penentuan agama dan hak -...

38

Upload: lambao

Post on 19-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia
Page 2: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia
Page 3: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

PENENTUAN AGAMA DAN HAK PENJAGAAN KANAK-KANAK

MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Page 4: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia
Page 5: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

PENENTUAN AGAMA DAN HAK PENJAGAAN KANAK-KANAK

MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

PANEL ISU-ISU SEMASA WANITA ISLAM (PISWI)

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Bin Mohamed Adil

Page 6: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Raihanah Abdullah, 1966-PENENTUAN AGAMA DAN HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM / PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL.ISBN 978-983-042-539-91. Custody of Children (Islamic Law). 2. Parent and Child (Law)I. Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam. II. Judul.346.5950173

Diterbitkan oleh:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIABlok D7 & D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Tel: 03-8886 4000 Faks: 03-8889 1997Laman web: www.islam.gov.my

Cetakan Pertama 2014

Page 7: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

Kandungan

Penentuan Hak Penjagaan Kanak-Kanak Dalam Undang-undang Islam ... 1

Pendahuluan ... 2

Kesan Ke Atas Pemelukan Islam Oleh Salah Seorang Dari Perkahwinan Sivil (1976) ... 3

Hak Penjagaan Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam dan Undang-undang Sivil ... 5

Hak Penjagaan Kanak-kanak Ke Atas Salah Satu Pasangan yang Memeluk Islam ... 7

Kesimpulan ... 12

Rujukan ... 14

Page 8: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

Penentuan Agama Kanak-kanak Dalam Undang-undang Islam ... 17

Pendahuluan ... 18

Apakah Agama Kanak-kanak Mengikut Agama Ibu atau Bapa yang Memeluk Islam? ... 19

Apakah Kanak-kanak Boleh Memeluk Islam? ... 20

Penentuan Agama Kanak-kanak Bawah Umur ... 21

Kesimpulan ... 23

Cadangan ... 24

Rujukan ... 26

Page 9: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan-Nya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat merealisasikan penerbitan Siri Risalah Wanita dan Isu dengan kerjasama padu daripada para Ahli Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI).

Sesungguhnya, kemunculan pelbagai aliran pemikiran daripada pihak-

pihak yang berusaha melakukan rekonstruksi, purifikasi, dan inovasi terhadap ajaran-ajaran dan normatif dalam sesebuah agama perlu dibendung dengan bijaksana. Menyedari hakikat ini, sebagai usaha menangani polemik dalam perkembangan aliran pemikiran yang wujud, Jakim mengambil pendekatan secara berhikmah dengan memberi kefahaman yang benar kepada umat.

Islam sebagai agama yang diredhai Allah SWT merupakan satu cara

hidup yang lengkap. Sepertimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 19; “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam…” Ia adalah suatu sistem yang mencakupi peraturan-peraturan secara menyeluruh, serta undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara total.

Oleh yang demikian, sebagai sebuah sistem kehidupan yang diredhai Allah, Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi dan mulia iaitu sesuai dengan fitrahnya. Penegasan yang dijelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah sudah cukup untuk menolak beberapa gambaran negatif terhadap wanita dalam apa jua bentuk eksploitasi mahupun penganiayaan.

Sehubungan itu, Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam (PISWI) ditubuhkanbagi memperbetulkan salah faham yang berlaku, berdasarkan isu yang ditimbulkan daripada semua aspek yang berkaitan wanita daripada perspektif Islam. Selain itu, ahli PISWI juga bertanggungjawab memperjelaskan kepada

Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Page 10: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

masyarakat berkaitan norma-norma agama yang tinggi dengan gambaran yang benar dan jelas supaya ia dapat dihayati sepenuhnya.

Bertepatan dengan objektif itu, penerbitan siri risalah ini adalah bagi memberi pemahaman kepada masyarakat berhubung pelbagai isu berkaitan wanita Islam. Secara tidak langsung ia dapat menangkis salah faham yang ditimbulkan dan meningkatkan kesedaran wanita Islam dari semua sudut bagi menjawab segala persoalan.

Semoga Allah SWT meredhai penerbitan siri risalah ini dan dapat dimanfaatkan oleh umat Islam, khususnya dalam memahami isu-isu berkaitan supaya dapat dijadikan panduan dalam mendepani segala polemik dengan betul seterusnya melaksanakan segala perintah Allah SWT.

Page 11: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

Penentuan Hak Penjagaan Kanak-kanak dalam Undang-undang

IslamMohamed Azam Mohamed Adli1

Rafeah Saidon2

1Prof. Madya, Dr., Timbalan Ketua Eksekutif, Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia. 2Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Page 12: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

2

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia, isu penentuan agama dan hak penjagaan kanak-kanak sering menjadi perbahasan apabila salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (selepas ini Akta 1976) memeluk agama Islam.

Pemelukan kepada agama Islam oleh salah seorang pasangan ini menjadi asas kepada pembubaran perkahwinan. Bagi pihak yang beragama Islam, ia akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bagi pihak bukan Islam oleh Mahkamah Sivil.

Tetapi sehingga pihak yang tidak memeluk Islam tidak memfail petisyen perceraiannya di Mahkamah Sivil, perkahwinan itu dianggap kekal. Ini menyebabkan masalah kepada pihak yang memeluk agama Islam untuk memohon penceraian di Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah hanya dapat merungkai perkahwinan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan perceraian itu kerana pihak yang tidak memeluk Islam tidak memfailkan perceraiannya di Mahakamh Sivil.

Pendahuluan

Page 13: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

3

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Secara umumnya, dalam Islam, perkahwinan hendaklah terdiri dari pasangan beragama Islam kecuali bagi wanita kitabiyyah (Seksyen 10, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003).

Apakah kedudukannya sekiranya salah dari pihak pasangan bukan Islam yang mendaftarkan perkahwinannya di bawah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Percerian) 1976 (Akta 1976) memeluk agama Islam?

Menurut Seksyen 46(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan enakmen di negeri lain memperuntukkan:

“Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan bukan Islam, secara tersendirinya, tidak menyebabkan perkahiwnan itu terbubar kecuali ia disahkan oleh Mahkamah Sivil”.

Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa prerogatif dalam membuat pengesahan perceraian ke atas sesuatu pasangan. Masalah yang timbul dalam kes yang melibatkan pemelukan oleh salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 1976, pengesahan perceraian oleh Mahkamah Syariah tidak diiktiraf oleh Mahkamah Sivil dan ini tidak mempunyai apa-apa kesan terhadap perkahwinan tersebut memandangkan bahawa pihak yang satu lagi bukan beragama Islam.

Akta 1976 memperuntukkan pemelukan Islam sebagai sebab untuk pembubaran perkahwinan. Seksyen 51 Akta 1976 memperuntukan:

“Apabila salah seorang kepada perkahwinan itu memeluk agama Islam, pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh memohon petisyen perceraian.

Kesan Ke Atas Pemelukan Islam Oleh Salah Seorang Dari Perkahwinan Sivil (1976)

Page 14: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

4

Dengan syarat bahawa tiada petisyen boleh dibuat di bawah Seksyen ini sebelum tempoh tiga bulan tamat dari tarikh pemelukan tersebut”.

Peruntukan dalam Akta 1976 ini mengundang kepada beberapa masalah. Ini kerana, peruntukan di atas tidak terpakai ke atas pihak yang beragama Islam. Justeru, Seksyen 51 hanya memberi hak kepada pihak yang bukan beragama Islam sahaja untuk memfail petisyen perceraian di Mahkamah.3 Oleh yang demikian, pihak yang beragama Islam tidak boleh memfailkan petisyen perceraian di bawah Seksyen 52 Akta 1976 (perceraian melalui persetujuan kedua belah pihak) dan Seksyen 53-54 Akta A1976 (keruntuhan rumah tangga yang tidak boleh diselamatkan lagi) meskipun pemelukan dianggap sebagai salah satu asas tersebut. Melihat kepada fakta dalam peruntukan Seksyen 51 yang menganggap pemelukan Islam sebagai punca perceraian, dan melihat kepada peruntukan Seksyen 3 Akta 1976, adalah mustahil untuk melihat kepada peruntukan lain dalam Akta 1976 sebagai asas kepada perceraian kerana ia hanya terpakai kepada pihak yang bukan beragama Islam.4 Justeru itu, adalah elok Seksyen 51 1976 ini dipinda bagi memberi hak kepada salah satu pihak untuk memohon petisyen perceraian apabila salah satu pihak dari pasanganmemeluk agama Islam.5

Memandangkan bahawa Akta 1976 dan EUKIS 2003 mengiktiraf pemelukan agama sebagai asas kepada perceraian, siapakah yang berhak ke atas hak penjagaan kanak-kanak tersebut? Undang-undang manakah yang terpakai dan bidang kuasa mahkamah mana, Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah? Masalah ini hendaklah ditangani dengan berhati-hati melihat kepada kebajikan kanak-kanak tersebut.

3 Noor Aziah Haji Mohd Awal, “Section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976: An Overview”, Jurnal Undang-undang IKIM, Jld. 3. No.2, Julai-Disember 1999, h.133. 4 Najibah Mohd Zain, “Harmonising the Conflicts in Family Related Dsiputes Upon Conversion of One Spouse to the Other Religion”, International Seminar on Syariah & Common Law 2006, Hotel Seri Kembangan, Selangor, 20- 21September, 2006, h.2.5 Ahmad Ibrahim, “Effect of Conversion on Marriage – Section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976” in Ahmad Ibrahim, The Administration of Islamic Law in Malaysia, IKIM, 2000, hh. 215-216; Ahmad Mohamed Ibrahim, “The Need To Amend Section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976”, Malayan Law Journal, 29 June 1990, h. Lviii; Mohamed Azam Mohamed Adil, “Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976: Kesan dan Implikasinya Terhadap Pemeluk Agama Islam”, Jurnal Tasawwur Islam, Jld. 4, September 2000, h. 67; Najibah Mohd Zain, Supra, h. 2; Noor Aziah Haji Mohd Awal, Supra, h.133.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 15: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

5

Secara umumnya, para fuqaha berpandangan bahawa apabila sesebuah perkahwinan itu terungkai, hak milik penjagaan kanak-kanak adalah diberi kepada ibunya. Secara fitrah, ini adalah hak mutlak ibu dan kelayakan itu melihat kepada “keperluan” anak kepada ibu berbanding kepada bapa. Tambahan pula, ibulah yang lebih mempunyai perasaan belas kasihan dan bertimbang rasa berbanding bapa kerana secara fitranya hubungan anak adalah lebih rapat dengan ibunya kerana ibu yang menyusukan anak, mempunyai sifat lebih sabar, mempunyai pengetahuan yang lebih tentang keperluan anak dari segi pendidikan dan membesarkannya. Atas alasan-alasan di atas, ibu yang merupakan seorang yang diberi keutamaan dalam penjagaan kanak-kanak.

Para fuqaha’ menyimpulkan bahawa hak penjaga kanak-kanak bukan hanya melihat kepada keperluan harian dan menjaganya sahaja, malah mereka hendaklah bertanggungjawab dalam memutuskan semua perkara yang kanak-kanak itu tidak dapat membuat keputusan untuk dirinya yang melibatkan pembangunan dirinya dan pendidikan untuknya.

Prinsip ini telah dimasukkan ke dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Sebagai contohnya, Seksyen 82(1) Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan:

“Tertakluk kepada Seksyen 83, ibu seharusnya menjadi orang yang lebih berhak dari orang lain dalam hak penjagaan kanak-kanak kecil semasa dan selepas perkahwinan”.

Manakala Seksyen 82(2) menyenaraikan mereka yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak mengikut keutamaan, sekiranya ibu hilang kelayakan

Hak Penjagaan Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam dan

Undang-undang Sivil

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 16: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

6

hak penjagaan kanak-kanak mengikut hukum Syarak. Walaupun begitu, di hujung seksyen berkenaan, ia memperuntukan sesiapa yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak itutidak sama sekali menyebabkan kebajikan kanak-kanak tersebut terabai.6 Bagi mempastikan kepentingan kanak-kanak terpelihara, Mahkamah Syariah juga diberi kuasa untuk menentukan siapa yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak.

