penerapan coral{ etnik tempatan ke dalam seni … corak etnik tempatan ke...encik wan jamarul, encik...

24
PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI TAMPAK KONTEMPORARI DI MALAYSIA. Wilemina Biii Anak Embit Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian If 68 (Seni Halus) W667 2006 2006

Upload: truongcong

Post on 29-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI TAMPAK KONTEMPORARI DI MALAYSIA.

Wilemina Biii Anak Embit

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan KepujianIf 68 (Seni Halus) W667 2006 2006

Page 2: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

r'ur.al Khhlmat Mak~umat Akade UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAr.

Q4~OO KOla Sam· P.I<HIDMAT MAI<LUMAT Al<ADEMII<

UNIMAI .

1111111111111111111111111 1000209513

PENERAPAN CORAK ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI TAMPAK KONTEMPORARI DI MALAYSIA.

WILEMINA BIRI ANAK EMBIT

Projek ini merupakan satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

Seni Halus

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALA YSIA SARA WAK

2006

Page 3: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JUDUL: PENERAPAN CORAK ETNIK KE DALAM SEN!

KONTEMPORARI DI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2003/2006

Saya 'WILEMINA BIRI ANAK EMBIT

Mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tingh.i

5. *sila tandakanu

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdatjah kese1amatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)D TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan dimana di mana penye1idikan dijalankan)

D TIDAK TERHAD

Disahkan

~~~-. Tand'atangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh:Tarikh: ')-. ~ ( 4 I) ~ 0 b

Alamat Tetap: LOT 296, NO 6C LORONG TAMAN KENARI 5 96000 SIBU SARAWAK.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Page 4: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Projek bertajuk 'Penerapan Corak Etnik Tempatan Ke Dalam Seni Kontemporari Di

Malaysia' telah disediakan oleh Wilemina Biri Anak Embit dan telah disediakan kepada

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Srujana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).

Diterima untuk diperiksa

oleh:

(Awangko Hamdan Awang Arshad)

Tarikh:

Page 5: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Penghargaan

Salam sejahtera

Di dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

telah terlibat di dalam menghasilkan kajian ini. Terutama sekali Fakulti Seni Gunaan dan

Kreatif yang telah memberi saya peluang untuk mempelajari ilmu seni dengan lebih mendalam

tentang seni itu. saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah selaku penyelia saya

iaitu Encik A wangko Hamdan dan semua pensyarab Seni Halus sepert,i Encik Anuar Ayob,

Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat

yang diberikan selama ini. Segala ilmu yang yang dicurahkan sangat berguna bagi saya.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga

tersayang yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini. Doa kalian

amat bennakna.

Terima kasih yang tidak terhinggajuga kepada rakan-rakan sepeIjuangan seperti Lieza,

Kate, Noza, Joy, Gloria, Alice, Midya, Halimab, Douglas, Elun, Marina, Rosita, Taini dan

ramai lagi yang tidak dapat disebut di sini kerana banyak membantu walau dalam susab

ataupun senang. Tanpa anda semua kajian ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan . .

Page 6: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

SENARAI KANDUNGAN

PENGESAHAN

PENGAKUAN

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

~~~

~STRACT

BABI PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

1.2 KENY A T AAN MASALAH

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

BAB 2 METODOLOGI PENYELIDlKAN

2.1 PENDAHULUAN

HALAMAN

I

II

1-2

3

3

3

4

Page 7: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

,...

BAB3

3.1

3.2

BAB4

4.1

I 4.2

4.3

4.4

4.5

BAB 5

RUJUKAN

I

PERBINCANGAN

CORAKETNIK

CORAK ETNIK DALAM SENI TAMPAK DI MALAYSIA

KARYA

PENDAHULUAN

SINOPSIS KARYA

ELEMEN FORMALISTIK

PERKEMBANGAN IDEA

PROSES PENGHASILAN KARYA

KESIMPULAN

5-11

11-25

26

27

28

28-32

33-35

36-37

38

I

Page 8: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

,......

