pendidikan moral tingkatan 1

6
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 - 5 BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI BI L NILAI DEFINISI NILAI 1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. 3. Harga Diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan 4. Bertanggungjawa b Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 5. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. 6. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. 7. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 8. Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 9. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 10. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. 11. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. 12. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN BI L NILAI DEFINISI NILAI 1. Kasih Sayang terhadap Keluarga Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Upload: nor-azman-mohammed

Post on 16-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 - 5

Bidang Pembelajaran 1 : Nilai Berkaitan dengan Perkembangan DiriBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2.Amanah

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

3.Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

4.Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

5.Hemah Tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6.Toleransi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7.BerdikariKebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8.Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

9.Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10.KeadilanTindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

11.Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

12.Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Bidang Pembelajaran 2 : Nilai Berkaitan dengan kekeluargaanBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Kasih Sayang terhadap KeluargaPerasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

2.Hormat dan taat kepada anggota keluargaMemuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

3.Mengekalkan Tradisi KekeluargaanMenerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

4.Tanggungjawab terhadap KeluargaKewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

Bidang Pembelajaran 3 : Nilai Berkaitan dengan alam sekitarBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Menyayangi dan Menghargai Alam SekitarKesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

2.Keharmonian antara Manusia dengan Alam SekitarKeadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.Kemapanan Alam SekitarPengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

4.Peka terhadap Isu-isu Alam SekitarPrihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Bidang Pembelajaran 4 : Nilai Berkaitan dengan patriotismeBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Cinta akan NegaraPerasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

2.Taat Setia pada Raja dan NegaraKepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

3.Sanggup Berkorban untuk NegaraKerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Bidang Pembelajaran 5 : Nilai Berkaitan dengan hak asasi manusiaBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Melindungi Hak Kanak-KanakMembela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

2.Menghormati Hak WanitaMelindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

3.Melindungi Hak PekerjaMenghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

4.Menghormati Hak Golongan Kurang BerupayaMemberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

5.Melindungi Hak PenggunaMembela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

Bidang Pembelajaran 6 : Nilai Berkaitan dengan demokrasiBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Mematuhi Peraturan dan Undang-UndangMenerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

2.Kebebasan BersuaraKebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

3.Kebebasan BeragamaKebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

4.Penglibatan Diri dalam Pembangunan NegaraKebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

5.Sikap KeterbukaanBersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

Bidang Pembelajaran 7 : Nilai Berkaitan dengan keamanan dan keharmonianBILNILAIDEFINISI NILAI

1.Hidup Bersama Secara AmanHidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

2.Saling Membantu dan BekerjasamaUsaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

3.Saling Menghormati antara NegaraMenghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

Unit 2: Amanah Pegangan Hidup KitaBidang:1 Perkembangan DiriNilai:1.2 AmanahDefinisi:Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.Kandungan Akademik:Tema:Pekerja beretika negara berjayaTajuk Pembelajaran:Etika kerja yang positif sebagai satu budayaHuraian Tajuk Pembelajaran: Amanah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pekerja Peraturan kerja Imej organisasi Banteras rasuah

Kandungan Akademik:Tema:Amanah menjamin perhubungan yangharmonisTajuk Pembelajaran:Sikap amanah menimbulkan kepercayaan oranglainHuraian Tajuk Pembelajaran: Sikap amanah dalam setiap perhubunganAnggota keluargaRakan sebayaWarga sekolahAnggota masyarakat

Unit 2: Amanah Pegangan Hidup KitaBidang:1 Perkembangan DiriNilai:1.2 AmanahDefinisi:Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.Kandungan Akademik:Tema:Sikap amanah sebagai pegangan hidupTajuk Pembelajaran:Amalan amanah dalam kehidupanHuraian Tajuk Pembelajaran: Amalan slogan Bersih, Cekap dan Amanah dalam setiap tugas dan tanggungjawab. Jentera pentadbiran Kegiatan politik Amalan amanah mengikut perspektif agama-Islam-Buddha-Hindu-Kristian-SikhFikir dan Jawab (M/S 14)1. Apakah maksud amanah dalam slogan BCA?Maksud amanah dalam slogan BCA ialah sikap rela dan cuba menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan.2. Nyatakan kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai kerajaan dan ahli politik terhadap masyarakat dan negara.Kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai kerajaan ialah imej badan-badan kerajaan terpelihara dan tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan di samping dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap dan berkesan.Kepentingan sikap amanah dalam kalangan ahli politik ialah mereka telah diberikan kepercayaan oleh masyarakat untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat selain dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan projek pembangunan negara.3. Sebagai seorang pelajar, mengapakah amalan amanah penting kepada anda?Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana dapat melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Selain itu, pelajar tersebut akan mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas.