menyentuh kehidupan menyemai nilai

143
menyentuh kehidupan menyemai nilai kesinambungan suatu perjalanan... 2010 Laporan Tahunan #G-01, Blok 8 Danga Bay, Jalan Skudai 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia +607 233 3000 +607 233 3001 [email protected] Pusat Perkhidmatan Iskandar: 1 800 88 3010 www.iskandarmalaysia.com.my Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Laporan Tahunan 2010

Upload: dokien

Post on 15-Jan-2017

256 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: menyentuh kehidupan menyemai nilai

menyentuh kehidupan menyemai nilai

kesinambungan suatu perjalanan...

2010Laporan Tahunan

#G-01, Blok 8Danga Bay, Jalan Skudai80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

+607 233 3000 +607 233 3001 [email protected] Perkhidmatan Iskandar: 1 800 88 3010

www.iskandarmalaysia.com.my

Pihak Berkuasa Wilayah Pem

bangunan IskandarLaporan Tahunan 2010

Page 2: menyentuh kehidupan menyemai nilai

membina hubungan yang teguh

Melestarikan suatu hubungan simbiosis yang unik antara insan dan alam

di mana kewujudan secara bersama adalah sama penting. Iskandar

Malaysia akan terus menyentuh kehidupan serta menyemai nilai dengan

sentiasa mempertingkatkan kehidupan bermasyarakat serta memantapkan

kehidupan dengan pelbagai cara.

Malaysia akan terus menyentuh kehidupan serta menyemai nilai dengan

sentiasa mempertingkatkan kehidupan bermasyarakat serta memantapkan

Page 3: menyentuh kehidupan menyemai nilai
Page 4: menyentuh kehidupan menyemai nilai

menghayati penemuan baru

Usaha untuk meraih kejayaan berlandaskan pendekatan yang inovatif dapat

menjamin kejayaan untuk tempoh jangka panjang. Iskandar Malaysia akan

terus menyentuh kehidupan dan menyemai nilai, berbekalkan kesungguhan

dan tumpuan demi mewujudkan sebuah masyarakat berpengetahuan serta

didorong oleh kreativiti dan kesungguhan untuk melakar kejayaan.

Usaha untuk meraih kejayaan berlandaskan pendekatan yang inovatif dapat

menjamin kejayaan untuk tempoh jangka panjang. Iskandar Malaysia akan

terus menyentuh kehidupan dan menyemai nilai, berbekalkan kesungguhan

dan tumpuan demi mewujudkan sebuah masyarakat berpengetahuan serta

didorong oleh kreativiti dan kesungguhan untuk melakar kejayaan.

Page 5: menyentuh kehidupan menyemai nilai
Page 6: menyentuh kehidupan menyemai nilai

merealisasi potensi

Berperanan sebagai pemangkin kepada perniagaan untuk mencapai kejayaan

di samping merealisasi peluang yang terbuka luas, baik di dalam negara,

maupun di peringkat global. Di IRDA, kami terus menyentuh kehidupan dan

menyemai nilai dengan menyediakan keterkaitan serta teknologi yang serba

canggih di sebuah metropolis yang dibangunkan untuk masa hadapan yang

menjanjikan perniagaan terus berkembang maju melangkaui sempadan.

Berperanan sebagai pemangkin kepada perniagaan untuk mencapai kejayaan

di samping merealisasi peluang yang terbuka luas, baik di dalam negara,

maupun di peringkat global. Di IRDA, kami terus menyentuh kehidupan dan

menyemai nilai dengan menyediakan keterkaitan serta teknologi yang serba

canggih di sebuah metropolis yang dibangunkan untuk masa hadapan yang

menjanjikan perniagaan terus berkembang maju melangkaui sempadan.

Page 7: menyentuh kehidupan menyemai nilai
Page 8: menyentuh kehidupan menyemai nilai

gerbang pertumbuhan

Kedudukan strategik di hujung paling selatan tanah besar Asia, ditambah

pula dengan sistem perhubungan udara, darat dan air cekap, telah memacu

pertumbuhan ekonomi sekaligus membuka ruang kepada suatu lonjakan

pertumbuhan pesat. Kami terus menyentuh kehidupan dan menyemai nilai

dengan menjadi gerbang laluan selatan pilihan mendorong pertumbuhan

ekonomi negara serta memenuhi segala aspirasi bagi menempuh suatu era

baru yang terus mengukir kecemerlangan.

pula dengan sistem perhubungan udara, darat dan air cekap, telah memacu

pertumbuhan ekonomi sekaligus membuka ruang kepada suatu lonjakan

pertumbuhan pesat. Kami terus menyentuh kehidupan dan menyemai nilai

dengan menjadi gerbang laluan selatan pilihan mendorong pertumbuhan

ekonomi negara serta memenuhi segala aspirasi bagi menempuh suatu era

Page 9: menyentuh kehidupan menyemai nilai
Page 10: menyentuh kehidupan menyemai nilai

masa depan yang mampan

Berpandukan wawasan membina masa depan gemilang berasaskan keyakinan teguh

dalam menyusun strategi bagi menempatkan metropolis ini sebagai sebuah wilayah yang

dibangun mengikut peredaran dan arus masa depan. Di IRDA, kami terus menyentuh dan

mencorak kehidupan serta menyemai nilai berteraskan pembangunan mampan demi

menzahirkan keseimbangan antara memaksimumkan keuntungan perniagaan, pada masa

sama bersungguh-sungguh memastikan kelestarian alam sekitar. Ia dilaksanakan sambil

kita bergerak maju ke arah pertumbuhan membanggakan sekaligus dikenali sebagai sebuah

pembangunan yang dibina pada hari ini untuk kehidupan pada masa hadapan.

Berpandukan wawasan membina masa depan gemilang berasaskan keyakinan teguh

dalam menyusun strategi bagi menempatkan metropolis ini sebagai sebuah wilayah yang

dibangun mengikut peredaran dan arus masa depan. Di IRDA, kami terus menyentuh dan

mencorak kehidupan serta menyemai nilai berteraskan pembangunan mampan demi

menzahirkan keseimbangan antara memaksimumkan keuntungan perniagaan, pada masa

sama bersungguh-sungguh memastikan kelestarian alam sekitar. Ia dilaksanakan sambil

kita bergerak maju ke arah pertumbuhan membanggakan sekaligus dikenali sebagai sebuah

pembangunan yang dibina pada hari ini untuk kehidupan pada masa hadapan.

Page 11: menyentuh kehidupan menyemai nilai
Page 12: menyentuh kehidupan menyemai nilai
Page 13: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 1

Laporan Tahunan 2010

menyentuh kehidupan. menyemai nilai.kesinambungan suatu perjalanan...

Kejayaan dikecapi pada hakikatnya bukan diukur daripada penghujung suatu perjalanan dalam proses membangun sebuah negara bangsa, tetapi apa yang telah dicapai sepanjang perjalanan menuju ke mercu kejayaan.

Dan kami meneruskan perjalanan yang mengujakan... mengorak langkah ke suatu era pembangunan Kota Metropolis Yang Kukuh dan Mampan Bertaraf Antarabangsa. Kami sedar bahawa segala yang telah dicapai dengan pelbagai cara... yang pada hakikatnya telah menyentuh kehidupan setiap warga Iskandar Malaysia.

Daripada mempertingkatkan kehidupan komuniti sehinggalah kepada mengilhamkan kewujudan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan. Dalam usaha menjadi pemangkin agar perniagaan dapat berkembang maju, kami turut menyingkap tirai potensi di sebalik gerbang laluan selatan. Kami akan memastikan kelestarian alam sekitar serta pertumbuhan yang mampan di masa hadapan untuk setiap insan di Iskandar Malaysia.

Perjalanan kami tidak akan pernah berakhir. Akan sentiasa ada perubahan baru, hasil daripada iltizam untuk merubah kehidupan setiap insan kepada yang lebih baik... di mana sahaja... setiap masa... dalam setiap apa yang telah kami tetapkan, untuk dilaksanakan.

Page 14: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)04 Sorotan Pencapaian bagi 201006 Takwim Acara Utama 201016 Penggerak Ekonomi bagi Menjana

Pertumbuhan18 Kelompok Ekonomi19 Pihak Berkuasa Wilayah

Pembangunan Iskandar (IRDA)20 Wawasan & Misi21 Nilai-Nilai Korporat

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua Eksekutif24 Kenyataan Pengerusi Bersama28 Kenyataan Ketua Eksekutif

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli Jawatankuasa32 Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli

Jawatankuasa34 Profil Ahli-Ahli37 Majlis Penasihat40 Ahli-Ahli EXCO41 Ahli Jawatankuasa IRDA

Organisasi IRDA46 Pihak Pengurusan Kanan53 Carta Organisasi

Menyusuri Kejayaan56 Ekonomi dan Perniagaan60 Komunikasi Strategik68 Projek Pembangunan Infrastruktur72 Perancangan Bersepadu81 Pembangunan Sosial88 Pengurusan Modal Insan90 Pengurusan Prestasi Korporat91 Pengurusan Risiko IRDA93 Teknologi Maklumat & Komunikasi96 Pusat Khidmat Iskandar

Laporan Kewangan102 Penyata Tadbir Urus Korporat103 Kawalan Dalaman & Pematuhan105 Ulasan Kewangan Tahunan107 Sijil Ketua Audit Negara108 Penyata dari Ahli IRDA109 Akuan Berkanun110 Penyata Kewangan

PENAFIAN:Laporan ini telah disediakan menurut Seksyen 17 Akta IRDA 2007 dan ia merupakan laporan hasil kerja dan aktiviti yang dilaksanakan oleh IRDA. IRDA maupun mana-mana kakitangannya tidak memberi sebarang jaminan, secara langsung atau tidak langsung, atau bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti berkaitan ketepatan, kesempurnaan atau kegunaan sebarang maklumat dan proses yang didedahkan atau dipaparkan yang kegunaannya boleh melanggar hak milik peribadi. Rujukan yang terkandung dalam laporan ini bagi mana-mana nama dagangan komersial, tanda dagangan, pengeluar atau sebaliknya tidak semestinya bermaksud atau menandakan sokongan, cadangan atau kecenderungan oleh IRDA. Pandangan dan pendapat yang dinyatakan oleh penulis dalam laporan ini tidak semestinya menyatakan atau membayangkan bahawa ia adalah pandangan atau pendapat Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri Johor atau mana-mana agensi berkaitan.

ISI KANDUNGAN

Page 15: menyentuh kehidupan menyemai nilai

ISKANDAR MALAYSIA & PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (IRDA)

Page 16: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 20104

Rangka Tindakan Iskandar MalaysiaEnam Rangka Tindakan yang telahpun disempurnakan;• PelanIndukTenagaBolehDiperbaharui• RangkaTindakanPerancanganAlamSekitar• PelanPengurusanPesisirPantai• RangkaTindakanPengangkutan• SalirandanAirRibut• SusunAturdanRekaBentukJalanRaya

Lima lagi disiapkan menjelang Suku Pertama 2011. Sejumlah 21 Rangka Tindakan telahpun disiapkan sehingga kini.

Keselamatan & Perlindungan • Tumpuandiberiuntukmenjadikan

Iskandar Malaysia lebih selamat• 21hartanahtelahdiwartakan

sebagai Pos Polis Komuniti (CPP) pada 2010

• 13CPPtelahditubuhkanpada2010

Projek Jalan Raya• JalanLingkaranDalamiaituJalan

Kolam Air dan Jalan Yahya Awal telah disiapkan 6 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan

Sungai & Saliran• Kesemua11projeksalirandisekitarpusat

bandar telahpun disiapkan• 5projeksungaitelahdisempurnakanpada

2010

SOROTAN PENCAPAIAN2010 Pengangkutan Awam

• Peningkatan26%bilanganpenggunasecarakeseluruhan daripada 4,981 pada Disember 2009 kepada 84,795 pada Disember 2010

• 12KempenKeselamatanJalanRayatelahdisempurnakan seperti yang dirancangkan

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Sorotan Pencapaian 2010

Page 17: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 5

Titik Tumpu Pelaburan• Pelaburankomitedterkumpulmencapai

RM69.48bilionyangmanaiaadalah148%melebihi sasarannya, iaitu RM47 bilion bagi tempoh 2006 – 2010

• PanduanPelaburandalam9SektordiIskandar Malaysia telah disempurnakan pada Disember 2010

Program Modal Insan• 6PestaKerjayatelahdiadakandengankerjasamaJobsMalaysia• 5,000pekerjaanditawarkan,20,000pengunjungdan200majikan• 50%kejayaandalampenempatanpekerjaan• Programprapekerjaan,latihankemahiran&mempertingkatkan

kemahiran telah disempurnakan mengikut perancangan pada 2010

Transformasi JB• SebuahSyarikatTujuanKhas(SPV)telah

ditubuhkan pada November 2010• MesyuaratLembagaPengarahyang

pertama telah berlangsung pada 8 November 2010

Pusat Informasi Iskandar Malaysia• BertempatdiPusatKonvensyen

Danga Bay, ia merupakan sebuah Pusat Interaktif Sehenti yang bertujuan mewujudkan kesedaran tentang Iskandar Malaysia di samping mengenengahkan wawasan serta misi Iskandar Malaysia

Perumahan Awam• Kerjatanah:Siap100%padaJun09• PencawangTNB:Siap100%pada28

Oktober 2010• PerumahanAwamdiNusajaya

disiapkan menjelang Suku ke-2 2011

1Azam • 100%kejayaandengankesemua90peserta

berjaya keluar dari kelompok miskin tegar

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Sorotan Pencapaian 2010

Page 18: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 20106

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

TAKWIM ACARA UTAMA 2010

6 Februari 2010LAWATAN KUMPULAN OKSHIMA KOGYO (DIKETUAI OLEH EN. OHSAMA, PRESIDEN KUMPULAN OKSHIMA KOGYO)Kumpulan Okshima Kogyo merupakan salah satu pelabur sedia ada di Iskandar Malaysia yang sedang merisik potensi untuk memperluaskan perniagaan dan melabur semula di Iskandar Malaysia.

9 Mac 2010PEMBUKAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT YAHYA AWALPersimpangan Bertingkat Yahya Awal telah dibuka kepada masyarakat awam 6 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

24 Februari 2010 LAWATAN DUTA PERANCIS – TYT DR. MARC BARETYKunjungan hormat yang mengukuhkan ikatan dan hubungan kerjasama di antara dua buah negara.

23 Februari 2010LAWATAN WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) – DATO’ HJ NORZAM BIN MOHD NOR DAN PN LAILA WATHIQAH JUDINTaklimat mutakhir telah diberikan kepada Kementerian Kewangan berkenaan kemajuan pembangunan projek RMK9, Perumahan Awam serta projek Bertam.

1 Februari 2010PELANCARAN BAS ISKANDAR MALAYSIAIa bermatlamat menambah baik aksesibiliti dan mobiliti pengangkutan awam dengan menyediakan 34 buah bas yang berulang-alik melalui 16 laluan yang sebelum ini tidak mendapat khidmat pengangkutan di Iskandar Malaysia.

5 Mac 2010PENYAMPAIAN CEK KEJOHANAN GOLF TERBUKA ISKANDAR JOHOR 2009KJ Choi, Juara bagi Kejohanan Golf Terbuka Iskandar Johor 2009, telah menyumbangkan kesemua wang hadiah kemenangan beliau yang berjumlah RM293,500 kepada 6 buah rumah kebajikan di Iskandar Malaysia.

Page 19: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 7

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

10 Mac 2010LAWATAN EN. TAKESHI ISHII, SETIAUSAHA PERTAMA KEDUTAAN JEPUN DI MALAYSIAKunjungan hormat daripada Kedutaan Jepun bagi meneroka peluang pelaburan di Iskandar Malaysia.

25 dan 26 Mac 2010 PELANCARAN PUSAT & PESTA KERJAYA JOBSMALAYSIA.COMSebagai tanda sokongan kepada pelancaran rasmi pusat Jobsmalaysia.com di seluruh negara oleh Perdana Menteri.

23 April 2010MESYUARAT PERINGKAT MENTERI KE-6Mesyuarat Peringkat Menteri ke-6 dengan rakan sejawat di Singapura mengenai kemajuan 5 kumpulan kerjasama, iaitu Imigresen, Pengangkutan, Pelancongan, Alam Sekitar serta Projek Ikonik.

13 Mac 2010PERASMIAN POS POLIS KOMUNITI, TAMAN BESTARI INDAHPelancaran Pos Polis Komuniti (CPP) di Taman Bestari Indah adalah di antara beberapa usaha yang dilaksanakan oleh IRDA di bawah Rangka Tindakan Keselamatan dan Perlindungan. Ia merupakan suatu bentuk usaha kepolisan komuniti yang mana pegawai polis bermastautin bersama masyarakat. Usaha kepolisan komuniti ini berperanan menghalang serta mencegah jenayah, sekaligus menjadikan persekitaran kehidupan lebih kondusif dan menarik, bertunjangkan matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah dengan menyepadukan kehadiran pihak polis dalam masyarakat.

5 April 2010PENYERAHAN KUNCI KEPADA ORANG ASLI KG SG. ARANGPenyerahan kunci rumah serta sijil (graduasi Projek BERTAM) kepada Orang Asli di Kg Sg Arang, Gelang Patah.

Page 20: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 20108

15 Mei 2010 HARI TERBUKA PROGRAM 1AZAMProgram 1Azam telah dianjurkan bagi menangani golongan miskin tegar untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik untuk isi rumah berpendapatan rendah.

18 hingga 20 Mei 2010FORUM EKONOMI ISLAM SEDUNIA KE-6Acara ini telah diadakan dengan kerjasama Iskandar Investment Berhad bagi mempromosi dan memasarkan Iskandar Malaysia secara agresif kepada peserta dari seluruh dunia.

8 dan 9 Mei 2010SUA RASA TV9Bagi mewujudkan kesedaran dan mempromosi perkembangan terbaru di Iskandar Malaysia.

24 dan 25 April 2010PESTA KERJAYA ISKANDAR MALAYSIAMembuka ruang kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan terutamanya para graduan, mereka yang diberhentikan kerja serta penganggur, untuk mengintai peluang pekerjaan yang lebih baik di Iskandar Malaysia dan di Johor. Terdapat pelbagai kekosongan jawatan daripada 9 kelompok ekonomi; Industri Kreatif, Pendidikan, Elektrik & Elektronik, Nasihat & Perundingan Kewangan, Makanan & Pertanian, Penjagaan Kesihatan, Pelancongan, Logistik dan Perkhidmatan berkaitan, Petrokimia dan Oleokimia.

1 dan 2 Mei 2010HARI TERBUKA ISKANDAR MALAYSIA KE-3Hari Terbuka Iskandar Malaysia berobjektif untuk mengundang penglibatan serta mendekati pemegang yang memiliki kepentingan dalam pelbagai zon di Iskandar Malaysia. Ia juga dapat mewujudkan kesedaran dan meraih sokongan daripada mereka dengan mengenengahkan inisiatif-inisiatif di Iskandar Malaysia termasuk Keselamatan dan Perlindungan, projek RMK9, Program Modal Insan dan Sosial, Rangka Tindakan dan pembangunan terbaru.

18 hingga 20 Mei 2010 CITYSCAPE ASIA, SINGAPURAPenyertaan IRDA dalam Cityscape Asia (Singapura & China), sebagai organisasi utama adalah untuk mengenengahkan Iskandar Malaysia sebagai tempat untuk Melabur, Bekerja, Bermastautin dan Beriadah demi membantu mencapai wawasan menjadi sebuah metropolis yang kukuh dan mampan bertaraf antarabangsa. Malah, ia turut mempamerkan iltizam dan sokongan berterusan kepada para pelabur dari seantero dunia terutama di Asia, iaitu Singapura, China, Jepun, Korea Selatan, Vietnamdanjugarakanniagautama.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 21: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 9

22 Mei 2010KHAZANAH – PELANCARAN PLATFORM MAYA & PAMERAN ISKANDAR MALAYSIAProjek yang dinamakan Reverse Diaspora ini dicetus bagi memperhebatkan usaha-usaha menarik pulang bakat-bakat profesional yang berkaitan terutamanya, warga Malaysia yang bekerja di luar terhadap potensi peluang ditawarkan oleh GLC, termasuk penyenaraian peluang pekerjaan dalam talian untuk tinjauan bakat-bakat berpotensi.

22 Mei 2010LAWATAN PERDANA MENTERI KE PERUMAHAN ISKANDAR MALAYSIAProjek ini berobjektif untuk membina 1,500 buah rumah sewa yang berkualiti baik di Iskandar Malaysia dengan kemudahan awam dipertingkatkan demi persekitaran hidup yang lebih kondusif.

4 hingga 6 Jun 2010BUG FEST 1MALAYSIA 2010IRDA mengambil bahagian dalam Bug Fest 1Malaysia 2010 demi menyokong Acara Tahunan Pelancongan Johor bagi menggalakkan kecintaan terhadap kereta-kereta vintaj.

18 Jun 2010LAWATAN DATO’ SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEINSewaktu kunjungan beliau, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diberikan taklimat mutakhir mengenai inisiatif Keselamatan dan Perlindungan di Iskandar Malaysia.

9 dan 10 Jun 2010DIALOG PELABUR ISKANDAR MALAYSIASesi taklimat bersama rakan niaga utama, agensi-agensi serta para pelabur dalam 5 bidang utama mengenai rancangan serta pembangunan masa depan di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 22: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201010

26 Jun hingga 4 Julai 2010PENGISYTIHARAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGIRDA mengambil bahagian dalam pameran Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang diadakan selama seminggu bagi meningkatkan tahap kesedaran berhubung maklumat terkini dan pembangunan di Iskandar Malaysia kepada masyarakat tempatan di Pasir Gudang bersempena pengisytiharan rasmi Pasir Gudang sebagai majlis perbandaran.

31 Julai hingga 1 Ogos 2010CABARAN RAGBI ISKANDAR MALAYSIA 10s 2010Kejohanan yang dianjurkan bersama dengan Kesatuan Ragbi Johor.

30 Julai hingga 1 Ogos 2010EKSPO IPROPERTY.COM DI KLCCIRDA bersama rakan niaga utama menyertai IProperty.com untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenengahkan Iskandar Malaysia kepada warga Kuala Lumpur sebagai destinasi terunggul untuk Melabur, Bekerja, Bermastautin dan Beriadah.

3 dan 4 Julai 2010HARI TERBUKA ISKANDAR MALAYSIA KE-4 DAN PESTA KERJAYAHari Terbuka Iskandar Malaysia ke-4 telah diadakan di Zon Utama Pembangunan D (Pasir Gudang) untuk mengeratkan perhubungan antara IRDA dengan komuniti di Pasir Gudang serta mewujudkan kesedaraan berhubung dengan perkembangan terkini di Iskandar Malaysia.

22 hingga 27 Jun 2010MISTI 2010IRDA menyertai MISTI 2010 yang merupakan gelanggang terbaik untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perkembangan semasa dan rangka tindakan projek yang telah dirumus di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 23: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 11

5 Ogos 2010UPACARA PECAH TANAH JOHOR PREMIUM OUTLETSJohor Premium Outlets sebuah pusat membeli-belah berjenama yang pertama di Asia Tenggara berlokasi di Indahpura, Kulai. Johor Premium Outlets dijangka buka pada akhir tahun 2011.

5 Ogos 2010MISI PERDAGANGAN MIDA KE SINGAPURAUntuk mempromosi Iskandar Malaysia dan memberi maklumat terkini mengenai perkembangan Iskandar Malaysia dalam seminar “Peluang Perniagaan” yang dianjurkan oleh IRDA.

5 hingga 7 Ogos 2010HARI TERBUKA MAJLIS DAERAH PONTIANIRDA telah mengambil bahagian dalam Hari Terbuka Majlis Daerah Pontian bagi mewujudkan kesedaran dan mengenengahkan pembangunan dan kemajuan terbaru di Iskandar Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

3 Ogos 2010LAWATAN SMK BANDAR TENGGARAIRDA dan UEM Land bersama-sama menganjurkan lawatan ke Zon Utama Pembangunan B (Nusajaya) untuk 38 pelajar daripada SMK Bandar Tenggara sebagai sebahagian daripada program bagi memperkenalkan Iskandar Malaysia kepada golongan remaja.

7 dan 8 Ogos 2010CRIOCM 2010, IMREC(Institut Penyelidikan Pengurusan Pembinaan China)Sebuah persidangan yang dianjurkan bersama IMREC dan CIDB untuk menyokong sektor pembangunan pembinaan dan harta tanah di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 24: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201012

20 September 2010RUMAH TERBUKA HARI RAYA JBMajlis yang meriah ini telah dianjur untuk menyatukan rakan niaga utama, pemegang kepentingan, pelabur dan kakitangan sebagai menghargai sokongan mereka kepada IRDA.

23 September 2010 RUMAH TERBUKA HARI RAYA KLMajlis ini berobjektif untuk meraikan hari yang istimewa dan berbahagia dengan rakan utama, pemegang kepentingan di dalam serta di luar negara, pihak media dan para pelabur yang berpotensi yang berada di Kuala Lumpur.

2 September 2010LAWATAN DARI MISI PERNIAGAAN PERSEKUTUAN PERNIAGAAN SINGAPURA KE ISKANDAR JOHORMisi ini disasarkan terutamanya untuk mengemas kini agensi ekonomi di Singapura dengan perkembangan mutakhir di Iskandar Malaysia. Lawatan ini melibatkan 119 peserta yang diketuai oleh Cik Edith Cheong, Timbalan Pengarah Eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

29 September 2010LAWATAN KETUA MISI AFRIKA KE IRDAMisi ini diketuai oleh TYT Netsebe Kokome, Pesuruhjaya Tinggi Lesotho, Afrika. Kumpulan tersebut terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi serta Duta daripada pelbagai negara di Afrika.

23 Ogos 2010KUNJUNGAN DATO’ S. DEVAMANY, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERIKunjungan ini bermatlamat meraih pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang rancangan dan pembangunan di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 25: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 13

6 Oktober 2010GLOBAL ENTREPOLIS @ SINGAPORE SUMMIT 2010 (SIDANG KEMUNCAK GES 2010)IRDA telah mengambil bahagian dalam Global Entrepolis @ Singapore Summit 2010 sebagai tanda sokongan terhadap usaha Penjenamaan dan Promosi 2010 untuk mempromosi Iskandar Malaysia di pasaran antarabangsa sebagai destinasi terunggul untuk Melabur, Bekerja, Bermastautin dan Beriadah.

23 dan 24 Oktober 2010EKSPO IPROPERTY.COM, MARINA BAY SANDS, SINGAPURAAcara yang berlangsung dengan kerjasama IRDA dan Iskandar Investment Berhad (IIB) ini adalah untuk mempromosi dan memasarkan Iskandar Malaysia sebagai destinasi terunggul untuk Melabur, Bekerja, Bermastautin dan Beriadah.

16 Oktober 2010SESI TAKLIMAT DAN DIALOG BERSAMA PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGISuatu inisiatif yang dikendalikan oleh Modal Insan untuk mewujudkan peluang pendidikan dan kerjaya buat golongan mahasiswa di Malaysia. 26 Oktober 2010

LAWATAN DEWAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA ASEAN MACAU (MAICC)IRDA membentangkan maklumat yang dikemas kini berhubung kemajuan pembangunan Iskandar Malaysia diikuti lawatan ke tapak Zon Utama Pembangunan B.

