revolusi kerajaan johor-riau 1512-1784

27
HSM 3013 MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU TAJUK TUGASAN PERKEMBANGAN Kerajaan Johor 1511-1784 Mohamad hanafi bin husin (D20111048280) Pensyarah : Dr. Haryati binti hasan

Upload: napie-husin

Post on 07-Aug-2015

371 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Johor,

TRANSCRIPT

HSM 3013

MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU

TAJUK TUGASAN

PERKEMBANGAN Kerajaan Johor 1511-1784

Mohamad hanafi bin husin

(D20111048280)

Pensyarah : Dr. Haryati binti hasan

1.0 Pengenalan

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 800 sebagai suatu penempatan perdagangan yang

penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit

sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula

salah sebuah jajahan pemerintahannya. Kerajaan Johor mula terserlah terutamanya selepas

kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Bermula dari situlah terbentuknya kerajaan Johor (Riau-

Lingga-Pahang). Raja Ali yang memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564)

dikatakan menjadi pengasas kepada kerajaan Johor. Sejarah Johor berkembang dengan beberapa

sultan dan pembesar negeri silih berganti menerajui politik Johor. Sejarah Johor menjadi menarik

apabila Kerajaan Johor bersahabat baik dengan Belanda yang menunjukkan tanda-tanda

kebangkitan kejayaan Kerajaan Johor pada masa tersebut. Kemangkatan Sultan Mahmud Shah

II, kehadiran Raja Kecil dan pengaruh Bugis menjadikan kerajaan Johor semakin rumit dan

meruncing. Walaupun begitu, wujud pro dan kontra dalam semua kejadian yang membawa

kepada Kerajaan Johor pada hari ini.

2.0 1511 - 1640: ERA PENGASASAN DAN PEMBINAAN KESULTANAN JOHOR

Usaha Menegakkan Semula Kerajaan

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis bukanlah penamat kepada pemerintahan kerajaan

Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu. Hal ini kerana wujudnya usaha oleh Sultan

Mahmud Syah dan para pengikutnya yang setia untuk mengembalikan pemerintahan dan

mendapatkan semula Kota Melaka dari tangan Portugis.

Bermula daripada pengunduran Sultan Mahmud Syah pada 1511 ke Pagoh, membina kubu

pertahan di Bentayan, Muar, baginda dan para pengikutnya kemudiannya berundur ke Pahang,

sebelum berlayar ke Pulau Bentan di Kepulauan Riau-Lingga. Di Bentan, asas untuk pembinaan

semula sebuah kerajaan dimulakan dengan membina kekuatan tentera bagi menghadapi serangan

Portugis. Untuk membina kekuatan tersebut, kebanyakan kerajaan naungan Melaka sebelumnya

telah menyatakan taat setia mereka kepada Sultan Mahmud Syah dan bersedia untuk

mempertahankan saki baki kekuatan Melaka yang masih ada. (Perpindahan Sultan Mahmud

Syah boleh dilihat di lampiran 1).

Antara kerajaan yang bersama-sama Melaka termasuklah Lingga, Inderagiri, Siak, Aru,

Manjung, Beruas, Kampar, Klang, Rembau dan Sungai Ujong. Disebabkan serangan berterusan

1 | P a g e

angkatan perang Sultan Mahmud Syah dalam menyerang Kota Melaka, Portugis bertindak

menyerang balas kekuatan baginda di Bentan pada 1521 dan serang-menyerang daripada kedua-

dua belah pihak di Kota Melaka dan Bentan berterusan sehingga 1526.

Sultan Mahmud Syah memilih untuk bersemayam di Bentan kerana wilayah Kepulauan

Riau-Lingga merupakan wilayah yang didiami oleh majoriti Orang Laut yang setia kepada

Kesultanan Melaka semenjak era Srivijaya. Keselamatan baginda telah dikawal oleh orang-orang

Laut yang setia di Bentan dan wilayah sekitarnya dari serangan Portugis. Pada tahun 1526,

Portugis berjaya memusnahkan kubu pertahanan Sultan Mahmud Syah di Kopak, Bentan dan

baginda terpaksa berundur dan bersemayam di Kampar. Menurut Sulalatus Salatin, Sultan

Mahmud Syah ketika bersemayam di Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528.

Pengasasan Kesultanan Johor

Sebagai meneruskan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Raja Ali telah diangkat

sebagai Sultan yang baru bagi menggantikan ayahandanya Marhum Kampar. Baginda Raja Ali

telah menaiki takhta pada 1528 dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah II dan

memilih kawasan Ujong Tanah sebagai pusat pemerintahan baginda dan baginda dianggap

sebagai pengasas kepada Kesultanan Johor.