Dalam hal ini, Mahkamah Syariah, dari masa ke semasa, boleh memutuskan hak penjagaan kanak-kanak diberi kepada mereka yang tersenarai dalam peruntukan Seksyen 82(2) atau memberi hak penjagaan tersebut kepada sesiapa dan pertubuhan yang pada pandangan Mahkamah dapat menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut.7 Dalam menentukan kebajikan kanak-kanak, kepentingan kanak-kanak itu hendaklah diberi keutamaan melebihi kepentingan ibu bapa atau pihak yang terlibat. Dengan perkataan lain, kepentingan kanak-kanak itu mengatasi semua perkara lain.8

Bagi orang bukan Islam, mereka tertakluk kepada Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dan Akta 1976. Sebagai contohnya, Seksyen 3 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 memperuntukkan penjaga kepada kanak-kanak hendaklah semestinya mempunyai hak penjagaan yang bertanggungjawab dalam bantuan, kesihatan dan pendidikan kanak-kanak tersebut.

Di bawah Seksyen 88(1) Akta 1976 memperuntukkan bahawa mahkamah pada bila-bila masa boleh mengarahkan hak penjagaan seseorang kanak-kanak diletakkan kepada bapa atau ibunya atau saudara maranya atau pertubuhan atau seseorang yang layak. Seksyen 88(2) Akta 1976 mensyaratkan, dalam menentukan siapa yang berhak menjaga kanak-kanak ialah dengan melihat kebajikannya.

Dari sini dapat dikatakan, kedua-dua undang-undang Islam dan Sivil meletakkan syarat kebajikan kanak-kanak merupakan kriteria utama dalam penentuan hak penjagaan kanak-kanak.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

6 Seksyen 80(2), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.7 Seksyen 87(1). Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.8 Abdullah Abu Bakar, “Hak Hadhanah dan Pelaksanaannya”, dalam Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi (eds), Manual Undang-undang Keluarga Islam, IKIM, Kuala Lumpur, 2006.

Page 17: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

7

9 Sayid Sabiq, Fiqh Sunnah (Terj: Mohd Talib), Jld.8, Victoria Agencies, Kuala Lumpur, 1990, h.168.10 Abdul Rahman al-Jaziri, Kitabul Fiqhala al-Mazhabal-Arba’ah, Jld.4, Darul Fikr, Beirut, 1986, h.597.

Dalam persoalan pemelukan Islam, isu yang timbul ialah siapakah yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak apabila salah seorang pasangan bukan Islam memeluk agama Islam. Para fuqaha berbeza pendapat sama ada pihak yang diberi hak penjagaan kanak-kanak hendaklah menganut agama Islam atau sebaliknya. Tidak terdapat dalil yang jelas kecuali satu hadith yang disiwayatkan oleh Abdul Hamid bin Jaafar yang meriwayatkan bahawa Ibn Sinan telah memeluk agama Islam tetapi isterinya enggan mengikut jejak langkahnya. Isterinya pergi berjumpa Rasulullah SAW. Baginda bersabda:

“Anak perempuan aku, dia telah makan”. Rafi berkata: “Anak perempuan aku”. Rasulullah SAW berkata kepada beliau: “Duduk di sebelah”. Dan baginda berkata kepada mereka: “Panggil anak perempuan itu”. Kanak-kanak perempuan itu cenderung kepada ibunya”. Rasulullah SAW berkata: “Ya Allah. Pandulah anak perempuan”. Anak perempuan itu kemudian cenderung kepada bapanya dan bapanya mengambilnya”.9

Hadith di atas tidak mengatakan bahawa pihak yang tidak memeluk Islam tidak berhak terhadap hak penjagaan kanak-kanak kerana tidak terdapat arahan sedemikian oleh Rasulullah SAW. Hadith di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW lebih cenderung bahawa anak itu tinggal bersama dengan bapanya yang masuk Islam bimbang anaknya dapat dipengaruhi oleh emaknya yang bukan Islam dalam aspek akidah.

Menurut mazhab Shafi’e dan Hanbali, penjaga kanak-kanak hendaklah beragama Islam. Sekiranya tidak, gugurlah haknya sebagai penjaga.10

Hak Penjagaan Kanak-kanak ke Atas Salah Satu Pasangan Yang Memeluk Islam

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 18: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

8

Menurut Sayid Sabiq, pandangan ini merujuk kepada ayat 141 Surah an-Nisa’:

“Allah tidak akan memberi kejayaan kepada orang kafir terhadap orang yang beriman”.

Hujah yang diberi ialah, sekiranya kanak-kanak itu diberi kepada penjaga bukan Islam, adalah dibimbangi ia akan mempengaruhi kepercayaan kanak-kanak itu dan tidak membesarkannya mengikut ajaran Islam.11 Hal ini ditekankan dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Sebagai contohnya, Seksyen 83 Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 mensyaratkan hanya pihak yang beragama Islam sahaja yang berhak menjadi penjaga kanak-kanak tersebut. Tambahan pula Seksyen 84 Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukan bahawa hak penjagaan kanak-kanak itu akan hilang sekiranya penjaganya murtad.

Walau bagaimanapun, mengikut mazhab Hanafi dan Maliki, syarat beragama Islam bukan menjadi kriteria untuk mendapat hak penjagaan kanak-kanak. Pihak yang tidak memeluk agama Islam boleh mendapat hak penjagaan anak dengan syarat yang ketat di mana kanak-kanak tidak dipengaruhi agama lain seperti membawanya ke gereja, mengajar ajaran bukan Islam atau menyuruh kanak-kanak tersebut memakan babi dan minum minuman keras.12

Terdapat sesetengah Negara Islam yang membenarkan ibu atau bapa yang bukan Islam menjadi penjaga kepada kanak-kanak Islam. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 162 Undang-undang Status Personal Algeria (Algeria Personal Status Law) yang memberi hak penjagaan kanak-kanak kepada ibu yang bukan beragama Islam dengan syarat ia hendaklah membesarkan anaknya mengikut Islam. Ini juga dapat dilihat dalam Seksyen 192 Undang-undang Personal Kuwait (Kuwait Personal Status Law) yang memperuntukan hak penjagaan kanak-kanak boleh diberi kepada ibu atau bapa yang bukan Islam sehingga kanak-

11 Sayid Sabiq, supra, h.168; Muhamad Arifin, “Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Mengikut Undang-undang Keluarga Islam” dalam Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md. Supi (Eds), Manual Undang-undang Keluarga Islam, IKIM, 2006, h.142.12 Abdul Rahman al-Jaziri, supra, hh.596-598; al-Marghinani, The Hedaya Commentary on the Is-lamic Laws (Terj: Charles Hamilton), Jld.1, Kitab Bhavan, London, 1985, .

