penerapan unsur kecindan dalam proses · pdf filerajah 1.1 : kerangka teori kajian 11 rajah...

41
PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK TEKNOLOGI WAN NUR HASYMY BIN WAN MANSOR Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia JULAI 2014

Upload: duongkhuong

Post on 18-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN REKA BENTUK TEKNOLOGI

WAN NUR HASYMY BIN WAN MANSOR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal

(Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

JULAI 2014

Page 2: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

v

ABSTRAK

Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka

unsur kecindan, mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan, mengenal pasti

unsur kecindan yang dominan dan mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan

perempuan dalam penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar

mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi di sekolah rendah di mana populasinya

seramai 110 dan responden adalah 80 orang. Data dianalisis menggunakan

pendekatan Model Pengukuran Rasch. Dapatan kajian yang menggunakan borang

soal selidik sebagai instrument dianalisis menggunakan program Winstep 3.69.1.11

yang mengaplikasikan model pengukuran Rasch. Melalui analisis yang dijalankan,

dapatan skor min digunakan untuk menentukan meneroka unsur kecindan, mengenal

pasti tahap penerapan unsur kecindan dan mengenal pasti unsur kecindan yang

dominan. Sementara dapatan Differential Group Functioning (DGF) pula digunakan

untuk mengenalpasti mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam

penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk

Teknologi. Hasil analisis menunjukkan penerapan unsur kecindan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi adalah berada pada tahap yang

sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan di antara guru perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan

unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Hasil

kajian ini diharapakan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada

pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta

peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

Page 3: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

vi

ABSTRACT

Humour is an important element in the learning process. Therefore, this study aimed

to explore the elements humour, identifying the elements humour application,

identifying the dominant element humour and identify the different male and female

teachers in the implementation of humour and element in the teaching and learning

of Design Technology. The sample consisted of teachers who teach Design

Technology in primary schools where the population is 110 and the respondent is 80.

Data were analysed using the Rasch measurement model approach. A set of

questionnaires were used as research instrument and the data obtained from

questionnaires have been analysed using Winsteps3.69.1.11 program to do Rasch

model analysis. Mean score value were used to explore the elements humour,

identifying the elements humour application and identifying the dominant element

humour. Meanwhile Differential Group Functioning (DGF) were used determine and

identify the different male and female teachers in the implementation of humour

and element in the teaching and learning of Design Technology. The analysis of the

application of humour element in the teaching and learning of Design Technology is

located at the medium level. The study also showed no significant differences

between different teachers male and female teachers in the implementation of

humour element in the teaching and learning of Design Technology. This study

hoped to serve as a guideline for the implementation of the application humour

element in teaching, learning and professional development of teachers in schools.

Page 4: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 5

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif kajian 8

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Skop kajian 9

1.7 Kepentingan kajian 9

1.8 Kerangka teori 10

1.9 Konsep kajian 12

1.10 Definisi terminology 14

1.10.1 Unsur kecindan 14

1.10.2 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) 15

Page 5: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

viii

1.10.3 Mata Pelajaran Reka Bentuk

Teknologi (RBT) 15

1.10.4 Penyampaian guru 16

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Teori-teori berkaitan dengan kecindan 16

2.2.1 Teori inkongruiti (incongruity theories) 16

2.2.2 Teori pelepasan energi (relief theories) 17

2.2.3 Teori superioriti (superiority theories) 17

2.2.4 Teori Pembelajaran Sosial 17

2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism 19

2.3 Kecindan 21

2.4 Jenis – jenis kecindan 21

2.4.1 Cerita Jenaka 22

2.4.2 Lawak 24

2.4.2.1 Lawak Bodoh 25

2.4.2.2 Lawak Slapstick 25

2.4.2.3 Lawak spontan 25

2.4.2.4 Lawak lucah 25

2.4.3 Bahasa sindiran 26

2.4.4 Kartun 28

2.4.5 Teka-teki 30

2.5 Kelebihan dan kekurangan penerapan unsur kecindan 31

dalam pengajaran pembelajaran

2.6 Pengajaran berkesan 36

2.6.1 Ciri-ciri guru sebagai pencerita dramatic 36

2.6.2 Teknik pengajaran guru 37

2.7 Kaedah pengajaran guru 39

2.8 Amalan kecindan di dalam proses pengajaran 39

dan pembelajaran

2.9 Penutup 40

Page 6: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 41

3.1 Pengenalan 41

3.2 Reka bentuk kajian 41

3.3 Populasi dan sampel kajian 45

3.4 Prosedur kajian 46

3.5 Instrumen kajian 47

3.6 Kajian rintis 50

3.6.1 Kebolehpercayaan 52

3.6.2 Indeks pengasingan item 53

3.6.3 Polariti item 54

3.6.4 Kesesuaian item dengan konstruk 56

3.6.5 Nilai kolerasi residual terpiawai 58

3.6.6 Ringkasan item kekal dan gugur 59

3.7 Analisis data 60

3.7.1 Ringkasan penganalisisan data 61

3.8 Penutup 62

BAB 4 ANALISIS DATA 63

4.1 Pengenalan 63

4.2 Statistik deskriptif 63

4.2.1 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 64

4.2.2 Persoalan Kajian 1: Apakah unsur kecindan yang 64

Diterapakan semasa pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi ?

4.2.3 Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan unsur 66

kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi ?

4.2.4 Persoalan Kajian 3: Apakah unsur kecindan yang 67

dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi ?

4.3 Statistik inferensi 68

Page 7: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

x

4.3.1 Persoalan Kajian 4: Mengenal pasti perbezaan 69

guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur

kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi.

4.4 Penutup 71

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 72

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan kajian 72

5.3 Perbincangan dapatan kajian 73

5.3.1 Rumusan dapatan kajian 1: Meneroka unsur kecindan 74

yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi

5.3.2 Rumusan dapatan kajian 2: Mengenal pasti tahap 75

penerapan unsur kecindan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi

5.3.3 Rumusan dapatan kajian 3: Mengenal pasti unsur 76

kecindan yang dominan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi

5.3.4 Rumusan dapatan kajian 4: Mengenal pasti perbezaan 77

guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur

kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi

5.4 Cadangan dapatan lanjutan 78

5.4.1 Pihak JPN dan PPD 78

54.2 Pihak pentadbir sekolah dan guru 79

5.5 Cadangan kajian lanjutan 80

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 81

LAMPIRAN 86

Page 8: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

xi

SENARAI JADUAL

Jadual 3.3: Populasi kajian mengikut sekolah 45

Jadual 3.2 : Cadangan pemilihan saiz sampel oleh 46

Linacre (2005)

Jadual 3.3 : Pemarkahan item-Item Skala Likert 48

Jadual 3.4 : Soal selidik dan bilangan item bahagian

A, B, C, D dan E 50

Jadual 3.6: Garis panduan bagi penentuan saiz sampel 51

Jadual 3.7: Ringkasan statistik bagi kebolehpercayaan instrumen 52

Jadual 3.8: Indikator bagi kebolehpercayaan responden 53

Jadual 3.9: Ringkasan statistik bagi kebolehpercayaan responde 53

Jadual 3.10: Ringkasan statistik bagi indeks pengasingan item 54

Jadual 3.11 menunjukkan dapatan bagi analisis yang 54

dijalankan untuk menentukan polariti item

Jadual 3.12 : Kesesuaian item dengan konstruk 57

Jadual 3.13: Nilai korelasi residual terpiawai 58

Jadual 3.15: Ringkasan bagi item yang dikekalkan dan digugurkan 59

Jadual 3.16: Analisis item measure 60

Jadul 3.17: Interprestasibagi nilai skor min 60

Page 9: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

xii

Jadual 3.18 menunjukkan ringkasan bagi kaedah analisis 61

dan instrumen kajian berdasarkan kepada persoalan

kajian yang dibina

Jadual 4.1: Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 64

Jadual 4.2: Analisis keseluruhan bagi unsur kecindan yang 65

diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi

Jadual 4.3: Dapatan analisis bagi tahap penerapan unsur 66

kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi

Jadual 4.4: Analisis unsur kecindan yang dominan yang 67

diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi

Jadual 4.5: Analisis DGF 70

Page 10: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

xiii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11

Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada 12

Teori Pembelajaran Sosial Yang Diataptasi Daripada

Teori Bandura (1986)

