penerapan kompetensi kewarganegaraan · pdf filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran...

6
1015 PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN MELALUI PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK (PSK) DAN KEWARGANEGARAAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA Sitti Hasnah binti Bandu 1 , Mohd Mahzan bin Awang 2 , Abdul Razaq bin Ahmad 3 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 1 [email protected], 2 [email protected] & 3 [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerapan kompetesi kewarganegaraan melalui pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dalam kalangan guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran PSK seramai 400 orang dari seluruh Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS secara deskriptif. Terdapat 5 aspek yang dikaji iaitu pengajaran guru, penggunaan buku teks dan buku rujukan, penggunaan bahan bantu mengajar, aktiviti dalam bilik darjah dan penilaian dalam pelaksanaan PSK di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan aspek pelaksanaan PSK yang paling tinggi ialah dari segi penggunaan buku teks dan buku rujukan dalam PSK. Seterusnya diikuti oleh pengajaran dalam menerapkan kewarganegaraan, penilaian dalam PSK, Aktiviti dalam bilik darjah semasa pelaksanaan PSK dan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) semasa pelaksanaan PSK. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan PSK adalah masih berada di tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pendidikan kewarganegaraan agar kompetensi kewarganegaraan dapat diterapkan dalam kalangan pelajar di sekolah. Kata kunci: Penerapan, Pelaksanaan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kompetensi Kewarganegaraan, Guru PSK PENGENALAN Kompetensi kewarganegaraaan merujuk kepada pengetahuan dan amalan kewarganegaraan. Dalam konteks pendidikan kewarganegaraan di Malaysia salah satu elemen pengetahuan kewarganegaraan yang perlu diketahui ialah konsep kenegaraan. Aspek pengetahuan yang perlu ada dalam warganegara ialah kefahaman terhadap kefungsian demokratik iaitu pengetahuan tentang kerajaan, perlembagaan dan hak sivil (Hicks 2001). Amalan kewarganegaraan pula merujuk kepada tingkah laku atau sikap kewarganegaraan yang ditonjolkan hasil daripada penerapan pendidikan kewarganegaraan. Kewarganegaraan yang baik diperlihatkan dengan penerapan kemahiran insaniah seperti kemahiran intelek, pemikiran kritis dan kemahiran dengan penglibatan seperti; perbincangan (Mohd Mahzan Awang 2015). Justeru itu, Pendidikan kewarganegaraan dilihat sebagai satu alternatif kepada pembentukan kompetensi pelajar yang membolehkan mereka menjalani tugasan-tugasan sosial (Ten Dam 2011) Selain itu, berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna secara automatik menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ciri-ciri warganegara Malaysia yang baik diterjemahkan melalui FPK iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia). Untuk mencapai hasrat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) serta mengubahsuai dan menambahbaik kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral untuk menghasilkan warganegara yang boleh memberi sumbangan kepada negara. Penilaian tehadap mata pelajaran yang berteraskan kepada konsep kewarganegaraan dan penghayatan nilai murni sejagat perlu sentiasa dikaji untuk memastikan matlamat FPK tercapai iaitu melahirkan warganegara yang baik.

Upload: lythu

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN · PDF filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral ... bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah

1015

PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN MELALUI PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK (PSK)

DAN KEWARGANEGARAAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Sitti Hasnah binti Bandu1, Mohd Mahzan bin Awang2, Abdul Razaq bin Ahmad3 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected] & [email protected]

ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penerapan kompetesi kewarganegaraan melalui pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dalam kalangan guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada di kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran PSK seramai 400 orang dari seluruh Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan soal selidik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS secara deskriptif. Terdapat 5 aspek yang dikaji iaitu pengajaran guru, penggunaan buku teks dan buku rujukan, penggunaan bahan bantu mengajar, aktiviti dalam bilik darjah dan penilaian dalam pelaksanaan PSK di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan aspek pelaksanaan PSK yang paling tinggi ialah dari segi penggunaan buku teks dan buku rujukan dalam PSK. Seterusnya diikuti oleh pengajaran dalam menerapkan kewarganegaraan, penilaian dalam PSK, Aktiviti dalam bilik darjah semasa pelaksanaan PSK dan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) semasa pelaksanaan PSK. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan PSK adalah masih berada di tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pendidikan kewarganegaraan agar kompetensi kewarganegaraan dapat diterapkan dalam kalangan pelajar di sekolah.

