pengaruh pengetahuan pedagogi dan …merr.utm.my/1218/1/pages from medc10_edited(15.08.12).pdf ·...

12
1 Pengaruh Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran Ekonomi Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad dan Shukri Zain Universiti Malaysia Sabah E-mel : [email protected] atau [email protected] Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengetahuan pedagogi dan kandungan terhadap efikasi guru Ekonomi dalam proses pengajaran. Maklum balas diambil dari para dua kumpulan responden yang terdiri daripada 536 orang pelajar tingkatan enam dan 107 orang guru Ekonomi mewakili seluruh negeri Sabah yang telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Dua set soal selidik berlainan telah digunakan dalam kajian ini iaitu set 1 untuk pelajar dan set 2 adalah untuk guru. Item soal selidik yang digunakan, dibangunkan sendiri oleh penyelidik berasaskan teori PCK Shulman (1986), teori Bandura (1977) dan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan. Analisis statistik inferensi iaitu ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk menguji hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 16 digunakan untuk menganalisis data. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara variabel yang terlibat. Set ujian regresi berganda turut menunjukkan terdapatnya pengaruh variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Kajian mendapati pengetahuan kandungan = .559, p<.05) menyumbang pengaruh yang lebih dominan berbanding dengan pengetahuan pedagogi = .196, p<.05) terhadap efikasi kendiri guru. Selaras dengan dapatan ini satu program terancang dengan tumpuan utama terhadap meningkatkan penguasaan kandungan guru Ekonomi perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar Ekonomi di Sabah. Secara keseluruhannya dapatan ini amat bertepatan dan menyokong kerangka kajian yang digunakan. Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan, Effikasi Kendiri Guru Abstract : The purpose of this study was to identify the contribution of knowledge on pedagogy and content knowledge towards teachersself efficacy in teaching Economics. The responses were randomly gathered from two groups of respondents which consisted of 536 students and 107 Economics teachers representing all the schools in Sabah. The study adopted a survey-based non experimental quantitative research design. Two sets of questionnaires were used: Set 1 for students and set 2 for teachers. Items of the questionnaires used in this study were developed by the researcher based on Shulman‟s PCK theor y (1986), Bandura‟s Theory (1977) and other related teaching theories. Inferential statistics such as t-test, one way ANOVA, Pearson correlation and multiple regression were applied to test the formulated null research hypothesis at a significant level of p <.05. The data were analyzed using the SPSS software version 16 and AMOS version 16. The Pearson correlation (r) result showed that there was a significant positive correlation among the variables involved. Furthermore, the results of the multiple regression test showed that the independent variables had an effect on the focused dependent variable. The findings of multiple regression showed that content knowledge (β=.559, p<.05) demonstrated dominant contributions towards teacher‟s self efficacy as compared to pedagogical knowledge (β=.196, p<.05). In line with the findings of this study, a comprehensive and well planned program focusing on content knowledge should be developed by the related authority in order to enhance and increase the level of teacher‟s self efficacy as well as students‟ achievements in Economics. In conclusion, the research findings appear to be accurate and supported the conceptual framework used in this study. Keywords: Pedagogical Knowledge, Content Knowledge, Teacher’s Self Efficacy

Upload: truongnhan

Post on 28-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

1

Pengaruh Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran

Ekonomi

Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad dan Shukri Zain

Universiti Malaysia Sabah

E-mel : [email protected] atau [email protected]

Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pengetahuan pedagogi dan kandungan

terhadap efikasi guru Ekonomi dalam proses pengajaran. Maklum balas diambil dari para dua kumpulan

responden yang terdiri daripada 536 orang pelajar tingkatan enam dan 107 orang guru Ekonomi mewakili

seluruh negeri Sabah yang telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Kajian ini

adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab

objektif kajian. Dua set soal selidik berlainan telah digunakan dalam kajian ini iaitu set 1 untuk pelajar dan

set 2 adalah untuk guru. Item soal selidik yang digunakan, dibangunkan sendiri oleh penyelidik berasaskan

teori PCK Shulman (1986), teori Bandura (1977) dan beberapa teori pembelajaran yang berkaitan. Analisis

statistik inferensi iaitu ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai digunakan untuk

menguji hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program Perisian SPSS versi 16 digunakan untuk

menganalisis data. Keputusan ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan

signifikan antara variabel yang terlibat. Set ujian regresi berganda turut menunjukkan terdapatnya pengaruh

variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Kajian mendapati pengetahuan kandungan (β

= .559, p<.05) menyumbang pengaruh yang lebih dominan berbanding dengan pengetahuan pedagogi (β

= .196, p<.05) terhadap efikasi kendiri guru. Selaras dengan dapatan ini satu program terancang dengan

tumpuan utama terhadap meningkatkan penguasaan kandungan guru Ekonomi perlu diambil perhatian oleh

pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar Ekonomi di Sabah. Secara

keseluruhannya dapatan ini amat bertepatan dan menyokong kerangka kajian yang digunakan.

Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi, Pengetahuan Kandungan, Effikasi Kendiri Guru

Abstract : The purpose of this study was to identify the contribution of knowledge on pedagogy and

content knowledge towards teachers‟ self efficacy in teaching Economics. The responses were randomly

gathered from two groups of respondents which consisted of 536 students and 107 Economics teachers

representing all the schools in Sabah. The study adopted a survey-based non experimental quantitative

research design. Two sets of questionnaires were used: Set 1 for students and set 2 for teachers. Items of

the questionnaires used in this study were developed by the researcher based on Shulman‟s PCK theory

(1986), Bandura‟s Theory (1977) and other related teaching theories. Inferential statistics such as t-test,

one way ANOVA, Pearson correlation and multiple regression were applied to test the formulated null

research hypothesis at a significant level of p <.05. The data were analyzed using the SPSS software

version 16 and AMOS version 16. The Pearson correlation (r) result showed that there was a significant

positive correlation among the variables involved. Furthermore, the results of the multiple regression test

showed that the independent variables had an effect on the focused dependent variable. The findings of

multiple regression showed that content knowledge (β=.559, p<.05) demonstrated dominant contributions

towards teacher‟s self efficacy as compared to pedagogical knowledge (β=.196, p<.05). In line with the

findings of this study, a comprehensive and well planned program focusing on content knowledge should

be developed by the related authority in order to enhance and increase the level of teacher‟s self efficacy as

well as students‟ achievements in Economics. In conclusion, the research findings appear to be accurate

and supported the conceptual framework used in this study.

Keywords: Pedagogical Knowledge, Content Knowledge, Teacher’s Self Efficacy

Page 2: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

2

PENGENALAN

Mata Pelajaran Ekonomi merupakan salah satu subjek yang mula diajar pada peringkat sekolah menengah

di kebanyakan negara di seluruh dunia. Mata pelajaran ini dikendalikan dalam pelbagai peringkat dan diuji

mengikut keperluan semasa. Kurikulumnya turut mengutamakan nilai pembangunan modal insan dan

kerjaya para pelajar (Jephcote, 2004). Pendedahan kepada mata pelajaran ini sangat penting pada peringkat

sekolah menengah walaupun lanjutan secara mendalam biasanya akan dilaksanakan di peringkat yang lebih

tinggi iaitu di kolej atau universiti kelak. Kenyataan ini disokong oleh kajian (Caropreso dan Haggerty,

2000) yang mendapati masa yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman dan memberi pendedahan

kepada pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi adalah pada peringkat sekolah menengah. Walau

bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Ekonomi banyak dipengaruhi

kompetensi guru yang terlibat dari aspek pendidikan dan latihan yang dijalani guru dalam memberikan

input kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, kemampuan guru Ekonomi dalam mengendalikan subjek

mereka dari aspek pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan yang mantap, kaedah dan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan tahap penerimaan pelajar amatlah dituntut.

Justeru, perhatian yang lebih serius juga perlu diberikan terhadap guru Ekonomi supaya kehadiran mereka

dapat dimanfaatkan bukan setakat sebagai guru pelengkap terhadap mata pelajaran yang lain sahaja.

Peranan guru Ekonomi seharusnya lebih jauh daripada setakat berkebolehan menyampaikan maklumat

daripada buku kepada pelajar. Dalam latihan perguruan yang dikuti kebanyakan guru Ekonomi di Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengajaran dan

pembelajaran telah didedahkan kepada mereka supaya kualiti pengajaran dan pembelajaran dan profesion

keguruan terjamin. Kenyataan ini turut disokong oleh Shulman dalam kajiannya yang telah

memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi sebagai pengetahuan yang kompleks merangkumi pengetahuan isi

kandungan, kepercayaan, dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan menyampaikan pengetahuan isi

kandungan dengan berkesan (Shulman, 1987).

LATAR BELAKANG KAJIAN

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan, di samping itu mereka adalah kelompok masyarakat yang

dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya.

Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang profesionnya. Mengikut

Atan Long (1984), guru turut berperanan sebagai pengurus dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah. Proses pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan perancangan,

mengoperasi, kepemimpinan, penyelarasan, dan kawalan. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan

perancangan harian, mingguan, dan tahunan agar kurikulum dapat diorganisasikan dengan jelas dan lancar

agar dapat diikuti pelajar.

Dalam memenuhi aspirasi seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini haruslah menyedari

tugas dan amanah yang amat penting telah diserahkan kepada mereka untuk mendidik generasi yang akan

dewasa nanti (Sharil, 2003). Perubahan yang dinamik dalam kurikulum dan kokurikulum sistem

pendidikan masa kini yang selaras dengan keperluan semasa menuntut para guru peka dalam mereformasi

diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu

pengetahuan pedagogi dan kemahiran mengajar yang canggih serta pengetahuan dalam dalam bidang ilmu

yang diceburi, demi mempertingkatkan tahap efikasi kendiri sekali gus berkeupayaan dan berprestasi tinggi

dalam mengharungi bidang kerja perguruan yang kian mencabar.

Tahap efikasi kendiri guru yang tinggi dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas sangat penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar (Abdul Rahim et al., 2000). Bermula dari set

induksi pengajaran, diikuti dengan bagaimanakah pelajar dapat disediakan untuk memulakan pembelajaran?

Page 3: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

3

Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan relevan dengan topik yang dibincangkan? Adakah

kandungan set induksi mengarah ke arah membina pengetahuan yang berkait dengan isi pelajaran yang

dibincangkan? Adakah pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan topik yang disampaikan? Semua

soalan di atas sangat mustahak diambil perhatian oleh pihak guru dalam memulakan proses pengajaran dan

pembelajaran mereka.