Rajah 3.1 : Kerangka Reka Bentuk Kajian 44

Rajah 4.1: Skala min logit (Sumber: Keeves & Alagumalai, 1999) 69

Page 11: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

xiv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

IPG - Institut Pendidikan Guru

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

RBT - Reka bentuk Teknologi

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah

KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

Bil - Bilangan

DGF - Differential Group Functioning

DIF - Differential Item Functioning

- alpha

- nilai yang lebih kecil

- nilai yang lebih besar atau sama dengan

Page 12: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

xv

SENARAI LAMPIRAN

A Carta Gantt 86

B Borang soal selidik kajian rintis 88

C Borang soal selidik kajian sebenar 98

D Pengesahan soal selidik 108

E Surat kebenaran kajian 111

F Persoalan Kajian 1: Apakah unsur kecindan yang 115

Diterapakan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi ?

G Persoalan Kajian 2: Apakah tahap penerapan unsur 117

kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi ?

H Persoalan Kajian 3: Apakah unsur kecindan yang dominan 119

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi ?

I Persoalan Kajian 4: Mengenal pasti perbezaan 121

guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan

dalam pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi

Page 13: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kecindan atau ‘sense of humor’ di istilahkan sebagai satu jenaka, lawak, dan kata-kata

atau perbuatan yang kelakar. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang

manusia, objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau

terhibur. Unsur kelakar atau lawak ini boleh digunakan dan diterapkan oleh guru semasa

mengajar di dalam kelas. Menurut kajian yang dilakukan oleh Frymier et al. (2008),

jenaka dalam bilik darjah membantu berlakunya interaksi guru dan murid dengan lebih

lancar untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. Suasana kecindan boleh berlaku

apabila kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang yang boleh menyebabkan oang lain

kecewa. Suasana yang wujud ini dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan

segera. Plato pernah menulis “We laugh when we see the weakness of another” Salah

satu peranan penting seseorang guru adalah membina hubungan baik guru dan murid.

Hampir setiap hari seorang guru bercakap dan berinteraksi dengan muridnya. Oleh itu

bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada kerja guru. Bagi mewujudkan

hubungan baik antara guru dan murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan

melakukan jenaka atau kecindan.

Menurut oleh Barry and King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati,

adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan selain seorang guru,

terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil.

Dengan cara itu guru dapat mendekati mereka, menggalakkan mereka bertanya dan

berkongsi lawak jenaka membolehkan murid merasai guru sebagai seorang kawan.

Page 14: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

2

Kelas yang tidak ada jenaka dianggap membosankan dan juga dikatakan sebagai kurang

mesra. Sebaliknya, kelas yang dipenuhi dengan jenaka yang relevan dianggap menarik

oleh murid. Berdasarkan kepada Garner (2006), guru yang mengamalkan jenaka

diklasifikasikan oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu.

Malikow (2007) pula menyatakan bahawa 59% pelajar menyatakan guru yang

mempunyai ciri-ciri jenaka adalah guru yang berkesan. Hubungan baik yang terjalin

antara guru dan murid akan dapat membantu mengawal masalah disiplin dan salah laku

dalam kalangan murid. Sebagai seorang guru guru perlu mengamalkan kecindan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana hidup tanpa kecindan atau jenaka adalah amat

membosankan, manakala dengan melakukan sedikit jenaka atau kecindan akan

membantu tugas kita bagi merangsang pembelajaran, membolehkan pengajaran dan

pembelajaran mudah diingati. Kajian menunjukkan kecindan dalam bilik darjah

membantu interaksi guru dan murid berlaku dengan lebih lancar dan menambahkan

kuantiti serta kualiti masa bercakap pelajar.

Sejak 25 tahun kebelakangan ini sahaja penyelidikan mengenai kecindan dalam

pendidikan telah dilakukan. Berdasarkan kepada penemuan penyelidikan pendidikan

dalam bidang ini sehingga kini, adalah benar untuk dirumuskan bahawa kecindan boleh

mewujudkan suasana yang membantu pembelajaran, meningkatkan perhatian dan

keseronokan belajar, membantu pembelajaran menahan pelajar untuk terus belajar dan

meningkatkan kemahiran berfikir. Unsur kecindan sebagai salah satu daripada enam

kunci penting untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Unsur kecindan boleh

membantu seseorang itu menjadi guru yang baik dan berjaya. Unsur jenaka yang

disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat mengurangkan situasi

tegang dalam bilik darjah. Amalan kecindan dalam kalangan guru juga akan

membolehkan murid merasa lebih seronok dan membantu murid menumpukan perhatian

kepada pelajaran. Manakala manfaat dalam kalangan guru pula, mereka akan dapat

menikmati situasi kerja dengan lebih seronok dan terhibur apabila melihat reaksi anak

didik seronok dan ketawa. Ini menyumbang kepada kehidupan yang lebih gembira

dalam menghadapi situasi kerja yang kadang kala menimbulkan ketegangan (stress).

Kadang kala guru boleh membuat lawak yang di istilahkan sebagai lawak

“bodoh” semasa mengajar yang mana akan ditertawakan oleh murid, kadang kala

Page 15: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

3

kecindan dapat dikongsi bersama murid dan kadang kala pula kecindan yang dihasilkan

oleh murid. Ini boleh membuatkan seseorang yang mempunyai sikap positif dan unsur

kecindan akan sentiasa gembira sepanjang kariernya sebagai seorang guru. Menurut

Fattah. A (2001), Rasulullah menggunakan pendekatan seloka dan gurau senda (yang

tidak keterlaluan) sebagai satu kaedah pengajaran. Baginda bergurau semasa mengajar

para sahabat dan pengikutnya namun perkataan yang keluar daripada mulut baginda

hanyalah perkataan yang benar. Menurut kajian yang telah dijalankan, kelas yang tidak

ada kecindan dianggap membosankan dan kurang mesra. Kelas yang dipenuhi dengan

kecindan yang relevan dianggap menarik oleh murid. Guru yang mengamalkan unsur

kecindan yang tinggi dinilai oleh murid sebagai lebih positif dan membantu mereka

dalam proses pembelajaran. Unsur kecindan boleh meningkatkan kreativiti dan

pembelajaran. Beberapa kajian menunjukkan pelajar yang mendengar rakaman dan

menonton filem yang mengandungi unsur kecindan dapat membantu meningkatkan

pencapaian dalam skor secara signifikan dalam ujian kreativiti. Banyak manakah unsur

kecindan yang harus dimasukkan ke dalam sesi pengajaran? Menurut seorang

penyelidik, ‘rule of thumb’ bagi mengamalkan kecindan kepada pelajar antara adalah

tiga (3) hingga lima (5) kali bagi setiap 50 minit waktu pengajaran.

