penebangan hutan secara tidak terkawal.docx

1
Penebangan hutan secara tidak terkawal akibat aktiviti pembalakan, pembukaan ladang dan pertanian pindah akan memusnahkan hutan. Begitu juga aktiviti pembinaan jalan raya, kegiatan perlombongan, pembinaan rumah dan kawasan industri juga akan memusnahkan kawasan hutan. Akibatnya hasil-hasil hutan yang berharga turut sama akan musnah. Untuk mengawal hutan daripada musnah beberapa langkah perlu diambil seperti mewujudkan hutan simpan, mengawal aktiviti pembalakan, pembukaan ladang, kawasan perumahan dan perindustrian baru. Bagi kawasan hutan yang telah dimusnahkan akibat aktiviti pembalakan, penghutanan semula boleh dijalankan. Begitu juga hasil hutan yang sangat berharga seperti rotan dan herba boleh ditanam semula secara besar-besaran. Rotan banyak ditanam di kawasan kebun kecil getah. Rotan yang ditanam adalah dari jenis rotan manau kerana permintaan yang tinggi dan harganya yang mahal. Pokok rotan boleh ditebang selepas berusia 15 tahun. Peladang-peladang mendapat bantuan benih dan nasihat daripada Jabatan Perhutan. Ladang hutan diusahakan oleh Jabatan Perhutanan untuk menggantikan hutan yang telah musnah. Kayu yang ditanam dari jenis kayu Akasia, Jati, Afrika Mahagony, Sentang dan sebagainya. Ladang hutan ini banyak terdapat di Pahang dan Sabah. Aktiviti pembukaan ladang herba juga merupakan satu kegiatan yang penting. Herba ditanam oleh pengusaha individu, pemilik syarikat ubat herba dan anak syarikat Felda. Felda Plantation misalnya telah mengusahakan 1500 ekar tanaman herba di kawasan Jengka. Antara herba yang ditanam ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tunjang Bumi, Hempedu Bumi dan sebagainya.

Upload: rosnida-razak

Post on 30-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Penebangan hutan secara tidak terkawal akibat aktiviti pembalakan, pembukaan ladang dan pertanian pindah akan memusnahkan hutan. Begitu juga aktiviti pembinaan jalan raya, kegiatan perlombongan, pembinaan rumah dan kawasan industri juga akan memusnahkan kawasan hutan. Akibatnya hasil-hasil hutan yang berharga turut sama akan musnah.Untuk mengawal hutan daripada musnah beberapa langkah perlu diambil seperti mewujudkan hutan simpan, mengawal aktiviti pembalakan, pembukaan ladang, kawasan perumahan dan perindustrian baru. Bagi kawasan hutan yang telah dimusnahkan akibat aktiviti pembalakan, penghutanan semula boleh dijalankan. Begitu juga hasil hutan yang sangat berharga seperti rotan dan herba boleh ditanam semula secara besar-besaran.

Rotan banyak ditanam di kawasan kebun kecil getah. Rotan yang ditanam adalah dari jenis rotan manau kerana permintaan yang tinggi dan harganya yang mahal. Pokok rotan boleh ditebang selepas berusia 15 tahun. Peladang-peladang mendapat bantuan benih dan nasihat daripada Jabatan Perhutan.Ladang hutan diusahakan oleh Jabatan Perhutanan untuk menggantikan hutan yang telah musnah. Kayu yang ditanam dari jenis kayu Akasia, Jati, Afrika Mahagony, Sentang dan sebagainya. Ladang hutan ini banyak terdapat di Pahang dan Sabah.Aktiviti pembukaan ladang herba juga merupakan satu kegiatan yang penting. Herba ditanam oleh pengusaha individu, pemilik syarikat ubat herba dan anak syarikat Felda. Felda Plantation misalnya telah mengusahakan 1500 ekar tanaman herba di kawasan Jengka. Antara herba yang ditanam ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tunjang Bumi, Hempedu Bumi dan sebagainya.