pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan ... · pdf fileuniversiti tempatan telah...

2
1 Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad 20. A. PENGENALAN Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh penjajah terhadap penduduk peribumi. Tujuan utama nasionalisme ialah untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke 20. B. ISI Pengaruh Agama 1. Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan. Agama Buddha menjadi mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat. 2. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal diketuai oleh sami Buddha. Ini kerana kedudukan dan pengaruh agama Buddha terancam ekoran penjajahan British di Myanmar. 3. Pertubuhan agama terawal ialah Sasanadara 1897 dan diikuti oleh Persatuan Agama Maktab Rangoon pada tahun 1904. 4. Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA) pada tahum 1906 yang diasaskan oleh U May Oung. YMBA merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar dengan tujuan untuk menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan Barat. 5. YMBA memainkan peranan penting dalam merangsang gerakan nasionalisme seperti menimbulkan `isu kasut’ menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British dan terlibat dalam pemogokan pelajar pada tahun 1920. 6. Golongan Pongyi (sami Buddha) juga memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Myanmar terutama dalam kalangan petani. Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama Buddha membawa kepada penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan kedudukan agama Buddha dalam masyarakat. 7. Golongan pongyi menjadi penyokong gerakan pelajar dan terlibat dalam menyedarkan golongan petani tentang gerakan nasionalisme di kawasan luar bandar. Pongyi turut menyertai dan menyokong YMBA dalam isu kasut dan mogok pelajar. Pengaruh Bahasa dan Kesusasteraan 1. Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa dan kesusasteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon, Arakan dan Shan. 2. Orang Burma@ Myanmar merupakan kumpulan majoriti yang menguasai politik Myanmar. Mereka bersatu atas dasar agama yang sama iaitu Buddha 3. Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideologi politik dan nasionalisme. Penggunaan bahasa Myanmar memudahkan idea nasionalisme disampaikan ke seluruh negara melalui propaganda dan ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis. 4. Mereka banyak menulis hasil-hasil karya kesusasteraaan seperti sajak, cerpen dan novel yang mengkritik penjajah British dan menyampaikan idea-idea demokrasi dan kemerdekaan. Pengaruh Kewartawanan 1. Surat khabar dan majalah menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar. 2. Akhbar dan majalah yand dicetak dalam bahasa Inggeris dan bahasa Myanmar serta suku kaum minoriti lain membolehkan idea-idea nasionalisme disebar dengan cepat dan meluas dalam kalangan masyarakat peribumi di Myanmar. 3. Kebanyakan wartawan dan penulis nasionalis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Mynamar, kedudukan agama Buddha dan masyarakat peribumi tertindas semasa penjajahan British.

Upload: hatuyen

Post on 22-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan ... · PDF fileuniversiti tempatan telah menyebabkan penyebaran nasionalisme dan kemerdekaan ... Revolusi England, Revolusi Amerika

1

Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad 20.

A. PENGENALAN

Gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berpunca daripada penindasan yang dilakukan oleh penjajah terhadap

penduduk peribumi. Tujuan utama nasionalisme ialah untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke 20.

B. ISI

Pengaruh Agama

1. Gerakan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awalnya lebih bersifat keagamaan. Agama Buddha menjadi

mekanisme penting untuk meraih sokongan rakyat.

2. Kemunculan nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal diketuai oleh sami Buddha. Ini kerana kedudukan

dan pengaruh agama Buddha terancam ekoran penjajahan British di Myanmar.

3. Pertubuhan agama terawal ialah Sasanadara 1897 dan diikuti oleh Persatuan Agama Maktab Rangoon pada

tahun 1904.

4. Gerakan ini semakin berkembang dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA) pada tahum 1906

yang diasaskan oleh U May Oung. YMBA merupakan pertubuhan berorganisasi pertama di Myanmar dengan

tujuan untuk menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan Barat.

5. YMBA memainkan peranan penting dalam merangsang gerakan nasionalisme seperti menimbulkan `isu kasut’

menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British dan terlibat dalam pemogokan pelajar pada tahun 1920.

6. Golongan Pongyi (sami Buddha) juga memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Myanmar

terutama dalam kalangan petani. Kemerosotan pengaruh Sangha dan sekolah agama Buddha membawa kepada

penglibatan Pongyi dalam mengembalikan pengaruh dan kedudukan agama Buddha dalam masyarakat.

7. Golongan pongyi menjadi penyokong gerakan pelajar dan terlibat dalam menyedarkan golongan petani tentang

gerakan nasionalisme di kawasan luar bandar. Pongyi turut menyertai dan menyokong YMBA dalam isu kasut

dan mogok pelajar.