14 hingga 17 Oktober 2010KEJOHANAN GOLF ANTARABANGSA TERBUKA ISKANDAR JOHOR 2010Iskandar Malaysia sekali lagi menjadi gelanggang bagi acara berprestij Kejohanan Golf AntarabangsaTerbuka Iskandar Johor (IJO) 2010. Kejohanan yang diadakan untuk tahun keempat berturut-turut dan berlangsung di Horizon Golf and Country Club ini telah berjaya menarik barisan pemain antarabangsa yang hebat. Diiktiraf oleh Jelajah Asia, kejohanan tersebut telah mengukuhkan lagi kedudukan rantau ini lebih dari sekadar sebuah zon ekonomi; yang sekaligus membuka ruang kepada industri pelancongan tempatan. Padraig Harrington, Juara IJO 2010, dengan bangganya memegang Trofi Kejohanan yang disampaikan oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 26: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201014

9 November 2010HARI PEMANTAUAN AIR SEDUNIAIRDA telah bekerjasama dengan Syarikat Air Johor (SAJ) serta Persatuan Air Malaysia (MWA) dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik anggota masyarakat berhubung kepentingan sungai kepada kehidupan masyarakat dan melindungi sumber air di serata dunia.

28 Oktober 2010LAWATAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, POLIS DIRAJA MALAYSIALawatan ini bertujuan untuk mengenali Iskandar Malaysia dengan lebih mendalam dapat mengukuhkan kerjasama di antara IRDA dan Polis Diraja Malaysia dalam melaksanakan tindakan keselamatan dan perlindungan.

27 Oktober 2010LAWATAN DEWAN PERNIAGAAN SWISS-ASIALawatan hormat oleh Encik Patrick Kriesemer, Pengerusi Jawatankuasa, Dewan Perniagaan Swiss Asia, Malaysia telah membina hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua negara.

26 Oktober 2010SESI TAKLIMAT BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG SUNGAI DANGA SERTA PEMIMPIN AKAR UMBILebih 80 pemimpin akar umbi serta penduduk Kampung Sg. Danga telah diberikan taklimat mengenai pembangunan lebuh raya pesisir pantai dan manfaatnya kepada rakyat.

8 hingga 12 November 2010KONGRES AKAUNTAN SEDUNIA (WCOA)Penyertaan IRDA di dalam WCOA 2010 di Kuala Lumpur telah membantu membangun serta menerapkan nilai bagi menampung pertumbuhan jangka panjang serta mengenal pasti peluang perniagaan dan pelaburan di Iskandar Malaysia. Antara faedah yang diraih daripada penyertaan tersebut adalah pemahaman mendalam serta maklumat langsung daripada pemimpin perniagaan yang tersohor di samping membina jaringan kerja dengan pakar kewangan utama dunia.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 27: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 15

4 Disember 2010LAWATAN TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWITun Abdullah telah melawat Iskandar Malaysia bersempena dengan Mesyuarat 5 Koridor Ekonomi yang dikelolakan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

27 November 2010LAWATAN UNIT KERJASAMA AWAM SWASTA (UKAS)Suatu lawatan sambil belajar ke Iskandar Malaysia telah dikendalikan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bagi memperoleh kefahaman mendalam mengenai kemajuan pembangunan di 5 zon utama.

15 November 2010PERBINCANGAN DENGAN KONTRAKTOR JOHOR DAN UPENJ DIKETUAI OLEH DATO’ MAULIZAN BIN BUJANG, EXCO JOHORPerbincangan dengan kontraktor tempatan mengenai kemajuan pembangunan projek-projek pembinaan utama di Iskandar Malaysia.

20 November 2010PERSIDANGAN PELAJAR AKAUNTAN (ASC)IRDA turut serta dalam Persidangan Pelajar Akauntan yang dianjurkan oleh UiTM Shah Alam dengan matlamat untuk membangkitkan kesedaran dan menyediakan pelbagai peluang kerjaya yang terdapat di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Takwim Acara Utama 2010

Page 28: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201016

ISKANDAR MALAYSIAPENGGERAK EKONOMI, MENJANA PERTUMBUHAN

Terletak di selatan Semenanjung Malaysia, Iskandar Malaysia (yang terletak di negeri Johor) berada di lokasi strategik iaitu di laluan utama perkapalan antarabangsa Kekayaan sumber alam dan sumber tenaga manusia telah membawa kepada kejayaan negeri Johor dan seterusnya mampu membuka banyak peluang kepada negeri ini di masa hadapan.

Iskandar Malaysia sedang merubah landskap sosio-ekonomi negeri Johor di Semenanjung Malaysia. Bertunjangkan usaha Kerajaan Persekutuan Malaysia serta Kerajaan Negeri Johor, koridor pembangunan utama selatan dengan keluasan 2,217 kilometer persegi ini adalah tiga kali lebih besar dari saiz Singapura. Berdasarkan rekod, ia merupakan projek pembangunan tunggal terbesar yang pernah dilaksanakan di rantau ini.

Malaysia telah melalui transformasi ekonomi yang cukup hebat untuk muncul sebagai salah satu ekonomi paling pesat membangun di rantau ini. Iskandar Malaysia telah diilhamkan bagi menjamin negara kekal berdaya saing dalam ekonomi global yang semakin pantas berubah.

Seperti yang dibayangkan oleh para perancang induk, Iskandar Malaysia akan menjadi sebuah projek yang mendahului masanya, di mana kehidupan, hiburan, perniagaan dan riadah akan membentuk satu kesempurnaan sebuah metropolis kukuh dan mampan bertaraf antarabangsa. Perancangan terperinci telah dirangka dan dilaksanakan bagi memastikan pembangunan mampan, yang mengambil kira keperluan langsung dan tidak langsung pihak berkepentingan.

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Penggerak Ekonomi Bagi Menjana Pertumbuhan

ZON UTAMA PEMBANGUNAN APUSAT BANDARAYA JB

• Penasihat&PerundingKewangan• PelanconganKebudayaan&Bandar

ZON UTAMA PEMBANGUNAN BNUSAJAYA

• PelanconganPendidikan&Perubatan

• Hiburan&Rekreasi• PusatPentadbiranKerajaanNegeri

di Kota Iskandar• Penasihat&PerundingKewangan• Bioteknologi

ZON UTAMA PEMBANGUNAN CPEMBANGUNAN GERBANG BARAT

• Logistik• PengedaranSerantau,Perolehan

Antarabangsa• TerminalPenyimpananMinyak

ZON UTAMA PEMBANGUNAN DPEMBANGUNAN GERBANG TIMUR

• Pembuatan(Elektronik,petrokimia,oleokimia)

• TerminalPenyimpananMinyak• Pendidikan

ZON UTAMA PEMBANGUNAN ESENAI-SKUDAI

• Logistik• Pembuatan(terutamanyayang

berkaitan dengan teknologi tinggi dan aeroangkasa)

• Pelancongan(Destinasi Mewah Membeli-belah)• BandarSiber

Page 29: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarAnnual Report 2010 17

Sebagai sebahagian daripada Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Singapura, lokasi strategik Iskandar Malaysia dan kedudukannya yang hampir dengan beberapa kuasa ekonomi paling dinamik di dunia merupakan faktor pembeza utama bagi pembangunan di wilayah ekonomi ini. Terletak di persimpangan laluan perdagangan utama Timur-Barat , Iskandar Malaysia berada di tengah-tengah dua kuasa ekonomi yang besar di rantau ini, iaitu China, India dan Jepun.

Mudah diakses melalui udara, darat dan laut, pembangunan di sini turut mengecapi taraf kehidupan setanding dengan beberapa negara kuasa ekonomi yang lebih maju di rantau ini, pada kos yang jauh lebih rendah. Ia juga memiliki kelebihan lain, termasuk tenaga kerja yang boleh bertutur pelbagai bahasa dan berpendidikan serta bank tanah yang cukup luas untuk pembangunan di masa hadapan.

Malah, ia turut diketengahkan sebagai sebuah metropolis antarabangsa bagi mengurangkan sekatan perdagangan dan meningkatkan mobiliti manusia. Iskandar Malaysia juga telah dikenal pasti sebagai salah satu koridor ekonomi yang mendapat pembiayaan di bawah Dana Kemudahan yang disediakan menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan merupakan manifestasi kesungguhan politik yang cukup jelas untuk menjadikan pembangunan ini suatu kejayaan cemerlang dan gemilang bagi negara Malaysia.

Sejak dilancarkan secara rasmi pada November 2006, wawasan Iskandar Malaysia telahpun beralih dari sekadar paparan di papan lukisan, ke membentuk sebuah metropolis generasi masa depan. Iskandar Malaysia telah muncul sebagai suatu jenama yang berkuasa dan gemanya kedengaran merentasi komuniti pelaburan di seluruh dunia.

Dengan Fasa 1 (2006-2010) baru sahaja disempurnakan, sesuatu yang cukup besar dan amat penting telah pun terzahir di mana infrastruktur utama serta beberapa projek pelaburan ikonik siap tepat pada masanya. Iskandar Malaysia kini telah melangkah ke Fasa 2 Pelan Pembangunan Komprehensif.

Zon Utama APusat Bandaraya Johor Bahru

Zon Utama BKota Iskandar, Nusajaya

Zon Utama CPelabuhan Tanjung Pelepas

Zon Utama DPelabuhan Johor, Pasir Gudang

Zon Utama ELapangan Terbang Antarabangsa Senai

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Penggerak Ekonomi Bagi Menjana Pertumbuhan

Page 30: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201018

KELOMPOK EKONOMI

PEMANGKIN PERTUMBUHANIskandar Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu pemangkin utama serta pembangunan berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010.

Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 4 November 2006, telah menyediakan rangka kerja pembangunan komprehensif di Iskandar Malaysia berteraskan corak yang holistik serta mampan, dengan memberi penekanan kepada mewujudkan iklim pelaburan yang sihat dan mampu menarik minat pelabur tempatan serta pelabur asing.

Berdasarkan pendekatan pembangunan berkelompok yang diguna pakai oleh RPM, sembilan kelompok ekonomi utama telahpun dikenal pasti bagi menerajui serta mempercepatkan pembangunan di koridor ini.

Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan:

PERKHIDMATAN• Penasihat&PerundingKewangan• IndustriKreatif• Logistik• Pelancongan• Pendidikan• PenjagaanKesihatan

PEMBUATAN• Elektrik&Elektronik• Petrokimia&Oleokimia• PemprosesanMakanan&Pertanian

ASPIRASI

2005 2025 (Unjuran)

Saiz Penduduk 1.4 3.0(juta)KDNK (PKB) dalam 20.0 93.3AS (juta)KDNK per kapita 14,790 31,100(PKB) dalam Dolar ASGuna Tenaga 0.61 1.27(juta)

Sumber: Pelan Pembangunan Komprehensif 2006-2025 dan dikemas kini mengikut unjuran mutakhir

IRDA

Untuk mencapai aspirasi ini, Iskandar Malaysia perlu menjana momentum yang secukupnya dengan mengekalkan pertumbuhanKDNKpadakadar8.0%setiap tahun sehingga ke tahun 2025.

Pelaburan yang berjumlah RM382.0 bilion (Dolar AS 115.7 bilion) akan diperlukan untuk tempoh 20 tahun tersebut.

JUMLAH SASARAN TAHUN PELABURAN

2006- 2010 RM47.0 bilion2011-2015 RM73.0 bilion2016-2020 RM107.0 bilion2021-2025 RM155.0 bilion

Sumber: Pelan Pembangunan Komprehensif 2006-2025

Sasaran Fasa 1 telahpun dicapai, dengan jumlah agregat, pelaburan domestik dan asing mencapai RM69.48 bilion, iaitu melebihijangkauansebanyak148%.

Pelan Pembangunan Komprehensif 2006-2025 telah menggariskan dengan terperinci wawasan serta rangka tindakan pembangunan untuk Iskandar Malaysia dan ia boleh didapati di laman sesawang www.iskandarmalaysia.com.my.

* Kadar pertukaran Dolar AS $1: RM3.42 telah diguna pakai untuk seluruh laporan ini. (Sumber: Kadar tersiar Bank Negara Malaysia pada 31 Disember 2009)

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Kelompok Ekonomi

Page 31: menyentuh kehidupan menyemai nilai

PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Berikutan pelancaran rasmi Iskandar Malaysia pada November 2006, IRDA telah ditubuhkan pada Februari 2007 menerusi Akta Persekutuan Parlimen yang dikenali sebagai Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007. Sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Persekutuan, IRDA memainkan peranan penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

Akta IRDA 2007 menggariskan fungsi serta tanggungjawabnya berhubung dengan menetapkan dasar kebangsaan, hala tuju dan strategi bagi pembangunan koridor ini.

Fungsi teras serta peranan utama IRDA boleh diringkaskan seperti berikut:

PERANCANGAN

• Mengintegrasidanmengesyorkan dasar perancangan rakan niaga utama, Kerajaan Pusat serta agensi lain untuk memaju dan merealisasi wawasan Iskandar Malaysia

• Mengenalpastidanmerangkastrategi bagi mempertingkatkan infrastruktur, kemahiran, penyelidikan sains dan teknologi demi pembangunan Iskandar Malaysia

PROMOSI

• Bertindakmenjadipenjagajenama Iskandar Malaysia sebagai sebuah hab pelaburan

• MenyediakanKhidmatPerundingan serta maklumat tentang sokongan pelaburan di Iskandar Malaysia

• Melakukanpromosiyangmeluasbagi Iskandar Malaysia untuk masyarakat umum serta para pelabur yang berpotensi di kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa

PEMUDAH CARA

• Memantausertamenjajarkanpembangunan sektor dengan pengupaya yang diperlukan agar seiring dengan Wawasan Iskandar Malaysia

• Bertindaksebagaiejenpenyelaras utama bagi pihak agensi Kerajaan yang berkaitan untuk memproses dan mempercepatkan kelulusan yang diperlukan untuk para pelabur

• Membantuparapelabursediaada menyelesaikan isu-isu yang dihadapi dalam persekitaran perniagaan mereka

Ibu Pejabat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay

Page 32: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201020

WAWASAN & MISI IRDA

MISI• Komiteduntukmenjangkauiharapanpelanggan• Menggalakkanamalanurustadbirterbaikmelalui

perkongsian dan penyampaian• Meningkatkantarafhidupmasyarakatdanindividu• Prihatinmengenaialamsemulajadi• Menghargaisumbangankakitangan

WAWASANMenjadikan Iskandar Malaysia pilihan utama untuk melabur, bekerja, bermastautin dan beriadah.

BEKERJAMELABUR

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Wawasan & Misi Irda

Page 33: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 21

• INTERNATIONAL STANDING Kami perlu meletakkan tanda aras perbandingan dengan organisasi lain yang

mampan dan terbaik di dunia dari segi wawasan Iskandar Malaysia, penetapan minda kami, mempamerkan tingkah laku yang sesuai dan melaksanakan amalan terbaik bertaraf antarabangsa

• INTEGRITY Kami mendukung kewibawaan dengan melakukan perkara yang betul secara

beretika dan profesional, tanpa mengira jaminan pekerjaan atau populariti dan tanpa berasa gentar untuk diteliti

• ENGAGE Kami komited sepenuhnya dalam memberikan yang terbaik kepada pemegang-

pemegang kepentingan berlandaskan rasa hormat dan mesra, kesungguhan dan kebijaksanaan bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan dan berterusan di sepanjang masa

• ENVISION Kami berpandangan jauh untuk memacu wawasan Iskandar Malaysia berteraskan

kepimpinan melalui teladan, sikap inovatif dan proaktif di samping kekal relevan dan peka terhadap persekitaran kami dan pemegang-pemegang kepentingan

• ENABLE Kami berusaha memupuk kerjasama yang teguh dengan rakan niaga, pihak

berkepentingan terutamanya dengan para pelabur bagi mempermudahkan pencapaian hasil dan keputusan

BERIADAHBERMASTAUTIN

NILAI-NILAI KORPORAT (SHARED VALUES)

Iskandar Malaysia & Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)Nilai-nilaiKorporat(SharedValues)

Page 34: menyentuh kehidupan menyemai nilai

24 KENYATAAN PENGERUSI BERSAMA28 KENYATAAN KETUA EKSEKUTIF

Page 35: menyentuh kehidupan menyemai nilai

KENYATAAN PENGERUSI BERSAMA & KETUA EKSEKUTIF

Page 36: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201024

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua EksekutifPerdana Menteri Malaysia

KENYATAAN PENGERUSI BERSAMA

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

Pengerusi Bersama, IRDA,

Perdana Menteri Malaysia

Page 37: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 25

Iskandar Malaysia telah mengukir kemajuan luar biasa sepanjang tahun lalu dan saya dengan penuh sukacita serta dengan amat bangganya, ingin berkongsi secara terperinci dengan anda segala pencapaian yang telah diraih.

Tahun 2010 merupakan tahun yang bergelora dari sudut ekonomi global, namun Iskandar Malaysia terus kekal di landasannya. Kini, empat tahun setelah bermulanya projek, wawasan kami yang menjulang tinggi bakal menjadi realiti, di mana sebahagian besar infrastruktur telah disiapkan.

Dengan Pelan Pembangunan Komprehensif pantas mengatur langkah, para pelabur mula mempamerkan keyakinan yang kian meningkat. Setakat Disember 2010, kami memperolehi jumlah pelaburan komited terkumpul hampir RM70 bilion, iaitu hampir 50 peratus melebihi sasaran.

Daripada jumlah tersebut, pelaburan asing merangkumi 42 peratus, memperlihatkan bahawa apa yang sedang kami bangunkan di bahagian Selatan Semenanjung ini merupakan sebuah pembangunan ikonik bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, malah untuk penduduk di seluruh dunia.

Justeru itu, tahun 2010 merupakan tahun yang telah dilimpahi dengan pelbagai pencapaian dan kejayaan, menandakan pada tahun-tahun mendatang adalah lebih baik lagi. Tahun 2011 adalah permulaan “Titik Anjakan” Iskandar Malaysia, yang mana dalam tempoh berkenaan, infrastruktur penting serta projek ikonik utama akan siap dan beroperasi.

Saya berkeyakinan bahawa sasaran ini akan dapat dipenuhi berdasarkan kerja-kerja pembinaan yang bergerak pantas, sekaligus memperlihatkan Iskandar Malaysia sebagai koridor ekonomi pembangunan berpotensi di mata dunia, yang mana skopnya begitu luas bukan hanya sekadar untuk menarik para pelabur besar semata-mata. Tahun 2011 juga mewakili waktu yang tepat untuk masyarakat tempatan turut sama terlibat dan berusaha memainkan peranan lebih aktif dalam aktiviti pembangunan.

Setiap orang yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan Iskandar Malaysia mempunyai keyakinan dan iltizam yang tinggi hasil daripada pelaksanaan projek-projek yang hanya bermula dari sebuah konsep di papan lukisan di Putrajaya, kini telah beralih untuk diterapkan ke kawasan-kawasan pembangunan yang dari segi geografinya berupa bukit dan lembah yang melatari negeri Johor.

Sekalung tahniah harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam mencapai kejayaan ini, di mana pelbagai agensi, pihak berkuasa serta sektor swasta telah

bergabung tenaga bagi menterjemahkan semangat 1Malaysia. Mereka telah menzahirkan yang terbaik untuk negara serta menghidupkan konsep “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang seikhlasnya kepada Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Ahli-ahli Pihak Berkuasa, pihak pengurusan serta kakitangan. Segala yang telah dicapai sehingga kini tidak mungkin menjadi kenyataan, tanpa usaha mereka yang tidak mengenal penat lelah dalam menyediakan kemudahan serta mempromosi Iskandar Malaysia di dalam negara serta di serata dunia.

Ini termasuklah pelbagai agensi Kerajaan, iaitu kedua-dua agensi Persekutuan dan Negeri, di atas iltizam, dedikasi serta usaha sama mereka dalam memastikan kejayaan projek ini.

Maka dengan ini, saya, berserta dengan Pengerusi Bersama saya, Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman, dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul RazakPengerusi Bersama, IRDA,Perdana Menteri Malaysia

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua EksekutifPerdana Menteri Malaysia

“Kami juga akan memasuki Fasa 2 Pelan Pembangunan Komprehensif, yang mensasarkan pelaburan sebanyak RM73 bilion antara sekarang sehingga 2016.”

Page 38: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201026

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua EksekutifMenteri Besar Johor

KENYATAAN PENGERUSI BERSAMA

Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman

Pengerusi Bersama, IRDA,

Menteri Besar Johor

Page 39: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 27

Saya gembira menyaksikan pembangunan Iskandar Malaysia yang semakin pantas menjadi nyata pada 2010, di mana pembangunan projek telah dipercepatkan dan direalisasi, sungguhpun berhadapan dengan permulaan yang agak sukar dan bangkit daripada suasana ketidakstabilan kewangan global pada 2009.

Namun, apa yang lebih penting, merealisasikan projek-projek ini akan menggalakkan lagi pelaburan domestik serta membuka peluang pekerjaan yang akan memberi manfaat kepada masyarakat di Iskandar Malaysia dan di kawasan sekitar.

Peranan Pusat Sehenti Iskandar Malaysia dalam mempermudahkan interaksi di antara agensi Negeri dan Persekutuan turut menjadi kunci dalam menguruskan jangkaan para pelabur dan melancarkan proses menjalankan perniagaan di sini.

Pada 2010, kita telah melihat penyempurnaan dan penyerahan tahap akhir keterkaitan infrastruktur, peringkat akhir projek perumahan awam yang terbaik dalam kelasnya, 16 laluan sosial Bas Iskandar Malaysia, serta kewujudan lebih daripada 20,000 peluang pekerjaan.

Penghargaan yang sesungguhnya ingin saya sampaikan kepada Ahli-ahli Pihak Berkuasa, agensi Persekutuan, Negeri dan Tempatan yang mengambil bahagian, serta kesemua Warga IRDA untuk iltizam mereka yang tidak henti-henti terhadap kejayaan Iskandar Malaysia.

Sebagai Menteri Besar Johor serta Pengerusi Bersama IRDA, saya ingin memanjangkan ucapan terima kasih saya kepada Perdana Menteri Malaysia dan Pengerusi Bersama IRDA, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak di atas bimbingan serta sokongan beliau.

Justeru itu, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar bagi tahun berakhir 31 Disember, 2010.

Dato’ Haji Abdul Ghani bin OthmanPengerusi Bersama, IRDA,Menteri Besar Johor

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua EksekutifMenteri Besar Johor

“Pelaksanaan program pembangunan PKS serta hasil yang boleh dicontohi daripada 1AZAM merupakan insentif lanjut untuk kita terus mendekati Rakyat secara konsisten bagi memastikan setiap orang mengambil bahagian dan mendapat faedah daripada kejayaan Iskandar Malaysia.”

Page 40: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201028

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua EksekutifKetua Eksekutif, IRDA

KENYATAAN KETUA EKSEKUTIF

Ismail bin Ibrahim

Ketua Eksekutif, IRDA

Page 41: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 29

Secara strategiknya pada 2010, pasukan IRDA telah memberi tumpuan kepada penyemaian nilai-nilai pengurusan untuk memajukan dan mengatur langkah yang bermakna bagi menyampai dan memaklumkan bahawa Iskandar Malaysia adalah tempat yang fokus kepada pasaran, peka terhadap komuniti dan bersedia untuk pembangunan menerusi pelaburan dan pertumbuhan yang mampan.

Kami bernasib baik lantaran perubahan landskap dalam hubungan Malaysia – Singapura serta kerjasama dengan ASEAN telah membuka pintu kepada peluang perniagaan baru, lantas menguji kerjasama baru yang berdaya saing dan bersifat menang – menang, melangkaui batas sempadan serta membangunkan perniagaan yang di luar kebiasaan.

Dengan semua keutamaan yang lain, IRDA bertekad bahawa pelaksanaan Keselamatan dan Perlindungan 2010 akan seterusnya tertumpu kepada mengurangkan kadar jenayah, lantas memberikan keselesaan dan membangkitkan keyakinan.

Kami percaya bahawa 2010 menandakan satu tempoh pengukuhan, setibanya kami di peringkat penyempurnaan Fasa 1 RPM. Kami telah memanfaatkan pengiktirafan yang mantap terhadap Iskandar Malaysia untuk meningkatkan rasa penghargaan Rakyat, lalu mencipta nilai serta khabar yang positif.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, terdapat kemajuan dalam pelbagai aspek dan kami akan terus berusaha serta mencapai jangkaan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan IRDA di atas dedikasi dan iltizam mereka dalam memimpin dan melaksanakan kesemua projek dalam jangka masa penting ini.

Saya juga berterima kasih kepada teman dan rakan sejawat, rakan niaga industri, agensi Persekutuan, Negeri dan Tempatan yang berkaitan, yang telah memberikan kerjasama yang amat mengagumkan demi menepati penghasilan yang diharapkan.

Halaman dalam laporan tahunan ini hanya menyoroti sebahagian kecil daripada kisah hebat perkhidmatan dan kerjasama mereka.

Untuk itu, bagi pihak warga IRDA, saya sekali lagi ingin merakamkan pengiktirafan dan penghargaan khas kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar sebagai pihak berkuasa yang mengetuai dan bimbingan yang diberikan mereka sebagai Pengerusi Bersama MOA. Kami menyedari kepentingan tugas-tugas kami dan terus setia memperjuangkan wawasan Iskandar Malaysia sebagai Sebuah Metropolis Bertaraf Antarabangsa yang Kukuh dan Lestari.

Ismail bin IbrahimKetua Eksekutif, IRDA

Kenyataan Pengerusi Bersama & Ketua EksekutifKetua Eksekutif, IRDA

“Kami memanfaatkan sebaiknya lokasi kami dan bekerjasama dengan rakan niaga untuk memastikan sektor teras serta sektor perkhidmatan tumpuan kami mendapat perhatian.”

Page 42: menyentuh kehidupan menyemai nilai

32 AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA & AHLI-AHLI JAWATANKUASA34 PROFIL AHLI-AHLI37 MAJLIS PENASIHAT40 AHLI EXCO41 JAWATANKUASA IRDA

Page 43: menyentuh kehidupan menyemai nilai

AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA & AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Page 44: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201032

Duduk dari Kiri ke Kanan:

Berdiri dari Kiri ke Kanan:

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaAhli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli Jawatankuasa

ISMAIL BIN IBRAHIM

DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA (wakil DATUK NORIYAH BINTI AHMAD)

TAN SRI DATO ’ AZMAN BIN HAJI MOKHTAR

TAN SRI DATO’ TAN KAY HOCK

DATO’ HAJI ABDUL LATIFF BIN YUSOF

TAN SRI DR. WAN ABDUL AZIZ BIN WAN ABDULLAH

DATO’ HAMSAN BIN SARINGAT

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN

Page 45: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 33

AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA & AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar telah diwujudkan melalui Akta Parlimen, iaitu Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007. Seksyen 4 Akta tersebut menyatakan bahawa objektif IRDA ialah untuk membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar menjadi sebuah metropolis yang kukuh dan lestari di persada antarabangsa”.

Seperti yang dinyatakan pada Bahagian II Akta IRDA 2007, IRDA ditadbir oleh sebuah lembaga yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa. Tanggungjawab Pihak Berkuasa adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada merancang strategi, hala tuju dan dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan dalam IRDA dan fungsi-fungsi yang berhubung dengannya.