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 19: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

9

kanak itu memahami agama atau sehingga kanak-kanak itu membiasakan diri dengan agama selain Islam meskipun ia tidak memahami agama tersebut. Tetapi kanak-kanak itu hanya boleh tinggal bersama ibu atau bapanya yang bukan beragama Islam sebelum mencapai umur 5 tahun. Kedua-dua undang-undang di Tunisia (Seksyen 59) dan Maghribi (Seksyen 108) mempunyai persamaan dalam menetapkan bahawa ibu atau bapa yang bukan Islam akan hilang kelayakan menjadi penjaga kanak-kanak itu sekiranya melebihi umur 5 tahun kecuali dipercayai ibu atau bapanya tidak membesarkannya secara bukan Islam.13

Persoalannya, pandangan mana yang sesuai untuk diterima pakai di Malaysia? Terdapat dua pandangan dalam hal ini. Bagi sesetengah penulis dan pengkaji, melihat kepada Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk, pandangan dari Mazhab Maliki dan Hanafi boleh dipertimbangkan untuk menjamin hubungan harmoni antara ibu dan bapa,14 Mengikut pandangan ini, agama ibu atau bapa bukan satu-satunya faktor penentuan hak penjagaan kanak-kanak.

Justeru itu, sekiranya salah satu pihak memeluk agama Islam, kesemua faktor hendaklah diambil pertimbangan dan mahkamah dalam menentukan siapa yang berhak menjaga kanak-kanak akan melihat kepada kebajikan kanak-kanak tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang tidak memeluk agama Islam menunjukan imej yang baik mengikut Islam supaya dapat menarik kanak-kanak tersebut kepada agama Islam.15

Pandangan kedua yang terdiri dari pandangan mazhab Syafi’e dan Hanbali mensyaratkan ibu atau bapa yang memeluk Islam mempunyai hak penjagaan kanak-kanak. Pandangan ini nampaknya lebih kuat dan lebih memberi manfaat kepada anak tersebut. Memberi hak penjagaan kanak-kanak kepada ibu atau bapa yang tidak memeluk agama Islam hendaklah dielakkan atas justifikasi

13 Jamal J. Nasir, The Islamic Law of Personal Status, 2nd ed. , Grahan & Trotman, London, 1990, h.180;J amal J Nasir, The Status of Woman Under Islamic Law and Under Modern Islamic Legislation, Graham & Trotman, London, 1990, h.128.14 Normi Abdul Malik, :Hadhanah Menurut Undang-undang Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia”, Jurnal Undang-undang IKIM, IKIM, Jld.8, No.2, 2004, h.52. 15 Najibah Mohd Zain, Supra, h.3.

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 20: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

10

kebajikan kanak-kanak tersebut. Ini kerana, kanak-kanak dalam peringkat usia yang sangat muda mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan ajaran agama penjaga yang bukan Islam. Sepatutnya, kanak-kanak itu didedahkan dan disesuaikan dengan ajaran agama Islam supaya dia menjadi seorang Islam sejati apabila dewasa nanti. Memberi hak penjagaan kanak-kanak kepada penjaga bukan Islam untuk tempoh tertentu seperti yang diamalkan di sesetengah negara Islam adalah tidak digalakkan memandangkan kanak-kanak itu akan lebih rapat dengannya dan mengambil balik hak tersebut dari penjaganya akan mencetus emosi dan psikologinya.16 Justeru itu, untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya konflik, adalah dicadangkan Mahkamah memberi kepada penjaga bukan Islam hak penjagaan kanak-kanak pada kedudukan yang kecil (a narrower custody order) dengan hanya memberinya menjaga (memelihara) kanak-kanak tersebut (bukan hak hadhanah). Oleh itu, pihak yang memeluk Islam mempunyai hak secara langsung dalam membesarkan anaknya mengikut Islam.17

Pendekatan Mahkamah Sivil sekarang nampaknya mengambil trend memberi hak penjagaan bersama kepada kedua ibu bapa walaupun salah satunya bukan beragama Islam. Prinsip ini telah digunapakai dalam kes Sharmala a/p Sathiyaseelan lwn Dr. Jeyaganesh a/l C Mogarajah.18 Mereka berdua berkahwin pada 5 November 1998 mengikut adat resam agama Hindu dan perkahwinan mereka didaftarkan di bawah Akta 1976. Empat tahun kemudian, suami (Dr. Jeyaganesh) memeluk agama Islam dan seterusnya juga menukar agama anak-anaknya. Sharmala memohon kepada Mahkamah Tinggi Sivil hak penjagaan anak-anak tersebut.

Dalam penghakimannya, Hakim Dato’ Faiza Thamby Chik telah memberi hak bersama penjagaan anak-anak itu kepada kedua ibu bapa tetapi emak mempunyai hak menjaga dan mengawal anak-anaknya yang meliputi penjagaan

16 Zanariah binti Noor, “Agama dan Akhlak: Satu Analisa Kelayakan Pengasuh dalam Kes Hadhanah”, Jurnal Syariah, Jld. 12, Januari 2004, hh. 59-60; Mahamad Ariffin, “Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Mengikut Undang- undang Keluarga Islam”, dalam Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi (eds), Manual Undang-undang Keluarga Islam, IKIM, 2006, h.142. 17 Nuraisyah Chua Abdullah, Conversion to Islam, Effect on Status of Marriages and Ancillary Reliefs, International Law Book Services, Petaling Jaya, 2004, h.43. 18 [2004] 2 MLJ 241.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 21: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

11

seharian dan bertanggungjawab menjaga mereka. Hakim Dato’ Faiza mengatakan bahawa hak penjagaan anak-anak itu diberi kepada kedua ibu bapa agar mereka bersetuju terhadap isu-isu berkenaan anak-anak seperti pendidikan, pilihan terhadap agama dan harta. Ini mengambil kira Seksyen 5 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961. Meskipun begitu, hakim berkenaan meletakkan kaveat bahawa anak-anak itu adalah seorang muallaf dan hak bersama yang diberi kepada Sharmala (ibu) akan hilang sekiranya terdapat alasan yang munasabah yang mempercayai bahawa si ibu akan mempengaruhi agama anak-anaknya atau memberi mereka makan babi dsb.

