pengenalan dan sejarah seni

Upload: salwa-binti-bahadun-salwa

Post on 10-Oct-2015

516 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN DAN SEJARAH SENIRingkasan Sejarah Seni

Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianyaberkisar tentang aktiviti kehidupan seharian sepertiperburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadihasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu. Di barat,contoh lukisan boleh dijumpai di Altamira,Sepanyol dan Lascaux,Perancis. Albrecht Durer dan Leornado Da Vinci telah memperkenalkan skala dalam lukisan figura.Manakala Calude Monet pula, mengaplikasikan lukisan stail impresionis iaitu lukisan yang menekankan kesan cahaya dan bayang. Pada penghujung kurun ke-19, Georges telah menggunakan arang untuk menunjukkan suasana berkabus dalam lukisan beliau.Seni Purba atau seni kuno bermula ketika tamadun purba mengembangkan bentuk bahasa bertulis. Tradisi besar dalam seni rupa mempunyai asas dalam seni salah satu daripada enam peradaban kuno besar: Mesir Purba, Mesopotamia, Greek, Rom, India, dan China. Masing-masing mempunyai pusat tamadun awal mengembangkan gaya yang unik dan khas dalam seni mereka. Kerana kepakaran dan intelektual peradaban ini, karya seni mereka yang dapat bertahan dan dihantar ke budaya lain untuk mengembangkan lagi pengaruh mereka.Sejarah seni visual pula merujuk pada sejarah seni rupa lukisan, patung arca dan binaan. Istilah ini kadangkala merangkumi teori serta konsep elemen seni, prinsip seni serta termasuk estetika. Dalam encyclopedia, sejarah seni adalah usaha untuk kajian seni sepanjang sejarah manusia, mengelompokkan budaya dan masa dengan ciri khas mereka. Hal ini dilakukan oleh pengkaji seni dengan tujuan mengumpul hasil maklumat yang boleh dipercayai serta relevan dengan tahap ketemadunan. Sejarah seni visual bermula dalam sebuah gua di Barat Sepanyol dan Selatan Perancis sekitar tahun 1800s.m. Terdapat banyak lukisan yang dilukis oleh orang zaman paleolitik ketika itu termasuklah lembu, rusa dan kuda sebagai lambang hasil perburuan mereka. Lukisan mereka dikenali sebagai lukisan catan batu gua, yang menggunakan pewarna terbaik dari sungai dan lumpur serta dilitupi dengan sejenis garam tahan mendap yang nampak berkilat. Begitulah lukisan tersebut telah 'dibekukan' sejak sekian lamanya dan masih baik sehingga kini. Malah, sewaktu lukisan ini dijumpai,tidak ada sebarang kecacatan pun yang terdapat pada dinding tempat lukisan berkenaan. Antara hasil yang dipersembahkan ialah aktiviti manusia memburu, bercucuk tanam, gambar hidupan liar, tujuan merekod haiwan ternakan dan sebagai penghias dinding.Bidang "sejarah seni" dikembangkan di Barat, iaitu banyak menjurus kearah seni arca.Dan pada awalnya dikendalikan secara berperingkat dengan sejarah seni Eropah. Secara umumnya, selama abad kedua puluh, ianya adalah untuk merekod kegiatan seni ketemadunan ini lebih luas . Ianya diperluas meliputi masyarakat dari seluruh dunia, tentang kegiatan seni yang berlaku dan biasanya cuba untuk menganalisis artifak dan juga dalam hal nilai-nilai budaya serta estetika. Dengan demikian, sejarah seni sekarang dilihat merangkumi semua faktor seni visual, dari patung berbentuk wanita iaitu venus of Willendorf di Eropah Barat kepada patung askar dan sira-sira istana berukiran tangan sejumlah berpuluh ribu dari Dinasti Tang di China. Sejarah seni arca sering diceritakan sebagai suatu kronologi karya yang dibuat dalam setiap tamadun di dunia. Dengan demikian dapat dibingkai sebagai kisah ketemadunan sosiologi budaya yang tinggi. Semakin dekat sejarawan seni bergerak besar