Pengaruh Bahasa dan Kesusasteraan

1. Masyarakat Myanmar merupakan gabungan tujuh buah kumpulan etnik yang terbesar yang mempunyai bahasa

dan kesusasteraannya tersendiri seperti Myanmar, Mon, Arakan dan Shan.

2. Orang Burma@ Myanmar merupakan kumpulan majoriti yang menguasai politik Myanmar. Mereka bersatu

atas dasar agama yang sama iaitu Buddha

3. Bahasa Myanmar menjadi alat penting dalam menyatukan ideologi politik dan nasionalisme. Penggunaan

bahasa Myanmar memudahkan idea nasionalisme disampaikan ke seluruh negara melalui propaganda dan

ceramah yang disampaikan oleh pejuang nasionalis.

4. Mereka banyak menulis hasil-hasil karya kesusasteraaan seperti sajak, cerpen dan novel yang mengkritik

penjajah British dan menyampaikan idea-idea demokrasi dan kemerdekaan.

Pengaruh Kewartawanan

1. Surat khabar dan majalah menjadi pemangkin kepada penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar.

2. Akhbar dan majalah yand dicetak dalam bahasa Inggeris dan bahasa Myanmar serta suku kaum minoriti lain

membolehkan idea-idea nasionalisme disebar dengan cepat dan meluas dalam kalangan masyarakat peribumi

di Myanmar.

3. Kebanyakan wartawan dan penulis nasionalis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British di Mynamar,

kedudukan agama Buddha dan masyarakat peribumi tertindas semasa penjajahan British.

Page 2: Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan ... · PDF fileuniversiti tempatan telah menyebabkan penyebaran nasionalisme dan kemerdekaan ... Revolusi England, Revolusi Amerika

2

4. Pemimpin nasionalis menggunakan akhbar dan majalah untuk menyampaikan ideologi dan dakyah politik

mereka yang anti-British serta menuntut hak mereka sebagai penduduk peribumi.

Peranan Pendidikan

1. Di Myanmar, British telah melaksanakan sistem pendidikan sekular di sekolah menggunakan bahasa Inggeris

dan Myanmar. British juga menggalakkan penubuhan sekolah Inggeris oleh mubaligh Kristian.

2. Sekolah ini menarik minat ramai pelajar kerana lepasan sekolah ini berpeluang untuk menjawat jawatan dalam

kerajaan sedangkan sekolah agama Buddha adalah sebaliknya.

3. Selain itu, pelajar yang bersekolah di sekolah Inggeris juga lebih mengetahui tentang agama Kristian

berbanding agama Buddha. Keadaan ini menyebabkan golongan sami Buddha merasa kurang senang.

4. Perkembangan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme di Myanmar disebabkan kebimbangan

pendidikan Barat yang diperkenalkan oleh British akan mengancam budaya dan amalan tradisi masyarakat

Myanmar.

Peranan Golongan Intelektual

1. Di Myanmar, golongan intelektual menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme di Myanmar. Mereka

terdiri daripada golongan cerdik pandai yang berpendidikan Barat seperti Dr.Ba Maw, U Pu, U Thein Muang

dan U Ba Pe.

2. Kumpulan pemimpin ini telah menubuhkan beberapa buah parti politik di Myanmar, contohnya U Thein

Maung dan U Ba Pe telah menubuhkan Majlis Kesatuan-Kesatuan Burma (GCBA) pada tahun 1921.

3. Golongan sami Buddha yang berpendidikan seperti I.A Maung Gyi, U May Oung, U Ba Pe dan U Kin pula

menubuhkan Persatuan Belia Buddha.Persatuan telah bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti

Rangoon untuk melancarkan mogok dan bantahan menentang dasar British.

4. Peranan golongan intelektual samada berpendidikan Barat atau tempatan terutama Buddha dan mahasiswa

universiti tempatan telah menyebabkan penyebaran nasionalisme dan kemerdekaan tersebar ke seluruh

Myanmar serta mendapat sokongan rakyat.

Pengaruh Luar

1. Reformasi Mesir:

- Gerakan Islah yang dipelopori oleh Sayid Jamaludin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh di Mesir.

2. Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis

3. Revolusi China 1911

4. Semangat kebangsaan di Filipina.

5. Semangat Kebangsaan di India.

6. Perang Rusia Jepun 1904-1905.

C.KESIMPULAN

1. Pengaruh agama memainkan peranan penting kemunculan gerakan nasionalisme di Myanmar pada abad ke 20.

2. Namun begitu, faktor-faktor lain juga turut mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Myanmar.