Melihat kepada fakta penghakiman kes di atas, dapat dikatakan bahawa penghakiman ini berlandaskan undang-undang Islam tetapi malangnya Hakim Dato’ Faiza tidak mencadang atau mengesyorkan garis panduan bagaimana untuk memastikan emak yang bukan Islam mematuhi larangan yang diutarakan oleh Mahkamah. Adalah juga dapat dipertikaikan kaveat yang dikeluarkankerana ia seolah-olah bercanggah dengan alasan pemberian hak bersama penjagaan anak-anak kepada kedua ibu bapa yang membawa maksud kedua-dua mereka hendaklah bersetuju dengan keputusan yang melibatkan kedua kanak-kanak mereka termasuk cara pendidikan, pilihan agama dsb. Keputusan ini tidak konsisten dengan keputusan kes Chang Ah Mee19 yang menyaksikan bahawa emak mempunyai hak penjagaan kanak-kanak walaupun bapanya telah memeluk agama Islam. Tambahan pula, bapa tidak berhak memaksa anak itu ke sekolah agama dengan alasan terdapat ayat dalam al-Quran yang menyebut tidak ada paksaan dalam beragama.20

19 [2003] 5 MLJ 106. 20 Ayat 256: Surah al-Baqarah

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 22: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

12

Banyak isu timbul apabila salah seorang dari pasangan bukan Islam memeluk Islam. Ini termasuk dalam perebutan hak penjagaan kanak-kanak. Kemelut ini kalau berlarutan akan menimbulkan rasa tidak puas hati di antara orang Islam dan bukan Islam di Malaysia yang menyaksikan kepelbagaian agama dan bangsa.

Oleh yang demikian, pihak Mahkamah, Parlimen dan Kabinet hendaklah mencari satu fomula yang terbaik untuk menangani masalah besar ini. Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk membuat tafsiran yang jelas atas beberapa perkara.

Pertama: sama ada pihak yang memeluk Islam mempunyai hak untuk menukar agama anaknya yang masih kecil tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak yang satu lagi yang bukan beragama Islam bercanggah dengan Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 yang memberi hak sama rata kepada kedua ibu bapa dalam membesarkan dan menjaga anak-anak?

Kedua: Sama ada peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di semua negeri yang memberi hak kepada pihak yang memeluk Islam menukar status agama anak-anaknya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?

Ketiga: Sama ada Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam membuat keputusan berkenaan hak penjagaan kanak-kanak seandainya kedua-dua Mahkamah membuat perintah bertindih (conflicting orders). Mahkamah mana yang mempunyai bidang kuasa dalam isu hak penjagaan kanak-kanak dan penukaran agama?

Nampaknya, tidak terdapat penyelesaian mudah untuk mengelak pertindihan undang-undang dan mahkamah. Buat masa sekarang, mungkin

Kesimpulan

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

v

v

v

Page 23: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

13

jalan penyelesaiannya ialah dengan memberi Mahkamah Sivil mendengar kes-kes timbul dari perkahwinan di bawah Akta 1976 walaupun salah satunya memeluk agama Islam. Adalah lebih elok Mahkamah Syariah membiarkan Mahkamah Sivil untuk membuat keputusan berkenaan perceraian, hak penjagaan anak (hadhanah) dan nafkah yang dibuat oleh pihak beragama Islam yang perkahwinan asalnya adalah di bawah Akta 1976. Keputusan Kabinetyang mengatakan bahawa Mahkamah Sivil merupakan platform yang betul untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan perkahwinan yang asalnya di bawak Akta 1976. Tetapi keputusan Kabinet ini tidak akan ke mana kalau pindaan terhadap undang-undang yang terlibat tidak dibuat.

Parlimen seharusnya memainkan peranan yang lebih penting dengan meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 51 Akta 1976 bagi menjelaskan interpretasi berkenaan hak penjagaan kanak-kanak dan penukaran agama.

Dalam menangani permasalahan ini, kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipelihara dan dihormati. Buat masa sekarang, kedudukan Mahkamah Syariah sememangnya adalah lebih rendah berbanding dengan Mahkamah Sivil. Dalam apa pun keadaannya, kerajaan memerlukan sokongan majoriti di Parlimen untuk membuat perubahan penting yang memberi manfaat kepada semua.

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 24: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

14

Ahmad Mohamed Ibrahim, The Administration of Islamic Law in Malaysia, IKIM, 2000.

Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, IKIM, 1997.

Ahmad Ibrahim, “Effect of Conversion on Marriage – Section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976” in Ahmad Ibrahim, The Administration of Islamic Law in Malaysia, IKIM, 2000, hh.215-216.

Ahmad Mohamed Ibrahim, “The Need to Amend Section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976”, Malayan Law Journal, 29 June 1990, h.lviii.

Ahmad Ibrahim, “Effect of Conversion on Marriage – Section 51 of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976” in Ahmad Ibrahim, The Administration of Islamic Law in Malaysia, IKIM, 2000, hh.215-216.

Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi (eds.), Manual Undang-undang Keluarga Islam, IKIM, KualaLumpur, 2006.

Abdullah Abu Bakar, “Hak Hadhanah dan Pelaksanaannya”, dalam Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md Supi (Eds), Manual Undang-undang Keluarga Islam, IKIM, Kuala Lumpur, 2006.

Abdul Rahman al-Jaziri, Kitabul Fiqhala al-Mazhabal-Arba’ah, Jld.4, Darul Fikr, Beirut, 1986, h.597.

Al-Marghinani, The Hedaya Commentary on the Islamic Laws (Terj: Charles Hamilton), Jld.1, Kitab Bhavan, London, 1985, h.389.

Rujukan

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 25: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

15

Jamal J. Nasir, The Islamic Law of Personal Status, 2nd ed., Grahan & Trotman, London, 1990.

Jamal J Nasir, The Status of Woman Under Islamic Law and Under Modern Islamic Legislation, Graham & Trotman, London, 1990.

Mahamad Arifin, “Hak Penjagaan Anak (Hadhanah) Mengikut Undang-undang Keluarga Islam” dalam Abdul Monir Yaacob & Siti Shamsiah Md. Supi (Eds), Manual Undang-undang Keluarga Islam, IKIM, 2006, h.142.

