garis panduan latihan luar kampus atas talian 2020...garis panduan latihan luar kampus atas talian...

6
Muka Surat 0 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

Upload: others

Post on 05-Nov-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN 2020...GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN Muka|2020 Surat 5dari 5 PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

Muka Surat 0 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

Page 2: GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN 2020...GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN Muka|2020 Surat 5dari 5 PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

Muka Surat 1 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN

1. Tujuan Garis panduan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai skop dan perkara-

perkara berkaitan dengan Latihan Luar Kampus Atas Talian.

2. Takrifan

i. “Jenis Latihan yang dibiayai” merangkumi semua jenis seminar, bengkel, kursus yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran. Menghadiri Persidangan tidak termasuk dalam pembiayaan ini.

ii. “Ketua PTj” merujuk kepada pemegang jawatan rasmi yang tertinggi di dalam sesebuah Fakulti, Institut, Bahagian atau Pusat (F/I/B/P) di UNIMAS.

iii. “Latihan Luar Kampus Atas Talian” juga termasuk latihan menerusi pembelajaran kendiri menggunakan pelantar atas talian.

iv. “Pemohon” merujuk kepada staf akademik yang telah membuat permohonan untuk mengikuti latihan atas talian.

v. “Staf” merujuk kepada mana-mana pekerja yang berkhidmat untuk UNIMAS.

vi. “Staf Akademik” merujuk kepada tenaga pengajar yang berkhidmat untuk UNIMAS.

vii. “Universiti” merujuk kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). viii. “UNIMAS” merujuk kepada Universiti Malaysia Sarawak sebuah badan

berkanun dan institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah Akta Tubuh (Akta Ibu) yang dinamakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

3. Kelayakan i. Semua staf akademik yang berstatus TETAP dan MASIH BERKHIDMAT

sahaja layak untuk memohon. ii. Setiap staf akademik hanya layak memohon SEKALI dalam setahun.

iii. Permohonan untuk menghadiri latihan yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinanan Pengajian Tinggi (AKEPT) adalah tidak dibenarkan, kecuali dengan arahan daripada pihak Universiti (Pengurusan Tertinggi) atau melalui Jawatankuasa Latihan UNIMAS dan perlu melalui semakan oleh Pusat Kepimpinan UNIMAS untuk kelulusan.

4. Biayaan i. Biayaan adalah di bawah vot latihan 29113, yang diletakkan di bawah Pusat

Pembelajaran Gunaan dan Multimedia (CALM). ii. Jenis biayaan yang dibenarkan:

a. Yuran latihan b. Kos penyediaan sijil tamat latihan

*Semua biayaan adalah berpandukan kadar dan kelayakan yang ditetapkan dalam WP1.10/2013 (Elaun, Kemudahan dan Bayaran Semasa Berkursus).

Page 3: GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN 2020...GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN Muka|2020 Surat 5dari 5 PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

Muka Surat 2 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

5. Prosedur Permohonan Setiap permohonan perlu disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

i. Borang Permohonan Latihan Luar Kampus Atas Talian (ACAD/T&D/C01/01) - borang ini boleh didapati dari laman web CALM https://is.gd/off_campus_training_form

ii. Risalah/brosur/laman web/portal mengenai latihan yang dipohon harus disertakan dengan maklumat latihan seperti sinopsis, tarikh, yuran dan cara pembayaran.

iii. Semua permohonon perlu mendapat sokongan dan kelulusan Ketua PTj masing-masing sebelum dihantar ke Unit Latihan Akademik, CALM.

iv. Permohonan mesti dihantar ke Unit Latihan Akademik, CALM sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum tarikh latihan.

Unit Latihan Akademik, CALM berhak untuk tidak mempertimbangkan permohonan yang dihantar lewat atau tidak lengkap.

6. Prosedur Kelulusan i. Permohonan yang telah diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik

dan Antarabangsa)/Pengarah CALM akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel oleh pihak Unit Latihan Akademik, CALM dan disusuli dengan memo kelulusan kepada pemohon. Salinan memo juga akan ditujukan kepada Ketua PTj.

ii. Memo permohonan bayaran yuran latihan akan dihantar oleh Unit Latihan Akademik, CALM kepada Pejabat Bendahari dan disalinkan kepada pemohon.

iii. Status permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel atau memo oleh pihak Unit Latihan Akademik, CALM.