Kata kunci: Penerapan, Pelaksanaan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kompetensi Kewarganegaraan, Guru PSK

PENGENALAN Kompetensi kewarganegaraaan merujuk kepada pengetahuan dan amalan kewarganegaraan. Dalam konteks pendidikan kewarganegaraan di Malaysia salah satu elemen pengetahuan kewarganegaraan yang perlu diketahui ialah konsep kenegaraan. Aspek pengetahuan yang perlu ada dalam warganegara ialah kefahaman terhadap kefungsian demokratik iaitu pengetahuan tentang kerajaan, perlembagaan dan hak sivil (Hicks 2001). Amalan kewarganegaraan pula merujuk kepada tingkah laku atau sikap kewarganegaraan yang ditonjolkan hasil daripada penerapan pendidikan kewarganegaraan. Kewarganegaraan yang baik diperlihatkan dengan penerapan kemahiran insaniah seperti kemahiran intelek, pemikiran kritis dan kemahiran dengan penglibatan seperti; perbincangan (Mohd Mahzan Awang 2015). Justeru itu, Pendidikan kewarganegaraan dilihat sebagai satu alternatif kepada pembentukan kompetensi pelajar yang membolehkan mereka menjalani tugasan-tugasan sosial (Ten Dam 2011)

Selain itu, berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna secara automatik menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ciri-ciri warganegara Malaysia yang baik diterjemahkan melalui FPK iaitu percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu (Kementerian Pendidikan Malaysia).

Untuk mencapai hasrat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) serta mengubahsuai dan menambahbaik kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral untuk menghasilkan warganegara yang boleh memberi sumbangan kepada negara. Penilaian tehadap mata pelajaran yang berteraskan kepada konsep kewarganegaraan dan penghayatan nilai murni sejagat perlu sentiasa dikaji untuk memastikan matlamat FPK tercapai iaitu melahirkan warganegara yang baik.

Page 2: PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN · PDF filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral ... bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah

1016

TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan PSK dalam kalangan guru PSK sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Terdapat 5 aspek yang dikaji iaitu pengajaran guru, penggunaan buku teks dan buku rujukan, penggunaan bahan bantu mengajar, aktiviti dalam bilik darjah dan penilaian dalam pelaksanaan PSK di dalam kelas

KAJIAN LEPAS Walaupun terdapat terdapat faktor lain yang boleh membentuk kompetensi kewarganegaraan pelajar namun pendidikan merupakan faktor yang sangat dominan. Ini adalah kerana pendidikan kewarganegaraan bermatlamat membentuk kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pembentukan kompetensi kewarganegaraan pelajar berkait rapat dengan pendidikan. Mohd Mahzan et al. (2015) menyatakan bahawa terdapat tiga aspek yang dapat menjadikan seseorang sebagai warganegara yang baik iaitu melalui sistem pendidikan, pengetahuan tentang Perlembagaan Malaysia, dan keprihatinan sebagai masyarakat majmuk.

Namun demikian, kajian masih kurang berkaitan dengan kompetensi kewargenegaraan dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Mohd Mahadee dan Mansor (2013) masih terdapat limitasi dalam kajian lampau tentang keupayaan rakyat untuk bertingkah laku sebagai warganegara yang demokratik. Kajian tentang penerapan kewarganegaraan masih kurang berbanding dengan kajian mata pelajaran lain. Penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui pendidikan dilihat dari aspek pengajaran guru, penggunaan buku teks dan buku rujukan, penggunaan alat banu mengajar, aktiviti dalam bilik darjah serta penilaian di dalam kelas. Penerapan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar boleh dilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Kesemua mata pelajaran tersebut mengandungi elemen-elemen yang menjurus kepada pembentukan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar.