Pihak Berkuasa dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Johor. Enam orang ahlinya yang lain terdiri daripada dua wakil, masing-masing dari kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sektor swasta.

Ahli-ahli dilantik untuk memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun dan boleh dilantik semula untuk tempoh maksimum selama tiga tahun berturut-turut.

AHLI-AHLI PIHAK BERKUASAPihak Berkuasa dibantu oleh Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) yang terdiri daripada enam (6) Ahli yang dilantik oleh Pihak Berkuasa. Pentadbiran harian IRDA diamanahkan kepada Ketua Eksekutif. Pihak Berkuasa bermesyuarat dua kali, iaitu pada bulan April dan November semasa tahun di bawah kajian, 2010. Jumlah ahlinya seramai lapan orang.

Pengerusi Bersama, Ahli-ahli dan Setiausaha Pihak Berkuasa adalah:

Pengerusi Bersama• Dato’SriMohdNajibbinTunAbdulRazak Perdana Menteri Malaysia

• Dato’HajiAbdulGhanibinOthman Menteri Besar Johor, Malaysia

Dua Wakil daripada Kerajaan Persekutuan• TanSriDr.WanAbdulAzizbinWan

Abdullah Ketua Setiausaha, Perbendaharaan,

Kementerian Kewangan• DatukNoriyahbintiAhmad Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri• Dato’SriDr.AlibinHamsa Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam

Swasta, (UKAS) (Wakil kepada Datuk Noriyah binti Ahmad)

Dua Wakil daripada Kerajaan Negeri Johor• Dato’HajiAbd.LatiffbinYusof Setiausaha Kerajaan Negeri Johor• Dato’HamsanbinSaringat Pengarah, Unit Perancang Ekonomi

Negeri (UPEN), Johor

Dua Wakil Profesional• TanSriDato’AzmanbinHajiMokhtar Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad• TanSriDato’TanKayHock Pengerusi dan Ketua Eksekutif, Johan

Holdings Berhad

Setiausaha• IsmailbinIbrahim Ketua Eksekutif, IRDA

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaAhli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli Jawatankuasa

Page 46: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201034

DATO’ SRI MOHD NAJIBBIN TUN ABDUL RAZAKDato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia. Sebelum pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 2004. Beliau juga telah dua kali dilantik sebagai Menteri Pertahanan dari 1990 hingga 1995 dan dari 1999 hingga 2008.

Jawatan menteri kabinet lain yang pernah disandang oleh beliau adalah Menteri Pendidikan (1995-1999), Menteri Belia dan Sukan (1987-1990) dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1986-1987). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Pahang dari tahun 1982 hingga 1986. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Menteri Kewangan (1981-1982), Timbalan Menteri Pendidikan (1980-1981) dan Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos (1978-1980).

Dato’ Sri Mohd Najib meneruskan pengajian tinggi beliau di University of Nottingham, UK di mana beliau menerima ijazah dalam ekonomi perindustrian pada tahun 1974.

DATO’ HAJI ABDUL GHANIBIN OTHMANDato’ Haji Abdul Ghani bin Othman adalah Menteri Besar Johor, jawatan yang dipegang beliau selama tiga penggal sejak tahun 1995. Dato’ Haji Abdul Ghani adalah bekas Menteri Belia dan Sukan di peringkat Kerajaan Persekutuan (1993-1995). Sebelum itu, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan (1990-1993) dan Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1987-1990).

Dato’ Haji Abdul Ghani adalah pemegang biasiswa Rancangan Colombo dan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Ekonomi daripada La Trobe University, Melbourne dan Ijazah Sarjana dalam Ekonomi Politik daripada University of Queensland, Brisbane, Australia. Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh La Trobe University pada 1998.

TAN SRI DR. WAN ABDUL AZIZBIN WAN ABDULLAHTan Sri Dr. Wan Abdul Aziz adalah Ketua Setiausaha, Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, satu jawatan yang disandang oleh beliau sejak Februari 2007. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan sejak 1975. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif gantian, World Bank Group, Washington DC, A.S. (dipinjamkan daripada Kerajaan Malaysia) mewakili Brunei Darussalam, Fiji, Indonesia, Laos PDR, Malaysia, Nepal, Singapura,Thailand,TongadanVietnam.

Beliau kini merupakan ahli lembaga pengarah kepada beberapa organisasi dan syarikat, antaranya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), MISC Berhad, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Malaysia Airlines System Berhad dan Petroliam Nasional Berhad.

Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Ekonomi Gunaan daripada Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Falsafah (Pengajian Pembangunan) di University of Sussex, Brighton dan Doktor Falsafah (Ekonomi Perniagaan) daripada University of Leeds, UK.

PROFIL AHLI-AHLI

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaProfil Ahli-Ahli

Page 47: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 35

DATUK NORIYAH BINTI AHMADDatuk Noriyah adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum pelantikan beliau pada Jun 2009, Datuk Noriyah pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (2005-2009) dan Pengarah Kanan (2003-2005) Unit Perancang Ekonomi. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dari tahun 1998 sehingga tahun 2003, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari tahun 1993 hingga 1998.

Datuk Noriyah memiliki Ijazah Sarjana (Kepujian) dalam Ekonomi Gunaan daripada Universiti Malaya dan Ijazah dalam Pembangunan Ekonomi daripada University of Kent, UK.

DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSADato’ Sri Dr. Ali merupakan Ketua Pengarah bagi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang baru ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri. Di UKAS, Dato’ Sri Dr. Ali bertanggungjawab terhadap penswastaan dan projek-projek inisiatif kewangan swasta, usaha sama awam swasta, dana permudahan, pembangunan serantau melalui inisiatif Koridor dan projek-projek tenaga yang dilaksanakan oleh pengeluar tenaga persendirian. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di beberapa agensi sektor awam, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan, Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) dan Unit Perancang Ekonomi dari tahun 1981 hingga April 2009.

Dato’ Sri Dr. Ali juga terlibat secara aktif dalam pembentukan beberapa badan berkanun dalam kapasiti beliau sebagai anggota barisan lembaga. Ini termasuk Majlis Pelabuhan Pulau Pinang, Majlis Tenaga dan Johor Corporation (JCorp).

Dato’ Sri Dr. Ali merupakan lulusan Universiti Malaya pada tahun 1979 dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Pada 1986, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Ekonomi) dari Oklahoma State University, A.S., dan Ph.D. dalam Ekonomi Alam Sekitar pada tahun 1997 daripada universiti yang sama.

DATO’ HAJI ABDUL LATIFFBIN YUSOFDato’ Haji Abdul Latiff adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor sejak Oktober 2006. Sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau pernah memegang jawatan Datuk Bandar Johor Bahru. Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan lain termasuk Pegawai Daerah bagi daerah Mersing, Kluang dan Muar serta pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pada tahun 2000, Dato’ Haji Abdul Latiff telah dilantik sebagai yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya.

DATO’ HAMSAN BIN SARINGATDato’ Hamsan adalah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor sejak 2006.

Sebelum dilantik ke jawatan tersebut, beliau adalah Pegawai Daerah Pontian (2005-2006) dan Batu Pahat (Februari – Disember 2006).

Dato’ Hamsan juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Johor (Januari – Disember 2004). Dato’ Hamsan memulakan kerjaya beliau dalam Perkhidmatan Awam Johor pada tahun 1976 dan telah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor selama lebih daripada 30 tahun.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya.

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaProfil Ahli-Ahli

Page 48: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201036

PROFIL AHLI-AHLI TAN SRI DATO ’ AZMANBIN HAJI MOKHTARTan Sri Dato’ Azman adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), sebuah cabang pelaburan strategik bagi Kerajaan Malaysia. Sebelum dilantik ke jawatan tersebut pada Jun 2004, beliau adalah Pengarah Urusan dan pengasas bersama BinaFikir Sdn Bhd, sebuah firma perunding kewangan. Beliau juga pernah menjadi Pengarah dan Ketua Bahagian Penyelidikan Salomon Smith Barney Malaysia serta Pengarah, Ketua Penyelidikan, Union Bank of Switzerland, Malaysia. Sebelum itu, beliau memegang pelbagai jawatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB, yang sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara, LLN).

Tan Sri Dato’ Azman adalah Pengerusi Iskandar Investment Berhad, Axiata International Berhad (dahulunya dikenali sebagai TM InternationalBerhad),ValuecapSdnBhddanmerupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat termasuk UEM Berhad.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan pelbagai badan perkhidmatan awam termasuk Lembaga Penasihat Kluster Sekolah Cemerlang, Lembaga Pengelola Kolej Melayu Kuala Kangsar, Akademi Pengarah Malaysia, Yayasan Khazanah dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC). Beliau juga merupakan ahli Kelab Perniagaan Kuala Lumpur, Majlis Perniagaan Asia dan Majlis INSEAD Asia Timur.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Falsafah dalam Pengajian Pembangunan daripada Darwin College, Cambridge University, UK. Beliau juga adalah Felow Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Beliau turut memiliki Diploma Pascasiswazah dalam Pengajian Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.

TAN SRI DATO’ TAN KAY HOCKTan Sri Dato’ Tan Kay Hock adalah seorang peguam terlatih setelah beliau diterima masuk sebagai Peguam oleh Lincoln’s Inn, UK pada 1971. Pada 1972, beliau telah diterima sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Agung Malaysia.

Beliau juga adalah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Johan Holdings Berhad dan Pengerusi Bukan Eksekutif George Kent (Malaysia) Berhad, kedua-dua syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, serta merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Jacks International Ltd, sebuah syarikat awam yang tersenarai di Singapore Exchange Trading Limited.

Beliau juga menjadi ahli Majlis Perniagaan Malaysia – Filipina dan Jawatankuasa Pemandu Mesyuarat Perniagaan ASEAN-Jepun.

Selain itu, beliau juga adalah pemegang amanah Yayasan Kemanusiaan Malaysia.

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaProfil Ahli-Ahli

ISMAIL BIN IBRAHIMIsmail bin Ibrahim menyertai IRDA pada 1 Januari 2010 sebagai Ketua Eksekutif. Dilahirkan di Muar, beliau menerima pendidikan awalnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya di Heriot-Watt University di Edinburgh, Scotland dengan pengkhususan dalam perancangan bandar. Pada 1990, beliau telah dianugerahkan British Council Fellowship untuk mengkhususkan dalam Undang-undang Perancangan di Newcastle University di England.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1983 dan berdaftar dengan Lembaga Perancang Bandar. Pada Februari 2006, beliau telah dipinjamkan kepada Khazanah Nasional Berhad sebagai Naib Presiden Kanan Projek-projek Khas dan pada tahun berikutnya, beliau telah dipinjamkan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebagai Naib Presiden Kanan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pesuruhjaya Persekutuan yang pertama bagi Pihak Berkuasa pada bulan Oktober tahun yang sama serta ahli Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan (AIC).

Beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Perancang Bandar Malaysia, Naib Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Ahli Lembaga bagi Badan Warisan Malaysia serta ahli alumni Harvard Business School.

Ismail juga merupakan ahli Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura, ahli Exco Majlis Pelaksanaan Bioteknologi Kebangsaan, Ahli Majlis Penasihat Pusat Penyelidikan UTM Iskandar Malaysia (IMREC) serta ahli jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar Negeri Johor.

Page 49: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 37

MAJLIS PENASIHAT Majlis Penasihat telah ditubuhkan melalui satu resolusi Mesyuarat Pertama Ahli Pihak Berkuasa pada Februari 2007.

Ahlinya terdiri daripada tokoh terkemuka dari Malaysia dan warga asing yang pada pendapat Perdana Menteri dengan persetujuan Menteri Besar Johor, layak memberi nasihat dan bimbingan untuk mempromosi aspirasi Iskandar Malaysia sebagai sebuah metropolis bertaraf antarabangsa. Majlis Penasihat ini telah bermesyuarat sekali pada bulan Disember pada tahun di bawah kajian. Pada masa ini terdapat lima orang ahli majlis.

AHLI-AHLI MAJLIS PENASIHAT

TUN MUSA BIN HITAMSebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan Menteri Dalam Negeri (1981-1986), Tun Musa telah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan, termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perindustrian Utama dan Menteri Pelajaran.

Antara tahun 1990 dan 1991, beliau telah dilantik sebagai Duta Khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mulai 1995 hingga 2002, beliau adalah Duta Khas Perdana Menteri ke Kumpulan Tindakan Menteri-menteri Komanwel (CMAG).

Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dari 1993 hingga 1998 dan dipilih sebagai Pengerusi Suruhanjaya tersebut bagi sesi ke-52 pada 1995.

Tun Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa, termasuk Pengerusi Kesatuan Parlimen Komanwel, ahli Lembaga Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain mengetuai pelbagai misi Komanwel. Tun Musa kini adalah Pengerusi tiga syarikat tersenarai awam, iaitu Lion Industries Berhad, UM Land Berhad dan Sime Darby Berhad.

Beliau juga merupakan Pengerusi bersama Majlis Perniagaan Malaysia-China, Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia, Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka mengenai Piagam ASEAN dan Utusan Khas Setiausaha Agung Komanwel ke Maldives.

Tun Musa memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya, Ijazah Sarjana daripada University of Sussex, UK dan merupakan Felow di CFIA, Harvard University, A.S. Beliau turut menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Sussex University, UK, Universiti Malaya Sabah dan Universiti Malaya. Beliau juga adalah Felow Institut Pengurusan Malaysia dan Ahli Majlis Penasihat Jurnal Diplomasi dan Perhubungan Luar Malaysia.

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaMajlis Penasihat

Page 50: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201038

TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMANTan Sri Samsudin kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Presiden Perbadanan Putrajaya. Tan Sri Samsudin mempunyai pengalaman lebih 37 tahun dalam sektor awam. Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada Februari 2001 sehingga persaraan beliau pada September 2006. Sebelum itu, Tan Sri Samsudin adalah Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Antara jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau adalah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Setiausaha Persekutuan Sabah (1990), Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (1978), Timbalan Pengarah (Akademik), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) (1986-1987), Timbalan Pengarah (Pentadbiran), INTAN (1985-1986), Ketua Pusat Kewangan dan

Pengurusan Akaun, INTAN (1982), Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha Kerajaan Malaysia (1977) dan Penolong Setiausaha/Ketua Penolong Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam (1969).

Tan Sri Samsudin menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma Pentadbiran Awam daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Pennsylvania State University, A.S.

TAN SRI KISHU TIRATHRAITan Sri Kishu adalah Felow Institut Pengurusan Malaysia, Felow Institut Pengarah Malaysia, Ahli Majlis Penasihat Meja Bulat Korporat Malaysia dan Ahli Panel Meja Bulat Malaysia-Britain.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bank Negara Malaysia, Perbadanan Produktiviti Negara serta Kumpulan Industri – Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi.

Beliau juga adalah Pengerusi Pengasas Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Sampoerna Holdings Bhd dan KL City ASMIC Unit Trust Management Bhd.

Tan Sri Kishu memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) daripada University of Bath, UK.

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaMajlis Penasihat

MAJLIS PENASIHAT

Page 51: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 39

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaMajlis Penasihat

KUOK HOCK NIEN (ROBERT KUOK)Encik Kuok adalah Pengerusi Kerry Group Ltd. Beliau telah bersara dari sebahagian besar aktiviti perniagaannya sejak tahun 2000.

Kumpulan Syarikat Kuok kini aktif dalam perdagangan komoditi, perladangan tebu, kelapa sawit, pembangunan hartanah termasuk hotel dan pengurusan hotel, logistik, perkapalan, insurans dan pelaburan.

Kumpulannya terdiri daripada beberapa syarikat persendirian dan sebilangan besar syarikat tersenarai awam di Malaysia, Singapura, Hong Kong, China, Thailand dan Filipina.

DATUK SERI PANGLIMA ANDREW L.T. SHENGDatuk Seri Panglima Andrew kini merupakan Ketua Penasihat Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China dan ahli Lembaga Pihak Berkuasa Kawal Selia Pusat Kewangan Qatar dan Sime Darby Berhad, Malaysia.

Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Sekolah Siswazah Ekonomi dan Pengurusan, Tsinghua University, Beijing, China dan Universiti Malaya.

Selain itu beliau adalah ahli Lembaga Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) dan Majlis Pentadbir Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (INCEIF) dan Majlis Penasihat Institut Kebangsaan Pasaran Sekuriti, India (NISM).

Datuk Seri Panglima Andrew juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong dari Oktober 1998 hingga September 2005.

Mulai Oktober 1993 hingga September 1998, beliau adalah Timbalan Ketua Eksekutif yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pengurusan Rizab dan Hal Ehwal Luar dalam Pihak Berkuasa Hong Kong.

Sebelum itu, di antara 1989 dan 1993, beliau merupakan Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Sektor Kewangan, Bank Dunia. Dari 1976 hingga 1989, beliau memegang pelbagai jawatan di Bank Negara Malaysia termasuk Ketua Pakar Ekonomi dan Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap Kawal Selia Bank dan Insurans.

Datuk Seri Panglima Andrew juga mempengerusikan Pasukan Petugas Forum Kestabilan Kewangan bagi Pelaksanaan Piawaian pada 1999. Dari Oktober 2003 hingga September 2005, beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO). Beliau kini mempengerusikan mesyuarat tahunan OECD.

Page 52: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201040

AHLI EXCO

Dato’ Haji Abdul Ghani bin OthmanMenteri Besar Johor

Dato’ Haji Abdul Latiff bin YusofSetiausaha Kerajaan Negeri Johor

Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan AbdullahKetua Setiausaha, Perbendaharaan, Kementerian Kewangan

Ismail bin IbrahimKetua Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

Hilmi bin Mohd NashirKetua Pegawai Operasi, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar

Dr. Nungsari bin Ahmad RadhiPengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan, Khazanah Nasional Berhad

PENGERUSI

AHLI

Datuk Noriyah binti AhmadKetua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaAhli Exco

Page 53: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 41

JAWATANKUASA IRDA JAWATANKUASA PERINGKAT MENTERI MALAYSIA-SINGAPURA (JMC)

Ahli-ahli JMC adalah:

PENGERUSI BERSAMA• TanSriNorMohamed bin Yakcop Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia• En.MahBowTan Menteri, Kementerian Pembangunan

Negara, Singapura

AHLI:• Dato’HajiAbdulGhani bin Othman Menteri Besar Johor, Malaysia• En.RaymondLim Menteri, Kementerian Pengangkutan, Singapura

SETIAUSAHA BERSAMA• Dato’SriDr.AlibinHamsa Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, Malaysia• IsmailbinIbrahim Ketua Eksekutif, IRDA• CikChangHweeNee Timbalan Setiausaha, Kementerian Pembangunan Negara, Singapura

PENCAPAIAN UTAMA 2010Kemajuan begitu jelas dalam beberapa bidang telah dicapai daripada kerjasama dua hala, khususnya peningkatan trafik di Laluan Kedua yang disebabkan oleh pengurangan caj tol sejak 1 Ogos 2010 serta peningkatan ketara bagi pengguna Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS) kepada lebih 30,000 untuk 10 bulan pertama 2010.

Mesyuarat yang berlangsung pada Mei 2010 di antara Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, telah menyaksikan kedua-dua Perdana Menteri bersetuju untuk membangunkan bersama Laluan Sistem Transit Laju (RTS) antara Singapura dan Iskandar Malaysia.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan kajian kejuruteraan bersama bagi menentukan parameter teknikal untuk Laluan RTS agar dapat mewujudkan suatu sistem yang mudah dan berkesan dari segi kos dan dapat disepadukan dengan perkhidmatan pengangkutan di kedua-dua negara.

Mereka turut bersepakat untuk menubuhkan sebuah kemudahan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di lokasi bersama di Singapura dan di Johor supaya mereka yang berulang-alik hanya perlu melalui Imigresen sekali sahaja untuk setiap laluan perjalanan.

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaJawatankuasa IRDA

Mesyuarat JMC ke-7 diadakan di Kota Iskandar pada

1 Disember 2010

Page 54: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201042

Malah, persetujuan turut dicapai untuk Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings (Private) Limited membentuk sebuah syarikat usaha sama berasaskan pembahagian 50-50 bagi pelaksanaan projek pembangunan ikonik berkonsepkan bandar kesihatan di Iskandar Malaysia. Perbincangan sedang dijalankan bagi merangka cadangan yang berdaya maju dari segi komersil untuk perbandaran tersebut.

Suatu rangka kerja perkongsian maklumat yang merentasi sempadan bagi pasport yang hilang dan dicuri telah turut diwujudkan bagi mempertingkatkan keselamatan di sempadan. Pegawai dari kedua-dua belah pihak terus bekerjasama dalam mempromosi aktiviti pelancongan dan pembangunan serta pembersihan sungai. Mereka akan terus berkongsi pengalaman dalam isu-isu alam sekitar yang lain seperti mengenai pengurusan kualiti udara.

JAWATANKUASA KELULUSAN & PELAKSANAAN (AIC)

Selaras dengan peranan dan fungsi AIC, perkara-perkara berikut telah ditetapkan:

AIC dipengerusikan oleh Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor dan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil-wakil dari agensi negeri dan persekutuan.

PENGERUSI • Dato’HajiAbdulGhanibinOthman-

Menteri Besar Johor, Malaysia

AHLI• IsmailbinIbrahim–KetuaEksekutif,

IRDA• WakilKanan–KementerianKewangan

(MOF)• WakilKanan–SuruhanjayaSyarikat

Malaysia (SSM)• WakilKanan–KementerianDalam

Negeri• WakilKanan–Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

• WakilKanan–KementerianSumberAsli dan Alam Sekitar

• WakilKanan–LembagaKemajuanPerindustrian Malaysia (MIDA)

• WakilKanan–UnitPerancangEkonomi(EPU), Jabatan Perdana Menteri

• WakilKanan–UnitKerjasamaAwamSwasta (UKAS)

• WakilKanan–UnitPerancangEkonomiNegeri (UPEN), Johor

• PengarahPejabatTanahdanGalianNegeri, Johor

• PengarahJabatanPerancangBandardan Desa, Johor

• PesuruhjayaPersekutuanIRDA• PesuruhjayaNegeriIRDA• Presidenbagisemuamajliskerajaan

tempatan di Iskandar Malaysia, Johor - Datuk Bandar Majlis Bandaraya

Johor Bahru, Johor – Yang Dipertua Majlis Perbandaran

Johor Bahru Tengah, Johor – Yang Dipertua Majlis Perbandaran

Pasir Gudang, Johor – Yang Dipertua Majlis Perbandaran

Kulaijaya, Johor – Yang Dipertua Majlis Daerah

Pontian, Johor

SETIAUSAHAAmerul Muner bin Mohammad

SEKRETARIAT• PusatPerkhidmatanIskandar,IRDA

JAWATANKUASA INSENTIF ISKANDAR• Untukmeningkatkanlagiperanan

serta fungsi IRDA, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan ahli tetapnya dari MOF, MIDA serta MITI

Ia mempunyai dua tujuan:

a. Untuk menilai dan mengesyorkan kepada Menteri Kewangan, permohonan untuk Pemaju yang Diluluskan, Pengurus Pembangunan yang Diluluskan serta Syarikat Berstatus IDR dalam Medini.

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaJawatankuasa IRDA

JAWATANKUASA IRDA

Ahli-ahli JMC sedang mendengar taklimat tentang kemajuan pembangunan di Nusajaya

Page 55: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 43

b. Untuk menilai dan mengesyorkan kepada Menteri Kewangan, permohonan insentif fiskal yang sesuai bagi para pelabur di Medini.

Antara lain, AIC telah meluluskan garis panduan cadangan bagi memudah, memperkemas dan menetapkan piawai masa bagi proses kelulusan dengan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Iskandar Malaysia. Ia telah menghasilkan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (PTP) dengan mereka untuk proses kelulusan 30 hari bagi semua permohonan pembangunan melalui Pusat Perkhidmatan Iskandar (ISC). AIC juga telah meluluskan beberapa rangka tindakan untuk Iskandar Malaysia.

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SOSIAL (SDC)

Jawatankuasa Pembangunan Sosial (SDC) ditubuhkan pada 2007 untuk memberi khidmat nasihat kepada IRDA berkaitan dasar, prosedur dan pelaksanaan program pembangunan sosial di Iskandar Malaysia.

Dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa, ahli-ahli SDC terdiri daripada wakil dari Kementerian di peringkat Persekutuan, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Terdapat 11 orang ahli kesemuanya. Pengerusi, Ahli dan Setiausaha Bersama SDC adalah:

PENGERUSI • Dato’HajiAbdulGhanibinOthman–

Pengerusi Bersama IRDA, Malaysia

AHLI• DatukAb.RahimbinMd.Noor Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi • Dato’AhmadbinHjKabit Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan• Dato’HajiAbdulLatiffYusof Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor• Dato’HamsanbinSaringat Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor• IsmailbinIbrahim Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan

Iskandar• TuanHajiMohdAzambinAbid Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa• EncikNorRizanbinMohdThani Pegawai Pembangunan Negeri Johor Pejabat Pembangunan Negeri Johor • TanSriDato’AzmanbinHjMokhtar Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad• TuanHajiKamaruzzaman bin Abu Kassim Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation• DatukDr.RebeccaFatimaStaMaria Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan

Antarabangsa & Industri• Dato’Dr.NoorulAinurMohdNur Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat

• Dato’AbdJabarbinCheNai Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar

dan Wilayah

SETIAUSAHA BERSAMA• BahagianPembangunanSosial,IRDA• UnitPerancangEkonomiNegeri

(UPEN), Johor

JAWATANKUASA DANA PROJEK SOSIAL (SPF)

Jawatankuasa Dana Projek Sosial (SPF) telah ditubuhkan untuk memastikan bahawa dana digunakan selaras dengan peruntukan Akta serta Pelan Pembangunan Komprehensif (RPM).

PENGERUSI• Dato’Dr.HajiShahirbinNasir (bekas Setiausaha Kerajaan Negeri

Johor)

AHLI• Dato’HajiAbd.LatiffbinYusof–

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor• Dato’HamsanbinSaringat–Pengarah,

Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Johor

• IsmailbinIbrahim–KetuaEksekutif,IRDA

• Dato’GhazalibinMohdAli–WakilSektor Swasta, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead

SETIAUSAHA• BahagianPembangunanSosial,IRDA

Ahli-Ahli Pihak Berkuasa & Ahli-Ahli JawatankuasaJawatankuasa IRDA

Page 56: menyentuh kehidupan menyemai nilai

46 PIHAK PENGURUSAN KANAN53 CARTA ORGANISASI

Page 57: menyentuh kehidupan menyemai nilai

ORGANISASI IRDA

Page 58: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201046

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

PIHAK PENGURUSAN KANAN

Dari Kiri ke Kanan

Ismail bin IbrahimKetua Eksekutif

Hilmi Mohd bin NashirKetua Pegawai Operasi

Misran bin BasirPesuruhjaya Persekutuan

Dr Badrul Hisham bin KassimPesuruhjaya Negeri

Dari Kiri ke Kanan

Nor Hisham bin Mohd YusofKetua, Perkhidmatan Korporat

Nor Hisham bin HusseinKetua, Pembangunan Sosial

Rugayah Yasmin binti IbrahimKetua, Pengurusan Modal Insan(Berkuatkuasa Julai 2010)

Zainol Rashid bin ZainuddinKetua, Teknikal & Projek

Page 59: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 47

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

Dari Kiri ke Kanan

Amerul Muner bin MohammadKetua, Undang-undang & Kesetiausahaan

Mohammad Ismail bin Hj IbrahimKetua, Pusat Perkhidmatan Iskandar

Safuan bin YusofKetua Pegawai Maklumat

Dari Kiri ke Kanan

Hanizah binti MuhammadKetua, Audit Dalaman

Ungku Harun Al-Rashid bin AhmadKetua, Pengurusan Modal Insan(Meletak jawatan pada Julai 2010)

Zaini binti LongKetua, Komunikasi Strategik

Dari Kiri ke Kanan

Mohd Yazid bin JaafarKetua, Ekonomi & Perniagaan

Engku Ahmad Kamel bin Engku TaibKetua, Pengurusan Prestasi Korporat

Mohamad bin Sa’elalKetua, Perancangan Bersepadu

Page 60: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201048

PIHAK PENGURUSAN KANAN

ISMAIL BIN IBRAHIMKetua EksekutifIsmail bin Ibrahim menyertai IRDA pada 1 Januari 2010 sebagai Ketua Eksekutif. Dilahirkan di Muar, beliau menerima pendidikan awalnya di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya di Heriot-Watt University di Edinburgh, Scotland dengan pengkhususan dalam perancangan bandar. Pada 1990, beliau telah dianugerahkan British Council Fellowship untuk mengkhususkan dalam Undang-undang Perancangan di Newcastle University di England.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia pada 1983 dan berdaftar dengan Lembaga Perancang Bandar. Pada Februari 2006, beliau telah dipinjamkan kepada Khazanah Nasional Berhad sebagai Naib Presiden Kanan Projek-projek Khas dan pada tahun berikutnya, beliau telah dipinjamkan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebagai Naib Presiden Kanan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pesuruhjaya Persekutuan yang pertama bagi Pihak Berkuasa pada bulan Oktober tahun yang sama serta ahli Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksanaan (AIC).

Beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Perancang Bandar Malaysia, Naib Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Ahli Lembaga bagi Badan Warisan Malaysia serta ahli alumni Harvard Business School.

Ismail juga merupakan ahli Majlis Perniagaan Malaysia-Singapura, ahli Exco Majlis Pelaksanaan Bioteknologi Kebangsaan, Ahli Majlis Penasihat Pusat Penyelidikan UTM Iskandar Malaysia (IMREC) serta ahli jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar Negeri Johor.

HILMI BIN MOHD NASHIR Ketua Pegawai OperasiHilmi menyertai IRDA pada Februari 2009 merupakan lulusan Ijazah Ekonomi (Kepujian), dengan pengkhususan dalam Analisis Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1979.

Hilmi merupakan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif MISC Integrated Logistics Sdn. Bhd. dan pernah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat usaha sama antarabangsa yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu dan Sudan. Beliau juga pernah menganggotai Jawatankuasa Pengurusan MISC.

Beliau menyertai PETRONAS pada tahun 1979 dan kekal bersama Kumpulan Syarikat PETRONAS selama 29 tahun, di mana 7 daripadanya adalah bersama MISC Berhad. Beliau telah memegang beberapa jawatan kanan di PETRONAS dengan pelbagai peranan dan pengalaman, yang merangkumi Penilaian Projek, Audit Dalaman, Tender dan Kontrak, PembangunanVendor,OperasiPerbendaharaan dan Pengurusan Projek.

MISRAN BIN BASIR Pesuruhjaya PersekutuanMisran menyertai IRDA pada 16 Mac 2009 sebagai Pesuruhjaya Persekutuan. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengarah Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC), Unit Perancang Ekonomi.

Sebagai Pengarah Ekonomi Serantau, beliau terlibat secara aktif dalam perancangan, kelulusan projek serta belanjawan pembangunan bagi Wilayah Pembangunan Iskandar semasa penyediaan Rancangan Malaysia Kesembilan.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan di EPU dan terlibat secara aktif dalam perancangan, belanjawan, pelaksanaan dan pemantauan infrastruktur, penswastaan dan projek ekonomi serantau serta persiapan dokumen pelan pembangunan lima tahun.

Beliau merupakan graduan dengan Ijazah Kepujian daripada Universiti Malaya pada tahun 1975.

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

Page 61: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 49

DR.BADRUL HISHAM BIN KASSIM Pesuruhjaya PersekutuanDr. Badrul adalah seorang Pegawai Negeri Johor dan kini memegang jawatan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor.

Sejak menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada 1992, Dr. Badrul telah berkhidmat dalam beberapa jabatan termasuk Penolong Setiausaha Kerajaan, Sekretariat Negeri Johor (1992-1995); Pengurus di Permodalan Darul Ta’zim (1995-1999); Penolong Pentadbir Tanah (1999-2000); Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Johor (2000); dan Ketua Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Johor (2005-2006).

Beliau telah dipinjamkan kepada Khazanah Nasional Berhad pada 2006-2007, dan kini merupakan Timbalan Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Johor yang dipinjamkan kepada IRDA dari 1 Ogos 2007.

NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF Ketua, Perkhidmatan KorporatNor Hisham menyertai IRDA pada 1 Mac 2007 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan. Beliau telah ditugaskan sebagai Ketua Perkhidmatan Korporat yang menyelia fungsi Kewangan, Pemerolehan serta Pentadbiran IRDA. Nor Hisham menamatkan pengajiannya daripada University of Kent di Canterbury, United Kingdom dengan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian Kelas Kedua Atas dalam Perakaunan dan Sains Pengurusan pada 1991.

Nor Hisham memulakan kerjayanya sebagai Akauntan Pelatih dengan sebuah firma Akauntan Berkanun di London, United Kingdom dan telah ditauliahkan sebagai Ahli Bersekutu Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales sebelum kembali ke Malaysia pada 1996. Selama 20 tahun mengharungi pengalaman profesional, Nor Hisham pernah memegang jawatan eksekutif dengan beberapa syarikat berkaitan kerajaan serta multinasional dalam bidang kewangan, tadbir urus korporat, perancangan korporat, audit, pengurusan risiko dan hal ehwal korporat, yakni pengalaman bernilai yang diraih di dalam maupun di luar negara.

Sebagai Ketua Perkhidmatan Korporat, Nor Hisham memainkan peranan penting sebagai orang tengah di antara IRDA dan beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang utama bagi perkara yang berkaitan dengan peruntukan kewangan dan pelaporan prestasi.

Nor Hisham adalah Akauntan Berkanun dengan Institut Akauntan Malaysia dan menjadi Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman (Malaysia), selain merupakan Juruaudit Dalaman Bertauliah (Amerika Syarikat).

RUGAYAH YASMIN BINTI IBRAHIM Ketua, Pengurusan Modal InsanRugayah Yasmin menyertai IRDA pada September 2007 sebagai Naib Presiden Pengurusan Modal Insan, dan pada Julai 2010, beliau telah dilantik pula sebagai Ketua Pengurusan Modal Insan.

Rugayah Yasmin bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berkaitan dengan modal insan di dalam IRDA, yang mana ia melibatkan mengelola, menyepadu dan mengarah semua aktiviti pengurusan modal insan, di samping menyokong keseluruhan strategi dan pembentukan perniagaan. Rugayah memperolehi Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada University of Ohio, Athens, Amerika Syarikat pada 1983.

Kerjaya Rugayah dalam Sumber Manusia bermula pada tahun 1983 apabila beliau menyertai Advanced Micro Devices, iaitu sebuah syarikat multinasional di Pulau Pinang sebagai Pegawai Sumber Manusia. Pada 1989 beliau telah menyertai Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Berhad, sebuah syarikat di bawah Kumpulan Renong, sebagai Penolong Pengurus, di mana beliau telah ditugaskan untuk memantau unit pampasan dan faedah di bawah Bahagian Sumber Manusia.

Rugayah kemudiannya telah dipindahkan ke PROPEL pada 1991 untuk mengetuai Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Tahun berikutnya beliau telah dirisik oleh pakar pencari eksekutif dan diberikan cabaran untuk menubuhkan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran di LITRAK, sebuah syarikat bersekutu Kumpulan GAMUDA. Pada 2004, beliau menyertai Pos Malaysia Berhad sebagai Timbalan Pengurus Besar, di mana beliau terlibat secara langsung dalam pelaksanaan inisiatif transformasi Pos Malaysia Berhad.

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

Page 62: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201050

PIHAK PENGURUSAN KANAN

NOR HISHAM BIN HUSSEIN Ketua, Pembangunan SosialNor Hisham menyertai IRDA pada 1 Mei 2007 dan bertanggungjawab untukmemantau dan mengendalikan pelaksanaan inisiatif di bawah kerangka Modal Insan dan inisiatif lain yang diformulasi di bawah Bahagian Pembangunan Sosial.

Selain memegang portfolio Pembangunan Sosial, beliau turut menyelia keseluruhan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan inisiatif Komunikasi Strategik yang merangkumi aspek pengurusan pihak berkepentingan, pengurusan media, promosi dan pengiklanan, penjenamaan serta pengurusan acara sehingga November 2010.

Beliau memulakan kerjayanya di MBf Finance pada 1992 dan sejurus selepas itu beliau telah menyertai Celcom Berhad di mana kerjaya beliau telah meningkat dari Pembangunan Sumber Manusia dan Operasi kepada Strategi Sumber Manusia, dan seterusnya sebagai Ketua, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia pada tahun 2000.

Nor Hisham menyertai PwC Consulting pada tahun 2000 sebagai Pengurus Projek dalam Projek Transformasi Perniagaan Petronas-MISC. Beliau kembali ke Celcom pada 2003 dan telah memainkan peranan yang penting dalam usaha Projek Penggabungan dan Rasionalisasi Tenaga Kerja dengan TM Touch, anak syarikat Telekom Malaysia.

Nor Hisham juga pernah berkhidmat sebagai Perunding Wilayah di DDI International, dari tahun 2003 hingga 2005.Pada 2005, beliau telah menyertai Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) sebagai Pengurus Besar, Sumber Manusia.

ZAINOL RASHID BIN ZAINUDDIN Ketua, Teknikal & ProjekZainol Rashid menyertai IRDA pada 1 Jun 2007. Beliau merupakan pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada University of Bath, UK. Beliau bertanggungjawab terhadap perancangan dan pelaksanaan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, selain membantu dan menyediakan sokongan teknikal kepada bahagian-bahagian lain di dalam IRDA.

Sebelum menyertai IRDA, beliau pernah bekerja sebagai perunding dalam pembangunan perniagaan dan pengurusan projek. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah beberapa syarikat sendirian berhad.

Selama 30 tahun perjalanan kerjayanya, Zainol telah memegang beberapa jawatan kanan dalam pelbagai organisasi, termasuk sebagai Pengarah Projek, Solutions Protocol Sdn Bhd; Pengarah Eksekutif, Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd; Pengarah Urusan, Kualiti Alam Sdn Bhd; Pengurus Besar (Teknikal), PLUS Berhad serta Jurutera Kanan di Jabatan Kerja Raya.

AMERUL MUNER BIN MOHAMMAD Ketua, Undang-undang & KesetiausahaanAmerul Muner menyertai IRDA pada November 2007 berbekalkan 14 tahun pengalaman sebagai pengamal undang-undang. Beliau aktif mempraktikkan undang-undang sejak tahun 1994 dan merupakan rakan kongsi di sebuah firma guaman terkemuka di Johor Bahru. Beliau memulakan kerjayanya sebagai juruaudit dalaman di sebuah bank komersial sebelum diterima masuk sebagai Peguam oleh Badan Peguam Malaysia. Beliau terlibat dalam pelbagai aspek khidmat undang-undang termasuk yang berkaitan dengan perdagangan, perbankan, perancangan, perdagangan antarabangsa, maritim, litigasi sivil dan jenayah, timbang tara, sebagai penasihat kepada syarikat senarai awam, agensi kerajaan serta pelbagai aspek amalan perundangan.

Beliau menamatkan pengajiannya daripada Kolej Tentera Diraja dan memperolehi Ijazah Undang-undang di UK.

MOHAMMAD ISMAIL BIN HJ IBRAHIM Ketua, Pusat Perkhidmatan IskandarMohammad Ismail menyertai IRDA pada Jun 2009 sebagai Ketua, Pusat Perkhidmatan Iskandar (ISC). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial daripada Universiti Putra Malaysia.

Pendedahan meluas beliau kepada perniagaan bermula dengan kerjayanya dalam bidang jualan dan pemasaran barangan pengguna laris, yang diperolehinya semasa bekerja di sebuah syarikat multinasional. Orientasi perniagaan tersebut nyata membantu beliau semasa bertahun-tahun berkhidmat sebagai perunding, terutamanya dalam berurusan dengan pelanggan tempatan

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

Page 63: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 51

dan antarabangsa dalam beraneka macam perniagaan seperti industri hospitaliti, perabot dan pembinaan.

Ilmu berkenaan penciptaan nilai diterapkan dengan lebih kukuh apabila beliau sendiri menjadi seorang usahawan dengan mengambil alih sebuah rangkaian kedai makan yang mengkhususkan kepada makanan tempatan. Pengalaman kerja beliau juga meliputi vendor automotif di mana beliau bertanggungjawab terhadap operasi 3 tapak kemudahan pembuatan, sebuah anak syarikat milik penuh dan sebuah unit R&D.

Sebelum menyertai IRDA, beliau merupakan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaan & Penyelesaian di sebuah syarikat logistik terkemuka.

SAFUAN BIN YUSOF Ketua Pegawai MaklumatSafuan menyertai IRDA pada Mac 2009 sebagai Ketua Pegawai Maklumat. Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Cambridge University, United Kingdom dalam bidang Pemprosesan Pertuturan & Bahasa Berasaskan Komputer.

Safuan telah mengumpul pengalaman bernilai selama lebih 17 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan dan IT yang diperolehinya daripada pelbagai Syarikat Multinasional (MNC) serta Syarikat Senarai Awam yang tersohor.

Sebelum bekerja di Malaysia, Safuan pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat IT yang cukup besar (DEC Ltd) di United Kingdom selama lebih kurang setahun. Sekembalinya ke Malaysia, Safuan memulakan kerjayanya sebagai

Pengatur Cara Penganalisis di Shell Malaysia pada 1993. Antara syarikat di mana beliau pernah berkhidmat adalah EON Berhad, MISC Berhad, British American Tobacco (M) Berhad, DHL serta Titan Chemicals Corporation Berhad.

MOHD YAZID BIN JA’AFAR Ketua, Ekonomi & PerniagaanMohd Yazid menyertai IRDA pada tahun 2009 sebagai Timbalan Presiden Kanan di dalam Pembangunan Sektor. Pada 2010, beliau telah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Bahagian Ekonomi dan Perniagaan.

Beliau mempunyai pengalaman yang mendalam yang diraih selama 15 tahun di Malaysia dan di luar negara dalam bidang tekno-komersial yang merupakan cabang kepada perniagaan kejuruteraan dan kimia.

Sebelum menyertai IRDA, beliau pernah bekerja dengan beberapa organisasi multinasional selama 10 tahun dalam pelbagai jawatan dan peranan termasuk teknikal, pemasaran, analisis perniagaan dan pengurusan perhubungan pelanggan di Malaysia dan juga di UK.

Beliau kemudian mengalihkan tumpuan kerjayanya kembali ke Malaysia dengan menyertai syarikat usaha sama penapisan kimia di Sarawak di mana para pemegang sahamnya adalah seperti Kerajaan Negeri Sarawak, Mitsubishi, PETRONAS dan Shell.

Di sana, beliau bertugas selama 5 tahun dengan memegang pelbagai jawatan termasuk menguruskan aspek perdagangan unit perniagaan global untuk produk-produk istimewa.

Yazid memegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Imperial College of London. Beliau juga merupakan ahli Institut Pemasaran Berkanun serta ahli City and Guilds, London Institute.

ENGKU AHMAD KAMEL BIN ENGKU TAIB Ketua, Pengurusan Prestasi KorporatEngku Kamel menyertai IRDA pada Februari 2010 dan telah diamanahkan untuk mengetuai Bahagian Pengurusan Prestasi Korporat, yang memantau fungsi Pejabat Perancangan Korporat dan Pengurusan Program.

Beliau telah menghimpunkan lebih 30 tahun pengalaman di dalam negara dan di peringkat serantau dalam bidang Perbankan, Minyak & Gas, Perundingan IT, Pembuatan Automotif dan Penyumberan Luar Proses Perniagaan, menguruskan pelbagai jenis perkhidmatan perbankan peruncitan, operasi pemasaran dan peruncitan minyak & gas, serta aktiviti pelaksanaan sistem di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Beliau juga pernah terlibat dalam pengurusan sistem pembuatan & jualan di samping mengetuai pusat penyumberan luar terminal layan diri. Ada waktunya beliau telah ditempatkan di beberapa lokasi di Malaysia dan tugasnya juga pernah membawa beliau ke UK, Singapura, Thailand dan Filipina.

Engku Kamel menamatkan pengajiannya dalam bidang Matematik daripada Lancester University, UK dan memiliki MBA daripada Cranfield University, UK.

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

Page 64: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201052

MOHAMAD BIN SA’ELALKetua, Perancangan Bersepadu Mohamad telah dilantik sebagai Ketua Perancangan Bersepadu, pada Februari 2010. Mohamad bertanggungjawab memimpin pasukannya dalam merumus dasar serta strategi mengenai perancangan penggunaan tanah, alam sekitar, pengangkutan dan keselamatan & perlindungan di Iskandar Malaysia. Mohamad turut terlibat dalam pelaksanaan projek dan pengurusan pihak berkepentingan.

Mohamad mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dengan memegang pelbagai jawatan di dalam syarikat pemaju hartanah di Malaysia. Portfolio projek tersebut merangkumi The Curve, Ikea Mutiara Damansara dan University of Nottingham, Kampus Malaysia di Selangor, Kota Iskandar serta Puteri Harbour di Nusajaya, Johor.

Mohamad turut terlibat dalam melatih para kontraktor dan kakitangan tapak pembinaan menerusi kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Mohamad menamatkan pengajiannya daripada Universiti Teknologi MARA dengan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada 1982.

HANIZAH BINTI MUHAMMAD Ketua, Audit DalamanHanizah menyertai IRDA pada 16 November 2009 dan mengetuai Jabatan Audit Dalaman yang melapor kepada Jawatankuasa Audit.

Hanizah memulakan kerjayanya dengan bertugas di sebuah firma Perakaunan Berkanun di United Kingdom selama 2 tahun sebelum kembali ke Malaysia. Sejak itu beliau telah bekerja dalam Audit Dalaman dengan pelbagai organisasi selama 18 tahun di mana beliau telah memegang jawatan eksekutif di Sapura Holdings Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, Faber Group Berhad dan RapidKL.

Beliau merupakan Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA) dan Ahli Berkanun Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (CMIIA). Pada tahun 2004/2006, Hanizah menganggotai Sidang Ridaksi Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) dan menyumbangkan tulisan rencana serta ulasan untuk majalah IIAM.

UNGKU HARUN AL RASHID BIN AHMAD Ketua, Pengurusan Modal InsanUngku Harun menyertai IRDA sebagai Ketua, Pengurusan Modal Insan dari Disember 2009 hingga Julai 2010. Beliau memiliki MBA dalam Perniagaan Antarabangsa daripada RMIT University, Australia serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Inggeris) daripada Indiana University, USA.

Ungku Harun Al Rashid menghimpunkan 25 tahun pengalaman dalam bidang Sumber Manusia dan Pengurusan Am. Pengalaman tersebut diraih terutamanya dari syarikat multinasional seperti Sandvik, Cabot Corporation di mana beliau merupakan Pengarah Sumber Manusia Rantau Asia Pasifik. Semasa di RJ Reynolds Tobacco International pula, beliau telah berkhidmat di bahagian Sumber Manusia Serantau untuk Asia Tenggara. Ungku

Harun juga pernah bertugas di Multimedia Development Corporation sebagai Naib Presiden Perkhidmatan Korporat di mana MDC berperanan melaksanakan Projek MSC.

ZAINI BINTI LONGKetua, Komunikasi StrategikZaini menyertai IRDA pada November 2010 dan bertanggungjawab terhadap keseluruhan pemasaran dan komunikasi strategik yang merangkumi bidang pengurusan pihak berkepentingan, pengurusan media, promosi dan pengiklanan, penjenamaan serta acara.

Zaini memulakan kerjayanya dalam bidang pengurusan produk di Johnson & Johnson Sdn Bhd pada 1989. Beliau kemudiannya memperluaskan kerjayanya dengan menyertai Avon Malaysia sebagai Pengarah Pemasaran pada 1990 dan tidak lama kemudian beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif Pemasaran Serantau pada tahun 2002 dan berpangkalan di Bangkok.

Sebelum menyertai IRDA, beliau mengetuai bahagian pemasaran Bursa Malaysia Berhad sebagai Ketua Pemasaran Kumpulan. Zaini menghimpunkan 24 tahun pengalaman profesional yang cukup meluas dalam bidang pemasaran serta promosi, termasuk pengurusan acara, aktiviti hubungan media dan perhubungan awam.

Zaini Long meneruskan pengajian tingginya di Institute of Marketing, UK dan telah mengikuti pelbagai kursus pengurusan daripada University of Columbia.

Organisasi IRDAPihak Pengurusan Kanan

PIHAK PENGURUSAN KANAN

Page 65: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 53

CARTA ORGANISASI

Organisasi IRDACarta Organisasi

KETUA EKSEKUTIF

AHLI PIHAK BERKUASA

LEMBAGA AUDIT

AUDIT DALAMAN

KETUA PEGAWAI OPERASI

PEJABAT PESURUHJAYA

PERSEKUTUAN NEGERI

TEKNIKAL & PROJEK

TEKNOLOGIMAKLUMAT & KOMUNIKASI

PERKHIDMATAN KORPORAT

PEMBANGUNAN SOSIAL

UNDANG-UNDANG & KESETIAUSAHAAN

KOMUNIKASI STRATEGIK

PERANCANGAN BERSEPADU

EKONOMI & PERNIAGAAN PENGURUSAN MODAL

INSANPENGURUSAN PRESTASI KORPORAT

PUSAT PERKHIDMATAN ISKANDAR

Page 66: menyentuh kehidupan menyemai nilai

56 EKONOMI DAN PERNIAGAAN60 KOMUNIKASI STRATEGIK68 PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR72 PERANCANGAN BERSEPADU81 PEMBANGUNAN SOSIAL88 PENGURUSAN MODAL INSAN90 PENGURUSAN PRESTASI KORPORAT91 PENGURUSAN RISIKO IRDA93 TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI96 PUSAT KHIDMAT ISKANDAR

Page 67: menyentuh kehidupan menyemai nilai

MENYUSURI KEJAYAAN

Page 68: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201056

EKONOMI DAN PERNIAGAAN

Dalam tempoh lima tahun pertamanya, pembangunan Iskandar Malaysia telah memperlihatkan ketahanannya dalam mengatasi krisis kewangan global yang agak parah dan diikuti pula oleh kemelesetan ekonomi.

Dengan siapnya Fasa 1 RPM, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM69.48 bilion, mengatasi sasaran RM47.0 bilion dengan catatan perbezaan yang mengagumkan sebanyak148%.Padatahun2010sahaja,Iskandar Malaysia telah menarik sejumlah RM13.92 bilion pelaburan baru.

Persekitaran ekonomi global yang kian pulih telah menyumbang kepada pencapaian angka yang membanggakan ini. Tindak balas baru telah diambil bagi mengatasi krisis kewangan pada 2008 dimana kerajaan serta bank pusat telah bertindak pantas dengan memperkenalkan dasar fiskal dan kewangan yang dapat mengurangkan kesan kelembapan ekonomi terburuk yang pernah berlaku sejak zaman kemelesetan besar terakhir.

Biarpun Iskandar Malaysia nyata meraih manfaat daripada kebangkitan semula keyakinan para pelabur, kebanyakan pelabur turut menyedari bahawa pembangunan ini merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang mampan, lantas meningkatkan lagi daya tarikannya dalam mengharungi kemelut kewangan.

DIALOG PELABURMenarik penglibatan para pelabur terus menjadi keutamaan IRDA dan tahun ini telah menyaksikan dialog ke-3 dan ke-4 dalam beberapa siri Dialog Pelabur yang diadakan pada bulan Jun dan Disember.

Menyusuri KejayaanEkonomi Dan Perniagaan

0.00

Pembuatan

2006

11.30

25.80

41.75

55.56

69.48

2007 2008 2009 2010

Hartanah

Pelaburan KomitedUtiliti, Pelancongan & Lain-lain

RM(bln)

Sasaran 2006 – 2010 RM47 bln

Komited Terkumpul Tahun-berbanding-tahun (2006 – 2010)

Kerajaan

10.00

20.00

30.00

40.00

50.00

60.00

70.00

80.00

5.80

5.50

5.80

6.83

6.28

16.52

9.11

23.65 26.92

14.45

21.83

6.28

8.17

5.05

21.707.10

1.00

11.90

Page 69: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 57

Menyusuri KejayaanEkonomi Dan Perniagaan

Dialog Pelabur yang ke-4, 10 Disember 2010

Page 70: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201058

Menyusuri KejayaanEkonomi Dan Perniagaan

Misi Perdagangan dan Pelaburan MIDA ke Qatar, 11 hingga 13 Disember 2010

Misi Perdagangan dan Pelaburan MIDA ke Taiwan, 4 hingga 8 Oktober 2010

Seminar Peluang Pelaburan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia, Seoul, Korea Selatan, 12 hingga 15 Mei 2010

Dengan sokongan pelbagai jabatan di dalam IRDA serta beberapa agensi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, objektif dialog ini adalah:

• IamenjadiwadahyangbergunabagiIRDA untuk memastikan wujudnya penjajaran dalam perkongsian wawasan Iskandar Malaysia dengan pembangunan yang sedang dilaksanakan

• Iamenanganisebarangisu,cabaranserta kebimbangan yang dibangkitkan oleh para pelabur

• Denganmembukaruangkepadapertemuan secara bersemuka, ia menghasilkan kesan jangka panjang dalam memperkukuhkan hubungan dengan para pelabur

Buat pertama kalinya Dialog Pelabur yang ke-4 telah menyaksikan penyertaan para penceramah luar dari badan berkanun yang berkaitan seperti Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Sumber Manusia Malaysia (MOHR).

Acara yang berlangsung selama 2 hari itu telah menarik lebih daripada 300 penyertaan dan merupakan kejayaan yang hebat.

Page 71: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 59

MEMANAFAATKAN JENAMA ISKANDAR MALAYSIASejak dilancarkan, daya tarikan serta kebiasaan terhadap penjenamaan Iskandar Malaysia telah mendapat pengiktirafan di kalangan para pelabur di serata dunia.

IRDA sedar mengenai kepentingan menyertai pelbagai misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Di sepanjang tahun 2010, IRDA telah menyertai misi perdagangan ke Korea, Taiwan dan Qatar. Misi ini nyata telah membuahkan hasil; menyediakan landasan buat IRDA untuk mengemukakan pernyataan nilainya dan membentuk Iskandar Malaysia sebagai suatu peluang

pelaburan yang unik dan menarik para pelabur berpotensi dalam bidang pelaburan khusus mengikut sektor.

PANDUAN PELABURANPanduan Pelaburan Iskandar Malaysia telah direncanakan pada 2010 untuk memberikan hala tuju strategik yang jelas kepada para pelabur di peringkat sektor yang khusus.

Sejumlah sembilan buah buku panduan pelaburan mewakili sektor-sektor ekonomi yang dipromosikan di Iskandar Malaysia akan dilancarkan menjelang akhir bulan Mei 2011.

