pengenalan karangan

17
Permulaan Sesebuah Permulaan Sesebuah Karangan Karangan

Upload: lnahrawi

Post on 06-Dec-2014

20.217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tips untuk menulis pengenalan di dalam karangan. Sekolah Menengah. Kursus Ekspres dan Normal Akademik.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Karangan

Permulaan Sesebuah Permulaan Sesebuah KaranganKarangan

Permulaan Sesebuah Permulaan Sesebuah KaranganKarangan

Page 2: Pengenalan Karangan

Pemerian

• Permulaan dengan pemerian memerlukan gambaran jelas tentang sesebuah latar (setting.)

Page 3: Pengenalan Karangan

Dialog

• Permulaan dengan dialog merupakan cara yang dinamik dan diminati oleh para pelajar.

• Melalui dialog watak utama atau watak sampingan, penulis dapat menggambarkan perwatakan, menjurusi ceritanya dengan ketegangan dan sebagainya.

Page 4: Pengenalan Karangan

Laporan

• Menceritakan Watak, Latar Masa, Latar Waktu, Latar Tempat.

• Permulaan dengan laporan menggambarkan secara langsung suasana cerita.

• Ada kalanya, watak utama turut ditampilkan.

Page 5: Pengenalan Karangan

• Pengarang memerlukan upaya untuk menurunkan gambaran-gambaran cerita didalam minda kepada

• bentuk simbol-simbol bahasa (kemahiran berbahasa) dan

• kesatuan idea yang tersusun dan terancang (kemahiran teknik).

Page 6: Pengenalan Karangan

• Permulaan cerita yang menarik juga dapat menarik perhatian pembaca.

• Pembaca akan meneruskan pembacaan sehingga cerita itu selesai.

• Permulaan cerita yang menarik biasanya mengandungi ciri-ciri yang serba:

» Ekonomis» Ringkas» Padat

Page 7: Pengenalan Karangan

Contoh Permulaan Contoh Permulaan KaranganKarangan

Contoh Permulaan Contoh Permulaan KaranganKarangan

Page 8: Pengenalan Karangan

PemerianContoh 1:

• Hujan turun dengan lebatnya. Langit masih mendung. Awan hitam masih berkumpul. Sesekali terdengar dentuman guruh. Kilat pula sambar-menyambar. Rasa gerun muncul di dalam hati. Angin yang bertiup kencang dan bunyi pohon-pohon yang ditiup angin semakin menakutkan aku. Tubuhku menggigil. Rasa takut dan dingin bercampur dalam diriku.

Page 9: Pengenalan Karangan

Contoh 2:

• Sudah sejam aku menunggu, namun masanya belum tiba-tiba lagi. Aku hanya memerhatikan keadaan sekelilingku. Suasana amat membingitkan. Suara tangisan bercampur dengan suara hilai. Ada yang bersalam-salaman sambil memohon ampun maaf. Ada yang berpeluk-pelukan, seolah-olah tidak mahu melepaskan orang yang dikasihinya pergi. Ada yang duduk berdoa dan berzikir. Ada yang duduk bermuram. Ada yang terus termangu-mangu menantikan pengumuman. Namun, pengumuman keberangkatan kapal terbang Saudia itu masih belum kedengaran lagi.

Page 10: Pengenalan Karangan

Contoh 3:

• Kampung itu telah sunyi sepi. Tiada seorang penghuni pun yang kelihatan. Sesekali terlihat seekor dua anjing liar berkejar-kejaran. Rumah-rumah di situ telah dirobohkan. Yang tinggal hanyalah tangga-tangga batu. Perabot-perabot yang tidak mahu digunakan lagi berserakan di atas tanah.

Page 11: Pengenalan Karangan

DialogContoh 1:

• “Emak…boleh saya ikut?” tanya Hartini dengan penuh harapan. “Boleh, tapi Tini mesti tolong Emak mengangkat barang-barang,” jawab ibunya. Hartini dan ibunya pun keluar rumah lalu berjalan menuju ke pasar. Inilah kali pertama, Tini pergi ke pasar Geylang Serai. Selalunya dia pergi ke ‘Supermarket’; tempat yang bersih dan berhawa dingin.