Periode pengasasan Kesultanan Johor ini dianggap sebagai satu zaman untuk mencari

tapak baru untuk politik dan ekonomi orang Melayu yang pernah dibangunkan di Melaka pada

era kegemilangannya dahulu. Antara tujuan utama pembukaan sebuah kerajaan di Ujong Tanah

adalah dengan maksud hendak menjadikannya sebagai tempat perdagangan yang terpenting di

alam Melayu setanding kedudukan Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis. Sebenarnya, usaha

pendirian kerajaan dilakukan secara berterusan sejak di Bentan, kemudiannya Kampar dan Ujong

Tanah (Johor) adalah kerana Sultan yang memerintah Melaka dan penggantinya masih ada. Hal

ini kerana, dalam prinsip orang Melayu, seperti yang diperkatakan oleh Tun Seri Lanang dalam

Sejarah Melayu, adapun “mati raja alah negeri” iaitu sesuatu kerajaan itu dianggap tewas

sekiranya Sultan yang memerintah itu mati atau ditawan.

Dalam konteks Melaka, walaupun Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultannya

masih hidup, oleh itu kedaulatan negeri Melaka masih wujud, ditambah pula dengan kesetiaan

yang masih diberi oleh jajahan takluk Melaka. Oleh itu, pengasasan satu kerajaan baharu di

2 | P a g e

Johor terhasil daripada satu keinginan untuk mengembalikan satu pusat pemerintahan kepada

Kesultanan Melayu selagi Sultan itu berdaulat, kerana dalam pemikiran orang Melayu “ada Raja

maka barulah ada kerajaan”.

Antara tindakan baginda Sultan Alauddin Riayat Syah II dalam mengukuhkan asas

kepada sebuah Kesultanan Johor termasuklah mengarahkan Bendahara dan Seri Nara Diraja

membina pusat pentadbiran Johor yang dikenali sebagai Kota Kara di kawasan Pekan Tua,

Sungai Telor. Menguasai semula wilayah-wilayah jajahan takluk Melaka dan menjadikannya

sebagai jajahan takluk Johor termasuk Pahang, Kepulauan Riau-Lingga, Aru, Siak, Manjung, dan

lain-lain, membina pelabuhan kerajaan Johor di Batu Sawar dan merancang strategi pertahanan

dan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka di bawah pimpinan Laksamana Hang

Nadim.

Selain itu, antara tokoh-tokoh penting Johor dalam membina asas kepada Kesultanan

Johor yang lebih kukuh termasuklah Laksamana Tun Abdul Jamil dan Bendahara Tun Seri

Lanang. Laksamana Tun Abdul Jamil misalnya dalam awal kurun ke-17 telah berusaha untuk

memperkukuh pertahanan Johor dalam menghadapi serangan daripada dua seteru utama pada

ketika itu iaitu Portugis di Melaka dan kerajaan Acheh, atau dikenali sebagai perang tiga segi

(Lampiran 2) selain dianggap sebagai perancang utama ke arah usaha membebaskan Kota

Melaka dari tangan Portugis.

Selain itu, semenjak era pemerintahan Sultan Johor yang pertama oleh Sultan Alauddin

Riayat Syah II dan para penggantinya selepas itu, taktik memindahkan pusat pemerintahan di

beberapa buah lokasi berlainan di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga dilakukan

bagi mengelirukan musuh Johor iaitu Portugis dan Acheh. Antara pusat pemerintahan yang

sentiasa berubah-ubah itu termasuklah kawasan Sungai Telor, Sayong, Pancur, Makam Tauhid,

Kota Tinggi dan Batu Sawar.

2.0 1641 - 1699: ERA KEBANGKITAN DAN KEGEMILANGAN KESULTANAN

JOHOR.

Persahabatan Johor dengan Belanda.

3 | P a g e

Peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1641 berkisar tentang kekalahan Portugis di tangan

Belanda. Hubungan antara Belanda dengan Johor berkaitan dengan usaha untuk memerangi

orang Portugis ini berlangsung pada 1637 apabila Sultan Jalil III, Sultan Johor telah membuat

perjanjian dengan Belanda hendak menolong melawan Portugis di Melaka dan sebagai balasan

Belanda akan membantu baginda mendirikan sebuah kota di Batu Sawar.1 Ekoran itu, pada bulan

Jun 1640, Gabenor Jeneral Antonio van Dieman di Betawi telah mengarahkan kapal-kapal

perang Belanda untuk mengepung pelabuhan Melaka.2 Pada bulan berikutnya, Sultan Abdul Jalil

dari johor telah menghantar angkatan perang sebanyak 40 buah perahu perang membawa 1500

askar-askar Melayu di bawah perintah Laksamana Tun Abdul Jamil pergi membantu mengepung

dan memerangi orang-orang Portugis di Melaka.3 Setelah lebih kurang enam bulan mengepung

Kota Melaka dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu oleh askar-askar Johor, akhirnya

pada 14 Januari 1641 Belanda berjaya menakluk Melaka.4

Walaupun selepas peperangan tersebut, Sultan Abdul Jalil III berasa sakit hati kepada

Laksamana Tun Abdul Jamil disebabkan Johor tidak dapat apa-apa faedah setelah menolong

