pendidikan khas - kemahiran hidup_ cara menyemai benih sayur-sayuran

Upload: ann-koay

Post on 02-Mar-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    1/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 1/7

    SHANISAH BINTI ABU BAKAR D20102042536 EL - T02

    PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup

    Tuesday, 1 November 2011

    CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    MENYEDIA DAN MENYEMAI BENIH SAYUR

    Sayur-sayuran biasanya dibiakkan melalui dua cara iaitu menggunakan biji benih

    dan menggunakan tampang.

    1. Menggunakan Biji Benih

    Diamalkan untuk semua sayuran jenis buah, kebanyakan sayuran jenis daun

    dan batang serta sayuran kekacang (contoh: cili, terong, tomato, timun, sawi,

    kacang panjang dan sebagainya).

    2. Menggunakan Tampang

    Cara ini menggunakan keratan sulur, umbisi dan bawang. Kaedah ini

    diamalkan untuk kebanyakan sayuran jenis umbisi dan beberapa jenis

    sayuran daun (contoh: keladi, halia, cekur manis, bawang dan lain-lain).

    BAGAIMANA MENDAPATKAN BENIH YANG BAIK

    Benih yang baik akan menjamin hasil yang tinggi. Oleh itu benih hendaklah dipilih

    dan disediakan sebaik-baik sebelum menyemai atau menanam. Oleh itu,

    dapatkan jenis yang tulin

    pilih dari pokok yang sihat sahaja

    ambil benih yang betul-betul matang atau masak di pokok

    pilih benih yang sempurna bentuk dan tidak cacat

    hendaklah benih yang bernas dan cergas.

    Benih hendaklah dipungut apabila cukup matang. Kelewatan memungut benih

    akan menyebabkan gugur sendiri atau rosak dan akan merugikan. Cara menyedia

    benih bergantung kepada jenis sayuran dan juga bentuk benih seperti biji benih,

    rizom, keratan dan sulur.

    1. BIJI BENIH

    Sumber biji benih selalunya diperolehi daripada buah yang dikelaskan

    seperti berikut:-

    Buah kering

    Ummi

    View mycomplete profile

    About Me

    2011 (9)

    December (6)

    November (1)

    Nov 01 (1)

    CARAMENYEMAIBENIHSAYUR-SAYURAN

    September (2)

    Archives

    Join this sitewith Google Friend Connect

    Members (5)

    Already a member? Sign in

    My Followers

    Links

    JPN Terengganu

    Yahoo!

    Gmail

    Facebook

    My UPSI Portal

    0 More Next Blog Create Blog Sign In

    https://www.blogger.com/https://www.blogger.com/home#createhttps://www.blogger.com/next-blog?navBar=true&blogID=4610671596783730675https://www.blogger.com/https://myupsi.upsi.edu.my/http://www.facebook.com/http://gmail.com/http://www.yahoo.com/http://jpn.moe.gov.my/jpnterengganu/v4/index.php?option=com_content&view=frontpagehttp://shanisahabubakar.blogspot.sg/search?updated-min=2011-09-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2011-10-01T00:00:00%2B08:00&max-results=2http://void%280%29/http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.htmlhttp://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011_11_01_archive.htmlhttp://void%280%29/http://shanisahabubakar.blogspot.sg/search?updated-min=2011-11-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2011-12-01T00:00:00%2B08:00&max-results=1http://void%280%29/http://shanisahabubakar.blogspot.sg/search?updated-min=2011-12-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=6http://void%280%29/http://shanisahabubakar.blogspot.sg/search?updated-min=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=9http://void%280%29/https://www.blogger.com/profile/09354425087618614975https://www.blogger.com/profile/09354425087618614975https://www.blogger.com/profile/09354425087618614975http://shanisahabubakar.blogspot.sg/
  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    2/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 2/7

    Pokok/buah dituai apabila daun-daun/buahnya telah kuning dan benih

    telah cukup matang. Keringkan/emus di panas matahari. Banting atau

    picit ataupun menggunakan mesin untuk meleraikan biji benih. Rawat

    biji benih sebelum disimpan (contoh: sawi, bayam, jenis kekacang,

    bendi).

