pengajaran bahasa arab.pdf

11
PENGAJARAN BAHASA ARAB: PENAMBAHBAIKAN DALAM KAEDAH SERTA SILIBUS. Disediakah oleh : Siti Aisyah bt Mazlan Nadiyah bt hashim Rohaya bt Sulaiman Hasmiza bt Abd Majeed Universiti Teknologi Mara, Sarawak Abstrak Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak pra-sekolah dalam subjek Bahasa Arab agar sesuai dengan tahap umur mereka yang masih kecil. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Pelbagai kaedah yang terdapat dalam pengajaran yang digunakan di pelbagai peringkat pengajian. Namun agak membimbangkan jika teknik pengajaran yang digunakan sejak dari peringkat pra-sekolah dipandang remeh oleh para guru kerana akan menjejaskan minat mereka untuk terus menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Guru haruslah kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kanak-kanak tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan. Ada pepatah mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ini menjelaskan bahawa pada usia kanak-kanak lagi mereka perlu didedahkan dengan cabang-cabang ilmu agama kerana fikiran mereka masih bersih dan mudah menerima ajaran dan nasihat yang baik. Demikian juga dengan pengajaran Bahasa Arab yang sangat berkait rapat agama Islam perlu ditekankan sejak kecil lagi kerana ilmu ini sangat penting dalam memahami Islam. Dengan mempelajari Bahasa Arab secara berkesan maka kanak-kanak ini dapat mengenali Al-Quran dan memahami maksudnya dengan baik sejak kecil. Seterusnya menjadikan mereka cinta kepada amalan-amalan yang menjurus kepada pengukuhan jati diri sebagai seorang muslim. Mereka telah didedahkan dengan cinta Allah, Rasul, Al-Quran dan menjaga solat dalam kehidupan seharian. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dengan membuat kajian perpustakaan dan temubual bersama para tokoh yang mahir dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Pengkaji juga ada melampirkan contoh silibus yang digunakan oleh salah sebuah pra-sekolah di Universiti Islam Antarabangsa yang dikenali sebagai “Educare”. Melalui temubual dan kajian yang dilakukan, penulis dapat mengemukakan beberapa kaedah yang sesuai dan berkesan bagi peringkat kanak-kanak. Selain itu juga, pengkaji ada melampirkan contoh penambahbaikan kandungan silibus untuk mereka. Contohnya kanak-kanak mengetahui maksud perkataan dan menggunakannya di dalam ayat yang mudah dan berkaitan dengan nilai-nilai Islam untuk diamalkan. Kata kunci : Bahasa Arab, pra-sekolah, penambahbaikan, kaedah pengajaran, silibus PENDAHULUAN Usia kanak-kanak adalah amat penting kerana mereka adalah harapan masa depan negara. Oleh yang demikian pendidikan yang betul dan berkesan perlu disalurkan kepada mereka untuk menjadikan mereka masyarakat yang berilmu pada masa hadapan. Di dalam proses pendidikan, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang amat penting. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan persekitaran kanak-kanak semenjak dari kelahiran merangsang minat dan mampu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang sedemikian rupa, mampu menggalakkan percambahan saraf otak dan meningkatkan perkembangan aktiviti otak. (James Windell, 2012). Demikian juga bagi para guru perlu sentiasa berusaha mencari kemahiran dan kebolehan semasa

Upload: jais

Post on 04-Sep-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • PENGAJARAN BAHASA ARAB: PENAMBAHBAIKAN DALAM KAEDAH SERTA SILIBUS.

    Disediakah oleh :

    Siti Aisyah bt Mazlan

    Nadiyah bt hashim

    Rohaya bt Sulaiman

    Hasmiza bt Abd Majeed

    Universiti Teknologi Mara, Sarawak

    Abstrak

    Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak pra-sekolah dalam

    subjek Bahasa Arab agar sesuai dengan tahap umur mereka yang masih kecil. Pengalaman persekolahan dan

    pembelajaran yang berkesan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif

    sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Pelbagai kaedah

    yang terdapat dalam pengajaran yang digunakan di pelbagai peringkat pengajian. Namun agak membimbangkan

    jika teknik pengajaran yang digunakan sejak dari peringkat pra-sekolah dipandang remeh oleh para guru kerana

    akan menjejaskan minat mereka untuk terus menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi. Guru haruslah kreatif

    dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kanak-kanak tidak berasa bosan dengan teknik

    pengajaran yang digunakan. Ada pepatah mengatakan Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini menjelaskan bahawa pada usia kanak-kanak lagi mereka perlu didedahkan dengan cabang-cabang ilmu agama kerana fikiran

    mereka masih bersih dan mudah menerima ajaran dan nasihat yang baik. Demikian juga dengan pengajaran