Page 12: Pengenalan Karangan

Contoh 2:

• “Faris!” teriakku. “Mana surat kakak!” Adikku berlari lintang-pukang apabila mendengar teriakanku. Bingung. Aku terus ke bilikku dan alangkah terperanjatnya aku melihat suratku sudah diconteng-conteng. Keadaannya koyak rabak. Betapa geramnya aku terhadap adikku. Aku menutup pintuku dengan dekuat-kuatnya untuk melepaskan perasaan marahku.

Page 13: Pengenalan Karangan

Contoh 3:

• “Kepada pemegang tiket penerbangan SA601 ke Los Angeles.. Harap ke dewan berangkat nombor empat belas, sekarang..,”

Aku segera berangkat sebaik-baik sahaja ayah mendapat nombor tempat duduk kami di kapal terbang.

Page 14: Pengenalan Karangan

LaporanContoh 1:

• Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa bagaikan menampar-nampar muka Amir. Keringat mula membasahi tubuhnya. Dia baru sahaja berlari-lari anak di tepi jalan raya. Suasana di kampung itu sunyi sepi.

Page 15: Pengenalan Karangan

Contoh 2:

• Cuaca pada hari itu sungguh terik. Kami terus duduk menantikan bas yang belum kunjung-kunjung tiba. Mulut kami membisu. Sementara mata kami terus tertumpu ke arah seorang lelaki tua yang berdiri tidah jauh dari kami dan kelihatan terpinga-pinga. Kami mula menaruh curiga akan orang tua itu.

Page 16: Pengenalan Karangan

Contoh 3:

• Orangnya pemalu dan tidak boros. Dia selalu menasihati saya supaya berjimat cermat dan tekun bekerja. Setelah mengenalinya agak lama, dia sudah saya anggap sebagai sahabat karib saya. Biarpun saya dan dia tinggal berjauhan, persahabatan kami seolah-olah mendekatkan lagi jarak Tampines dan Jurong West.

Page 17: Pengenalan Karangan

• CONTOH KARANGAN NARATIF• Degupan jantungku begitu kencang.Badanku berasa seram sejuk.Setelah penat

berlari turun tangga setinggi empat tingkat, aku tiba di bilik di belakang bilik air murid-murid perempuan.Aku terdengar bunyi jejak kaki megekoriku.Aku cuba membuka pintu itu.Berkunci.Ke mana lagi aku harus pergi ?

Bunyi jejakan kaki semakin kuat...Aku menutup mataku , mindaku pun bermula menggambarkan perkara-perkara yang seram." Tak sangka perkara macam ini boleh terjadi kepadaku.Mula-mula jumpa sesuatu yang berambut panjang berterbangan di luar tingkap lalu dikejar dengan benda itu pula.Sekarang...dekat mati hendak makan dengan benda tu !!!" aku berkata di dalam hati.

Tiba-tiba bunyi jejakan itu berhenti.Aku membuka mataku dan mendapati benda tersebut tiada dalam pandangan.Aku menghela nafas dengan lega tetapi terkejut apabila merasa seperti ditarik masuk ke dalam bilik air perempuan.Aku memandan ke belakan dan melihat benda tersebut bersenyuman hingga darah mula mengalir dari bibirnya.Aku cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya.Badanku mula berasa letih dan semua yang dilihatku mula berkabur.

Selepas itu , aku berjumpa diriku berada di dalam aebuah bilik air yang berkecah dengan darah.Tanganku serta kakiku diikat kepada tembok . Bilik air itu juga terdapat tulang-tulang dan bahagian badan yang masih dengan kulitnya." Tolong ! Tolong ! Tolong aku ! " aku menjerit.Aku mula berasa panas dan dahaga.Aku memandang ke atas dan ternampak benda itu mendatangi kepadaku sambil menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam.

Keesokan harinya,balai polis datang untuk menyiasat kehilangan seorang pelajar yang tiba-tiba keluar dari kelas menjerit apabila berkata melihat sesuatu berterbangan di luar tingkap kelas.Badan pelajar tersebut tidak dijumpai...