Seterusnya fasa yang kedua iaitu peringkat pengembangan isi pelajaran. Fasa ini adalah fasa yang paling

utama dan lazimnya akan memerlukan tempoh yang lebih panjang berbanding fasa lain. Dalam fasa ini

beberapa perkara yang sangat penting diberi perhatian oleh guru khususnya dari aspek tempoh, kuantiti,

dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap penyertaan pelajar,

penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dan mencukupi, ketepatan fakta dan konsep yang diajar,

aktiviti pengembangan isi yang sesuai, intonasi suara, teknik penyoalan, disiplin dan kawalan kelas,

penggunaan bahan bantu mengajar, proses penilaian dan peneguhan dan sebagainya. Penguasaan guru pada

fasa ini dapat menggambarkan tahap efikasi kendiri guru dari aspek kekuatan dan kualiti pengajaran

mereka. Tinjauan yang telah dijalankan membuktikan kebanyakan guru agak lemah dan perlu memberi

perhatian dalam fasa ini khususnya untuk membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar. Kenyataan

ini turut disokong oleh Abdullah dan Ainon (2006) yang menyatakan kebanyakan guru menghadapi

masalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan berkesan disebabkan penguasaan mereka

yang cetek terhadap subjek yang diajar.

Manakala fasa yang ketiga ialah aktiviti penutupan. Menurut Abdul Rahim et al, (2000) langkah penutupan

pada asasnya merupakan penggulungan kepada keseluruhan pengajaran guru yang dijalankan pada hari

berkenaan. Oleh yang demikian, penutupan haruslah sumatif dan ringkas sifatnya. Berikut adalah beberapa

contoh aktiviti yang boleh dilakukan. Pertama, guru seharusnya bijak membuat penggulungan isi pelajaran

yang telah disampaikan dari mula sesi pengajaran dan pembelajaran sehingga sesi penutupan dalam masa

yang sama guru juga perlu membuat kesimpulan terhadap kandungan pelajaran yang telah disampaikan.

Proses ini sangat membantu pelajar dalam mengenal pasti isi penting pengajaran yang diberikan oleh guru.

Langkah kedua guru seharusnya bijak dalam meringkaskan kandungan pengajaran dengan membuat nota

ringkas, termasuk menulis catatan, minit atau laporan yang mudah difahami oleh pelajar.

Langkah ketiga pula dalam aktiviti penutupan yang baik guru boleh melakukan aktiviti pengukuhan,

pemilihan, dan pengayaan dengan melibatkan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Kaedah ini

membantu pelajar menghayati isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan lebih baik dan berkesan.

Manakala langkah keempat pula, guru boleh meminta pelajar menyempurnakan tugasan yang berkaitan

dengan isi pelajaran yang telah diajar dalam kelas termasuk kerja rumah atau penyempurnaan projek

sambil meminta pelajar mengulang kaji pelajaran yang telah disampaikan dengan mencadangkan buku teks

atau rujukan yang bersesuaian. Langkah seterusnya, untuk pelajar peringkat yang lebih matang, guru

seharusnya bijak mengajak pelajar dalam mengaplikasikan teori atau konsep yang dipelajari dalam

kehidupan seharian mereka termasuklah antaranya menulis esei, membuat model, mencipta, melanjutkan

penghuraian, dan menyelidik fakta yang berkaitan.

Selain itu, dalam sesi penutupan guru juga boleh membimbing pelajar untuk membuat hipotesis termasuk

menulis nota, mencipta topik dan sub-topik yang berkaitan di samping melakukan aktiviti asimilasi dengan

melihat pertalian isi pelajaran semasa yang diajar dengan pelajaran akan datang.

Penguasaan guru terhadap ketiga-tiga fasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk sebarang mata

pelajaran yang diajar seperti yang dinyatakan adalah amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran yang

disampaikan kepada pelajar. Namun, kajian ini memberi fokus kepada ketiga fasa dalam proses pengajaran

dan pembelajaran bagi mata pelajaran Ekonomi khususnya dalam pembinaan item dalam instrumen yang

akan digunakan dalam kajian ini.

Page 4: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

4

Daripada tinjauan literatur yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak banyak kajian yang telah dijalankan

dalam meningkatkan mutu pengajaran mata pelajaran Ekonomi pada peringkat sekolah menengah.

Akibatnya kebanyakan guru Ekonomi hari ini masih terikat dengan pendekatan pengajaran yang bersifat

tradisional “ chalk and talk”. (Becker dan Watts, 2001; Benzing dan Christ, 1997; Siegfried et al., 1996).

Selain daripada itu keluhan pihak luar yang terdiri daripada pihak industri, sektor awam, dan swasta

terhadap kualiti pelajar yang keluar daripada sekolah dan pusat pengajian tinggi didapati masih lemah

dalam menguasai bidang yang dipelajari, kurang mahir dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan

tidak mampu berkomunikasi dengan cekap, turut memberi impak yang signifikan dalam usaha guru

menyampaikan kandungan isi pelajaran dalam meningkatkan kefahaman pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk cuba mengenal pasti variabel pengetahuan pedagogi dan

penguasaan kandungan pengaruhnya terhadap tahap efikasi kendiri guru mata pelajaran Ekonomi yang

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan memberi fokus terhadap

mata pelajaran Ekonomi dalam kalangan pelajar tingkatan enam di seluruh negeri Sabah.