kemungkinan mereka akan mengenalpasti menyemak kerja mereka sebagai budaya visual , atau sebagai sumbangan untuk bidang yang berkaitan dengan sejarah seni, seperti antropologi atau arkeologi . Dalam hal ini, benda seni yang dijumpai dapat disebut sebagai artifak arkeologi seni. Ini dapat dibuktikan dengan sebuah arca yang hebat oleh pengukir Michaelangelo bertajuk Laocoon memaparkan elemen-elemen cemas dan pergelutan dewa Zeus yang hebat bersama anak-anaknya.Peradaban seni yang wujud pertama kalinya di Barat bermula dengan seni prasejarah seperti Stonehenge, dan beralih dengan Mesopotamia, kemudian berkembang menjadi seni Mesir purba, lalu beralih kepada kuno klasik termasuk seni klasik Greek dan Roman Rom. Dengan penurunan Empayar Rom, percampuran antara seni Zaman Pertengahan yang berlangsung selama seribu tahun menjadikannya sebagai satu budaya intelektual yang tinggi tempoh Zaman Pertengahan yang dikuasai oleh peradaban Islam, namun era itu juga termasuk seni Kristian awal, seni Byzantium, seni Gothic, seni Anglo-Saxon, dan melalui juga seni Viking. Era Zaman Pertengahan berakhir dengan Pembaharuan, diikuti oleh Baroque dan Rococo. Pada masa yang sama, Mannerisme dimasukkan antara Renaissance dan Baroque, yang merupakan penggabungan seni visual yang berlaku pada abad ke-16sm. Abad ke-18 dan ke-19 merujuk kepada Neoclassicism, seni Romantis dan seni Realisme.Begitu juga dengan pertengahan abad ke-18 dengan seniman Francisco Goya, pertengahan abad ke-19 dengan revolusi industri atau dengan munculnya Impresionisme. Gerakan seni abad ke-19 terlalu banyak untuk dinyatakan serta diperincikan di sini, tapi dapat dibahagi menjadi dua kategori: Modenisme dan seni kontemporari. Seni ini kadang-kadang disebut dengan istilah lain, yang mempunyai fahamannya yang tersendiri, iaitu seni post-modern.Seni post-modern adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sebuah gerakan seni yang dianggap bertentangan dengan beberapa aspek modernisme, muncul atau dibangunkan terus melalui aspek modenisasi. Secara umum, gerakan seperti media art, installation art, seni konseptual dan Multimedia, khususnya yang melibatkan video yang disebut sebagai postmodern.Postmodernisme juga adalah kecenderungan dalam budaya kontemporari kepada penolakan terhadap kebenaran objektif dan sosio budaya global. Hal ini menekankan peranan bahasa, hubungan kekuasaan, dan motivasi, khususnya penggunaan klasifikasi tajam seperti jantan dan betina,hitam berlawanan dengan putih, dan gelap dengan terang. Postmodernisme telah mempengaruhi banyak bidang budaya, termasuk sastera, sosiologi, linguistik, arkitektur, seni visual, dan persembahan muzik. Istilah "Postmodernisme" berasal dari penolakan dari mentaliti gaya bahasa dan budaya. Gerakan-gerakan ini, seperti Modenisme dan Postmodernisme, difahami sebagai budaya atau sebagai kumpulan perspektif. "Postmodernisme" digunakan dalam teori kritis untuk merujuk ke titik berlepas dalam tafsiran undang-undang, budaya, dan agama di akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21.Postmodernisme, terutama sebagai gerakan akademik, dapat difahami sebagai reaksi terhadap Modenisme dalam Kemanusiaan. Sedangkan Modenisme sering dikaitkan dengan identiti dan kepastian, Postmodernisme sering dikaitkan dengan perbezaan, pluralitas, alteritas, dan skeptis. Fredric Jameson, sebuah teori Amerika terkemuka postmodern dengan orientasi Neo-Marxisme, menjelaskan Postmodernisme sebagai logik "budaya dominan kapitalisme akhir." "Kapitalisme Akhir" merujuk kepada bergerak dalam suatu estetika, politik, falsafah, dan ekonomi dunia yang seimbang.

