tokoh peneraju

14
60 Bersama-sama suamipasangan paling ideal di FRIM Tokoh pilihan KP kali ini ialah Puan Salamah Selamat, seorang warga FRIM yang begitu sinonim dengan kualiti dan selayaknya dinobatkan sebagai Tokoh Peneraju Kualiti Terunggul FRIM. BIODATA Puan Salamah Selamat dilahirkan di Selandar, Melaka pada 7 April 1958. Beliau merupakan anak ke-3 daripada tujuh orang adik-beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tun Perak Jasin (1971–1973), Sekolah Menengah Sains Pahang (1974–1975) sebelum meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidangan Kimia Analisis (1976–1980). Salamah telah berumah tangga dengan Dr Rahim Sudin yang juga pegawai penyelidik kanan di FRIM pada 1981 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. SALAMAH SELAMAT

Upload: leminh

Post on 29-Jan-2017

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Peneraju

60

Bersama-sama suami—pasangan paling ideal di FRIM

Tokoh pilihan KP kali ini ialah Puan Salamah Selamat, seorang warga FRIM yang begitu sinonim dengan kualiti dan selayaknya dinobatkan sebagai Tokoh Peneraju Kualiti Terunggul FRIM.

BIODATA

Puan Salamah Selamat dilahirkan di Selandar, Melaka pada 7 April 1958. Beliau merupakan anak ke-3 daripada tujuh orang adik-beradik dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tun Perak Jasin (1971–1973), Sekolah Menengah Sains Pahang (1974–1975) sebelum meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidangan Kimia Analisis (1976–1980). Salamah telah berumah tangga dengan Dr Rahim Sudin yang juga pegawai penyelidik kanan di FRIM pada 1981 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

SALAMAH SELAMAT

Page 2: Tokoh Peneraju

61

Bersama-sama keluarga di semasa bercuti

Salamah memulakan kerjaya sebagai pegawai penyelidik di Seksyen Awetan Kayu FRI pada tahun 1982. Pada awal kerjaya, beliau telah melaksanakan kerja-kerja analisis kimia kandungan bahan awet di dalam kayu dan formulasi di dalam sebuah makmal yang sempit dan dikongsi bersama-sama beberapa pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik dari Cawangan Pulpa dan Kertas iaitu Khoo Kean Choon, Lee Tuck Wan, Yeoh Mee Wah dan Yong Fook On serta Cawangan Ekstraktif; Dr Abdul Razak Mohd Ali, Dr Azizul Abd Kadir, Abu Said Ahmad dan Abdull Rashih Ahmad. Memandangkan permintaan daripada pihak industri pembinaan negara yang tinggi dengan jumlah purata pendapatan bulanan kepada makmal menghasilkan sebanyak RM20 000 maka Salamah telah membangunkan sebuah makmal kimia kecil yang diberi nama Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK) di bangunan Timber Research Laboratory (TRL) pada 1984. Pada tahun 1986, MAAK telah dipindahkan ke tempat yang lebih selesa dan sesuai iaitu di Tingkat 1, Bangunan Kimia baharu yang kini dikenali dengan Blok D8.

SUMBANGAN ISTIMEWA

Keperluan kawalan kualiti dalam industri pembinaan selari dengan kerancakan pembangunan ekonomi Malaysia pada awal tahun 1990-an membuatkan Salamah turut menggerakkan pembangunan sistem

Page 3: Tokoh Peneraju

62

pengurusan kualiti di makmal. Ini bagi memastikan aktiviti di makmal mematuhi keperluan standard, kompetensi penjawat awam mencapai tahap yang ditetapkan dan keputusan ujian tidak tercabar di mahkamah. Keperluan ini cukup mendesak memandangkan pada tahun 1990-an, Salamah kerap dipanggil sebagai saksi di mahkamah terhadap kualiti bahan kayu yang dibekalkan oleh subkontraktor dan kontraktor utama. Lanjutan itu Salamah telah mengkaji sistem kualiti yang boleh digunakan bersesuaian dengan keperluan makmal kimia.