Sebagai suatu panduan muktamad kepada para pelabur, buku ini mengandungi saranan nilai yang tersendiri, peluang, serta insentif yang sedia ada, di samping analisis yang mendalam mengenai setiap satu sektor yang dipromosikan.

PEMBANGUNAN MASYARAKATPembangunan masyarakat merupakan salah satu tonggak utama dalam konsep pembangunan di Iskandar Malaysia.

IRDA telah menerbitkan sebuah artikel bulanan yang dinamakan Bizwatch, supaya komuniti sentiasa mengikuti perkembangan ekonomi dan pelaburan di Iskandar Malaysia.

Untuk tahun ini, 18 edisi Bizwatch telah diterbitkan, termasuk empat edisi khas yang memberi penekanan terhadap hubungan dua hala yang semakin baik di antara Malaysia dan Singapura, Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Ekonomi.

Menyusuri KejayaanEkonomi Dan Perniagaan

Misi Perdagangan dan Pelaburan MIDA ke Korea Selatan, 18 hingga 24 Julai 2010 Misi Perdagangan dan Pelaburan MIDA ke Korea Selatan, 18 hingga 24 Julai 2010

Page 72: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201060

KOMUNIKASI STRATEGIK

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

KOMUNIKASI STRATEGIKPada tahun 2010, Komunikasi Strategik telah melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti dengan kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri. Usahasama ini telah menghasilkan pendekatan komunikasi yang lebih sistematik dan holistik seiring dengan objektif di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Promosi yang mensasarkan penjenamaan telah dilaksana menerusi pelbagai penerbitan supaya Iskandar Malaysia sentiasa mendekati dan terus berada di hati rakyat

Unipol di Jalan Lingkaran Dalam Jalan Tebrau, ke arah Kompleks CIQ, Johor Bahru

PENJENAMAANSelain daripada meneruskan inisiatif promosi di peringkat antarabangsa, usaha penjenamaan pada 2010 telah tertumpu kepada meningkatkan lagi kesedaran para pelabur tempatan.

Iskandar Malaysia telah ditampilkan dengan ketara dalam satu laporan khas sebuah majalah perniagaan tempatan yang ulung, iaitu “Malaysian Business” bagi edisi Oktober. Laporan 10 muka surat itu membuat liputan mendalam berhubung kemajuan di Iskandar Malaysia serta peluang-peluang yang ditawarkan.

Kempen promosi digital IRDA yang pertama telah bermula pada November menggunakan online media seperti The Star On-line, edisi Sin Chew On-line, Utusan On-line dan Rangkaian Pengiklanan Google. Kempen ini telah membawakepada20%peningkatantrafikdalam laman sesawang Iskandar Malaysia.

Kempen di media cetak antarabangsa juga telah diteruskan dengan penyiaran iklan dalam penerbitan serantau.

Secara keseluruhannya, kegiatan penjenamaan pada 2010 tertumpu kepada negara yang disasarkan, merangkumi China, Singapura dan Timur Tengah.

Page 73: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 61

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

ACARA DAN PROMOSIPasukan Pengendali Acara (Event Team) telah berjaya menganjurkan 9 acara utama dan 25 pelbagai acara lain sepanjang tahun 2010.

Acara-acara utama berkenaan membabitkan masyarakat tempatan, program yang dijalankan untuk warga Kuala Lumpur, selain daripada tumpuan program bagi warga Singapura dan sasaran pasaran antarabangsa.

Acara-acara berkenaan termasuk majlis penyampaian sumbangan kebajikan sempena Iskandar Johor Terbuka 2009, Hari Terbuka Iskandar Malaysia Kali Ke-3 di Kulai, Hari Terbuka Iskandar Malaysia Kali Ke-4 di Pasir Gudang, CityScape Asia Singapura, Ekspo KL Iproperty.com di KL dan Singapura, Rumah Terbuka Aidilfitri Johor Bahru dan Kuala Lumpur dan Kejohanan Golf Antarabangsa Iskandar Johor Terbuka 2010.

Selain acara-acara di atas, Pasukan Pengendali Acara juga telah membantu dalam merancang, mengelola dan menguruskan 25 acara ad hoc sebagai menyokong program-program yang diterajui dan digerakkan oleh bahagian-bahagian lain di IRDA.

Beberapa acara berimpak tinggi membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia seperti lawatan beliau ke Perumahan Awam Iskandar Malaysia di Nusajaya dan program membabitkan Khazanah Nasional Bhd, dan Mesyuarat Peringkat Menteri yang telah mendapat liputan positif pihak media.

Di peringkat negeri, kami turut terlibat dalam acara seperti Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI 2010), pelancaran Upacara Pecah Tanah Johor Premium Outlets (JPO), Mesyuarat Ahli–Ahli Pihak Berkuasa (MoA), Hari Terbuka di Pontian bersempena Kembara Mahkota Johor 2010 dan Majlis Pengisytiharaan Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Padraig Harrington menerima trofi dari D.Y.M.M. Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor

Peserta di Ekspo IProperty.com di Marina Bay Sands, Singapura

Ismail bin Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Haji Abdul Latiff bin Yusof di Hari Terbuka Iskandar Malaysia. Di sebelah kanan beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Permas, M.M. Samy

Sama-sama merasa... Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman dan Ketua Eksekutif IRDA, Ismail bin Ibrahim menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Johor Bahru

Page 74: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201062

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

Berdasarkan jumlah pengunjung, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik lebih 170,000 orang dari segenap lapisan masyarakat untuk mengunjungi acara-acara yang dianjurkan di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Singapura.

Secara keseluruhannya, setiap penganjuran program telah mendapat sambutan menggalakkan di mana para pengunjung menghargai pendekatan yang dilakukan oleh IRDA untuk membabitkan

penyertaan pelbagai pihak pemegang kepentingan dalam pembangunan Iskandar Malaysia.

Penganjuran pelbagai acara yang dilakukan menerusi kerjasama dengan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri terus memberikan impak yang positif dalam program-program komunikasi IRDA, dalam usaha memperkukuh jalinan hubungan dengan pihak pemegang kepentingan.

Ismail bin Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA menyampaikan taklimat berhubung perkembangan mutakhir pembangunan di Iskandar Malaysia ketika kunjungan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi

Lawatan ke tapak oleh pelajar-pelajar dari SMK Bandar Tenggara, 3 Ogos 2010

Page 75: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 63

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

PENGURUSAN PIHAK BERKEPENTINGANPada 2010, sebahagian daripada isu yang memerlukan pemantauan berterusan adalah pembangunan lebuh raya pesisir pantai (coastal highway), yang mana ia membawa kepada penglibatan yang lebih kerap dengan pihak media serta ahli politik tempatan.

Bahagian ini berusaha menangani pelbagai isu dan aduan daripada masyarakat umum kesan daripada pembangunan infrastruktur yang sedang pesat dilaksanakan di Iskandar Malaysia dengan menyusun pelbagai strategi bagi menguruskan isu akar umbi bersama dengan pasukan daripada bahagian Teknikal dan Projek (TP), Pembangunan Sosial (SD) dan Perancangan Bersepadu bagi perkara-perkara yang antara lain berkaitan kerja-kerja naik taraf jalan raya, projek pembersihan sungai termasuk di Kg Sungai Danga dan Sg Skudai, pembinaan lebuh raya pesisir pantai dan laluan sosial Bas Iskandar Malaysia.

Bahagian Komunikasi Strategik juga turut menjadi pemudah cara bagi membantu mengendali lebih 2,000 kunjungan serta sesi taklimat yang telah diadakan sepanjang 2010 untuk seluruh organisasi. Antaranya lawatan rasmi ke tapak projek serta taklimat untuk mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.

Sebagai sebahagian daripada usaha penglibatan proaktif, bahagian komunikasi telah melaksanakan program Rakan Sebaya-ke-Rakan Sebaya bagi memperkasa masyarakat untuk memikul peranan memperjuangkan Iskandar Malaysia. Kemajuan yang ketara telah terlihat dengan penglibatan seramai 600 Anak Johor yang terdiri daripada para pelajar IPTA (UTM, UTHM, UM, UIA, UiTM). Acara yang diadakan di Kota Iskandar ini memberi peluang kepada Ketua Menteri Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman menyeru Anak Johor agar memperjuangkan aspirasi Iskandar Malaysia.

Kunjungan Dato’ S. Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 23 Ogos 2010

Sesi taklimat dengan penduduk Kg Sungai Danga serta pemimpin akar umbi, 26 Oktober 2010

Salah satu penglibatan yang berjaya dilaksanakan ialah kempen Keselamatan Jalan Raya bersama dengan Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) yang tertumpu kepada laluan sosial Bas Iskandar Malaysia.

Kempen tersebut telah menyaksikan lebih 3,600 pelajar daripada 12 sekolah rendah dan menengah di Iskandar Malaysia dididik mengenai cara yang betul menggunakan perkhidmatan disediakan oleh pihak berkuasa.

Usaha lanjut untuk mendekati masyarakat Kg Sg Danga, para pemimpin akar umbi serta pemilik lot kedai daripada Taman Baiduri yang menerima kesan daripada pembangunan projek lebuh raya pesisir pantai telah dilaksanakan bagi mengurus dan menyelesaikan isu secara mesra komuniti.

Hasil positif telah terlihat daripada pendekatan mesra komuniti apabila anggota masyarakat yang terbabit begitu senang dengan pendekatan yang diamalkan IRDA dan bersetuju supaya ia memainkan peranan sebagai perantara dan pemudah cara.

Parti politik turut terbabit dalam mempromosi Iskandar Malaysia menerusi penglibatan mereka secara kerap dalam menangani isu-isu yang dicetuskan daripada pembangunan pesat di Iskandar Malaysia.

Page 76: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Satu majlis berprofil tinggi yang turut mendapat suntikan bantuan daripada jabatan ini adalah majlis jamuan ringan bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Ia adalah program landasan terbaik bagi IRDA untuk mengesahkan kedudukannya sebagai sebuah organisasi yang penting dan menarik penglibatan pihak pemegang kepentingan di kawasan setempat yang sekaligus menyaksikan kemajuan Iskandar Malaysia adalah untuk setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pihak pemegang kepetingan lain terutama badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak diabaikan kerana mereka merupakan rakan yang terbaik bagi bersama-sama membantu membangun dan mempromosi Iskandar Malaysia. Malah, suara mereka dalam mengutara dan menangani isu-isu setempat juga penting perlu didengari dan diberi perhatian. Dalam konteks ini, satu perjumpaan dan sesi taklimat telah

diadakan dengan Persatuan Kontraktor Melayu Johor yang diketuai Ahli Exco Johor, Dato’ Haji Maulizan bin Bujang.

Hasil daripada beberapa pertemuan tersebut, wujud suatu mekanisme yang lebih berkesan untuk IRDA menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak persatuan berhubung penyertaan masyarakat tempatan dalam merebut peluang-peluang perniagaan dan ekonomi di Iskandar Malaysia.

Di peringkat Persekutuan pula, pertemuan dengan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Sri Mohamed Khaled Nordin adalah petanda terbaik terhadap peranan dan fungsi IRDA dalam usaha mempromosikan salah satu inisiatif di Iskandar Malaysia sebagai hab pendidikan sekaligus berupaya melahirkan modal insan untuk keperluan pembangunan negara.

Dalam perjumpaan berkenaan, Menteri Pengajian Tinggi telah diberikan taklimat mutakhir mengenai Bandar Pendidikan (EduCity) di Nusajaya dan beliau turut berkongsi idea mengenai inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan Pasir Gudang sebagai sebuah hab pendidikan.

Dari sudut perdagangan untuk pihak pemegang-pemegang kepentingan pula, suku keempat 2010 telah menyaksikan peningkatan minat berterusan daripada pelabur Singapura terhadap Iskandar Malaysia. Salah satu faktor penyumbang utama kepada peningkatan minat ini adalah wujudnya hubungan dua hala yang semakin baik antara Singapura dan Malaysia, yang diterajui oleh Perdana Menteri kedua-dua buah negara.

Pertemuan dengan para Kontraktor Johor yang dipengerusikan oleh Datuk Maulizan Bujang, Exco Johor bersama dengan Ketua Eksekutif IRDA, Ismail bin Ibrahim

Page 77: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 65

Antara lawatan daripada Singapura yang harus diberikan perhatian adalah daripada Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Malah, Dewan Perniagaan dan Industri China Singapura turut membawa delegasi yang terdiri daripada 50 peniaga yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung peluang yang terdapat di Iskandar Malaysia.

Selain itu, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura (EDB) pula berminat untuk mengetahui bagaimana syarikat Singapura dan syarikat-syarikat multinasional meraih manfaat daripada pelaburan di Iskandar Malaysia.IRDA turut mengambil bahagian dalam Forum Perniagaan Cina Antarabangsa yang diadakan pada bulan Disember dan dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

IRDA turut menerima delegasi daripada wilayahVictoria,Australiayangterdiridaripada para profesional industri pembinaan yang mengkhusus dalam teknologi hijau dan mapan. Perwakilan daripada Dewan Perniagaan Swiss-Asia turut mengunjungi IRDA dan menghulurkan jemputan kepada IRDA untuk berinteraksi dengan peniaga dari Zurich berhubung peluang yang terdapat di Iskandar Malaysia.

Dijangkakan, momentum bagi mendapatkan kesefahaman dan keyakinan di kalangan warga Singapura akan bertambah mantap pada tahun 2011, dan IRDA akan terus memainkan peranan proaktif dalam menguruskan perkembangan positif itu demi kebaikan semua pihak.

MEDIA DAN PERHUBUNGAN AWAMSepanjang tahun 2010, liputan berita positif mengenai Iskandar Malaysia berjaya ditingkatkan dalam media cetak sama ada di Malaysia atau di Singapura dengan pencapaian RM29.8 juta Nilai PR, berbanding RM12.4 juta pada tahun sebelumnya. Berita positif yang terhasil turutmeningkatdaripada95%pada2009kepada96.6%pada2010.

Keadaan ini adalah atas daya usaha yang dijalankan untuk mempromosi Iskandar Malaysia melalui pelbagai pendekatan mesra media sama ada di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa. Sesi perjumpaan menerusi pertemuan bersemuka dengan editor dan ketua biro terus diperhebatkan bagi mendapat persefahaman dan menjelaskan berhubung perkembangan mutakhir di Iskandar Malaysia. Penglibatan secara proaktif ini telah berjaya memperkukuh sekaligus mengekalkan hubungan akrab dengan pihak media dalam usaha melonjakkan lagi liputan berita di media cetak dan elektronik.

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

Sidang Kemuncak GES 2010

Hari Pemantauan Air Sedunia di Hutan Bandar Putra Kulaijaya, 9 November 2010

Ismail bin Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA menyampaikan ucapan semasa Sidang Kemuncak GES 2010, Singapura

Liputan berita mengenai Iskandar Malaysia

Page 78: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201066

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

Encik Takeshi Ishi, Setiausaha Pertama Kedutaan Jepun terpukau dengan kemajuan pesat Puteri Harbour, Nusajaya, 10 Mac 2010

Sesi taklimat dengan Kumpulan Okshima Kogyo, 6 Februari 2010

Ismail bin Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato’ Othman Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, 28 Oktober 2010

Kunjungan TYT Dr. Marc Barety, Duta Besar Perancis, 24 Februari 2010

Page 79: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 67

Selain daripada maklumat mutakhir mengenai kemajuan projek pembangunan, mesej utama pada 2010 adalah dalam aspek penyerahan projek di tapak, kemajuan infrastruktur, serta bagaimana rangka tindakan seperti Keselamatan dan Perlindungan serta Pengangkutan dilaksanakan.

Antara acara yang mendapat liputan meluas serta menimbulkan minat di kalangan pihak media adalah pelancaran persimpangan bertingkat Yahya Awal, Pos Polis Komuniti, Bas Iskandar Malaysia serta lawatan Perdana Menteri ke Projek Perumahan Awam Iskandar Malaysia. Program-program ini mendapat liputan meluas media utama termasuk di radio dan televisyen di samping temu ramah dengan radio Business FM (BFM) dan Johor FM berhubung tumpuan pembangunan mutakhir di Iskandar Malaysia.

Beberapa lawatan untuk pihak media daripada Kuala Lumpur, Singapura dan Johor turut diadakan bagi menarik

penglibatan dan membiasakan mereka dengan perkembangan di Iskandar Malaysia.

Iskandar Malaysia turut mendapat publisiti menerusi wawancara eksklusif di dalam majalah Arabian Business, Malaysian Business, Leaders Magazine, Business Times Singapura, The Edge Singapura serta Laporan Perdagangan dan Peluang Pelaburan (TIOS).

Di dalam negara, selain daripada siaran akhbar serta temu bual eksklusif yang dirancang untuk akhbar, majalah dan stesen berita, IRDA turut menganjurkan beberapa acara bagi mengeratkan lagi hubungan dengan pihak media tempatan, seperti Media Race dan Majlis Berbuka Puasa bersama Media.

Dari aspek Media Sosial, Iskandar Malaysia telahpun mewujudkan profil Facebook (Iskandar Malaysia) serta halaman peminat (Friends of Iskandar Malaysia) pada Mei 2010.

Menyusuri KejayaanKomunikasi Strategik

Para peserta Larian Media berpeluang berseronok dan melupakan kesibukan mereka

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Dato’ Abdul Ghani bin Othman memeriksa kualiti panel konkrit pratuang IBS yang digunakan untuk membina rumah

Page 80: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201068

PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Menyusuri KejayaanProjek Pembangunan Infrastruktur

Pakej Butiran Kos Projek Tarikh Mula Tarikh Mengikut Sebenar Projek (RM) Siap Jadual (%) (%)

1 Kerja Tanah 6,597,069.85 27 Julai 2009 15 Okt 2009 100 100

2 Kerja pembinaan 142,8080,000.00 15 Okt 2009 6 Jun 2011 92.25 92.24

3 Infrastruktur Plot A 27,763,619.80 14 April 2010 Sep 2011 67.0 63.0

4 Infrastruktur Plot B 14,008,557.00 22 Mac 2010 7 Ogos 2011 64 61

Jumlah Kos Projek RM191,177.246.65 (tidak termasuk Kos Perunding)

Pakej Butiran Kos Projek Tarikh Mula Tarikh Mengikut Sebenar Projek (RM) Siap Jadual (%) (%)

1 Sg. Tebrau 14,383,300.00 18 Ogos 2008 31 Jan 2010 100.00 100.00 (Pakej A)

2 Sg. Tebrau 9,651,844.40 23 Okt 2008 33 Okt 2009 100.00 100.00 (Pakej B)

3 Sg. Skudai 53,951,262.56 17 Nov 2008 5 April 2010 100.00 100.00 (Pakej 1) 4 Sg. Skudai 11,652,518.00 23 Okt 2008 17 Okt 2010 100.00 96.00 (Pakej 2) 5 Sg. Tebrau 18,644,348.10 10 April 2009 8 Jun 2010 100.00 100.00 (Pakej C) 6 Sg. Skudai 5,050,000.00 10 April 2009 9 April 2010 100.00 100.00 (Pakej 3)

Jumlah Kos Projek: RM113,330,273.06 (tidak termasuk Pengambilan Tanah)

Pemandangan udara kerja-kerja yang sedang dijalankan di Persimpangan Bertingkat Abu Bakar (Disember 2010)

Pemandangan udara kerja-kerja yang sedang dijalankan di Persimpangan Ulu Tiram (Disember 2010)

Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Persisir Pantai, dekat Sungai Danga (Disember 2010)

Page 81: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 69

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 (RMK9), Kerajaan Malaysia telah menyuntik dana sebanyak RM6.8 bilion untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di Iskandar Malaysia. Keutamaan dari sudut fiskal untuk projek telah diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015 (RMK10) dengan bajet tambahan berjumlah RM1.39 bilion.

Pada Februari 2008, IRDA telah diamanahkan untuk melaksanakan sebahagian daripada projek yang telah dikenal pasti di bawah RMK9 merangkumi projek pembangunan jalan raya, pembersihan sungai, saliran dan perumahan. Terdapat sejumlah 11 pakej, yang mana tujuh daripadanya meliputi projek jalan raya, dua pakej pembersihan sungai, dan satu pakej untuk projek saliran serta perumahan Iskandar Malaysia.

PROJEK JALAN RAYADua pakej jalan raya, dengan jumlah kos menjangkau RM52.0 juta, telahpun siap lebih awal daripada yang dijadualkan di sepanjang tahun di bawah kajian. Pembinaan Persimpangan Bertingkat Yahya Awal (Pakej 3A) telah dimulakan pada 29 Oktober 2008 dan siap pada Oktober 2010. Kerja menaik taraf Jalan Kolam Air (Pakej 6) telah siap pada April 2010.

Kedua-dua projek berkenaan telah dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutamanya di kawasan pusat perniagaan, dan mengurangkan tempoh perjalanan ke bandar dan kawasan pinggir bandar. Keadaan ini telah menghasilkan kesan limpahan ekonomi untuk penduduk serta perniagaan di kawasan setempat, sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan di Iskandar Malaysia.

Enam lagi pakej (termasuk Pakej 3B) dengan kos berjumlah RM1.44 bilion sedang dilaksanakan mengikut jadual. Salah satu projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan di koridor ini ialah pembinaan Lebuh Raya Pesisir Pantai enam lorong sepanjang 15 kilometer.

Apabila siap pada Disember 2011 kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi jalan utama untuk Iskandar Malaysia, dengan menambah baik kesalinghubungan ke Lapangan Terbang Senai serta Pelabuhan Tanjung Pelepas, sambil mengurangkan waktu perjalanan daripada Johor Bahru ke Nusajaya kepada 10 minit sahaja, berbanding 45 minit pada masa ini.

PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAIMenambah baik kualiti kehidupan merupakan objektif utama Program Pembersihan Sungai dan Saliran yang tertumpu kepada tiga sungai penting, khasnya Sungai Segget, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai.

Selain daripada meningkatkan aspek kualiti hidup dan estetika, matlamat jangka panjang program ini ialah untuk meningkatkan piawaian kualiti air yang padamasainidalamKelasIV(tidaksentuhbadan) kepada Kelas II (sentuh badan) menjelang 2015.

Mengikut takrifan, ‘tidak sentuh badan’ merangkumi aktiviti seperti menaiki bot dan memancing yang mana hanya berlaku sentuhan tidak sengaja dengan air, manakala ‘sentuh badan’ pula melibatkan merendam badan sepenuhnya.

Jumlah kos bagi projek pembersihan sungai ini, dibahagikan kepada enam pakej, mencecah RM122 juta. Setakat akhir tahun, lima pakej telahpun disempurnakan, sementara Pakej 2 Sungai Skudai sedang berjalan seperti yang dirancang dan dijangka siap pada Mei 2011.

PROJEK SALIRANDengan menaik taraf sistem saliran di Iskandar Malaysia, kejadian banjir kilat akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Sejumlah RM113 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan 11 pakej projek saliran yang diuruskan oleh Bahagian Teknikal & Projek IRDA sejak 2008.

Lima daripada pakej ini telahpun siap pada 2009, manakala baki enam pakej lagi disempurnakan pada 2010.

Selain daripada pembinaan sistem saliran baru, program ini juga melibatkan pembesaran sistem saliran untuk aliran air yang lebih baik serta pembinaan pamah pasang surut bagi mencegah air daripada sungai melimpah masuk ke dalam sistem saliran semasa air pasang.

Seperti kebanyakan projek lain yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia, penerima faedah muktamad bagi segala usaha IRDA adalah para penduduknya, iaitu generasi hari ini dan masa hadapan.

Menyusuri KejayaanProjek Pembangunan Infrastruktur

Pemandangan udara kerja-kerja yang sedang dijalankan di Persimpangan Ulu Tiram (Disember 2010)

Pembersihan Sungai – Sungai Tebrau

Projek Saliran – Jalan Permatang dan Jalan Denai, Kempas

Page 82: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201070

PERUMAHAN AWAM ISKANDAR MALAYSIA (PRISMA)Tidak lama lagi, sejumlah 1,500 keluarga di Iskandar Malaysia akan menikmati faedah daripada penambahbaikan dan persekitaran hidup yang lebih kondusif. PRISMA adalah projek pembinaan rumah yang dilaksanakan oleh IRDA bagi mempamerkan keadaan masa depan perumahan awam di Iskandar Malaysia.

Dirancang sebagai sebuah projek kediaman berkepadatan sederhana, projek ini akan dilengkapkan dengan beraneka kemudahan awam yang merangkumi dewan masyarakat, tadika, surau, pos polis komuniti serta kemudahan rekreasi seperti padang bola, gelanggang futsal dan badminton serta taman permainan kanak-kanak.

Kerja-kerja pemasangan cerucuk bagi pembinaan 34 blok pangsapuri telah bermula pada Januari 2010 dan telah disiapkan menjelang 31 Julai 2010, yang telah membuka jalan bagi memulakan kerja-kerja pembinaan. PRISMA dibina menggunakan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS), di mana komponen utama dibuat di kilang sebelum diangkut dan dipasang di tapak.

Salah satu faedah utama sistem IBS ini ialah ketinggian kualiti produk yang dibuat di bawah kawalan kualiti yang ketat. Blok binaan utama PRISMA ialah panel binaan dan untuk tempoh 8 bulan, lebih kurang 34,000 panel telah dihasilkan. Kerja pemasangan telah diselesaikan pada 30 November 2010.

Menjelang akhir 2010, PRISMA mencapai 85%tahappenyiapandanakanberoperasimenjelang suku ketiga 2011.

Sepanjang tahun di bawah kajian, PRISMA telah dinilai oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yangtelahmemberikan95%skorIBS,melebihiskor70%yangditetapkanolehUnit Perancang Ekonomi. Skor IBS yang tinggi mencerminkan pengurangan yang lebih besar untuk buruh tapak, kurang pembaziran, persekitaran lebih bersih, kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih selamat, projek dapat disiapkan lebih cepat dan jumlah kos pembinaan lebih rendah.

Bagi mencapai sasaran ini, PRISMA telah menetapkan taraf piawaian lebih tinggi sekaligus menjadi contoh bagi pembinaan perumahan awam di dalam negara.

Menyusuri KejayaanProjek Pembangunan Infrastruktur

Perumahan Awam Iskandar Malaysia yang terletak di Jalan Lima Kedai, Gelang Patah

Page 83: menyentuh kehidupan menyemai nilai

ZON UTAMA ABANDARAYA JOHORBAHRUBandaraya Johor Bahru adalah “Gerbang Selatan”Malaysiayangmenerima60%daripada pelancong asing yang melawat Malaysia.

Sebagai Pusat Kawasan Perniagaan, ia juga adalah gerbang utama untuk masuk dan keluar dari Singapura (melalui Tambak). Aktiviti utama semasa di Zon Utama A ialah perkhidmatan kewangan, perdagangan dan peruncitan, kesenian dan kebudayaan, hospitaliti, pelancongan bandar, pembuatan plastik, elektrikal dan elektronik (E&E) serta pemprosesan makanan.

Pemandangan waktu malam Pusat Bandaraya Johor Bahru

Page 84: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201072

PERANCANGAN BERSEPADU

KE ARAH KELESTARIAN ISKANDAR MALAYSIA Seiring dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas karbondioksidanegarakepada40%mengikut KDNK dengan menggunakan 2005 sebagai tahun asas serta wawasan untuk membangunkan Iskandar Malaysia menjadi sebuah metropolis yang mampan dan lestari, IRDA sedang berusaha ke arah mencapai status Masyarakat Rendah Karbon (LCS) di Iskandar Malaysia menjelang tahun 2025. Perancangan IRDA adalahuntukmencapaiantara30–50%pengurangan keamatan pelepasan CO2 mengikut KDNK menjelang 2025.