    Bahasa Arab yang sangat berkait rapat agama Islam perlu ditekankan sejak kecil lagi kerana ilmu ini sangat

    penting dalam memahami Islam. Dengan mempelajari Bahasa Arab secara berkesan maka kanak-kanak ini dapat

    mengenali Al-Quran dan memahami maksudnya dengan baik sejak kecil. Seterusnya menjadikan mereka cinta

    kepada amalan-amalan yang menjurus kepada pengukuhan jati diri sebagai seorang muslim. Mereka telah

    didedahkan dengan cinta Allah, Rasul, Al-Quran dan menjaga solat dalam kehidupan seharian. Kaedah yang

    digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah dengan membuat kajian perpustakaan dan temubual bersama

    para tokoh yang mahir dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Pengkaji juga ada melampirkan

    contoh silibus yang digunakan oleh salah sebuah pra-sekolah di Universiti Islam Antarabangsa yang dikenali

    sebagai Educare. Melalui temubual dan kajian yang dilakukan, penulis dapat mengemukakan beberapa kaedah yang sesuai dan berkesan bagi peringkat kanak-kanak. Selain itu juga, pengkaji ada melampirkan contoh

    penambahbaikan kandungan silibus untuk mereka. Contohnya kanak-kanak mengetahui maksud perkataan dan

    menggunakannya di dalam ayat yang mudah dan berkaitan dengan nilai-nilai Islam untuk diamalkan.

    Kata kunci : Bahasa Arab, pra-sekolah, penambahbaikan, kaedah pengajaran, silibus

    PENDAHULUAN

    Usia kanak-kanak adalah amat penting kerana mereka adalah harapan masa depan negara. Oleh yang

    demikian pendidikan yang betul dan berkesan perlu disalurkan kepada mereka untuk menjadikan mereka

    masyarakat yang berilmu pada masa hadapan. Di dalam proses pendidikan, ibu bapa dan guru memainkan

    peranan yang amat penting. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan persekitaran kanak-kanak semenjak

    dari kelahiran merangsang minat dan mampu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang sedemikian

    rupa, mampu menggalakkan percambahan saraf otak dan meningkatkan perkembangan aktiviti otak. (James

    Windell, 2012). Demikian juga bagi para guru perlu sentiasa berusaha mencari kemahiran dan kebolehan semasa

  • proses mengajar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih seronok di

    kalangan kanak-kanak. Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga membimbing,

    membantu, mendidik, mengasuh, memberi tunjuk ajar serta menjadi contoh kepada pelajar. Oleh sebab itu, para

    guru perlu memiliki sebanyak mungkin ilmu pengetahuan tentang pengajaran dan mahir dalam menggunakan

    kaedah-kaedah yang sesuai supaya proses (P&P) menjadi lebih berkesan.

    Pelbagai kaedah yang terdapat dalam pengajaran yang digunakan di pelbagai peringkat pengajian.

    Namun agak membimbangkan jika teknik pengajaran yang digunakan sejak dari peringkat pra-sekolah

    dipandang remeh oleh para guru kerana akan menjejaskan minat mereka untuk terus menuntut ilmu di peringkat

    yang lebih tinggi. Menurut Judy Willis, (2008) Adalah penting untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran

    yang bersesuaian dengan kekuatan seseorang kanak-kanak itu. Ini akan menambahkan perkembangan sel-sel

    otak mereka secara tidak langsung. Teknik pengajaran sangat penting dalam sesebuah pra-sekolah. Guru

    haruslah kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya kanak-kanak tidak berasa

    bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan. Bagi usia kanak-kanak mereka sangat sesuai untuk

    mempelajari Bahasa Arab kerana fikiran mereka masih bersih dan mudah untuk mereka mempelajari Al-Quran

    dan mengamalkan ajaran Islam yang banyak bersangkut paut dengan Bahasa Arab.

    Oleh yang demikian, penyelidik telah memilih untuk menjalankan kajian di salah sebuah pra-sekolah di

    Universiti Islam Antarabangsa yang dikenali sebagai Educare. Penyelidik telah mengkaji kaedah pengajaran

    yang berkesan untuk digunakan oleh guru-guru di pra-sekolah tersebut. Selain itu, penyelidik melakukan

    penambahbaikan kandungan silibus untuk dipelajari oleh kanak-kanak ini. Kaedah perpustakaan dan temubual

    telah digunakan dalam kajian ini. Penyelidik amat berharap agar kajian ini dapat memberi maklumat berguna

    tentang kaedah pengajaran Bahasa Arab yang berkesan dan bermanfaat. Ianya juga dapat membuka minda dalam

    mengenalpasti kaedah dan silibus yang sesuai dan berkesan dalam proses P&P bahasa ketiga tersebut.

    MASALAH KAJIAN

    Penyelidik telah menjalankan pemerhatian yang bersistematik selama sebulan ke atas pelajar-pelajar di pra-

    sekolah Educare dengan melihat proses P&P berlangsung. Selain itu juga penyelidik telah meminta keizinan

    daripada pihak Educare untuk menjalankan proses P&P di sana. Berdasarkan pemerhatian terhadap kaedah

    yang digunakan oleh guru-guru di sana adalah kurang menarik perhatian kanak-kanak di sana untuk mempelajari

    Bahasa Arab kerana para guru tidak menyertakan bersama alat bantuan mengajar yang boleh membantu proses

    P&P tersebut. Tahap pemahaman kanak-kanak ini juga tidak mencapai tahap yang memuaskan kerana mereka

    kurang fokus dan kurang memhami terhadap apa yang disampaikan oleh guru mereka di hadapan kelas.

    Penyelidik juga menganggarkan sebanyak 50% daripada 25 orang pelajar tidak dapat menguasai pembelajaran

    Bahasa Arab pada hari itu. Ini adalah kerana mereka tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada proses

    P&P berikutan kaedah pengajaran yang digunakan kurang menarik. Bertitik tolak dari pemerhatian ini dan

    keputusan pencapaian pelajar itu, maka tercetus di minda penyelidik untuk membuat sedikit penambahbaikan

    terhadap teknik pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak dan juga silibus mereka bagi dicadangkan kepada

    pusat pra-sekolah tersebut supaya dapat dipraktiskan.

    Teknik pengajaran yang sangat penting dalam proses P&P terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang

    mempelajari banyak perkara yang baru bagi mereka. Bagi menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih

    berkesan para guru perlu mengambil berat tentang teknik dan cara pengajaran. Bagi usia kanak-kanak yang

    masih kecil mereka mudah belajar tentang sesuatu perkara di sekeliling mereka. Oleh itu para guru perlu

    bersama-sama menggunakan peluang ini untuk memudahkan pengajaran Bahasa Arab ini kepada mereka.

    Walaupun Bahasa Arab ini bukan bahasa ibunda mereka namun mereka perlu dipupuk untuk terus menggunakan

    bahasa ini dan sentiasa mempraktiskannya.

    Selain daripada itu, penyelidik merasakan betapa pentingnya silibus itu diajar selari dengan pemikiran

    kanak-kanak dan tidak terlalu berat untuk mereka dalam mempelajari Bahasa Arab ini. Malahan mereka akan

    berasa seronok dan ingin belajar dan terus belajar. Bagi silibus yang lebih berkesan bagi kanak-kanak ini mereka

  • memahami maksud perkataan yang dipelajari dalam bentuk ayat yang mudah berdasarkan tajuk yang tertentu.

    Dengan cara ini, mereka dapat lebih memahami maksud perkataan pada konteks yang tertentu dan begitu juga

    dapat terus menggunakan ayat yang mudah ini dalam perbualan harian mereka. Mereka bukan sahaja

    menggunakan ayat yang mudah itu dalam perbualan tetapi juga nilai yang baik dan akhlak islam yang

    terkandung dalam ayat tersebut dapat dipraktiskan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan cara ini, kanak-

    kanak ini bukan setakat mahir dalam bidang akademik sahaja tetapi shakhsiyah Islamiyyah mereka juga terjaga.

    OBJEKTIF KAJIAN

    1- Memahami kepentingan kaedah pengajaran Bahasa Arab di kalangan kanak-kanak.

    2- Mengenalpasti kaedah-kaedah pengajaran di kalangan kanak-kanak.

    3- Mencadangkan penambahbaikan dalam silibus pengajaran Bahasa Arab di kalangan kanak-kanak.

    Kepentingan dan keunikan kajian

    Bagi penyelidik kajian ini amat penting dan mempunyai keunikannya tersendiri. Bak kata pepatah Melayu

    melentur buluh biar dari rebungnya, maksudnya Bahasa Arab ini penting untuk didedahkan kepada kanak-kanak

    sejak di usia awal mereka. Ini bagi memudahkan mereka untuk mengenali bahasa ini sejak kecil dan akan

    menimbulkan minat untuk mempelajarinya. Walaupun Bahasa Arab ini tidak pernah digunakan oleh mereka di

    rumah tetapi mereka boleh dipupuk untuk mencintai Bahasa Arab ini sejak kecil dengan cara memberikan

    pendedahan yang awal dan secara berterusan.

    Selain itu pembentukan jati diri Muslim ke dalam diri seseorang lebih berkesan jika bermula dari seawal usia

    kanak-kanak kerana jiwa mereka masih bersih dan bersedia menerima apa sahaja ilmu yang baik dan tidak

    mudah memberontak apabila mereka ditegur dengan cara yang baik. Mereka amat mempercayai kata-kata

    seseorang yang amat dekat dengan mereka seperti ibu bapa dan guru-guru mereka. Kanak-kanak juga mudah

    meniru perbuatan seseorang yang berada di sekeliling mereka seperti ibu bapa, adik beradik atau orang lain dan

    akan membuat perkara yang sama yang telah diperhatikan itu. (James Windell,2012). Oleh yang demikian segala

    bentuk bimbingan dan ajaran yang baik sangat perlu ditunjukkan kepada mereka kerana mereka mudah

    menerima dan terus mengamalkannya.

    Di dalam kajian ini juga penyelidik ada melampirkan bersama pendapat daripada pakar-pakar dalam bidang

    Bahasa Arab di usia awal kanak-kanak. Adalah menjadi nilai tambah untuk kajian ini kerana pendapat para

    tokoh ini adalah berdasarkan ilmu mereka dan pengalaman yang sangat luas dalam bidang ini. Penyelidik amat

    berasa bertuah kerana dapat berkongsi idea dan maklumat bersama para pembaca melalui temuramah yang

    dijalankan bersama mereka. Dengan cara ini juga dapat mencetuskan idea dan memberi panduan kepada

    penyelidik untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan silibus untuk kanak-

    kanak. Penambahbaikan silibus dalam pengajaran Bahasa Arab yang dimaksudkan ialah kanak-kanak dapat

    mengetahui maksud perkataan dan menggunakannya di dalam ayat yang mudah yang dikaitkan dengan nilai-

    nilai Islam untuk diamalkan.

    KAEDAH KAJIAN

    1. Perpustakaan

    Kaedah perpustakaan ini bertujuan untuk mencari maklumat berkenaan kaedah yang digunakan oleh

    guru-guru di pusat pra-sekolah yang sesuai dengan tahap kanak-kanak ini.

  • 2. Pemerhatian bersistematik

    Penyelidik telah menjalankan pemerhatian bersistematik selama sebulan dengan membuat pemerhatian

    terhadap cara pengajaran yang telah digunakan oleh guru-guru di Educare tersebut. Selain itu juga

    penyelidik ada menjalankan juga proses P&P bersama kanak-kanak di pusat pra-sekolah tersebut

    selama satu hingga dua jam dalam seminggu selama sebulan. Bilangan pelajar yang mengambil subjek

    Bahasa Arab di dalam kelas tersebut ialah seramai 26 orang. Penyelidik telah menggunakan salah satu

    tajuk silibus yang digunakan oleh pusat tersebut berserta penilaian tahap kefahaman mereka terhadap

    silibus yang dipelajari. Kaedah penilaian yang digunakan oleh penyelidik lebih kepada penilaian dari

    segi kemahiran lisan yang kurang diambil perhatian oleh guru-guru di sana berbanding dengan

    kemahiran membaca dan menulis mereka dengan cara membuat latihan di dalam buku latihan.

    Berdasarkan penilaian yang dibuat kanak-kanak ini perlu dipupuk kemahiran lisan mereka dengan

    menggunakan Bahasa Arab kerana kemahiran ini sangat penting berbanding dengan kemahiran-

    kemahiran lain.

    3. Temubual

    Kaedah yang seterusnya ialah penyelidik telah menjalankan temubual bersama empat orang pensyarah

    yang pakar dalam bidang pendidikan berkaitan Bahasa Arab. Pada pendapat penyelidik kaedah

    menemubual dengan pakar dalam bidang ini amat penting kerana maklumat yang diperoleh adalah

    berdasarkan ilmu dan pengalaman luas yang pernah mereka lalui. Penyelidik juga telah mengajukan

    soalan-soalan yang berkaitan dengan kaedah pengajaran yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak di

    pra-sekolah dalam mempelajari Bahasa Arab dan juga pendapat mereka dalam menarik minat kanak-

    kanak ini untuk mempelajari bahasa tersebut dengan lebih berkesan.

