pengenalan

3
1.0 PENGENALAN Kecergasan adalah keupayaan individu berfungsi secara bekesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih berkesan, disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal juga adalah berkaitan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih berkesan dan menikmati masa lapang, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan optima tidak dapat dicapai jika tidak melakukan aktiviti fizikal secara berterusan. Menurut Fox E.L (1983) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan fizikal langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius. Setiap masa mesyarakat pada masa lalu hanya menumpukan kehidupan untuk mencari makanan, tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk teruskan hidup menikmati keseronokan hingga akhir hayat. Pada tahun 1955, Presiden Dwight D. Elsenhowe mula mengambil perhatian tentang perkara ini. Melalui satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua, didapati bahawa askar Amerika yang kurang tahap kecergasan adalah seramai 50%. Beliau telah mengambil perhatian yang serius terhadap kajian yang telah dibuat oleh Kraus dan Hirschbind yang mendapati bahawa belia Amerika masih mundur dari aspek kecergasan dibandingkan dengan belia-belia di Eropah. Berdasarkan fakta yang diperoleh daripada kajian tersebut adalah Majlis Kecergasan Fizikal yang ditubuhkan di Negara tersebut bagi mengatasi masalah ini dalam bidang ketenteraan. Dalam pada itu, usaha tersebut telah diteruskan oleh John F. Kennedy dan Lyndon B. Johnson. Pada mereka bahawa dengan mempertingkat tahap kecergasan fizikal akan dapat mewujudkan insan yang sempurna untuk keselamatan dan kemajuan negara. Kesedaran untuk mempertingkat tahap kecegasan fizikal ini mula mendapat perhatian di Malaysia. Langkah menyedarkan kepentingan perkara ini dapat dilihat melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dengan mengadakan aktiviti yang seiring dengan perkembangan sukan Negara dengan memperkenalkan kursus yang berorientasikan kecergasansecara saintifik di university tempatan.

Upload: ahmad-naqib

Post on 17-Feb-2016

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kecergasan sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan

1.0 PENGENALAN

Kecergasan adalah keupayaan individu berfungsi secara bekesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih berkesan, disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal juga adalah berkaitan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih berkesan dan menikmati masa lapang, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan optima tidak dapat dicapai jika tidak melakukan aktiviti fizikal secara berterusan.

Menurut Fox E.L (1983) sebelum perang Dunia Kedua, aspek kecergasan fizikal langsung tidak diambil perhatian oleh masyarakat secara serius. Setiap masa mesyarakat pada masa lalu hanya menumpukan kehidupan untuk mencari makanan, tempat perlindungan dan pakaian bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Mereka mengabaikan kecergasan mereka untuk teruskan hidup menikmati keseronokan hingga akhir hayat. Pada tahun 1955, Presiden Dwight D. Elsenhowe mula mengambil perhatian tentang perkara ini. Melalui satu kajian yang dibuat selepas perang dunia kedua, didapati bahawa askar Amerika yang kurang tahap kecergasan adalah seramai 50%. Beliau telah mengambil perhatian yang serius terhadap kajian yang telah dibuat oleh Kraus dan Hirschbind yang mendapati bahawa belia Amerika masih mundur dari aspek kecergasan dibandingkan dengan belia-belia di Eropah. Berdasarkan fakta yang diperoleh daripada kajian tersebut adalah Majlis Kecergasan Fizikal yang ditubuhkan di Negara tersebut bagi mengatasi masalah ini dalam bidang ketenteraan. Dalam pada itu, usaha tersebut telah diteruskan oleh John F. Kennedy dan Lyndon B. Johnson. Pada mereka bahawa dengan mempertingkat tahap kecergasan fizikal akan dapat mewujudkan insan yang sempurna untuk keselamatan dan kemajuan negara.

Kesedaran untuk mempertingkat tahap kecegasan fizikal ini mula mendapat perhatian di Malaysia. Langkah menyedarkan kepentingan perkara ini dapat dilihat melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia dengan mengadakan aktiviti yang seiring dengan perkembangan sukan Negara dengan memperkenalkan kursus yang berorientasikan kecergasansecara saintifik di university tempatan. Terdapat kursus yang diperkenalkan seperti Pendidikan Jasmani, Sai ns Sukan dan lain-lain sama dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana juga mesti selaras melalui KBSR dan KBSM yang bertujuan memberi pendidikan yang seimbang, kognitif, psikomotor dan emosi agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni. Sekiranya aspek kecergasan ini tidak dititikberatkan, maka sudah tentu generasi kita hanya menumpukan kepada akademik dan kaya dengan budaya ilmu tetapi miskin dengan budaya kerja, kerana jasmani dilupakan.

1.1 KONSEP KECERGASAN KESELURUHAN ATAU KESEJAHTERAAN

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen mental, social, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehiduoan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

1.1.1 KECERGASAN FIZIKAL

Page 2: Pengenalan

Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan efektif disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa aktiviti senaman yang berterusan.

1.1.2 KECERGASAN MENTAL

Keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian serta berfungsi secara optimal.

1.1.3 KECERGASAN SOSIAL

Keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orag lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

1.1.4 KECERGASAN EMOSI

Keupayaan individu menangani kehidupan seharian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

1.1.5 KECERGASAN ROHANI

Keupayaan individu untuk membentuk satu system nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.

1.2 KECERGASAN FIZIKAL