Dalam usaha mencapai status LCS ini, IRDA berhadapan dengan beberapa cabaran, termasuklah:

• Pembangunanyangpesatdanberselerak

• Ancamanterhadapkawasan-kawasanyang telah ditentukan sebagai zon perlindungan alam sekitar

• Degradasikawasan-kawasansemulajadi

• Kadarpemilikankeretapersendirianyang tinggi

• Kebergantunganyangtinggikepadabahan api fosil

• Budayakitarsemulayangterhad• Kelengkapanrumahyangterhad

tenaga

Bagi menangani cabaran-cabaran ini, IRDA telah menyediakan beberapa pelan induk yang diharap dapat menzahirkan pembangunan lestari di Iskandar Malaysia. Antara lain, rangka tindakan ini merangkumi beberapa perkara, termasuk penggunaan tanah secara bersepadu, perancangan alam sekitar, pengurusan sisa pepejal bersepadu, kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, penyata sifat kawasan, pengangkutan awam bersepadu, pelan pengurusan, penyelenggaraan dan pengendalian pesisir pantai serta pengurusan pengairan dari saliran bandar.

Pada 2010, Bahagian Perancangan Bersepadu (IP) telah menyempurnakan sebahagian besar daripada Pelan Induk dan telah mula melaksanakan beberapa projek utama. Keselamatan dan perlindungan (Bandar Selamat) serta pengangkutan (Menambah baik kesalinghubungan) terus menjadi projek utama IP, manakala inisiatif lain yang telah dilaksanakan termasuklah – Pengurusan Guna Tanah, Perlindungan Alam Sekitar, Menambah baik Infrastruktur dan Kemudahan yang Efisien, serta Memelihara dan Mempromosi Warisan dan Budaya.

MENGURUSKAN PENGGUNAAN TANAHPelan Induk Penggunaan Tanah Bersepadu telah disahkan di dalam mesyuarat AIC pada 2010. Pelan Induk ini menyediakan panduan serta rangka kerja untuk semua perancangan tanah bagi memastikan pendekatan yang konsisten dalam menguruskan impak sosial, ekonomi dan alam sekitar demi

pertumbuhan masa hadapan di Iskandar Malaysia. Prinsip bagi pertumbuhan dan pengurusan penggunaan tanah adalah:

• Menghadkanpertumbuhankeluarmenerusi “Urban Growth Boundary”

• Pembangunandilakukansecaraberkaladan mengikut keutamaan dalam lingkungan pelan bandar sedia ada

• Memperuntukkantanahuntukpertumbuhan masa hadapan

• Melindungisumberalam,persisiranhijau dan rangkaian alam semula jadi daripada pembangunan yang tidak sesuai dan mempertingkatkan nilai kenyamanannya untuk kegunaan masyarakat umum

• Menggalakkanpembangunanpemangkin

• Menjanasemulakawasan-kawasanyang telah lama dan terbiar

• Menyepadukanjalinanpengangkutanserta pengurusan guna tanah

• Menghalakanpertumbuhankekawasanyang sudah mempunyai infrastruktur

• Memperkenalkantatacarasertamekanisme baru pengurusan bandar bagi menyelaras pembangunan dan perkhidmatan infrastruktur dengan lebih baik

Pelan Induk ini menjadi asas kepada pindaan terhadap pelan tempatan Daerah Johor Bahru dan Pontian, yang telah diselaraskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Johor, dan disokong oleh lima (5) pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia.

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

Page 85: menyentuh kehidupan menyemai nilai

ZON UTAMA BNUSAJAYANusajaya terletak di sebelah barat Johor Bahru, berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Gelang Patah. Zon Utama B merupakan pusat pertumbuhan baru yang utama bagi Iskandar Malaysia di mana sebahagian besar daripada projek pemangkin akan dibangunkan.

Aktiviti ekonomi utama di Zon Utama B ini tertumpu kepada pembangunan hartanah bercampur, pentadbiran Kerajaan Negeri & Persekutuan serta logistik. Seterusnya, Zon Utama B akan menjadi hab bagi seni kreatif dan hiburan, kemudahan perubatan, institusi pendidikan, pelancongan, bioteknologi dan pembuatan berteknologi tinggi.

Horizon Hills Golf and Country Club, Nusajaya

Page 86: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201074

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

MELINDUNGI ALAM SEKITARPelan Induk Perancangan Alam Sekitar (EPB) serta Pelan Pengurusan Pesisir Pantai (SMP) telah disempurnakan dan disahkan pada November 2010. Kedua-dua rangka tindakan akan memperlihatkan bentuk pembangunan dan penggunaan tanah yang lestari, yang mana ia akan mengekal dan memantapkan kualiti, ciri serta rupa bentuk alam semula jadi; di mana EPB meliputi seluruh Iskandar Malaysia dan SMP memberi penumpuan terhadap pengurusan persisiran pantai Iskandar Malaysia.

Seiring dengan usaha Kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon, IRDA bersama para penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kyoto serta Institut Pengajian Alam Sekitar Kebangsaan (NIES) telah memulakan kajian mengenai Masyarakat Rendah Karbon untuk Iskandar Malaysia. IRDA telah bekerjasama serta menyokong pelbagai majlis yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta yang lain seperti Earth Hour, Pelancaran Penanaman 26 Juta Pokok dan Hari Air Sedunia.

IRDA turut menyokong program “Save the Environment, People!” (STEP) oleh AIESEC UTM, iaitu sebuah program yang bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan remaja tentang isu kelestarian dan memberi peluang kepada penglibatan mereka.

Siri perbincangan bulanan tentang alam sekitar telah dikendalikan sebagai sebahagian daripada kempen untuk meningkatkan kesedaran di kalangan agensi kerajaan dan entiti persendirian.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai pengkhususan biodiversiti, penghijrahan burung, tapak Ramsar di Johor, serta pengurusan sumber berasaskan komuniti.

IRDA telah terpilih sebagai juri untuk Sekolah Lestari – Penilaian Alam Sekitar, iaitu sebuah program bersama oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pelajaran. Pada Mei dan Jun, IRDA telah menjelajah ke 26 buah sekolah di serata Johor bagi menilai amalan harian di kalangan kakitangan dan pelajar dari segi kecekapan dan kelestariannya. Para juri juga telah mengesyorkan amalan mesra alam yang berkesan untuk pengurusan sekolah.

IRDA juga telah memberikan input penting untuk Semakan Ke-2 Pelan Fizikal Kebangsaan, Pelan Tempatan dan penyerahan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar Johor.

MEWUJUDKAN BANDAR SELAMATPelan Induk Keselamatan dan Perlindungan telah disiap dan disahkan pada 2009. Rangka tindakan ini membantu sektor awam, sektor swasta serta masyarakat bekerjasama dalam membina persekitaran yang selamat dan terjamin.

Pelan Induk ini mengesyorkan suatu tempoh peningkatan keupayaan keselamatan dan perlindungan selama tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh sehingga 2015, tumpuan terhadap perluasan kemampuan sepanjang Rancangan Malaysia Kesebelas sehingga 2020, dan tumpuan terhadap pengekalan keupayaan sepanjang Rancangan Malaysia Kedua belas sehingga 2025.

Polis Tambahan sedang bertugas

Sekawan memerang berbadan licin ditemui sedang bermain di sebuah anak sungai di Tanjung Piai

Page 87: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 75

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

Pelancaran Pos Polis Komuniti, Taman Bestari Indah Upacara Perbarisan Polis Diraja Malaysia

Usaha-usaha bagi memelihara dan menjaga keamanan, keselamatan dan perlindungan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam membina sebuah wilayah yang selamat dan terjamin, Iskandar Malaysia memberi penumpuan terhadap strategi bersepadunya, khasnya:

• Membinakeupayaandiantaraagensi awam, sektor swasta dan masyarakat bagi menangani isu yang berkaitan dengan keselamatan serta perlindungan;

• Membentukdanmenanganitanggapanmasyarakat mengenai keselamatan awam;

• Penyertaanmasyarakatmenerusikerjasama dan memanfaatkan teknologi

Keselamatan adalah keutamaan tertinggi dan dalam mengatasi isu ini, IRDA telah mengadakan kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia bagi memastikan keselamatan dan perlindungan awam sentiasa dijaga. Iskandar Malaysia telah berjaya mengurangkan dengan ketara

indeksjenayahiaitusebanyak21.32%danjenayahjalanansebanyak47.56%pada2010, berbanding 2009.

Penurunan kadar jenayah ini telah dicapai menerusi beberapa tindakan yang merangkumi:

• Penambahantenagakerja–Penggunaananggota polis di Iskandar Malaysia daripada 6,172 anggota pada 2007

• PengenalanDaerahPolisyangbaru–3daerah polis yang baru telah ditetapkan bagi mengukuhkan 2 daerah polis yang sedia ada di Iskandar Malaysia. Kini Iskandar Malaysia mempunyai 5 daerah polis dengan sejumlah 27 Balai Polis, 9 Balai Polis yang berfungsi dan 14 Balai Polis Komuniti

• PelancaranPondokBittambahan– baru-baru ini, polis Johor telah melancarkan 26 pondok bit bergerak sebagai pelengkap kepada penambahan 480 tenaga kerja daripada Pasukan

Gerakan Am (PGA), sebagai sebahagian daripada inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menyediakan Iskandar Malaysia dengan kehadiran polis yang secukupnya

• PasukanPolisBergerak–Dalammelaksanakan Kepolisian Berprofil Tinggi, polis di Iskandar Malaysia mempunyai 273 Kereta Peronda Polis (MPV)dan12BalaiPolisBergerakyang berfungsi sebagai pusat arahan taktikal polis bagi mengawasi lima nod pembangunan di Iskandar Malaysia

• PasukanGerakKhasPolisuntukPara Pelabur – Untuk menangani secara khusus isu keselamatan dan perlindungan yang melibatkan para pelabur, Polis Diraja Malaysia Johor telah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk mengendali sebarang laporan dan aduan yang dikemukakan oleh pelabur asing

• SistemTelevisyenLitarTertutup(CCTV)– Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia, seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) telahmemasangsejumlah73CCTVtambahan di lima belas (15) ‘kawasan panas’

• PolisTambahan–Untukmenambahlagikehadiran polis secara fizikal di Iskandar Malaysia, sepasukan Polis Tambahan dengan kekuatan sebuah Batalion yang terdiri daripada 924 anggota telahpun diluluskan untuk ditempatkan di kawasan infrastruktur kritikal dan projek pemangkin

Page 88: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201076

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

Tahun 2010 telah memperlihatkan kesinambungan pelaksanaan program Keselamatan & Perlindungan yang cepat berkesan (quick win). Sejumlah 16 Pos Polis Komuniti dibina dan 6 unit telah diserahkan kepada PDRM untuk pengendalian. Pos Polis Komuniti yang pertama ialah di Taman Bestari Indah.

Pos Polis Komuniti berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor pada 13 Mac 2010, dan dihadiri Ketua Polis Negara serta Ketua Polis Johor.

Tahun 2010 juga telah menyaksikan pelaksanaan inisiatif NKRA ke arah pengurangan jenayah di seluruh Malaysia dan Iskandar Malaysia. Wakil IRDA di Makmal Jenayah NKRA telah memainkan peranan penting dalam menjajarkan inisiatif Makmal Jenayah NKRA dengan Rangka Tindakan Keselamatan & Perlindungan Iskandar Malaysia.

Pada April 2010, pasukan Keselamatan & Perlindungan IRDA telah dijemput untukmerumusGarisPanduanCCTVKebangsaan. Pencapaian terbesar pasukan ini adalah mewujudkan syarat di mana semua permohonan rancangan pembangunan yang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia tidak akan diluluskan melainkan peruntukanadanyaCCTVdidalampermohonan tersebut.

Terdahulu, pada bulan November 2010, Jawatankuasa Perancangan Negeri Johor turut meluluskan Garis Panduan CCTVsertaGarisPanduanCPTEDuntukdilaksanakan di Iskandar Malaysia khususnya dan seluruh Johor, amnya.

IRDA turut terlibat secara aktif dalam Program Bandar Selamat yang diketuai oleh Yang Dipertua dari 5 Pihak Berkuasa Tempatan sekitar Iskandar Malaysia, seperti yang disyaratkan oleh inisiatif Pengurangan Jenayah NKRA. Pelancaran 15 inisiatif Bandar Selamat di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Iskandar Malaysia menunjukkan pelaksanaan sebahagian daripada Program Pelan Induk Keselamatan & Perlindungan.

Usaha ini adalah selaras dengan strategi bersepadu bagi memantapkan kemampuan dan keupayaan semua agensi penguatkuasaan undang-undang di Iskandar Malaysia, di samping membentuk dan mengendali tanggapan masyarakat umum tentang keselamatan dan perlindungan.

MENINGKATKAN TAHAP KEMUDAHSAMPAIANPada 2010 dalam usaha menambah baik dan menstruktur semula industri bas di Iskandar Malaysia, IRDA telah melancarkan Bas Iskandar Malaysia pada 1 Februari 2010. Dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, projek ini dianggap menyerlah oleh masyarakat setempat.

Sehingga kini, 34 buah bas telahpun beroperasi di 17 laluan sosial di serata Iskandar Malaysia. Seiring dengan pelaksanaan projek ini, IRDA serta Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM) telah menghasilkan beberapa program bagi memantapkan sistem operasi dan kecekapan industri bas.

IRDA telah berjaya melaksanakan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHECoP) di dalam semua dokumen kontrak dengan pengendali Bas Iskandar Malaysia. Pelaksanaan ini sejajar dengan strategi negara untuk menambah baik keseluruhan amalan para pengendali pengangkutan awam.

Kursus, latihan serta bengkel kerja telah dijalankan untuk para pengendali bas berkongsi pengalaman dan amalan terbaik. Melalui usaha ini, persefahaman dan kerjasama di antara para pengendali menjadi baik dan wujud kesedaraan terhadap pentingnya SHECoP dalam mencapai perkhidmatan amalan yang selamat, cekap, produktif dan mampan.

IRDA telah menandatangani Perjanjian Tahap Perkhidmatan dengan semua pengendali Bas Iskandar Malaysia, bertujuan untuk memastikan penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan. IRDA turut merangka modul latihan bagi melatih dan mempersiapkan kemasukan pemandu baru ke dalam industri.

Modul latihan ini telah dilancarkan pada Oktober 2010 dengan pengambilan 31 orang pelatih. Latihan ini dikendalikan bersama oleh IRDA, PAIM, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Institut Memandu Bunga Raya. Kesemua 31 pelatih telah tamat latihan dan kini bekerja dengan pengendali Bas Iskandar Malaysia.

Pemasangan CCTV

Pemantauan CCTV

Page 89: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 77

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

Pada 2010, Bas Iskandar Malaysia telah mencapai prestasi penumpang sebanyak 26%berbandingsasaran20%melaluiaktiviti-aktiviti promosi dan kempen kesedaran. Ini memberi maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan perkhidmatan yang disediakan, juga keselamatan jalan raya dan penjagaan alam sekitar.

IRDA, dengan kerjasama Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah mengadakan 12 siri Kempen Keselamatan bersama Sekolah di Laluan Bas Iskandar Malaysia, yang melibatkan 40 buah sekolah rendah dan menengah di sekitar Iskandar Malaysia. Kempen ini telah berjaya mempromosi perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia dan mencegah vandalis terhadap bas dan lain-lain kemudahan pengangkutan awam.

Pihak IRDA dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah membina 219 tiang-tiang bas yang memaparkan maklumat laluan dan jadual perjalanan. IRDA menghargai sumbangan Today’s Market, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Giant, Teraju Kyu Sdn. Bhd. dan S.P. Setia dalam menaja hentian dan tiang bas baru di lokasi-lokasi terpilih.

Operasi Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia yang konsisten penting dalam usaha menarik lebih ramai bilangan pengguna pengangkutan bas awam. Justeru itu, PAIM dan IRDA melibatkan pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat untuk menyokong perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia serta semua inisiatif yang berkaitan.

Perkhidmatan Bas Iskandar Malaysia telah memberi manfaat kepada sejumlah 300,000 penduduk di 52 kawasan kediaman dan perkampungan. Ia telah membawa beberapa hasil positif kepada masyarakat tempatan serta agensi yang terlibat dalam projek ini.

Perkhidmatan ini menyediakan pengangkutan yang lebih mesra komuniti dan mampu untuk dimanfaat oleh penduduk tempatan sekaligus meningkatkan hubungan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan serta sektor swasta.

Mempamerkan Bas Iskandar Malaysia yang sedia merentas laluan

Pelancaran Bas Iskandar Malaysia pada Februari 2010

Page 90: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201078

Langkah seterusnya, IRDA menyedari keperluan untuk menangani isu pengangkutan di Iskandar Malaysia dengan lebih holistik. Pelan Induk Pengangkutan untuk Iskandar Malaysia telah dibentuk dan disiapkan pada 2010 dengan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan seperti penggiat industri, agensi kerajaan, pemaju, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan pengangkutan dan logistik serta pemimpin masyarakat.

Pelan Induk Pengangkutan merupa satu dokumen yang lengkap dalam usaha IRDA menyelesaikan isu-isu pengangkutan serta merancang dan membangun pengangkutan bersepadu. Ia meliputi pelbagai segmen, termasuk pengangkutan awam, pengangkutan persendirian, pengangkutan kargo, teknologi hijau dan struktur institusi pengangkutan. Pelan Induk ini menyediakan pelan perlaksanaan sehingga tahun 2030 bagi mencapai sasaran sistem pengangkutan yang mampan serta persekitaran rendah karbon.

Pelan Induk ini menggariskan projek-projek utama untuk perlaksanaan serta-merta dan yang paling kritikal adalah pembangunan sistem pengangkutan awam massa di Iskandar Malaysia. Sistem ini serta rangkaian jalan raya yang optimum dijangka dapat meningkatkan tahap kemudahcapaian dan kemudahsampaian sistem pengangkutan bagi lebih 3 juta bakal penduduk Iskandar Malaysia.

Pelan Induk ini turut mensasarkan rangkaian dan kemudahan pengangkutan kargo yang cekap bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Iskandar Malaysia.

MENAMBAH BAIK KECEKAPAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITIIskandar Malaysia sudahpun mempunyai aksesibiliti dan kesalinghubungan yang baik antara daerah atau negeri-negeri lain menerusi Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Linkedua, Lebuh Raya Senai Desaru, Lebuh Raya Pasir Gudang dan Lebuh Raya Persekutuan dan Jalan Skudai. Terdapat banyak lagi projek di bawah perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan mobiliti dan kecekapan pengangkutan di Iskandar Malaysia berdasarkan CDP 2006-2025.

Dalam usaha ke arah memastikan kecekapan sistem hubungan bandar di Iskandar Malaysia, satu piawaian susun atur jalan raya yang menyeluruh dan garis panduan yang sesuai adalah penting. Justeru itu, Bahagian Perancangan Bersepadu IRDA telah mengarahkan kajian terhadap Pelan Induk Rekaan Susun Atur Jalan Raya untuk Iskandar Malaysia yang telah disiapkan pada Disember 2010.

Selain menyediakan garis panduan yang bersesuian untuk perancangan jalan raya, Pelan Induk ini juga telah mengenal pasti isu yang berkaitan dengan pelaksanaan yang tidak wajar dan menjejaskan kecekapan penggunaan jalan raya seperti ciri-ciri keselamatan, utiliti, perabot jalan serta kawasan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

Satu lagi aspek yang akan menjejaskan kecekapan infrastruktur ialah banjir dan banjir kilat di Iskandar Malaysia. Banjir serta banjir kilat boleh memberi kesan ketara kepada prestasi pembangunan dan ekonomi Iskandar Malaysia, justeru itu, Bahagian Perancangan Bersepadu IRDA

telah menghasilkan Pelan Induk Pengurusan Pengairan dan Saliran Bandar dan telah disempurnakan pada Disember 2010.

Pelan Induk ini akan menjadi bahan rujukan dan pemantau bagi pengurusan pengairan dan saliran bandar bagi mana-mana pembangunan sekitar Iskandar Malaysia. Analisis hidraulik dan cadangan yang ditekankan di dalam Pelan Induk ini akan membantu pihak berkuasa tempatan di Iskandar Malaysia serta Jabatan Saliran dan Pengairan untuk merangka pelan tindakan tebatan banjir dalam mengekang kejadian banjir kilat dari berulang.

Selain menyediakan garis panduan bersesuaian, dokumen perancangan dan Pelan Induk komprehensif, penyelenggaraan infrastruktur sedia ada dan di masa hadapan juga adalah penting. Bagi memastikan “Infrastruktur Kelas Pertama, Pemikiran Kelas Ketiga” tidak berlaku di Iskandar Malaysia, Bahagian Perancangan Bersepadu IRDA turut menjalankan kajian mengenai Rancangan Penyelenggaraan dan Pengendalian. Pelan Induk telah tersedia bagi memastikan pengurusan fasiliti yang sesuai ketika perancangan dan pelaksanaan sebarang infrastruktur di Iskandar Malaysia.

Pelan Induk ini merangkumi semua aspek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan aset yang selaras dengan “Dasar Aset Kerajaan 2007” termasuk kesedaran awam ke arah perubahan pemikiran di dalam masyarakat bagi menghargai dan memelihara aset serta infrastruktur yang ada di sekeliling mereka. Pelan Induk ini telah disiapkan pada Disember 2010.

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

BUS RAPIT TRANSIT (BRT) SYSTEM

Skudai Hub

Tun Aminah Hub

The BRT station is designed as elevated structures with ticketing facilities for every station. The platform is at the ground floor, and the ticketing area is located on the top floor. Every BRT station is covered with canvas roof (tensile structure) in order to have a casual impression on the station.

The BRT station is designed as elevated structures with ticketing facilities for every station. The platform is at the ground floor, and the ticketing area is located on the top floor. Every BRT station is covered with canvas roof (tensile structure) in order to have a casual impression on the station.

8000mm

8000mm

3000mm BRT interchange area

ramp

ramp

rampramp

turnstill turnstill

ticket booth

ticket booth

Peningkatan pada infrastruktur perkhidmatan bas awam dijangka membawa kehidupan yang berkualiti kepada Iskandar Malaysia

Menggalakkan berjalan dan bebasikal di Iskandar Malaysia untuk mencapai alam sekitar karbon rendah

Page 91: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 79

Penyediaan semua Pelan Induk ini telah melibatkan semua agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di samping pihak pemegang kepentingan yang berkaitan. Penglibatan mereka adalah menerusi bengkel kerja, Perbincangan Kumpulan Tumpuan dan mesyuarat.

MEMELIHARA DAN MEMPROMOSI WARISAN SERTA BUDAYAPelan Induk mengenai warisan dan budaya telah disempurnakan dan disahkan oleh AIC pada April 2010. Pelan Induk ini dikenali sebagai Penyata Ciri Kawasan telah menggariskan strategi bagi memelihara dan membangunkan warisan serta budaya sebagai suatu identiti demi generasi masa depan.

Sebuah jawatankuasa pemandu telah dibentuk untuk memberikan panduan dan bimbingan berhubung cadangan untuk Pelan Induk.

Sebuah dialog bertajuk “Bicarawara Kepentingan Warisan dan Budaya di dalam Pembangunan di Iskandar Malaysia” telah diadakan pada 3 November 2010 di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Objektif perbincangan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kumpulan sasaran mengenai kepentingan nilai-nilai sejarah dalam membangunkan Iskandar Malaysia. Siri Bicarawara ini akan menjadi wadah untuk mempromosi inisiatif Penyata Ciri Kawasan.

Dengan menampilkan 3 penceramah dari latar belakang yang berbeza, Bicarawara telah menyentuh mengenai sejarah Johor, Budaya Johor, Peluang Pelancongan serta cerita mengenai Johor Bahru di tahun-tahun awalnya. Penampilan istimewa oleh Dato’ Rahim Ramli (Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor), Dato’ Dr. Harjit “Doktor Kriket” Singh, serta Datin Patricia Lim (Pengarang JOHOR) adalah untuk berkongsi pengalaman mereka yang telah menetap di Johor Bahru selama lebih 50 tahun.

Siri Pertama Bicarawara telah menarik hampir 200 peserta yang terdiri daripada para pentadbir, ahli korporat, guru, badan profesional dan NGO.

Suatu karnival Budaya dan Warisan telah diadakan pada 31 Disember 2010 di Bandar Johor Bahru bagi menerajui dan mempromosi bandar ini sebagai sebuah tempat untuk kegiatan kebudayaan dan persembahan. IRDA serta MBJB telah

memutuskan untuk meraikan kedatangan tahun 2011 dengan acara kesenian, kebudayaan dan tarian di Karnival Budaya dan Warisan JB Bazz bersempena dengan Sambutan Hari Bandar Raya.

Karnival yang bermula dari pukul 8.00 malam ini telah diadakan di Jalan Tan Hiok Nee, JB Bazz (Jalan Segget), Jalan Ungku Puan dan Jalan Meldrum. Persembahan telah diadakan di beberapa ruang kecil di serata Bandar Johor Bahru agar pengunjung dan penonton dapat melihat dan menghayati pengalaman dan seni bina yang terdapat di sekitar Johor Bahru.

Berlandaskan usaha sama di antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), antara program yang telah diatur adalah perarakan kebudayaan, tarian, persembahan pancaragam dan cabutan bertuah.

Lebih banyak kegiatan kebudayaan akan diadakan secara aktif pada tahun 2011 berserta dengan dua (2) lagi aktiviti utama iaitu; Menamakan bangunan, jalan raya dan pembangunan serta Pemuliharaan bangunan serta tapak Warisan di Iskandar Malaysia.

Menyusuri KejayaanPerancangan Bersepadu

Memelihara budaya, kesenian dan tarian Johor. Tarian Zapin telah dipersembahkan pada Karnival Budaya dan Warisan JB Bazz, 31 Disember 2010

Dato’ Rahim Ramli, penceramah undangan istimewa yang ditampilkan dalam Bicarawara Siri Pertama, diadakan pada 3 November 2010

Kegiatan kebudayaan pelbagai kaum serta tarian telah dipersembahkan pada Karnival Kebudayaan dan Warisan JB Bazz, 31 Disember 2010

IRDA diketengahkan semasa Bicarawara Siri Pertama di Bukit Timbalan, Johor Bahru pada 3 November 2010

Page 92: menyentuh kehidupan menyemai nilai

ZON UTAMA CPEMBANGUNAN GERBANG BARATZon Utama C terletak di bahagian barat daya Iskandar Malaysia.

Selain Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Zon Utama C yang lain termasuklah tapak Ramsar (Mukim Sungai Karang dan Hutan Simpan Kekal Sungai Pulai), Loji Janakuasa Tanjung Bin, Akses Laluan Lebuhraya Kedua ke Singapura serta kawasan kediaman berkepadatan sederhana (dari PTP menghala ke Leisure Farm). Kegiatan ekonomi utama di Zon Utama C ialah perkhidmatan pelabuhan dan marin, pergudangan, logistik, kejuruteraan, pembuatan berteknologi tinggi, pengeluaran makanan, industri petrokimia dan perdagangan antara pelabuhan (entreport). Zon Utama C mengenengahkan pusat logistik, pusat pengedaran serantau, pusat perolehan serantau dan utiliti (kuasa).