Menurut Desberg & Others (1981), Suasana kecindan dikatakan dapat

mengurangkan situasi tegang dengan segera . Jenaka atau kecindan yang diamalkan oleh

guru akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh

membantu mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa di

dalam bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang wujud semasa jenaka

dipersembahkan dapat membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Persekitaran pembelajaran yang sihat dan menyeronokkan sentiasa diberikan

perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sehubungan itu KPM

telah memperkenalkan konsep pembelajaran yang menyeronokkan (fun learning) dalam

kalangan guru-guru sekolah bagi menambah keberkesanan Amalan Jenaka dalam

Pengajaran dan Pembelajaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Konsep ini boleh direalisasikan melalui pelbagai kaedah dan salah satu

daripadanya ialah melalui amalan jenaka guru semasa mengajar. KPM telah menggubal

satu standard kualiti sebagai mekanisme untuk memantau dan menguatkuasakan semua

Page 16: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

4

program yang dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara (Jemaah Nazir Sekolah,

2004).

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) adalah merupakan suatu garis

panduan yang perlu dipatuhi oleh semua sekolah di bawah KPM. Jemaah Nazir Sekolah

(JNS) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard kualiti di sekolah dan

institusi pelajaran tercapai melalui penggunaan instrumen SKPM. Instrumen ini diguna

pakai bagi menaksir keupayaan dan potensi pentadbir sekolah menyelia guru dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, mengurus sumber dan mengasuh

kemenjadian setiap murid. Dalam Elemen 9: Pengajaran dan Pembelajaran, Item 9.13:

Perwatakan Guru, standard ini telah menyatakan kepentingan amalan kecindan dalam

kalangan guru sekolah. Elemen 9.13(a) (vi) tentang sumbangan guru terhadap suasana

pembelajaran yang kondusif. Standard ini menegaskan bahawa guru perlu mewujudkan

suasana riang yang merangsang pembelajaran (Jemaah Nazir Sekolah, 2004). Suasana

riang adalah merujuk kepada amalan kecindan guru semasa melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu peranan penting seseorang guru

adalah membina hubungan baik guru dan murid. Hampir setiap hari seorang guru itu

bercakap dan berinteraksi dengan muridnya.

Oleh yang demikian, bercakap atau berinteraksi adalah sebahagian daripada

tugas guru. Bagi mewujudkan hubungan baik antara guru dan murid, seharusnya

seseorang guru itu berkebolehan dan mempunyai ciri-ciri kecindan. Guru harus

menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana murid memerlukan kawan

selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang tidak mempunyai ramai

kawan dan terasing. Barry & King (1990), dengan cara guru mendekati mereka,

menggalakkan mereka bertanya dan berkongsi lawak jenaka membolehkan murid

merasai guru sebagai seorang kawan. Hubungan baik yang terjalin antara guru dan

murid akan dapat membantu mengawal masalah disiplin dan salah laku dalam kalangan

murid.

Page 17: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah menjadi institusi yang sangat terikat dengan peraturan dan tatacara sehingga

menjadikannya suatu tempat yang "menakutkan". Suasana sekolah dan bilik darjah yang

begitu tegas dengan pelbagai peraturan dan disiplin serta pendekatan pengajaran guru

yang serius akan menyebabkan murid merasa tertekan. Tekanan yang dihadapi oleh

murid semasa berada di rumah dan di sekolah akan menyebabkan prestasi mereka

merosot dan motivasi untuk belajar berkurangan. Guru dan murid menyatakan sekolah

dan pembelajaran tidak menyeronokkan. Pelbagai masalah disiplin timbul daripada

situasi tekanan ini seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, vandalisme dan sebagainya.

Sekiranya suasana pembelajaran dalam bilik darjah dapat diseimbangkan dengan jenaka

dan gelak ketawa, maka sudah pasti tekanan yang dihadapi oleh murid akan

berkurangan. Paterson (2006) menyatakan jenaka perlu digunakan dengan sebaik

mungkin kerana dalam kajian, beliau mendapati ianya dapat membantu mengatasi

beberapa masalah personal yang timbul di sekolah. Banyak faktor menyebabkan pelajar

tidak minat dengan cara pengajaran guru antaranya; (i) guru yang tidak mahir, (ii) guru

mngajar secara teori sahaja, (iii) guru tidak menggunakan ABBM, (iv) sikap negetif

terhadap mta pelajaran, (v) guru yang kurang ilmu; dan (vi) penyampaian guru yang

membosankan.

Penyampaian guru yang membosankan boleh mengakibatkan prestasi

pelajar merosot. Penyampaian guru yang tidak fokus dan bersahaja mempengaruhi

embelajaran pelajar. Hubungan antara guru dan murid yang tidak mesra menyebabkan

pelbagai masalah wujud dalam bilik darjah, umpamanya murid malu dan segan untuk

berinteraksi atau bersoal jawab. Hal ini juga boleh menyebabkan murid tidak menyukai

guru mereka. Menurut kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai

berjenaka. Namun ramai guru yang tidak dapat melakukannya semasa dalam bilik

darjah. Manakala Frymier, Wanzer dan Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat

amalan jenaka yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan oleh guru. Jenaka yang tidak

sesuai akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada murid. Kajian tersebut juga

melaporkan bahawa terdapat guru yang menggunakan jenaka yang tidak sesuai. Oleh itu,

kajian ini akan melihat penerapan unsur kecindan di dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 18: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

6

Reka Bentuk Teknlogi yang berlaku dalam kalangan guru dan pandangan mereka serta

murid terhadap amalan kecindan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

Guru yang tidak menerapakan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran juga mempengaruhi pembelajaran pelajar. Pelajar akan mudah berasa

bosan dengan pengajaran guru dan menanam sikap tidak minat pada pelajaran. Sekaligus

menyebabakan prestasi pelajar merosot. Jenaka atau kecindan yang diamalkan oleh guru

akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh

membantu mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa di

dalam bilik darjah. Charles (2002) mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan

tekanan (stress) dalam kalangan murid.

Kecindan adalah suatu perkara yang sangat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran. Punca yang mengakibatkan guru tidak menerapkan unsur kecindan dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah guru tidak minat kecindan. Semasa proses pengajaran

guru tidak menerapkan unsur kecindan. Ini kerana guru tersebut tidak meminati cerita

jenaka. Selain daripada cerita jenaka guru itu juga tidak meminati sindiran, kartun

mahupun teka-teki. Sebenarnya di dalam kelas pelajar sangat suka kepada teka-teki.

Sekurang-kurangnya dapat meredakan sedikit tekanan ketika belajar mereka.

Guru yang tidak tahu bagaimana membuat kecindan juga mempengaruhi

kemerosotan prestasi pelajar. Guru yang kurang arif atau tidak tahu membuat cerita

jenaka, tidak tahu melukis kartun, tidak tahu membuat sindiran dan tidak tahu membuat

teka-teki mengakibatkan suasana di dalam kelas sangat tegang walaupun tidak bising.

Ini kerana pelajar sebenarnya merasa bosan dengan pengajaran guru tersebut. Menurut

kajian oleh Malikow (2007) murid menyukai guru yang pandai berjenaka.