    Buah berisi

    Pungut buah apabila telah matang. Keringkan buah sebelum

    mengeluarkan biji benih. Koyak kulit buah atau potong dan keluarkan

    biji benih dengan pancutan air. Bersih dan keringkan biji benih. Rawat

    biji benih sebelum disimpan (contoh: cili, peria, petola, labu dan

    sebagainya).

    Buah berisi dan berair

    Pungut buah apabila cukup matang. Keluarkan biji benih bersama

    palpa dan rendam selama 2-5 hari. Kacau campuran ini bagi

    menanggalkan lendir yang menyelaputi bijinya dan cuci hingga bersih.

    Biji benih perlulah dikeringkan ke panas matahari (contoh: tomato,timun dan sebagainya).

    Untuk mengelakkan serangan penyakit dan musuh biji, benih perlu dirawat

    dengan racun kulat seperti thiram dan racun serangga seperti gamma BHC.

    Biji benih disimpan di dalam bekas yang kedap udara seperti tin, plastik,

    botol dan sebagainya.

    RAWATAN BENIH

    Rawatan benih ialah perlakuan terhadap benih dengan kaedah-kaedah tertentu,

    untuk beberapa tujuan seperti memelihara benih daripada serangan perosak dan

    mempercepatkan percambahan. Kaedah-kaedah rawatan adalah seperti berikut:

    Racun Kulat / Serangga

    Rawatan benih dengan racun kulat/serangga sebelum menanam untuk

    mengawal serangan perosak seperti musuh dan penyakit. Racun kulat

    yang selalu digunakan ialah thiram (80% WP) dengan kadar 3g/100g biji

    benih dan racun serangga iaitu gamma BHC.

    Air Panas

    Rawatan dengan air panas boleh juga dilakukan untuk mencegah

    kerosakan benih oleh penyakit. Rendam biji benih dalam air panas

    bersuhu 50 darjah C selama 25 minit sebelum menanam.

    Air Biasa

    Biji benih direndam dalam air biasa selama 4-5 jam untuk

    mempercepatkan percambahan.

    TEKNIK MENYEMAI / MENANAM BENIH

    Teknik menyemai / menanam benih bergantung kepada jenis sayuran. Umumnya

    teknik ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:-

    menyemai dan mengubah

    menanam terus benih ke batas / ke ladang

    My Guru

    Reading Panes

    The Star Online: Nation

    James Masing: Use force on

    kidnappers if neeed

    30 minutes ago

    Utusan Online

    Kerajaan Persekutuan tidak

    abaikan PBT

    1 year ago

    New Straits Times Online

    Berita Harian Online

    myMetro

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/rss/index_htmlhttp://www.bharian.com.my/RSS/http://www.nst.com.my/nst/RSS/allSechttp://www.utusan.com.my/utusan//20141018/dn_03/Kerajaan-Persekutuan-tidak-abaikan-PBThttp://www.utusan.com.my/utusan/http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/03/james-masing-kidnappers/http://thestar.com.my/rss/nation.xmlhttp://myguru2.upsi.edu.my/
  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    3/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 3/7

    Menyemai dan Mengubah

    1. Diamalkan untuk benih yang bersifat seperti berikut:-

    - berbiji kecil dan menghasilkan anak pokok yang lembut/lemah.

    - jenis sayuran yang lambat pertumbuhannya dan memerlukan jagaan yang

    sempurna.

    - biji benih yang kuantitinya terhad terutama jenis yang diimport.

    - bjii benih yang mahal harga.

    - keratan yang lambat / sukar mengeluarkan akar.

    2. Bagi yang memerlukan tapak / bekas semaian khas yang mengandungi tanah

    subur iaitu:-

    - kotak kayu / plastik yang dalamnya 10-15 cm atau batas semaian berukuran 1m

    lebar dan 30-45 cm tinggi

    atau beg plastik, kerek daun atau kertas.