Abstrak

Pengkarya sangat tertarik dengan corak anyaman kerana ia mempunyai misteri

disebaliknya. Di dalam karya ini, pengkarya telah menghasilkan karya yang

mengambarkan keindahan estetik itu. Pengkarya telah menggunakan keratan kayu

pelbagai bentuk dan warna, kemudian ia disusun menjadi satu bentuk yang menarik.

I

it

Page 9: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

,..

Ii

Abstract

I am always fascinated with intriguing woven patterns because it conceals a sense

of mysteries. My art form is an attempt to portray its aesthetic beauty through the

assembling of various shapes of colorful wooden blocks into interesting interlocking

form.

ii

I

Page 10: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Bab 1

Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Dalam kehidupan kita sentiasa dikelilingi oleh eorak sama ada eorak buatan manusia

ataupun eorak semulajadi. Dalam kehidupan pengkarya sendiri yang berasal dari rumah

panjang suku kaum Than sentiasa terdedah dengan pelbagai eorak. Dari tikar bemban yang di

pijak, pakaian tradisional Than yang di pakai pada hari keramaian, ukiran-ukiran pada kayu,

senduk, tangga, terabai di dinding semuanya diliputi dengan eorak. Pengkarya merasakan

corak-eorak yang berada di sekeliling pengkarya mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Ramai generasi muda sekarang kurang mengenali eorak dan hanya mengenalinya tidak lebih

sebagai perhiasan semata-mata termasuklah pengkarya sendiri. Terdapat seribu satu eerita di

sebalik sesuatu eorak tersebut. Penulisan ini telah memberi ruang kepada pengkarya untuk

mengkaji, mernahami dan mengenali eorak dengan Iebih dekat Iagi.

Corak secara lumrahnya rnernpunyai hubungan rapat pada sebarang bentuk penciptaan

(hasil seni) yang berfungsi sebagai hiasan. Pernbentukan eorak berasaskan kepada kekuatan

struktur atau dasamya. Corak adalah satu penyusunan sarna ada rupa geometrik, organik atau

gabungan kedua-duanya, disusun seeara berulang-ulang rnengikut struktumya. Ia adalah

gabungan pola-pola keeil yang akhimya rnernbentuk eorak. Dengan kata lain, pola adalah satu

komponen kecil dari eorak yang dihasilkan.

Page 11: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

I,'

Terdapat pelbagai maksud dan tafsiran tentang corak yang dinyatakan. Salah satu

daripadanya ialah menu rut buku Glosari Seni Lukis, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka:

"corak merupakan gubahan, komposisi atau reka letak menyeluruh sesebuah karya seni. Reka

bentuk lazimnya mengandungi ulangan motif atau figura. Acuan yang lazimnya dibuat

daripada plaster, untuk membuat sesuatu dalam tuangan gangsa".

Menurut buku Glosari Budaya Malaysia Corak Dan Motif ada mentakrifkan:

"corak sebagai gabungan satu atau lebih motif yang di reka letak dengan kedudukan sarna

ada melintang, menegak, menyerong atau bertaburan dengan wama-wama khusus terdapat

dalam seni ukir, seni tenun, seni batik, seni anyam, seni tekat dan seni sulam".

Melalui takrifan-takrifan tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa corak ini

sering dikaitkan dengan objek seni. Walaupun demikian, corak ini sebenamya lebih daripada

itu. Dalam kehidupan kita juga ada corak. Kadang-kadang kita gembira, kadang-kadang kita

sedih dan itulah yang dikatakan corak kehidupan.

2

Page 12: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

II

1.2 Kenyataao Masalah

Sepanjang membuat kajian ini, terdapat beberapa masalah yang dikenal pasti mengenai corak

etnik ini. Antaranya ialah,

I. Menterj emah corak etnik ke dalam konteks seni kerana corak etnik sering

dikaitkan dengan kraftangan.

II. Arkib perlu mengambil peranan dalam masalah ini.

1.3 mpotesis Kajian

1. Kajian yang dibuat akan dapat diterima oleh masyarakat luar agar mereka lebih

mengerti tentang seni deengan lebih mendalam.

