peneraju transformasi perkhidmatan...

16
PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM #MAJLIS PERSADA GEMILANG JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017.....3 #LAWATAN TURUN PADANG KPPA KE NEGERI PULAU PINANG…………………….6

Upload: vutruc

Post on 01-May-2018

269 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM

#MAJLIS PERSADA GEMILANG JABATAN

PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017….....3

#LAWATAN TURUN PADANG KPPA KE NEGERI PULAU

PINANG…………………….6

Page 2: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

2

Bicara Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Warga JPA yang saya kasihi, Kecemerlangan bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja tetapi juga perkhidmatan yang bersih dan berintegriti. Sebagai jentera kerajaan yang berperanan melaksana segala dasar-dasar dan keputusan kerajaan, pegawai awam perlu menumpukan seluruh usaha dan tenaga ke arah penyampaian perkhidmatan yang efektif, efisien, berkualiti, telus, mendahului dan mementingkan rakyat dan pelanggan bagi memastikan kejayaan matlamat kerajaan. Perkhidmatan awam yang sentiasa dekat dengan rakyat perlu dilihat sebagai satu perkhidmatan yang sentiasa bersih dan menjadikan integriti sebagai teras utama. Sehubungan itu, budaya kerja yang menggabungkan disiplin, tanggungjawab, integriti dan kebertanggungjawaban serta menjaga kerahsiaan mesti menjadi jati diri setiap penjawat awam agar menjalankan tugas dengan jujur dan telus di samping perlu juga diterapkan elemen sentuhan kemanusiaan bagi menangani dan menyelesaikan kes-kes tertentu. Harapan saya agar setiap warga JPA dapat menjaga disiplin diri serta imej dan nama baik Jabatan dari sebarang isu dan tanggapan negatif rakyat lebih-lebih lagi dalam mengharungi zaman yang semakin moden dan mencabar ini. JPA sebagai Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam mesti menjadi penggerak dalam arus pemodenan dan transformasi Negara. Warga kerja yang mengamalkan budaya kerja yang cemerlang menjadi aset penting ke arah mewujudkan Perkhidmatan Awam yang produktif dan berkualiti. Sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang telah terbukti bersalah dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan wang Kerajaan. Saya mahu setiap pegawai JPA sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan bertanggungjawab. Saya juga ingin menasihatkan para pegawai terutamanya pegawai muda supaya

merancang perbelanjaan kehidupan seharian dengan bijak dan berhemah agar tidak terjerumus ke dalam kancah bahaya rasuah. Selain itu, gejala yang semakin membimbangkan pada era teknologi maklumat kini ialah penyebaran maklumat-maklumat palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya ingin menasihatkan para penjawat awam khususnya para pegawai JPA untuk mengesahkan dahulu maklumat yang diterima di media sosial. Yang paling utama, janganlah sesekali terlibat dengan penyebaran sesuatu maklumat atau memberikan komen-komen yang boleh ditafsirkan mengikut Perintah Am (General Orders) sebagai mencemarkan imej Perkhidmatan Awam, atau pun melanggari peruntukan undang-undang seperti di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Saya akan mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa. Semoga segala usaha murni kita untuk memartabatkan Perkhidmatan Awam mendapat keberkatan-Nya dan mencapai matlamat dengan jayanya. -Petikan Ucapan YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sempena ‘MAJLIS PERSADA GEMILANG JABATAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017’, 23 Mac 2017, Auditorium Aras 4, JPA

Page 3: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

3

Majlis Persada Gemilang Jabatan Perkhidmatan Awam

Tahun 2017

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Majlis Persada Gemilang Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2017 telah dianjurkan pada 23 Mac 2017 di Auditorium Aras 4, JPA bagi meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2016. Majlis yang merupakan acara tahunan ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman serta timbalan-timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

Selain diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada 189 orang penerima-penerima APC Tahun 2016, majlis ini diharapkan dapat menjadi suatu motivasi kepada warga JPA agar berusaha dengan lebih gigih dan dalam masa yang sama meningkatkan kualiti mutu kerja bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Page 4: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

4

Perhimpunan Bulanan JPA

Mac 2017 Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Mac 2017 pada 14 Mac 2017 di Auditorium JPA dengan tema ’Tahun Penyampaian: Mensejahterakan Rakyat, Memakmurkan Negara’.