SOROTAN KAJIAN

Pelbagai maklumat berkaitan dengan pengetahuan pedagogi dan kandungan para guru khususnya bagi mata

pelajaran Ekonomi digunakan untuk menyokong kajian yang dibuat. Isu yang dikemukakan pada kajian

yang lepas turut dihurai dan diperbincangkan untuk memantapkan lagi output kajian yang dijalankan

Pengetahuan Pedagogi

Pedagogi secara literalnya bermaksud seni dan ilmu pengetahuan tentang mendidik anak-anak dan sering

digunakan sebagai sebuah sinonim untuk suatu pengajaran. Secara lebih tepatnya, pedagogi mewujudkan

pendidikan yang berfokuskan guru. Dalam suatu pendekatan model pedagogi, guru memikul tanggung

jawab untuk membuat keputusan tentang apa yang akan dipelajari, dan bagaimana ia akan dipelajari, dan

bila ia akan dipelajari. Guru yang mengarahkan pembelajaran. Guru yang hebat pada zaman kuno, bermula

dari dekad Confusius hinggalah Plato tidak mendedahkan teknik mengajar yang bersifat autoritarian

tersebut. Perbezaan yang ada antara apa yang diketahui daripada gaya guru yang baik dan hebat, namun

mereka masih memandang pembelajaran sebagai satu proses daripada pencapaian yang aktif dan bukan

suatu penerimaan secara pasif daripada kalangan pelajar. Dengan mempertimbangkan hal ini, didapati

suatu hal yang mengejutkan bahawa pembelajaran yang berfokuskan pada guru menjadi sesuatu yang

mendominasi pendidikan. Walau bagaimanapun, satu penjelasan bagi pendekatan yang berfokuskan guru

mengembalikan kita ke era Calvinist yang percaya bahawa kebijaksanaan adalah sesuatu yang jahat.

Mereka mendampingi atau mendukung para ilmuwan untuk mengarahkan, mengawal dan seterusnya

mengakibatkan pembelajaran anak-anak mereka tetap tidak berkembang (Mackinnon dan Scarff-Seatter,

1997).

Menurut Norhasliza (2008), pengetahuan pedagogi ialah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang

guru berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pedagogi dengan isi kandungan sesuatu disiplin atau apa

yang perlu diajar. Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi

kandungan. Pengetahuan pedagogi guru memainkan peranan yang penting sebab ia menyepadukan isi

kandungan dan pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah dan isu

pengajaran diorganisasikan, diwakili, dan diadaptasikan berdasarkan pelbagai minat dan kebolehan pelajar.

Page 5: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

5

Kejayaan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dipengaruhi oleh pendidikan dan latihan yang dialami

guru. Justeru, perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan yang jelas antara guru terlatih dengan guru tidak

terlatih. Peranan guru terlatih haruslah jauh daripada setakat berkebolehan menyampaikan maklumat

daripada buku kepada pelajar. Dalam latihan perguruan, pelbagai pengetahuan dan kemahiran perlu

dikuasai guru pelatih supaya kualiti profesion perguruan mereka terjamin. Pada 1986, Shulman telah

memperkenalkan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) sebagai pengetahuan yang kompleks

merangkumi pengetahuan isi kandungan, kepercayaan, dan kemahiran pedagogi iaitu pendekatan

menyampaikan pengetahuan isi kandungan dengan berkesan (Shulman, 1987).

Pengetahuan pedagogi guru telah digunakan untuk menilai atau menentukan pengetahuan asas guru yang

membezakan guru daripada seorang pakar bidang pengetahuan yang tidak mengajar (Abdul Rahim et al,

2000). Menurut Shulman, seorang guru mempunyai kebolehan untuk mengubah pengetahuan isi

kandungan yang dimilikinya kepada suatu bentuk yang lebih sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan

latar belakang dan kebolehan pelajarnya. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan pedagogi kandungan

guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi sahaja tetapi

juga bergantung kepada pengetahuan guru tentang latar belakang pelajarnya. Dalam erti kata lain, dua

elemen penting dalam pengetahuan pedagogi guru ialah pengetahuan tentang cara bagaimana isi pelajaran

boleh disampaikan kepada pelajar dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang dihadapi

oleh pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut.

Pengetahuan Kandungan

Dalam konteks kajian ini, penguasaan kandungan (content knowledge) boleh dimaksudkan sebagai

pengetahuan kandungan mata pelajaran (subject matter content knowledge) dan pengetahuan kandungan

pedagogi (pedagogical content knowledge) yang seharusnya dimiliki oleh seorang guru yang terlatih dalam

bidang masing-masing. Berbekalkan dengan penguasaan berkenaan, guru tersebut dapat melaksanakan

tugas mereka dengan lebih licin dan berkesan.

Penyelidikan tentang pengetahuan kandungan guru menunjukkan bahawa pengetahuan kandungan mata

pelajaran mempengaruhi amalan pengajaran di bilik darjah (Brophy, 2001). Tanpa asas pengetahuan yang

mencukupi dalam sesuatu bidang mata pelajaran, guru tidak dapat mengajar dengan berkesan (Grossman et

al., 1999). Pengetahuan kandungan mata pelajaran sesungguhnya merupakan syarat yang pertama tetapi

tidak mencukupi untuk pengajaran yang berkesan (Gartner dan Tobin, 2001:12).