2. Kajian yang dibuat juga akan dapat memartabatkan corak etnik lebih daripada sekadar

kraftangan.

3. Kajian ini juga dapat menggambarkan ekspressi tentang corak etnik dan bukannya

berbentuk eksploitasi.

1.4 ObjektifKajian

Objektif kajian ini adalah mengenal pasti kesesuaian corak etnik ke dalam seni tampak

di Malaysia. Kajian ini juga ingin menunjukkan ekspressi terhadap corak etnik iaitu ingin

menunjukkan corak etnik dalam konteks yang tepat ataupun maksud sebenar corak etnik

tersebut. Selain daripada itu, kajian ini juga mengkaji persaman corak etnik yang terdapat di

Malaysia dengan negara Asia Tenggara.

3

Page 13: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

.. --------- ~----------------------------------------------------------------------------..

I. '

Bab2

Metodologi Penyelidikan

2.1 Pendahuluan

Untuk membuat sesuatu kajian, ia memerlukan beberapa metodologi bagi

mengukuhkan lagi sesebuah kajian itu. Dalam kajian ini, pengkarya telah menggunakan

beberapa metodologi bagi memantapkan kajian ini. Menurut 'Kamus Dewan Dwibahasa',

metodologi bermaksud kata nama sains atau kaedah (terutama dalam perkara ilmiah).

Antaranya ialah membuat rujukan dengan beberapa buku mengenai seni tampak dan corak

etnik di Malaysia. Pengkarya ada juga merujuk beberapa katalog pameran artis tempatan yang

bekaitan dengan corak etnik. Selain daripada itu, pengkarya juga ada melawati laman web

sebagai rujukan sahaja. Namun dalam kajian ini, pengkarya tidak menggunakan metodologi

temubual dan 80al selidik.

Pengkarya telah merujuk beberapa orang artis tempatan yang ada menghasilkan karya

berdasarkan corak etnik. Beberapa orang pelukis seperti Bayu Utomo, Aznan Omar, Ahmad

Syukri dan ramai lagi yang telah beIjaya merentasi dan menyelami adat resam budaya kaum­

kaum etnik yang banyak bertabur di seluruh negara dan dijadikan sebagai bahan utama kajian

ketika berkarya.

4

l l

Page 14: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Bab3

Perbincangan

3.1 Corak Etnik

Corak etnik berkait rapat dengan sesebuah suku kaum. Corak ini merupakan lambang

identiti kaum etnik itu. Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kemajmukan

penduduknya. Selain daripada itu, Malaysia juga kaya dengan hasil alam semulajadinya. Hasil

bumi yang ada ini telah dimanfaatkan oleh penduduk aslinya dengan menghasilkan barangan

dari alam sekeliling mereka.

Ilustrasi 1

Contoh Kelarai Beras Patah

Corak etnik ini juga mempunyai pecahan lagi. Ia terbahagi kepada corak pada

anyaman, ukiran, tenunan, manik dan tatu. Setiap satu kategori ini juga mempunyal

pecahannya lagi. Seperti anyaman terbahagi kepada anyaman rotan, mengkuang, pandan,

bemban, dan lidi. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Semua jenis kelarai berunsurkan

5

Page 15: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

alam semulajadi. Daripada bentuk bung a, terdapat corak bunga catur, berembang, cengkih,

bunga tanjung dan sebagainya. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk rebung,

tampuk jantung pi sang, tampuk manggis dan sebagainya. Corak fauna pula terdiri daripada

corak siput, kepala gajah, tapak harimau dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat juga

corak dalam bentuk bebas, seperti corak belah ketupat, corak beras patah, corak kisar mengiri

dan corak madu manis.

llustrasi 2

Contoh batik yang berunsurkan alam semulajadi

. Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Ia telah wujud sejak

abad ke-15. pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat

pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan alat-alat moden. Motif adalah corak­

corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Motif batik dihasilkan

dalam dua bentuk utama iaitu motif organik dan motif geometri. Motif organik berunsurkan

6

Page 16: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan. Manakala

motif geometri terdiri seperti motif pucuk rebung dan motif bunga kotak bercampur.