Mohamed Azam Mohamed Adil, “Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976: Kesan dan Implikasinya Terhadap Pemeluk Agama Islam”, Jurnal Tasawwur Islam, Jld.4, September 2000, h.67.

Mohamed Azam Mohamed Adil, “Kesan dan Implikasi Pertukaran Agama Dalam Perundangan Malaysia”, dalam Ahmad Hidayat Buang (Penyunting), Undang-undang Islam di Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia, Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1998, hh.31-43.

Najibah Mohd Zain, “Harmonising the Conflicts in Family Related Disputes Upon Conversion of One Spouse to the Other Religion”, International Seminar on Syariah & Common Law 2006, Hotel Seri Kembangan, Selangor, 20-21 September, 2006, h.2.

Najibah Mohd Zain, “How The Best Interest of the Child is Best Served in Islamic Law With Special Reference to Its Application in the Malaysian Shariah Court”, Jurnal Undang-undang IKIM, Edisi Khas Sempena Memperingati Almarhum Profesor Emeritus Ahmad Mohamed

Ibrahim, Jld.9. No.1, Jan-Jun 2005, hh.323-347.

Nuraisyah Chua Abdullah, Conversion to Islam, Effect on Status of Marriages and Ancillary Reliefs, International Law Book Services, Petaling Jaya, 2004. NoorAziah Haji Mohd Awal, “Section 51 ofthe Law Reform (Marriage and

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 26: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

16

Divorce) Act 1976: AnOverview”, Jurnal Undang-undang IKIM, Jld.3. No.2, Julai-Disember 1999, h.133.

Noor Aziah Haji Mohd Awal, “A Child’s Right to Religion in Malaysia: An Overview”, Jurnal Undang-undang IKIM, Edisi Khas Sempena Memperingati Almarhum Profesor Emeritus Ahmad

Mohamed Ibrahim, Jld.9. No.1, Jan-Jun 2005, hh. 289-309.

Normi Abdul Malik, “Hadhanah Menurut Undang-undang Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia”, Jurnal Undang-undang IKIM, IKIM, Jld.8, No.2, 2004, h.52.

Sayid Sabiq, Fiqh Sunnah (Terj: Mohd Talib), Jld. 8, Victoria Agencies, Kuala Lumpur, 1990, h. 168.

Zanariah binti Noor, “Agama dan Akhlak: Satu Analisa Kelayakan Pengasuh dalam Kes Hadhanah”, Jurnal Syariah, Jld.12, Januari 2004, hh.59-60;

Al-Quran, Ayat 256: Surah al-Baqarah.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 27: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

17

Penentuan Agama Kanak-kanak dalam

Undang-undang IslamProf. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adli1

Rafeah Saidon2

1Timbalan Ketua Eksekutif, Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia. 2Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Page 28: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

18

Isu penentuan agama kanak-kanak sering menjadi perbahasan di Malaysia. Ia sekali lagi heboh diperkatakan di Malaysia apabila Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 2013 dibentang untuk bacaan pertama dalam bulan Jun 2013 yang lalu.

Peruntukan yang menjadi isu di sini ialah dalam Seksyen 107 mengenai keupayaan untuk memeluk agama Islam. Kanak-kanak yang bukan beragama Islam boleh memeluk agama Islam sekiranya dia waras dan sudah mencapai umur 18 tahun. Bagi kanak-kanak berumur kurang dari 18 tahun, ia perlu mendapat izin ibu atau bapa atau penjaganya.

Merujuk kepada keputusan dalam mesyuarat kabinet pada 23 April 2009, antara lain memutuskan bahawa pengislaman kanak-kanak bawah umur 18 tahun hendaklah mendapat persetujuan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut. Sekiranya persetujuan tidak tercapai antara salah satu pihak yang masih enggan memeluk agama Islam dan satu pihak yang memeluk agama Islam, agama bagi kanak-kanak tersebut adalah mengikut pihak yang bukan Islam kerana asal perkahwinan adalah mengikut bukan Islam.

Pendahuluan

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 29: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

19

Dalam undang-undang Islam, para fuqaha telah berijmak bahawa apabila kedua ibu bapa memeluk agama Islam, secara otomatik agama kanak-kanak bawah umur juga adalah Islam.

Permasalahan timbul apabila salah satu pihak yang memeluk agama Islam dan pihak yang satu lagi kekal sebagai bukan Islam membawa perbincangan yang menarik dalam perbahasan fiqh. Para fuqaha’ telah berijmak bahawa agama seseorang kanak-kanak adalah mengikut ayahnya yang beragama Islam. Ini termasuk apabila bapanya memeluk agama Islam. Walau pun begitu, pandangan majoriti yang terdiri dari mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali berpendapat agama bagi kanak-kanak adalah mengikut pihak yang memeluk Islam tanpa mengira ibu atau bapa. Walau bagaimanapun, mengikut mazhab Maliki, agama seseorang kanak-kanak adalah mengikut bapanya sekira bapa yang memeluk agama Islam. Ini kerana identiti dan keturunan nasab adalah melalui bapa.

Apakah Agama Kanak-kanak Mengikut Agama Ibu Atau Bapa Yang Memeluk Islam?

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 30: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

20

Para fuqaha’ juga tidak sepakat sama ada seseorang kanak-kanak boleh memeluk sesuatu agama termasuk agama Islam. Ramai fuqaha’ berpandangan bahawa kanak-kanak boleh memeluk agama Islam berdasarkan terdapat para sahabat Nabi Muhammad SAW yang memeluk agama Islam semasa usia kanak-kanak. Antara mereka ialah Ali bin Abi Talib, Zubayr bin al-Awwam, Abdullah ibn Umar dan Asmak binti Abu Bakar.

Imam Abu Hanifah dan anak muridnya, Muhammad Hassan al-Syaibani berpendapat bahawa pemelukan Islam atau murtad oleh kanak-kanak mumayyiz adalah sah. Bagaimanapun, Abu Yusuf berpandangan, ianya hanya sah dalam pemelukan Islam tetapi tidak sah dalam kes murtad. Zufayr Hudhayl, seorang lagi anak murid Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa seseorang kanak-kanak tidak boleh memeluk Islam atau keluar Islam kerana belum cukup umur baligh. Ianya hanya sah apabila kanak-kanak itu mencapai umur baligh. Hujah Zufayr ialah kanak-kanak bawah umur tidak mempunyai kelayakan untuk memilih agama.