Tapak Warisan Dunia, Ramsar

Page 93: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 81

PEMBANGUNAN SOSIAL

Pada dasarnya, modal insanlah yang akan menterjemahkan wawasan Malaysia dalam merealisasikan sebuah metropolis bertaraf antarabangsa. Pejabat Projek Pelan Tindakan Modal Insan (HCBPO) telah dipertanggungjawabkan untuk membangun modal insan kami, sejajar dengan strategi dan rancangan yang telah dibentangkan di dalam Pelan Tindakan Modal Insan Iskandar Malaysia (IMHCB) bagi memenuhi keperluan modal insan yang kian meningkat di dalam koridor Iskandar Malaysia.

MERAPATKAN JURANG BAKATIRDA telah menjalinkan kerja sama yang erat dengan pelbagai kementerian, kerajaan negeri serta para penggiat industri bagi membantu permintaan modal insan di Iskandar Malaysia dan Negeri Johor.

MENAIK TARAF PORTAL JOBSMALAYSIADitubuhkan oleh Kementerian Sumber Manusia (MOHR), portal JobsMalaysia merupakan sebuah sistem pemadanan kerja secara automatik dalam talian yang telah dilancarkan pada 30 Mei 2002. Portal ini terdapat di seluruh negara dan tanpa dikenakan sebarang caj. Portal ini menyediakan sambungan yang penting bagi memadankan mereka yang mencari pekerjaan dengan bakal majikan yang berpotensi. Menerusi usaha sama di antara IRDA dan Kementerian Sumber Manusia (MOHR), portal tersebut kini telahpun dinaik taraf dan berjaya dilancarkan pada 29 Jun 2010.

Dengan memanfaatkan pangkalan data JobsMalaysia yang sedia ada ini, portal yang telah dinaik taraf ini memberi banyak faedah kepada komuniti Iskandar Malaysia

serta warga Malaysia secara amnya dengan memberikan para pencari kerja maklumat yang tepat pada masanya tentang peluang pekerjaan di Iskandar Malaysia. Pihak majikan juga boleh mengakses portal ini dalam pencarian mereka mendapatkan calon-calon yang berpotensi bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada. Portal ini boleh diakses melalui pautan berikut:

• portalJobsMalaysia http://jobsmalaysia.gov.my/jcs/ jobsm general/economiccorridor.faces• lamansesawangIskandarMalaysia http://www.iskandarmalaysia.com.my/

employment-opportunity• portalRangkaianModalInsanIskandar

Malaysia (IMHCN) http://www.imhcnetwork.com.my/

hrp/employmentopportunity/main

KARNIVAL KERJAYA ISKANDAR MALAYSIADi sepanjang tahun 2010, IRDA telah bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia (MOHR), untuk menganjurkan tiga karnival kerjaya di Iskandar Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dan bakat di Iskandar Malaysia.

Sejumlah 81 buah syarikat yang terdiri daripada kesemua sembilan sektor ekonomi yang disasarkan telah mengambil bahagian dalam tiga karnival kerjaya ini. Sejumlah 4,510 kekosongan jawatan disediakan untuk pencari kerja, yang terdiri daripada pelbagai jawatan dari peringkat pentadbiran sehinggalah kepada penyelia dengan gaji bulanan minimum sebanyak RM750.00. Sejumlah 2,365 jawatan telahpun diisi oleh para pencari kerja yang menghadiri karnival kerjaya tersebut.

SISTEM PENGESANAN PELAJAR LEPASAN SEKOLAH Dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia (MOHR), IRDA telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mewujudkan suatu sistem pengesanan pelajar lepasan sekolah demi memenuhi keperluan sumber manusia di Iskandar Malaysia. Inisiatif ini bertujuan mewujudkan maklumat sebuah pangkalan data komprehensif pelajar yang telah tamat persekolahan tetapi tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sebagai potensi tenaga kerja di Iskandar Malaysia.

Sistem Pengesanan Pelajar Lepasan Sekolah ini telah dilancarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri pada 9 November 2010 dan sedang dilaksanakan di 44 buah sekolah sebagai projek perintis. Sistem pengesanan ini telahpun mengenal pasti seramai 6,468 calon yang mendapat kurang daripada lima kredit dalam peperiksaan SPM mereka pada 2009.

Data yang dikumpul akan dikongsikan dengan Kementerian Sumber Manusia (MOHR) untuk merangka dan melaksanakan strategi penglibatan bakat yang sesuai, yang memadankan pelajar lepasan sekolah kepada bakal majikan atau penyedia latihan yang akan melatih para calon dengan kemahiran yang bersesuaian dengan pasaran kerja di Iskandar Malaysia.

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKATBerdasarkan hasil yang positif daripada 13 Program Pembangunan Bakat yang telah dijalankan pada 2009, empat program baru telahpun dilancarkan pada 2010. Program baru yang melibatkan peningkatan kemahiran, membina semula kemahiran dan program prapekerjaan telah dilaksanakan oleh penyedia latihan yang dilantik dari Ogos hingga Disember 2010.

Menyusuri KejayaanPembangunan Sosial

Page 94: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201082

Program peningkatkan kemahiran dan membina semula kemahiran ini telah disesuaikan secara khusus untuk memenuhi keperluan industri gentian optik dan perkhidmatan, yang merangkumi segmen pelancongan, hospitaliti dan inap desa. Selain daripada menyokong perkembangan kelompok ekonomi ini, program ini juga akan meningkatkan lagi penyertaan masyarakat dan pihak berkepentingan.

Sejumlah 571 peserta yang terdiri daripada para pelajar yang telah tamat persekolahan dan siswazah, telah meraih faedah daripada program ini. Setelah menamatkanlatihanmereka,hampir90%daripada pelatih telah diambil bekerja oleh beberapa syarikat, terutamanya dalam industri hospitaliti dan telekomunikasi. Di kalangan mereka yang memilih mengikuti program latihan inap desa, ramai di antaranya kini telah bersedia menjadi usahawan dengan menjadi pengendali perniagaan inap desa mereka sendiri.

Program latihan ini juga telah memperlengkapan para peserta dengan kefahaman yang lebih dalam Bahasa Inggeris, lantas membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan para pelancong daripada negara-negara lain.

Program prapengambilan kerja, yang turut dikenali sebagai Program Latihan Teras Siswazah Muda (YGRACT), telah dirangka untuk memperlengkapkan para siswazah dengan kemahiran insaniah (soft skills) serta pengalaman praktikal menerusi campuran latihan di bilik darjah dan program latihan amali bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan.

Seramai 261 calon yang terdiri daripada para siswazah telah menyertai program ini. Kebanyakan dari mereka telah ditempatkan di syarikat-syarikat di dalam Iskandar Malaysia, sementara sebahagian lagi masih menjalani program latihan amali.

KERJASAMA DENGAN KEMENTERIAN DAN AGENSI PERSEKUTUANIRDA tidak akan dapat menangani semua isu modal insan secara bersendirian tanpa adanya sokongan serta kerjasama pihak Kementerian dan Agensi Persekutuan. Suatu perkongsian pintar dan kerjasama strategik telah diwujudkan di kedua-dua peringkat Persekutuan dan Negeri bagi memastikan bahawa inisiatif yang telah dikenal pasti dapat dan dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

Terdapat begitu banyak contoh bagi usaha kerjasama yang telah membuahkan hasil dan ini termasuklah projek Menaik Taraf Portal JobsMalaysia serta penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemandu khas bagi memantau dan memimpin dalam pelaksanaan kesemua inisiatif HCBPO yang melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Karnival Kerjaya Iskandar Malaysia, Pasir Gudang, 3 hingga 4 Jun 2010

Program Pembangunan Bakat, Inap Desa & Hospitaliti

Program Motivasi dan Mengubah Cara Pemikiran – Para Pelajar UPSR

Terdapat peluang pekerjaan yang memadai di kedua-dua peringkat siswazah dan bukan siswazah

Terdapat peluang pekerjaan yang memadai di sektor Pembuatan dan Perkhidmatan di Iskandar Malaysia

Menyusuri KejayaanPembangunan Sosial

Tahun Bil Pekerjaan Siswazah Bukan Siswazah

2009 73,235 7,833 65,402

2010 84,622 5,243 79,379

Tahun Bil Pekerjaan Pembuatan Perkhidmatan

2009 72,060 52,503 19,557

2010 76,227 50,653 25,574

Page 95: menyentuh kehidupan menyemai nilai

IRDA turut menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (MOHR) bagi mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu serta Sistem Latihan Berkembar Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia (MOHR). Dengan bantuan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE), IRDA berusaha secara konsisten untuk meningkatkan peratus mata pelajaran yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT) di Iskandar Malaysia.

Bagi menyediakan persekitaran pembelajaran bertaraf dunia, IRDA turut menumpukan usaha untuk melibatkan pakar-pakar industri sebagai pensyarah di IPT Iskandar Malaysia sama ada secara sambilan atau atas dasar kontraktual. Para pensyarah IPT daripada universiti antarabangsa/luar negara yang memiliki reputasi baik akan turut diambil sebagai pensyarah jemputan.

Bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), IRDA sedang merangka sebuah sistem klasifikasi para pekerja mahir bagi memantau penempatan bakat tempatan yang menetap di dalam atau di luar Iskandar Malaysia, yang mana ia akan memberi kawalan kepada penghijrahan pekerja asing secara terkawal dan tepat pada masanya. Selain daripada itu, inisiatif yang lain ialah untuk mengekalkan tenaga kerja wanita dalam pasaran kerja.

Kementerian Pelancongan turut sama tersenarai untuk memberi bantuan bagi mempromosi Skim Latihan Amali Industri Hospitaliti untuk para pelajar yang tamat persekolahan. IRDA juga menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran mengenai program Ujian Bahasa

Inggeris Universiti Malaysia (MUET) di kalangan para pelajar sekolah menengah.

PROGRAM PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia yang penting kerana jumlahnya yang besar, peluang pekerjaan serta sumbangannya kepada pembangunan ekonomi.

Ia akan terus menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi sambil Malaysia terus melangkah ke hadapan untuk menjadi sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020. Memandangkan kepentingan PKS kepada ekonomi Malaysia, IRDA telah melancarkan beberapa inisiatif sokongan.

Pembangunan Bakat, Inap Desa & Hospitaliti

Page 96: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201084

PROGRAM MEMULAKAN PERNIAGAAN ANTARABANGSAIRDA telah menganjurkan sebuah acara PKS antarabangsa yang dihadiri oleh para Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan serta Anggota Pengasas daripada lebih 200 PKS di Asia Tenggara. Acara ini adalah hasil daripada usaha sama yang dilaksanakan dengan Kedutaan Amerika Syarikat serta Global Entrepreneurship Sdn Bhd.

Program pemadananan-perniagaan PKS dan jaringan antarabangsa menyediakan landasan yang bermanfaat untuk memulakan sebuah usaha niaga baru, dengan menghimpunkan para usahawan dan pelabur dari serata dunia untuk mengubah idea-idea hebat menjadi sebuah perniagaan berdaya maju.

Program ini telah menyaksikan penyertaan 15,000 usahawan yang memiliki aspirasi memulakan 560 syarikat baru. Sebagai sebahagian daripada program ini, seorang mentor akan memilih dari setiap 4-5 PKS yang mengambil bahagian.

Program ini turut mendapat sokongan aktif Kerajaan Amerika Syarikat yang akan menaja lawatan perniagaan selama seminggu ke Lembah Silikon di California untuk pemenang Pertandingan Terbuka Permulaan Perniagaan, di samping turut membantu PKS yang berhasrat untuk memperluaskan latihan amali perniagaan mereka ke luar negara.

PORTAL PERDAGANGAN ISKANDARPada tahun 2010, IRDA juga telah melancarkan Portal Perdagangan Iskandar (ICP), yang kini boleh didapati di laman sesawang Iskandar Malaysia. Dibangunkan oleh IRDA, Portal Perdagangan Iskandar Malaysia ini merupakan versi digital

‘Yellow Pages’ yang mengumpulkan maklumat daripada semua kontraktor yang mewakili pelbaga jenis industri di bawah satu portal.

Ia adalah pangkalan data yang tidak ternilai untuk para pelabur besar dan antarabangsa dalam usaha mereka mencari pembekal dan kontraktor tempatan. Bagi 250 syarikat yang telahpun berdaftar sehingga kini, portal ini memberikan maklumat berguna tentang peluang dan kontrak yang terdapat di kedua-dua sektor kerajaan dan swasta.

PROGRAM KEUSAHAWANAN INTERNET UNTUK IBU TUNGGALBerbekalkan kerjasama dengan pihak Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), IRDA telah melancarkan sebuah program yang dinamakan Program Keusahawanan Internet untuk Ibu Tunggal. Objektif program ini ialah untuk membantu PKS yang diusahakan oleh ibu tunggal meningkatkan lagi pendedahan produk, kebolehpasaran, jenama dan jualan menerusi internet.

Kos pembinaan hos ditanggung oleh MDeC untuk setahun, manakala para peserta perlu menjalani program latihan selama 3 hari untuk menghasilkan laman sesawang peribadi atau syarikat mereka. Seterusnya mereka akan dipantau selama setahun untuk memantau perkembangan perniagaan mereka.

Seramai 25 peserta/syarikat telah terpilih untuk pengambilan awal, dan dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas laman sesawang produk/korporat mereka diwujudkan dan beberapa peserta telah berjaya mencapai peningkatan jualan sehingga30%.

Menyusuri KejayaanPembangunan Sosial

Program Memulakan Perniagaan Antarabangsa, September 2010

Program Keusahawanan Internet untuk Ibu Tunggal, September 2010

Page 97: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 8585

Menyusuri KejayaanPembangunan Sosial

RANGKUMAN SOSIAL

1AZAM-MEMBASMI MISKIN TEGARDi bawah Program Transformasi Kerajaan, salah satu matlamat teras Bidang Keberhasilan Utama Negara ialah untuk meningkatkan taraf hidup warga Malaysia dalam isi rumah berpendapatan rendah (NKRA-LIH) dan untuk mengurangkan kadarkemiskinannegarakepada2.8%menjelang Disember 2010. Tanggungjawab melaksanakan NKRA-LIH ini terletak pada Pejabat Penyelarasan Pelaksanaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bagi mencapai objektif NKRA-LIH, program yang dinamakan Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) telah dilancarkan dan dilaksanakan di seluruh negara pada 27 Julai 2009. IAZAM merupakan titik permulaan ke arah membantu dan mempersiapkan kumpulan sasaran agar menyedari peluang ekonomi yang tersedia demi mempertingkatkan taraf kehidupan serta pendapatan isi rumah mereka. Di bawah program ini, sejumlah 90 isi rumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM440 telah dipilih untuk menyertai mana-mana di antara empat program berikut:

Azam Niaga : Untuk menjana peluang perniagaan menerusi latihan dan kemudahan kredit-mikro

Azam Tani : Untuk menjana pendapatan menerusi pelan tindakan dengan Kementerian Pertanian

Azam Khidmat : Untuk menumpukan kepada usaha melatih dan memperlengkapkan para peserta agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam sektor perkhidmatan

Azam Kerja : Bagi memastikan peluang pekerjaan menerusi pemadanan kerja dan penempatan berdasarkan kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia

IRDA menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan negeri bagi memastikan kejayaan IAZAM. Di sepanjang tahun 2010, IRDA telah menganjurkan dua Hari Terbuka untuk memberi taklimat kepada para peserta tentang empat program yang ditawarkan diatas. Para peserta digalak mendaftarkan minat mereka dengan agensi yang melaksanakannya.

Menerusi latihan intensif dan kaunseling, IRDA telah berjaya mengubah pemikiran serta sudut pandangan para peserta di bawah program 1AZAM. Para peserta telah diberi motivasi agar menjadi lebih berdikari dan memiliki pandangan yang lebih bersifat keusahawanan. Hasil daripada usaha ini, bilangan isi rumah miskin tegar telah dapat dikurangkan secara progresif dalam tempoh 8 bulan, iaitu dari Mei hingga Disember 2010.

MEMUPUK PEMIMPIN MASA HADAPANIRDA serta Jabatan Kerajaan Negeri Johor telah bergabung tenaga untuk melancarkan sebuah program bagi mengasuh para pelajar yang berpotensi tinggi menjadi pemimpin di masa hadapan dan peneraju industri. Program ini adalah padanan yang sesuai kepada strategi Pelan Tindakan Modal Insan Iskandar Malaysia (IMHCB) bagi membangunkan bakat untuk mengisi jawatan-jawatan penting di koridor. Sejumlah 20 pelajar Tingkatan Empat yang mewakili mereka yang terbaik dari kelompok 100 pencalonan yang diterima daripada sekolah-sekolah di seluruh Johor dan dipilih dengan teliti untuk membentuk kumpulan perintis Majlis Pemimpin Pelajar Johor (JSLC). DYMM Raja Zarith Sofia binti Sultan Idris Shah, Sultanah Johor, menyampaikan anugerah kepada seorang pelajar

Tingkatan Empat dalam Majlis Pemimpin Pelajar Johor (JLSC) pada November 2010.

Page 98: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201086

Kumpulan pelajar pertama telahpun menjalani serangkaian program pembangunan dan latihan yang dilaksanakan dengan amat ketat bagi memastikan mereka diperlengkapkan dengan kemahiran yang sesuai dalam pelbagai macam bidang, termasuk kemahiran kepimpinan dan diplomatik, hubungan antarabangsa, protokol dan adab tertib, komunikasi, kemahiran penyampaian dan perundingan serta program pengurusan.

Program ini telah dikendalikan secara dalaman oleh pakar daripada Jabatan Pelajaran serta para profesional daripada Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri. Sebagai sebahagian penting program ini untuk memberikan para peserta pendedahan di peringkat antarabangsa dan membentuk peluang jaringan, kumpulan pertama yang terdiri daripada 10 pelajar telah menghadiri kem dua minggu di Neuberg, Jerman, manakala kumpulan kedua pula telah menghadiri persidangan antarabangsa di Singapura.

Semangat berpasukan serta keupayaan organisasi para pelajar telah diuji sewaktu mereka diperlukan mengendali dua acara utama. Acara pertama adalah majlis jamuan amal yang telah diserikan dengan kehadiran DYMM Raja Zarith Sofia binti Sultan Idris Shah, Sultanah Johor dan dihadiri oleh 800 tetamu, manakala acara kedua adalah persidangan antarabangsa untuk 350 pelajar daripada negara-negara luar seperti Australia, Oman, Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan India.

PROGRAM MELATIH PELATIHIRDA dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor turut bekerjasama dalam program yang dinamakan sebagai Program Motivasi dan Mengubah Pemikiran Iskandar Malaysia. Objektif utama program ini yang disasarkan kepada para pelajar UPSR, PMR dan SPM yang menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan, adalah untuk menerapkan perubahan pemikiran agar para peserta sedar tentang peluang yang tersedia buat mereka, sejajar dengan wawasan Iskandar Malaysia.

Selain memperlengkapkan para pelajar ini dengan teknik pembelajaran penting, program ini turut dirangka untuk mempersiapkan para pelajar dengan kemahiran hidup yang diperlukan demi kejayaan di masa hadapan. Lebih daripada 600 pelajar serta guru telah dipilih untuk program perintis yang bermula pada Mac 2010 dan berlangsung sehingga Julai 2011.

Sebagai permulaan, IRDA telah mengendalikan program ‘Melatih Pelatih” untuk 40 guru kaunseling pada Disember 2010, yang akan bertindak sebagai ejen perubahan serta wakil Iskandar Malaysia di sekolah-sekolah. Program ini merangkumi taklimat tentang pembangunan mutakhir di Iskandar Malaysia, tinjauan mengenai Rangka Tindakan IMHC, unjuran pengwujudan pekerjaan serta peluang pekerjaan yang terdapat di Iskandar Malaysia dari 2011 hingga 2025.

Dijangkakan bahawa lebih ramai guru akan menyertai program ini pada 2011 bagi mencapai sasaran IRDA, iaitu mempunyai satu ejen perubahan di setiap sekolah di Iskandar Malaysia. Guru-guru juga telah dibawa untuk lawatan tapak dan akan menyertai sesi dialog dengan para penggiat industri serta modal insan bagi memberi mereka pendedahan yang diperlukan.

MEMULIHKAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH Sekumpulan 140 remaja daripada Iskandar Malaysia telah dipilih untuk menjalani program pembangunan kemahiran dalam industri pembinaan dan penyelenggaraan. Sebagai sebahagian daripada latihan amali, para peserta akan mendapat pengalaman sebenar dalam memulihkan tiga rumah pangsa kos murah yang telah usang di Iskandar Malaysia.

Dilancarkan dengan jayanya pada 2009, progam ini merupakan usaha sama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta bahagian latihannya, iaitu Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang mempromosi pembangunan serta peningkatan kemahiran di kalangan kakitangan pembinaan.

Pendekatan ‘latih dan guna pakai’ merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, di mana selepas dua minggu latihan di bilik darjah, para pelajar diharap dapat mengguna pakai apa yang telah mereka pelajari dalam situasi kehidupan sebenar. Ini melibatkan kerja pembaharuan dan mengecat semula 3,450 unit rumah pangsa kos rendah. Program ini bermula pada bulan Disember dan akan selesai pada April 2011.

Setelah selesai latihan, para peserta akan diberi sijil kemahiran dan pentauliahan daripada CIDB, agar dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka sebagai pekerja separuh mahir. Selain daripada bantuan bagi mendapatkan pekerjaan, terutamanya di Iskandar Malaysia, para pelatih juga mendapat manfaat daripada modul program keusahawanan dan pemasaran, yang mana ianya berguna buat mereka yang bercadang untuk menubuhkan perniagaan kecil mereka sendiri.

Menyusuri KejayaanPembangunan Sosial

E-Kasih Perubahan Pemikiran, Pejabat IRDA Teluk Danga, 25 Mei 2010

Hari Terbuka 1Azam, Pasir Gudang, 15 Mei 2010

Page 99: menyentuh kehidupan menyemai nilai

On Track For SuccessSocial Development

ZON UTAMA DPEMBANGUNAN GERBANG TIMURPasir Gudang terletak 30 km ke timur Johor Bahru, iaitu di hujung kawasan bandar metropolitan itu.

Sebagai komponen utama Iskandar Malaysia, Zon Utama D meliputi Pelabuhan Pasir Gudang, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Langsat serta Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat. Kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Pasir Gudang adalah industri elektrik dan elektronik (E&E), kimia, oleokimia, kimia biobahan api, produk makanan, industri berasaskan kejuruteraan, pelabuhan dan logistik, pergudangan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta plastik.

Pelabuhan Johor, Pasir Gudang

Page 100: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201088

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Menyusuri KejayaanPengurusan Sumber Manusia

Penglibatan Pekerja

Berfi

kir

an

Bertindak dan Berusaha Tetap Bertindak

Rasa

Bermotivasi

Rasio

nal

Emosi

KAJI SELIDIK PENGLIBATAN PEKERJAIRDA telah mengambil bahagian dalam Kaji Selidik Penglibatan Pekerja selama tiga tahun berturut-turut. Pada 2010, IRDA telah mendapatkan khidmat Towers Watson, iaitu sebuah syarikat perkhidmatan profesional global yang terkemuka dan merupakan salah satu perintis dalam mengukur dan menambah baik penglibatan pekerja. Bukti empirik mencadangkan bahawa pekerja yang terlibat sepenuhnya mempunyai kesan positif terhadap prestasi organisasi mereka.

Dengan mengadakan kaji selidik tersebut, IRDA mensasar untuk menyediakan saluran bagi para pekerja menyuarakan pendapat serta idea mereka. Ini bagi memberi pemahaman yang bernilai dalam usaha memacu organisasi untuk mara ke hadapan.

Dengan kadar maklum balas yang diperolehisebanyak96.4%danskorpenglibatan88%merupakankeputusantertinggi yang pernah dicapai sejak kaji selidik dijalankan. Berdasarkan Towers Watson, pencapaian dari sudut angka ini mencadangkan bahawa tenaga kerja kami mempunyai tahap penglibatan yang lebih tinggi, berbanding organisasi lain di Malaysia malah, dengan organisasi berprestasi tinggi di peringkat global.

BUDA

YAKE

CEKA

PAN

WAW

ASAN

MIS

IKE

MAM

PUAN

OR

GANI

SASI

KEDUDUKAN ANTARABANGSA

PENGLIBATAN MEMBAYANGKAN PEMBOLEH DAYA WIBAWA

Mempelajari & Membangun “Kelompok Kecekapan” & “Nilai” Kritikal

UNTUK MENJADIKAN ISKANDAR MALAYSIA SEBAGAI PILIHAN UTAMA UNTUK MELABUR, BERMASTAUTIN, BEKERJA & BERIADAH

Menyokong Pembangunan Seimbang & Mampan

Memenuhi & Melangkaui Keperluan Para Pelabur &

Pihak Berkepentingan

Mewujudkan Kelebihan Daya Saing Dengan Membezakan Ciri-Ciri

Iskandar Malaysia

Memberi Nilai kepada Pelanggan

Mengadakan Kerjasama Pintar dengan Kerajaan

Pengurusan Pihak Berkepentingan

Kemahiran Kerja Teknikal

Keberkesanan Peribadi

Pengurusan Projek

Pengurusan Kualiti & Pengurangan

Pembangunan Kepimpinan & Kakitangan

Promosi Jenama & Imej

Budaya & Pasukan IRDA

Pembangunan Produk Baru

Pembangunan Perniagaan

Membawa Faedah kepada Rakyat

Menambah Nilai kepada Para Pekerja Kami

Mengekalkan Pembangunan yang Seimbang

Untuk Alam Sekitar

Model Penglibatan Inovatif Towers Watson

Arah Aliran Kaji Selidik Penglibatan Pekerja

Keseluruhan / Bahagian Bilangan Kaji Selidik Kadar Maklum Kakitangan Dikembalikan Balas

IRDAEES2008 99 92 92.9%

IRDAEES(PULSE)2009 119 111 93.3%

IRDAEES2010 165 159 96.4%

Page 101: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 89

Menyusuri KejayaanPengurusan Sumber Manusia

INISIATIF TRANFORMASI BUDAYAPada 2010, IRDA telah memulakan Perjalanan Transformasi Budaya yang melibatkan pihak pengurusan atasan, iaitu Ketua Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi serta Ketua-ketua Bahagian.

Perjalanan Tranformasi Budaya telah bermula pada awal Mei dengan Bengkel Budaya, dan diikuti oleh Bengkel Persediaan yang dihadiri Pasukan Transformasi Budaya. Hasil penemuan dari usaha ini telah dikemukakan kepada Pihak Pengurusan Kanan dan Pihak Pengurusan. Lanjutan dari itu, sebuah Rangka Tindakan Budaya telah dihasilkan. Pasukan Transformasi Budaya telah bertemu semula pada Julai 2010 untuk menambah baik rangka tindakan sebelum ia dilaksanakan menerusi beberapa siri program bina pasukan dan kesedaran budaya.

