pendidikan seni visual (apa itu psv)

27
PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual adalah salah satu mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah samada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Di samping itu, Pendidikan Seni Visual juga turut dipelajari diperingkat kolej mahupun universiti. Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SENI VISUAL Visual atau disebut sebagai tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Oleh itu, sesuatu yang tergolong yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan sahaja setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya cara dan teknik penghasilannya. Siapa yang menghasilkannya, mengapa ia dihasilkan, apakah rujukannya, idea untuk menghasilkannya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis.Seni Visual/Tampak ( meliputi Seni Kraf, Seni Lukis, Seni Ukir, Seni Bina dan sebagainya). PERKEMBANGAN SENI VISUAL BERMULA

Upload: shahlawati-abdul-wahid

Post on 25-Dec-2015

411 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Bidang PSV

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual adalah salah satu mata pelajaran yang diperkenalkan di sekolah

samada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Di samping itu,

Pendidikan Seni Visual juga turut dipelajari diperingkat kolej mahupun universiti. Pendidikan

Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk

minat, memperkembangkan  keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap

nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.  Umumnya,

murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual

memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi,

dan daya pemikiran.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SENI VISUAL

Visual atau disebut sebagai tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau

disentuh. Oleh itu, sesuatu yang tergolong yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan,

lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan sahaja setakat dilihat

tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya cara dan teknik

penghasilannya. Siapa yang menghasilkannya, mengapa ia dihasilkan, apakah rujukannya,

idea untuk menghasilkannya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi

pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun

bertulis.Seni Visual/Tampak ( meliputi Seni Kraf, Seni Lukis, Seni Ukir, Seni Bina dan

sebagainya).

PERKEMBANGAN SENI VISUAL BERMULA

1930 an - 1940 an

Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat

1950-an

Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat.

Hal benda seni potrey yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni

abstrak dan semi abstrak.

1960-an

Pertembungan stail Timur dan Barat lebih berkembang dan berdaya saing.

Page 2: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

1970-an

Menampilkan lebih banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis

berpendidikan Baratyang mendokong isme-isme barat.

1980-an

Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas

ASAS SENI REKA UNSUR SENI.

ASAS SENI REKA

UNSUR SENI PRINSIP REKAAN

garisan

rupa

bentuk

jalinan

ruang

warna

garisan

rupa

bentuk

jalinan

ruang

warna

harmoni

kontra

penegasan

imbangan

irama dan pergerakan

kepelbagaian

kesatuan

harmoni

kontra

penegasan

imbangan

irama dan pergerakan

kepelbagaian

kesatuan

Page 3: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam

empat bidang Seni iaitu :

1. Menggambar

2. Membuat Corak dan rekaan

3. Membentuk dam membuat binaan

4. Mengenal kraf tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,

interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan , apresiasi seni visual serta

menghargai nilai baik . Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang

dihasilkan di atas permukaan yang rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang

dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan

adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek di dalam

gambar. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual

yang dihasilkan adalah dalam bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang

menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.

Alat, Media dan Teknik

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang

berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat

khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dan

lain-lain.

Page 4: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah

semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

BIDANG MENGGAMBAR

Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar.

Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasrkan tema imaginasi murid.

Menggambar berdasrkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara

manual dan berbantukan komputer.

AKTIVITI BIDANG MENGGAMBAR

Lukisan

Catan

Kolaj

Montaj

Cetakan

Resis

Gosokan

Stensilan

Percikan

Gurisan

Capan

Mozek

Poster

LUKISAN

Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej

menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta

menggunakan campuran warna yang terhad.

contoh lukisan pensel

Page 5: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Contoh lukisan Media - Pensel Warna

CATAN

Adalah proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu

di atas permukaan

komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat

akrilik, minyak linsip, turpentin, kanvas dan berus.