Dalam satu hadith popular “Setiap anak dilahirkan adalah fitrah. Ibu bapalah yang akan menentukan sama ada dia seorang Yahudi atau Kristian sehingga dia berkemampuan untuk menerima atau menolaknya. Justeru itu, kanak-kanak tidak boleh menentukan agama. Ini ditambah pula bahawa kanak-kanak itu fitrah (bersih dari dosa) dan tidak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) tanpa mengira amalan sama ada dia seorang Islam atau tidak. Hadis ini menyebut ibu bapa.

Secara umum agama seseorang kanak-kanak adalah mengikut agama ibubapanya yang Islam. Tetapi keadaan berbeza sekiranya berlaku pertikaian antara ibu atau bapa dalam menentukan agama kanak-kanak itu. Oleh yang demikian, cara yang terbaik dalam menangani kemelut ini ialah dengan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat satu ketetapan yang menjurus kepada keadilan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

Apakah Kanak-kanak Boleh Memeluk Agama?

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 31: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

21

Dalam konteks di Malaysia, Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya”. Melihat kepada versi dalam Bahasa Inggeris, ia menyebut perkataan ‘parent’ yang membawa maksud ibu atau bapa. Sekiranya perkataan ‘parents’ ditulis dengan jelas, ia membawa maksud ibu bapa.

Para ahli perundangan dan akademik membuat tafsiran yang berbeza mengenai perkataan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Bagi yang menyokong ia membawa maksud kedua ibu bapa, mereka merujuk kepada Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dalam tafsiran ‘his’ (dia lelaki) meliputi ‘her’ (dia perempuan). Begitu juga perkataan ‘parent’ hendaklah juga difahami secara jamak iaitu ‘parents’. Interpretasi ini didokong oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Shaad Saleem Faruqi, Penasihat Undang-undang UiTM, Majlis Peguam Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan NGO termasuk juga parti-parti komponen BN seperti MIC dan Gerakan. Kenyataan akhbar dari Majlis Peguam Malaysia menyarankan bahawa Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki agama seseorang kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan di bawah 18 tahun ditentukan oleh seorang ibu atau bapa yang masih hidup atau oleh kedua ibu bapa yang masih hidup.

Pandangan Majlis Peguam menyatakan, peruntukan Seksyen 107 Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutan 2013 adalah bercanggah dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Meskipun begitu, ada juga kenyataan yang menyokong agar Rang Undang-undang itu dikekalkan termasuk Seksyen 107 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 2013. Ini kerana peruntukan lama yang sama dalam Akta Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505) masih berkuat kuasa. Ini dapat dilihat dalam

Penentuan Agama Kanak-kanak Bawah Umur

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 32: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

22

Seksyen 95 Akta 505 yang diamalkan semenjak 1993 hingga kini. Menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia, seandainya keseluruhan Rang Undang-undang 2013 ini ditarik balik dari dari bacaan seterusnya atau ditolak oleh Parlimen, Seksyen 95 Akta 505 akan kekal seperti sedia ada dan terpakai.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia berhujah bahawa Seksyen 107 Rang Undang-undang 2013 adalah selaras dengan keputusan dalam kes Susie Teoh (1990) di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penentuan agama seorang kanak-kanak bawah 18 tahun adalah dengan kebenaran ibu atau bapa atau penjaganya.

Ini disusuli dengan kes Subashini (2007) di mana Mahkamah Persekutuan memberi takrifan ‘parent’ sebagai salah seorang daripada ibu atau bapa. Dengan itu, pengislaman anak oleh bapa yang memeluk Islam adalah sah. Ini tidak dipersetjui oleh Majlis Peguam kerana pada kaca mata mereka hujah yang mengatakan hanya cukup salah seorang ibu atau bapa dalam member keizinan agama seseorang kanak-kanak berlawanan dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan dan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah khilaf. Ini kerana pada pandangan mereka, Mahkamah Persekutuan tidak mengambil kira takrifan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

Perlu dimaklumkan bahawa buat masa sekarang terdapat negeri yang memperuntukan keperluan keizinan ibu dan bapa, dan terdapat juga negeri yang hanya memperuntukan keperluan keizinan ibu atau bapa dalam pengislaman kanak-kanak bawah 18 tahun. Sebagai contoh di negeri Selangor, Seksyen 117 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 mensyaratkan keizinan ibu dan bapa atau penjaga dalam pemelukan Islam kanak-kanak bawah 18 tahun.

Manakala bagi Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak tidak mensyaratkan persetujuan ibu dan bapa atau penjaga. Cukup dengan persetujuan salah satu dari ibu atau bapa atau penjaga dalam perkara ini. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993, Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah 2008, dan Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 33: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

23

Dari sini dapat dikatakan bahawa berlaku ketidaksegaraman peruntukan dalam mendapat keizinan bagi pemelukan agama Islam bagi kanak-kanak bawah 18 tahun.

Apa yang penting dalam kemelut ini ialah kebajikan kanak-kanak perlu diambil perhatian melebihi semua perkara. Apa yang berlaku sekarang ialah terdapat kes-kes pemelukan Islam kanak-kanak oleh ibu atau bapa yang memeluk Islam sebelum keputusan hak penjagaan anak dibuat terlebih dahulu. Ini akan membawa kepada beberapa permasalahan mendatang. Begitu juga, menentukan agama kanak-kanak mengikut agama ibu atau bapa yang bukan Islam akan membawa masalah di masa hadapan dari segi pendidikan agama Islam. Kerana itu, adalah lebih baik penentuan agama seseorang kanak-kanak mengambil kira siapakah yang berhak menjaga kanak-kanak tersebut. Ini kerana, sekiranya salah seorang dari ibu atau bapa yang memeluk agamaIslam, pihak yang memeluk Islam adalah lebih berhak mendapat hak penjagaan anaknya.