YBhg. Dato’ Sri KPPA dalam ucapan beliau sempena perhimpunan bulanan tersebut telah menegaskan bahawa untuk merealisasikan agenda penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, penjawat awam perlu bertindak lebih inovatif dan kreatif supaya dapat mengoptimumkan penggunaan sumber bagi memberi pulangan yang berganda dan menjana outcome yang benar-benar signifikan kepada rakyat. Ini

akan menjustifikasikan prinsip return on invested capital (ROIC) dan value for money.

Penjawat awam juga perlu mempergiatkan lagi usaha melaksanakan model baharu penyampaian perkhidmatan yang mampan, berkualiti dan kos efektif.

Selain penyampaian ucapan oleh YBhg. Dato’ Sri KPPA, beliau telah turut menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari dan Februari 2017 pada majlis tersebut.

Diruang legar auditorium juga telah disediakan kaunter pendaftaran pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Page 5: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

5

Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung PUSPANITA

Cawangan Kecil JPA Tahun 2017

Oleh : Unit Komunikasi Korporat Majlis Perasmian & Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil JPA Tahun 2017 telah diadakan pada 17 Mac 2017 di Auditorium JPA. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang juga merupakan Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil JPA.

YBhg. Dato Sri KPPA dalam ucapan beliau telah memohon agar setiap program PUSPANITA dilaksanakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS dengan melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak dan menerapkan mesej “Negaraku Malaysia”.

Beliau juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil JPA Tahun 2016 pada majlis tersebut. Antara agenda mesyuarat pada hari itu adalah pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Tahun 2016 dan pembentangan cadangan aktiviti Tahun 2017.

Kelab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan PUSPANITA Cawangan Kecil JPA telah mengadakan program santai bersama YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 29 Mac 2017.

Program ‘Seiring & Sejalan Bersama KPPA’ ini telah bermula di Lobi C1 bagi aktiviti ‘warming up’ dan sejurus selepas itu, YBhg. Dato’ Sri KPPA bersama semua warga JPA telah berjalan santai di persekitaran Kompleks C untuk menghala ke Tasik Putrajaya bagi sesi poco-poco.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JPA, YBhg. Datin Sri Nik Hasmah binti Nik Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dato’ Sabariah binti Hassan.

Seiring & Sejalan Bersama KPPA 2017 Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Page 6: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

6

Lawatan Turun Padang KPPA Ke

Negeri Pulau Pinang Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Satu Program Turun Padang oleh YBhg. Dato’ Sri KPPA ke Pulau Pinang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 31 Mac 2017. Program Turun Padang ini telah melibatkan dua (2) sesi perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Sri KPPA iaitu Majlis Perjumpaan KPPA bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Dewan Persidangan, USM dan Sesi Interaksi KPPA bersama-sama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang serta Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat yang telah diadakan di Dewan Budaya, USM selepas sesi pertama selesai.

YBhg. Dato’ Sri KPPA semasa sesi perjumpaan bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang telah memaklumkan bahawa matlamat program turun padang ini adalah untuk mendapat maklum balas secara terus terutamanya yang berkaitan isu dan masalah yang dihadapi dalam melaksana peranan dan perkhidmatan masing-masing selain beliau bersedia mendengar pandangan dan langkah penambahbaikan dalam konteks pengurusan sumber manusia serta isu dan perkara lain berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan di peringkat negeri. Beliau turut mengingatkan Ketua

-Ketua Jabatan untuk memantapkan kepimpinan, take charge serta bertanggungjawab memantau dan memastikan anggota di bawah seliaan masing-masing melaksanakan tugas dengan cekap, amanah dan berintegriti.

Semasa sesi interaksi bersama Pegawai Muda Jabatan Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang pula, YBhg. Dato’ Sri KPPA menegaskan bahawa penjawat awam telah diberi amanah besar oleh rakyat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan terbaik. Sehubungan itu, pegawai muda yang akan memeta hala tuju negara dan merupakan generasi yang akan mewarisi negara akan datang perlulah sentiasa berfikiran ke hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Menurut beliau juga, penjawat awam juga perlu peka kepada perkembangan isu semasa serta megatrends seperti perubahan teknologi, perkhidmatan awam yang anjal, urbanisasi dan isu penuaan. Ini memerlukan perkhidmatan awam supaya lebih responsif dan anjal untuk berubah kepada cara penyampaian perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan berkesan.