Ilustrasi 3 Ilustrasi 4

Contoh corak Pua Kumbu Contoh corak pua kumbu

Pua kumbu merupakan seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak dan

ia sangat popular di Sarawak. Motif-motif yang digunakan dalam pua kumbu juga sering

berkaitan dengan kepercayaan dan pantang larang masyarakat Iban. Selain daripada itu motif

flora dan fauna juga tidak ketinggalan. Motif fauna yang digunakan dalam pua kumbu seperti

buaya, katak, rusa dan sebagainya. Manakala motif flora yang sering digunakan ialah rotan,

pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bunga-bungaan.

7

Page 17: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Ilustrasi 5

Contoh manik yang di buat oleh Orang U1u

Manakala manik pula, merupakan satu seni kraftangan yang sangat popular di

Sarawak. Manik sebenamya telah wujud lama. Manik terdiri daripada pelbagai jenis seperti

manik yang diperbuat daripada kaca, permata dan batu akik. Corak yang biasanya digunakan

dalam ragam hias gubahan kaum etnik di Sarawak ialah seekor anjing atau naga yang berlalai

panjang dengan taring-taring dan cula-cula yang melengkung.

8

Page 18: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Ukiran pula terbahagi kepada ukiran kayu dan buluh. Ukiran kayu biasanya kita Iihat

di pintu, perhiasan dinding, hulu keris dan banyak Iagi. Kebanyakan corak uk iran kayu juga

terdiri dari alam sekeliling begitu juga dengan ukiran buluh. Ukiran buluh ini biasanya banyak

terdapat di Sarawak. Ukiran buluh juga banyak menggunakan corak flora dan fauna.

Ilustrasi 6 Ilustrasi 7

Contoh ukiran patung kayu contoh ukiran kayu berbentuk wau

Corak etnik ini sangat menarik untuk dikaji. Selain daripada coraknya yang sentiasa

berkaitan dengan alam sekeliling, sesetengah corak etnik itu juga mempunyai unsur-unsur . spiritual . Ia dipercayai berkait rapat dengan kuasa ghaib dan alam sekeliling. Contohnya

motif yang terdapat di dalam pua kumbu yang dikenali sebagai engkeramba. Biasanya motif

ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini kerana mereka

benar-benar mahir menenun.

9

Page 19: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

fa dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang ~

1BIUIJD..tanaman dan penghuni rumah panjang. Itu merupakan kepercayaan masyarakat pada

..-n dahulu, dan pada zaman sekarang masyarakat tidak mempercayainya lagi. ini mungkin

dilebabkan masyarakat Iban sekarang lebih berpegang kuat terhadap agama yang

mengbaramkan kepercayaan terhadap perkara karut.

Corak etnik juga mempunyai skop yang begitu luas ini kerana corak etnik yang

tadapat di Malaysia mempunyai persamaan dengan corak etnik di negara lain terutamanya

uegara di Asia Tenggara. Contohnya di Indonesia, terdapat kain yang sarna dengan pua

kombu. Bukan sahaja dari segi corak, malah peralatan yang digunakan juga sarna dengan

peralatan yang digunakan untuk membuat pua kumbu. Di negara Thailand, Filipina, Myanmar

dan scbagainya juga mempunyai kain yang sarna dengan pua kumbu. Cara dan peralatan yang

digunakan juga sarna. Persarnaan ini mungkin disebabkan kita datang dari rumpun yang sarna

wtu nusantara.

Corak etnik ini merupakan warisan nenek moyang kita yang tidak ternilai harganya.

amun ia telah tergadai begitu sahaja. Pihak lain dengan senang-Ienang memperoleh

buntungan hasil daripada keunikkan corak etnik kita sedangkan kita hanya berpeluk tubuh

dengao membiarkan semua itu berlaku. Malah yang lebih menyedihkan ada juga orang kita

berbangga dengan semua ini. Mereka berbangga kerana ramai yang berminat dengan corak

IIDik mereka. Narnun mereka tidak sedar semua ini merugikan mereka sendiri. N amun begitu,

IIID8i juga artis kita yang menghasilkan karya dengan maksud yang tersendiri dan bukan

bIIlya suka-suka sahaja.