Di samping asas pengetahuan kandungan yang mencukupi, pengajaran yang berkesan juga memerlukan

guru menyampaikan pengetahuan tersebut dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid. Dengan erti kata

lain, guru seharusnya menguasai pengetahuan kandungan (McDiarmid et al., 2004). Dalam kajian Smith

dan Neale (2003), didapati bahawa bukan semua guru Sains dapat menjelmakan pengetahuan kandungan

mata pelajaran kepada pengetahuan kandungan pedagogi semasa mengajar. Kajian ini juga menunjukkan

bahawa seseorang guru yang berkesan dijangka akan menjelmakan pengetahuan kandungan mata pelajaran

kepada pedagogi semasa mengajar. Kajian ini turut menunjukkan bahawa seseorang guru yang berkesan

dijangka dapat menjelmakan pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada pengetahuan kandungan

pedagogi agar beliau dapat membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan keperluan kurikulum mata

pelajaran yang diajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian Howard

(1987), Greeno (1997) dan Leinhardt (2003), seseorang guru seharusnya mempunyai struktur pengetahuan

kandungan yang berkembang dengan baik untuk membolehkan beliau mengajar dengan fleksibiliti dan

maksimum menerusi usaha yang minimum.

Page 6: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

6

Laporan Gee dan Carrie.J (2006), yang bertajuk „Preservice Elementary Teachers: Their Science Content

Knowledge , Pedagogical Knowledge and Pedagogical Content Knowledge‟, mendapati bahawa guru

pelatih mempunyai interpretasi sendiri terhadap sifat „interdisciplinary‟ dalam mata pelajaran Sains.

Mereka mengetahui pendekatan inkuiri tanpa selalu mengamalkannya. Guru pelatih yang dikaji juga

mengaku bahawa mereka tidak tahu dan tidak memahami keseluruhan kandungan yang mereka akan ajar di

sekolah rendah kelak. Kajian juga mendapati bahawa hanya segelintir guru yang sering mengamalkan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dalam mata pelajaran Sains. Salah satu rumusan

penting berkenaan dengan pengetahuan pedagogi yang diperoleh melalui kajian ini ialah penilaian kertas

dan pensel tidak mencukupi untuk menjangka situasi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik

darjah. Kajian tersebut bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi

dan pengetahuan kandungan pedagogi dalam kalangan guru pelatih yang berpengkhususan Sains di Indiana

University dan seterusnya menilai keberkesanan program latihan perguruan yang baru diperkenalkan di

universiti tersebut.

Shulman (1986), menegaskan bahawa penyelidikan yang bertujuan untuk mengkaji pengaruh pengetahuan

kandungan mata pelajaran (subject matter content knowledge) terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan suatu program yang diabaikan (missing program) dalam bidang penyelidikan

pendidikan. Dengan itu, kajian ini akan meninjau kajian yang pernah dijalankan bagi mengkaji pengaruh

pengetahuan kandungan guru Ekonomi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Ekonomi dalam bilik darjah.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Ekonomi, pengetahuan kandungan mata pelajaran merujuk

kepada pengetahuan tentang konsep Ekonomi dan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif) yang terkandung dalam sukatan pelajaran Ekonomi sekolah menengah manakala

pengetahuan kandungan pedagogi pula merujuk kepada pengetahuan dan penghayatan tentang strategi

pengajaran dan pembelajaran Ekonomi yang berasaskan Model yang bersesuaian dengan mata pelajaran

yang dikendalikan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian deskriptif secara tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti secara

menyeluruh sumbangan dan korelasi variabel pengetahuan pedagogi dan kandungan serta daya kreativiti

dan inovatif guru terlibat terhadap tahap efikasi kendiri guru dalam pengajaran mata pelajaran Ekonomi di

Sabah. Instrumen kajian ini dibina berasaskan instrumen kajian yang pernah dijalankan dalam bidang

berkenaan dan diubah suai oleh pengkaji berdasarkan objektif dan soalan kajian yang akan ditentukan.

Gay (2003), menyatakan bahawa kajian deskriptif melibatkan pengumpulan data dalam usaha untuk

menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang

dikaji. Manakala Best dan Kahn (1998), pula mengakui bahawa kajian deskriptif dapat menerang dan

menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Penggunaan kajian ini juga boleh menjelaskan keadaan atau

perhubungan, pendapat pada proses yang berlaku, keberkesanan dan corak yang dibangunkan.

Kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan telah dilakukan kerana kaedah ini merupakan cara yang

berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat (Fowler, 2002). Bersesuaian dengan pendapat

Kerlinger (1986), menyatakan bahawa data yang didapati melalui kaedah tinjauan lazimnya tepat, dalam

lingkungan “sampling error”, jika faktor kebolehpercayaan ke aras .80 ke atas. Manakala Fullan (1991),

pula menyatakan bahawa terdapat banyak kelebihan mengenai penggunaan kaedah tinjauan ini. Antara

kelebihannya ialah ia amat berguna untuk mengukur pendapat, sikap dan tingkah laku. Wiersma (1991),

menyatakan bahawa soal selidik boleh digunakan untuk mengukur sikap atau pendapat dengan apa jua

jumlah variabel dan dalam keadaan yang semula jadi. Data kajian dikumpul dari sekolah terpilih yang

Page 7: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

7

menawarkan mata pelajaran Ekonomi bagi tingkatan enam atas pada tahun semasa kajian dijalankan.