7. Urusan Selepas Latihan Atas Talian i. Sesi perkongsian ilmu hendaklah diadakan dalam tempoh empat (4) hingga

enam (6) minggu selepas selesai latihan atas talian. ii. Sesi perkongsian ilmu perlu dilakukan sebelum sebarang tuntutan

kewangan dilakukan. iii. Sijil tamat latihan perlu diperolehi dalam tahun permohonan latihan. iv. Sesi perkongsian ilmu boleh diadakan sama ada di peringkat Universiti /

Fakulti / Jabatan / Program mengikut kesesuaian bidang latihan. v. Pemohon dikehendaki memajukan dokumen berikut untuk pengesahan

pihak CALM selepas tamat menghadiri latihan tersebut. a. Senarai kehadiran peserta yang menghadiri sesi perkongsian ilmu b. Sijil tamat latihan dan resit pembayaran c. Borang Laporan (ACAD/T&D/ C01/02) d. Salinan bahan latihan

vi. Dokumen berikut perlu dikemukakan kepada fakulti/pusat masing-masing selepas mendapat pengesahan daripada pihak CALM: a. Salinan memo kelulusan menghadiri latihan daripada pihak CALM b. Salinan sijil tamat latihan atau bukti penglibatan latihan

Page 4: GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN 2020...GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN Muka|2020 Surat 5dari 5 PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

Muka Surat 3 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

8. Semakan dan Pindaan Garis panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

mengikut arus perubahan dalam perundangan, dasar-dasar atau polisi-polisi Kerajaan dan peraturan yang berkuat kuasa; dan/atau apabila pihak Universiti berpandangan bahawa garis panduan ini perlu disemak atas keperluan Universiti bagi memastikan keberkesanannya.

Page 5: GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN 2020...GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN Muka|2020 Surat 5dari 5 PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

Muka Surat 4 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS (LLK) ATAS TALIAN

(SEBELUM LATIHAN)

MULA

Muat turun Borang LLK (ACAD/T&D/C01/01) di https://is.gd/off_campus_training_form

Melengkapkan Borang LLK, mendapatkan ulasan sokongan dan tandatangan kelulusan daripada Ketua PTj/Wakil Ketua PTj yang diturunkan kuasa, dan menghantar Borang LLK bersama memo kepada Penyelaras Unit Latihan Akademik, CALM sekurang - kurangnya 3 MINGGU sebelum tarikh latihan. Nota 1: Brosur/maklumat yang berkaitan dengan latihan seperti sinopsis, program tentatif, tarikh, dan maklumat pembayaran hendaklah disertakan. Nota 2: CALM berhak mengembalikan borang permohonan yang ‘Tidak Lengkap’ untuk pembetulan atau tidak mempertimbang permohonan yang diterima ‘Lewat’.

SEMAKAN

URUS SETIA

Permohonan LLK akan dipertimbang oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) atau Pengarah CALM samada DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN. Nota 1: Emel / Memo kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dan disalinkan kepada Ketua PTj dan Pejabat Bendahari.

TAMAT

TIDAK LENGKAP

LENGKAP

Page 6: GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN 2020...GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN Muka|2020 Surat 5dari 5 PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

Muka Surat 5 dari 5 GARIS PANDUAN LATIHAN LUAR KAMPUS ATAS TALIAN |2020

PROSES KERJA & CARTA ALIR PERMOHONAN LATIHAN LUAR KAMPUS

(LLK) ATAS TALIAN (SELEPAS LATIHAN)

MULA

Mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu dalam tempoh empat (4) hingga enam (6) minggu selepas selesai

latihan atas talian dan sebelum sebarang tuntutan kewangan dilakukan.

Memuat turun Borang Laporan LLK (ACAD/T&D/C01/02) di

https://is.gd/training_report

Melengkapkan Borang Laporan LLK dan mendapatkan tandatangan pengesahan daripada

Ketua PTj/Wakil Ketua PTj yang diturunkan kuasa.

Menyediakan Dua (2) Memo iaitu Memo Penghantaran Borang Laporan LLK dan Memo

Tuntutan LLK (jika perlu untuk menuntut) kepada Penyelaras Unit Latihan Akademik,

CALM.

Nota: Turut disertakan ialah Borang Laporan LLK, salinan senarai kehadiran peserta yang telah menghadiri sesi perkongsian ilmu yang

telah disahkan, salinan sijil tamat latihan (jika ada), salinan nota kursus serta salinan resit yuran (jika ada) yang telah disahkan.

TAMAT