10

Page 20: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Kesimpulannya di sini, kita dapat melihat corak etnik sememangnya tidak dapat lari

dari flora dan fauna. lni mungkin disebabkan alam flora dan fauna merupakan benda yang

paling rapat dengan manusia. Selain daripada itu, keindahannya juga telah menarik perhatian

manusia untuk menghasilkan sesuatu barang dengan bercorakkan flora dan fauna.

3.2 Corak etnik dalam seni tampak di Malaysia

Keistimewaan dan keunikkan corak etnik ini juga telah menarik minat beberapa artis di

Malaysia untuk menerapkan corak etnik di dalam hasil karya mereka. Tetapi ramai juga yang

berpendapat apabila di sebut corak etnik mesti terbayangkan hasil kraftangan suku kaum

tertentu. Namun begitu, corak etnik ini tidak semestinya merupakan kraftangan etnik tersebut

tetapi karya seni tampak yang dihasilkan menggunakan corak etnik dan mempunyai maksud

tersendiri. Karya seni ialah sesuatu yang dikaji. Kalau ditinjau dari segi peranannya,

kepentingan seni mesti bermatlamat dan apa yang telah dilaksanakan mesti mengandungi

fungsi-fungsi tertentu. Setiap sudut karya yang dihasilkan mesti mempunyai makna dan alasan

Ylllg kukuh bagi menyakinkan lagi kepada masyarakat bahawa seni itu juga mempunyai nilai

intelektual.

Di dalam laman web Balai Seni Lukis Negara mengenai Sejarah Seni Rupa Malaysia,

ada mengatakan:

"Di sekitar dekad ke 80-an dan 90-an memperlihat cubaan yang serius untuk

meneruskan penerapan ciri-ciri "nasional" atau "keaslian" seni lukis moden Malaysia. Cubaan

ini dimulai oleh faktor Islam, etnik dan budaya yang pada masa yang sarna dengan tanpa

disedari telah termasuk dalam pasca modenis yang ada hubung kait dengan seni lukis barat.

11

l

Page 21: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Pelbagai media baru dan lama telah digunakan antaranya seni instalasi, seni video dan seni

persembahan. Di sinijugajelas terlihat karya-karya abstrak dan figuratiftelah kembali

bertapak sementara peningkatan dalam pengkaryaan seni area pelbagai media amat baik yang

barangkali pada suatu ketika tidak lang sung kelihatan".

Pendekatan ini membuatkan setiap kandungan penghujahan berada dalam penjelasan

yang tertentu dan setiap kandungan yang dipeIjelaskan itu harus dan mesti dipersetujui. Garis

pemisah kepineangan seni dalam usaha memberi fungsi kepada masyarakat terpaksa berdiri

deogan sendiri dan terpulang kepada masyarakat untuk menilai bahawa kononnya 'seni itu

tinggi nilainya sebab ia sesuatu yang subjektif. Perkara subjektif seni ini memperlihatkan

betapa tidak ada suatu pereubaan atau andaian tentang kefahaman kita terhadap nilai kualiti

produk yang dapat kita bongkar sebagai sesuatu yang berfaedah.

Transformasi yang dilakukan tidak terbatas kepada seni eatan sahaja bahkan ia

merentasi hingga keaplikasi media baru pada persembahan karya. Perubahan ini ini

berkemungkinan berupa peminjaman ikon budaya semata-mata dan tidak membawa

bersamanya pemaknaan mengikut konteks. Jika ia berlaku maka budaya tradisi mempunyai

peoerusan hayat oleh generasi baru dan berlakulah penyambungan sejarah budaya tradisi ke

era baru.

Beberapa orang artis tempatan seperti Bayu Utomo, Ramsay Ong, Kelvin Chap Kok

Leong dan ramai lagi telah beIjaya merentasi dan menyelami adat resam budaya kaum-kaum

etnik di seluruh negara dan dijadikan sebagai hal benda utama kajian mereka ketika melukis.