Contoh Lukisan Catan

Karya : Twelwe Sunflower

Artis : Vincent Van Gogh

Page 6: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Media : Cat Minyak dan kanvas

Mozek

Sebuah gambar atau corak hiasan dibuat dengan menyusun bahan-bahan seperti

kaca, marmar dan seramik, disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang

tidak rata dan menghasilkan pantulan dan kilauan.

Suatu imej yang berasingan dan tidak bertindik, disusun secara bersebelahan.

Renjisan dan Percikan

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak

terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

Page 7: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan

rekaan tersebut boleh juga dipadankan denngan mana-mana hasil daripada bidang

kegiatan lain seeperti binaan, jraf dan sebagainya.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasrkan motif yang dibuat secara tertrntu

atau bebas.

Motif Corak

Alam semulajadi seperti flora dan fauna

Bahan buatan manusia

Geometri

Abjad

Rupa barangan kraf Malaysia

TEKNIK MEMBUAT CORAK

CORAK

CORAK TERANCANG CORAK TIDAK TERANCANG

Kolaj

Mozek

Capan

Catan

lukisan

Cetakan

Guntingan

Resis

Gurisan

Stensilan

Kolaj

Mozek

Capan

Catan

lukisan

Cetakan

Guntingan

Resis

Gurisan

Stensilan

Pualaman

Tiupan

Titisan

lipatan dan Celupan

Resapan

Pualaman

Tiupan

Titisan

lipatan dan Celupan

Resapan

Page 8: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

i) Corak Terancang

Dihasilkan dengan menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam

susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis

susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

ii) Corak Tidak Terancang

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas kesan daripada teknik yang

digunakan tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara

merenjis, meniup, mencelup, menitis, menekap, meresap dan sebaginya.

CONTOH HASIL LUKISAN

(Corak Terancang)

Capan

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jasi yang mempunyai

jalinan tertentu.

Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.

Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula

jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghailkan kesan yang sama

dengan jalinan yang ada pada jari.

Page 9: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Lipatan dan Guntingan

Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut

corak yang dikehendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi

mendapatkan corak atau imej yang berulang.

(Corak Tidak Terancang)

Ikatan dan Celupan

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup

cetek coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.

Page 10: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Pualaman

Adalah menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan

ke dalam tray lalu dititiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada

permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

Tiupan

Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat rekaan.

Dengan menggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas ditiup

sehingga mendapat kesan yang diingini.

Page 11: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

BIDANG MEMBANTUK DAN MEMBUAT BINAAN.

Membentuk dan membuat binaan adalahsatu bidang yang terdapat dalam Sukatan

pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk

menghasikan karya berbentuk 3 dimensi. Memilih alat dan bahan yang sesuai

mengikut aktiviti yang dipilih.

Bidang ini memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek

seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

TEKNIK MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau

membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan,

cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dam sebagainya.

Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang

digunakan.

Teknik tersebut ialah:

Teknik picitan

Teknik lipatan

Teknik potongan

Teknik cantuman

Teknik pembungkusan

Teknik guntingan

Teknik luakan

Aktiviti membentuk dan membuat binaan

Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang ini

seperti :

Arca timbul

Arca Mobail

Arca stabail

Assemblaj

Model

Diorama

Topeng

Page 12: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Origami

CONTOH HASIL SENI

ARCA TIMBUL

Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga

menyampaikan sesuatu mesej.

Sesetengah arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta

menjadi perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.

Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata

atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh

dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

MODEL

Model ialah aktiviti menghasilkan sesuatu mengikuti bentuk sebenar tetapi skala dan

nisbahnya berbeza sama ada dibesarka atau dikecilkan.

Contoh-contoh model yang sering dihasilkan ialah model rumah, model kenderaan

dan sebagainya.