Seni, Estetik dan Teori SeniDisusun oleh: Faizal SidikEsei ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (Zabas) dalam Seminar Pangantar Seni Lukis Kontemporari Asia Tenggara yang telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 2010.Seni moden sedunia, Asia dan Asia Tenggara adalah dibentuk dan dipengaruhi oleh seni lukis barat. Sebelum kita berdiskusi seni lukis kontemporari Asia Tenggara ada baiknya kita menyentuh sedikit selok belok tentang perkembangan seni di barat Eropah. Pendekatan saya tentang penceritaan seni lukis barat ini berdasarkan sebuah buku yang saya rujuk iaituBelieving is Seeing: Creating the Culture of Artoleh Mary Anne Staniszewski. Buku ini adalah merupakan satu buku yang merupakan penerbitan berlainan daripada pendekatan-pendekatan kepada sejarah seni sebelumnya.Ada seorang lagi sebelum buku ini iaitu seorang penulis Inggeris yang mengilhamkan pemikiran seni yang agak original dan radikal iaituTheWay of Seeingoleh John Berger pada tahun 1972 merupakan buku yang amat berpengaruh dalam penggubalan pendidikan teori seni di barat, buku inilah juga yang telah mempengaruhi buku StaniszewskiBelieving is Seeing.Dalam buku John BergerTheWay of Seeingbeliau mengemukakan pendapat bahawa banyak cara untuk kita melihat dan cara-cara kita melihat itu berkaitan dengan politik disebaliknya, kepercayaan, ideologi, kefahaman kita, latar belakang budaya mempengaruhi bagaiman kita melihat. Tidak semua diantara kita walaupun mempunyai mata yang sama namun tidak akan melihat dengan cara yang sama, ini disebabkan oleh latar belakang dan pengaruh fahaman politik dan latar belakang sosio-budaya individu dan masyarakat termasuklah sejarah. Bertolak daripada situlah Mary Anne Staniszewski beliau menulis buku untuk memperkenalkan seni kepada masyarakat dari sudut berlainan dari buku-buku sejarah seni sebelumnya.Kebanyakan buku sejarah seni barat terkenal sebelum tahun1970 an memaparkan sejarah itu dari segi kronologi perjalanan stail-stail tertentu daripada isme ini dan isme itu, daripada pelukis ini ke pelukis itu tetapi tidak mementingkan langsung tentang konteks sosio-budaya iaitu dimana persekitaran kehidupan mempengaruhi perkembangan seni tidak disentuh. Kini buku-buku seperti itu tidak lagi disanjungi tinggi tetapi masih lagi digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi, perpustakaan dan di kedai-kedai buku. Jika anda melihat buku-buku tebal dan besar-besar rupanya itu adalah tradisi penulisan lama. Pendekatanterbaru pula tidak semestinya mengikut kronologi masing-masing menyenarikan siapa pelukis. Perkara yang penting adalah bagaimana kesenian stail-stail tertentu muncul akibat kelainan sejarah, akibat situasi-situasi tertentu dan akibat ideologi.Dalam pembikinan dan penulisan sejarah seni alternatif atau yang baru iaitu tidak lagi bergantung kepada pemikiran lama, istilah ideologi lazim kita temui. Ianya merupakan istilah yang agak rumit untuk difahami pada saya sekurang-kurangnya. Secara senang untuk memahami istilah ideologi adalah sebagai idea sahaja, sebenarnya bukan begitu, ia merangkumi idea tetapi merupakan suatu kefahaman tentang kehidupan, tentang bagaimana untuk menjalankan kehidupan yang dibuat-buatkan tidak semestinya sesuatu yang saintifik, sesuatu yang benar tetapi diterima sebab itulah perbezaannya, itulah arahannya, itulah kehendak pihak berkuasa. Jadi ideologi sebenarnya adalah pemahaman tentang perhubungan diantara manusia yang diterima pada suatu ketika, ideologi ini nampak semacam semulajadi dan nampak seperti benar tetapi ianya tidak . Ia adalah suatu kefahaman buatanuntuk mengekalkan suasana dan untuk mententeramkan masyarakat mengikut kehendak-kehendak pihak berkuasa. Dari segi itu kitaboleh nyatakan juga bahawa agama digunakan untuk mentadbir masyarakat atau negara merupakan juga suatu ideologi, sebab untuk mententeramkan dan mengelak daripada berlakunya pertelingkahan. Jika di Eropah dikatakan hampir 2000 tahun ideologi berkefahaman Kristian itu di dalam negara Eropah iaitu di dalam empayar Romawi hinggalah kepada kerajaan moden abad ke-18 di Perancis umpamanya.Ideologi adalah suatu yang juga sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan ianya dibentuk oleh situasi sejarah yang tertentu, jadi ideologi untuk memantapkan efisein adalah sesuatu yang diterima tanpa dipersoalkan. Kadang-kala kita amat sukar untuk mengenalpasti ideologi ini, iaitu ideologi yang mempengaruhi dan menyentuhi hidup kita, hanya apabila kita di luar ideologi atau dengan melihatnya daripada jarak jauh, maknanya sekarang tahun 2010 jika kitalihat ke belakang 100 tahun lepas bagaimana ideologi ini digunakan di Eropah. Pada masa yang sama kita sukar untuk mengenal pasti ideologi yang beroperasi sekarang ini kita kena berada diluar untuk melihat secara jelas. Sebagai contoh lebih kepada 100 tahun dahulu di Amerika Syarikat merupakan satu fahaman yang diterima bahawa kaum wanita tidak boleh mengundi, tetapi jelaslah kini ianya menyeleweng dan salah kerana menafikan hak asasi manusia. Tetapi lewat pada abad ke-19 boleh dikatakan ia adalah perkara biasa dan kaum wanita tidak akan menyoalkannya, kalau adamenyoalkannya seorang dua yang tidak di sokong oleh kaum wanita yang lain. Didalam pengaruh ideologi ini cukup sukar untuk melihatnya hanya ada individu tertentu sahaja menerajui penyoalan ini dan untuk yang lain perlu beradadiluar gengaman, baru kita sedar ada perkara-perkara yang tidak kena, itulah bagaimana ideologi berfungsi dalam kehidupan manusia.Fahaman ideologi ini penting dalam memahami perkembangan seni sebab seni itu berkembang mengikut ideologi. Disini kita juga boleh memikirkan bagaimana kitaboleh memikirkan kenapa lukisan Syed Ahmad Jamal dan Latiff Mohidin dalam koleksi Balai Seni Visual Negara diandaikan lebih cantik dan lebih baik daripada lukisan-lukisan yang dilukis pemandangan-pemandangan lain, mengapa ia menjadi demikian. Disini saya nyatakan ia adalah kerana sistem seni yang menekankan ideologiavant-gardeiaitu ideologi yang mencabar tradisi. Kalau karya ini disokong dan dibela dan disanjungi oleh Balai Seni Visual Negara, jelaslah bahawa seni lukis itu disanjungi, namun jika Balai Seni Visual Negaratidak mendakap ideologi itu jelaslah lukisan jenis-jenis tertentu tidak akan berjaya dan disanjungi. Inilah adalah dasarnya bagaimana sebuah stailseseorang artis atau kumpulan artis disanjungi, ia berkaitan sanjungan yang diberi oleh sistem seni iaitu balai seni lukis, pusat pengajian tinggi yang mengajar seni, pensejarahan seni, penulisan seni, penerbitan seni, pasaran seni, kolektor semua ini yang merupakan sistem seni akan menentukan samada ideologi tertentu berkaitan dengan perkembangan seni.Dalam memahami seni lukis disini iaitu seni lukis moden Asia Tenggara saya ingin mengulangi kita terpaksa tidak boleh lari daripada meneliti dan menyentuh seni lukis barat. Istilah seni itu sendiri dalam bahasa Malaysia iaitu seni atauartadalah sesuatu yang muncul daripada barat dari segi maknanya dalam konteks kita, sistem seni yang kita ada, kewujudan Balai Seni Visual Negaraadalah perkembangan yang datang daripada seni lukis barat. Sebagaimana sesebuah lukisan dibentuk sedikit sebanyak oleh bingkainya, makna seni juga dibentuk oleh bingkai ideologi. Kita tidak wajar mendekati makna sesebuah karya seni itu diluar suatu bingkai dan di luar suatu rangka, sebab jika kita dekatinya dari luarnya itu kita sebenarnya mencabar tidak melihat dalam konteks sebagaimana ianya muncul.Saya kira anda mungkin kenal nama Marcel Duchamp iaitu pelukis Perancis dalam awal seni moden di Eropah, beliau merupakan seorang pelukis awal-awal lagi telah menyangkal perkembangan seni lukis moden Eropah. Beliau telah cuba mempermainkan perkembangan itu dan menafikan kebaikan seni lukis moden itu. Karya beliau yang bertajukFountain1917 merupakan sebuah arcafound objectatau objek jumpaan arca yang menggunakan mangkuk tempat kencing atau mangkuk urinal kencing. Sebenarnya beliau tidak melakukan apa-apa pun penciptaan, beliau hanya mengambil mangkuk kencing dan meletakkannya di dalam pameran di dalam muzium. Usahanya mengubah konteks dengan meletakkannya di dalam muzium meletakkan taraf seni kepada mangkuk itu, hasrat beliau adalah untuk mempermain-mainkan fahaman orang yang menghasilkan karya seni moden. Beliau menolak benda yang paling