Belanda mengambil Melaka, akan tetapi tiada pula melarat kerana persahabatan dengan Belanda

bertambah baik, malahan baginda turut menerima hadiah daripada Belanda dan baginda tidak

perlu risau lagi ancaman Portugis dan Aceh.5 Perang tiga segi ini telah melemahkan kedudukan

Johor kerana setiap kali berlaku serangan Aceh mahupun Portugis, pasti ibu negeri akan

berpindah. Misalannya, Aceh telah memusnahkan ibu negeri Johor di Lingga pada tahun 1623.6

Apabila pihak Aceh dan Portugis tidak lagi mengancam Johor, maka Johor mampu

membangunkan semula perdagangan entrepotnya yang sering kali terganggu dengan ancaman

Aceh dan Portugis.

Sebenarnya, walaupun Johor kehilangan banyak daripada kuasa sebelum ini, namun

Johor menyedari sepenuhnya tentang kemungkinan masa depannya, apatah lagi dengan

ketiadaan ancaman dari Portugis dan Orang Kaya Aceh di istana yang begitu sibuk berusaha

untuk mengekalkan kekuasaan mereka ke atas mahkota Aceh sendiri, daripada berusaha untuk

1 Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.69.2 Ibid.3 Ibid.4 Ibid.5 Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.70.6 A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. Hlm.166.

4 | P a g e

memperluaskan lagi sempadan kekuasaan Aceh.7 Keadaan ini telah mewujudkan suatu keadaan

yang pastinya berbeza daripada sebelumnya, kedaulatan dan kekuatan Johor semakin menonjol

tanpa perbalahan dengan Aceh mahupun Portugis. Walaupun Belanda berkuasa di Melaka,

namun menganggap Johor sebagai sahabat kerana telah membantu menewaskan Portugis. Johor

telah mempergunakan kedudukan istimewa iaitu sebagai sahabat kepada Belanda untuk

mengukuhkan kerajaannya. Pada tahun 1641 kawasan jajahan takluk Johor telah meluas meliputi

wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi Pahang, Klang, Batu Pahat,

Muar hingga Singapura termasuk Bentan dan Lingga, dan bahagian tengah Pulau Surnatera

seperti Bengkalis, Kampar, Siak dan Inderagiri (Lampiran 3). Ini jelas menunjukkan bahawa

tahun-tahun selepas kejatuhan Portugis merupakan titik tolak kejayaan kerajaan Johor.

Pengaruh Laksamana Tun Abdul Jamil

Selain itu, tahun 1641 juga menandakan kemunculan pengaruh Laksamana Tun Abdul Jamil.

Pengaruh Laksamana melebihi pengaruh orang besar-besar yang lain. Diceritakan bahawa pada

1642, dua orang pegawai Belanda iaitu Pieter Willemsz dan Jan Meine sewaktu berkunjung ke

Johor mengatakan bahawa Sultan amat mengasihi Laksamana.8 Kemunculan pengaruh

Laksamana yang akan mencorakkan pentadbiran dan memacu perkembangan perdagangan

Johor.

Saya amat bersetuju bahawa tahun 1641 merupakan titik tolak kepada perkembangan

sejarah Johor disebabkan selepas tahun inilah Johor mampu mencorakkan kembali sistem politik

dan ekonominya tanpa gangguan daripada Aceh atau Portugis. Ini disebabkan tanpa halangan-

halangan ini kerajaan Johor mula dapat berfungsi dengan lebih cekap seperti zaman sebelumnya

dan mula memulihkan perdagangan antarabangsa di pelabuhan-pelabuhan.9

Selepas kejatuhan Portugis, keluarga Laksamana semakin berpengaruh dalam

pemerintahan Johor. Ini disebabkan perdagangan yang dijalankan pada masa ini bersifat

naungan. Seorang pedagang asing atau orang Johor sendiri perlu mendapatkan naungan daripada

seorang individu yang berkuasa di dalam negeri seperti Bendahara, Raja Indera Bongsu,

7 Leonard Y.Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728. Kuala Lumpur. Oxford University Press. Hlm.50.8 Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.71.9 Leonard Y. Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728. Hlm.50.

5 | P a g e

Temenggung, Laksamana atau Kadi.10 Pada tahun 1687, duta Belanda yang pergi ke Riau pernah

mendedahkan bahawa berdasarkan pemerhatian mereka tentang bagaimana perdagangan

dijalankan di bawah Laksamana (Paduka Raja), mereka mengatakan dalam kalangan pedagang-

pedagang di sini, wakil dagang Paduka Raja (Tun Abdul Jamil) adalah yang paling ramai

bilangannya dan yang terpenting antara mereka terlibat dengan menjual dan membeli barang-

barang.11 Cara sistem naungan telah diberi komen oleh Belanda yang menyatakan bahawa “setiap

orang melakukan sesuka hatinya seolah-olah tiada raja atau kerajaan”.12

Ini membuktikan bahawa pada tahun-tahun selepas 1641, perdagangan di pelabuhan

Johor kembali rancak. Para pedagang itu tertarik kepada Johor disebabkan oleh kemampuan

Johor yang dapat menyediakan peluang dan pasaran yang baik di samping dapat mengadakan

kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan perdagangan dengan cekap.

