pengajaran bahasa arab sk

23
Amiruddin Mohd Saleh PENGENALAN Bahasa ِArab merupakan bahasa al-Quran yang diturunkan kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Menyedari tentang kepentingan Bahasa Arab, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Arab telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan mewajibkan murid yang beragama Islam mengikutinya dan menjadi pilihan kepada pelajar yang bukan beragama Islam. Tujuan mata pelajaran ini diperkenalkan adalah untuk menanam minat di kalangan murid untuk mempelajarinya dan menguasai kemahiran berbahasa iaitu dapat berkomunikasi di dalam Bahasa Arab dengan mudah. 1. TAJUK BAB CONTOH ُ اءَ ضْ عَ ِ مْ سِ جْ ل (ANGGOTA BADAN) - TAHUN 1 Dalam tugasan ini, saya telah memilih tajuk ُ اءَ ضْ عَ ِ مْ سِ جْ ل yang bermaksud anggota badan untuk dijadikan bab contoh. Tajuk ini merupakan bab yang ke sembilan di dalam Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 2007. Saya memilih bab daripada Tahun 1 ini kerana di sekolah saya baru tahun ini (2009) bermulanya program j-QAF. Kerja kursus tentang penyediaan satu bab contoh pengajaran Bahasa HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 1

Upload: gemaputra08

Post on 12-Jun-2015

11.300 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

PENGENALAN

Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran yang diturunkan kepada nabi junjungan kita

Nabi Muhammad S.A.W. Menyedari tentang kepentingan Bahasa Arab, Kementerian

Pendidikan telah memperkenalkan Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan

mata pelajaran Bahasa Arab telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan

mewajibkan murid yang beragama Islam mengikutinya dan menjadi pilihan kepada pelajar

yang bukan beragama Islam. Tujuan mata pelajaran ini diperkenalkan adalah untuk menanam

minat di kalangan murid untuk mempelajarinya dan menguasai kemahiran berbahasa iaitu

dapat berkomunikasi di dalam Bahasa Arab dengan mudah.

1. TAJUK BAB CONTOH

�ع�ض�اء� أ م �جس� TAHUN 1 - (ANGGOTA BADAN) ال

Dalam tugasan ini, saya telah memilih tajuk ع�ض�اء�� أ م �جس� ال yang bermaksud anggota

badan untuk dijadikan bab contoh. Tajuk ini merupakan bab yang ke sembilan di dalam

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

2007. Saya memilih bab daripada Tahun 1 ini kerana di sekolah saya baru tahun ini (2009)

bermulanya program j-QAF. Kerja kursus tentang penyediaan satu bab contoh pengajaran

Bahasa Arab ini diharapkan dapat memberi impak yang positif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Arab di sekolah.

2. BAB CONTOH

(LAMPIRAN)

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 1

Page 2: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

a) Murid mendengar sebutan dan menyebut:

b) Menyebut mengikut bacaan guru :

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 2

Page 3: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

�ن�ط�ق� يدا إ ج�

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 3

Page 4: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

c)Bernasyid

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 4

Page 5: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

d) Menulis kalimah dengan betul:

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 5

Page 6: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 6

Page 7: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

األولى: النموذجية التدريبات(1)

والكلمات الصور بين وفق

د�ر� (1 ص�

أ�س (2 ر�

ل� (3 ر�ج�

ب�ط�ن� (4

ي�د� (5

الثانية: النموذجية (التدريبات2)

المناسب بالحرف الفراغ إمالء

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 7

Page 8: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

1) 2)

3 ) 4)

5 )

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 8

يأر

ب

جرص

ط

ل

Page 9: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

3.HASIL PEMBELAJARAN

Melalui tajuk ( ع�ض�اء�� أ م �جس� ال ) atau Anggota Badan di dalam buku teks Bahasa Arab untuk murid Tahun 1 dalam bab yang kesembilan, di akhir pembelajaran murid akan dapat:

1) Murid dapat menyebut lima nama anggota badan dalam Bahasa Arab dengan betul.

Murid-murid akan diminta untuk menyebut lima nama anggota badan dalam

Bahasa Arab mengikut sebutan guru dengan betul secara kelas, kumpulan dan

individu. Melalui cara ini murid akan dapat menyebut dengan betul dan mengingati

kalimah beserta makna berkaitan dengan tajuk tersebut.

2) Murid dapat memadankan antara gambar dan nama anggota badan dalam Bahasa

Arab

Disamping kemahiran bertutur dengan menyebut kelima-lima nama anggota

badan tersebut, murid akan diminta untuk memadankan gambar dan kalimah yang

telah dipelajari.Melalui cara ini, ia dapat mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap

pelajaran yang sedang diajar.

3) Murid dapat menulis nama anggota badan dalam Bahasa Arab dengan betul.