Page 7: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

7

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2017 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada 8 Mac 2017, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan melibatkan penyertaan Kementerian dan Jabatan/ Agensi di sekitar Kompleks C iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perangkaan Malaysia dan TH Properties telah bekerjasama untuk mengadakan program Pocket Event memandangkan Kompleks C merupakan salah satu lokasi Pit Stop bagi program kayuhan peserta berbasikal pada program sambutan tersebut selain sebagai tanda sokongan warga Kompleks C terhadap Hari Wanita Antarabangsa 2017 yang disambut pada 8 Mac setiap tahun di seluruh dunia.

YBhg. Dato’ Sri KKPA serta Pengurusan Tertinggi JPA dan wakil Agensi telah melancarkan aktiviti flag off peserta kayuhan basikal ini di ruang legar dan parkir kereta sekitar Blok C10, Kompleks C.

Selain acara flag off oleh YBhg. Dato’ Sri KPPA, antara pengisian lain di program tersebut adalah Psychological Games dan Spa Mobile.

Program Pocket Event Sempena Sambutan Hari Wanita

Antarabangsa 2017 di Kompleks C, Putrajaya

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Kunjungan Hormat KPPA Ke Atas

TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

YBhg. Dato’ Sri KPPA dan delegasi telah mengadakan

kunjungan hormat ke atas TYT Tun Dato’ Seri Utama

(Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abas, Yang di-Pertua

Negeri Pulau Pinang di kediaman rasmi TYT Negeri

Pulau Pinang, Seri Mutiara pada sesi petang Program

Turun Padang KPPA Ke Negeri Pulau Pinang.

Kunjungan hormat tersebut berlangsung selama satu

jam sebelum YBhg. Dato’ Sri KPPA bertolak pulang ke

Kuala Lumpur.

Page 8: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

8

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan Sesi Interaksi YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama bekas peserta Program Talent Acceleration in the Public Service (TAPS) yang dilantik ke Perkhidmatan Awam Persekutuan pada 24 Mac 2017 di Dewan Mezzanine, Blok C1, JPA, Kompleks C.

Sesi interaksi ini telah dihadiri oleh 81 orang bilangan bekas peserta TAPS yang dilantik melalui empat (4) kohort pengambilan ke pelbagai skim perkhidmatan di dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan mula dilantik pada tahun 2013 sehingga yang terkini pada tahun 2016. YBhg. Dato’ Sri KPPA melalui ucapan amanat beliau memohon agar semua peserta sentiasa menyinar dan memiliki nilai estetika dan sahsiah yang tinggi dan menjadi aset kementerian / jabatan masing-masing.

Program TAPS merupakan satu program untuk melatih dan mengembangkan bakat pelajar-pelajar tajaan JPA yang cemerlang ke dalam perkhidmatan awam.

Sesi Interaksi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Bersama Bekas Peserta TAPS

Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Program Ekspresi Negaraku Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Program Ekspresi Negaraku yang turut melibatkan kerjasama dan bantuan semua Kementerian, Jabatan dan Agensi seluruh Malaysia termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Program yang telah diadakan pada 18 Mac 2017 di Dataran Putrajaya,

Presint 3 itu telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program tersebut bermula pada jam 7 pagi dengan acara larian bendera Negaraku dan berakhir pada jam 11 malam dengan aktiviti konsert Negaraku. Di antara pengisian program pada hari tersebut termasuk sukan rakyat, servis bergerak dan beraneka foodtruck.

