pengeluaran insulin badan dan khasiat asam gelugur

3
Kelab Diet Atkins © 1 Insulin, Penyebab Utama Peningkatan Berat Badan—Penemuan Asam Gelugur DIET RENDAH KARBOHIDRAT VS DIET RENDAH LEMAK Diet rendah karbohidrat vs diet rendah lemak secara umumnya boleh disimpulkan sebagai diet rendah insulin vs diet tinggi insulin. Banyak percubaan diet telah membuktikan yang diet tinggi protein dan diet stail-Atkins boleh dilakukan dengan jayanya untuk pengurangan berat dan pengekalan berat. Tambahan pula, diet rendah karbohidrat lebih berjaya dari diet rendah lemak dalam memberikan faedah kesihatan, kecuali jika perhatian teliti diberikan kepada diet berasaskan karbohidrat , khususnya kepada apa yang diistilahkan sebagai ‘muatan glisemik’ (glycemic load). Setelah berdekad lamanya bidang perubatan menolak untuk menguji hipotesis diet rendah karbohidrat, kini keadaan mula berubah. Para pengkaji membuat kesimpulan hasil kajian mereka baru-baru ini, “mengurangkan ‘muatan glisemik’ (glycemic load) mungkin sangat penting untuk mengurangkan berat badan bagi individu yang badannya mengeluarkan insulin pada tahap tinggi…” Para pengkaji yang lain lebih berterus-terang tentang kesimpulan ini setelah memerhati hasil percubaan jangka pendek bagi individu diabetik yang menjalankan diet rendah karbohidrat. “Apabila kami buang karbohidrat dari diet mereka, pesakit secara spontan mengurangkan pengambilan hingga 1, 000 kalori sehari. Walaupun mereka boleh kurangkan pengambilan kalori sebegitu walaupun tidak mengamalkan diet rendah karbohidrat, mereka tidak menggantikan karbohidrat yang dikurangkan dengan mengambil protein dan lemak, jadi mereka mula jemu dengan pilihan makanan yang ada." Dalam erti kata lain, walaupun apa sebenarnya yang menyebabkan epidemik obesiti pada masa kini (karbohidrat atau lemak) masih diperdebatkan, tidak diragukan lagi bahawa, insulin menyebabkan kegemukan dan pengambilan karbohidrat sangat mempengaruhi tahap pengeluaran insulin badan. Tahap insulin darah yang tinggi selepas makan makanan tinggi karbohidrat mengurangkan kebolehan badan untuk membakar ‘bahan api’ seperti lemak sebagai sumber tenaga dalam masa beberapa jam, menyebabkan individu lapar semula, makan secara berlebihan dan juga mengurangkan jumlah pembakaran kalori semulajadi badan. Sebagai contoh, respon peningkatan haba (satu proses metabolisme) untuk makanan sepatutnya melibatkan 10 peratus kalori yang dibakar untuk sehari ‘ditumpulkan’ oleh berat yang berlebihan. Makanan dengan ‘muatan glisemik’ yang rendah seperti sayuran tidak berkanji, *legume, dan buah, jika dibandingkan dengan makanan dengan ‘muatan glisemik’ tinggi seperti bijirin yang diperhalusi (refined grains), sayuran berkanji, jus buah dan gula-gula, hanya menyebabkan sedikit perubahan pada tahap insulin serum manakala yang terkemudian menyebabkan perubahan yang sangat besar. Diet rendah glisemik yang mengurangkan perubahan pada pengeluaran insulin bukan saja mengurangkan rasa lapar, mengurangkan peningkatan berat badan dan mengurangkan simpanan lemak perut, ia juga mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dan dalam masa yang sama memperbaiki tahap “kolesterol lipoprotein kepadatan tinggi baik” (HDL).