Perdagangan di pelabuhan semakin bertambah dengan pengenalan sistem naungan yang akan

menguntungkan kantung Paduka Raja. Walaupun, sistem perdagangan berasaskan naungan,

namun perdagangan tetap berkembang dengan pesat ekoran keprihatinan Laksamana yang

sentiasa peka kepada keperluan pedagang. Di samping menyedari tentang ancaman sebuah lagi

pelabuhan iaitu Melaka. Gabenor Thomas Slicher dari Melaka telah menulis surat yang

mengatakan bahawa pedagang-pedagang tertarik ke Riau kerana di sini pedagang timah dibayar

dengan setengah duit (Content) dan setengah lagi dengan kain; sedangkan di Melaka mereka

diberikan apa sahaja jenis kain yang ada dan bukannya jenis kain dengan corak yang terbaru

seperti di Riau.13

Kepesatan Perdagangan Di Pelabuhan Riau

Pada tahun 1642, Belanda telah membuat perjanjian dengan Sultan Johor semua kapal-

kapal dari Johor yang hendak berlayar ke tempat di sebelah Barat daripada Melaka hendaklah

singgah di Melaka untuk mengambil passport daripada orang Belanda.14 Apabila sistem ini

dikuatkuasakan oleh Belanda di Selat Melaka, kebanyakan kapal yang tidak mempunyai passport

akan dirampas segala isi kargo. Melaka telah diarahkan oleh Betawi supaya memberikan pas-pas

10 Ibid. hlm.51.11 Ibid.12 Ibid.13 Ibid.14 Haji Buyong Adil. 1971. Sejarah Johor. Hlm.70.

6 | P a g e

kebenaran kepada Orang Kaya Johor sebagai tanda penghormatan; demikianlah kapal-kapal dari

berbagai-bagai-bagai negeri dapat berdagang di kawasan itu di bawah lingkungan cap mohor

penaung mereka dan dengan adanya kebenaran Belanda.15 Melalui kaedah ini, perdagangan

Johor dapat berkembang dengan pesat, di samping orang kaya dan pemimpin dapat hasil yang

banyak melalui pemberian pas-pas kebenaran ini. Persahabatan dengan Belanda khususnya

dalam pemberian kebenaran untuk mengeluarkan pas-pas kebenaran untuk belayar tanpa

gangguan daripada kapal peronda Belanda telah berjaya meningkatkan martabat kerajaan Johor

setanding dengan Belanda khususnya dalam bidang perdagangan. Walaupun pada masa yang

sama dalam abad ke-17 juga berlaku peperangan antara Johor dan Jambi (Lampiran 4). Tanpa

Orang Laut (Lampiran 5), pasti kekuasaan para pembesar dan pemerintah tidak dapat

dikuatkuasakan dalam wilayah. Hanya beberapa bulan sahaja selepas Belanda melaporkan

tentang “kemusnahan seluruhnya” Johor Lama pada 1673 apabila banyak harta benda dirampas

dan ramai orang menjadi tawanan, sebuah angkatan perang Johor muncul di Kuala Sungai Jambi

dan mengancam Jambi yang baru menempa “kemenangan” itu.16

Kepesatan perdagangan di Riau telah digambarkan oleh Gabenor Thomas Slicher telah

menulis surat ke Betawi pada bulan Mei 1687 yang mengatakan bahawa bilangan kapal yang

berlayar ke Riau (pada masa itu merupakan ibu negeri Johor) begitu besar sehinggakan sungai itu

sukar untuk dilalui akibat terlalu banyak kapal-kapal dagang.17 Ini menjadi bukti bahawa tahun-

tahun selepas 1641 merupakan era kegemilangan Johor kerana kepesatan perkembangan

perdagangan dan ini telah mengembalikan semula martabat Johor selaku pewaris Kesultanan

Melayu Melaka yang sememangnya handal dalam bidang perdagangan sehinggakan dikenali

sebagai pelabuhan entrepot terbesar di dunia.

Pembunuhan Sultan Mahmud II

Tahun 1699 dikatakan sebagai satu turning point yang sangat penting dalam sejarah Johor.

Pembunuhan Sultan Mahmud II membawa satu revolusi sejarah dalam kerajaan Melayu Johor

dan telah melanggar Konsep “Pantang Melayu Menderhaka” . Akibatnya telah menimbulkan

kesan yang besar dalam pemerintahan Johor. Hal ini diakui oleh beberapa sejarawan contohnya

Fernando yang menyatakan bahawa dengan pembunuhan sultan Mahmud II, pembesar Johor

15 Leonard Y. Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728. Hlm.53.16 Leonard Y. Andaya, (1975), The Kingdom Of Johor: 1641-1728, hlm 67.17 Ibid. hlm.51.