Borang soal selidik yang digunakan sebagai instrumen utama dalam kajian ini diedarkan sendiri oleh

penyelidik kepada pelajar tingkatan enam di sekolah yang terpilih. Manakala data daripada tenaga pengajar

atau guru Ekonomi yang terpilih juga di kumpul oleh penyelidik secara terus dengan mengedarkan soal

selidik yang berkenaan kepada guru mata pelajaran Ekonomi di lokasi kajian yang akan dijalankan.

Dalam konteks kajian ini, peranan dan keberkesanan guru mata pelajaran Ekonomi dalam mengendalikan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah diberi tumpuan serius khususnya dari sudut

pengetahuan pedagogi dan penguasaan kandungan guru. Adalah dijangkakan terdapat pertalian yang kuat

dan signifikan antara variabel yang dipilih dengan tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran

Ekonomi seterusnya situasi ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi pencapaian mata pelajaran

Ekonomi pelajar dalam peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM).

Kerangka konseptual kajian Rajah 1 yang dibina menggambarkan hubungan antara variabel bebas dengan

variabel bersandar yang dipilih. Para pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran Ekonomi dan

guru mata pelajaran Ekonomi di seluruh Sabah dijadikan sebagai responden utama dengan melihat persepsi

pelajar dan guru terhadap sumbangan yang dimainkan oleh variabel bebas yang dipilih dalam

meningkatkan efikasi kendiri guru Ekonomi seterusnya membantu meningkatkan tahap penguasaan dan

kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi.

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian Pengaruh Pengetahuan Pedagogi, Kandungan, Terhadap

Efikasi Kendiri Guru dalam Pengajaran Ekonomi

Efikasi

Kendiri Guru

Keyakinan

Pengalaman

Pengetahuan

Pengetahuan

Konten

Pengetahuan

Pedagogi

Set Induksi

Pengembangan Isi

Sesi Penutup

Page 8: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

8

DAPATAN KAJIAN

Ujian Korelasi Pearson juga digunakan untuk melihat kekuatan korelasi dan hubungan arah antara kedua-

dua variabel yang berkaitan. Nilai Kekuatan pekali korelasi arah variabel yang diuji ditunjukkan dalam

Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Korelasi Variabel Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan dengan Efikasi

Kendiri Guru Mengikut Persepsi Pelajar (N=536)

Pengetahuan Pedagogi dan

Kandungan

Efikasi Kendiri

Guru

Pengetahuan

Pedagogi

Korelasi Pearson (2-hujung)

.651(**)

.001

Pengetahuan Kandungan Korelasi Pearson (2-hujung)

.718(**)

.002

N = 536

** Aras signifikan : p< 0.01 (2-hujung)

Berdasarkan Jadual 1, keputusan kajian dalam kalangan pelajar menunjukkan bahawa terdapat hubungan

yang positif dan signifikan antara pengetahuan pedagogi dengan efikasi kendiri guru Ekonomi dalam masa

yang sama Jadual 1 juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan

kandungan dengan efikasi kendiri guru (r =.718, p<.05). Kekuatan hubungan kedua-dua variabel juga

didapati kuat seperti yang dinyatakan dalam Jadual (r =.651, p<.05).

Jadual 2: Korelasi Variabel Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan dengan Efikasi

Kendiri Guru Mengikut Persepsi Guru (N=107)

Pengetahuan

Pedagogi dan

Kandungan Efikasi Kendiri Guru

Pengetahuan

Pedagogi

Korelasi Pearson (2-hujung)

.679(**)

.001

Pengetahuan

Kandungan

Korelasi Pearson (2-hujung)

.731(**)

.001

N = 107

** Aras signifikan : p< 0.01 (2-hujung)

Keputusan kajian dalam Jadual 2, yang diperoleh daripada kalangan guru juga menunjukkan bahawa

terdapat hubungan positif dan signifikan antara pengetahuan pedagogi dan efikasi kendiri guru Ekonomi

(r=.679, p<.05) dan kekuatan hubungan antara dimensi pengetahuan pedagogi dan efikasi kendiri Guru

Ekonomi adalah kuat. Begitu juga keputusan kajian mendapati hubungan pengetahuan kandungan dengan

efikasi kendiri Guru Ekonomi (r=.731, p<.05) menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan

Oleh yang demikian, hipotesis nul yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

pengetahuan pedagogi dan kandungan dengan efikasi guru Ekonomi adalah ditolak.

Page 9: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

9

Analisis Statistik Ujian Regresi Pelbagai

Ujian regresi pelbagai dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sumbangan variabel

bebas terhadap variabel bersandar (Chua, 2006; Mokthar, 1994; Coakes et al,. 2010). Dalam kajian ini,

analisis regresi berganda dilakukan bagi meramal pengaruh beberapa variabel bebas (peramal) terhadap

variabel bersandar (kriteria).

