pengenalan krs

3
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) [WAJ3101] Dyan 1.0 PENGENALAN Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah Berteraskan Islam Sebagai Cara Kehidupan (Ad Deen). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Halaman |1

Upload: rosdianah-rasit

Post on 21-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan krs

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) [WAJ3101] Dyan

1.0 PENGENALAN

Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad

Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur

pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia

(KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA

(PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada

pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar

cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat

patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan

Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah Berteraskan Islam

Sebagai Cara Kehidupan (Ad Deen). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah

Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr

Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa

di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah,

Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993,

sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha

untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan

Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang

Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah

Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai

KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk

menyediakan kertas kabinet.  Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi

nama Kadet Putera Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun nama pasukan ini

kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian

Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh

yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama

pasukan ini ditukar kepada  KADET REMAJA SEKOLAH  (KRS)  yang bertujuan agar

keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara

Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan  telah diiaksanakan

pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd

Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja

Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Halaman |1

Page 2: pengenalan krs

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) [WAJ3101] Dyan

Pada asasnya, Gerko merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap

pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar

bilik darjah dan mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Mengikut Md. Aris Mansor (1985),

Gerko merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja

terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Beberapa jenis persatuan unit

beruniform mempunyai kurikulum yang kemas dan sistematik serta terancang, misalnya

Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan St.

John Ambulans.

Kurikulumnya dikenali sebagai kurikulum kokurikulum. Kurikulum dan Kokurikulum ini

saling melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek JERIS selaras

dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita. Aktiviti Gerko telah lama diperkenalkan

dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini. Pada tahun 1985, mata pelajaran

kokurikulum diajar dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan di sekolah rendah.

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan

Negara iaitu membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang

diceburi. Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus

Pengajian) Sekolah 1956 mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan manakala

Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 Jil 41, No.26,Tambahan No.94, Perundangan

A.P.U (A)531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan)

mendefinisikan kokurikulum seperti berikut iaitu kegiatan kokurikulum yang bermaksud apa-

apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah yang memberikan murid berpeluang untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

Oleh itu setiap pelatih guru wajib mengetahui cara pengurusan dan langkah-langkah

dalam mentadbir sesuatu unit beruniform serta mampu menjelaskan struktur dan organisasi

pertubuhan unit beruniform untuk diaplikasikan dalam pengajaran apabila berada di sekolah

kelak.

Halaman |2