12

Page 22: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Mcngambil pinjarn corak-corak dari kaum-kaum etnik dan dipindahkan bentuk modenis

. motif burung kenyalang, naga, harimau, manusia dan menghasilkan karya berbentuk

tUIegorical.

Contoh karya Ramsay Ong

Ilustrasi 8

Tajuk: Headman Artis : Ramsay Ong Bahan: Campuran Saiz: l04cm x 84cm

Perpindahan konteks ada kalanya akan menggugat makna sebenar motif yang

berfungsi sebagai simbol. Sebagai contoh motif naga, motif ini biasanya dihiasi di ruang sisi

jalan dalam rumah Iban dan di hadapannya' dihidangkan santapan atau dilukiskan motif naga

ini berpasangan supaya ia mempunyai ternan untuk bersantap dan tidak menggangu gugat

masyarakat di sekelilingnya.

13

Page 23: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

Memang tidak: dapat dinafikan bahawa pelukis-pelukis kita lebih cenderung

menampilkan asal-usul mereka dan mencerminkan sejarah-sejarah budaya kaum mereka

&eDdiri. Menurut buku 'Rupa Malaysia':

''walaupun sudut-sudut pandangan terkhusus mengenai identiti etnik ini berguna dan

dapat memberikan gambaran, namun begitu perlu dipertimbangkan jua mengujudkan sudut

pandangan atau visi yang lebih menyeluruh, yang lebih merangkumi kesemua realiti dan

aejarah Malaysia. Pelukis-pelukis kita perlu melampaui visi terhad etnik serta parameter­

pII'IDleter cauvistik masing-masing an mengusahakan gambaran yang lebih komposit yang

mencerminkan realiti-realiti kemajmukan yang unik di Malaysia".

Walaupun rarnai artis di Malaysia menggunakan corak etnik di dalam karya mereka,

tetapi tidak: semuanya menunjukkan ekspressi . Terdapat juga karya yang sekadar sebagai

ebploitasi. Ekspressi di sini bermaksud menggunakan corak etnik bertujuan untuk

memmjukkan pada masyarakat maksud sebenar corak etnik tersebut. Namun begitu, terdapat

engah pihak yang menggunakan corak etnik hanya sekadar untuk memperoleh

kcuntungan semata-mata. Contoh yang paling terdekat ialah pasu Sarawak yang

kebanyakannya menggunakan corak Iban dan Orang Vlu untuk menghiasi permukaan objek

yang bertujuan untuk melariskan produk dengan sewenang-wenangnya. Kita hanya mampu

melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa. Orang lain boleh mendapat keuntungan melalui

penggunaan corak: etnik tetapi kaum yang mencipta corak itu sendiri tidak pandai

mengeksploitasi hasil sendiri.

14

Page 24: PENERAPAN CORAl{ ETNIK TEMPATAN KE DALAM SENI … corak etnik tempatan ke...Encik Wan Jamarul, Encik Zulkalnain dan Encik Yakup atas segala tunjuk ajar dan nasi hat yang diberikan

· um3t A.l(9at nsS3l K..hlomat Ma~SlA SARA\\ UNIVERSm MAl-Ai

Q4~OO I(nill • aroam

Selain daripada itu, kebanyakan pelukis-pelukis yang menghasilkan karya

mcmggunakan corak etnik ini terdiri daripada mereka yang bukan bumiputera. Bagaimana ini

boleh beriaku? Di mana orang-orang dari suku kaum etnik itu sendiri yang kurang berminat

menghasilkan karya sebegini. Sepatutnya, perkara ini tidak berlaku memandangkan ini corak

etnik ini Iebih dekat dengan diri kaum etnik itu sendiri. Tiada orang lain yang lebih tahu

dengan Iebih mendalam mengenai corak etnik melainkan mereka sendiri. Kajian ini menjadi

suatu landasan atau peluang untuk pengkaji mengetengah penggunaan corak etnik meialui

kagian akademik untuk disampaikan melalui karya seni.

15