7 | P a g e

telah melanggar satu lunas penting politik orang melayu dan menyebabkan retak yang besar

dalam kepimpinan yang tidak dapat dipulihkan lagi.18

Pembunuhan sultan Mahmud pada T.M.1527/1528 berpunca daripada kekejaman

baginda sendiri. Baginda dikatakan memiliki sikap-sikap negatif seperti zalim, cepat murka,

seorang yang suka berdendam, terburu-buru membuat keputusan dan sebagainya.19Sultan

Mahmud sebenarnya telah melanggar perjanjian Waadat yang dimenterai oleh Sri Tri Buana

dengan Demang Lebar Daun dan inilah yang membawa kepada kematiannya. Contoh kekejaman

baginda ialah berdasarkan cerita Alexander Hamilton, kapten pedagang bangsa Scout yang

berada di Johor pada 1695. Beliau telah menganugerahkan sepucuk pistol kepada baginda .

Sultan telah menembak seorang hamba menembusi bahunya sewaktu bersiar-siar untuk melihat

berapa dalam pistol itu boleh membenamkan peluru ke dalam badan manusia.20 Hikayat Siak

pula menyebut baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama kerana melakukan pembunuhan kejam

terhadap isteri Megat Seri Rama yang mengandung dan mengidam seulas nangka dari dusun

sultan.21 Walau apa pun sebab kematian baginda, perkara yang pasti kematian baginda

merupakan faktor terkuat merintis kepada kejatuhan Johor.

3.0 1700 - 1728: ERA KEMEROSOTAN KESULTANAN JOHOR

Kemangkatkan Sultan Mahmud II tanpa meninggalkan sebarang zuriat daripada

keturunan Sultan Melayu Melaka untuk memerintah negeri Johor, bertukar ke tangan raja-raja

berketurunan bendahara.22 Oleh itu,Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru

dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di

kalangan para pembesar malahan Johor dikatakan kehilangan ketaatan rakyat kerana kerabat

yang dianggap agung dan berketurunan ajaib sudah tidak lagi wujud.

Akibat perlantikan ini juga, Johor kehilangan ketaatan orang laut yang selama ini menjadi

tonggak keselamatan kerajaan sejak dari zaman Srivijaya lagi. Malahan jika kita memerhatikan 18 Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.145.19 Abdul Latif Abdul Bakar. 1984. Sejarah di Selat Melaka. Kuala Lumpur. United Selangor Interprise sdn.bhd. hlm.56.20 Alexander Hamilton. 1930. A New Account of The East Indie. London. The Argonut Press. hlm.52.21 Leonard Y.Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan bahasa dan Pustaka. (terj.). hlm.344.22 Haji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor. hlm.92.

8 | P a g e

bahawa seolah-olah terdapat satu ‘ikatan’ yang telah menyebabkan orang laut tampak begitu

setia terhadap keturunan si Guntang Mahameru ini. Hubungan erat orang laut dengan raja

Melaka wujud sejak zaman Srivijaya, Palembang antara abad ke-7 hingga abad ke-11 dan

disambung pada abad ke-14 selepas anak raja menubuhkan kerajaan Melaka.23 Orang laut

merajuk dan membawa diri dan secara terbuka rela meletakkan diri dibawah pemerintahan

Palembang daripada memberikan taat setia kepada seorang penderhaka.24 Mereka menolak

pertuanan baru dan menganggap sultan baru tidak berdaulat. Hal ini memberikan impak yang

teruk terhadap keselamatan dan kemakmuran kerajaan Johor terutama kepada perdagangan

perkapalan. Malah, Johor terdedah kepada ancaman musuh dan lanun selepas Orang Laut

meninggalkan Johor.

Kematian Sultan Mahmud II menjadi ‘lampu hijau’ dan satu faktor penting kemasukan

kuasa-kuasa luar untuk menyebarkan pengaruh masing-masing. Dinasti bendahara ini sebenarnya

tidak mendapat sokongan penuh masyarakat Johor. Terdapat golongan yang masih marah

terhadap keturunan Bendahara kerana pembunuhan Marhum mangkat di julang. Sementara itu,

terbesar berita mengenai seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai

waris tunggal Sultan Mahmud II. Khabar ini seolah-olah memutikkan semangat baru dan

mengembirakan orang laut yang tanpa syak wasangka terus menerima khabar itu dan sanggup

berjuang bersama raja yang dikatakan berketurunan daulat itu. Orang Johor digambarkan amat

mengalu-alukan kedatangan Raja Kecil yang dianggap berdaulat seperti yang digambarkan

melalui petikan berikut:

“Tuan kita sudah datang!” Dan mana suku Laksamana ,semua datang

menghadap,semuanya menghadap baginda.Maka kata orang Johor ,”Jikalau betul

asal tuan .Kami,mintak tawarkan air masin” dan titah baginda,”baiklah”. Dan lalu

diambil Rotan , dilingkar, dimasukkan kedalam air....Lalu dimasukkan kedalam

lingkaran Itu .Dan masing-masing meminum air itu sangat tawar, lagi sejuk

rasanya. Maka Segala orang Johor pun bersoraklah,”ialah ,tuanku patik ,Tuanku

Yang Maha Mulia ini!” ....Dan Baginda pun berititah kepada segala rakyat,

“Hendaklah kamu Mengatakan “daulat”.25

23 Abdul Latif Abdul Bakar. 1984. Sejarah di Selat Melaka. hlm.75.24 Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Hlm.253.25 Muhamad Yusoff Hashim. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.125.