Walau bagaimanapun terdapat kajian lepas yang mengaitkan kompetensi kewarganegaraan dengan mata pelajaran Sivik iaitu kajian menunjukkan kompetensi kewarganegaraan masih di tahap sederhana hasil penerapan mata pelajaran Sivik mahu pun Sejarah. Menurut Zahara (1995) dan Chang (2005) faktor pengajaran yang lemah di sekolah mempengaruhi penerimaan dan gerak balas pelajar-pelajar kepada mata pelajaran sivik. Malah sehingga kini, kajian oleh Mohd Mahzan et al. (2015) mendapati pengetahuan tahap kompetensi kewarganegaraan pelajar adalah di tahap sederhana. Pengetahuan pelajar tentang kewarganegaraan yang kompeten adalah pelbagai serta wujud kekeliruan dalam kalangan pelajar berkaitan dengan konstruk-konstruk kewarganegaraan.

PERNYATAAN MASALAH Mata pelajaran PSK mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 di Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun mata pelajaran Sivik pernah diajar dalam era 1970 an namun dimansuhkan atas pelbagai faktor. Menurut Chang (2005) pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sivik didapati kurang berkesan kerana kekurangan minat dan komitmen dalam kalangan guru. Pendidikan sivik gagal memainkan peranan untuk memberi pengetahuan dan nilai serta perasaan kebanggaan kepada negara dalam kalangan generasi muda iaitu belia lepasan sekolah yang berumur 19-21 (Zahara 1995, Chang 2005). Oleh itu, sejauh mana pengenalan mata pelajaran PSK dapat membentuk kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar yang pelbagai etnik di Malaysia merupakan satu persoalan yang perlu dianalisis.

Terbaharu melalui kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) tahun 2015 elemen kewarganegaraan diterapkan dalam pelbagai mata pelajaran. Melalui KSSM mata pelajaran PSK dimansuhkan secara beransu-ansur sehingga tahun 2022. Namun penerapan kompetensi kewarganegaraan diteruskan melalui mata pelajaran lain. Justeru itu kajian perlu dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana penerapan kompetensi kewarganegaraan dalam mata pelajaran PSK dapat membantu penerapan elemen kewarganegaraan dalam pelbagai mata pelajaran melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa aspek yang boleh mempengaruhi pembentukan kompetensi kewarganegaraan pelajar. Pengetahuan guru dan pengajaran guru dalam mata pelajaran yang menjurus kepada membentuk kewarganegaraan seperti PSK dan Sejarah misalnya sangat mempengaruhi keupayaan mereka untuk menerapkan kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Kajian lepas menunjukkan tahap kesediaan guru-guru adalah pada paras sederhana dari aspek kemahiran membuat kronologi, kemahiran meneroka bukti dan membuat interpretasi (Zahara & Nik Azleena 2007). Pengajaran guru dikatakan bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala dan tidak mewujudkan peluang berinteraksi di antara guru dan pelajar (Abdul Razaq et al. 2009).

Amalan pedagogi guru terlalu bersifat tradisional dan kurang melibatkan pelajar dalam amalan pembelajaran dan pengajaran (PdP) (Anuar et al. 2009). Oleh kerana itu, mesej yang ingin disampaikan oleh guru tidak dapat diterima dengan baik oleh pelajar. Hal ini menimbulkan situasi proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat membosankan.

Page 3: PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN · PDF filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral ... bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah

1017

Kekurangan minat dan komitmen dalam pengajaran dan pembelajaran sivik yang membawa kepada kegagalan subjek tersebut pada tahun 1970an. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan yang aktif dan interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran PSK (Chang 2005).

METADOLOGI Responden Kajian

Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk kajian tinjauan dan memerlukan jumlah responden yang ramai. Responden kajian ini terdiri daripada 400 orang guru yang mengajar mata pelajaran PSK. Responden guru diambil berdasarkan random berstrata daripada empat zon di Semenanjung Malaysia iaitu Zon utara, selatan, tengah dan timur. Oleh itu, 400 responden untuk mewakili Semenanjung Malaysia bersesuaian dengan jadual persempelan Krejcie dan Morgan (1970).

