pengajian am 1

Upload: fatimah

Post on 10-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAJLIS MRSYUARAT KERAJAAN NEGERI

MAJLIS MRSYUARAT KERAJAAN NEGERIMajlis mesyuarat kerajaan Negeri ialah peruntukan tetap perlembagaan negeri.Majlis mesyuarat kerajaan Negeri menyerupai kabinet di peringkat persekutuan.Majlis mesyuarat kerajaan Negeri digelar kabinet di Sabah dan majlis tertinggi di sarawak.Majlis mesyuarat kerajaan Negeri biasanya mengandungi 4 hingga 12 orang ahli dari Dewan Undangan Negeri.

AHLI AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI DILANTIK OLEH RAJA ATAU YANG DIPERTUA AGONG a)raja atau Yang di Pertua negeri terlebih dahulu melantik menteri besar atau ketua menteri daripada ahli ahli Dewan undangan Negeri. b)raja atau Yang di pertua Negeri kemudian akan melantik ahli ahli Majli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lain atas nasihat Menteri Besar atau Ketua MenteriAhli ahli mesyuarat kerajaan negeri memegang jawatanselama diperkenakan oleh raja atau dipersetujui oleh Yang di pertua Negeri tetapi mereka boleh meletakkan jawatan pada bila - bila masaDi semenanjung Malaysia, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dikenali sebagai ahli Exco : ahli ahli Exco termasuk Menteri Besar atau Ketua Negeri.Di sabah dan sarawak ,ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri dikenali sebagai menteri.Majlis mesyuarat kerajaan negeri merupakan pembetuk dasar negeri yang tertinggi dan badan pemerintahan yang melaksanakan pentadbiran negeri .Ahli-ahli Majlis mesyuarat kerajaan negeri bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri.Ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri tidak boleh menjalankan pekerjaan atau profesion asal mereka.Majlis majlis mesyuarat kerajaan negeri mengandungi tiga orang ahli pegawai kerajaan(ex-officio)iaitu : a)setiausaha kerajaan negeri b)pegawai kewangan negeri c)penasihat undang undang negeriAhli Ex-Officio a)di negeri negeri beraja ,ketiga tiga orang ahli ex-officio boleh mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan Negeri tetapi mereka tidak berhak untuk mengundi. b)Di pulau pinang dan melaka ,hanya penasihat undang undnag negeri boleh mengambil bahagian dalam prosiding dewan undangan negeri tetapi beliau tidak berhak mengundi. c) di sabah dan sarawak ,ketiga tiga orang ahli ex-officio tidak berhak menghadiri persidangan dewan undngan negeri