pengajian am penggal 3- nanoteknologi

6
Pengajian Am 900/3 Topik 4.2 Sains dan Teknologi KEMAJUAN NANOTEKNOLOGI AMER HAKIMY BIN ZULKEFLI 6 ATAS 2

Upload: amer-hakimy

Post on 15-Apr-2017

246 views

Category:

Education


50 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Am Penggal 3- Nanoteknologi

Pengajian Am 900/3Topik 4.2 Sains dan Teknologi

KEMAJUAN NANOTEKNOLOGI

AMER HAKIMY BIN ZULKEFLI 6 ATAS 2

Page 2: Pengajian Am Penggal 3- Nanoteknologi

Nanoteknologi melibatkan komponen yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata.

Nanoteknologi adalah teknologi yang berkaitan dengan saiz iaitu dalam skala nano (1-100 nm) atau satu billion lebih kecil daripada sebarang benda yang bersaiz satu meter.

Page 3: Pengajian Am Penggal 3- Nanoteknologi

Antara tindakan Malaysia untuk melibatkan diri dalam bidang nanoteknologi.

Malaysia berjaya mendapatkan peruntukkan sebanyak RM 144.4 juta (USD 38 juta) daripada kerajaan Malaysia bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2006. Dengan adanya sejumlah wang yang besar untuk bidang ini kerajaan Malaysia membuktikan kesungguhan untuk memajukan bidang ini.

Kerjasama antarabangsa dalam bidang nanoperubatan. Pada tahun 2007, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengembangkan pendidikan dalam bidang nanoteknologi ke peringkat antarabangsa dengan bantuan Syarikat Teknologi Nanoperubatan Pharmasol Gmbh yang berpengkalan di Berlin, Jerman.

Page 4: Pengajian Am Penggal 3- Nanoteknologi

• Malaysia turut menyertai forum tahunan antarabangsa berhubung dengan nanoteknologi. Sebagai contoh, Forum Nano Asia (ANF) yang telah diadakan di Bangkok, Thailand pada tahun 2012 baru- baru ini telah menyentuh tentang “Nanolabelling and Safety Issue” and “ Green Nanotechnology”.

Malaysia turut menghantar delegasi untuk menghadiri pemaran antarabangsa berhubung nanoteknologi. Sebagai contoh, baru-baru ini satu delegasi dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah berkunjung ke Jepun untuk menyertai pameran “ Nanotech 2013” yang diadakan di Big Sight, Tokyo 30-31 Januari 2013.

Page 5: Pengajian Am Penggal 3- Nanoteknologi

Selain itu, mereka turut mengadakan perbincangan dengan wakil “Nanotechnology Business Creation Initiative (NBCI) iaitu Dr.Ichiro Hirata dalam bidang nanoteknologi bahan termaju Jepun.

• Malaysia telah mengetengahkan beberapa kajian tentang nanoteknologi antaranya ialah penyelidikan proses rawatan air buangan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan proses menghasilkan nanotiub karbon oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Page 6: Pengajian Am Penggal 3- Nanoteknologi

Kerjasama dan lawatan pakar di Universiti Tempatan dengan pihak luar. Sebagai contoh dalam bidang Sistem Mekanikal Nanoelekto (NEMS) dan Sistem Mekanikal Mikroelektro (MEMS), mulai tahun 2002, pakar nanoteknologi tempatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bekerjasama dengan pakar luar negara berhubung dengan kajian ini.

Beberapa siri lawatan ke negara-negara luar seperti China, Korea, Jepun selain negara-negara ASEAN sendiri telah diadakan untuk membolehkan pakar tempatan mengkaji dengan lebih mendalam bidang ini.