Pengumpulan Data

Kaedah kajian menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Aahmad Rahim (2012) dan Ahmad Rafie (2014). Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan item tersebut. Hasil kajian menunjukkan Cronbach Alfa adalah 0.77 hingga 0.93 bagi item yang terlibat. Keseluruhan Cronbach Alfa untuk kelima-lima aspek yang dikaji ialah 0.92. Ini menunjukkan kebokehpercayaan item tersebut adalah tinggi. Sekaran (2000) menyatakan sekiranya nilai Alfa Cronbach menghampiri nilai 1.0, kebolehpercayaan item adalah tinggi, baik dan berkesan manakala Mohd Majid (2004) berpendapat kebanyakan pengkaji menggunakan nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi daripada 0.60 kerana nilai ini lebih sesuai.

Analisis Data Data dianalisis menggunakan software SPSS version 22.0 yang merujuk kepada skor min dan sisihan piawaian. Interpretasi skor min untuk menentukan tahap aspek yang dikaji ialah berdasarkan Jamil Ahmad (2003) seperti berikut:

Jadual 4.1 Interpretasi Skor Min

Skor min Interpretasi

1.00 – 1.80 Rendah 1.81 – 2.60 Sederhana Rendah 2.61 – 3.40 Sederhana

3.41 – 4.20 Sederhana Tinggi 4.21 – 5.00 Tinggi

Sumber: Jamil Ahmad (2003)

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Demografi dalam kajian ini terdiri daripada 400 orang guru dari 4 zon di Semenanjung Malaysia. Sebanyak (26.3%) guru lelaki dan 295 (73.7%) guru perempuan. Dari segi pengalaman mengajar sebanyak 21.5% terdiri daripada guru yang mengajar 8 tahun ke bawah, 29. 3% guru yang mengajar 9 ke 16 tahun, 20.0% guru yang mengajar 17 hingga 22 tahun dan 29.3% guru yang mengajar 23 tahun ke atas.

Jadual 4.2 menunjukkan ranking tahap pelaksanaan PSK dalam kalangan guru PSK di Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya tahap pelaksanaan PSK adalah sederhana dengan min keseluruhan ialah 3.24 dan sisihan piawai 0.63.

Page 4: PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN · PDF filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral ... bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah

1018

Jadual 4.2 Tahap pelaksanaan PSK dari aspek pengajaran, penggunaan buku teks dan buku rujukan, bahan bantu mengajar, aktiviti dalam bilik darjah dan penilaian dari perspektif guru

No Pelaksanaan PSK Min Sisihan piawai

Tahap

1 Penggunaan buku teks dan buku rujukan dalam pendidikan kewarganegaraan

3.73 0.65 Sederhana Tinggi

2 Pengajaran dalam menerapkan kewarganegaraan

3.55 0.66 Sederhana Tinggi

3 Penilaian dalam pendidikan kewarganegaraan

3.19 0.77 Sederhana

4 Aktiviti dalam bilik darjah semasa PdP pendidikan kewarganegaraan

2.99 0.79 Sederhana

5 Penggunaan bahan bantu mengajar semasa pdp pendidikan kewarganegaraan

2.76 0.86 Sederhana

Keseluruhan 3.24 0.63 Sederhana

Jadual 4.13 menunjukkan perspektif guru terhadap pelaksanaan PSK yang paling tinggi ialah dari segi penggunaan buku teks dan buku rujukan dalam pendidikan kewarganegaraan (min = 3.73 dan sp = 0.65). seterusnya diikuti oleh Pengajaran dalam menerapkan kewarganegaraan (min = 3.55 dan sp = 0.66), penilaian dalam pendidikan kewarganegaraan (min = 3.19 dan sp = 0.77), aktiviti dalam bilik darjah semasa PdP pendidikan kewarganegaraan (min = 2.99 dan sp = 0.79) dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa pdp pendidikan kewarganegaraan (min = 2.76 dan sp = 0.86). Secara keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan PSK dari perspektif guru berada pada tahap sederhana (min = 3.24 dan sp = 0.63).

