pengenalan & fokus kajian.doc

4
DOMINO PECAHAN MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 TERHADAP KONSEP PECAHAN SETARA Oleh: AMIRA HAFIZA BINTI MOHAMAD 1.0 PENGENALAN Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa namun jika minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran itu telah hilang, ianya sukar untuk dikembalikan. Oleh itu dengan kajian ini, saya ingin membantu meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap Matematik ataupun sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada. Sewaktu saya mengajar topik pecahan iaitu pecahan setara di kelas tahun 3 Aisyah, saya mendapati lapan orang daripada dua puluh orang murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Apabila saya bertanya kepada mereka apa yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan berkenaan sedangkan saya telah sediakan petak sifir sebagai rujukan mereka, mereka menyatakan bahawa mereka tidak faham bagaimana sesuatu pecahan itu dikatakan pecahan setara. Respon daripada mereka

Upload: amira-hafiza-mohamad

Post on 17-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengenalan & fokus kajian.doc

DOMINO PECAHAN MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 TERHADAP

KONSEP PECAHAN SETARA

Oleh: AMIRA HAFIZA BINTI MOHAMAD

1.0 PENGENALAN

Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu

pembelajaran. Howard gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara

kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang

murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat

saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa

namun jika minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran itu telah hilang, ianya sukar

untuk dikembalikan. Oleh itu dengan kajian ini, saya ingin membantu meningkatkan

kefahaman dan minat murid terhadap Matematik ataupun sekurang-kurangnya

mengekalkan minat sedia ada.

Sewaktu saya mengajar topik pecahan iaitu pecahan setara di kelas tahun 3

Aisyah, saya mendapati lapan orang daripada dua puluh orang murid tidak dapat

menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Apabila saya bertanya kepada mereka

apa yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan berkenaan sedangkan

saya telah sediakan petak sifir sebagai rujukan mereka, mereka menyatakan bahawa

mereka tidak faham bagaimana sesuatu pecahan itu dikatakan pecahan setara. Respon

daripada mereka menyebabkan saya kecewa dan buntu kerana saya menyangka

dengan menggunakan petak sifir dan juga jalur pecahan itu sudah memadai untuk

membuatkan mereka faham apa itu pecahan setara tetapi rupanya sangkaan saya tidak

benar sama sekali kerana hanya beberapa orang murid yang cemerlang sahaja yang

dapat memahaminya. Hal ini membuatkan saya terfikir apa yang perlu saya lakukan

dan bagaimana saya dapat membuatkan mereka faham konsep pecahan setara

walaupun pada masa yang sama mereka tidak menghafal sifir. Masalah inilah yang

mendorong saya untuk menjalankan kajian ini.

Page 2: pengenalan & fokus kajian.doc

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya ibu bapa dan pihak

sekolah dalam menyediakan pembelajaran yang menarik seperti menggunakan

Dominos Pecahan supaya pelajar dapat melaui dan merasai peluang belajar dengan

seronok dan bermakna. Adalah perlu bagi menjalankan aktivit-aktiviti pembelajaran

yang menarik dalam kalangan murid terutamanya murid-murid yang lemah bagi

menarik minat mereka dalam matapelajarn matematik. Dengan kajian ini, semoga dapat

membantu guru-guru meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka supaya pelajar

dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Fokus kajian saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar yang tidak

memahami konsep pecahan setara kepada murid tahun 3 Aisyah di Sekolah

Kebangsaan Ayer Terjun. Saya mendapati pelajar-pelajar ini keliru dan tidak memahami

konsep pecahan setara. Hal ini ialah melalui pemerhatian yang saya lakukan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran berkenaan tajuk ini dijalankan dimana mereka

kelihatan pasif berbanding pelajar-pelajar lain. Selain itu, apabila saya menyemak

lembaran kerja mereka juga saya dapati mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan

yang diberikan. Ada sesetengah soalan berkenaan dijawab dengan cara meniru rakan

mereka. Jelas bahawa mereka masih tidak faham konsep pecahan setara kerana

mereka tidak dapat mengaplikasikan petak sifir yang saya sediakan bagi menjawab

soalan-soalan berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan, mereka ini tidak dapat memahami

bahawa pecahan setara itu adalah sama. Disebabkan dua pecahan tersebut berbeza,

mereka tidak menghubungkaitkan bahawa ia membawa nilai yang sama. Mereka

beranggapan apabila nombor pada pecahan itu ialah nombor yang besar manakala ia

merupakan pecahan yang lebih besar dan bukannya sama nilai. Walaupun saya

meminta mereka menggunakan petak sifir kerana mereka tidak ingat sifir, mereka

masih tidak dapat menjawab soalan berkenaan. Saya juga ada menemubual pelajar-

pelajar berkenaan apa yang membuatkan mereka tidak faham konsep pecahan setara

Page 3: pengenalan & fokus kajian.doc

ini. Ada beberapa orang yang keliru kerana mereka tidak menghafal sifir dan ada juga

yang langsung tidak faham apa yang telah saya terangkan sewaktu sesi pengajaran

dan pembelajaran topik berkenaan.

Sewaktu saya menjalani praktikum fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu,

masalah yang sama juga timbul dimana beberapa orang pelajar tidak dapat memahami

konsep pecahan setara ini. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, mereka tidak dapat

menjawab soalan berkenaan pecahan setara walaupun saya telah menyediakan petak

sifir sebagai rujukan mereka. Sukar untuk saya membuatkan mereka faham bahawa

pecahan setara merupakan dua pecahan yang mewakili satu nilai yang sama. Justeru

untuk mengatasi masalah ini saya menjalankan kajian menggunakan ‘Domino Pecahan’

bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep pecahan setara. Dengan cara ini

pelajar dapat melihat secara jelas dan konkrit bagaimana pecahan tersebut dikatakan

setara.