Jadual 3: Pekali Regresi Berganda Stepwise Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan

Terhadap Efikasi Kendiri Guru Mengikut Persepsi Pelajar (N=536)

Variabel β t p

Pengetahuan Pedagogi .196 3.819 .003

Pengetahuan Kandungan .559 10.919 .001

Maklumat :

* p<.05

R² = .516 (Pengetahuan Kandungan)

AR² = .515

F = 569.490

P = .001

* p<.05

R² = .529 (Pengetahuan Pedagogi)

AR² = .527

F = 299.283

P = .003

Berdasarkan Jadual 3 di atas, variabel kriteria dalam kajian ini adalah efikasi kendiri guru, manakala

variabel peramal pula adalah dimensi pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan. Keputusan

dalam jadual ini menjelaskan peramal pengetahuan kandungan (β = .56, t (536) = 10.919, p<.05) dan

pengetahuan pedagogi (β = .20, t (536) = 3.819, p<.05) adalah menyumbang secara signifikan terhadap

efikasi kendiri guru bagi keseluruhan responden dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian mendapati

dimensi pengetahuan kandungan adalah peramal yang dominan berbanding pengetahuan pedagogi dengan

menyumbang sebanyak 51.6% (r=.559) perubahan varians dengan efikasi kendiri guru Ekonomi [F(1,534)

= 569.490, p<.05].

Begitu juga dengan dapatan kajian dalam kalangan guru yang terlibat, Keputusan dalam Jadual 4,

menjelaskan peramal pengetahuan kandungan (β = .37, t (107) = 4.443, p<.05) dan pengetahuan pedagogi

(β = .47, t (107) = 5.579, p<.05) adalah menyumbang secara signifikan terhadap efikasi kendiri guru bagi

keseluruhan responden dalam kalangan guru. Dapatan kajian mendapati dimensi pengetahuan pedagogi

adalah peramal yang dominan berbanding pengetahuan kandungan dengan menyumbang sebanyak 49.9%

(r=.466) perubahan varians dalam efikasi kendiri guru Ekonomi [F(1,105) =104.386, p<.05]. Kombinasi

antara kedua-dua variabel peramal dimensi pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan. Namun

keputusan kajian merekodkan bahawa sumbangan pengetahuan kandungan guru lebih dominan berbanding

pengetahuan pedagogi guru terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi.

Page 10: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

10

Jadual 4: Pekali Regresi Berganda Stepwise Pengetahuan Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan

Terhadap Efikasi Kendiri Guru Mengikut Persepsi Guru (N=107)

Variabel β t p

Pengetahuan Pedagogi .371 5.579 .003

Pengetahuan Kandungan .466 4.443 .001

Maklumat :

* p<.05

R² = .579 (Pengetahuan Kandungan)

AR² = .570

F = 71.381

P = .001

* p<.05

R² = .499 (Pengetahuan Pedagogi)

AR² = .494

F = 104.386

P = .003

Oleh sebab itu, hipotesis nul yang menyatakan bahawa tidak terdapat sumbangan yang signifikan antara

variabel pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan terhadap efikasi kendiri guru Ekonomi

mengikut responden dalam kalangan pelajar secara keseluruhannya adalah ditolak. Keputusan kajian

mendapati kedua-dua variabel adalah penyumbang yang baik terhadap efikasi kendiri guru.

PERBINCANGAN

Penemuan dalam kajian ini membawa beberapa implikasi yang bermakna, khususnya kepada pihak yang

berkuasa seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara langsung atau sebaliknya dalam sebarang aktiviti

penyelidikan pendidikan lanjutan. Dalam pada itu, penemuan kajian juga mampu memberi manfaat kepada

semua pihak yang terlibat dalam perkhidmatan pendidikan khususnya para guru. Selain itu dapatan kajian

juga boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji lain yang berminat untuk menyebarluaskan isu yang berkaitan

dalam usaha meneruskan kesinambungan kajian yang telah dilaksanakan.

Penemuan kajian ini sebenarnya mampu menambah khazanah ilmu pengetahuan berkaitan pengajaran dan

pembelajaran Ekonomi, khususnya dalam aspek peningkatan mutu program pendidikan dan

profesionalisme keguruan di negara ini. Implikasi ini wujud melalui penambahan penggunaan kerangka

konseptual kajian yang berkaitan bagi menghuraikan hubungan dan sumbangan gagasan-gagasan yang

digunakan terhadap isu yang dikaji dalam kajian ini. Model kerangka konseptual kajian yang dicadangkan

dalam kajian ini dapat menyumbang kepada kefahaman tentang hubungan dan sumbangan gagasan

pengetahuan pedagogi, kandungan, daya kreativiti dan inovatif terhadap efikasi kendiri guru khususnya

dalam kalangan guru Ekonomi yang terlibat dalam pengajaran Ekonomi di peringkat sekolah menengah.

Implikasi kepada dapatan kajian juga dapat memberi input kepada golongan pendidik, para penyelidik

pendidikan, pembaca, penulis dan penerbit, pentadbir pendidikan dan mereka yang terlibat dengan

pembangunan pendidikan tentang keperluan untuk menyemak atau menilai semula aspek pengetahuan

kandungan guru dan aktiviti untuk memperkayakan para guru dengan program yang bersifat inovatif

selaras dengan penekanan kerajaan sejak akhir-akhir ini yang berusaha melahirkan masyarakat yang kreatif

dan inovatif. Selain itu tumpuan juga perlu diberikan terhadap peningkatan aspek pedagogi guru dan daya

kreativiti guru yang seharusnya seiring dengan keperluan pelajar mengikut fasa yang tersusun bermula

daripada peringkat tadika hingga ke tingkatan enam.

