pengenalan berkhemah ubb

Upload: phreestylure

Post on 08-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UBB

TRANSCRIPT

Pengenalan BerkhemahBerkhemah merupakan aktiviti yang menyeronokkan namun pelbagai persiapan dan prosedur yang perlu diambil perhatian sebelum manjalankan aktiviti berkhemah. Walaupun aktiviti ini dipandang mudah bagi sesetengah pihak, namun perkhemahan yang dimaksudkan disini bukan hanya berkhemah dihalaman rumah ataupun tempat yang terdapat banyak kemudahan awam, tetapi ia melibatkan aktiviti yang jauh dari kediaman serta boleh menyebabkan kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri dan orang lain tetapi juga kepada alam sekitar sekiranya beberapa perkara yang dianggap remeh ini tidak diambil perhatian oleh "campers"...!!!

Prosedur

1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kita sebagai seorang remaja, kebenaran daripada ibubapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. Melakukan aktiviti luar tidak boleh dirahsiakan, malahan ia perlu diberitahu kepada orang lain supaya pemergian kita diketahui.2. Laporkan Anda haruslah melaporkan mengenai aktiviti ini kepada balai polis ataupun ranjer taman yang bertugas ditempat yang anda hendak tuju untuk memaklumkan mereka bahawa anda akan melakukan aktiviti perkhemahan didalam kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka untuk membuat rondaan keselamatan ataupun melakukan kerja-kerja menyelamat sekiranya anda memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, mungkin mereka juga boleh memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai keadaan kawasan tersebut.3. Kawasan Siapa? Sekiranya kawasan perkhemahan yang anda pilih itu merupakan kawasan orang contohnya seperti tanah persendirian ataupun kampung, maka setibanya anda di sana, anda haruslah meminta kebenaran daripada tuan punya tanah ataupun ketua kampung untuk bermalam dikawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki satu perkampungan yang jauh terpencil dan mempunyai adat resam yang berlainan. Anda haruslah cuba untuk memperolehi maklumat daripada mereka mengenai suku kaum & kepercayaan, pantang larang, cara pergaulan dan keselamatan kampung tersebut. Ini adalah untuk memastikan anda selamat menetap di kampung tersebut serta kehadiran anda dikawasan mereka tidak menggaggu.4. Peraturan! Pertauran yang telah ditetapkan disesuatu kawasan mungkin terdapat kelainan. Namun begitu, anda haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan bersama.Memilih Kawasan

1. Sumber Asas Untuk memilih kawasan ataupun tapak perkhemahan yang baik, perkara yang paling utama untuk diambil kira ialah sumber alam semulajadi terutamanya punca air. Punca air adalah penting untuk kita memasak, minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun begitu anda DILARANG berkhemah terlalu dekat dengan sungai dikawasan hulu atau berbukit. jika hujan dikawasan ini, terutamanya di sebalah hulu, paras air akan tiba-tiba naik dengan cepat.2. Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi yang sesuai adalah tanah rata dan kering. Kedudukan tanah tersebut haruslah tinggi sedikit daripada kawasan disekitarnya untuk mengelakkan air bertakung / banjir ketika hujan lebat. Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu-batu kerana ia tidak menyelesakan ketika tidur. Tambahan pula, ia boleh merosakkan alas khemah anda.

Anda juga TIDAK digalakkan untuk mendirikan khemah di bawah pokok yang besar ataupun yang sudah tua. Kerana dikhuatiri dahan yang besar dari pokok tersebut akan menghempap khemah anda. Anda juga harus memastikan bahawa tapak perkhemahan anda jauh dari semak dan belukar kerana kawasan begini merupakan tempat sarang serangga ataupun binatang merayap seperti ular, kala jengking dan lipan. Bukan itu sahaja, tunas lalang yang tajam boleh mengoyakkan khemah.