Page 13: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan

kemahiran kerja tanganyang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi

turu-temurun. Di sekolah rendah murid diperkenalkan dengan kraf tradisional

seperti :

Alat domestik

Alat permainan

Alat mempertahankan diri

Perhiasan diri

Batik

Tekat

Ukiran

Tenunan

Anyaman

Tembikar

Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat

dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang

merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi

setiap bidang kraf yang dinyatakan.

CONTOH HASIL SENI

ALAT DOMESTIK

Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang

digunakan bagi memudahkan urusan seharian.

Tudung Saji Kukur Duduk

Page 14: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15

Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat

pengecap batik tetapi kini kain batik ela telah diusahakan dengan menggunakan

alatan moden.

ALAT PERMAINAN

Permainan tradisional berupaya membentu sebahagian daripada kehidupan yang

dilalui oleh nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai

permainan rakyat.

Di antara permainan itu termasuklah :

- Congkak

- Wau

- Batu seremban

- Sepak raga

Page 15: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)
Page 16: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

perPERBANDINGAN EMPAT BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL

B Bidang

Kandungan

Menggambar Membuat corak dan rekaan Membentuk dan membuat

binaan

Mengenal kraf tradisonal

deDEFINISI Menggambar adalah satu

representasi visual sesuatu

objek atau imej yang

dihasilkan di atas

permukaan yang rata. Ia

mengandungi komposisi

artistik yang dihasilkan

melalui aplikasi warna di

atas permukaan rata.

Bidang kegiatan ini memberi

peluang kepada murid

memahami pelbagai cara

untuk menghasilkan corak

dan mengaplikasikannya

menjadi satu rekaan lain.

Corak dan rekaan tersebut

boleh juga dipadankan

denngan mana-mana hasil

daripada bidang kegiatan lain

seeperti binaan, jraf dan

sebagainya.

Membentuk dan membuat

binaan adalahsatu bidang

yang terdapat dalam

Sukatan pelajaran

Pendidikan Seni Visual

KBSR. Bidang ini

mengandungi aktiviti untuk

menghasikan karya

berbentuk 3 dimensi.

Memilih alat dan bahan

yang sesuai mengikut

aktiviti yang dipilih.

Kraf tradisional boleh

didefinisikan sebagai

perusahaan (kerja seni)

yang melibatkan

kemahiran kerja

tanganyang memerlukan

daya cipta oleh

masyarakat yang

diwarisi turun-temurun

Page 17: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

TEKNIK

/AKTIVITI PDP

Lukisan

Catan

Kolaj

Montaj

Cetakan

Resis

Gosokan

Stensilan

Percikan

Gurisan

Capan

Mozek

Poster

Corak Terancang

Kolaj Mozek Capan Catan lukisan Cetakan Guntingan Resis Gurisan Stensilan

Corak Tidak Terancang

Pualaman Tiupan Titisan lipatan dan Celupan Resapan

Arca timbul

Arca Mobail

Arca stabail

Assemblaj

Model

Diorama

Topeng

Origami

Alat domestik

Alat permainan

Alat

mempertahankan

diri

Perhiasan diri

Batik

Tekat

Ukiran

Tenunan

Anyaman

Tembikar

Page 18: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Membentuk dan

Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

CONTOH

AKTIVITI

LILukisan Ikatan dan Celupan Binaan Model Batik

BAHAN DAN

ALATAN

YANG

DIGUNAKAN

pensel

kertas lukisan

pemadam

tisu dapur

warna pencelup

bekas warna

kotak

gam

pisau

gunting

kertas warna

kain putih

bahan pewarna

sekuji

Funnel pen

kuali/bekas

Page 19: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

EREFLEKSI

Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya

perolehi walaupun sebelum ini saya pernah mempelajarinya di sekolah dan Maktab

Perguruan dahulu. Ini kerana ilmu yang telah dipelajari dan diamalkan ini telah luput

dari ingatan serba sedikit. Maklumlah faktor umur sedikit sebanyak mempengaruhi

tugasan yang telah disiapkan ini.

