khasiat buahan

14
EPAL Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat. Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah. Membantu kesihatan membran paru-paru. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. Membantu mengekalkan berat badan Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Upload: cikguriza-riza

Post on 24-Jan-2016

67 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KHASIAT BUAHAN

TRANSCRIPT

Page 1: KHASIAT BUAHAN

EPAL

Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat. Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung

dan barah.

Membantu kesihatan membran paru-paru.

Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

Membantu mengekalkan berat badan

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.

Page 2: KHASIAT BUAHAN

Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

KISMIS

“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”-Imam Zuhdi.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

Khasiat :1. Menguatkan daya ingatan2. Mengubati penyakit lupa3. Mencerdaskan minda4. Memutuskan balgham5. Membersihkan hati6. Mencerahkan mata

Kegunaan Kismis:1. Melindungi hati.2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).3. Melawaskan pembuangan air besar.4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Page 3: KHASIAT BUAHAN

ANGGUR

Anggur juga mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.

Selain itu, khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata.

Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, yang dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida.

Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.

Antara lainnya, khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser.

Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak).

Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.

Page 4: KHASIAT BUAHAN

OREN

Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

PEAR

Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

PISANG KAKI

Page 5: KHASIAT BUAHAN

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan.

Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.

Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain.

Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. .

Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

MANGGA

Page 6: KHASIAT BUAHAN

Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.

Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.

Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah.

Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

KIWI

Page 7: KHASIAT BUAHAN

Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

PISANG

Page 8: KHASIAT BUAHAN

Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.

Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

TEMBIKAI

Page 9: KHASIAT BUAHAN

Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai galian bermutu tinggi dalam perubatan.

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.

Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

BETIK

Page 10: KHASIAT BUAHAN

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae.

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.

Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.

Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

CIKU

Page 11: KHASIAT BUAHAN

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan.

Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air.

Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir.

Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku.

Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam.

Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

BELIMBING

Page 12: KHASIAT BUAHAN

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak.

Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus.

Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi.

Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.

Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.