pengenalan frx

Upload: irwan

Post on 08-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Pengenalan FRX

    1/1

    FOREX TRADING

    PENGENALAN

    Artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada para pembaca tentang

    FOREX TRADING atau PERDAGANGAN MATA WANG ASING.

    FOREX adalah merupakan satu perniagaan yang sangat fleksibel dari segi modal, tenaga dan juga

    masa. Ramai orang yang dapat menjana pendapatan lumayan melalui FOREX TRADING. Namun

    demikian, terdapat ramai juga yang seringkali gagal dalam perniagaan ini.

    Mengapakah terjadi demikian?

    Walaupun FOREX merupakan satu perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan, ia juga

    adalah satu perniagaan yang sangat berisiko tinggi. Anda boleh menggandakan wang modal anda dan

    anda juga boleh kerugian keseluruhan modal anda apabila berlakunya apa yang disebut sebagai

    MARGIN CALL atau MC.

    Untuk menceburi bidang FOREX TRADING ini, seseorang itu hendaklah mempunyai pengetahuan asas

    tentang selok belok dalam dunia FOREX. Setiap perdagangan yang dijalankan hendaklah dilandasi

    dengan ilmu yang mendalam. Sekiranya tidak didasari ilmu, maka dikhuatiri perdagangan yang kita

     jalankan itu hanyalah berpandukan kepada agakan dan sangkaan sahaja.

    FOREX mempunyai displin ilmunya yang spesifik. Seseorang itu hendaklah berusaha untuk

    mendapatkan ilmu berkenaan sama ada melalui buku, secara on-line atau pun dengan menghadiri

    kelas-kelas FOREX yang banyak dianjurkan.