ekstrim dan menafikan ataumenarik perhatian masyarakat terhadap apa yang berlaku dalam perkembangan seni lukis moden. Tetapi sistem seni yang wujud daripada dahulu sehinggalah sekarang telah menerima komentar Marcel Duchamp itu dan menyebatikannya ke dalam sistem seni sehingga mangkuk kencaing itu kini merupakan sebuah karya seni walaupun mangkuk yang asalnya telah tidak wujud.Jika anda melihat muzium di Eropah ianya merupakan mangkuk yang lain dan yang asal masih tidak diketahui, tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini adalah ia merupakan satu contoh yang paling ekstrim bagaimana kemunculan seni lukis moden itu dilihat dari segi pencemaran nilai-nilai tradisional di barat. Seni yang sebelumnya berkaitan dengan moral dan berkaitan dengan kepercayaan agama Kristian umpamanya dinafikan langsung, seni yang berkaitan kedaulatan raja-raja juga dinafikan maka inilah konteks kemunculan seni lukis moden Eropah.Kemunculan ini bersempena dengan dua perkara yang serius dalam sejarah, pertama adalah kejatuhan kerajaan tradisional iaitu kejatuhan Maharaja Louis di Perancis dalam kejadian Revolusi Perancis, iaitu seluruh Eropah memperlihatkan Revolusi Perancis ini suatu tanda kejatuhan atau tamatnya era-era kedaulatan raja dan muncullah negara berdasarkan republik iaitu sebuah negara yang memperlihatkan bahawa individu bukan lagi hak raja-raja, individu bukan lagi ditentukan apa yang terkandung dalam kitab Injil, individu sekarang adalah individu yang mempunyai hak asasi sendiri yang berupaya secara kolektif atau berkumpulanuntuk menukarkan nasib negara dan masyarakat yang tidak lagi dibawah tekanan raja mahupun agama ataupun yang digunakan oleh raja untuk meninggikan kedaulatan ini dalam konteks Revolusi Perancis.Keduanya yang mempengaruhi seni lukis moden dan perkembangnnya ialah Revolusi Industri yang berkaitan dengan kenaikan dan perkembangan kefahaman sistem ekonomi kapitalis. Dalam kapitalisma yang dangkal ini yang dipentingkan adalah harta dan yang kedua adalah hak kita untuk menukar harta itu kepada duitexchangeatau pertukaran kedua-dua ini dianggap penting. Jadi pada andaian saya perkembangan seni lukis moden malah perkembangan seni di barat menemui perubahan apabila sistem kapitalisma ini muncul menjadi sesuatu yang berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Eropah iaitu seni juga menjadi harta dan sebagai harta ia boleh ditukar beli. Kapitalisme ini yang berkembang sempena dengan revolusi industri bersama dengan Revolusi Perancis yang mengembangkan kerajaan raja tradisional, kedua-dua ini menukar langsung rupa budaya Eropah yang kemudiannya ia menyentuh perkembangan seluruh dunia pula. Kapitalisme membawa kepada tamak haloba peniaga-peniaga, kuasa-kuasa tertentu untuk mengeksplotasi seluruh dunia akibat daripada penjajahan negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Selatan, dengan perkembangan penjajahan kolonialisme itu menular juga masuk fahaman-fahaman yang menjatuhkan kerajaan-kerajaan tradisional.Jadi selepas Perang Dunia ke-2 bilamana banyak negara-negara di dunia dijajah oleh kuasa-kuasa barat menuntut kemerdekaan dan kebebasan daripada kuasa barat, juga pada masa yang sama menumbangkan kerajaan-kerajaan tempatan atau paling tidak ia mengubah bentuk kerajaan itu. Jika kita mengambil contoh Malaysia pada 1957 ia mendapat kemerdekaan tetapi kuasa raja-raja sungguhpun masih ada ia hanyalah sebagai simbolik sahaja yang dikatakan perlu disanjungi ialah parlimen dan bukan raja-raja feudal. Di Indonesia contohnya terus dibunuh raja-raja, perkara ini sesungguhnya berlaku susulan daripada apa yang dibawa oleh barat. Dalam konteks inilah wujudnya Balai Seni Visual Negara sebagai contoh konteks sejarah yang membawa faktor-faktor dan pengaruh daripada barat.Pada abad ke-21 ini kita sedar bahawa satu lagi faktor yang mengubah rupa dan makna seni ialah teknologi informasi dan ruang siber, perihal ini tidak terlintas di fikiran para pemikir pada 50 tahun dahulu yang kini merupakan satu yang amat penting dari segi peranannya dalam menguasai kehidupan. Sempena dengan IT dan teknologi komputer, tekonologi siber ini kita lihat bahawa media massa teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan budaya bukan sahaja daripada seni menggunakan IT sekarang tetapi juga bagaimana ruang siber teknologi maklumat semua ini menentukan arah perkembangan seni sehinggakan kadangkala berlaku penipuan dan kekeliruan daripada apa yang sebenarnya wujud dan apa yang dikatakan sebagai alam maya .Pada tahun 1988Sukan Olimpik musim sejuk telah diadakan di Kanada, masa itu boleh dikatakan bermulanya secara besar-besaran media massa menerusi televisyen memaparkan kejadian dunia kepada seluruh dunia. Perasmian Olimpik musim salji di Kanada di sebarkan menerusi televisyen. Jadi banyak orang melihat peristiwa ini dengan pertunjukan, tarian, permainan, hiasan dan juga gerakan para atlit di televisyen sebagai yang sebenarnya. Tetapi ia adalah maya, jika anda melihattv dari Kuala Lumpur dan bukan berada di Kanada,di kaca televisyen itu kita lihat para atlet berhimpun di stadium yang dipenuhi bumi itu dengan salji dan semua orang memakai baju tebal kerana sejuk berkawat membuat pembentukan-pembentukan. Tetapi yang sebenarnya salji yang dilihat itu adalah bukanlah sebenarnya salji tetapi ia adalah pasir, sebab mereka penganjur perasmian tidak boleh bermain dengan salji kerana salji mudah menyebabkankekotoran, sukar untuk dicuci semula dan akhirnya mereka menggunakan pasir namun di dalam televisyen ia kelihatan seperti salji maka seluruh dunia tertipu melainkan orang yang berada disitu.Apa yang ingin saya nyatakan disini kerana alam maya media massa berupaya memberitahu kita apa yang sebenarnya benar dan apa yang sebenarnya tidak benar sampai begitu jadinya. Saya pernah melihat gambarnya dan saya tidak melihat televisyen pada waktu itu, memang dilihat seperti salji, mengikut pemberita-pemberita mereka mengatakan penganjur senang sedikit bermain dengan pasir kerana mereka boleh menyapu semula dan mengikut televisyen ia kelihatan seperti lebih salji daripada salji. Jadi inilah bagaimana media massa teknologi maklumat dan siber ini menular masuk serta menjejaskan kefahaman realiti kita.Pada tahun 1972 saya pernah mewawancara dengan arwah Ibrahim Hussein kerana ada tugasan yang saya perlu tulis dan pergi berjumpa beliau di studio di kolej kelima Universiti Malaya. Pada masa itu Ibrahim Hussein adalah pelukis residen di Universiti Malaya dan beliau mengajak saya memasuki studionya, dalam studio itu saya masih ingat muzik di studio berbunyi dimainkan, televisyen berjalan dan tayangan filem berlaku juga pada masa ituSuper 8dan beliau melukis pada masa yang sama. Saya rasa ini satu contoh kebisingan teknologi tetapi didakap oleh Ibrahim Hussein sebagai perkara biasa sahaja. Beliau melukis sambil melihat televisyen dan mendengar radio serta menayangkan filem, saya sudah lupa apa yang saya tuliskan dalam tugasan saya, tetapi peristiwa ini sangat menarik. Saya juga diberi tahu oleh beliau bahawa tv memainkan peranan utama perkembangan beliau sebagai pelukis sehinggakan beliau menggunakan imej-imej popular iaitu imej-imej media massa dalam lukisan beliau. Pada masa itu beliau baru balik 2 tahundari Amerika membawa balik stail lukisan pop, tetapi karya pop beliau agak berlainan sebab beliau banyak mengambil gambar-gambar daripada massa seperti akhbar, majalah yang memaparkan seks, keganasan dan dunia glamour.Beliau juga memberitahu saya peristiwa 13 Mei yang berlaku di Kuala LumpurMalaysia namunbeliau melihatnya dalamwarna-warni dalam televisyen di New York,kita disini tidak nampak kerana kerajaan menutup televisyen beliau nampak semuanya seperti kebakaran dan darah semua ada . Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah pengaruh teknologi media massa saya ambil contoh pengaruh itu dengan kerjaya seorang pelukis utama di Malaysia iaitu Ibrahim Hussein untuk memberitahu kepada kita bahawa media massa dan teknologi maklumat yang melampaui sempadan jelas mempengaruhi perkembangan seni samada di New York atau di Malaysia pelukis-pelukis Malaysia tidak terkecuali. Jika di New York pelukis Nam Jum Paik menggunakan tv secara jelas tetapi di Malaysia saya bagi contoh jelaslah bukan secara keselurahan nya menggunakan IT itu tetapai perkembangan beliau di selang seli dengan IT . Sekarang ini telah menjadi satu kebiasaan contohnya Jailani Abu Hassan menggunakan projektor untuk dirinya sendiri dengan besar bukan sahaja beliau seorang malah ramai lagi. Hasnul Jamal Saidun contohnya menjelajah dalam dunia maya, Wong Hoy Cheong dan ramai lagi.Mungkin anda mempunyai pengalaman seperti saya semasa berlakunya keruntuhan Pusat Dagangan New York, saya melihat secara langsung bangunan itu tiba-tiba tersemban ini adalah sebagai satu contoh bagaimana hidup kita, fahaman kita, pengetahuan kita ditentukan dan diperluaskan dengan wujudnya teknologi media massa berdasarkan satelit. Semasa saya kecil dahulu petang-petang Sabtu bersama keluarga duduk di hadapan radio mendengar drama minggu ini , dengar bukan tengok , itulah menunjukkan tanda bahawa kehidupan itu terbawa-bawa oleh media massa tetapi itu awal perkembangannya tetapi sekarang kita akan terbiasa melihat orang naik motor dan dibelakangnya ada komputer riba dan telefon bimbit ia telah menjadi perkarabiasa.Dalam situasi ini bahwa jelaslah kita harus faham bahawa perkembangan sejarah seni bergantung kepada banyak situasi dalam kehidupan daripada pergolakan politik kepada ekonomi, daripada agama sehinggalah teknologi dan lain-lain. Kalau kita membuat wacana atau diskusi tentang seni dengan hanya melihat warna bagaimana seseorang artis itu melukis, kehandalan beliaumelukis, kehandalan beliau memaparkan sesuatu maka jelaslah itu masih tidak mencukupi untuk kita memahami seni. Seni harus kita lihat dalam konteks sosio-budaya, pergolakan sejarah.Anda mungkin pernah tengok dalam majalah arca-arca daripada zaman tamadun Mesir dua atau tiga tahun lepas, patung-patung Firaun yang dihasilkan sempena dengan penubuhan piramid yang diusahakan oleh British Museum dan lain-lain yang dipamerkan di muzium dandianggap sebagai seni umpamanya patung Firaun Mempesis umpamanya Tukthakhamen dianggap sebagai seni. Jelas sekali andaian seni kita dengan konsep yang digunakan itu terhadap patung-patung Mesir itu berlainan daripada seni yang difahami oleh zaman beliau mungkin istilah seni tiada langsung bagi mereka tidak menggunakan istilah seni sebagaimanan yang kita gunakan. Kita tahu bahawa konsep seni kita sekarang adalah menanggapkan suatu benda itu sebagai karya seni jika ianya dihimpun oleh sesebuah muzium atau balai seni dan diperagakan supaya boleh dilihat dan dihayati oleh khalayak ramai. Itu adalah sebahagian daripada sebab-sebab atau faktor yang menyumbang kepada kesenian pada zaman itu.Apa yang kita nafikan disini dan apa yang kita tidak ambil kira ialah patung Firaun yang dikebumi dan dianggap sebagai seni oleh budaya sekarangini sebenarnya bukanlah seuatu hasil cipta arca yang dibuat untuk dilihat ianya dibuat untuk disembunyikan, diletakkan di dalam piramid itu suapaya ianya boleh mengiring di kemudian waktu di dunia kemudian mungkin akhirat, bukan untuk dipamerkan sebagai seni . Apa yang ingin saya nyatakan disini banyak benda-benda dan ciptaan-ciptaan yang dipaparkan sebagai seni daripada zaman lampau atau tamadun lain asalnya bukan bertujuan kepada seni, bertujuan lebih spiritual, agama, politik yang saya ambil Firaun itu ianya dihasilkan bukan untuk dilihattetapi dihasilkan bagaimana syarikat China membakar dan membawa bahan-bahan yang dibuat daripada kertas untuk dikebumikan. Jadi tujuannya tertentu disitu untuk kebahagian Firaun itu di akhirat, bukan untuk menghasilkan hasil itu sebagai seni. Jadi ada dua faktor sini yang kita harus ingat apabila melihat kesenian sesuatu itu dalam bentuk muzium atau galeri seni lukis iaitu benda yang wujud di zaman yang lain boleh menjadi seni dan mendapat taraf seni di zaman kita.Pada tahap yang lain pula benda yang wujud jauh dari tempat kita tetapi pada masayang samaboleh juga dianggap sebagai seni, umpamanya lukisan-lukisan orang asli Australia di hayati pada awal abad ke-20 sebagai hasil komuniti orang Australia yang menarik, tetapi pada tahun 1970 an ada seorang guru seni lukis di Australia saya tidak mengingati namanya dimana beliau telah pergi ke satu perkampungan orang asli di Australia untuk mengajar seni lukis dimana beliau berkesempatan untuk