Tetapi anda juga diingatkan supaya tidak mencari kawasan yang terlalu lapang, sekurangnya tidak jauh dari tempat anda mempunyai pokok atau bukit untuk mengelakkan ancaman angin. Anda juga dilarang untuk mendirikan khemah yang terlalu dekat dengan kaki bukit kerana bahaya tanah runtuh.3. Perhubungan Kawasan yang anda pilih sekurang-kurangnya mempunyai cara untuk berhubung dengan orang diluar kawasan perkhemahan tersebut seperti jalan raya, telefon awam, balai polis, rumah penduduk kampung dan sebagainya. Ini untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan segera jika perlu. Jika anda menjalankan aktiviti ini dikawasan yang terpencil atau jauh kedalam hutan, pastikan anda berhampiran dengan tanah lapang dan tinggi supaya kedudukan anda mudah dikesan dari udara.4. Sinar Matahari Kedudukan anda seharusnya mendapat sinar matahari disebelah pagi untuk tujuan mengeringkan udara lembap dalam khemah dan juga mengeringkan pakaian dan peralatan yang basah. Pemandangan yang indah juga tidak kurang pentingnya kerana ia dapat memberikan ketenangan kepada kita serta perkhemahan kita menjadi lebih seronok.5. Denai Binatang Jangan sekali-kali mendirikan khemah dikawasan denai binatang. Kerana dikhuatiri khemah anda akan menjadi mangsa rempuhan binatang yang menggunakan denai tersebut.Nyamuk dan Serangga lain

Gigitan serangga boleh menjadi masalah besar bagi sesetengah kawasan tropika, paling kurang gigitan boleh menyebabkan kesakitan pada kulit dan membengkak tapi yang paling menakutkan ia boleh memindahkan pelbagai penyakit yang serius. Malaria merupakan salah satu masalah utama, sekiranya pembasmian serangga seperti nyamuk tidak dilakukan. Contohnya di Itali, dimana kebanyakkan pengembara yang datang ke sana mengadu mengenai masalah nyamuk, penduduk tempatan menyatakan bahawa kawasan terbabit telah disembur dengan pembasmi nyamuk namun ia tidak memberi kesan. Walaupun nyamuk Itali tidak membawa Malaria, tetapi gigitannya amat menyakitkan.

Jika anda melawat ke mana-mana bahagian dunia dimana mempunyai masalah Malaria pastikan anda membuat langkah berjaga-jaga daripada terkena gigitan nyamuk. Penggunaan kelambu semasa tidur adalah cara yang paling efektif digunakan semasa tidur tetapi ia sukar untuk dibawa mengembara.

Apabila mengembara, selalu beringat supaya mengelak gigitan seboleh yang mungkin. Gunakan "Insect Rapellent", dan apabila sebelah petang dan malam pakailah pakaian berlengan panjang dan seluar panjang untuk mengurangkan kawasan permukaan kulit yang terdedah dengan nyamuk. Lingkaran nyamuk atau pencegah nyamuk kuasa elektrik juga boleh digunakan untuk mendapatkan persekitaran yang bebas dari sebarang gigitan serangga.

Kawasan Berisiko Tinggi

AngolaBangladeshBelizeBeninBhutanBoliviaBurkino FasoBurundiCambodiaCameroonCentral African Rep'cChadChinaComorosCongoIvory CoastDjiboutiEcuadorEq. GuineaEritreaEthiopiaFrench GuianaGabonGhanaGuineaGuinea BissallGuyanaHaitiHondurasIndiaIndonesiaKenyaLaoLiberiaMadagascarMalawiMaliMauritaniaMayotteMozambiqueMyanmarNepalNicaraguaNigerNigeriaOmanPakistanPapua New GuineaRwandaTogoTanzaniaUgandaVanuatoVenezuelaViet NamZaireZambia

Kawasan Risiko Rendah dan Sederhana

AfganistanAlgeriaArgentinaAzerbaijanBotswanaCape VerdeColumbiaDomenican Rep'cEgyptGuatemalaHong KongIranIraqLibyaMalaysiaMaldivesMuaritiusMexicoMoroccoNamibiaPanamaParaguayPeruPhilippinesSyriaTajikstanThailand (tiada risikodikawasan pelancongan)TurkeyUAEYemenZimbabwe

Kawasan ini diramal bebas dari Malaria:

USA, Canada, Western Europe , Japan

Australasia

dan Singapore.