Pada tahun 1995, dibantu oleh Habibah Mohamad dan Zaiton Said, Salamah memulakan kerja-kerja penyediaan dokumen kualiti peringkat makmal yang melibatkan semua prosedur dalam pelaksanaan tugasan harian selaras dengan keperluan Standard Malaysia Guide 25, MS ISO/IEC G 25 oleh Malaysian Accreditation Council (MAC). Pada masa yang sama, Salamah juga melaksanakan Good Lab Practice (GLP) di MAAK memandangkan GLP ialah asas utama keberkesanan dan kelicinan tugasan aktiviti makmal kimia. Salamah merupakan Ahli Kimia berdaftar dengan Institut Kimia Malaysia (IKM) yang merupakan badan profesional bagi ahli kimia semenjak 1987 dan ahli Institute Quality Malaysia (M.I.Q.M) semenjak 1996. MAAK telah berjaya memperoleh IKM Chemical Laboratory Excellent Award mulai tahun 1996 yang memberi keutamaan persediaan dan penilaian ciri-ciri keselamatan di makmal kimia.

Makmal Analisis Awetan Kayu

Page 4: Tokoh Peneraju

63

Perbincangan dengan penjawat awam makmal

Pada tahun 1997, semua persediaan di peringkat makmal telah disempurnakan dan Salamah membuat permohonan untuk memperoleh akreditasi makmal berdasarkan Skim Akreditasi Makmal-Makmal Malaysia (SAMM) dan berjaya memperolehnya pada 1998. Beliau juga berjaya mendapatkan kenaikan taraf Akreditasi Makmal bagi MAAK daripada MS ISO/IEC G25 kepada MS ISO/IEC 17025 pada tahun 2000. Pelaksanaan kualiti kerja di MAAK telah diamalkan sehingga kini bersama-sama pelaksanaan berdasarkan GLP. Kegigihan Salamah bersama-sama warga kerja di MAAK, telah membolehkan makmal ini berjaya memperoleh IKM Chemical Laboratory Excellent Award selama 15 tahun berturut-turut dan merupakan sebuah makmal yang mempunyai kredibiliti yang tinggi di kalangan pelanggan industri pembinaan negara; dan direkodkan sebagai Pencapaian Makmal Paling Konsisten oleh Mesyuarat Ketua-ketua Eksekutif Badan-badan Berkanun Persekutuan pada 2009. Sebanyak dua buah makmal kimia di FRIM turut sama dengan MAAK dalam mengamalkan GLP yang melibatkan ujian formaldehid dan ujian kimia tanah-tanih dan daun.

Salamah juga terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan yang kebanyakannya merupakan kerjasama dengan pihak industri perkayuan dan memberi impak terus kepada industri pengawetan kayu dan pembinaan, antaranya ialah; Kajian-kajian rawatan menggunakan bahan awet CCA ke atas

Page 5: Tokoh Peneraju

64

sampel kayu-kayu tropika bagi pelbagai kegunaan struktur bangunan yang dibuat bersama-sama dengan pihak timber prefabricator dan Jabatan Kerja Raya (JKR); Kajian-kajian rawatan menggunakan bahan awet boron dengan kaedah proses Bethell ke atas beberapa kayu tropika; Kajian awal rawatan haba ke atas kayu getah sebagai rawatan pilihan selain sebatian boron; Kajian rawatan dengan menggunakan bahan awet light organic solvent preservative (LOSP) terhadap beberapa kayu tropika; Kajian kaedah analisis kimia kandungan bahan awet LOSP dalam kayu tropika berawet dan Kajian kaedah analisis kimia kandungan boron dalam kayu tropika berawet. Hasil kerja-kerja penyelidikan ini telah diguna pakai dalam pembangunan Standard Malaysia, input kepada pihak penguat kuasa dan panduan kepada pihak industri.