    - biji benih disemai dalam kotak atau di batas dengan jarak masing-masing 5 cm

    ataupun di dalam beg

    plastik sebanyak 2-3 biji dengan jarak 2-3 cm antara biji benih.

    3. Melibatkan kerja mengubah iaitu:-- ubah anak benih yang berumur 3-5 minggu ke batas di ladang.

    - pilih dan ubah anak benih yang sihat sahaja.

    4. Menanam Terus Benih ke Batas / Ladang

    Kenapa menanam terus?

    - pertumbuhan pokok akan terjejas jika diubah.

    - benih yang murah harganya.

    - kekurangan tenaga buruh.

    - sayuran yang sistem akarnya lambat pulih.

    - benih yang kuantitinya tidak terhad dan mudah didapati.

    5, Bagaimana cara menanam terus?Ada dua cara iaitu:-

    i- Cara serakan atau tanam jalur.

    ii- Cara tugalan.

    i. Cara Serakan atau Tanam Jalur

    - cara ini mudah dan murah.

    - boleh digunakan tangan atau mesin.

    - selalu diamalkan untuk sayuran tempatan yang berbiji kecil dan memerlukan

    kepadatan yang tinggi.

    - biji benih perlu digaul dengan pasir halus atau tanah peroi sebelum ditabur

    secara serakan atau ditabur ikutjaluran.

    - apabila anak pokok setinggi 5 cm, kerja penjarangan dibuat dengan mencabut

    anak-anak pokok yang tumbuh

    terlalu tebal. Sulamkan anak-anak pokok yang dicabut ke tempat yang kosong.

    - kelemahan cara ini ialah susah mengawal rumpai dan mudah diserang penyakit

    (contoh: kangkong, bayam, sawi, lobak dan sadri)

    ii . Cara Tungal Mengikut Jarak Tertentu

    Diamalkan untuk sayuran yang berbiji benih besar/kasar, keratan, sulur,

    umbisi atau bebawang.

    Biji benih besar/kasar.

    Tanam 2-3 biji benih selubang. Jarak lebih kurang 2-3 cm antara biji

    benih. Buat penjarangan apabila semaian berumur 2-3 minggu.

  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    4/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 4/7

    Tinggalkan hanya sepokok yang sihat pada setiap lubang.

    BAGAIMANA CARA MENJAGA DAN MENGURUS SEMAIAN

    1. Jangan semai terlalu rapat untuk mencegah penyakit lecuh anak benih dan

    memudahkan penjarangan dibuat.

    2. Jangan menyiram terlalu kerap.

    3. Lindungi semaian dari panas terik dan hujan lebat dengan membuat para

    perlindungan.

    4. Gunakan sungkupan selepas menyemai terutama biji benih yang ditanam

    terus. Buang sungkupan apabila biji benih telah bercambah.

    5. Bagi semaian kotak/batas, sembur dengan larutan urea (4g/liter air) di

    minggu kedua.

    6. Kawal rumpai untuk menjauhkan penyakit dan menghindarkan persaingan

    dengan tanaman.

    7. Kawal musuh dan penyakit dengan amalan pertanian atau dengan racun

    kimia jika perlu.

    8. Sebelum mengubah semaian ke batas, dedahkan anak-anak pokok ke

    matahari secara berperingkat-peringkat selama 2-3 hari untuk melatihnyasupaya biasa dengan keadaan di ladang.

    9. Siram kotak atau batas semaian sebelum mengubah bagi memudahkan

    cabutan anak benih.