    DAPATAN KAJIAN

    Penyelidik telah mendapati bahawa proses P&P yang digunakan di Educare kurang merangsang minat kanak-

    kanak untuk mempelajari Bahasa Arab dengan lebih berkesan. Mereka telah diajar oleh guru-guru mereka

    dengan menggunakan kaedah:

    1- Memberi syarahan kepada kanak-kanak

    Para guru hanya memberi syarah maksud sesuatu perkataan yang baru di hadapan kelas tanpa

    menyertakan sebarang alat bantuan mengajar yang boleh menarik minat kanak-kanak ini untuk belajar.

    Tambahan pula perkataan itu baru dipelajari oleh mereka.

    2- Menggunakan papan tulis

    Penyelidik mendapati guru-guru di sana juga menggunakan papan tulis di hadapan kelas sambil

    memberi syarahan. Guru-guru akan menulis perkataan-perkataan yang baru dipelajari pada hari itu.

    Walaupun papan tulis ini merupakan salah satu alat bantuan mengajar yang selalu digunakan namun

    adalah lebih baik sekiranya para guru menggunakan alat yang lebih moden dan canggih seperti

    komputer yang selari dengan teknologi zaman kini yang lebih menarik minat pelajar untuk lebih fokus

    di dalam kelas dengan lebih berkesan.

    3- Membaca beramai-ramai secara berulang

    Kanak-kanak ini juga diminta oleh guru-guru untuk membaca beramai-ramai secara serentak berulang

    kali. Kaedah pengajaran ini juga adalah sesuai dibuat untuk kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu

    perkataan baru. Akan tetapi bagi umur kanak-kanak ini mereka mudah berasa bosan dan akan menjadi

    kurang fokus dengan apa yang dibaca. Adalah lebih baik jika bacaan beramai-ramai itu disertakan juga

    dengan objek atau gambar yang berkaitan dengan perkataan tersebut atau sambil membuat aktiviti dan

    bergembira bersama mereka sambil belajar.

  • 4- Menggunakan kaedah pertanyaan

    Guru-guru di sana juga didapati menggunakan kaedah mengajukan pertanyaan kepada kanak-kanak ini

    apabila tamat pengajaran sesebuah silibus itu. Bagi pendapat peneyelidik guru yang ingin mengajukan

    pertanyaan ini terlebih dahulu perlu memastikan mereka dapat memahami pelajaran dengan baik

    dengan mengadakan aktiviti atau permainan yang secara tidak langsung mereka cuba mengingati apa

    yang dipelajari pada hari itu.

    Penambahbaikan kaedah pengajaran berdasarkan temubual

    Kajian telah dibuat melalui kajian perpustakaan dan temubual. Temubual telah dilakukan bersama empat orang

    pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas tentang pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Arab. Antara kandungan temubual itu ialah pendedahan kepada teknik pengajaran yang

    sesuai untuk kanak-kanak di peringkat pra-sekolah dan perlunya kaedah tersebut dipraktiskan di kalangan guru-

    guru.

    Temubual yang pertama bersama dengan Dr. Abdul Rahman bin Chik. Beliau merupakan Timbalan Dekan

    Kuliyyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa. Beliau mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam

    pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Antara pendapat yang telah dikongsikan oleh beliau ialah:

    1- Menggunakan perbendaharaan kata dalam ayat yang mudah. Dengan cara yang demikian dapat melahirkan

    kanak-kanak yang dapat membaca petikan dalam Bahasa Arab dengan mudah dalam bacaan yang kuat

    berdasarkan tajuk yang mudah. Contoh tajuk yang mudah dan sesuai dengan mereka ialah Keluargaku.

    2-Menunjukkan gambar-gambar yang menarik yang berkaitan dengan silibus dan kaedah bercerita. Kaedah ini

    boleh meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam kemahiran lisan. Dengan mempraktiskan kaedah pengajaran

    yang berkesan ini juga boleh menarik perhatian dan minat kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu yang baru.

    Kaedah bercerita merupakan salah satu cara yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajaran dengan baik

    terutamanya pada kanak-kanak. Selain itu, bercerita juga dapat membentuk akhlak murid. ( Ahmad Puhad Alim

    & Norliza Binti Abdul Manaf, 2010)

    3- Menggunakan komputer dan program yang khas untuk kanak-kanak juga sangat menarik minat mereka untuk

    mempelajari Bahasa Arab. Di samping kanak-kanak dapat melihat gambar dan mendengar bunyi yang terdapat

    dalam audio-visual ini mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru. Menurut Rio Sumarni Sharifudin et.al

    (2003), oleh kerana kanak-kanak tidak didedahkan dengan penggunaan strategi pembelajaran membaca di pra-

    sekolah mereka hanya mampu membaca dengan lancar dan tidak faham. Oleh yang demikian timbul kesedaran

    untuk memikirkan bentuk alternatif dengan menggunakan perwakilan visual dan audio yang mampu

    menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran membaca-faham di kalangan kanak-kanak pra-sekolah

    dengan lebih berkesan.