9 | P a g e

Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya

menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor. Pada

masa itu orang-orang Bugis telah ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum

melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, Raja Kecil telah melancarkan serangan terlebih

dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis bersama Dato’ Laksamana

yang telah belot menentang Johor.26 Setelah Raja Kecil berjaya menduduki takhta Johor, orang-

orang Bugis datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Permintaan ini

tidak diperkenankan Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tidak memberikan bantuan

sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil. Penaklukan Raja Kecil ke atas Johor menandakan

kemunculan kekuasaan orang Minangkabau sebagai suatu tenaga politik diselat Melaka.27

Semasa pemerintahan Baginda, Siak telah terlepas dari tangan baginda apabila baginda memilih

Riau sebagai pengkalannya.

Pada pendapat saya, perkara ini telah menyebabkan tumbuhnya perasaan dendam bagi

pihak Bugis. Bugis seolah-olah begitu beria-ia sehingga sanggup ke Selangor meminta bantuan

bagi memastikan kemenangan. Atas sebab itulah Bugis tidak teragak-agak untuk menyetujui

permintaan anak-anak Bendahara Abdul Jalil yang meminta Daeng Parani ketua orang Bugis

untuk menolongnya mendapatkan semula takhta dan menceritakan mengenai kekejaman yang

dilakukan oleh Raja kecil terhadap keluarga bendahara. Raja Kecil bertindak membatalkan

pertunangan dengan Tengku Tengah dan mengahwini adiknya Tengku Kamariah. Kedua-duanya

adalah anak perempuan Bendahara. Selain itu, Raja Kecil telah bertindak membunuh bendahara.

Kedatangan raja Bugis bernama Kelana Jaya Putera dan kerabatnya ke Riau untuk

menyerang Raja Kecil. Maka akhirnya, Raja Kecil dari pemerintahan Minangkabau tewas dan

melarikan diri ke Siak dan Riau serta taklukannya jatuh ke tangan Bugis.28Fernando

menyifatkan kemasukan Bugis telah dianggap sebagai salah satu faktor besar menyebabkan

kemerosotan Johor. Berlainan pula dengan pendapat Khasnor Johan yang menganggap Bugis

banyak menolong kerajaan Melayu Johor memelihara keutuhan empayar.

26Haji Buyong Bin Adil. 1980. Sejarah Johor. hlm.104.27 Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728: Pembangunan Ekonomi dan Politik. hlm.361.28 A.Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. hlm.27.

10 | P a g e

4.0 1720-1784: 63 TAHUN PERKEMBANGAN DAN KEJATUHAN SEMULA

KERAJAAN JOHOR

Pengaruh Bugis didalam Politik Kerajaan Johor

Bermulanya campur tangan pengaruh Bugis di dalam politik merupakan satu era baru kepada

pemerintahan dan kerajaan Johor. Peradapan Melayu di kerajaan johor masih kukuh dan masih

kekal sama seperti sewaktu zaman keagungan Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka. Namun

yang membezakan adalah kekuatan perdagangan yang telah berjaya dibina oleh Melayu dan kini

diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Bugis.

Setelah jatuhnya Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil), Bugis menyedari bahawa

pengambilan Johor dari kaca mata masyarakat melayu Johor adalah ‘tidak halal’. Bagi

mengelakkan timbulnya penentangan, anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi

sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Hal ini amat penting kerana Bugis

adalah orang luar,Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa

kerana Daeng Merewah yang memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda Johor. Perkara ini

terbukti melalui petikan berikut:

...kedudukan Yam Tuan Muda adalah seperti ‘peremnpuan’ dan ‘lelaki’.Pihak

Yang pertama hanya bertugas menanak nasi, menjaga keluarga dan rumah .

Tetapi Pihak ‘lelaki’ berwibawa menjaga keselamatan keluarga, mencari rezeki

danMenentukan seluruh sistem keluarga. 29

Diplomasi dan kelicinan politik Bugis lima beradik meyebabkan mereka berjaya

menguasai kekuasaan politik Melayu-Johor-Riau. Ini merupakan hasil dari munculnya Raja

Kecil dan berikutan ‘perkahwinan politik’ di antara Melayu Bugis dengan Melayu Johor ke-18.