Salamah juga terlibat secara aktif membantu agensi kerajaan yang terlibat dengan sektor perkayuan, industri pengawetan kayu dan juga pembinaan. Beliau telah mengetuai Jawatankuasa Teknikal MTIB dalam membangunkan Skim Jaminan Kualiti Kayu Berawet pada tahun 2005 sejajar dengan isu kawalan mutu kayu kekuda bumbung. Salamah juga dilantik sama ada sebagai Pengerusi Pasukan Kerja atau Ahli Jawatankuasa Teknikal oleh Standard Writing Organisation (SWO) dalam menyemak dan membangunkan standard baharu bagi kegunaan perindustrian kayu negara khusus dalam rawatan bahan awet kayu dan kawalan mutu kayu berawet yang melibatkan CIDB dan Standard Malaysia. Sehingga kini terdapat lebih enam standard yang telah disemak semula dan lima standard baharu yang dibangunkan bersama-sama dengan agensi yang terlibat sebagai SWO.

Salamah juga merupakan ahli kumpulan pakar dalam empat sektor iaitu Jawatankuasa Teknikal Sektor Profi ciency Test Provider, Sektor Ujian Kimia, Sektor Malaysian Certifi ed Reference Material Provider dan Sektor Malaysian Good Lab Practice bagi Standard Malaysia. Salamah turut membangunkan Program Penyedia Ujian Kecekapan (Profi ciency Testing Provider Programme) di peringkat Kebangsaan untuk bahan awet CCA dan kayu berawet CCA yang didaftarkan di Jabatan Standard Malaysia pada tahun 2002. Ini penting bagi memastikan prestasi makmal yang menjalankan ujian bahan awet CCA dan kayu berawet di Malaysia memberikan keputusan ujian yang tepat dan berkesan. Pembangunan program ini telah diguna pakai untuk ujian kertas di bawah Bahagian Keluaran Hutan dan juga telah didaftarkan di bawah Jabatan Standard Malaysia pada tahun 2006. Salamah juga merupakan Ketua Penilai Bertauliah untuk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 dan Penilai Teknikal untuk MS ISO/IEC 17025 bagi Jabatan Standard Malaysia.

Page 6: Tokoh Peneraju

65

Pasukan kerja (Working Group) MWPA-SWO yang diketuai oleh Salamah (dua dari kiri) dalam menyemak dan membangunkan Standard Malaysia

berkaitan awetan kayu

Faedah pelaksanaan MS ISO/IEC 17025 di MAAK yang dapat dilihat dari segi prestasi, komitmen dan kualiti kerja penjawat awam di samping sistem kawalan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggannya, telah dijadikan penanda aras dan pencetus idea kualiti kepada makmal-makmal ujian lain di Bahagian Keluaran Hutan. Sehingga kini, tiga buah makmal telah berjaya memperolehnya pada tahun 2001, 2003 dan 2006 iaitu Makmal Ujian Pulpa dan Kertas (PTL), Makmal Pengujian Komposit Kayu (WCTL) dan Makmal Perlindungan Api (FPL). Bagi memastikan sistem akreditasi ini berjalan dengan lancar di peringkat FRIM, beberapa siri latihan teknikal dan kualiti mengikut keperluan MS ISO/IEC 17025 telah dikenal pasti dan kebanyakannya dikendalikan sendiri oleh Salamah dan dibantu oleh Dr Sharmiza, Dr Koh Mok Poh, serta beberapa pegawai FRIM yang kompeten.

Salamah juga telah mengambil inisiatif untuk menyelaras Manual Kualiti MS ISO/IEC 17025 bagi semua makmal ujian di FRIM kepada satu manual dan berjaya dilaksanakan pada akhir tahun 2006. Sehingga kini, terdapat penambahan enam buah makmal ujian di bawah Bahagian Keluaran Hutan yang berjaya melepasi audit pematuhan dan memperoleh Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025 pada Disember 2010.

