pengenalan bola tepuk

Upload: shaliny-linnie

Post on 16-Feb-2018

502 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    1/10

    PENGENALAN

    Permainan tradisional merupakan satu khazanah bangsa yang amat bernilai sekali.

    Kewujudannya memperlihatkan betapa manusia mempunyai daya cipta kreativiti dan

    imaginasi yang tinggi.

    Sebenarnya, memang sukar untuk menentukan asal-usul, kewujudan serta pemilik

    permainan-permainan tradisional tertentu sebenarnya. Keadaan ini dipengaruhi oleh kaedah

    penyampaian secara lisan oleh nenek moyang kita dahulu kepada anak cucu mereka. Hal

    ini menyebabkan berlakunya unsur tokok tambah dan pengurangan pada permainan

    tersebut. kibatnya permainan tradisional menjadi sebagaimana cerita-cerita rakyat yang

    bersi!at universal dan hak milik umum.

    "i #alaysia, terdapat banyak permainan tradisional yang dimiliki oleh pelbagai kaum

    seperti kaum #elayu, $ndia dan kaum-kaum minoriti yang lain.

    %erdapat pelbagai contoh permainan tradisional mengikut kaum. ntaranya kaum

    #elayu bermain batu seremban dan sepak raga. Kaum &ina pula bermain mahjong dan

    yoyo &ina. Kaum $ndia pula bermain kho-kho dan kabadi.

    Permainan tradisional boleh dipopularkan lagi sekiranya ianya diperkenalkan lagi

    dalam masyarakat dunia kita hari ini. Hal ini telah menarik minat kami untuk mengkaji

    permainan tradisional yang hampir luput ditelan zaman iaitu bola tepuk.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    2/10

    BOLA TEPUK

    Permainan bola tepuk ini seakan-akan permainan bola sepak. 'ika permainan bola

    sepak pemainnya merupakan manusia, tetapi permainan bola tepuk lain pula caranya.

    Permainan ini tetap dimainkan oleh manusia, tetapi mereka hanya ber!ungsi untuk menepuk

    pemain-pemain yang diperbuat daripada kotak matau kertas keras.

    "alam permainan ini hanya dua orang pemain yang bermain. %ujuan pemainan bola

    tepuk ialah bagi menguji kepakaran dan kemahiran pemain menjaring bola ke dalam gol

    pihak lawan.

    Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak berusia dalam lingkungan usia tujuh

    hingga dua belas tahun, (amun begitu, terdapat juga golongan remaja dan dewasa turut

    menggemari permainan ini. Permainan ini biasanya dimainkan di masa lapang dan juga

    ketika cuaca tidak mengizinkan untuk kanak-kanak bermain di luar rumah. &ontohnya,

    ketika hari hujan. $bu bapa akan melarang anak-anak mereka untuk pergi bermain di padang

    ketika hujan. )leh itu, kanak-kanak pada masa dahulu telah mengambil inisisati! untuk

    menghilangkan bosan mereka dengan bermain permainan bola tepuk ini.

    "ewasa ini, permainan bola tepuk kian luput di telan zaman. Kanak-kanak sekarang

    lebih gemar bermain bola sepak menggunakan *Play Station+ yang berbagai-bagai jenis .

    da antara kanak-kanak yang langsung tidak mengenali permainan bola tepuk ini.

    )leh itu, kami akan merungkaikan sejarah yang kian pudar mengenai permainan

    bola tepuk ini supaya tidak lekang dek panas dan lapuk dek hujan.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    3/10

    KAWASAN PERMAINAN

    "i atas papan simen atau papan yang rata.

    Kawasan padang dilukis dengan menggunakan kapur.

    uas kawasan padang yang dicadangkan

    ./m lebar .0m panjang

    uas kawasan padang juga boleh dibuat mengikut persetujuan kedua-kedua

    pemain.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    4/10

    MENYEDIAKAN ALATAN PERMAINAN

    1. %iang gol

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    5/10

    2. Pemain

    Pemain kotak boleh diwarnakan mengikut kegemaran individu yang bermain supaya

    tidak keliru dengan pemain lawan.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    6/10

    3ntuk menaikkan lagi semangat sukan bola sepak, pemain kotak ditulis nombor

    seperti mana pemain bola sepak sebenar.

    PERALATAN

    Kertas tebal

    "igunakan untuk membuat padang gol dan pemain.

    Kertas nipis

    "igunakan untuk membuat bola sebesar hujung jari kelingking.

