pengalaman langsung

4
i) PENGALAMAN LANGSUNG : PENGENALAN Setiap individu akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman individu tersebut melalui pengalaman belajar pengalaman langsung ( first hand experience ). Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung adalah satu bentuk pembelajaran yang paling berkesan. Pelbagai perkara dipelajari individu-individu melalui sesuatu aktiviti atau peristiwa yang dilaluinya. Pengalaman langsung ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman individu itu sendiri. Mereka biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan selepas itu, mereka sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya. Bah besar yang melanda negeri-negeri Pantai Timur pada bulan Disember 2014 telah membawa kami sekumpulan ke satu daerah yang hampir lumpuh akibat banjir besar ini, iaitu Kuala Krai di Kelantan. Banjir pada kali ini menampakkan limpahan air sungai yang sangat dahsyat. Hampir keseluruhan kawasan yang berada di sepanjang sungai ini mengalami bencana banjir yang teruk. Kami berjaya sampai ke destinasi yang dituju iaitu dua buah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sungai Kelantan. Kampung tersebut ialah Kampung Lepam Pauh dan Kampung Kuala Nal. Setibanya kami di sana, kami melakukan beberapa temu bual dengan penduduk kampung dan membuat pemerhatian di sekitar kawasan kampung itu.

Upload: la-suerte-aiman

Post on 16-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

asdasd

TRANSCRIPT

i) PENGALAMAN LANGSUNG :

PENGENALANSetiap individu akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman individu tersebut melalui pengalaman belajar pengalaman langsung ( first hand experience ).Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung adalah satu bentuk pembelajaran yang paling berkesan. Pelbagai perkara dipelajari individu-individu melalui sesuatu aktiviti atau peristiwa yang dilaluinya. Pengalaman langsung ini selalunya melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan pengalaman individu itu sendiri. Mereka biasanya akan melakukan sesuatu perkara dan selepas itu, mereka sendiri akan merasai kesan disebalik perbuatan yang dilakukannya. Bah besar yang melanda negeri-negeri Pantai Timur pada bulan Disember 2014 telah membawa kami sekumpulan ke satu daerah yang hampir lumpuh akibat banjir besar ini, iaitu Kuala Krai di Kelantan. Banjir pada kali ini menampakkan limpahan air sungai yang sangat dahsyat. Hampir keseluruhan kawasan yang berada di sepanjang sungai ini mengalami bencana banjir yang teruk. Kami berjaya sampai ke destinasi yang dituju iaitu dua buah perkampungan yang terletak berhampiran dengan sungai Kelantan. Kampung tersebut ialah Kampung Lepam Pauh dan Kampung Kuala Nal. Setibanya kami di sana, kami melakukan beberapa temu bual dengan penduduk kampung dan membuat pemerhatian di sekitar kawasan kampung itu.