Dapatan kajian di atas menunjukkan guru PSK menggunakan sepenuhnya buku teks dan buku rujukan dalam menerapkan pendidikan kewarganegaraan kepada pelajar. Guru menggunakan penerangan sepenuhnya dalam buku teks untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kewarganegaraan. Namun dalam kajian lepas, terdapat isu berkaitan dengan kebolehan guru menggunakan buku teks iaitu guru-guru tidak mahir sepenuhnya dalam menggunakan buku teks terutamanya mata pelajaran Sejarah dalam kreativiti dan mengintegrasikan kandungan buku teks dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (Abdul Razaq et al. 2013). Justeru itu, dalam pelaksanaan PSK guru-guru lebih berminat menggunakan buku teks dan buku rujukan berbanding menggunakan bahan bantu mengajar.

Kandungan buku teks juga menyumbang kepada penerapan nilai kewarganegaraan terhadap kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Namun satu kajian terhadap kandungan buku teks oleh Noraizan (2008) menunjukkan pelajar akan berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Walau bagaimanapun, isi kandungan buku teks bergantung kepada kurikulum mata pelajaran tersebut. Satu kajian oleh Mohamad Johdi (2003) berkaitan dengan nilai kewarganegaraan dalam kurikulum mata pelajaran Sejarah mendapati pencapaian responden untuk nilai dan kewarganegaraan adalah menggalakkan iaitu purata 82.9% bersetuju. Pada dasarnya, responden mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha-usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. Walau bagaimanapun, elemen pemerintahan berasaskan demokrasi 66.7% dalam kandungan buku teks, amat rendah dan perlu dikaji lebih lanjut.

Berdasarkan kajian ini guru-guru PSK menggunakan buku teks untuk memberi penerangan tentang kewarganegaraan semata-mata dan tidak mengintegrasikan dengan teknologi maklumat dan komunikasi atau bahan bantu mengajar yang lain. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan kewarganegaraan kurang digunakan iaitu berada di tahap sederhana. Oleh yang demikian guru PSK kurang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh kerana mata pelajaran PSK merupakan mata pelajaran yang tidak terlibat secara langsung dalam peperiksaan penting di peringkat kebangsaan maka guru-guru kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran ini dari segi pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Selain itu kekangan menyediakan bahan bantu mengajar sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran juga menjadi sebab guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar. Kajian oleh Mohd Faeez Ilias (2016) persediaan teknikal seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) menjadi persoalan utama bagi guru sebelum

Page 5: PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN · PDF filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral ... bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah

1019

memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Faeez Ilias et al. (2013), terdapat halangan untuk guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam Pdp mereka iaitu kekangan masa, kekurangan BBM, tempat yang terhad, masalah teknikal, kurang kreativiti dan sikap guru yang negatif.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian ini memberi gambaran kepada kita bahawa perlunya KPM memberi fokus kepada penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui elemen kewarganegaraan dalam sistem pendidikan di negara kita. Pelaksanaan PSK untuk tujuan menerapkan kompetensi kewarganegaraan berada di tahap sederhana. Pada tahun 2022 mata pelajaran PSK sudah tidak diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Sebaliknya elemen kewarganegaraan akan diterapkan dalam pelbagai mata pelajaran. Justeru itu KPM perlu memberi fokus kepada proses penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui elemen kewarganegaraan tersebut terhadap mata pelajaran yang merupakan bukan mata pelajaran PSK.

Cabaran besar bagi KPM untuk merealisasikan penerapan kompetensi kewarganegaraan melalui elemen kewarganegaraan bagi pelbagai mata pelajaran. Justeru itu, pihak yang terlibat sama ada pembuat dasar KPM sehingga di peringkat pelaksana iaitu guru-guru yang berperanan menerapkan elemen kewarganegaraan dalam pdp perlu bersungguh-sungguh agar kompetensi kewarganegaraan dalam kalangan pelajar dapat dapat dicapai. Sekiranya kompetensi kewarganegaraan masih di tahap sederhana bermakna pengetahuan dan tingkah laku kewarganegaraan juga rendah. Rentetan kekurangan pengetahuan kewarganegaraan memberi implikasi terhadap kemahiran dan sikap kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Terdapat kemahiran kewarganegaraan yang kurang dimiliki oleh pelajar seperti penyelesaian konflik.

