pengenalan kritikasn

4
1.0 PENGENALAN Sejarah kritikan sastera telah bermula sekitar tahun 300 sebelum Masehi sejajar dengan perkembangan tradisi penciptaan karya seni sastera dalam zaman Yunani. Kritikan menjadi asas yang berkonsepkan tindak balas khalayak secara kritis terhadap fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat dalam karya atau kesannya ke atas pihak yang lain. Jelasnya, kritikan sastera tidak muncul dengan seadanya, tetapi sangat bertalian dengan sikap kritis dan analitis manusia itu sendiri yang cenderung untuk melakukan pertimbangan dan penilaian terhadap sesuatu. Tradisi kritikan yang bermula sejak era Yunani itu kemudiannya menjadi tradisi dalam sastera Eropah, apabila teori-teori era klasik dihidupkan dan digunakan semula dalam nafas baharu. Teori-teori ini kemudiannya menjadi tiruan dan model pembinaan teori dan tradisi kritikan sastera di seluruh dunia hingga ke hari ini. Sepanjang perkembangannya yang bermula sejak zaman Yunani hingga ke hari ini, teori dan kritikan sastera telah menempuh pelbagai perubahan, penyimpangan dan pembaharuan. Prinsip dan dasar yang membina teori terdedah kepada kritikan dan pandangan- pandangan baharu yang menampilkan sifat teori dan kritikan yang dinamik dan fleksibal dengan pandangan-pandangan baharu. Takrif atau definisi kritikan sastera yang dipegang oleh setiap pengkritik sastera adalah berbeza-beza. Umpamanya,

Upload: fazarul-ernieza

Post on 16-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ml,

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Sejarah kritikan sastera telah bermula sekitar tahun 300 sebelum Masehi sejajar dengan perkembangan tradisi penciptaan karya seni sastera dalam zaman Yunani. Kritikan menjadi asas yang berkonsepkan tindak balas khalayak secara kritis terhadap fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat dalam karya atau kesannya ke atas pihak yang lain. Jelasnya, kritikan sastera tidak muncul dengan seadanya, tetapi sangat bertalian dengan sikap kritis dan analitis manusia itu sendiri yang cenderung untuk melakukan pertimbangan dan penilaian terhadap sesuatu. Tradisi kritikan yang bermula sejak era Yunani itu kemudiannya menjadi tradisi dalam sastera Eropah, apabila teori-teori era klasik dihidupkan dan digunakan semula dalam nafas baharu. Teori-teori ini kemudiannya menjadi tiruan dan model pembinaan teori dan tradisi kritikan sastera di seluruh dunia hingga ke hari ini. Sepanjang perkembangannya yang bermula sejak zaman Yunani hingga ke hari ini, teori dan kritikan sastera telah menempuh pelbagai perubahan, penyimpangan dan pembaharuan. Prinsip dan dasar yang membina teori terdedah kepada kritikan dan pandangan-pandangan baharu yang menampilkan sifat teori dan kritikan yang dinamik dan fleksibal dengan pandangan-pandangan baharu.

Takrif atau definisi kritikan sastera yang dipegang oleh setiap pengkritik sastera adalah berbeza-beza. Umpamanya, Hashim Awang dalam bukunya Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan, 1997 mentakrifkan kritikan kesusasteraan itu merupakan suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang sasterawan atau penulis sastera dengan cara yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah. Beliau juga mengatakan bahawa takrif bagi kritikan sastera itu ialah suatu kegiatan untuk membuat penilaian, pertimbangan dan penganalisisan terhadap sesebuah karya sastera.

2.0 DEFINISI KRITIKAN SASTERA

BIBLIOGRAFI

https://aminjamaluddin.wordpress.com/pewajaran-akal-fikiran-kritikan-sastera/