    4- Membuat aktiviti perbualan ringkas di kalangan mereka dan dipersembahkan di hadapan kelas. Kaedah ini

    dapat meningkatkan keyakinan mereka berdepan dengan orang ramai dan seterusnya meningkatkan kemahiran

    asas mereka terutamanya kemahiran lisan dalam Bahasa Arab.

    5- Mempelbagaikan aktiviti luar seperti di padang dan taman. Dengan kaedah ini kanak-kanak dapat bermain

    sambil belajar apa yang berada di sekeliling mereka tanpa rasa jemu dan bosan kerana lumrah seorang kanak-

    kanak itu adalah bermain dan tidak boleh duduk dalam masa yang terlalu lama dan formal. Semakin mereka

    bergerak semakin mereka dapat mempelajari sesuatu. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain

    merupakan pendekatan berkesan untuk mencorak dan memperkembang minda minda kanak-kanak selaras

    dengan fitrah kanak-kanak yang suka bermain. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak lebih bermotivasi untuk

    terus belajar berbanding dengan pendekatan secara langsung. (Sharifah Nor & Aliza, 2011).

  • Temubual yang kedua telah dibuat bersama Dr. Saupi bin Man. Beliau merupakan Pensyarah Kuliyyah

    Bahasa Arab dan Kesusasteraan Universiti Islam Antarabangsa dan mempunyai pengalaman selama 19 tahun

    dalam pengajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Antara pandagan beliau ialah:

    1- Kaedah permainan bahasa bersama kanak-kanak perlu dipraktiskan oleh guru-guru. Kaedah ini boleh

    menggunakan alat bantuan yang berteknologi tinggi dan serba canggih dalam membantu dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Para guru perlu sentiasa mengubah corak permainan dan muridnya lebih aktif

    ketika bermain. Dengan bemain akan memberi potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial kepada pelajar. Situasi

    bermain juga akan menyediakan peluang yang sangat baik untuk pertumbuhan sosial kanak-kanak kecil. (Ahmad

    Puhad Alim & Norliza Binti Abdul Manaf,2010)

    2- Mewujudkan suasana yang menggalakkan kanak-kanak ini untuk mempelajari dan mempraktis Bahasa Arab.

    Contohnya menampal perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab untuk menerangkan sesuatu tempat dan benda

    yang berada di sekeliling mereka. Apabila mereka sering membaca dan mengulangi penggunaannya di dalam

    perbualan mereka maka mudah bagi mereka untuk mempraktis bahasa ini.

    3- Menggalakkan kanak-kanak ini berbahasa Arab dengan menggunakan bahasa ini sepenuhnya dan tidak terlalu

    mudah untuk menterjemahkannya kepada bahasa ibunda, atau hanya menggunakan kaedah hafazan sahaja.

    Kanak-kanak ini didapati kurang menghayati dan tidak dapat menggunakan perkataan yang mereka pelajari

    kerana ianya telah diterjemahkan terlebih dahulu.

    4-Menggalakkan kanak-kanak ini bercakap dengan menggunakan Bahasa Arab seperti bertaaruf tentang diri

    mereka dalam Bahasa Arab di hadapan kelas dan kawan-kawan yang lain. Kemahiran lisan adalah antara

    kemahiran paling penting yang perlu ditekankan berbanding dengan kemahiran-kemahiran yang lain. Dengan

    latihan dalam kemahiran lisan ini maka secara tidak langsung kita memupuk kanak-kanak ini untuk

    menggunakan Bahasa Arab.

    BATASAN KAJIAN

    Kajian ini telah mengkaji silibus bahasa Arab di salah sebuah pra-sekolah di Universiti Islam

    Antarabangsa yang dikenali sebagai Educare. Di dalam pra-sekolah tersebut mempunyai kanak-kanak seawal

    umur mereka empat sehingga enam tahun. Akan tetapi mereka hanya akan belajar Bahasa Arab pada usia mereka

    enam tahun. Oleh itu, penyelidik hanya mengehadkan bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun kerana hanya

    mereka sahaja yang mempelajari Bahasa Arab. Penyelidik juga telah mengambil maklumat berdasarkan kajian

    perpustakaan dan melalui temubual bersama beberapa orang pensyarah yang pakar dalam pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Arab bagi kanak-kanak. Antara sebab mengapa penyelidik telah memilih kaedah ini ialah

    kerana dapat mengetahui tentang teori yang betul dan tepat dari sumber penerbitan yang pelbagai. Melalui

    temubual pula penyelidik memperoleh pelbagai maklumat dan pendapat yang bernas berdasarkan pengalaman

    dan pembacaan luas mereka.