Selain itu, kurang penghayatan terhadap kewarganegaraan akan menyebabkan wujud dalam kalangan pelajar yang kurang semangat patriotisme. Isu ini perlu diberi perhatian kerana patriotisme atau sayang kepada negara merupakan jati diri yang perlu ada dalam kalangan pelajar sebagai warganegara yang akan membawa negara ke arah yang lebih maju. Menurut Mohd Zahari et al. (2006) kurangnya semangat patriotisme yang lahir dalam diri adalah akibat tidak menghayati sifat-sifat kewarganegaraan dengan baik.

Justeru itu, wujud pelbagai implikasi sekiranya aspek pelaksanaan pendidikan kewarganegaraan masih berada di tahap yang sederhana. Oleh yang demikian adalah dicadangkan agar mata pelajaran PSK perlu diteruskan dan penambahbaikan dari segi pelaksanaan mata pelajaran PSK perlu dijalankan. Kegagalan melaksanakan PSK tidak seharusnya mata pelajaran tersebut dimansuhkan sebaliknya kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti sebab kegagalan pelaksanaan mata pelejaran tersebut. Oleh itu proses pelaksanaan penerapan kewarganegaraan dalam proses pdp perlu ditambahbaik.

RUJUKAN Ahmad, A. R., Awang, M. M., Seman, A. A. & Abdullah, R. Bin. 2013. The Skills of Using History Textbooks in

Secondary School. Asian Social Science, 9(12). doi:10.5539/ass.v9n12p229 Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd. Rahman & Nur Atiqah T. Abdullah. 2009. Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah

danHubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(1) (2009): 53 – 66.

Chang, L. H. 2005. Pendekatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dalam Milenium Baru [Approach for civic and citizenship education in the new millenium]. Masalah Pendidikan, 28, 195–204. Retrieved from http://myais.fsktm.um.edu.my/4997/

Cronbach, L. J. 1988. Five perspectives on the validity argument. Test Validity, hlm.3–17. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. 1970. Determining Sample Size For Research Activities” Educational And

Psychological Easurement 1970, 30, 607-610. Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, Zetty Nurzuliana Rashed & Abdullah, M. 2016. Sumber

Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan GPI Sekolah Bestari. e-Academia Journal UiTMT, 5(2), 106–114. Mohd Faeez, I., Muhamad Faiz, I. & Kamarul Azmi, J. 2013. Faktor Dorongan Dan Halangan Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Oleh Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Bestari. 3rd. International Conference on Islamic Education, 5(1), 943–953. Retrieved from

http://eprints.utm.my/37714/2/MohdFaeezIlias2013_FaktorDorongan&HalanganPenggunaanBBM.pdf Mohamad Johdi Salleh. 2003. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah: Perspektif Murid-murid. UIA

Page 6: PENERAPAN KOMPETENSI KEWARGANEGARAAN · PDF filedilakukan melalui pelbagai mata pelajaran terutamanya PSK dan Sejarah di samping Pendidikan Moral ... bermula di Tahun 4 Sekolah Rendah

1020

Mohd Mahadee Ismail & Mansor Mohd Noor. 2013. Manifestasi Pendidikan Sivik dalam kalangan Alumni Program Latihan Khidmat Negara. 8, 73-106.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Amla Mohd Salleh. 2015. Kompetensi Kewarganegaraan di Malaysia.

Laporan Penyelidikan Program Kesepaduan Sosial Negara. Sekaran, Uma. 2000. Research Methods For Business, A Skill-Building Approach. Third-Edition.John Willey & Sons. Ten Dam, G., Geijsel, F., Reumerman, R., & Ledoux, G. (2011). Measuring young people’s citizenship competences.

European Journal of Education, 46(3), 354–372. http://doi.org/10.1111/j.1465-3435.2011.01485.x Zahara Aziz & Nik. Azleena Nik Ismail. 2007. Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan Kemahiran

Pemikiran Sejarah kepada Para Murid. Pendidikan, 32, 119–137.