pendidikan seni visual

Upload: siti-norhazeah

Post on 10-Jan-2016

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KBSR KSSR

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 3 : PENGUMPULAN MAKLUMATKURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSRMenurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000), Pendidikan Seni Visual KBSR telah digubal bagi menggantikan mata pelajaran Pendidikan Seni yang terkandung dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah KLSR. Pendidikan Seni Visual yang telah digubal tersebut kelihatannya lebih khusus kerana ianya menekankan kaitan berkaitan seni tampak atau visual. Pendidikan Seni Visual ini juga tidak mencampuradukkan seni visual dengan seni yang lain seperti seni muzik, seni sastera, seni lakonan dan seni yang lain. Tumpuan diberikan kepada Pendidikan Seni Visual adalah kerana dapat memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat, mengembangkan jati diri, memberi kesedaran dan peka terhadap unsur-unsur berkaitan seni dan juga alam sekitar.Kanak-kanak yang berada di sekolah rendah biasanya kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual menjadi satu cara dalam usaha membantu meningkatkan nilai kreatif, ekspresif dan aktif mereka melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Melalui pemikiran, berimaginasi dan meneroka, murid akan dapat meluahkan banyak idea yang kreatif dan apa yang mereka luahkan tersebut adalah berdasarkan ekspresi mereka sendiri. Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual keyakinan murid akan meningkat secara intrinsik. Selain itu, mereka juga akan dapat membuat penilaian dan mengenali cita rasa mereka sendiri. Pendidikan Seni ini juga boleh diajar dengan mengaitkannya dengan mata pelajaran yang lain contohnya ialah Sejarah, Sains, Geografi dan sebagainya.

Matlamat Pendidikan Seni Visual KBSRMatlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Objektif Pendidikan Seni Visual KBSR Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin, disiplin dan bertanggungjawab. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan karya seni visual. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti yang berfaedah di masa lapang.

KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSRMenurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah disemak dengan teliti dan telah ditambahbaik seiring dengan peredaran dan keperluan global. Maka suatu piawaian/rujukan dasar pendidikan baru telah diketengahkan dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Nama mata pelajaran Pendidikan Seni Visual masih dikekalkan walaupun cara Pengajaran dan Pembelajaran telah menjadi sedikit moden dan berbeza. Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Dokumen Standard Seni Visual di peringkat sekolah rendah adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan mereka terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang berfokuskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan.

Matlamat Pendidikan Seni Visual KSSRMatlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif Pendidikan Seni Visual KSSR Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri, dan bertanggungjawab. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

3.1 PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

4M Membaca Menulis Mengira MenaakulTahap 1 (Thn 1,2,3)Modul Teras, Modul Tera Tema dan Modul Elektif.

Tahap 2(Thn 4,5,6)Mata pelajaran Teras dan ElektifMODULAR

3M Membaca Menulis MengiraTahap 1 (Tahun 1,2,3)Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap 2 (Tahun 4,5,6)Mata pelajaran Teras, Wajib dan TambahanLINEARSatu hala

Fokus Elemen KBKKOrganisasi KurikulumRekabentuk KurikulumPERBEZAAN KBSR & KSSRDokumen Standard Kurikulum (DSK)Sukatan Pelajaran (SP) Komunikasi Manusia dan alam sekeliling.KomunikasiKerohanian, sikap dan nilai.KemanusianPerkembangan fizikal dan estetikaSains dan teknologi.Keterampilan diri.KBSRSkop Bahan KurikulumAsas Rekabentuk KurikulumKSSR