  • Silibus Educare

    (5 :)

    No. Aktiviti/ Konsep

    Memahami dan menguasai bahasa

    1 Muhadasah perbualan mudah harian

    a. Selamat pagi

    /

    b. Selamat petang

    /

    c. Selamat datang

    d. Selamat tinggal / Jumpa lagi

    /

    e. Apa khabar?

    / /

    f. Hari ini hari apa?

    /

    g. Siapa nama awak?

    /

    h. Berapa umur awak?

    / /

    i. Inia pa? Itu apa?

    / / /

    2. Mengenal hari dalam seminggu:

    Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

    3. Mengenal ganti nama

    a. Awak ( lelaki (

    b. Awak ( perempuan )

    c. Saya

    4. Arahan dan aktiviti dalam kelas

    a. Tolong duduk

    b. Tolong senyap

    c. Warna dengan kemas/ sungguh-sungguh

    d. Duduk dengan baik / sopan

    e. Tolong jawab

    5. Mengenal huruf hijaiyyah- menyebut kalimah dan mengecam huruf awalan

    6. Mengecam dan mengenal kuantiti / nombor

    a. Kuantiti dan nombor 1-10 ( pengukuhan )

  • b. Kuantiti dan nombor 11-20

    11 11 11 11 15 11 11 11 11 12

    7. Mengecam dan mengenal alam semulajadi

    a. Bumi

    b. Langit

    c. Matahari

    d. Awan

    e. Bulan

    f. Bintang

    8. Mengecam dan mengenal haiwan peliharaan

    a. Kambing

    b. Ayam jantan

    c. Ayam betina

    d. Itik

    e. Kerbau

    f. Lembu

    g. Ikan

    h. Kucing

    9. Mengecam dan mengenal sayur- sayuran

    a. Kentang

    b. Cili

    c. Bawang

    Lobak d.

    Timun e.

    Bunga kubis f.

    Jagung g.

    neMeedee ceM eeMeeMea eMcegeeM 10.

    Bas a.

    b. Kereta

    c. Motosikal

    d. Basikal

    e. Keretapi

    f. Kapal terbang

    g. Feri

    11. Mengenal bulan-bulan Islam

    a. Muharram

    b. Sofar

    c. Rabiulawwal

    d. Rabiulakhir

    e. Jamadilawwal

    f. Jamadilakhir

    g. Rejab

    h. Syaban

  • i. Ramadhan

    j. Syawal

    k. Zulkaedah

    l. Zulhijjah

    HASIL KAJIAN

    PENAMBAHBAIKAN SILIBUS

    Keperluan penambahbaikan ke atas silibus educare:

    1) Belajar perkataan melalui pembinaan bentuk ayat yang mudah dan pendek.

    Relevannya ialah kanak-kanak mudah memahami maksud perkataan tersebut dalam konteks yang

    sesuai. Mereka juga dapat belajar bagaimana membuat ayat yang mudah dalam Bahasa Arab. Selain itu

    juga mereka dapat mengingati perkataan yang baru itu dengan mudah kerana perkataan-perkataan

    tersebut dimasukkan ke dalam ayat mempunyai nilai-nilai Islam yang dekat dengan kehidupan mereka

    sebagai seorang Muslim untuk dipraktiskan.

    2) Mengenalkan kanak-kanak dengan kebesaran Allah yang Maha Pencipta

    Relevannya ialah kanak-kanak mudah untuk mempelajari sesuatu ketika mencecah usia begini. Mereka

    perlu dididik untuk mengenal pencipta segala sesuatu di dalam muka bumi ini dengan

    menghubungkaitkan kejadian-kejadian yang wujud dengan kebesaran Allah swt. Bermula dari sini

    mereka akan mula melihat sesuatu kejadian itu dengan mata hati mereka bahawa setiap kejadian itu

    tidak boleh wujud dengan sendiri tanpa Penciptanya.