Page 7: Tokoh Peneraju

66

Pelaksanaan audit luar oleh Juruaudit dari Standard Malaysia di Makmal Perlindungan Api dan juga Makmal Ujian Komposit Kayu

Memandangkan akreditasi makmal hanya khusus kepada makmal ujian, maka pada tahun 2000, Salamah mendapat sokongan padu Pengarah Bahagian Kimia Kayu, Dr Mohd Nor Yusoff untuk membangunkan semua sistem pengurusan kualiti (SPK) secara korporat di peringkat Bahagian yang pada awalnya melibatkan skop perkhidmatan ujian berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:1994 melalui Moody International. Dengan bantuan dan tunjuk ajar guru beliau mengenai ISO 9001 & juga MS ISO 17025, Chin Miew Lim yang merupakan Pengarah Urusan Moody International, pemindahan ke versi MS ISO 9001:2000 telah berjaya dilaksanakan pada 2003. Kejayaan ini digunakan oleh Makmal Teknologi Biji Benih (MTBB) dari Bahagian Bioteknologi bagi melaksanakan SPK dan berjaya memperolehnya dari SIRIM Sdn Bhd pada 2004.

Perubahan dalam struktur organisasi pada tahun 2005, disokong oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Produk (PBB), Dr Hoi Why Kong, Salamah telah menggerakkan pelaksanaan SPK kepada semua makmal yang terdapat di Bahagian Pembangunan Produk yang melibatkan 20 Cawangan/ Unit/ Makmal/Bengkel/ Stesen (CUMBS) sebagai penanda aras ke arah korporat FRIM. Beliau dengan dibantu oleh seorang Pegawai Penyelidik Kontrak, Shereen Haron serta dengan

Page 8: Tokoh Peneraju

67

sokongan padu semua pengarah di bahagian dan ketua CUMBS di BPP telah berjaya memperoleh persijilan pada tahun 2006 melalui Moody International. Kejayaan ini mendorong Makmal Genetik mencapai sistem yang sama pada tahun 2007. Berdasarkan kejayaan pelaksanaan SPK di Bahagian Pembangunan Produk, beliau telah berjaya meyakinkan pihak pengurusan atasan FRIM kepentingan untuk melaksanakan SPK MS ISO 9001 untuk semua proses yang terdapat di FRIM bagi tujuan pengurusan dan pengesanan semula maklumat dan data yang sangat bernilai serta merupakan khazanah FRIM dan negara. Lanjutan itu, pihak FRIM telah mewujudkan Unit Pengurusan Kualiti bagi membantu Salamah mempercepat proses dalam pencapaian sijil. Beliau sendiri dengan dibantu oleh Dr Sharmiza Adnan dari Makmal Pulpa dan Kertas, telah menggerakkan semua Ketua CUMBS di FRIM dalam memberi kesedaran dan latihan pelaksanaan SPK secara komprehensif berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001 mulai penghujung 2006 dan awal 2007.

Antara siri latihan komprehensif Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Pulau Pangkor yang dihadiri oleh Ketua CUMBS dan pegawai kanan FRIM

Page 9: Tokoh Peneraju

68

Persediaan asas kepada semua ketua CUMBS membolehkan proses pembangunan dokumentasi di peringkat FRIM dan CUMBS dapat dicapai dalam tempoh yang agak singkat iaitu lima bulan selepas tamat latihan komprehensif SPK. Beberapa siri latihan kualiti dan teknikal serta perbincangan telah diadakan untuk semua penjawat awam bagi memastikan mereka mencapai tahap minimum kompetensi yang ditetapkan oleh SPK. Salamah yang juga merangkap Ketua Sistem Audit Kualiti di FRIM dan dibantu oleh Dr Norwati Mohamad dan pegawai di PJK, bertanggungjawab memastikan semua proses mengikut skop dilaksanakan secara cekap dan berkesan di semua peringkat melalui proses audit dalam bagi semua sistem yang diguna pakai oleh FRIM. Melalui beberapa kali proses audit dan penambahbaikan, akhirnya FRIM telah berjaya mendapatkan persijilan secara korporat yang melibatkan semua proses melalui Lloyd LRQA pada Disember 2007 dan berakhir pada Disember 2010.