Upload: hazwan

Post on 03-Apr-2016

248 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

KELAB DIET ATKINS MALAYSIA

TRANSCRIPT

Page 1: Pengeluaran insulin badan dan khasiat asam gelugur

Kelab Diet Atkins ©

1

Insulin, Penyebab Utama Peningkatan Berat Badan—Penemuan Asam Gelugur

DIET RENDAH KARBOHIDRAT VS DIET RENDAH LEMAK

Diet rendah karbohidrat vs diet rendah lemak secara umumnya boleh disimpulkan sebagai diet rendah insulin vs diet tinggi insulin. Banyak percubaan diet telah membuktikan yang diet tinggi protein dan diet stail-Atkins boleh dilakukan dengan jayanya untuk pengurangan berat dan pengekalan berat. Tambahan pula, diet rendah karbohidrat lebih berjaya dari diet rendah lemak dalam memberikan faedah kesihatan, kecuali jika perhatian teliti diberikan kepada diet berasaskan karbohidrat , khususnya kepada apa yang diistilahkan sebagai ‘muatan glisemik’ (glycemic load).

Setelah berdekad lamanya bidang perubatan menolak untuk menguji hipotesis diet rendah karbohidrat, kini keadaan mula berubah. Para pengkaji membuat kesimpulan hasil kajian mereka baru-baru ini, “mengurangkan ‘muatan glisemik’ (glycemic load) mungkin sangat penting untuk mengurangkan berat badan bagi individu yang badannya mengeluarkan insulin pada tahap tinggi…”

Para pengkaji yang lain lebih berterus-terang tentang kesimpulan ini setelah memerhati hasil percubaan jangka pendek bagi individu diabetik yang menjalankan diet rendah karbohidrat. “Apabila kami buang karbohidrat dari diet mereka, pesakit secara spontan mengurangkan pengambilan hingga 1, 000 kalori sehari. Walaupun mereka boleh kurangkan pengambilan kalori sebegitu walaupun tidak mengamalkan diet rendah karbohidrat, mereka tidak menggantikan karbohidrat yang dikurangkan dengan mengambil protein dan lemak, jadi mereka mula jemu dengan pilihan makanan yang ada."

Dalam erti kata lain, walaupun apa sebenarnya yang menyebabkan epidemik obesiti pada masa kini (karbohidrat atau lemak) masih diperdebatkan, tidak diragukan lagi bahawa, insulin menyebabkan kegemukan dan pengambilan karbohidrat sangat mempengaruhi tahap pengeluaran insulin badan.

Tahap insulin darah yang tinggi selepas makan makanan tinggi karbohidrat mengurangkan kebolehan badan untuk membakar ‘bahan api’ seperti lemak sebagai sumber tenaga dalam masa beberapa jam, menyebabkan individu lapar semula, makan secara berlebihan dan juga mengurangkan jumlah pembakaran kalori semulajadi badan. Sebagai contoh, respon peningkatan haba (satu proses metabolisme) untuk makanan sepatutnya melibatkan 10 peratus kalori yang dibakar untuk sehari ‘ditumpulkan’ oleh berat yang berlebihan.

Makanan dengan ‘muatan glisemik’ yang rendah seperti sayuran tidak berkanji, *legume, dan buah, jika dibandingkan dengan makanan dengan ‘muatan glisemik’ tinggi seperti bijirin yang diperhalusi (refined grains), sayuran berkanji, jus buah dan gula-gula, hanya menyebabkan sedikit perubahan pada tahap insulin serum manakala yang terkemudian menyebabkan perubahan yang sangat besar. Diet rendah glisemik yang mengurangkan perubahan pada pengeluaran insulin bukan saja mengurangkan rasa lapar, mengurangkan peningkatan berat badan dan mengurangkan simpanan lemak perut, ia juga mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dan dalam masa yang sama memperbaiki tahap “kolesterol lipoprotein kepadatan tinggi baik” (HDL).

Page 2: Pengeluaran insulin badan dan khasiat asam gelugur

Kelab Diet Atkins ©

2

Hipotesis ini dibuat setelah kajian selama enam tahun dilaksanakan. Individu yang badannya mengeluarkan insulin tinggi menunjukkan pengurangan berat badan dan lemak perut yang paling tinggi berbanding dengan individu yang badannya mengeluarkan sedikit insulin. Individu yang badannya mengeluarkan insulin dengan tinggi tetapi mengamalkan diet rendah lemak menunjukkan prestasi yang buruk.

ASAM GELUGUR

Asam bermaksud masam. Asam Gelugur di Asia Tenggara ialah nama kepada satu buah masam yang digunakan untuk memperisakan makanan, dalam masakan dan sebagai ubatan herba. Salah satu sebab ia digunakan ialah untuk pengurangan berat badan.