  • CONTOH PENAMBAHBAIKAN SILIBUS

    Pelajaran pertama

    Tajuk: Hari-hari dalam seminggu

    1) Hasil pembelajaran:

    Di akhir sesi pembelajaran kanak-kanak dapat:

    1- Mengetahui maksud perkataan

    2- Menggunakan perkataan bahasa arab ke dalam nilai-nilai yang bersangkutan dengan nilai islam

    3- Menggunakan perkataan yang dipelajari ke dalam ayat yang mudah

    2) Kandungan silibus yang dicadangkan

    Di dalam silibus, perkataan yang dipelajari dikaitkan dengan nilai Islam.

    Contoh:

    1- Saya bersolat Jumaat di masjid.

    2- Saya menziarahi datuk saya pada hari Sabtu.

    3- Saya menolong ayah dan ibu saya pada hari Ahad.

    3) Cara pengajaran yang digunakan

    1. Menyampaikan salam kepada kanak-kanak dan mereka berdiri sebagai tanda hormat.

    2. Menerangkan kepada mereka tentang Bahasa Arab merupakan bahasa Al-Quran dan menerangkan

    kepada mereka sebab mengapa mereka perlu belajar Bahasa Arab.

    3. Memulakan pelajaran dengan menunjukkan kad yang mengandungi perkataan-perkataan yang akan

    dipelajari pada hari itu. Guru akan membacanya dengan suara yang jelas sebanyak tiga kali.

    4. Kemudian guru meminta kanak-kanak mengulangi semula perkataan yang disebut.

    5. Selepas perkataan diulang oleh mereka, guru beralih kepada perkataan yang baru dan mengulangi cara

    ini sehingga selesai pelajaran untuk tajuk itu.

    6. Selapas bacaan bersama-sama, guru membuat aktiviti bahasa seperti mengarahkan kanak-kanak ini

    menyusun perkataan dengan susunan yang betul dengan cara menampal kad-kad yang tertera perkataan

    tersebut di atas papan tulis di hadapan kelas.

    4) Alat bantuan mengajar yang digunakan

    Kad, Pen, Kertas keras, plastisin

    5) Penilaian

    Guru hendaklah memastikan tahap kefahaman kanak-kanak ini dengan memberi contoh-contoh

    soalan yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari itu.

    6) Aktiviti tambahan

    Guru mengarahkan mereka menampal kad-kad yang dipelajari iaitu tentang hari-hari dalam seminggu secara

    tersusun. Pelajar yang pertama akan menampal hari yang pertama diikuti dengan pelajar yang lain yang akan

    menampal hari-hari yang berikut. Dengan cara ini guru dapat mengetahui kefahaman mereka tentang pelajaran

    yang dipelajari pada hari itu.

  • KESIMPULAN

    Kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memastikan

    tahap kefahaman pelajar itu lebih tinggi berbanding dengan hanya mengajar tanpa membuat perancangan dalam

    pengajaran. Pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) perlu dirancang secara teliti dan sistematik

    supaya menjamin proses mengajar dan belajar itu bermakna, berkesan dan menggembirakan. Oleh yang

    demikian penyelidik menjalankan kajian ini bagi membantu membuka minda para guru bahawa dengan kaedah

    pengajaran yang sesuai dan berkesan sahaja dapat membantu mancapai objektif dalam proses P&P tersebut.

    Tambahan pula bagi usia kanak-kanak yang mempunyai fitrah untuk bermain tetapi dalam pada masa yang sama

    mereka perlu didedahkan dengan ilmu yang berguna untuk masa depan mereka. Penyelidik berharap dengan

    sedikit penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan silibus ini dapat memberi sumbangan kepada para guru

    di pusat pra-sekolah umumnya dan di Educare khasnya.

    Rujukan:

    1- Ahmad Puhad Alim & Norliza Binti Abdul Manaf.(2010). Kaedah Pengajaran Guru-guru Pusat

    Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Bachok. Universiti Teknologi Malaysia.

    2- James Windell. (2012). Teach Your Child To Learn & Play.Advantage Quest Publications.

    3- Judy Willis. (2008). How Your Child Learns Best. Advantage Quest Publications.

    4- Hal W. Lanse. (2008). Teach Your To Read and Think. Advantage Quest Publications.

    5- Rio Sumarni Sharifudin, Abdul Hafidz Haji Omar dan Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji

    Hamid.(2003).Rekabentuk dan Keberkesanan Perisisan Multimedia Membaca-Faham Berasaskan

    Gambaran Visual Bagi Kanak-kanak Prasekolah.

    6- Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan

    Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa dan Literasi Murid Pra-sekolah. Jurnal Pemdidikan

    Bahasa Melayu: Malay Language Education(MyLEJ), 2(1), 141-159.