PERKEMBANGAN(i) SemasaBerat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul, itulah antara ungkapan yang kami dapat simpulkan hasil daripada temu bual dengan beberapa penduduk kampung yang rata-ratanya kehilangan hampir seluruh aset yang berada di dalam rumah. Ada juga penduduk yang kehilangan tempat tinggal kerana ranap dan hanyut dibawa arus deras yang mengalir. Diceritakan oleh salah seorang penduduk Kampung Lepam Pauh, Puan Suraya, semasa banjir berlaku beliau bersama-sama suami dan tiga orang anaknya bergegas terus ke arah bukit di belakang rumahnya. Bukit yang berketinggian hampir 250m itu telah menjadi pusat penempatan bagi hampir 20 buah keluarga semasa bah melanda. Selama hampir tujuh hari tujuh malam mereka berkampung di bukit itu. Air yang meningkat begitu pantas akibat hujan yang berterusan selama beberapa hari sebelum itu telah menenggelamkan seluruh kawasan rendah kampung mereka.Kejadian yang hampir sama berlaku kepada penduduk di Kampung Kuala Nal yang bersebelahan dengan Kampung Lepam Pauh. Namun begitu, penduduk kampung di sini berada di sebuah sekolah yang menjadi pusat pemindahan semasa banjir berlaku iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Nal. Para penduduk bergotong royong dalam menyediakan makanan dan bergilir-gilir menjaga keselamatan tempat mereka berteduh. Mereka terpaksa berjimat kerana makanan yang mereka bawa daripada rumah hanya mampu bertahan dalam dua hari. Mujurlah bantuan makanan berjaya masuk pada hari ketiga. Bantuan makanan yang tiba melalui jalan air itu berjaya sampai dengan pertolongan ahli-ahli keluarga mereka yang tinggal berjauhan. Mereka sanggup bertarung nyawa untuk menghantar bantuan ini kepada ahli keluarga yang dalam kesusahan. Menurut salah seorang penduduk di sini, Pak Hamid, beliau telah dihubungi dan dibantu oleh anaknya yang menetap dan bekerja di Johor Baru semasa di pusat penempatan banjir. Anaknya telah menyewa tiga buah bot dan mengisi bot-bot tersebut dengan pelbagai jenis barangan ke dalam bot lalu pergi membantu mereka yang berada di sana.Kelihatan kegusaran penduduk semakin membuak-buak. Akhirnya, riak-riak wajah yang tidak mampu menahan kedukaan hati yang melanda menyebabkan tangisan, teriakan dan pelbagai emosi yang negatif kedengaran membuatkan suasana bertukar sedih dan sayu. Tatkala memikirkan keperitan itu, air yang menenggelamkan hampir setinggi dua tingkat bangunan sekolah itu kembali surut pada hari ketujuh. Mereka semua bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa berlaku. Setelah air surut sepenuhnya, mereka bergegas ke rumah masing-masing untuk melihat keadaan kediaman yang mereka tinggalkan selama seminggu. (ii) SelepasSebaik sahaja melihat air surut, kesemua penduduk Kampung Kuala Nal yang tinggal di sekolah yang menjadi pusat pemindahan sementara mereka semasa banjir keluar dan pulang untuk ke rumah masing-masing. Begitu juga bagi penduduk Kampung Lepam Pauh yang tinggal di atas bukit yang menjadi pusat pemindahan sementara mereka semasa banjir juga tidak terburu-buru untuk menuruni bukit itu untuk ke rumah mereka. Tibanya mereka di kawasan kampung, mereka merasakan seolah-olah mereka berada sebuah dunia yang baru apabila keadaan di sekeliling mereka bertukar wajah. Warna perang dan jingga kelihatan sejauh mata memandang akibat lumpur yang begitu banyak di sekitar mereka. Menurut Haji Salleh, seorang imam di Masjid Kampung Kuala Nal, mereka mengalami kerugian yang besar. Bah yang melanda selama seminggu ini turut menghanyutkan barangan berharga seperti barang kemas, pakaian, kenderaan, dan sebagainya. Lain pula kisah sedih keluarga Encik Ismail, beliau sekeluarga telah kehilangan tempat tinggal. Hampir seluruh rumahnya roboh ranap, yang tinggal hanyalah tapak dan tangga rumah sahaja. Menurutnya, kejadian ini berpunca daripada longkang dan lurah bukit di bahagian belakang rumahnya telah menyebabkan rumahnya dihentam oleh arus air menjadi amat deras mengalir. Ini merupakan suatu peristiwa yang sungguh tidak dapat dilupakan beliau. Para penduduk masih berulang alik dari pusat pemindahan ke rumah kerana rumah masih belum selamat untuk mereka tinggal.

Sejurus daripada itu, bantuan daripada badan-badan Kerajaan dan NGO terus berjaya sampai di sini. Mereka membawa pakaian, makanan, air bersih dan khemah dan diagihkan kepada penduduk kampung. Mereka juga bersama-sama bahu-membahu bergandingan dengan penduduk kampung dalam membantu membersihkan rumah dan kawasan kampung. Terdapat sedikit kesukaran yang mereka alami dalam kerja-kerja membaik pulih kawasan ini kerana bekalan air yang terputus. Mereka terpaksa menggunakan mesin generator untuk menyedut air sungai Kelantan. Kerja-kerja pembersihan dilakukan secara bergotong-royong sehingga kini. Walau bagaimanapun, masih terdapat kesan-kesan banjir yang dapat dilihat dengan jelas sekali. Pelbagai agensi dan syarikat-syarikat korporat juga bersama-sama mangsa-mangsa banjir. Bantuan yang disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti barangan keperluan harian, pakaian dan sumbangan wang. Namun begitu, mereka tidak dapat menampung kerugian yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Ada di antara mereka masih berada di pusat-pusat penempatan sementara yang didirikan oleh badan-badan tertentu yang membantu mereka. IMPLIKASI(i) Semasa(ii) SelepasRUMUSAN