Contoh perkahwinan politik ialah perkahwinan antara adinda Sultan Sulaiman dengan Bugis

iaitu Tengku Tengah dengan Daeng Parani dan Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng

Chelak .

29 Muhammad Yusof Hashim. 1988. Pensejarahan Malaysia Nusantara. Kuala Lumpur. Teks Publishing Sdn Bhd. hlm.481.

11 | P a g e

Asimilasi mendorong kehilangnya identiti Bugis sedikit demi sedikit dan mereka berjaya

menempatkan diri mereka ke dalam identiti Melayu Johor. Selepas kematian Daeng Merewah

tempatnya diganti pula oleh Daeng Celak. Saat ini menyaksikan Riau menjadi bertambah maju

dengan kedatangan pedagang-pedagang dari pelbagai pelusuk dunia seperti dari Negara

China ,India, Siam,Tanah Jawa dan Bugis sendiri datang berniaga di Riau. Kekuasaan dan

kekayaan Bugis mewujudkan perasaan tidak senang dihati masyarakat melayu Johor kerana

pemimpin Melayu mulai sedar mengenai wibawa politik mereka yang semakin lemah. Hal ini

telah membawa kepada pertelingkahan politik antara kedua-duanya.

Campur tangan VOC

Kekuasaan Bugis di Riau telah menyebabkan rasa tergugat pihak Belanda di pelabuhan

Betawi. Hal ini menyebabkan VOC berusaha untuk campur tangan dalam kerajaan Johor. VOC

telah lama bertelingkah dengan Bugis kerana soal perdagangan. Bugis amat menyedari ancaman

golongan pemimpin Melayu yang berusaha mendapatkan sokongan Syrikat Hindia Timur

Belanda (VOC) dan Bugis bertindak untuk berbaik dengan VOC. Sebagai ganjarannya Bugis

menawarkan Siak kepada VOC. Penyerahan Siak ini sebenarnya amat menyenangkan Sultan

Sulaiman yang akhirnya berjaya mendapatkan sokongan daripada Belanda. Kegagalan Bugis

mendapatkan sokongan VOC adalah disebabkan Belanda amat berminat terhadap hasil timah

yang dikuasai orang Bugis dikawasan Selangor, Perak dan Linggi.30Masalah dalaman Siak akibat

perselisihan masyarakat Melayu Johor dan Bugis telah menyebabkan perdagangan VOC

menghadapi masalah dan menimbulkan kemarahan Belanda yang seterusnya mengambil

keputusan menyerang Bugis. Pada 1758, Daeng Kemboja telah tewas dan terpaksa menyetujui

syarat perjanjian yang telah diutarakan VOC dan terpaksa menyerahkan Linggi dan Rembau

kepada VOC.

Daeng Kemboja berusaha memperkukuhkan pelabuhan Riau dan berjaya menjadikan

Riau sebagai pelabuhan jarak jauh yang berkembang dengan pesat. Malahan, Beliau turut

melanggar perjanjian yang dimeterai dengan Belanda melibatkan timah yang dianggap sebagai

barang mutlak mereka. Bugis turut bertindak berbaik dengan SHTI (Syarikat Hindia Timur

Inggerish) dan ini mengancam VOC yang seterusnya mula berkasar dengan kerajaan Johor. VOC

30 Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.153.

12 | P a g e

bertindak membendung kejayaan Riau dengan memberi amaran terhadap tongkang-tongkang ke

Riau, Acheh, Pasai dan kawasan-kawasan sekitarnya. Betawi kembali berlembut dan mahu

memperbaharui persahabatan serta perjanjian apabila Raja Muda menggantikan Raja Haji.

Pada 1782, VOC telah menawan sebuah kapal Inggeris bernama Betsy yang di perairan

Johor-Riau dan dibawa ke Batawi dan membahagikan hasil rampasan dengan nakhoda kapal

Perancis yang turut terlibat. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Johor kerana telah melanggar

perjanjian antara kedua-duanya, maka berlakulah peperangan. Raja Haji mendapat pertolongan

Rembau dan anak saudaranya Sultan Ibrahim dari Selangor, manakala VOC dibantu oleh

Terengganu dan Siak. Peperangan itu berakhir pada Jun 1784 setelah kematian Raja Haji dan

lima ratus orang Bugis.31 VOC berjaya mengalahkan dan melemahkan kekuasaan Bugis

termasuk di Selangor dan Johor. November 1784 telah menyaksikan Riau menjadi jajahan takluk

VOC dan VOC mendapat monopoli perniagaan.

5.0 Kesimpulan

Di sini dapatlah disimpulkan bahawa evolusi, transformasi dan metamorphosis yang dilalui oleh

Kerajaan Johor amat berlainan dengan Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain telah menjadikan

kerajaan Johor suatu kerajaan yang istimewa. Pewaris Kerajaan Melayu Melaka yang

bertungkus-lumus merampas kembali kedaulatannya kerajaannya dari Portugis menjadi titik

tolak kewujudan kerajaan Johor ini. Sultan berganti Sultan, tahun berganti tahun telah

menjadikan kerajaan Johor melalui pelbagai peristiwa-peristiwa yang menjadikan Kerajaan

Johor semakin kuat dari tahun ke tahun, namun disebabkan oleh ketamakan, kebencian, dan

hasad dengki telah menjadi punca masuknya kuasa asing dalam pemerintahan kerajaan Johor.