Ketika menjalankan kerja kursus ini, rasa berasa sangat bimbang kerana

takut tidak dapat menyiapkan folio lukisan yang diminta seperti di dalam tugasan.

Hal ini disebabkan oleh komitmen yang terlalu banyak di sekolah dan kekangan

masa yang menjadikan tugasan ini kurang sempurna. Namun begitu saya tetap

berusaha sedaya upaya menghasilkan yang terbaik dan melakukan yang terbaik

bagi menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdullilah, saya berjaya menyiapkannya

walaupun berasa tidak bersemangat.

Banyak pengetahuan baru yang ditimba semula, terutamanya bagi aktiviti-

aktiviti yang sesuai dijalankan untuk menjalankan aktiviti seni visual di dalam kelas.

Selain itu, menambah pengetahuan daripada apa yang tidak saya ketahui menjadi

lebih tahu dan boleh diaplikasikan di dalam kelas. Disamping mengajar di dalam

kelas, saya juga dapat bersama-sama mencurahkan ilmu pengetahuan kepada

murid-murid saya di sekolah. Kebanyakan murid Pendidikan ini suka kepada aktiviti

seni. Ini kerana mereka dapat meluahkan perasaan dan ekpresi melalui seni visual.

Bagi saya, aktiviti menghasilkan folio lukisan ini memberi dugaan yang berat

kerana saya perlu memilih apakah aktiviti dan teknik yang sesuai untuk

menghasilkan sesuatu karya yang baik dan bermutu. Oleh demikian, masa yang

diambil untuk menghasilkan sesuatu karya seni itu amatlah lama. Kerana

penghasilan karya memerlukan ketelitian, ketenangan ketika menghasilkannya.

Tambahan pula ketika saya kekurangan idea untuk menghasilkan karya seni

ini, saya perlu merujuk kepada buku-buku yang berkaitan seni dan juga membuat

rujukan di dalam internet. Tidak disangkal bahawa pelbagai hasil karya yang dapat

saya lihat di dalam teknologi maklumat ini.

Page 20: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

Namun begitu, saya berasa gembira kerana dapat menjalankan aktiviti ini

kerana ia dapat menjadikan saya menjadi kreatif di samping dapat menghasilkan

sesuatu itu dengan usaha sendiri walaupun hasil karya tersebut tidaklah secantik

karyawan seni lukis tanah air yang ada kini. Ini menjadikan diri saya lebih

berkeyakinan dan suka kepada aktiviti melukis dan sebagainya. Walaupun tidak

mahir namun kemahiran tertentu dapat diperolehi sepanjang menjalankan tugasan

ini.

Di sini , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing iaitu Encik Salehuddin kerana memberi tunjuk ajar dan maklumat yang

terkini bagi menyiapkan tugasan ini. Diharapkan apa yang dihasilkan memenuhi

kehendak soalan dan pensyarah pembimbing.

Sekian.

Page 21: Pendidikan Seni Visual (Apa Itu Psv)

SUMBER RUJUKAN

Hassan Mohd Ghazali (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4 dan 5. Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd

Kamarudin Haji Husin (1991). KBSM dan model-model pengajaran bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Modul Pendidikan Seni Visual, Program Pensiswazahan Guru (PPG), kementerian Pelajaran Malaysia.

Muhd Jamel Ismail, Muhd Taslim b Sarbani, Abdul Rahim Manan, Rousliluddin b Ambia; HBAE 1103, Pengenalan Pendidikan Visual: Versi Disember 2009. Meteor.Doc.Sdn.Bhd, Seri Kembangan.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Seni Visual. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zulkifli Yaacob, Muhd Jamil Ismail ;HBES -1403 (Seni Dalam Pendidikan, Open University. Oktober 2009

http://atulada.blogspot.com/2010/07/teknik-teknik-pengajaran.html

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

http://ppgusm.blogspot.com/pengenalan kepada seni visual

http://www.teachersrock.net/pdkt.htm