Page 9: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P) Bilangan 1 Tahun 2017 telah berjaya diadakan pada 15 Mac 2017 (Rabu) yang lalu bertempat di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tersebut telah dihadiri beberapa pegawai tertinggi kementerian dan jabatan, di antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah MAMPU, Pengarah-pengarah Bahagian JPA, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri serta wakil pengurusan tertinggi jabatan dan agensi kerajaan. Manakala Pihak Pekerja terdiri daripada wakil kesatuan dan persatuan pekerja-pekerja sektor awam di kalangan pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Mesyuarat Majllis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-

Pekerja Pengurusan Dan Profesional Bil. 1 Tahun 2017

Oleh : Bahagian Saraan

9

INFO PESARA 101 Oleh : Bahagian Pasca Perkhidmatan

Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal dunia pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun dan Kerajaan Tempatan, tanggungan/warisnya layak memohon bantuan mengurus jenazah sebanyak RM3,000 sepertimana yang diperuntukan oleh Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2010 (WP 6.4). Pembayaran akan diuruskan oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Bagi penjawat awam yang meninggal dunia semasa sedang berkhidmat pula, pembayaran bantuan mengurus jenazah sebanyak RM3,000 kepada waris ini diuruskan oleh Jabatan akhir masing-masing.

Baca info lanjut seperti di link di bawah ini: http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html

Sekian, terima kasih.

Page 10: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

10

PROGRAM TURUN PADANG KPPA KE KLUSTER

PENGAJIAN PEMBANGUNAN PENGURUSAN & INOVASI,

INTAN JALAN ELMU Oleh : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah mengadakan Program Turun Padang YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke INTAN Jalan Ilmu pada 2 Mac 2017 (Khamis). Lawatan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman ini adalah yang pertama sejak dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 16 Januari 2017. Program bersempena Majlis Penyerahan dan Perasmian Bilik Kuliah The Ship, INTAN Jalan Elmu ini juga adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan English Language Proficiency Assessment (ELPA) bagi individu-individu berpotensi tinggi melalui program Laluan Kemajuan Kerjaya Secara Istimewa (fast track). Program ini turut dihadiri seramai 80 hadirin termasuk Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi), Pengurusan Tertinggi INTAN, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai JPA, INTAN serta JKR Wilayah Persekutuan.

YBhg. Dato’ Sri KPPA dalam ucapan perasmian telah menyentuh mengenai perubahan persekitaran yang semakin mencabar dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang semakin pesat. Dalam mendepani cabaran ini, Perkhidmatan Awam perlu menggunakan pendekatan baharu dan segar bagi memantapkan service delivery kepada rakyat. Ini juga adalah bertepatan dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu menobatkan tahun 2017 adalah tahun penyampaian. Beliau juga menekankan bahawa INTAN sebagai institusi latihan awam memikul tanggungjawab yang besar dalam membentuk keperibadian, membangunkan kompetensi serta mengasah kemahiran penjawat awam dalam pelbagai bidang termasuk kreativiti dan inovasi. Jurulatih INTAN perlu sentiasa memperbaiki dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran serta berperanan sebagai pemudahcara dalam membawa perubahan minda setiap lapisan penjawat awam.

Page 11: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

11

Pada 21 Februari 2017, BPMS telah dikunjungi oleh rombongan dari Biro Pengaduan Awam (BPA). Rombongan BPA yang diketuai oleh Ketua Pengarah, Ybhg. Datuk Harjeet Singh telah disambut oleh Pengarah BPMS, Encik Mohd Danial bin Ma’alip serta beberapa orang pegawai BPMS. Rombongan BPA turut diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Zulkifli bin Hamzah serta pegawai-pegawai kanan BPA.

Tujuan lawatan pihak BPA ke BPMS adalah untuk mendapatkan pengalaman dan maklumat daripada BPMS yang

telah melaksanakan peralihan pengurusan penyenggaraan HRMIS daripada pihak pembekal ke penyenggaraan secara dalaman. BPA turut mempunyai perancangan untuk mengambil alih penyenggaraan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) daripada pihak pembekal. Semasa lawatan, BPA telah dibentangkan dengan maklumat mengenai HRMIS dan proses peralihan pengurusan HRMIS oleh Encik Zulkarnain bin Rohimi. Agenda tersebut diteruskan dengan sesi pertukaran idea dan pandangan dan diakhiri dengan sesi bergambar oleh kedua-dua pihak.

