pengenalan

11
PENGENALAN Dala m era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang perlulah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Mengikut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud sastu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula membawa maksud etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak (Syed Ismail bin Syed Mustapa, 2010). Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjaya. Profesion perguruan dianggap mulia oleh masyarakat kerana guru adalah agen perubahan yang membantu mencorak anak bangsa. Namun begitu, mutakhir ini, isu etika guru semakin menjadi topik hangat yang kian menghiasi dada-dada akhbar dan juga media massa lain. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara. Hal ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat. 2.0 Isu Guru Ponteng

Upload: ila-momochan

Post on 11-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pedahuhuluan

TRANSCRIPT

PENGENALANDala m era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang perlulah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.Mengikut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud sastu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula membawa maksud etika adalah akhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan, merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak (Syed Ismail bin Syed Mustapa, 2010).Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya, etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang baik dan berjaya. Profesion perguruan dianggap mulia oleh masyarakat kerana guru adalah agen perubahan yang membantu mencorak anak bangsa. Namun begitu, mutakhir ini, isu etika guru semakin menjadi topik hangat yang kian menghiasi dada-dada akhbar dan juga media massa lain. Profesion perguruan hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Terdapat pelbagai jenis salahlaku yang dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara. Hal ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat.

2.0 Isu Guru Ponteng Isu guru ponteng merupakan salah satu isu yang semakin menjadi perhatian banyak pihak apabila bilangan kes guru ponteng dilaporkan semakin meningkat dari hari ke hari. Keratan akhbar di atas dipetik daripada sebuah akhbar tempatan terkemuka, Berita Harian bertarikh 27 Jun 2010 yang melaporkan bahawa kes salah laku guru terutama guru ponteng semakin meningkat dan perlu dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam satu artikel lain pula melaporkan bahawa hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) negeri Sabah pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas. Bilangan ini semakin meningkat dari hari ke hari.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada para guru yang ponteng mengajar bahawa mereka yang melakukan demikian akan dikenakan tindakan disiplin (Berita Harian, 2010). Guru yang ponteng kerja dianggap telah melanggar peraturan dan etika kerja seorang guru.

3.0 Analisis Isu Guru Ponteng

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain. Manakala ponteng dari segi istilah merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan program dan sebagainya. Kebiasaannya, faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.

JENIS-JENIS PONTENGPonteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah.

a) Ponteng sekolah Ponteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan sebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik. b) Ponteng kelasPonteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan sebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.c) Ponteng tugasanPonteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirkan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

FAKTOR-FAKTOR PONTENGDalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini merangkumi aspek dalaman dan luaran.

i) Faktor Dalaman

a) Longgar Pegangan Agama. Kurangnya penghayatan dalam memahami konteks tugas sebagai ibadah yang dianjurkan oleh Islam menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada isu guru ponteng. Islam mengutamakan niat yang ikhlas dan amanah dalam melakukan apa sahaja pekerjaan kerana kerja itu merupakan satu ibadah iaitu jika dibuat dengan bersungguh-sungguh, ikhlas, jujur dan amanah akan mendapat ganjaran berupa pahala. Namun begitu masih ramai guru yang kurang memahami erti ibadah dalam pekerjaan menjadikan kebanyakannya mengambil sambil lewa akan hal ini. Ada sebilangan guru menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

b) Kurang motivasi intrinsik guru. Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yang mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman (Pendidik, September 2010).c) Gangguan emosi.Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat (Pendidik, April 2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerja guru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas, dan ponteng kerja.

ii) Faktor Luaran

a) Tekanan beban kerjaKyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam situasi ini, guru yang menghadapi tekanan kerana beban kerja adalah guru yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan dan perubahan budaya pendidikan semasa yang mengkehendaki tugasan guru itu lebih meluas bukan setakat mengajar di kelas. Rata-rata guru pada masa sekarang ini terbeban dengan kehendak tugasan yang melampaui keupayaan individu itu. Misalnya tugas pengkeranian, persediaan alat bantu mengajar, penglibatan di dalam kursus atau program dan seumpamanya. Jika difikirkan melalui satu pandangan, ya, guru pada masa sekarang sangat terbeban dengan tanggungjawab yang pelbagai. Namun begitu, sebagai seorang pendidik, seorang guru perlulah mempunyai jiwa yang besar untuk menghadapi pelbagai tekanan atau tanggungjawab yang menanti untuk dilaksanakan. Hal ini demikian kerana jika semua guru mampu untuk berfikiran positif sewaktu menjalankan tugasan yang diberi dan menganggap tugasan tersebut adalah untuk kepentingan anak bangsa, semestinya suasan dan persekitaran yang tercipta adalah amat menyeronokkan dan tiada lagi tekanan yang boleh memungkinkan seseorang guru itu menjadikan alasan untuk ponteng.

