pengeluaran kesihatan - · pdf filetarikh cetakan : v01/01/2017 5. ahli boleh membuat...

4
Tarikh Cetakan : V01/01/2017 PENGELUARAN KESIHATAN TUJUAN Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan KELAYAKAN MEMOHON 1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara 2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan 3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 SYARAT- SYARAT PENGELUARAN 1. Pengeluaran yang dibenarkan adalah untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal DAN / ATAU pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP sahaja Nota Sila rujuk senarai lengkap penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan di laman web KWSP atau Pejabat KWSP 2. Ahli keluarga yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini adalah seperti berikut : Suami / Isteri Anak / Anak Tiri / Anak Angkat Ibu Bapa / Ibu Bapa Mertua / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat Adik Beradik 3. Kos rawatan perubatan yang dibenarkan Kos rawatan perubatan meliputi semua kos yang dikenakan oleh pihak hospital / pusat rawatan yang berkaitan dengan rawatan pesakit berkenaan termasuk kos pembelian peralatan sokongan perubatan dibenarkan di dalam rawatan bagi penyakit yang diluluskan tersebut 4. Laporan Perubatan, Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Laporan perubatan, bil rawatan sebenar (final bill) dan resit rawatan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan Bil dan resit mesti atas nama pesakit atau pemohon

Upload: phamliem

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGELUARAN KESIHATAN - · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 5. Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

PENGELUARAN KESIHATAN

TUJUAN

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan

KELAYAKAN MEMOHON

1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

3. Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN

1. Pengeluaran yang dibenarkan adalah untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal DAN / ATAU

pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP sahaja

Nota

Sila rujuk senarai lengkap penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan di laman web KWSP atau

Pejabat KWSP

2. Ahli keluarga yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini adalah seperti berikut :

• Suami / Isteri

• Anak / Anak Tiri / Anak Angkat

• Ibu Bapa / Ibu Bapa Mertua / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat

• Adik Beradik

3. Kos rawatan perubatan yang dibenarkan

Kos rawatan perubatan meliputi semua kos yang dikenakan oleh pihak hospital / pusat rawatan yang berkaitan

dengan rawatan pesakit berkenaan termasuk kos pembelian peralatan sokongan perubatan dibenarkan di dalam

rawatan bagi penyakit yang diluluskan tersebut

4. Laporan Perubatan, Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran

• Laporan perubatan, bil rawatan sebenar (final bill) dan resit rawatan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh permohonan

dikemukakan

• Bil dan resit mesti atas nama pesakit atau pemohon

Page 2: PENGELUARAN KESIHATAN - · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 5. Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

5. Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan

pesakit tertakluk kepada kos rawatan perubatan

6. Ahli boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2 tertakluk kepada kos rawatan

perubatan

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :

• Pesakit menghidap penyakit selain daripada penyakit kritikal yang diluluskan

• Membeli peralatan bantuan kesihatan yang tidak diluluskan

• Kos perubatan ahli atau ahli keluarga dibiayai sepenuhnya oleh majikan ahli / majikan ahli keluarga yang dibenarkan

• Ahli mendapat rawatan kesuburan

• Ahli mendapat rawatan alternatif seperti akupuntur atau kaedah tradisional

AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN

1. Ahli boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang lebih rendah

• Semua simpanan Akaun 2 ATAU kos rawatan perubatan sebenar

2. Jika majikan hanya membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan, ahli boleh mengeluarkan jumlah

sebanyak :

• Baki kos rawatan perubatan yang tidak ditanggung oleh majikan tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 ahli

3. Bagi permohonan bersama amaun yang layak dikeluarkan ialah sebanyak berikut, mengikut mana yang lebih rendah,

tertakluk kepada kos rawatan perubatan sebenar :

• Jumlah yang dipohon ATAU simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU baki kos rawatan setelah ditolak

amaun pengeluaran pemohon terdahulu

KAEDAH BAYARAN

1. Bayaran Dalam Malaysia

Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-

• Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN

• Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank

• Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

• Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Bayaran pengeluaran kepada Institusi Perubatan Dalam Negara akan dibuat secara Cek Jurubank di atas nama IPDN

berkenaan

Page 3: PENGELUARAN KESIHATAN - · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 5. Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

2. Bayaran Luar Malaysia

Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-

• Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada

disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU

• Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada

dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen Utama

1. Borang Pengeluaran KWSP 9L (AHL)

2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang MyKad)

3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun bank

semasa membuat permohonan)

4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

DOKUMEN SOKONGAN

1. Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Kesihatan di laman web KWSP atau pejabat KWSP untuk semua

dokumen yang diperlukan

2. KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak permohonan yang tidak lengkap dan tidak

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

NOTA AMARAN

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,

pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu

tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta

KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

Page 4: PENGELUARAN KESIHATAN - · PDF fileTarikh Cetakan : V01/01/2017 5. Ahli boleh membuat pengeluaran bersama dengan ahli keluarga yang lain untuk membiayai kos rawatan perubatan pesakit

Tarikh Cetakan : V01/01/2017

PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-

Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

Pusat Pengurusan Perhubungan. Tel: 03-8922 6000

Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan

dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat

lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

AAAnnndddaaa KKKeeeuuutttaaammmaaaaaannn KKKaaammmiii