Lawatan Biro Pengaduan Awam Oleh : Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik

Lawatan Daripada Majlis Bandaraya Ipoh Oleh : Unit Komunikasi Korporat

Unit Korporat & Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Ipoh telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kaunter 1SERVE JPA4U pada 9 Mac 2017. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mempelajari selok-belok serta tatacara pelaksanaan Kaunter 1SERVE Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kehadiran delegasi Majlis Bandaraya Ipoh seramai tujuh (7) orang tersebut telah disambut oleh wakil pihak JPA dari Unit Komunikasi Korporat pada jam 10.30 pagi dengan sesi Penerangan dan Soal Jawab tentang pengoperasian Kaunter 1SERVE JPA4U. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi lawatan tapak ke Kaunter 1SERVE JPA4U dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Page 12: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

12

Sesi Khas KPPA Dengan Pengarah-Pengarah Bahagian

Untuk Memuktamadkan Program/Aktiviti JPA Yang

Akan Dipantau Di Bawah Bab 9, RMKe-11 Oleh : Bahagian Penyelidikan, Perancangan & Dasar

Satu Sesi Khas KPPA dengan semua Pengarah Bahagian telah diadakan untuk memuktamadkan program/aktiviti JPA yang menyumbang kepada outcome dan KPI Nasional bagi Bab 9, RMKe-11, pada 7 Mac 2017 (Selasa).

Dalam Sesi Khas ini Pengarah-pengarah Bahagian telah membentangkan cadangan program/aktiviti Bahagian masing-masing beserta dengan deliverables, cadangan kos

pelaksanaan dan carta perbatuan bagi program/aktiviti yang telah dijajarkan dengan strategi/sub strategi di bawah Bab 9.

Daripada keseluruhan 22 cadangan program/aktiviti, sebanyak 19 program/aktiviti dan satu (1) program tambahan telah dipersetujui untuk dipantau di bawah pencapaian outcome dan KPI Bab 9, RMKe-11.

Susulan daripada itu, sebagai urus setia Jawatankuasa Peneraju Teras Bab 9 yang dipengerusikan oleh KPPA, BPPD telah menggunakan pendekatan yang sama dengan mengadakan Mesyuarat dengan Ketua-ketua Bidang Fokus Bab 9 pada 9 Mac 2017 (Khamis) yang terdiri daripada MAMPU, ICU, KPKT serta BPO dan BK bagi membuat pemilihan projek keutamaan dan penjajaran kepada strategi/sub strategi Bab 9 dalam mencapai outcome dan KPI Nasional yang telah ditetapkan.

Pendekatan ini digunakan bagi memilih projek/program/inisiatif yang banyak memberi sumbangan kepada pencapaian outcome dan KPI daripada 278 projek/program dan lima (5) inisiatif yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi untuk dilaksanakan sepanjang Rolling Plan Ke-2 (2017/2018) ini.

Page 13: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

PELAN DASAR & STRATEGIK

DAN PELAKSANAAN INISIATIF EMPOWERMENT SECARA

PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK Oleh : Bahagian Pembangunan Organisasi

13

Page 14: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

14

Oleh :

Bahagian

Khidmat

Pengurusan

Ekosistem

Kondusif

Sektor

Awam

(EKSA)

BENGKEL TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 2.0 Oleh : Bahagian Transformasi Sektor Awam

Page 15: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari

15

Oleh :

Bahagian

Pengurusan

Psikologi

Sudut

Psikologi :

Progressive

Muscle

Relaxation

Pengenalan

Progressive Muscle

Relaxation adalah satu

latihan relaksasi yang

digunakan untuk merangsang

rasa tenang pada saraf dan

otot. Ia adalah satu siri

latihan yang memerlukan

regangan pada otot-otot

terlebih dahulu, kemudian

merehatkannya, sebelum

beralih kepada bahagian otot

-otot lain pula. Tujuan

regangan pada otot adalah

untuk mengenali rasa

tekanan pada otot. Tekanan

semasa menjalankan

regangan adalah penting

untuk anda merasa relaks.

Page 16: PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAMdocs.jpa.gov.my/docs/transformasi/Buletin_Paskom/2017/Newsletter...menyampaikan sijil penganugerahan pegawai contoh bulanan bagi bulan Januari