Guru yang tidak menerapakan unsur kecindan dalam pengajaran dan

pembelajaran juga kerana guru tidak tahu apa itu kecindan. Guru perlu tahu apa itu

kecindan. Guru juga perlu tahu jenis-jenis kecindan yang biasa digunakan di bilik

darjah. Oleh yang demikian, guru perlu mengenalpasti jenis kecindan yang sesuai

digunakan di bilik darjah sama ada erita jenaka, kartun, sindiran atau teka-teki.

Personaliti juga faktor yang menyebabakan guru tidak menerapkan unsur

kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru memainkan peranan

Page 19: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

7

kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering

menjadi perhatian pelajar-pelajar. Personaliti guru yang garang sukar untuk menerapkan

unsur kecindan. Ini kerana guru yang garang tidak akan melakukan kecindan

terutamanya semasa di dalam bilik darjah. Personaliti juga di pengaruhi oleh faktor

keluarga atau keturunan. Bagi guru yang berketurunan yang memang tidak gemar

kepada kecindan tidak akan membuat kecindan. Keadaan ini memberi kesan kepada

pembelajaran pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyelidik berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kaedah atau

cara penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi.

Kaedah atau cara penyampaian guru adalah sangat penting kerana ia boleh menarik

minat pelajar kepada pembelajaran. Kemerosotan akademik pelajar juga adalah

berpunca daripada faktor guru. Ini kerana pelajar tidak berminat dengan cara pengajaran

guru. Oleh itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyelitkan unsur-

unsur kecindan. Dengan itu secara tidak langsung dapat menarik pelajar untuk minat

terhadap pembelajaran.

Lantaran daripada pelbagai masalah disiplin tersebut, guru akan dibebankan

dengan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Murid pula sentiasa terbeban dengan

tugas pembelajaran dalam kelas semasa di sekolah. Semasa berada di rumah, murid

terbeban dengan tugasan atau kerja rumah. Di samping itu, murid juga dihantar oleh ibu

bapa mereka ke kelas al-Quran, kelas tambahan dan tuisyen. Situasi ini boleh

menimbulkan ketegangan dan boleh menyebabkan murid tertekan. Oleh itu, aspek

keceriaan daripada segi emosi perlu diberikan perhatian khusus seperti amalan dan

pergaulan guru dengan murid dan murid dengan murid perlu diwujudkan. Salah satu

daripada keceriaan aspek emosi ini dapat diwujudkan melalui amalan jenaka atau

kecindan dalam kalangan guru terhadap murid sama ada semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran atau semasa interaksi dengan murid secara tidak formal. Charles (2002)

mendapati amalan jenaka dapat mengurangkan tekanan (stress) dalam kalangan murid.

Page 20: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

8

Amalan jenaka akan dapat mengurangkan batasan darjat atau formaliti antara guru

dengan murid. Dengan itu, murid akan lebih "berani" berjumpa guru untuk berbincang

dan berinteraksi. Hidup tanpa jenaka adalah amat membosankan dan jenaka boleh

merangsang pembelajaran. Ia membolehkan pengajaran dan pembelajaran mudah

diingati.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk melihat penerapan unsur kecindan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi di kalangan guru di sekolah

rendah. Objektif penyelidikan ini adalah untuk:

(i) Meneroka unsur kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi.

(ii) Mengenal pasti tahap penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.

(iii)Mengenal pasti unsur kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.

(iv) Mengenal pasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur

kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:

1. Apakah unsur kecindan yang diterapkan semasa pengajaran dan pembelajaran Reka

Bentuk Teknologi ?

Page 21: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

9

2. Apakah tahap penerapan unsur kecindan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi ?

3. Apakah unsur kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Reka Bentuk Teknologi ?

4. Apakah perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan

dalam pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi ?

1.6 Skop Kajian

Skop kajian ini ialah untuk mengenalpasti penerapan unsur kecindan yang diamalkan

oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi. Skop kajian ini

juga akan meneroka unsur kecindan dan mengenalpasti tahap penerapan unsur kecindan

serta mengenalpasti unsure kecindan yang dominan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Reka Bentuk Teknologi. Di samping itu juga, skop kajian ini akan

mengenalpasti perbezaan guru lelaki dan perempuan dalam penerapan unsur kecindan di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk Teknologi.

1.7 Kepentingan Kajian

Dengan berhasilnya kajian ini, diharap ia dapat memberikan kepentingan kepada

beberapa pihak di antaranya ialah :

(i) Dapat memberikan informasi dan data kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) berkenaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

(ii) Dapat memberikan program pelaksanaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah

(PPD) tentang penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Reka Bentu Teknologi tentang penerapan unsur

kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 22: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

10

(iv) Dapat memberikan sumbangan dan idea kepada pengkaji dalam penerapan unsur

kecindan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajran

Reka Bentu teknologi.

1.8 Kerangka Teori

Di dalam kajian ini, pengkaji merujuk kepada teori yang terlibat atau yang berkaitan

dengan unsur kecindan ialah Teori incongruity. Teori incongruity oleh Berlyne dalam

Frymier, Wanzer, & Wojtaszczyk (2008) menyatakan terdapat dua fasa proses. Fasa

pertama ialah apabila sesuatu mesej atau rangsangan yang dikatakan incongruity ialah

mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada

permulaannya mesti dikenalpasti dan diterjemahkan oleh penerima sebagai bahan jenaka

atau kecindan untuk diertikan sebagai sesuatu yang menggelikan hati. Fasa kedua ialah

apabila sesuatu mesej berjenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan hati, maka

sesuatu kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenalpasti dan make sense kepada

penerima sepert yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1. Sesuatu mesej atau rangsangan

yang dikatakan incongruity ialah mesej yang tidak kena pada tempatnya atau tidak

sesuai pada tempatnya. Mesej ini pada mulanya mesti dikenal pasti dan diterjemahkan

oleh penerima sebagai bahan jenaka atau kecindan untuk diertikan sebagai sesuatu yang

menggelikan hati.

Oleh itu, untuk sesuatu mesej jenaka diproses dan dinilai sebagai menggelikan

hati, maka kandungan mesej yang incongruity itu perlu dikenal pasti dan munasabah

kepada penerima. Sekiranya incongruity itu terlalu janggal dan tidak masuk akal atau

terlalu kompleks, maka penerima tidak akan merasa mesej tersebut sebagai menggelikan

hati. Terdapat juga teori-teori lain yang berkaitan dengan kecindan seperti Teori

Pelepasan Energi (relief theories) dan Teori Superioritas (superiority theories).

Teori pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan kepentingan jenaka dalam

proses pengajaran dan pembelajaran tidaklah begitu rapat. Namun teori pembelajaran

yang berasaskan motivasi seperti Teori Pembelajaran Sosial (Social Learning Theory)

oleh Bandura dan juga Teori Pembelajaran Humanism yang diasaskan oleh Abraham

Maslow, Carl Rogers dan Malcolm Knowles didapati mempunyai kaitan dengan amalan

Page 23: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

11

jenaka yang dapat mencetuskan situasi pembelajaran yang berkesan. Gurtler (2002)

mengaitkan teori oleh Bandura terhadap sindrom "burnt-out" yang wujud dalam

kalangan guru. Menurut beliau, peranan jenaka adalah untuk mencegah sindrom burnt-

out dalam kalangan guru di samping boleh membantu meningkatkan pencapaian

seseorang murid. Ini adalah kerana jenaka dapat menghasilkan suasana atau persekitaran

pembelajaran yang lebih baik.