b) Murid yang tidak menghormati guruPerubahan demi perubahan dalam arus kemodenan menjadikan murid-murid pada era ini kurang perasaan ingin menghargai mahupun menghormati guru. Saban hari banyak kes berkenaan murid melakukan tindakan salah laku terhadap guru dilaporkan di media massa. Sambutan Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari murid-murid. Tiada lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka leka dengan aktiviti persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan sebagai ikutan mereka. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan murid yang diluar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Bagi golongan guru yang tidak mempunyai kekuatan emosi mereka lebih mudah memilih jalan ponteng sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang mereka hadapi.

c) Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbirFaktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang berjaya. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan. Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak mengambil tindakan kepada guru yang melakukan kesalahan.

d) Jarak sekolah dan keadaan persekitaraan Keadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti persekolahan. Hal ini telah disahkan apabila Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Dr Muhiddin bin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini (Berita Harian). Lain pula halnya apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar. Guru akan keluar pada sesi persekolahan untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila mempunyai masa terluang terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak sedar sebenarnya mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana tidak berada di kawasan persekolahan pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.

e) Pengaruh rakan-rakanPengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas, membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi kebiasaan kepada guru-guru disekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas.

f) Penyalahgunaan dadahPenyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah ponteng di kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah, manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain, contohnya kewangan, ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-undang dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

a) Pihak PentadbirPerbincangan - Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari.Surat Tunjuk Sebab Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut.Merujuk Kepada Lembaga Tatatertib - Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah tersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.b) Pihak GuruKembali Kepada Pegangan Agama Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanankan dengan sebaik yang mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.Memotivasikan diri sendiri / Mengubah sikap Apabila guru berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan dalaman yang kuat untuk membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah tertentu.Menghadiri sesi kaunseling secara sukarela Seandainya jika masalah yang dihadapi masih berpanjangan, adalah lebih baik guru tersebut menghadiri sesi kaunseling dalam mencari jalan keluar yang terbaik

4.0 Rumusan / Kesimpulan

Sebagai satu rumusan kepada analisis mengenai masalah tingkah laku guru terutama isu guru ponteng ini, tidak dapat dinafikan bahawa setiap guru itu juga merupakan insan biasa yang mengalami masalah seperti individu lain. Kebiasaannya apabila berlaku isu-isu seperti ini, banyak pihak menuding jari ke arah diri guru menyebabkan individu yang bernama guru ini terpaksa menghadapi pelbagai tohmahan yang seterusnya memberi impak negatif kepada profesion perguruan itu sendiri.Justeru, pihak guru perlu sentiasa sedar dan berfikiran positif bahawa tugasan yang dipikul di bahu mereka bukan semata-mata untuk meraih gaji bulanan mahupun pangkat yang tinggi, tetapi adalah penggerak utama dalam memercu generasi bangsa yang bersahsiah tinggi dan berakhlak mulia. Jadi, jika seseorang guru itu menunjukkan contoh yang tidak baik dan mengundang pandangan negatif daripada pihak lain, tidak mustahil anak bangsa akan datang akan menunjukkan corak yang sedemikian juga kerana guru itu merupakan role model terutama bagi anak-anak muridnya. Banyak implikasi negatif yang akan diterima sekiranya isu guru ponteng ini kian berterusan. Antaranya ialah keciciran murid dalam pelajaran, penurunan prestasi murid dalam peperiksaan, masalah disiplin murid yang kian meruncing, imej sekolah tercalar, pandangan negatif terhadap profesion perguruan dan akhir sekali pastinya akan memberi impak kepada negara apabila sekelompok manusia yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa telah melakukan salah laku menyeleweng tugas mereka. Oleh yang demikian, sebagai penutup, setiap pihak perlu sentiasa peka dan cakna dengan isu ini.