Selain dari itu, guru juga akan menerapkan kemahiran menulis kalimah-

kalimah yang telah dipelajari. Guru akan menunjukkkan cara menulis kalimah-

kalimah tersebut disamping meminta murid untuk mengikutinya. Seterusnya guru

akan meminta murid menulis kalimah-kalimah tersebut tanpa bantuan guru di dalam

buku tulis dan lembaran kerja yang akan diberikan yang bertujuan untuk pengukuhan

terhadap topik yang telah diajar.

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 9

Page 10: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

4.KEMAHIRAN DAN ASPEK BAHASA DALAM BAB CONTOH

Kemahiran yang dipilih untuk tajuk ini ialah :

4.1 Kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran untuk menilai penguasaan sama

ada mampu atau tidak apa yang didengar. Ianya juga digunakan untuk menilai

kemampuan pelajar untuk mendapatkan maklumat yang betul. Dengan adanya

kemahiran ini, pelajar dapat mengetahui bunyi yang dituturkan dan membezakannya.

Kemahiran mendengar membolehkan pelajar :-

1) Mendengar bunyi huruf.

2) Mendengar bunyi huruf dan mengulangi huruf yang telah didengari.

3) Mendengar kalimah dan memahaminya.

4) mendengar kalimah yang dipelajari dan menggunakannya di tempat yang sesuai.

4.2 Kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran

kemahiran mendengar. Kemahiran bertutur membolehkan pelajar:-

1) Menyebut bunyi huruf dengan betul dan mampu membezakan bunyi antara huruf.

2) Menyebut mengikut intonasi yang betul.

3) Menggunakan kalimah yang dipelajari di tempat yang sesuai.

4) Mengemukan soalan dan menjawabnya.

4.3 Kemahiran menulis

Kemahiran menulis bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan pelajar

menulis huruf, perkataan dan ayat dengan jelas. Tulisan ini hendaklah ditulis dengan

kaedah penulisan bahasa arab yang betul.

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 10

Page 11: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

Dengan adanya kemahiran menulis pelajar akan dapat:-

1) Menyalin huruf, kalimah dan ayat dengan betul.

2) Menulis huruf, kalimah dan ayat dengan betul.

3) Menulis huruf, kalimah dan ayat dengan menggunakan kaedah penulisan yang

betul.

4.4 Kemahiran membaca

Kemahiran membaca bertujuan untuk mengetahui penguasaan pelajar untuk

membaca kalimah, ayat dan perenggan dengan baik dan memahaminya.

Dengan adanya kemahiran membaca pelajar dapat:-

1) Membaca kalimah dan ayat mengikut intonasi yang betul dengan lancar dan

memahaminya.

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 11

Page 12: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

5.LANGKAH PENGAJARAN

Maklumat Umum

Hari : Isnin

Tarikh : 13 Jun 2009

Kelas : 1 Cemerlang

Bilangan Murid : 35 orang

Masa : 10.05 – 11.05 pagi

Tajuk : Anggota Badan (( الجسم أعضاء

Pengetahuan : Murid telah mengetahui beberapa nama anggota badan

Sedia Ada dalam Bahasa Arab

Objektif Umum : Menerapkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Arab

Hasil pembelajaran : Diakhir pembelajaran murid dapat:

1) Murid dapat menyebut lima nama anggota badan

dalam Bahasa Arab dengan betul

2) Murid dapat memadankan antara gambar dan nama

anggota badan dalam Bahasa Arab

3) Murid dapat menulis nama anggota badan dalam

Bahasa Arab dengan betul.

Kemahiran Utama : 1) Mendengar 2)Membaca 3)Bertutur

Kemahiran Sampingan : 1) Menulis

KBKK : 1) Bahasa Inggeris 2) Pendidikan Jasmani

Kesihatan

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 12

Page 13: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

Penerapan Nilai : 1) Bersyukur 2) Menjaga Kesihatan Diri

Bahan Bantu Mengajar : 1) Gambar 2) Kad Imbasan 3) Kotak 4) Radio

Langkah Isi pembelajaran Aktiviti ABM

Pengenalan

(4 minit)

Bacaan doa: Doa

Mula Belajar

افتح " اللهم عليناحكمتك،

مـن علينا وانشـر يا رحمـتـك خزائن" الراحـمين أرحم

Guru memilih seorang murid untuk membaca doa dan murid lain mengaminkan doa tersebut.

Slide Power Point

Doa

Set Induksi

(5 minit)

Soal jawab:

“ Apa Ini?”

1. Guru meminta seorang pelajar ke hadapan.

2. Guru menunjukkan kearah beberapa anggota badan pelajar tersebut. Contonya kepala dan tangan sambil bertanya “apa ini?”

3. Guru meminta pelajar menjawab soalan tersebut di dalam bahasa Malaysia dan bahasa inggeris.

4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran.

Benda maujud

(Murid)

Menyebut perkataan:

1. Guru membentangkan kad kalimah bersama gambar dan menyebut perkataan perkataan tersebut dengan betul sebanyak tiga kali dan murid

1. Kad kalimah

2. Gambar

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 13

Page 14: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

Langkah 1

(15 minit)

1.