Selepas tiga tahun mendapatkan perkhidmatan Lloyd LRQA bagi persijilan kualiti, FRIM telah mengambil keputusan untuk melangkah ke satu dimensi yang lebih proaktif, produktif dan bukan hanya mengekalkan sistem sedia ada sahaja. Selaras dengan kehendak pihak Pengurusan untuk menuju ke arah komersialisasi dan sumbangan terus kepada pelanggan, FRIM telah mengorak langkah dengan bekerjasama dan memperoleh persijilan MS ISO 9001 melalui Moody International. Persijilan adalah untuk tempoh tiga tahun daripada 27 Oktober 2010 sehingga 26 Oktober 2013.

Atas arahan pihak NRE yang mahukan semua agensi dan jabatan di bawahnya melaksanakan Sistem Persekitaran berkualiti (QE)/5S, Salamah sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk memastikannya tercapai. Dengan kerjasama yang padu daripada pihak pengurusan atasan, pengarah bahagian, ketua CUMBS dan semangat berpasukan penjawat-penjawat awam pelbagai peringkat, FRIM akhirnya telah berjaya merealisasikan fasa 1 persijilan QE/5S yang melibatkan 12 zon pada Julai 2010. Kerja dan semangat berpasukan yang dibangunkan sebagai budaya di FRIM telah membuatkan FRIM berjaya sebagai Pemenang Tempat Pertama Anugerah Peneraju Kualiti, Anugerah Pelaksanaan Amalan Terbaik QE/5S dan Anugerah Rekaan dan Hiasan Pameran Terbaik antara 12 agensi di bawah NRE.

Page 10: Tokoh Peneraju

69

Perbincangan dengan ketua CUMBS dan pemilik proses (process owner) kerap diadakan dalam membangun dan menambah baik dokumen kualiti

Bincang mengikut zon pelaksana

Page 11: Tokoh Peneraju

70

Taklimat amalan QE/5S di FRIM

Sesi penilaian amalan QE/5S

Page 12: Tokoh Peneraju

71

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Dari segi sumbangan kemasyarakatan, Salamah juga merupakan pengasas penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak FRIM dan menerajui Jawatankuasa TAKIPP sehingga 2009 yang melibatkan kerja-kerja mentadbir, mengurus, merancang dan memantau pelaksanaan semua aktiviti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak yang dijalankan secara biayaan-sendiri untuk kebajikan kakitangan FRIM khususnya.

Kemenangan FRIM ialah hasil kerja berpasukan semua pihak

Kenangan hari raya bersama-sama warga kerja PJK 2010

Page 13: Tokoh Peneraju

72

Bersama-sama Dato’ KP dan warga kerja MAAK

PRINSIP HIDUP DAN PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Ingatlah bahawa semua yang diberi oleh Allah kepada kita bukan hak mutlak kita, perlu dimakmurkan dan buat yang terbaik sebelum kita dipanggil semula.

ULASAN KETUA PENGARAH

Sesiapapun, insya-Allah, akan bersetuju jika saya katakan bahawa Puan Salamah Salamat merupakan sifu ISO di FRIM dan melayakkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Peneraju Kualiti Terunggul yang pernah dihasilkan di FRIM. Dedikasi, iltizam Salamah dalam mejayakan misi dan aspirasi budaya kerja FRIM yang sistematik, teratur dan berkualiti tinggi memberikan persepsi mutlak, Salamah ialah seorang warga contoh yang perlu diteladani semua. Pernah terlibat secara langsung bersama-sama Salamah sebagai Wakil Pengurusan pada 2007 sehingga FRIM dinobatkan sebagai institusi penyelidikan pertama di Malaysia menerima pensijilan MS ISO 9001 secara korporat; secara peribadi, perlu saya tegaskan bahawa FRIM sememangnya amat terhutang budi kepada beliau dan jasa bakti yang dicurahkan ini terlalu sukar untuk dibalas. Sesungguhya bagi saya, Puan Salamah atau mesra dipanggil ”mem” ialah Legenda ISO FRIM yang terus kekal sebagai penanda aras untuk generasi sekarang dan masa hadapan.

Tabik hormat daripada saya buat Mem dan moga Mem dan keluarga sentiasa dalam redha dan pemeliharaan-Nya jua. Amiin.

Page 14: Tokoh Peneraju

73

Dato’ KP (kanan) bersama-sama warga PJK