Penyelesaian kepada pertikaian ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kerjasama oleh semua pihak terutama ibu bapa atau penjaga dan peruntukan undang-undang yang melihat kepada kebajikan kanak-kanak tersebut, Meskipun begitu, peruntukan dalam Seksyen 107 Rang Undang-undang Pentadbiran Agama 2013 telah termaktub dalam Akta 505 sehingga kini walaupun Kabinet memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama 2013 dari bacaan seterusnya di Dewan Rakyat (5 Julai 2013). Buat masa sekarang, peruntuntukan sedia ada di bawah Seksyen 95 Akta 505 masih terpakai di mana persetujuan salah satu dari ibu atau bapa atau penjaga diperlukan bagi menentukan agama kanak-kanak.

Kesimpulam

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 34: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

24

Untuk mengatasi kemelut penentuan agama seseorang kanak-kanak, beberapa cadangan berikut boleh dipertimbangkan:

Cadangan oleh pihak Jabatan Peguam Negara untuk meminda Seksyen 51 Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Percerian) 1976 (Akta 1976) supaya semua perkara timbul dari hasil perkahwinan yang didaftarkan mengikut Akta 1976 hendaklah diberi kuasa kepada Mahkamah Sivil supaya kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam dapat diberi keadilan. Tetapi cadangan ini tidak menjadi kenyataan kerana kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Persatuan Peguam Islam Malaysia (PGSM) dan Persatuan Peguam Islam Malaysia (PPIM) dan majority NGO Islam membantah cadangan ini kerana bimbang akan mengurangkan kuasa Mahkamah Syariah dan implikasi kepada agama Islam sekiranya perkara-perkara berkaitan Islam diputuskan oleh Mahkamah Sivil. Lagi pun ia berlawanan dengan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa berkaitan dengan Islam kepada Mahkamah Syariah.

Ini bertepatan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam beberapa kes seperi Mohamed Habibullah lwn Faridah Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793, Soon Singh a/l Bikar Singh lwn PERKIM Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489 dan Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Anor [2007] 4 MLJ 585 yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah mengikut pindaan Perkara 121 (1A), Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan dalam bidang kuasa yang diberi kepada Mahkamah Syariah.

Cadangan supaya ditubuhkan satu Mahkamah Campuran (Mixed Court) dalam mengendalikan kes-kes pertikaian yang melibatkan pihak Islam dan bukan Islam atau yang melibatkan perkara mengenai Islam oleh dua pihak yang berlainan agama. Buat masa sekarang, terdapat Bahagian

Cadangan

v

v

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 35: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

25

Muamalat dalam pentadbiran Mahkamah Sivil bagi mendengar kes-kes yang melibatkan Muamalat (Perbakankan dan Kewangan Islam). Ini dapat dikemaskini dengan memasukkan Bahagian Muamalat dan Bidang kuasa Campuran bagi mendengar kes penentuan agama kanak-kanak. Ini dapat dilakukan dengan melantik hakim dari Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam mendengar kes berkenaan. Ini meliputi kes penentuan agama kanak-kanak oleh pihak yang berkahwin dibawah Akta 1976 dan kemudiannya salah satu pihak memeluk agama Islam. Ini disusuli dengan penentuan hak penjagaan kanak-kanak tersebut sehingga ia dewasa. Penentuan siapa yang berhak ke atas hak penjagaan kanak-kanak hendaklah meliputi pendidikan Islam yang akan diberi kepada kanak-kanak tersebut.

Cadangan menubuhkan Jawatankuasa Kehakimam oleh Majlis Raja-raja dalam pertikaian untuk menentukan agama kanak-kanak dan hak penjagaan kanak-kanak dari dua pihak yang berlainan agama mungkin dapat menyelesaikan kemelut ini. Penubuhan Jawatankuasa ini tidak mengambil bidang kuasa Mahkamah Sivil mahupun Mahkamah Syariah. Ia adalah satu Jawatankuasa khas yang melibatkan kes-kes khas. Ahli yang dilantik adalah dari mereka yang arif dalam kedua-dua bidang, undang Islam dan undang-undang Sivil disamping hakim dari Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Cadangan supaya peruntukan mengenai keizinan dari ibu bapa atau penjaga dalam pemelukan Islam kanak-kanak perlu diselaraskan di seluruh negara. Ini kerana terdapat dua versi: perlu kepada persetujuan ibu atau bapa/penjaga; dan perlu kepada persetujuan ibu dan bapa/penjaga. Ini akan menyebabkan masalah kepada pihak yang terlibat.

Cadangan agar para hakim hendaklah menggunakan kebijaksanaan yang tinggi dengan mengambil kira kedudukan agama Islam seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Pesekutuan dalam memutuskan kes penentuan agama kanak-kanak. Ia juga perlu melihat kepada peruntukan dalam Perkara 12(4) dan kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan seperti Susie Teoh (1990) dan Subashini (2007).

v

v

v

Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanakMenurut Undang-undang Islam

Page 36: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

26

Mohammad Hashim Kamali, Osman Bakar, Zarina Nalla & Hafoz Hassan, IAISMalaysia Policy Issue Papers, Conversion in Malaysia: Issues and Reform Proposals, No. 1, December 2012.

Mohammad Hashim Kamali, Principles of Islamic Jurisprudence, The Islamic Texts Society, Cambridge, 2003.

Mohammad Hashim Kamali, Shari’ah Law: An Introduction, One World Publications, Oxford,2008.

Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Vol.II, 3rd. Edt., Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut,2003.

Wizaratal-Awqaf, Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah, Vol IV 3rd. Edt., 1425/1970.

Al-Qadduri, al-Mawsu’ah,Vol. IIIV.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyan fi al-Siyyasah al-Shari’yyah,Mu’assasahal-‘Arabiyyahlial-Tab’ah, Cairo, 1380/1961.

Mohamed Azam Mohamed Adil, “Penentuan Agama Kanak-kanak”, Utusan Malaysia, 5 Julai 2013, h.14.

Mohamed Azam Mohamed Adil, “Who Chooses the Child’s Belief?”, New Sunday Times,View point, 14 July 2013, h.23.

Refeah Saidon, “Dispute Upon Conversion of One Spouse to Islam: Issues on the Right of Custody in Malaysia”, Conference on Malaysian Study of Islam “Islam in Malaysia: Past, Present and Future”, Department of Theology, Religious and Islamic Studies, University of Wales, Lampeter, 28-29 June 2008, Paper No. 27.

Rujukan

Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Page 37: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

27

Risalah

Page 38: PENENTUAN AGAMA DAN HAK - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1847/1/PenentuanAgamaDan... · undang-undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia

28

Nota