pengenalan seni arca

12
PENGENALAN SENI ARCA MAKSUD: Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan JENIS-JENIS ARCA Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi

Upload: siti-aqilah-mohd-zaid

Post on 11-Aug-2015

422 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Seni Arca

PENGENALAN SENI ARCA

MAKSUD:Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.

Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa

latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan

pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan

JENIS-JENIS ARCAArca bersifat realis atau abstrak. Arca realis

menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya

pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan

pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang

besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

JENIS-JENIS ARCA

Page 2: Pengenalan Seni Arca

•Arca AsemblajArca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan

buangan yang berbeza dan digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun

1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal Bicycle wheel Marcel Duchamp,1951. Arca tersebut adalah arca terawal dalam bidang seni arca dan dibina menggunakan bahan-bahan

yang terdapat di rumah

Bicycle wheelMarcel Duchamp,1951

•Arca BinaanArca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-

bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya

Page 3: Pengenalan Seni Arca

juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka,

ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan

sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang

dicantum samada secara pateri atau kimpalan.

•Arca Luakan

Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar,

Page 4: Pengenalan Seni Arca

plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan

bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya.

Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo

•Arca TimbulanArca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil

karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca.

Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang

Page 5: Pengenalan Seni Arca

mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse

(1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme

dalam arca timbulan ini.

•Arca TambahanPembinaan arca tambahan dilakukan dengan

menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan

seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan

Page 6: Pengenalan Seni Arca

dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh

arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.

•Arca MobailArca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-

1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak

seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Page 7: Pengenalan Seni Arca

•Arca StabailBerbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi

boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.

Page 8: Pengenalan Seni Arca

•Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja

dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi

Page 9: Pengenalan Seni Arca

apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di

hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula,

arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj

•Arca DindingArca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff

Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di

dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di

meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia

Page 10: Pengenalan Seni Arca

antara arca dinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.