Page 11: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

11

KESIMPULAN

Secara umumnya, kajian ini mendapati dua variabel bebas yang dikaji masing-masing menunjukkan

hubungan dan pengaruh terhadap tahap efikasi kendiri guru mengikut persepsi kedua-dua kumpulan

responden yang terlibat. Dalam masa sama juga keputusan kajian ini juga mempamerkan terdapatnya

hubungan secara langsung dan tidak langsung variabel bebas terhadap variabel bersandar iaitu efikasi

kendiri guru. Oleh yang demikian adalah diharapkan tumpuan khusus terhadap langkah mempertingkatkan

pengetahuan kandungan guru Ekonomi perlu diberi perhatian serius begitu juga dengan inisiatif untuk

meningkatkan daya inovatif guru dalam program penambahbaikan yang akan dirancang tanpa

mengetepikan keperluan untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi dan daya kreativiti guru yang terlibat.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim et al., (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur Utusan Publications and

Distribution Sdn Bhd. Abdullah dan Ainon. (2006). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. Pahang: PTS Publications and

Distributor Sdn. Bhd. Atan Long (1984), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Becker, W., and Watts, M. (2001). Teaching methods in U.S. undergraduate Economics course. Journal of

Economic Education, 32(3): 269-280. Benzing, C., and Christ, P. (1997). A survey of Teaching Methods Among Economics Faculty. Journal of

Economic Education, 28(2): 182-190. Best ,J.W and Kahn, J.V., (1998). Research in Education (8

th Edition), Boston : Allyn and Bacon.

Brophy, J. E. (2001). Classroom organization and Management. Elementary School Journal, 83(4):

265-86. Caropreso, E., and Haggerty, M. (2000). Teaching Economics: A Cooperative Model. College Teaching,

4(2): 69-74. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1 : Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur :

McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd. Coakes et al., (2010). SPSS Version 17 for Windows, Analysis Without Anguish. Queensland : John Wiley

and Sons Australia Ltd. Fowler, F.J (2002). Survey Research Methods. (3

rd edition). Applied Social Research Methods Series. Vol

1. Sage Publications, Inc. Fullan, M. (1991). Change forces. New York: Falmer. Gartner, M and Tobin. (2001). Teaching Economics to undergraduates in Europe: Volume, structure, and

contents. Journal of Economic Education, 32(3): 219-230. Gay L.R dan Peter Airasian. (2003). Educational Research : Competencies for analysis and applications.

Edisi ke-7. Upper Saddle River, New Jersey. Merill Prentice Hall.

Page 12: PENGARUH PENGETAHUAN PEDAGOGI DAN …merr.utm.my/1218/1/Pages from MEDC10_EDITED(15.08.12).pdf · dan kualiti maklumat, contoh dan aktiviti yang relevan mencukupi atau tidak, tahap

12

Gee and Carrie. J. et.al. (2006). Preservice Elementary Teachers: Their Science Content Knowledge, Pedagogical Knowledge and Pedagogical Content Knowledge. Paper presented at The Annual Meeting of the National Association for Research in Science Teaching. St. Louis, MO.

Grenno, F. (1997). Grounded theory: The missing methodology on the interpretivist agenda. Qualitative

Market Research: An International Journal, 1(1): 50-57. Grossman et al., (1999). The Making of Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education.New York :

Teachers College Press. Howard, R. W., (1987). Concepts and Schemata. Philadelphia, PA: Cassell. Jephcote, M. (2004). Economics in the school curriculum: Its origins, and reflections on the workings of a

subject community. Teaching Business and Economics, 8(1): 13-20. Kerlinger, F.N., (1986). Foundation of Behavioral Research (2

nd edition). New York: Halt Rinehart and

Winston. Leinhardt, G. (2003). Routines in Expert Math Teacher's Thoughts and Actions. Paper presented at The

Annual Meeting of the American Educational Research Association, Montreal, Canada. Mackinnon, A., and Scarff-Seatter, C. (1997). Constructivism: Contradiction and confusions in teacher

education. In V. Richardson (Ed.), Constructivist teacher education: Building new understandings (pp. 38-56). London: Falmer Press.

McDiarmid et al,. (2004). Why saying one chapter ahead doesn‟t really work: Subject-specific pedagogy.

Dalam M. Reynolds (Ed.), knowledge base for the beginning teacher, Oxford, UK: Pergamon. Mokhtar Abdullah. (1994). Analisis Regresi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Norhasliza Hassan dan Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik

Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik: 11-12 Oktober 2008. Johor Baharu, Johor

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi.

Selangor Malaysia. Daya Sitis Sdn Bhd. Shahril @ Charil Marzuki. (2000). Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Yang Berkesan Yang Dapat

Menghadapi Cabaran Dan Harapan Pada Abad Ke-21. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. 10 (2) : 1-14.

Shulman, L. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher. Shulman, L. S., (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the New Reform. Harvard Educational

Review, 57: 1-22. Siegfried et al., (1996). How is introductory economics taught in America? Journal of Economic Inquiry,

34 : 182-192. Smith, D. D. and Neale, D. C., (2003). The Construction of Subject Matter Knowledge in Primary Science

Teaching. Teaching and Teacher Education, 5(1): 1-20. Wiersma , W. (1991). Research Methods in Education. An Introduction. Pearson Publication. Inc.