Sementara itu, Teori Humanism pula menekankan kepada persekitaran yang

menyokong pembelajaran bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam

Teori Humanism, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar (student centered) dan

bersifat individu (personal). Persekitaran yang menyokong pembelajaran adalah

diperlukan untuk perkembangan afektif dan kognitif. Dalam hal ini, amalan jenaka atau

kecindan dapat membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu

menyokong perkembangan afektif dan kognitif pelajar.

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian

Teori incongruity Berlyne (dalam

Frymier, Wanzer, & Wojtaszczyk,

2008)

individu

(personal)

-lebih tertumpu

-berkesan

berpusatkan pelajar

(student centered)

-terima arahan

-kerja kumpulan

sindrom "burnt-out"

-cepat bosan

-tiada fokus

Teori Pembelajaran Sosial

(Social Learning Theory)

Bandura

(1986)

Teori Humanism

Abraham Maslow, Carl

Rogers dan Malcolm

Knowles

Penerapn Unsur Kecindan dalam P&P

Reka Bentuk Teknologi

Page 24: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

12

1.9 Konsep Kajian

Di dalam kajian ini, pengkaji juga membentuk kerangka konsep kajian yang dijadikan

sebagai rujukan yang diadaptasikan daripada Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura

dan Pembelajaran Humanism oleh Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcom Knowles

(1986) dipaparkan dalam Rajah 1.2. Berdasarkan kepada kajian literatur, faktor-faktor

yang mengakibatkan pelajar tidak berminat dengan pengajaran guru seperti personaliti

guru yang tidak menarik, guru yang tidak mempunyai ilmu yang cukup, guru yang tidak

mahir, guru yang mengajar secara teori sahaja, guru yang tidak menggunakan ABBM,

sikap yang negetif terhadap subjek, tidak prihatin dengan pelajar dan cara penyampaian

guru yang membosankan.

Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada Teori Pembelajaran

Sosial Yang Diataptasi Daripada Teori Bandura (1986).

Psikomotor

Guru

menunjukkan

teknik atau

kemahiran

Kepada pelajar

Pelajar

memerhatikan

dan meniru

kemahiran yang

ditunjukkan

guru

Pelajar

melakukan dan

mengulagi

kemahiran yang

ditunjukkan

Kognitif

Guru

memerhatikan

pelajar

melakukan

aktiviti yang

diajar dan

memperbetulkan

kesilapan

Guru memberi

pujian kepada

pelajar yang

berjaya

mempratikkan

kemahiran

yang diajar

Guru

memberitahu

kesilapan

pelajar

sekiranya ada

Hasil

Pembelajaran Rancangan

P&P

Penaksiran

Pengukuhan &

Maklum Balas

Page 25: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

13

Model Pengajaran Sosial telah dirujuk oleh pengkaji dalan melakukan kajian ini.

Rajah 1.2 menunjukkan Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada Teori

Pembelajaran Sosial. Mengikut Teori Pembelajar Sosial ia terbahagi kepada dua iaitu

Psikomotor dan Kognitif. Kedua-dua elemen tersebut adalah di bawah aspek hasil

pembelajaran. Kognitif adalah kemampuan intelektual pelajar dalam berfikir,

menegtahui dan memecahkan masalah. Menurut Bloom (1956) tujuan domain kognitif

terdiri atas enam bahagian iaitu; (i) Pengetahuan (knowledge), (ii) Pemahaman

(comprehension),(iii) Penerapan (application), (iv) Analisis (analysis), (v) Sintesis

(syntesis) dan (vi) Penilaian (evaluation). Manakala psikomotor adalah kemampuan

yang berkaitan kegiatan otot dan fisik. Menurut Davc (1970) klasifikasi tujuan domain

psikomotor terbagi lima kategori iaitu a.Peniruan, b.Manipulasi, c.Ketetapan,

d.Artikulasi dan e.Pengalamiahan. Di dalam perancangn pengajaran dan pembelaran

guru akan menunjukkan teknik atau sesuatu kemahiran kepada pelajar. Ia bergantung

kepada mata pelajaran yang diajar. Pelajar akan memerhati dan meniru kemahiran yang

di tunjukkan guru. Disini wujud dua komunikasi dua hala. Di dalam kajian ini, untuk

menyokong kesahihan terhadap permasalahan yang dikaji, pendekatan secara kualitatif

digunakan. Pengkaji menemu bual responden yang terlibat secara langsung dalam

mengurus dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka

Bentu Teknologi.

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model

kepada pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling

dengan demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan

cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar (BBM)

hendaklah bermutu tinggi. Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana

pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru

pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan

menganggap guru sebagai role model. Selain itu, guru boleh menggunakan rakan

sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan

pembelajaran secara pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran

yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil

untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap

Page 26: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

14

pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-

rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya

rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model. Guru boleh

mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan simulasi.

Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa bercerita,

guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik perhatian

para pelajar untuk mendengarnya.

1.10 Definisi Terminologi

Terdapat beberapa istilah yang sering digunakan dan di bawah ini diterangkan dengan

jelas pengertian terhadap definisi terminologi yang penting yang terdapat di dalam

kajian ini.

1.10.1 Unsur Kecindan

Menurut Desberg & Others (1981), kecindan ialah sesuatu perkara yang membuat

seseorang ketawa. Kecindan boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang manusia,

objek, situasi atau perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur.

Suasana kecindan boleh berlaku apabila kita ketawakan kepada sesuatu situasi seperti

kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang. Suasana diwujudkan hasil daripada kecindan

dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera. Bagi mewujudkan

hubungan baik antara guru–murid, seharusnya seseorang guru itu berkebolehan

melakukan jenaka atau kecindan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Barry and

King (1990), guru harus menunjukkan sifat baik hati, adil dan ramah mesra kerana

murid memerlukan kawan selain seorang guru, terutamanya bagi sesetengah murid yang

tidak mempunyai ramai kawan dan terpencil. Di dalam kajian ini, unsur kecindan ialah

perkara atau hal yang boleh membuatkan terhibur dan dapat melepaskan tekanan.

Page 27: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

15

1.10.2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pengajaran ialah menurut Garner, R. L. (2006), sesuatu tugasan dan aktiviti yang

diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru

secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar

yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil

inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran

yang diperlukan. Di dalam kajian ini, pengajaran dan pembelajaran guru bermaksud

sesuatu yang diajar oleh guru dan diterima oleh pelajar.

1.10.3 Mata Pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)

Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan tentang usaha manusia dalam mencipta

sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik, dan sistem untuk mengurus

kehidupan di samping meluaskan potensi manusia. Menurut PPK (2004), RBT ialah

sesuatu mata pelajaran yang berteraskan teknologi maklumat. Sebelum ini mata

pelajaran ini dikenal sebagai Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini akan diajar bermula

tahun 2014 iaitu kepada murid-murid tahun empat. Di dalam kajian ini, RBT bermaksud

mata pelajaran yang bercirikan teknologi maklumat dan di serasian dengan

perkembangan terkini.

1.10.4 Penyampaian Guru

Pengajaran adalah satu proses penyampaian ilmu pengetahuan, maklumat, dan

kemahiran kepada pelajar. Menurut Kerry, M. (1993), pengajaran yang berkesan pula

adalah sesuatu yang memberikan yang memberikan impak. Penyampaian pengajaran

berkualiti menekankan pengajaran yang dicirikan oleh persembahan yang koheren dan

bahan'yang berurutan, peluang mencukupi bagi penglibatan pelajar dalam latihan

bersepadu, penggunaan pengukuran yang kerap dan berkala serta maklum balas

konstruktif kepada pelajar. Di dalam kajian ini, penyampaian guru bermaksud perkara

yang disampaikan kepada seseorang murid untuk kebaikan bersama.