    Kapur

    "igunakan untuk melukis padang

    4oleh juga menggunakan pita sele!on untuk membina padang jika tidak

    mahu menggunakan kapur. Pita sele!on dilekatkan di permukaan lantai untuk membina padang.

    PEMAIN

    "ua orang pemain.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    7/10

    LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN

    1. "ua orang pemain mengundi untuk menentukan pemain yang akan membuat sepak

    mula 5cara undian terpulang kepada pemain62. Pemain yang akan membuat sepak mula akan meletakkan 7orangnya8 di tengah

    padang. "i hadapannya diletakkan bola kertas yang dibuat bulat kecil.9. Pemain akan menepuk 7orangnya8 ke lantai untuk menggerakkan bola ke hadapan

    atau pintu gol lawan.:. 4ola kertas akan bergerak ke hadapan. 'ika bola kertas yang bergerak tadi berhenti

    hampir dengan 7orangnya8 juga, pemain boleh terus menepuk 7orangnya8./. (amun, apabila bola kertas berhenti dekat 7orang8 lawannya, pemain lawannya pula

    mengambil giliran. 4eliau akan meletakkan 7orangmya8 berhampiran tempat bola

    tersebut berhenti dan menepuk 7orangnya8 berhampiran tempat bola tersebut

    berhenti dan menepuk 7orangnya8.;. Perkara yang sama akan dilakukan oleh kedua-dua pemain jika bola berhenti

    berhampiran dengan 7orang8 mereka.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    8/10

    PERATURAN PERMAINAN

    1. 3ndian perlu dilakukan untuk mengundi pemain yang akan memulakan

    permainan.2. Permainan dimulakan dengan meletakkan bola di tengah padang.

    9. Pemain tidak dibenarkan untuk menggerakkan bola dengan bantuan angin.

    &ontohnya, meniup bola tersebut.:. "alam satu giliran pemain hanya dibenarkan untuk melakukan sekali tepukan

    sahaja ke lantai. Pemain boleh terus menepuk 7orangnya8 salagi bola hampir

    dengan 7orangnya8./. %idak perlu mengikut undang-undang permainan bola sepak sebenar. Sekiranya

    bola keluar ke kiri atau ke kanan padang, pihak yang akan menerima giliran perlu

    meletakkan bola ke atas garisan di mana bola itu keluar dan membuat tepukan

    orangnya.

    ;. Sekiranya bola keluar ke arah selari garisan pintu gol, pemain lawan hendaklah

    melakukan tendangan dari arah pintu gol, tetapi jika bola terkena tampanan

    sebelum keluar ke garisan selari pintu gol, tendangan sudut hendaklah dilakukan.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    9/10

    CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

    Pemain yang mempunyai jumlah gol yang terbanyak dalam jangka masa

    yang ditentukan dikira sebagai pemenang.

    Sekiranya, seri, tepukan 5tendangan6 penalti hendaklah dilakukan.

    %iga peluang diberi kepada setiap pemain. Sekiranya masih seri, tendangan dilakukan sehingga ada pihak yang

    berjaya mengatasi lawan dengan bilangan tepukan yang sama.

  • 7/23/2019 Pengenalan Bola Tepuk

    10/10

    REFLEKSI

    Pertama sekali, kami merasakan bahawa kerja kursus pendek ini telah banyak memberi

    banyak !aedah terhadap kami secara khususnya. Pada pandangan kami, kerja kursus ini secara

    tidak langsung membantu kami untuk mengenali permainan tradisional yang telah kian pupus

    pada zaman ini. 4anyak pihak telah membantu kami dalam menyiapkan kerja kursus ini

    .ntaranya ialah pensyarah bimbingan kami iaitu Pn. #elati binti .......4eliau telah banyak

    memberikan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. =ibuan terima kasih

    kami ucapkan kepada Puan.

    Secara keseluruhannya, kami berasa amat berpuas hati terhadap kerja kursus pendek ini.Kami berharap akan dapat meman!aatkan segala ilmu yang kami perolehi daripada penghasilan

    kerja kursus pendek ini. khir sekali, kami sebagai salah seorang bakal guru yang akan

    menggalas tanggungjawab untuk memperkenalkan semula permainan tradisional yang kian

    pupus ini kepada generasi ala! baru. Hal ini supaya permainan tradisional tidak akan lenyap

    ditelan zaman dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan permainan

    moden yang kian popular kini.

    Sekian, terima kasih.