membawa cat akrilik dan memberinya kepada ahli-ahli komuniti itu maka semenjak itulah lukisan orang asli ini mula dihasilkan di atas kanvas yang mana sebelumnya dihasilkan diatas pasir, pokok, dari situlah ianya disebarkan dan dipasarkan di Eropah , New York dan ramai pelukis-pelukis ini menjadi mashur dan karya-karya mereka terjual sehingga setengah juta. Jadi disini kita lihat bahawa kesenian pada masa yang sama bukan zaman dahulu iaitu ditempat yang jauh juga boleh menjadi seni di tempat yang lain.Ada dua perkara disini satu perjalanan masa dari dahulu menjadi seni sekarang, kedua dari yang jauh menjadi seni sekarang menjadi seni. Faktor-faktor begini harus membuka pemikiran kita, apa yang dikatakan tentang seni jarang sekali muktamad jarang sekaliabsolute, kita harus mengawasi bagaimana ideologi berfungsi dan beroperasi untuk menentukan perkembangan sejarah seni.Lukisan jenisStill-Lifeatau alam benda iaitu lukisan yang memaparkan benda-benda seperti bunga, pasu-pasu dan buah-buahan pada kebiasaannya, kini kita andaikannya sebgai suatuexcersisepelukis untuk melihat. Tetapi lukisan alam benda ini telah wujud di Eropah sejak abad ke-16 dan 17 walaupun pada masa itu ia bukanlah jenis lukisan yang disanjungi wujud lukisan benar-benar realstik buahan-buahan bakul yang mempunyai makanan ataupun ikan. Sekarang kita melihat lukisan begini sebagai contoh kemahiran melukis secara relistik. Pada abad ke-17 lukisan begitu mempunyai makna-makna tertentu dan sentiasa diulangi terutamanya subjek buaha-buahan, daging , gelas atau tempayan, semua benda ini sebenarnya ada maksudnya. Lukisan ini digealr sebagai lukisanvanitas, lukisan jenisvanitasbukan sahaja memaparkan benda secara indah tetapi betujuan menyampaikan mesej tertentu. Jika lukisan alam benda itu mamparkan lukisan sebiji epal atau oren yang telah busuk ia melambangkan kehidupan ini akan menjadi tua dan akan mati, jadi itu lambangnya di Eropah.

CATAN - Aliran Seni Catan BaratDefinisi catanProses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya. Berus,pisau lukis dan sebagainya.Sejarah Seni CatanSejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresco. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresco. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.Karya Eugene Delacroix Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830). Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.Karya Van Gogh Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. Aliran Impressionisme. Berjodol : Bedroom mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.Karya Warhol Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20 Aliran Pop Art Berjodol Marylin Monroe Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

Aliran-aliran seni catan di barat

Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme Seni Pop

Aliran KlasikAliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.Leonardo Da VinciMichalengelo

Aliran RomanticismIstilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.Eugene DelacroixEugene DelacroixEugene DelacroixFrancisco Jos de GoyaFrancisco Jos de GoyaAliran BarroqueZaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya tertumpu kepada objek.Rembrandt van RijnRembrandt van Rijn

Rembrandt van RijnAliran ImpressionismAliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail. Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.Claude MonetClaude MonetEdgar DegasVincent Van GoghPierre-Auguste RenoirAliran Post-ImpressionismeRealiti itu sentiasa baru dan tegas. Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk. Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. Melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.George SeuratPaul CezannePaul GauguinAliran KubismeMenolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.Pablo PicassoMarcel DuchampAliran EkpresionismeMenolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik. Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.Wassily KandinskyJackson PollockAliran SurelismeTumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.Salvador DaliAliran Seni PopBerasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.Andy Warhol