Kegemilangan Johor pada era 1641 sehingga 1699 boleh diletakkan atas bahu seorang

tokoh iaitu Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang terbukti gigi dalam menjadikan kerajaan Johor

31 A. Samad Ahmad. 1985. Kerajaan Johor-Riau. hlm.71.

13 | P a g e

sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang disegani di alam Melayu dalam kurun ketujuh

belas.32 Peristiwa yang berlaku pada era ini seperti kejatuhan kuasa Portugis di Melaka, Aceh

yang semakin menjauhkan diri daripada sengketa dengan johor, disamping hubungan baik antara

Johor dengan Belanda telah membantu proses perkembangan Johor sebagai kuasa yang tidak ada

tandingannya di alam Melayu. Sehinggakan, Johor pernah memberi amaran kepada Belanda

supaya tidak mencampuri pertelingkahannya dengan Jambi pada 1669.

Selain itu, peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699 telah

meninggalkan kesan yang mendalam kepada keutuhan kerajaan Johor. Ini disebabkan selepas

tahun tersebut muncul campur tangan Siak dan Bugis dalam politik Johor. Disamping beberapa

negeri yang mengakui ketuanan Johor mula menjauhkan diri. Tahun 1641 hingga 1699

merupakan satu kemuncak peristiwa dalam perkembangan sejarah Johor.

BIBLIOGRAFI

A Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau.

Abdul Latif Abdul Bakar (1984). Sejarah di Selat Melaka.

Abdul Rahman Haji Ismail (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik.

Abdul Rahman Haji Ismail (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik.

Alexander Hamilton (1930). A New Account of The East Indie.

Haji Buyong Adil (1971). Sejarah Johor.

Leonard Y.Andaya (1975). The Kingdom Of Johor: 1641-1728.

Leonard Y.Andaya (1987). Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik.

Muhamad Yusoff Hashim (1992). Hikayat Siak.

32 Leonard Y. Andaya. 1975. The Kingdom Of Johor: 1641-1728. hlm.215.

14 | P a g e

Muhammad Yusof Hashim (1988). Pensejarahan Malaysia Nusantara.

Wikipedia (2012). Diperoleh pada Nov 10, 2012 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor

Lampiran 1

15 | P a g e

Pergerakan Sultan Mahmud Shah selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511

Lampiran 2

Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletaknya di tebing

Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka.

Baginda senantiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang

untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan

pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang

beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan

singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya

semakin kurang.

Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas

kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis

berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan

Portugis kembali berperang.

Lampiran 3

16 | P a g e

Peta menunjukkan jajahan takluk Johor 1641

Lampiran 4

Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan

ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor

dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu

kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota

Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun

1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan

tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas. Krisis antara Johor dan

Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang

bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan

pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula

Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk

memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan

Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk

17 | P a g e

berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan

antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.

Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada

tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah

memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk

menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin

merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang

untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi

kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum

mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut

pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam

usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi

di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal

dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan

Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak

merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar

senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan

tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak

langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Lampiran 5

Peranan Orang Laut

Peranan Orang Laut sebagai pengawal perairan sejak zaman-berzaman, bermula dari era

kerajaan Srivijaya, Melaka dan kemudiannya Johor telah membantu keselamatan para

pedagang yang singgah di Johor.

Keselamatan perairan dan pelabuhan Johor yang dikawal oleh Orang Laut telah menarik

kedatangan para pedagang ke Johor.

18 | P a g e

Menurut Abdul Halim Saad et al (1991), peranan Orang Laut penting kepada para

pedagang kerana mereka mengiringi kapal-kapal dagang yang singgah ke Johor

sehinggalah kapal-kapal tersebut mampu untuk keluar dari Selat Melaka dengan

selamat tanpa sekatan daripada lanun-lanun yang berkuasa di Selat Melaka. Selain itu,

kerajaan Johor juga mengarahkan Orang Laut untuk menjadi pengawal pelabuhan,

pengawas perairan Johor, penunda dan penunjuk arah sebagai menjaga keselamatan

kapal yang berlabuh.

Lampiran 6

Senarai Sultan-sultan Johor (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Johor)

1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I

2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)

3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)

4. 1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)

5. 1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)

6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)

7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)

8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)

9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)

10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)

11. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)

12. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)

13. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar

Johor-Riau)

14. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah

15. 1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah

16. 1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)

17. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)

18. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)

19. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)

19 | P a g e

20. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)

21. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku

Abu Bakar)

22. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

23. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

24. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj

25. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

20 | P a g e