Di Thailand dan Semenanjung Malaysia, spesis utama asam gelugur ialah Garcinia Atroviridis. Spesis lain dari keluarga yang sama juga digunakan untuk mengurangkan berat badan iaitu Garcinia Cambogia dan Garcinia Indica. Komposisi yang aktif dalam asam gelugur ialah asid, yang mempunyai nama kimia asid 1,2-dihydroxypropane-1,2,3-tricarboxylic.

Seperti mana-mana produk herba, khasiat ekstrak asam gelugur sangat bergantung dengan bagaimana cara ia disediakan. Asidnya mesti distabilkan dengan penambahan ion pH (asas atau alkali), seperti penambahan potasium, magnesium dan kalsium—menggunakan penstabil yang salah akan menyebabkan kurang atau tiada aktiviti. Jika hanya menggunakan potasium sebagai kation (cation), dan jika bahan direaksikan dengan betul, akan menghasilkan cecair, bukan serbuk, jadi ia akan menjadi produk komersil yang tidak berfaedah. Dalam kes asid yang diekstrak dari asam gelugur, menambah kalsium akan mengurangkan beberapa faedah yang diinginkan dan menghilangkan terus beberapa faedah yang lain.

Pada mesyuarat tahunan Kolej Nutrisi Amerika 2005, untuk pertama kali dilaporkan bahawa garam potasium-magnesium yang terdapat dalam asid asam gelugur, menggunakan model haiwan, menunjukkan penambahbaikan pengawalan gula darah, dalam masa yang sama mengurangkan hingga separuh tahap pengeluaran insulin.

Kajian yang sama menunjukkan yang garam ini memperbaiki penghilangan glukosa dalam darah secara dramatik, mengurangkan tekanan darah sistolik dan juga mengurangkan penyebab radang, termasuk protein reaktif-C dan alfa-faktor nekrosis tumor (TNF-alpha). Secara kontra, menggunakan garam potasium-magnesium jenis lain tidak menunjukkan sebarang kesan kepada pengeluaran insulin, pengawalan gula garah dan hanya menunjukkan sedikit kesan pada tekanan darah, walaupun ia sepuluh kali lebih aktif dari garam potasium-magnesium dari asid buah asam gelugur.

Ekstrak asam gelugur berulangkali dalam percubaan klinikal menunjukkan ia selamat digunakan untuk pengurangan berat badan dan mengurangkan selera makan. Apa yang menjadi halangan ialah untuk menggunakan teknik penyediaan bagi menghasilkan ekstrak yang stabil dan tepat bagi mengurangkan tahap insulin dengan dramatik dan dalam masa yang sama memperbaiki pengawalan gula darah.

KESIMPULAN

Diet-diet moden secara tipikal mengandungi karbohidrat diperhalusi (refined). Diet sebegini meningkatkan penyimpanan lemak yang dimakan dan kalori-kalori yang lain, dalam masa yang sama menghalang badan dari membakar lemak sedia ada dalam simpanan badan untuk tenaga. Mekanisme yang terlibat dalam diet tinggi karbohidrat alah pengeluaran insulin tinggi,

Page 3: Pengeluaran insulin badan dan khasiat asam gelugur

Kelab Diet Atkins ©

3

mengurangkan rasa kenyang, mengurangkan pengawalan selera makan dan menyebabkan pengurangan berat badan yang tidak efisien. Penyelesaiannya ialah, makanan rendah ‘muatan glisemik’ (ingat bahawa sayuran juga boleh menjadi sumber karbohidrat utama selain dari nasi, roti,etc), pengambilan protein yang lebih tinggi (tidak semestinya kesemua dari sumber haiwan) dan mungkin juga, esktrak dari buah Asia Tenggara: asam gelugur.

*Legume ialah buah kering yang terkandung dalam kulit yang boleh dibuka, misalnya peas, kacang, kacang tanah dan alfalfa.

Diterjemah dari: http://www.totalhealthmagazine.com/articles/weight-loss/insulin-the-real-cause-of-weight-gain-discovering-assam-gelugur.html