pengenalan

3
Pengenalan Membeli rumah dan kenderaan memang menyeronokkan. Maka, kita harus memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan dan kenderaan boleh membantu kita menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan. Dalam tugasan ini, kami telah mengumpul maklumat yang berkaitan dengan pembelian rumah dan kenderaan. Ini merupakan langkah pertama yang perlu dibuat sebelum membuat sebarang pinjaman. Kami mendapat panduan asas dan tip-tip yang berguna daripada pihak bank dan kerajaan sebelum membuat pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan daripada mana-mana pihak. Membeli rumah merupakan satu pelaburan yang paling berharga. Begitu juga dengan kenderaan. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan yang rapid an teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya. Kita perlu menilai kemampuan kita berdasarkan simpanan dan pendapatan. Dengan itu, kita boleh menggunakan kalkulator pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan ini untuk mengira ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu dibayar dan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Di sini, kami telah menyediakan jadual perbandingan dengan beberapa bank seperti CIMB Bank, Hong Leong Bank dan RHB bank. Dengan merujuk kepada jadual yang dibuat, kita

Upload: vivian

Post on 13-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan

Pengenalan

Membeli rumah dan kenderaan memang menyeronokkan. Maka, kita

harus memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan

dan kenderaan boleh membantu kita menjimatkan masa dan mengelakkan

keraguan dan keresahan.

Dalam tugasan ini, kami telah mengumpul maklumat yang berkaitan

dengan pembelian rumah dan kenderaan. Ini merupakan langkah pertama yang

perlu dibuat sebelum membuat sebarang pinjaman. Kami mendapat panduan

asas dan tip-tip yang berguna daripada pihak bank dan kerajaan sebelum

membuat pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan daripada mana-mana

pihak.

Membeli rumah merupakan satu pelaburan yang paling berharga. Begitu

juga dengan kenderaan. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan kewangan

yang rapid an teliti perlu dilakukan sebelum mengambil langkah seterusnya. Kita

perlu menilai kemampuan kita berdasarkan simpanan dan pendapatan. Dengan

itu, kita boleh menggunakan kalkulator pinjaman perumahan dan pinjaman

kenderaan ini untuk mengira ansuran bulanan, jumlah pinjaman yang perlu

dibayar dan jumlah faedah untuk sebarang pakej pinjaman perumahan dan

pinjaman kenderaan.

Di sini, kami telah menyediakan jadual perbandingan dengan beberapa

bank seperti CIMB Bank, Hong Leong Bank dan RHB bank. Dengan merujuk

kepada jadual yang dibuat, kita dapat membuat perbandingan dan pertimbangan

dalam memilih salah satu bank untuk membuat permohonan pinjaman

perumahan dan pinjaman kenderaan.

Oleh itu, dengan adanya jadual ini, kita dapat merancang dengan lebih

teliti, cermat dan jimat.

Page 2: Pengenalan

NAMA: CHUNG SHUK FONG

KUMPULAN: PPISMP GSTT BC 2012

SUBJEK: MATEMATIK

Pensyarah Matematik iaitu En. Puah telah memberikan tugasan pertama

kepada kumpulan kami. Dalam tugasan ini, En.Puah menjelaskan bahawa kami

akan membuat kerja kursus tentang skim pinjaman perumahan dan skim

pinjaman kenderaan. Kami juga dikehendaki membuat perbandingan di antara

skim-skim tersebut dengan pihak kerajaan dan swasta. Selepas memahami apa

yang perlu dibuat, ahli kumpulan kami membahagikan tugas masing-masing.

Ada yang mencari maklumat yang melalui internet ,ada yang terus mengunjung

ke bank dan ada yang mengumpul maklumat mengenai kenderaan dan

perumahan.

Selepas itu, kami akan berbincang tentang maklumat yang telah dikumpul

oleh masing-masing. Pada mulanya, perbincangan ini tidak dijalankan dengan

lancar kerana ahli –ahli kumpulan kami mempunyai pendapat yang berbeza.

Tetapi akhirnya, semua masalah dapat diselesaikan. Dengan pendapatan yang

sebanyak RM 6,000, kumpulan kami telah memutuskan untuk membeli rumah

teres dua tingkat dan kereta Proton Saga FLX 1.3.

Selepas perancangan dan perbincangan, kumpulan kami memulakan

dengan membuat jadual tantang skim pinjaman kerajaan dan skim pinjaman

swasta. Di sini, saya telah belajar cara-cara hitungan dan fomula untuk mengira

dalam tugasan ini. Saya dapat memahami perbezaan di antara kadar faedah

bagi pihak kerajaan dan swasta. Saya juga dapat membuat perancangan dengan

lebih teliti supaya dapat menjimatkan lebih banyak wang.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada En.

Puah kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dan memberikan

penerangan yang amat jelas supaya kami tidak membuat tugasan dengan arah

yang salah. Bagi ahli kumpulan pula, kerana adanya kerjasama dan toleransi

anda, barulah kita dapat menyiapkan tugasan ini.