7.4 di lampiran) supaya beliau dapat berkuasa dan mengawal

mesyuarat. Meja mesyuarant yang berbentuk segitiga tidak sesuai digunakan dalam bilik

persidangan kerana mempunyai unsur api. Unsur api sentiaasa mudah meruap, tidak

dapat dijangka dan susah mengawal, maka lebih baik tidak menggunakan meja ini untuk

bermesyuarat kerana akan berakhir dengan percanggahan dan tidak persetujuan (gambar

7.5 di lampiran).

Susunatur Tempat Duduk yang Umum

Pergaduhan dan pertikaman di belakang biasanya boleh berlaku di pejabat dalam

kalangan rakan-rakan sekerja apabila tempat duduk disusun dengan teruk. Apabila

ketidakharmonian dibiarkan dalam sesuatu tempat kerja, pengendalian perniagaan

syarikat akan terpengaruh akibat daripada rakan-rakan sekerja membuang masa dalam

perkara-perkara kecil. Biar kami memandang lebih jauh pada situasi yang berbeza dalam

pelbagai susunatur agar boleh mengelakkan kedudukan yang tidak baik dan huru-hara.

Jika pejabat anda jatuh dalam kategori negatif, anda boleh menyusun semula meja supaya

mendapat kebaikan untuk syarikat. Terdapat pelbagai jenis susunatur tempat duduk di

pejabat.

Pertama, menghadap ke arah hadapan. Tempat duduk kakitangan am yang

menghadap ke arah depan dianggap mempunyai kedudukan tempat yang sesuai (gambar

8.0 di lampiran). Kedua, menghadap ke arah belakang . Kakitangan tidak patut

ditempatkan dalam satu tempat duduk di mana mereka tidak boleh melihat dengan segera

siapa yang memasuki kawasan pejabat terutamanya apabila mereka duduk menghadapi

ke belakang (gambar 8.1 di lampiran). Ketiga, sisi terdedah. Ia sangat popular untuk

mengatur meja dalam satu barisan sepanjang pejabat. (gambar 8.2 di lampiran). Tetapi

meja yang terdekat dengan pintu masuk akan mendedahkan tepinya kepada chi yang baru

dan meletaknya dalam suatu kedudukan yang tidak kukuh. Salah satu penyelesaian ialah

meletakkan satu sekatan rendah di sini untuk melindunginya didedah. Penyelesaian yang

Page 21: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

lain adalah meletakkan satu tumbuhan hidup yang tinggi untuk membantu menyerap chi

yang baru dan membuat tempat duduk ini lebih stabil (gambar 8.3 di lampiran).

Keempat, susunatur yang kelam-kabut. Jangan meletakkan meja dalam susunan

kelam-kabut. Dalam Feng Shui, jika melakukan demikian akan mewujudkan banyak anak

panah yang akan memusnahkan kawasan kerja (gambar 8.4 di lampiran). Kelima,

belakang-membelakangi. Jika susunan tempat duduk diletakkan belakang-membelakangi

dengan tujuan menjimatkan ruang pejabat, meja yang terdekat ke pintu masuk perlu letak

satu sekatan yang rendah untuk melindungi mereka daripada chi yang baru (gambar 8.5

di lampiran). Keenam, menghadap pintu utama. Seseorang yang duduk menghadap pintu

masuk utama biasanya tidak akan bekerja lama dalam syarikat. Melainkan chi yang

cukup kukuh untuk menahan kuasa-kuasa luaran dan ini adalah betul terutama

penyambut tetamu. Oleh itu tempat duduk lebik baik dipindah jauh dari pintu masuk

utama (gambar 8.6 di lampiran). Penyelesian lain ialah meletakkan hiasan hablur untuk

mendapatkan chi yang baik serta boleh mencerminkan seseorang bernasib baik. Ketujuh,

menggunakan dua meja. Seseorang yang menggunakan atau menduduki dua meja dalam

pejabat merupakan feng shui yang tidak baik. Setiap orang hanya boleh menggunakan

satu meja kerana menggunakan dua meja akan membahagi kawalan tenaga anda. Maka,

gunalah satu meja sahaja. (gambar 8.7 di lampiran).

Objek Atau Perhiasan Feng Shui

1) Ba-gua

Ini adalah satu alat yang berkuasa dalam feng shui untuk mewujudkan perubahan

positif. Ba-gua adalah satu carta oktagon yang menggambarkan lapan mata sebuah

kompas. Setiap arah dalam kompas menumpukan pada satu aspek yang berbeza

kehidupan. Sebagai contohnya, Tenggara mempengaruh kekayaan dan nasib dan boleh

digambarkan oleh warna unggu dan nombor empat. Menggunakan pengetahuan ini boleh

membantu mencapai matlamat dalam segala aspek perniagaan. Ba-gua boleh digunakan

untuk mencerminkan dan menarik tenaga.

Page 22: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Ba-gua akan membawa keharmonian dan perlindungan pejabat dalam keadaan positif

yang bernasib baik "Chi" dan memantulkan "Sha" atau negatif "Chi" berjauhan dari

pejabat. Apabila Ba-gua diletakkan di luar pintu depan, tenaga "Sha" akan ditukar ke

"Chi" sebelum ia memasuki pejabat (terdapat gambar di lampiran).

2) Bola Kristal/ Pokok Kristal

Kristal merupakan simbol yang paling terkenal untuk meningkatkan feng shui dalam

perniagaan atau pejabat. Kristal juga penting dalam mewujudkan keadaan keharmonian

dan kebahagiaan dalam pejabat. Ia digunakan untuk memantulkan chi yang buruk dan

menarik chi yang baik. Kristal juga meningkatkan kejayaaan perniagan. Meletakkannya

di meja sebagai simbol untuk mencerahkan masa depan. Kristal yang berbentuk nanas

membawa simbol kekayaan dalam feng shui. Jika meletakkan kristal ini di atas meja akan

cepat membawa kekayaan seseorang. Selain itu, kristal pokok dikatakan membawa chi

yang kaya. Ia mempunyai kuasa ajaib untuk menenang dan menumpukan minda

seseorang. Ia juga dapat membantu seseorang unutuk membebaskan tekanannya dan

mewujudkan keharmonian. Dalam cara ini, ia boleh mengurangkan kemarahan dan

pergaduhan dalam pejabat (terdapat gambar di lampiran).

3) Buddha

Buddha Riang dipercayai akan membawa kegembiraan dan kekayaan kepada

seseorang. Buddha juga mempunyai kuasa untuk menangkis roh jahat dan menghalang

chi yang buruk untuk memasuki premis bangunan. Beliau adalah simbol kebaikan,

kebahagiaan, pengetahuan dan pencahayaan. Satu jongkong yang besar di belakangnya

mewakili kekayaan. Meletakkan Buddha di hadapan meja akan membawa lebih banyak

perniagaan manakala menempatkannya di Baratdaya akan membawa kebahagiaan.

Meletakkan Buddha di meja yang berdekatan dengan awak untuk menumpukan fikiran

semasa bekerja.

Buddha Wang adalah simbol ideal untuk membawa nasib kaya kepada seseorang atau

syarikat. Beliau adalah juga membawa simbol kebaikan, pengetahuan dan pencahayaan.

Page 23: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Di samping itu, Buddha riang adalah digunakan untuk menangkis masalah-masalah,

tekanan dan kesedihan (terdapat gambar di lampiran).

4) San Sui Wah

San Sui Wah merupakan gambar, lukisan atau gambarfoto pemandangan berair yang

terkenal. Ciri-ciri utama pemandangan indah gambar ini berasaskan dari mekar sungai,

tasik, kolam, air terjun dan ombak beralun dari lautan. Kebiasaannya, San Sui Wah sangat

dicadang diletakkan di tempat spesifik dalam bangunan pejabat atau tempat bekerja untuk

kebaikkan. San Sui Wah yang menggambarkan air bermaksud kekayaan. Tujuan

meletakkan gambar seperti ini adalah untuk membantu aliran kekayaan masuk ke

syarikat. Kita mesti berhati-hati semasa memilih San Sui Wah supaya tidak membawa

senario negatif seperti masalah kewangan (terdapat gambar di lampiran).

5) Patung Binatang Kemakmuran

Kucing Kemakmuran dikatakan membawa kekayaan dan nasib baik dalam

perniagaan. Ciri tangan kanannya memegang perkataan cina “Sheng Yi Xin Long” yang

bermaksud sentiasa mempunyai banyak perniagaan. Tangan kiri kucing memegang

sesuatu yang bersimbol wang. (terdapat gambar di lampiran).

6) Katak Wang (Three-legged Toad)

Katak Wang (Three-legged Toad) adalah satu simbol bernasib baik. Ia dikatakan

paling kondusif untuk menarik kekayaan. Terdapat satu syiling di dalam mulut katak

yang sedang duduk di sebuah katil emas untuk membawa kekayaan dan kemakmuran.

Meletakkan katak wang berdekatan pintu depan di tempat rendah tetapi bukan di lantai.

Mulut katak mesti menghadap keluar (bukan menghadap ke dalam pejabat) untuk

mendapatkan banyak kekayaan. Bagi mendapat banyak perniagaan dan kekayaan, boleh

meletakkan banyak katak wang (tidak melebihi 9 ekor) dalam pejabat (terdapat gambar di

lampiran).

Page 24: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

7) Gulungan Kertas Merah - Joran dalam Perniagaan

Huruf-huruf Cina dalam gulungan bermakna "Joran dalam Perniagaan". Ikan dan

air menyimbol kekayaan. Perkataan dalam bendera yang diangkat oleh budak lelaki

bermakna sentiasa akan bernasib baik semasa bekerja. Meletakkan gulungan ini dalam

pejabat akan membawa kebaikan kepada syarikat (terdapat gambar di lampiran).