    10. Cabut anak benih bersama tanah di kelilingnya bagi mengelakkan

    kerosakan akar yang teruk

    LANGKAH DEMI LANGKAH MENYEMAI BENIH

    Setelah murid-murid diperkenalkan dengan alatan dan bahan untuk menyemai biji

    benih sayur-sayuran, mereka didedahkan pula dengan langkah-langkah yang

    mudah untuk menyemai anak benihseperti beikut :

    1

    Media tanaman atau tanah berbaja dan bersabut untuk diisi ke dalam lubang

    semaian

    2

    http://3.bp.blogspot.com/-W8oPT30pkxY/TrKSWtG3-wI/AAAAAAAAAGc/KYItp8-IRmE/s1600/P2080978.JPG
  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    5/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 5/7

    Tray semaian dari plastik atau styrofoam( kami selalunya menggunakan

    tray semaian 100 lubang kerana mudah dan cepat proces mengisi media

    dan menyemai)

    Media semaian - Peat-moss adalah disyorkan

    3

    Mula-mula isikan media (peat-moss) ke dalam dulang semaian dan ratakannya.

    Kemudian isikan biji benih pada setiap lubang.

    4

    Untuk benih tomato, hanya taburkan sahaja di atas media, tetapi bagi benih ciliatau melon, benamkan sedikit sebahagiannya atau taburkan sedikit peat-moss di

    atasnya.

    5

    http://3.bp.blogspot.com/-EbATeNYBXgU/TrKdX9y6XsI/AAAAAAAAAG8/H2bBUkE_F7E/s1600/P2080992.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/-Z_q0AkBC5EU/TrKbFWypwBI/AAAAAAAAAG0/Eynumll2sBs/s1600/P2080989.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-6qS0jUHzyls/TrKWe7u25uI/AAAAAAAAAGs/Z2YD__1h9ps/s1600/P2080979.JPG
  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    6/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 6/7

    Newer Post Older PostHome

    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Posted by Ummi at 9:47 pm

    Kemudian spray secara kabus dan merata ke atas anak benih tadi. Simpan di

    tempat yang gelap dan dingin. Bagi tomato dan cili, masa yang diambil untuk

    bercambah ialah 4-6 hari manakala melon mengambil masa sehari sahaja.

    Setelah ia bercambah, spray dengan air bersih 2 kali sehari (jangan guna larutan

    baja pada tahap ini) dan dedahkan pada 50% sinaran matahari). Apabila anda

    lihat cambahan iti telah mula membentuk daun dan bewarna hijau muda, maka

    mulalah spray dengan air berbaja cair (0.5-0.8mS.sm) dan dedahkan pada 80%

    matahari. Apabila telah mengeluarkan daun sebanyak 5 helai dan dasar

    batangnya berwarna perang kemerahan, pindahkan ke polibeg atau ke pasu

    tanaman atau ke tapak tanaman.

    SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

    Recommend this on Google

    Enter your comment...

    Comment as: Google Accou

    Publish

    Preview

    No comments:

    Post a Comment

    https://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4610671596783730675&postID=6339038082703036713&target=pinteresthttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4610671596783730675&postID=6339038082703036713&target=facebookhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4610671596783730675&postID=6339038082703036713&target=twitterhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4610671596783730675&postID=6339038082703036713&target=bloghttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4610671596783730675&postID=6339038082703036713&target=emailhttp://3.bp.blogspot.com/-Z3zoZbLlwoU/TrKeU-5tscI/AAAAAAAAAHE/RqVzSnKxjeE/s1600/P2080994.JPGhttp://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.htmlhttps://www.blogger.com/profile/09354425087618614975http://shanisahabubakar.blogspot.com/feeds/6339038082703036713/comments/defaulthttp://shanisahabubakar.blogspot.sg/http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/09/alhamdulillah-dah-sihat-sedikit-selepas.htmlhttp://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/12/biodata.html
  • 7/26/2019 Pendidikan Khas - Kemahiran Hidup_ Cara Menyemai Benih Sayur-sayuran

    7/7

    4/3/2016 PENDIDIKAN KHAS - Kemahiran Hidup: CARA MENYEMAI BENIH SAYUR-SAYURAN

    http://shanisahabubakar.blogspot.sg/2011/11/forum.html 7/7

    Hak milik Shanisah Abu Bakar 2011

    Awesome Inc. template. Template images by Roofoo. Powered by Blogger.

    https://www.blogger.com/http://www.istockphoto.com/googleimages.php?id=417085&platform=blogger&langregion=en_GB