pengenalan rimup

8
Pengenalan RIMUP Latar Belakang Kementerian Pelajar Malaysia telah melancarkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya hanya dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka..Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat- menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam sesuatu kaum oleh kaum yang lain. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan peluang kepada pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang.Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Semua aktiviti dirancang untuk mewujudkan integrasi dan perpaduan antara murid pelbagai kaum oleh semua pihak yang terlibat. Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa usaha yang gigih hendaklah dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. Konsep RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan –

Upload: cikgu-angahcomel

Post on 20-Jan-2016

84 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan RIMUP

Pengenalan RIMUP

Latar Belakang

Kementerian Pelajar Malaysia telah melancarkan Program Rancangan Integrasi Murid

Untuk Perpaduan ( RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya hanya

dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat pentingnya dijalin hubungan yang

rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan

perpaduan antara mereka..Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka

akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam

sesuatu kaum oleh kaum yang lain.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan peluang kepada pelbagai kaum untuk

bergaul mesra secara sedar dan terancang.Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan

dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Semua aktiviti

dirancang untuk mewujudkan integrasi dan perpaduan antara murid pelbagai kaum oleh

semua pihak yang terlibat.

Kementerian Pelajaran Malaysia berpendapat bahawa usaha yang gigih hendaklah

dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia

hidup bersatu padu dan harmoni.

Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para

guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan –kegiatan khas serta penggunaan

bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu

pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan

mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Page 2: Pengenalan RIMUP

Objektif Rancangan

RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu :-

1.Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga

sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan-kegiatan khas

secara bersama.

2.Mewujudkan sikap kerjasama, tolong –menolong dan mewujudkan susasana muhibah

secara sedar dan terancang.

3.Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

4.Berkongsi kemudahan , peralatan , tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-

kegiatan khas secara bersama-sama

Kegiatan Khas

Program RIMUP dilaksanakan melalui kegiatan khas seperti yang berikut:

1.Kecemerlangan Akedemik

2.Sukan dan Permainan

3.Perayaan dan Perhimpunan

4.Perkhemahan dan Lawatan

5.Khidmat Masyarakat.

Page 3: Pengenalan RIMUP

PELAN OPERASI

Nama Projek: Program Pembina Insan ‘Program Yakin Diri’

Objektif: Membina semangat keyakinan diri dan jaya diri melalui rangsangan positif

Tempoh: Jun

Kumpulan Sasaran: Semua murid.

Guru Terlibat:

1. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. .

2. Jawatankuasa RIMUP

3. Guru Bertugas

Proses Kerja:

1. Taklimat Program Yakin Diri

1.1 Ucapan Ketua Jawatankuasa RIMUP

1.2 Penerangan tentang program.

1.3 Pelantikan Penyelaras Program

2. Penetapan tarikh dan perbincangan tentang program yang akan dilaksanakan.

3. Urusan jemputan dengan pihak NGO yang berkenaan.

4. Pengurusan perlaksanaan program.

5. Post mortem tentang aktiviti yang telah dijalankan.

6. Laporan program hendaklah didokumentasikan dan dihantar kepada PK HEM

seminggu selepas program dijalankan.

Kekangan:

1. Dewan terlalu kecil untuk menampung bilangan murid yang ramai.

2. Masalah teknikal dan cara penyampaian penceramah / wakil pihak swasta.

3. Rancangan program kurang menarik perhatian kanak-kanak.

Pemantauan:

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan/ Ketua JK Bimbingan &

Kaunseling semasa program dijalankan.

Penilaian:

Impak dan manfaaat program yang dijalankan kepada murid-murid serta kelancaran

perlaksanaan program.

Penambahbaikan: Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan

program pada masa hadapan.

Page 4: Pengenalan RIMUP

PELAN OPERASI

Nama Projek: Program Kemasyarakatan & Sekolah Penyayang – Sambutan Hari

deepavali - ‘A Gift of Love’

Objektif: Memupuk semangat kasih sayang dan perpaduan antara warga sekolah yang

berbilang kaum

Tempoh: Oktober 2013

Kumpulan Sasaran: Semua murid

Guru Terlibat:

1. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. .

2. Jawatankuasa RIMUP

3. Guru Bertugas

Proses Kerja:

1. Taklimat Sambutan Hari deepavali - ‘A Gift of Love’

1.1 Ucapan Jawatankuasa RIMUP

1.2 Penerangan tentang program.

1.3 Pelantikan AJK Penyelaras Program.

2. Mengenalpasti penerima angpow dan merancang program sambutan Sambutan

Hari deepavali - ‘A Gift of Love’

3. Pengurusan perlaksanaan program.

4. Post-mortem pengurusan program.

5. Laporan program hendaklah dihantar kepada PK HEM seminggu selepas program

dijalankan.

Kekangan:

Masalah teknikal dan tempat serta pengawasan murid di luar bilik darjah sewaktu

persembahan.

Pemantauan:

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan untuk memastikan

pengurusan program berjalan lancar.

Penilaian:

Impak dan manfaaat program yang dijalankan kepada murid-murid serta kelancaran

perlaksanaan program.

Penambahbaikan:

Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan program pada masa

hadapan.

Page 5: Pengenalan RIMUP

Nama Projek:Program Sekolah Penyayang – ‘Sambutan Hari Kanak-kanak – Muridku

Sayang’

Objektif: Memupuk semangat kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang murid

yang cemerlang

Tempoh: November

Kumpulan Sasaran:Semua murid.

Guru Terlibat:

1. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. .

2.Jawatankuasa RIMUP

3. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling.

Proses Kerja:

1. Taklimat Program Sambutan Hari Kanak-kanak – Muridku Sayang

1.1 Ucapan ketua RIMUP

1.2 Penerangan tentang program.

1.3 Pelantikan AJK Penyelaras Program.

2. Mengenalpasti penerima hadiah/anugerah dan merancang program sambutan

Hari Kanak-kanak.

3. Pengurusan perlaksanaan program.

4. Post-mortem pengurusan program.

5. Laporan program hendaklah dihantar kepada PK HEM seminggu selepas program

dijalankan.

Kekangan:

Masalah teknikal dan tempat serta pengawasan murid di luar bilik darjah sewaktu

persembahan.

Pemantauan:

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Ketua Unit

& Ahli Jawatankuasa Penyelaras Program

semasa program dijalankan.

Penilaian:

Kelancaran perlaksanaan program dan impak yang diberikan kepada warga sekolah.

Penambahbaikan:Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan

program pada masa hadapan.

Page 6: Pengenalan RIMUP

PELAN OPERASI

Nama Projek:Program Kemasyarakatan & Sekolah Penyayang – ‘Gotong Royong ’

Objektif:Memupuk semangat permuafakatan, perpaduan dan kerjasama antara warga

sekolah untuk mengindahkan sekolah.

Tempoh:2 kali setahun

Kumpulan Sasaran:Semua warga sekolah dan ibu bapa

Guru Terlibat:

1. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. .

2. Jawatankuasa RIMUP

3. Semua guru

Proses Kerja:

1. Taklimat Program ‘Gotong Royong ’

1.1 Ucapan Ketua Jawatankuasa RIMUP

1.2 Penerangan tentang program.

1.3 Pelantikan AJK Penyelaras Program.

2. Penetapan tarikh program and cara-cara perlaksanaan

3. Pengurusan perlaksanaan program

4. Post mortem - Penilaian tentang aktiviti yang telah dijalankan.

5. Laporan program hendaklah didokumentasikan dan dihantar kepada PK HEM.

Kekangan:

Penglibatan warga sekolah dan ibu bapa kurang memuaskan.

Pemantauan:

Pemantauan dilakukan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Ketua Unit 3K semasa

program dijalankan.

Penilaian:

Kejayaaan perlaksanaan program dan penglibatan warga sekolah dan ibu bapa.

Keadaan sekolah selepas perlaksanaan program.

Penambahbaikan:Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan

program pada masa hadapan.