8) Patung Naga

Naga dikatakan untuk membawa chi yang kosmik ke dalam pejabat dari nafas

sucinya. Ia adalah simbol pencegahan daripada chi yang jahat dan membawa suci chi.

Naga ini meniup chi yang kosmik. Meletakkannya dalam timur untuk menghembus chi

yang berharga. Bagi mendapatkan satu permulaan yang baik, letakkan pada atas meja

(terdapat gambar di lampiran).

9) Perahu Layar

Perahu layar mempunyai makna kejayaan. Ia dikatakan boleh membawa chi yang

baik supaya seseorang mudah mencapai matlamat mereka apabila meletakkan perahu

layar di pejabat (terdapat gambar di lampiran).

10) Bunga dan Tumbuhan

Tumbuhan dan bunga hidup membawa banyak unsur positif ke dalam tempat

kerja. Selain daripada keindahan semulajadi, ia juga memperbaiki kualiti udara,

menyatukan kami dengan alam luar, dan warna hijaunya juga menggalakkan

pertumbuhan peribadi dan perniagaan. Mengelakkan menanam kaktus atau tumbuhan

yang berdaun tajam kerana boleh membawa sha chi. Untuk membawa pengaruh positif

kepada syarikat, tumbuhan dan bunga mestilah sentiasa sihat dan segar. Jika tumbuhan

mati, membuangkan dan menukarnya dengan satu lagi. Ingat lebih baik mempunyai

sepohon tumbuhan berbanding daripada tiada semua (terdapat gambar di lampiran).

Page 25: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

11) Akuarium

Air adalah simbol wang dalam feng shui. Tenaga chi adalah berfaedah kepada

kesihatan dan kemakmuran anda tetapi mesti menjaga air segar dan bersih. Memelihara

ikan emas di dalam tangki ikan atau akuarium akan membawa feng shui yang baik dalam

perniagaan kerana ikan emas merupakan emas dalam symbol cina sebagai wang dan akan

membawa kekayaan kepada sesebuah syarikat.

Lampiran

Bentuk-bentuk bangunan mengikut elemen

1.0 1.2 1.3 1.4

1.5 1.6 1.7

Page 26: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

Ruang Sambut

2.0Perlindungan meja sisi

2.1 Letak rung sambut di tempat yang sesuai

2.2Bentuk segi empat tepat meja

2.3 Meja yang konvensional dengan perlindungan tepi

2.4 Lengkung meja penyambut tetamu

2.5 Meja lengkung di sisi dan mempunyai kedua-dua sisi tepi

Bilik Pejabat

3.0 Panel kaca yang lutsinar

3.1 Garis melintang pada panel kaca

3.2 Panel kaca yang separuh lutsinar

3.3 Ketinggian panel kaca

Page 27: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

3.4 Bidai menegak, bidai venetian, dan langsir

Bilik dan Tempat Duduk Eksekutif

4.0 Kedudukan “yang”

4.1 Perlindungan dari dinding

4.2 Bilik yang berbentuk pisau

Jabatan Pemasaran

5.0 Tingkat bawah

5.1 Tingkat satu

5.2 Tingkat atas

5.3 Di hadapan

Jabatan Kewangan

6.0 Di tengah

Page 28: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

6.1 Tiada Yang Chi

6.2 Bilik yang berbentuk segitiga

6.3 Di depan

Bilik Persidangan

7.0 Meja mesyuarat berbentuk bulat

7.1 Meja mesyuarat berbentuk bujur

7.2 Meja mesyuarat berbentuk segiempat sama

7.3 Meja mesyuarat berbentuk pat kua

7.4 Meja mesyuarat berbentuk U

7.5 Meja mesyuarat berbentuk segitiga

Susunatur Tempat Duduk yang Umum

8.0 menghadap ke arah hadapan

Page 29: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

8.1 menghadap ke arah belakang

8.2 satu barisan dan sisi terdedah

8.3 penyelesaian

8.4 susunatur yang kelam-kabut

8.5 belakang-membelakangi

8.6 menghadap pintu utama

8.7 dua meja

Produk Feng Shui dalam Perniagaan

1) Ba-gua

Page 30: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

2) Kristal Bola/ Pokok Kristal

Kristal Bola Kristal Nanas Kristal Pokok

3) Buddha

Buddha Riang Buddha Riang Buddha Wang

4) San Sui Wah

Page 31: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

5) Kucing Kemakmuran

6) Katak Wang

7) Gulungan Kertas Merah - Joran dalam Perniagaan

Page 32: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA

8) Patung Naga

9) Perahu Layar

http://www.fengshui-import.com/

Page 33: PROJEK SHE : FENG SHUI DI MALAYSIA