Page 28: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini menerangkan tentang kajian-kajian lepas yang dijalankan berkaitan

dengan tajuk kajian. Di dalam bab ini juga akan membincangkan beberapa topik yng

berkaitan seperti (i) pengenalan; (ii) teori yang berkaitan dengan kajian; (iii) kecindan;

(iv) kelebihan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran; (v)

pengajaran berkesan; (vi) kaedah pengajaran guru; (vii) amalan kecindan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran; dan (ix) mata pelajaran RBT;dan (x) penutup. Kesemua

tajuk-tajuk tersebut di terangkan di dalam bab ini.

2.2 Teori-teori Berkaitan Dengan Kecindan

Terdapat tiga teori utama yang dapat menjelaskan terjadinya kecindan (Graham dalam

Miller, 2003), iaitu:

2.2.1 Teori inkongruiti (incongruity theories)

Teori ini menyatakan bahawa unsur kecindan adalah bergantung pada bagaimana

individu menerima kecindan (perceiving humor) dan bagaimana proses kognitif yang

terlibat di dalamnya. Berdasarkan teori ini dikatakan bahawa kecindan dihasilkan

apabila individu mengalami inkongruensi dalam diri, iaitu terdapat perkaitan antara

harapan dengan kenyataan (Burt & Halseger, 2002). Teori inkongruitas ini didasarkan

Page 29: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

17

oleh teori Freud (1986) yang menyatakan bahawa kecindan adalah proses mekanisme

pertahanan diri yang tertinggi pada manusia. Menurutnya, kecindan menyediakan

penghematan bagi energi emosional; esensi dari humor adalah bahawa seseorang dapat

menghindari kemungkinan munculnya penampilan emosional yang buruk.

2.2.2 Teori pelepasan energi (relief theories)

Teori yang menyatakan bentuk-bentuk kecindan dan tertawa adalah merupakan bentuk

pelepasan energi. Teori ini juga didasarkan pada teori Freud. Ditegaskan oleh Freud

bahawa kecindan memiliki elemen pembebasan, ditandai oleh kemenangan ego

sekaligus prinsip kesenangan yang cukup nyata dalam menghadapi kenyataan yang

merugikan (Freud, 1986). Kecindan juga berfungsi untuk menekan kecenderungan

agresi yang tidak diterima secara sosial, untuk mengalihkannya menjadi respon yang

dapat diterima oleh masyarakat.

2.2.3 Teori superioriti (superiority theories)

Teori ini menekankan bahawa kecindan datang dari aspirasi seseorang untuk merasa

lebih baik dibandingkan orang lain. Teori ini berkaitan erat dengan sudut pandang

individu dalam bersosialisasi. Kita cenderung merasa menemukan hal yang lucu saat

kita melihat kelemahan orang lain dan merasa lebih baik dari orang tersebut, misalnya

berkaitan dengan ‘pencelaan’ terhadap etnis tertentu (Burt & Halseger, 2002).

Walaubagaimnapun terdapat juga teori pembelajaran yang terlibat dalam kajian ini iaitu:

2.2.4 Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang

tradisional (behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini dikembangkan oleh Albert

Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari prinsip-prinsip teori-teori

belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan dari isyarat-isyarat pada

perilaku, dan pada proses-proses mental internal. Jadi dalam teori pembelajaran sosial

Page 30: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

18

kita akan menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan penjelasan-

penjelasan kognitif internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain.

Dalam pandangan belajar sosial “manusia” itu tidak didorong oleh kekuatan-kekuatan

dari dalam dan juga tidak “dipukul” oleh stimulus-stimulus lingkungan.

Teori pembelajaran sosial adalah perluasan. Teori ini mengatakan bahawa

perilaku adalah sebuah fungsi dari konsekuensi. Teori ini juga mengakui keberadaan

pembelajaran melalui pengamatan dan pentingnya persepsi dalam pembelajaran. Dalam

pelaksanaannya teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar

perilaku yang tradisional (teori behavioristik). Teori pembelajaran sosial ini

dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebagian besar dari

prinsip-prinsip teori-teori belajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan pada

aspek-aspek dari isyarat-isyarat pada perilaku dan pada proses-proses mental internal.

Di dalam Teori Pembelajarn Sosial ini juga,guru memberi peneguhan yang

positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan. Menarik

perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan

masalah semasa aktiviti di dalam kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila

pelajar yang dapat menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti

pujian, tanda simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan

lain-lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing

dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri

sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar

berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan

menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.

Teori pembelajaran sosial menekankan, bahawa lingkungan-lingkungan yang

dihadapkan pada seseorang tidak random; lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih

dan diubah oleh orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura, sebagaimana

yang dikutip oleh Kardi, S., (1997) bahwa “sebahagian besar manusia belajar melalui

pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain”. Inti dari teori

pembelajaran sosial adalah pemodelan (modelling), dan permodelan ini merupakan salah

satu langkah paling penting dalam pembelajaran.

Page 31: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

19

Ada dua jenis pembelajaran melalui pengamatan (observational learning).

Pertama, pembelajaran melalui pengamatan dapat terjadi melalui kondisi yang dialami

orang lain atau vicarious conditioning. Misalnya seorang pelajar melihat temannya

dipuji atau ditegur oleh gurunya karana perbuatannya, maka ia kemudian meniru

melakukan perbuatan lain yang tujuannya sama ingin dipuji oleh gurunya. Kejadian ini

merupakan contoh dari penguatan melalui pujian yang dialami orang lain atau vicarious

reinforcement. Kedua, pembelajaran melalui pengamatan meniru perilaku suatu model

meskipun model itu tidak mendapatkan penguatan atau pelemahan pada saat pengamat

itu sedang memperhatikan model itu mendemonstrasikan sesuatu yang ingin dipelajari

oleh pengamat tersebut dan mengharapkan mendapat pujian atau penguatan apabila

menguasai secara terus apa yang dipelajari itu. Model tidak harus diperagakan oleh

seseorang secara langsung, tetapi kita dapat juga menggunakan seseorang pemeran atau

visualisasi tiruan sebagai model Nur, M. (1998).

2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism

Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia.

Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang

positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik

yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan pengajarannya pada pembangunan

kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan

pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan

karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran

humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang

dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana

memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi

diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal.

Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan

kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk

melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi

manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan

Page 32: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

20

pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif

tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain

afektif. Emosi merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik

beraliran humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses

yang dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana

memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi

diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal.

Pendekatan humanisme dalam pendidikan menekankan pada perkembangan

positif. Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan

kemampuan yang mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini

mencakupi kemampuan interpersonal sosial dan cara untuk pengembangan diri yang

ditujukan untuk memperkaya diri, menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat.

Ketrampilan atau kemampuan membangun diri secara positif ini menjadi sangat penting

dalam pendidikan kerana keterkaitannya dengan keberhasilan akademik. Dalam teori

belajar humanistic, belajar dianggap berhasil jika siswa memahami lingkungannya dan

dirinya sendiri. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar ia mampu mencapai

aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku

belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya. Tujuan

utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu

membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan

membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka.

