pengenalan

2
Pengenalan Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah iaitu Kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah bimbingan dan kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor. Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat- matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkn akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini

Upload: mrkiwi88

Post on 03-Oct-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan

TRANSCRIPT

PengenalanSekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah iaitu Kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah bimbingan dan kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor.Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkn akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan. Sebagai seorang kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar didik mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Justeru itu kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh. Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal saya menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah menengah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai seorang kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.