2.

3.

4.

5.

hendaklah mendengar sebutan tersebut dengan teliti.

2. Selepas guru menyebut perkataan tersebut, murid dikehendaki mengulanginya beramai-ramai dengan betul.

3. Guru meminta murid menyebut perkataan tersebut secara kelas, berkumpulan dan individu.

4. Guru menyebut sekali lagi perkataan tersebut sambil menunjukkan anggota badan dan dikukuhkan lagi dengan gambar yang berkaitan.

anggota

badan

3. Benda

maujud

Kemahiran:

Mendengar dan

menyebut

Langkah 2

(15 minit) Menulis kalimah:

1. رأس

2. صدر

3. يد

4. بطن

5. رجل

1. Guru menyebut kalimah dan menunjukkan cara yang betul untuk menulis kalimah tersebut.

2. Guru meminta pelajar menulis perkataan tersebut pada buku latihan.

3. Guru memilih seorang pelajar untuk menulis kalimah tersebut dengan betul dan menyebutnya sambil menujukkan anggota badan tersebut.

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 14

Page 15: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

Langkah 3

(16 minit)

Kegiatan

pengukuhan.

1. Guru melekatkan gambar manusia di papan hitam. Selepas itu meletakkan perkataan bahasa melayu di dalam kotak beracun.

2. Muzik dimainkan, apabila muzik diberhentikan pelajar yang mendapat kotak hendaklah memilih perkataan tersebut , seterusnya pelajar hendaklah memilih kad kalimah yang dibentangkan dan melekatkannya pada anggota badan yang betul.

Permainan kotak

beracun (mengisi

tempat kosong)

-Radio dan

Kotak

6. CADANGAN LATIHAN DAN AKTIVITI

1. Lembaran kerja

Mengisi tempat kosong dengan huruf yang sesuai.

Memadankan nama anggota badan dengan gambar.

Memilih gambar yang betul berdasarkan kalimah yang diberikan.

2. Permainan

Permainan kotak beracun – Meletakkan kalimah di dalam kotak dan murid yang dapat

kotak tersebut akan memilh satu kalimah. Kalimah tersebut hendaklah ditampalkan pada

anggota badan yang betul.

3. Kuiz

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 15

Page 16: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

Soal jawab - Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan menyoal beberapa

soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.

Menunjukkan gambar dan meminta pelajar menyebut kalimah yang sesuai.

Memadankan kalimah dan gambar.

7.KAEDAH PENILAIAN

Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.penilaian

merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguana bagi menetukan pencapaian

sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pangajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penilaian

perlulah dijalankan secara berterusan.

Penilaian di sekolah dilaksanakan mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) .

penilaian ini mempunyai prinsip-prinsip berikut;

Bersifat formatif

Mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani dan

jasmani)

Bersistem dan berterusan

Menggunakn pelbagai kaedah (peerhatian, lisan dan penulisan)

Berasaskan criteria

Dikendalikan oleh guru

Membolehkan tindakan susulan.

Penilaian boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu penilaian secara pemerhatian

secara lisan dan penulisan.

7.1 Penilaian secara pemerhatian

Digunakan untuk melihat aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan.

Antaranya ialah sikap, perlakuan (amalan nilai murni) amali dan kemahiran bersosial.

Contohnya guru dapat menilai sikap pelajar melalui hasil kerja mereka.

7.2 Penilaian secara lisan.

Digunakan untuk mengumpuakan maklumat semasa berlaku interaksi antara murid dengan

guru, murid dengan murid dan murid dengan bahan pembelajara. Kemahiran ini boleh dinilai

melalui aktiviti seperti bacaan, perbuaalan dan perbincangan.

7.3 Penilaian secara penulisan.

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 16

Page 17: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

Penilaian ini melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan

murid seperti karangan ,laporan projek, latihan, ujian dan huraian.

Penilaian ini digunakan unutk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid

meliputi kemahiran menulis, penggunaan tanda baca dan penguasaan perbendaharaan kata.

8. RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (20(H). Keperluan Kurikulum Bahasa Arab Dalam Era Millenium. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Buku Teks Bahasa Arab KomunikasiTahun 1 . Dewan bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008e). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Saiful Bahri Yaziz, Rozlina Abdul Aziz, Habsah Omar. (2009) . HBIS 1203 Pendidikan Islam Pra Sekolah dan Tahun 1. Kuala Lumpur. Open University Malaysia.

Toimah, R. A. (1989). Taalim al arabian li ghairi an natiqin biha: Manahijuhu wa asalibuhu.

Wilkins, D. A. (1976). Notional syllabus. London: Oxford University Press.

Zawawi Ismail, Zawadi Che Seman, Mohd Sukki Othman (2009) HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Open University Malaysia.

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 17

Page 18: Pengajaran Bahasa Arab SK

Amiruddin Mohd Saleh

HBAL 1203 Kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah 18