Salah satu idea penting dalam teori belajar humanisme iaitu pelajar

harus mampu untuk mengarahkan dirinya sendiri dalam kegiatan belajar mengajar,

sehingga pelajar mengetahui apa yang dipelajarinya serta tahu betapa besar pelajar

tersebut dapat memahaminya. Dan juga pelajar dapat mengetahui mana bagaimana

mereka akan belajar. Dengan demikian maka pelajar di harapkan mendapat manfaat dan

kegunaan dari hasil belajar bagi dirinya sendiri. Aliran humanisme memandang belajar

sebagai sebuah proses yang terjadi dalam individu yang meliputi bagian/domain yang

ada iaitu dapat meliputi domain kognitif, afektif, dan psikomotorik.

Page 33: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

21

Dengan kata lain, pendekatan humanisme menekankan pentingnya emosi atau

perasaan, komunikasi terbuka, dan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap pelajar. Untuk

itu, cara pembelajaran humanistik mengarah pada supaya untuk mengasah nilai-nilai

kemanusiaan pelajar. Sehingga para pendidik/guru diharapkan dalam pembelajaran

lebih menekankan nilai-nilai kerjasama, saling membantu, dan menguntungkan,

kejujuran dan kreativiti untuk diaplikasikan dalam proses pembelajaran sehingga

menghasilkan suatu proses pembelajaran yang diharapkan sesuai dengan tujuan dan

hasil belajar yang dicapai siswa.

2.3 Kecindan

Keadaan hati (gembira, sedih, marah dan senang),kebolehan menyatakan sesuatu yang

menggelikan hati mengkut Kamus Dewan, (2002)

“..suatu persepsi kualiti yang membolehkan kita mengalami kegembiraan walaupun

ketika menghadapi kesulitan. Kecindan mampu meransang sistem imunisasi, menambah

fleksibiliti kepada tanggapan dan memulihkan tenaga dalaman.

2.4 Jenis – jenis Kecindan

Pendidikan atau pembelajaran merupakan proses sosialisasi dan interaksi nilai-nilai

karakter budaya bangsa. Keberhasilan proses pembelajaran sangat dipengaruhi oleh

kualiti interaksi dan komunikasi antara guru dengan pelajar. Interaksi dan komunikasi

yang berkualiti ditandai oleh adanya harmonisasi diantara guru dan pelajar. Pelajar akan

kelihatan ceria mengikuti kegiatan pembelajaran, dengan ekspresi gembira. Sikap guru

yang disukai pelajar akan memberi motivasi tersendiri dalam belajar . Oleh kerana itu,

guru sebagai motivator dan fasilitator, harus mampu merangka pembelajaran yang

mendukung terjadinya interaksi dan komunikasi berkualiti antara pelajar dengan pelajar

dan antara pelajar dengan guru, iaitu pembelajaran yang efektif dan menyenangkan.

Sebagaimana diungkapkan oleh De Porter dkk (dalam Darmansyah, 2010) yang

berpendapat, jika guru ingin komuniti belajarnya menjadi tempat yang meningkatkan

kesedaran, daya dengar dan pertumbuhan serta tempat emosi dihargai, maka suasana

kelas termasuk bahasa yang dipilih, cara menjalin rasa simpati dan sikap terhadap

Page 34: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

22

sekolah serta pandangan terhadap belajar, hendaknya merupakan suasana yang penuh

kegembiraan. Dan guru harus memahami bahawa perasaan serta sikap pelajar akan

berpengaruh kuat pada proses belajarnya. Walaubagaimanapun, terdapat jenis- jenis

kecindan yang biasa diketahui dan ditemui. Antaranya ialah:

2.4.1 Cerita Jenaka

Sejenis cerita rakyat di dalam sastera lisan / sastera rakyat. Cerita yang mengandungi

unsur kecindan atau lucu. Cerita yang membawa kesan yang menggembirakan dan

gelihati kerana kelucuan. Terdapat unsur lucu dibawa melalui sifat watak-watak geli

lucu, gelihati seterusnya membawa rasa gembira dan terhibur. Hampir keseluruhan

cerita jenaka menggambarkan kebodohan watak utama. Sifat bodoh akibat daripada

membuat sesuatu tafsiran yang salah menyebabkan watak jenaka itu melakukan aksi-

aksi yang menimbulkan kelucuan.

Selain watak bodoh, terdapat juga watak pintar dan watak yang selalu mengalami

nasib malang. Terdapat lima watak jenaka Melayu yang terkenal iaitu Pak Pandir, Pak

Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Lebai Malang. Watak asli jenaka Melayu ialah Pak

Pandir, Pak Kaduk, dan Lebai Malang. Selainnya adalah pinjaman dari luar sama ada

dari India mahupun Arab-Parsi seperti Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Abu Nawas,

dan Awang Kenit. Umumnya cerita jenaka terbahagi kepada dua jenis:

(a) Cerita Jenaka Tempatan

Iaitu cerita jenaka yang lebih berorientasikan soal-soal yang berkaitan dengan isu

tempatan dari segi watak, latar, persoalan dan sebagainya. Contohnya Cerita Pak Pandir,

Cerita Lebai Malang, Cerita Pak Kaduk, Cerita Pak Belalang dan Cerita Si Luncai.

(b) Cerita Jenaka Pengaruh Asing / Luar:

Iaitu cerita yang mendapat pengaruh terutama Hindu dan Islam (Arab Parsi) kerana

masyarakat Melayu pernah menerima pengaruh-pengaruh tersebut. Contohnya Cerita

Mat Jenin ( Hindu ), Cerita Abu Nawas dan Cerita Musang Berjanggut (Islam)

Page 35: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

23

(a) Ciri-ciri Cerita Jenaka

Dari segi watak dan perwatakan. Cerita Jenaka berkisar pada watak dalam kalangan

rakyat bawahan yang lucu. Nama watak melambangkan sifat-sifat watak berkenaan,

contohnya : watak Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Kaduk, Si Luncai dan Pak Belalang.

(i) Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh

watak itu sendiri.

(ii) Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana

kebodohan tetapi melucukan. Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul

daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri

yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila

lempengnya digonggong oleh anjing.

(iii) Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan,

mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan. Contoh Si Luncai berjaya

menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab

enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil

tempatnya di dalam guni.

Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikaan kepada tiga golongan iaitu :

(i) Watak bodoh-sial ( Cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk);

(ii) Watak pintar-bodoh (Cerita Pak Pandir); dan

(iii) Watak pintar (Cerita Pak Belalang dan Si Luncai).

(b) Kisah Pak Kadok

Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai

kata-kata raja. “Ayamnya” kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya,

Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelangang

bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya

menang. Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua

Page 36: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

24

ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah,

isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati. Dalam pelayaran ke rumah kawan, dia

memasang layar perahu, tetapi angina berhenti meniup. Pak Kaduk membiarkan perahu

hanyut sahaja.

(c) Kisah Lebai Malang

Lebai Malang tidak dapat membuat keputusan yang betul bila beliau dijemput

menghadiri kenduri orang mati, khatam Quran dan kenduri Maulud. Dia terlewat sampai

untuk dua kenduri. Pada kenduri ketiga dia diberi lempeng untuk bekalan pulang. Dalam

perjalanan pulang dia teringatkan nira kabungnya. Ditinggalkan bungkus lempeng di

bawah pokok dan terus memanjat sigai. Lempeng dibawa lari oleh anjing. Semasa kejar

mengejar dengan anjing, bajunya habis hilang dan dia pulang berbogel ke rumah. Dalam

kisah Lebai Malang, perkara-perkara malang yang berlaku pun menimbulkan unsur

kelucuannya.

(d) Kisah Pak Pandir

Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan

rusa yang sebenar, masakan mendapat ikan. Pak Pandir memandikan anaknya dengan air

panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam kuku.

Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan

mayat anak orang lain.

2.4.2 Lawak

Lawak adalah sesuatu perkara atau perlakuan yang membuatkan seseorang

merasa gelihati. Seseorang itu akan terhibur. Terdapat pelbagai jenis lawak yang biasa di

temui.

Page 37: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

RUJUKAN

Abdul Ghani Abdullah, et., al.(2007). Humor dalam Pengajaran. USM: PTS

Profesional Pendidikan.

Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990). Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan

Bermutu. Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). “Kemahiran Interpersonal Untuk Guru

Bestari”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.

Ab. Rahman Abu Bakar (1992). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan. Jurnal

Dewan Bahasa, KL., DBP.

Askildson, L. (2005). Effect of humor in the language classroom. Arizona Working

Papers in SLAT, Vol. 12. Retrieved 15 May 2009 from,

http://www.coh.arizona.edu/awp/Volumes#vol12.

Barry, K., & King, L. (1990). Beginning teaching – A developmental text for effective

teaching. New South Wales: Social Science Press.

Bryant, J., Comisky, P., Crane, J., & Zillman, D. (1980). Relationship between college

teachers' use of humor in the classroom and students' evaluations of their

Page 38: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

82

teachers. Journal of Educational Psychology, 72(4), 511–519 (ERIC Document

Reproduction Series No. EJ235511).

B.F. Skinner and radical behaviorism, Ali, Muh. (1978). Guru Dalam Proses Belajar

Mengajar. Bandung: Sinar Baru.

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying The Rasch Model: Fundamental

Measurement in the Human Science. Second Edition. New Jersey, London:

Lawrence Erlbau Associates.

Burt, C. D. B., & Halseger, E. (2002). Relationship between humor dimensions and

bullying in the workplace.

Charles, A. (2002). The use of humor in vocabulary instruction. Master of Arts Degree

Thesis (ERIC Document Reproduction Series No. ED463537).

Che Su Mustaffa dan Mohd Fo’ad Sakdan (1993), “Komunikasi Yang Efektif Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran”. Kuala Lumpur:Jurnal Guru. Keluaran 5.

Chua, Y. P. (2008). Asas Statistik Penyelidikan. Malaysia: McGraw Hill.

Croft, P. (2007). Why humour? Retrieved 1 August 2008 from, http://www.

humourausstralia.com/WhyHumour.htm.

Desberg, P., & Others, A. (1981). The effect of humor on retention of lecture material.

(ERIC Document Reproduction Series No. ED223118).

Faridah Serajul Haq dan Lilia Halim (2002). “Development Of Interpersonal Skill

Among Trainee Teachers”. Volume 1. Kuala Lumpur:Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Frymier, A. B., Wanzer, M. B., & Wojtaszczyk, A. M. (2008). Assessing Students'

Perceptions of Inappropriate and Appropriate Teacher Humor. Communication

Education, 57(2), 266–288. (ERIC Document Reproduction Series No.

ED499080).

Page 39: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

83

Gagne, E.D., (1985). The Cognitive Psychology of School Learning. Boston,

Toronto: Little, Brown and Company

Garner, R. L. (2006). Humor in pedagogy: How ha-ha can lead to aha! College

Teaching, 54(1), 177–180 (Abstracts). (ERIC Document Reproduction Series

No. EJ744358).

Gurtler, L. (2002). Humor in Educational Contexts. Paper presented at the 110th annual

Meeting of the American Psychological Association, (Chicago, IL, 22–25

August 2002. (ERIC Document Reproduction Series No. ED470470).

Holloway, K. (2003). A Measure of Concern: Research-Based Program Aids Innovation

by Addressing Teacher Concern. National Staff Development Council.

Idris Mohd Radzi & Dahlia Janan (Peny). (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa

Melayu: Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim: UPSI

James, D. L. (2001). Split a gut and learn: Theory and research. (ERIC Document

Reproduction Series No. ED458671). Retrieved 17 June 2008, from ERIC

database.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia sekolah –

Instrumen pemastian standard SKPM 1 – Edisi Disember 2004. Kuala Lumpur:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Joseph A. Devito (2002), “The Interpersonal Communication Book”, New Yor:

Longman. Ninth Edition.

Kerry, M. (1993). Laugh lines: Exploring humour in children's literature. (ERIC

Document Reproduction Series No. ED362905).

Linarce, J. M. (1994). Constructing Measurement with Many-Facet Rasch Model.

Norwood: NJ. Ablex.

Ling, W. Y. (2007). Keputusan Kerja Guru-guru Aliran Pendidikan Teknik dan

Page 40: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

84

Vokasional di Sekolah-sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul

Takzim. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.

Malikow, M. (2007). Staying motivated and avoiding burnout. Kappa delta pi record.

(ERIC Document Reproduction Series No. EJ757352).

Mansor, Rahman dan Shawaluddin (1998). “Penghantar Komunikasi”. Pulau

Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Medgyes, P. (2002). Launghing matters: Humours in the language classroom.

Cambridge: Cambridge University Press.

Micheal Langenbach, Courtney Vaughn and Lola Aagaard (1994), “An Introduction

To Educational Research”, Allyn and Bacon.

Miura, S., & Jones, R. (2005). LOL: The use of humor in secondary social studies

classroom. In L. P. McCoy (Ed.), Studies in Teaching 2005 Research Digest (pp.

71–75). Winston-Salem, NC: Wake Forest University. Retrieved from

http://www.wfu.edu/education/gradtea/forum05/proceedings05.pdf

Mohd Amir Sharifudin Hashim. (1986). Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-

Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam,

KPM: Bahagian Agama Islam.

Mok, Soon Sang (2000). “Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran.” Shah Alam: Fajar

Bakti.

Murakami, N. (2006). Not just a humor"ous" text: Humor "as" text in the writing

class. Teaching English in the Two-Year College, 34(1), 32–40. (ERIC

Document Reproduction Series No. EJ752073).

Page 41: PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES · PDF fileRajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian 11 Rajah 1.2 : Kerangka Konsep Kajian yang berasaskan kepada ... KSSM - Kurikulum Standard Sekolah

85

Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan. Kuala

Lumpur: DBP.

Paterson, J. (2006). Did you hear the one about...? Humor in the classroom. (Abstracts).

National Middle School Association, Middle Ground, 10(2), 43–45. (ERIC

Document Reproduction Series No. ED497101).

Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An Introduction to Human Communication

Understanding dan Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher

Education. Eighth Edition.

Richard A. Fiordo (1996), “Communication in Education”, Cannada: Detselid

Enterprises Ltd. Calgary, Alberta.

Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002). “Komunikasi Dalam Pengajaran dan

Kepimpinan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.

Verderber R. P (1999). “Communicate”. United Kingdom: Wadsworth Publishing

Company. Ninth Edition.

Wina Senjaya. (2008). Strategi Pembelajaran: Berorientasi Standar Proses Pendidikan.

Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Wanzer, M. B., Frymier, A. B., Wojtaszczyk, A. M., & Smith, T. (2006). Appropriate

and inappropriate uses of humor by teachers. Communication Education, 55,

178–196. (ERIC Document Reproduction Series No. EJ734558).

Willard, M. (2006). Humor in the hands of seasoned montessorians. Montessori

Life: A Publication of the American Montessori Society, 18(2) 50–53 2006.

(ERIC Document Reproduction Series No. EJ742481).

Zulkifli Yusof (2000)., “Sukarkah Komunikasi Anda? Seni Berhubung dengan Orang

Lain”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.