Pasukan Jingga

Hari Keluarga IRDA, 27 & 28 Mac 2010

Jamuan Penghargaan IRDA, 28 Disember 2010

Pasukan Biru

Pasukan Hijau

Pasukan Ungu

AKTIVITI HUBUNGAN PEKERJA Bekerja dan Beriadah merupakan dua komponen penting wawasan Iskandar Malaysia. Sungguhpun kami percaya bahawa kerja keras merupakan teras utama kepada kejayaan Iskandar Malaysia sehingga kini, ia hendaklah dilengkapkan dengan ruang masa disediakan untuk beriadah. Takwim acara bagi 2010 merangkumi pelbagai bentuk aktiviti bagi memperkukuh hubungan pekerja, termasuk acara tahunan yang mendapat sokongan kuat seperti Hari Keluarga IRDA dan Jamuan Penghargaan serta pelbagai perjumpaan berkaitan dengan pelbagai acara di Malaysia. Sukan merupakan sebahagian penting dalam kalendar sosial IRDA dan semua kakitangan telah diberikan Rumah yang melambangkan warna-warna korporat. Dengan cara ini, ia dapat menyemai rasa kemesraan dalam pertandingan menerusi sekian banyak permainan sukan yang dianjurkan di sepanjang tahun.

KURIKULUM PEMBELAJARAN & PEMBANGUNANSeiring dengan objektif negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang terus berminat untuk belajar dan menimba ilmu, Pembelajaran & Pembangunan menjadi keutamaan di IRDA dan ia membentuk sebahagian penting Petunjuk Prestasi Utama. Di sepanjang tahun di bawah kajian, 14 daripada 18 program pembelajaran dan pembangunan terancang telah dilancarkan untuk semua peringkat kakitangan.

Selain daripada membina kecekapan teras, program ini juga turut dirangka untuk membangunkan kemahiran insaniah para pekerja.

Page 102: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201090

PENGURUSAN PRESTASI KORPORAT

Menyusuri KejayaanPengurusan Prestasi Korporat

Bahagian Pengurusan Prestasi Korporat telah dibentuk hasil penggabungan sinergi di antara fungsi Perancangan Korporat dan Pejabat Pengurusan Program. Justeru itu, Pengurusan Prestasi Korporat bertanggungjawab memudahkan rumusan sejajar dengan objektif dan strategi IRDA mengikut hala tuju negara dalam merealisasi wawasan Iskandar Malaysia. Prestasi setiap Bahagian yang berfungsi di dalam IRDA dipantau setiap bulan dengan membandingkannya kepada hasil yang dipersetujui - berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mencapai hasil yang disasarkan.

Sebagai pihak berkuasa pembangunan, IRDA membantu memudahkan pelaksanaan banyak Projek Strategik berimpak tinggi untuk faedah Iskandar Malaysia. Pengurusan Prestasi Korporat menjadikan Pejabat Pengurusan Program penting, mengupayakannya untuk memantau dan memacu bidang-bidang keutamaan Projek Strategiknya bagi memastikan siap menepati masa dan mengikut bajet. Di samping itu ia juga memastikan penyampaian hasil dan faedah yang diharapkan daripada projek tersebut kepada masyarakat dan pihak pemegang kepentingan di Iskandar Malaysia.

Pada 2010, Pengurusan Prestasi Korporat telah mengendali 43 Projek Strategik di bawah 11 Program di dalam portfolionya yang merangkumi projek berkaitan penghasilan rangka tindakan, pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial/modal insan.

Program Bilangan Projek

1 Rangka Tindakan Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia (CDP) 10

2 Keselamatan & Perlindungan 2

3 Penyusunan Semula Industri Bas 4

4 Transformasi Johor Bahru (JB) 3

5 Perumahan Awam 1

6 Jalan Raya 8

7 Sungai & Saliran 8

8 Pusat Maklumat Iskandar Malaysia (IMIC) 1

9 Pelaburan & Pemasaran (I&M) 2

10 1AZAM 1

11 Modal Insan (HC) 3

JUMLAH 43

Page 103: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 91

Menyusuri KejayaanPengurusan Prestasi Korporat

Pengurusan Prestasi Korporat memastikan bahawa disiplin serta piawaian pengurusan projek diguna pakai oleh semua Pasukan Projek. Ini termasuklah mematuhi tadbir urus, kaedah serta proses yang perlu bagi projek tersebut. Ia adalah berdasarkan amalan terbaik dan piawaian antarabangsa dalam pengurusan projek yang menggalakkan disiplin lebih baik dalam pengurusan projek, dan ia seterusnya akan meningkatkan kejayaan penyerahan projek dan mengurangkan risiko projek.

Pengurusan Prestasi Korporat turut bekerjasama dan menyebarkan amalan terbaik ini kepada rakan agensinya seperti UPENJ dan MBJB untuk projek yang dilaksanakan bersama pada 2010.

Penjelasan mengenai aplikasi sebenar amalan terbaik Pengurusan Projek

Interaksi di kalangan peserta dan pelatih Latihan amali mengenai peralatan dan templat Pengurusan Projek

Sesi taklimat berhubung kaedah Pengurusan Projek

Page 104: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201092

PENGURUSAN RISIKO IRDA

Menyusuri KejayaanPengurusan Risiko Irda

Melaksanakan pengurusan risiko memastikan bahawa IRDA, sebagai sebuah organisasi, mengenal pasti, menilai, mengawal dan memantau risiko dihadapi oleh organisasi. Bahagian ini juga diamanah membantu IRDA memastikan terdapat suatu proses berterusan dan konsisten untuk mengenal pasti, menilai, meningkatkan, memantau dan melaporkan risiko penting yang dihadapi IRDA.

Pembentukan Rangka Kerja Pengurusan Risiko IRDA telah dimulakan pada Mei 2010. Rangka kerja tersebut telah diselesai dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Audit pada 2 November 2010, yang mana ia kemudiannya telah diletakkan di bawah skop Jawatankuasa Eksekutif (EXCO). Dasar dan Prosedur Pengurusan Risiko IRDA telah diluluskan pada mesyuarat MoA ke-9 yang berlangsung pada 29 November 2010.

Sejumlah 22 risiko strategik telah dikenal pasti berbanding 7 objektif IRDA dan dipantau oleh pemilik risiko masing-masing. Risiko yang telah dikenal pasti ini serta langkah-langkah pengurangannya akan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengambil kira faktor-faktor persekitaran dalaman dan luaran yang sentiasa berubah dan memberi kesan kepada Iskandar Malaysia. Struktur tadbir urus dan laporan bagi kesilapan pengurusan risiko telah ditetapkan dengan jelas seperti di bawah, bagi memastikan kedua-dua risiko operasi dan strategik dikenal pasti dan ditangani sewajarnya.

Peranan Jawatankuasa Pengurusan Risiko merangkumi:

i. Mengkaji dan memastikan strategi/dasar berisiko tinggi adalah sejajar dengan pelan/objektif strategik IRDA;

ii. Mengenal pasti dan memaklumkan kepada EXCO berhubung risiko penting serta kritikal (semasa dan berpotensi) yang dihadapi oleh IRDA, perubahannya serta pelan tindakan pengurusan bagi menguruskan risiko;

iii. Memberi panduan kepada jabatan mengenai pengukuran dan penilaian risiko IRDA, serta kriteria lain, yang mana sekiranya terlebih, perlu dibawa ke pihak EXCO;

iv. Bertanggunjawab terutamanya terhadap kajian proses pengurusan risiko; dan

v. Memantau keberkesanan langkah-langkah kawalan bagi memastikan perubahan keadaan tidak mengubah keutamaan risiko.

AHLI-AHLI PIHAK BERKUASA

EXCO

Audit Dalaman

Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC)

Kumpulan Kerja Risiko (RWG)

Page 105: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 93

Menyusuri KejayaanTeknologi Maklumat & Komunikasi

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Sebagai sebuah pembangunan ikonik abad ke-21, ketersediaan suatu struktur Teknologi Maklumat & Komunikasi yang teguh adalah penting dalam merealisasikan wawasan sebuah metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan lestari. Di sepanjang tahun, infrastruktur Teknologi Maklumat & Komunikasi di Iskandar Malaysia terus ditingkatkan selaras dengan rangka tindakan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

PENEMBUSAN JALUR LEBARPada 2007, Kerajaan telah menetapkan sasaranuntukmencapai50%penembusanjalur lebar ke semua isi rumah di Malaysia menjelang penghujung 2010. Sasaran yang telah ditetapkan untuk Johor adalah 46.9%,namundisebabkanolehusahabersepadu pelbagai pihak yang terlibat, ia telah melangkaui sasaran ini dengan kadar penembusanisirumahmencapai51.5%setakat akhir 2010.

Perkhidmatan jalur lebar di kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti Iskandar Malaysia telah disasarkan untuk dinaik taraf bagi memberikan kelajuan yang lebih tinggi, melebihi 10Mbps. Justeru itu, Kerajaan telah menandatangani perjanjian Perkongsian Awam Swasta (PPP) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk melancarkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan terpilih. Di kawasan luar bandar, Kerajaan merancang untuk merapatkan jurang digital dengan memperluaskan liputan jalur lebar dan selular di bawah inisiatif Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP) di bawah naungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jalur lebar merupakan salah satu pemboleh daya untuk sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan. Dengan mencapai50%sasarandalampelaksanaanjalur lebar, ia mempunyai potensi untuk mewujudkan 135,000 pekerjaan bernilai tinggi yang baru dalam sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi, selain faedah sampingan yang lain di dalam sektor berkaitan.

IRDA bertindak sebagai Sekretariat bagi Jawatankuasa Jalur Lebar di Iskandar Malaysia, yang dipengerusikan bersama oleh SKMM serta Kerajaan Negeri Johor. Jawatankuasa ini mempunyai dua matlamat utama: Pertama, untuk memastikan bahawa kadar penembusan jalur lebar di Iskandar Malaysia dan Johor memenuhi sasaran yang telah ditetapkan, dan Kedua, untuk mengatasi sebarang isu yang dihadapi oleh penyedia perkhidmatan dengan sewajarnya.

TRANSFORMASI KEMAJUAN ELEKTRONIK SERANTAU KERAJAAN (GREAT)Ini merupakan sambungan kepada projek eKL yang akan dilaksanakan di semua lima koridor ekonomi di Malaysia. Antara lima koridor ekonomi berkenaan, Iskandar Malaysia telah diberi penghormatan kerana terpilih sebagai perintis bagi pelaksanaan inisiatif GREAT.

Kunci kepada program GREAT ini adalah perkhidmatan dalam talian di mana agensi kerajaan yang mengambil bahagian akan memberikan maklumat mutakhir mengenai semua aktiviti dan projeknya, lantas memberi masyarakat umum akses kepada maklumat dengan mudah tanpa perlu melalui saluran tradisional.

Objektifnya ialah untuk memantapkan kecekapan dan kualiti pelbagai sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada komuniti perniagaan dan masyarakat umum. Ia akan membolehkan pelbagai agensi kerajaan dan teknikal serta pihak berkuasa tempatan bekerjasama secara cekap, dengan matlamat akhirnya untuk mengurangkan waktu yang diperlukan bagi memproses permohonan.

Dalam menerajui usaha ini, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Aktiviti Kumpulan Tumpuan serta dua sesi makmal bagi perbincangan dan percambahan fikiran mengenai rangka kerja program GREAT.

Tranformasi Kemajuan Elektronik Serantau Kerajaan (GREAT), 13 dan 14 Disember 2010

Page 106: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201094

BANDAR MSC CYBERPORT FRDSesi penyerahan hasil tumpuan telah dikendalikan pada tahun di bawah kajian untuk memacu pelan pembangunan Bandar MSC Cyberport di Kulai. Cyberport Sdn Bhd, syarikat pengurusannya, merupakan syarikat PPS yang diketuai oleh Kerajaan Negeri Johor bagi mewujudkan sebuah hab perniagaan Teknologi Maklumat & Komunikasi berlatarkan persekitaran hidup bertaraf dunia di Iskandar Malaysia yang memenuhi keperluan Teknologi Maklumat & Komunikasi syarikat dari seluruh dunia.

Bandar MSC Cyberport merupakan sebuah projek pembangunan bercampur yang baru dan akan dimajukan di tapak pegangan kekal berkeluasan 150 ekar di Indahpura, Kulai, yang telah ditetapkan sebagai Bandar Siber MSC Malaysia di Johor. Dengan kedudukannya yang strategik di titik pertemuan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Link Kedua, ia mudah diakses dari Kuala Lumpur dan Singapura. Projek yang dicadangkan ini akan dibangunkan dalam tiga fasa, dengan anggaran nilai pembangunan kasar(GDV)berjumlahRM1.16bilion(Dolar AS 341.0 juta). Fasa pertama akan mengambil tempoh 10 tahun bermula dari 2010 dan akan meliputi kawasan seluas 31.24 ekar.

Selaras dengan pendekatan pembangunan Iskandar Malaysia, Bandar MSC Cyberport akan mempunyai kemudahan infrastruktur yang sewajarnya serta kesan berkelompok bagi mewujudkan persekitaran pemboleh daya untuk para usahawan tekno memupuk dan mengembangkan perniagaan mereka. Infrastrukturnya yang serba canggih merangkumi pangsapuri perkhidmatan, ruang perdagangan dan pejabat, pusat penyelidikan & pembangunan, inkubator siber dan hab pengangkutan. Perbandaran baru ini menjanjikan gaya hidup bersandarkan kemudahan interaktif, di mana komunitinya menikmati rangkaian lengkap dengan akses jalur lebar serta rangkaian kawasan setempat tanpa wayar.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Menyusuri KejayaanTeknologi Maklumat & Komunikasi

Jerayawara Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) – Pejabat IRDA, Teluk Danga, 29 Julai 2010

Page 107: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 95

JERAYAWARA IDENTIFIKASI FREKUENSI RADIO (RFID) Berteraskan usahasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM), suatu jerayawara RFID telah dianjurkan pada 29 Julai 2010, yang mana ia telah menghimpukan para pengilang, pembekal, vendor, pengamir sistem serta para penggiat industri yang lain. Selain daripada mengenengahkan teknologi RFID, jerayawara ini juga bertindak sebagai wadah untuk pakar industri berkongsi idea dan pemikiran, antara lain, mengenai model perniagaan, arah aliran RFID serta jangkaan pengguna yang berubah-ubah.

MISTI JOHOR 2010 Sebagai maklum balas terhadap seruan lantang Perdana Menteri Malaysia untuk menandakan tahun 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi ke arah mencapai Wawasan 2020, IRDA telah terbabit menjadi salah satu penaja platinum untuk Minggu Sains, Teknologi dan Teknologi Maklumat & Komunikasi Johor (MISTI Johor 2010). Selain daripada mendorong minat masyarakat dan mendedahkan mereka kepada pembangunan terbaru dalam sains, teknologi serta Teknologi Maklumat & Komunikasi, acara tersebut juga membuka peluang untuk mengenengahkan perkembangan

mutakhir di Iskandar Malaysia terutama membabitkan pembangunan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sempena acara yang berlangsung selama seminggu, menyaksikan penyertaan di kalangan penggiat industri terbesar mewakili kedua-dua sektor awam dan swasta. Lebih 250 gerai pameran telah didirikan untuk mempamerkan inovasi terkini bagi produk dan teknologi. IRDA turut mengambil bahagian bersama dengan nama-nama hebat seperti Titan Chemicals Corp Sdn Bhd, IDR Resorts Sdn Bhd (Legoland) serta Geo Sense Sdn Bhd, sekadar memberikan beberapa contoh.

Menyusuri KejayaanTeknologi Maklumat & Komunikasi

Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI), 22 hingga 27 Jun 2010 Minggu Sains, Teknologi dan ICT Johor (MISTI), 22 hingga 27 Jun 2010

Page 108: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201096

PUSAT PERKHIDMATAN ISKANDAR

Sejak penubuhannya pada 2007, Pusat Perkhidmatan Iskandar telah memperlihatkan keberkesanannya dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pemprosesan yang komprehensif dan tepat pada masanya. Ia adalah salah satu komponen penting dalam menentukan kepantasan pembangunan di Iskandar Malaysia secara keseluruhan.

Pusat Perkhidmatan Iskandar terus berkembang dari segi saiz dan keupayaan, seiring dengan bilangan pertanyaan

yang telah diterimanya daripada pelabur dan pemaju yang berminat menyertai pembangunan di Iskandar Malaysia.

Sebagai sebuah pusat sehenti, Pusat Perkhidmatan Iskandar menawarkan perkhidmatan kemudahan meliputi kedua-dua pembangunan fizikal (tanah, perancangan, infrastruktur dan bangunan), di samping kemudahan pelaburan (proses perniagaan, imigresen, pelesenan dan Jawatankuasa Kelulusan & Pelaksanaan, insentif dan pusat perkhidmatan).

PEMBANGUNAN FIZIKALMasa yang diperlukan untuk memproses dan mempercepatkan kelulusan telah dapatdikurangkanlagisebanyak19.29%pada 2010. Penambahbaikan yang dicapai oleh Pusat Perkhidmatan Iskandar Malaysia telah diukur berbanding proses biasa menyalurkan permintaan kepada agensi kerajaan masing-masing.

0

10

20

30

40

50

60

70

Pendaftaran Ta

nah

Pembangunan Tanah

Pengambilalihan Ta

nah

Kebenaran Perancangan

Kerja Ta

nah & Pelan Infra

Pelan Bangunan

Imigresen (D

P 10/DP 11)

Imigresen (K

elulusan Bergantung/Ikhtis

as)

Bilangan Hari Pemprosesan Sebenar (hari bekerja)

Had Masa Komited (hari bekerja)

Peningkatan sebanyak 19.3% pada had masa pemprosesan permohonan

PembangunanFizikal

• Tanah• Perancangan• Infrastruktur• Bangunan

• Proses Perniagaan• Imigresen, Pelesenan & AIC• Insentif• Pusat Perkhidmatan

Kemudahan Pelaburan

Menyusuri KejayaanPusat Perkhidmatan Iskandar

Perkhidmatan Kemudahan Pusat Sehenti Had Masa Pemprosesan Permohonan

Page 109: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 97

Jan0

6000

5000

4000

3000

2000

1000

Feb Mac

MACS - 2010 Approval Applications

Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis

Jumlah Kelulusan Permohonan MACS2009 : 1,4402010 : 36,168

Menyusuri KejayaanPusat Perkhidmatan Iskandar

Kelulusan permohonan MACS 2010

Tanggapan artis mengenai Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC)

SISTEM KAWALAN KELUAR MASUK AUTOMASI MALAYSIA Sejajar dengan usaha untuk menyokong pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia, Sistem Kawalan Keluar Masuk Automasi Malaysia (MACS) telah dibangunkan bagi mempercepat kelulusan Imigresen untuk pelabur bukan warga Malaysia, para peniaga dan profesional.

Pemegang MACS mendapat faedah dari segi pemprosesan automatik Imigresen yang lebih pantas menerusi akses lorong keluar masuk khas MACS dan turut dikecualikan daripada keperluan melengkapkan kad ketibaan Imigresen. Semua rekod keluar masuk dibuat dalam talian, bagi meminimumkan penggunaan muka surat pasport.

Mula beroperasi Januari 2010, kemudahan MACS telah diperluaskan kepada warga Singapura yang kerap keluar masuk ke negara ini, yang mana kekerapan keluar masuk oleh warga Singapura itu boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang masuk ke Malaysia sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh sebulan menerusi laluan Tambak Johor atau Link Kedua. Sejumlah 36,168 permohonan MACS telah diluluskan pada2010,yangmana98.5%adalahdaripada warga Singapura.

PUSAT INFORMASI ISKANDAR MALAYSIA (IMIC)Merealisasikan wawasan dan objektif Iskandar Malaysia adalah berasaskan sokongan padu dan penerimaan serta iltizam pihak pemegang kepentingan utama di Iskandar Malaysia. Dalam mencapai hasrat ini, Pusat Informasi Iskandar Malaysia akan ditubuhkan di Pusat Konvensyen Teluk Danga bagi menyediakan saluran yang efektif serta interaktif untuk berkomunikasi dan berurusan dengan para pelabur dan masyarakat umum di Iskandar Malaysia.

Pusat Informasi Iskandar Malaysia akan menyediakan perkhidmatan untuk kesemua lima zon utama yang diwujudkan di Iskandar Malaysia, iaitu Zon Utama A (Pusat Bandar Johor Bahru), Zon Utama B (Nusajaya), Zon Utama C (Pembangunan Gerbang Barat), Zon Utama D (Pembangunan Gerbang Timur) dan Zon Utama E (Senai-Skudai).

Menduduki ruang lantai seluas 19,057 kaki persegi, Pusat Informasi Iskandar Malaysia telah didirikan bagi mencerminkan wawasan Iskandar Malaysia sebagai pilihan pertama untuk Melabur, Bekerja, Bermastautin dan Beriadah.

Page 110: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 201098

Konsep penubuhan Pusat Informasi Iskandar Malaysia ini adalah untuk mengenengahkan kemajuan pelbagai bentuk pembangunan di Iskandar Malaysia dan mencapai matlamat berikut:

• Meningkatkankesedaranterhadapjenama dan membentuk keyakinan yang lebih kukuh untuk Iskandar Malaysia di kalangan masyarakat tempatan

• Menyebarkanmaklumatyangtepatdan mengikut masanya mengenai pembangunan mutakhir di Iskandar Malaysia

• Memaklumkanmengenaiisu-isuberkaitan pelaburan dengan jelas dan tepat kepada para pelabur sedia ada dan yang berpotensi;

• Berfungsisebagaipusatsehentiuntuksemua maklumat mengenai Iskandar Malaysia, iaitu sama ada untuk para pelabur, peniaga, pelancong dan pelawat

Menyusuri KejayaanPusat Perkhidmatan Iskandar

Tanggapan artis mengenai Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC) Tanggapan artis mengenai Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC)

Tanggapan artis mengenai Pusat Informasi Iskandar Malaysia (IMIC)

Page 111: menyentuh kehidupan menyemai nilai

ZON UTAMA ESENAI - SKUDAIPembangunan Senai-Skudai terletak di kawasan utara Iskandar Malaysia dan dikelilingi oleh Mukim Sedenak di Utara; Gunung Pulai di bahagian Barat; Mukim Tebrau di Selatan; dan Seelong di sebelah Timur.

Aktiviti ekonomi semasa di Zon Utama E adalah perkhidmatan lapangan terbang, kejuruteraan, elektrik dan elektronik (E&E) serta pendidikan. Dalam meneruskan pembangunan, Zon Utama E akan turut menjadi pangkalan bagi aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pelancongan peruncitan. Selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, ia juga merupakan pangkalan kepada beberapa pengilang elektronik multinasional. Zon Utama E yang lain di kawasan Senai-Skudai termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Taman Teknologi Johor.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

Page 112: menyentuh kehidupan menyemai nilai

102 PENYATA TADBIR URUS KORPORAT103 KAWALAN DALAMAN & PEMATUHAN105 ULASAN KEWANGAN TAHUNAN107 SIJIL KETUA AUDIT NEGARA108 PENYATA DARI AHLI-AHLI IRDA109 AKUAN BERKANUN110 PENYATA KEWANGAN

Page 113: menyentuh kehidupan menyemai nilai

102 PENYATA TADBIR URUS KORPORAT103 KAWALAN DALAMAN & PEMATUHAN105 ULASAN KEWANGAN TAHUNAN107 SIJIL KETUA AUDIT NEGARA108 PENYATA DARI AHLI-AHLI IRDA109 AKUAN BERKANUN110 PENYATA KEWANGAN

PENYATAKEWANGAN

Page 114: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010102

MESYUARAT PIHAK BERKUASASejumlah dua (2) mesyuarat Pihak Berkuasa telah diadakan pada 30 April 2010 dan 29 November 2010 bagi tahun berakhir 31 Disember 2010. Butiran kehadiran Ahli adalah seperti berikut:

BIL. MESYUARATNAMA JAWATAN DIHADIRI

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak Pengerusi Bersama 2/2

Dato’ Abdul Ghani bin Othman Pengerusi Bersama 2/2

Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Ahli 2/2

Datuk Noriyah binti Ahmad (Diwakili oleh Dato’ Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Penarah, Unit Kerjasama Awam Swasta) Ahli 2/2

Dato’ Haji Abd. Latiff bin Yusof Ahli 2/2

Dato’ Hamsan bin Saringat Ahli 2/2

Tan Sri Azman bin Haji Mokhtar Ahli 2/2

Tan Sri Dato’ Tan Kay Hock Ahli 2/2

Ismail bin Ibrahim Ketua Eksekutif / 2/2 Setiausaha

Agenda dan set kertas yang dibincang dan dipertimbangkan telah diedarkan sebelum setiap mesyuarat. Ini memastikan bahawa setiap Ahli mendapat tempoh pemberitahuan yang secukupnya dan justeru itu cukup bersedia untuk setiap mesyuarat.

Semua isu yang dibincangkan dan keputusan yang dibuat telah dicatatkan dengan sewajarnya. Pihak Berkuasa telah menubuhkan Jawatankuasa dan mewakilkan tanggungjawab tertentu kepada Jawatankuasa Eksekutif (“EXCO”) serta Jawatankuasa Audit. Jawatankuasa ini beroperasi mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan dengan jelas.

PENYATA TADBIR URUS KORPORAT

Penyata Tadbir Urus Korporat menakrifkan rangka kerja dan proses yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa dan Pengurusan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dalam memastikan kewibawaan dan keteguhan dasar pengendalian serta prosedur agar selaras dengan undang-undang, peraturan dan kawal selia yang sedia ada, serta amalan terbaik dan perilaku perniagaan yang beretika.

PIHAK BERKUASAPihak Berkuasa merupakan badan tertinggi dalam membuat keputusan di IRDA. Terdapat lapan Ahli Pihak Berkuasa dan ia dipengerusikan bersama oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor.

Ahli-ahli Pihak Berkuasa yang lain merupakan ahli kehormat dari sektor awam dan swasta yang telah dilantik menurut kuasa Seksyen 8(1) Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar 2007. Pihak Berkuasa terbabit komited dalam memastikan IRDA mengamalkan pentadbiran korporat bertaraf tinggi, selaras dengan Kod Pentadbiran Korporat Malaysia.

Pihak Berkuasa menyediakan panduan strategik, mengkaji dan meluluskan dasar serta keputusan untuk pembangunan dan promosi Iskandar Malaysia, memastikan pentadbiran kewangan serta pengurusan modal insan dan menyelia keseluruhan pengurusan IRDA.

Penyata KewanganPenyata Tadbir Urus Korporat

Page 115: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 103

• LaporanberkalaolehpihakPengurusankepada Pihak Berkuasa dan/atau Jawatankuasa Audit tentang kewangan dan petunjuk prestasi serta isu risiko utama.

• Prosesbelanjawanterperinciyangmengambil kira sumbangan daripada semua fungsi operasi IRDA bagi menyediakan belanjawan tahunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa serta Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

• Auditluaranyangdilakukankeataspenyata kewangan Pihak Berkuasa adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Audit Negara.

JAWATANKUASA AUDITJawatankuasa Audit telah ditubuhkan untuk membantu Ahli Pihak Berkuasa memenuhi tanggungjawabnya memantau:• Proseslaporankewangan;• Sistemkawalandalaman;• Pengurusanrisiko;• Prosesaudit,dalamandanluaran;serta• Pematuhanterhadapundang-undang

dan peraturan.

KEAHLIAN DAN MESYUARATJawatankuasa Audit (“AC) terdiri daripada tiga ahli. AC telah bermesyuarat sebanyak dua (2) kali, iaitu pada 6 April 2010 dan 2 November 2010 bagi tahun berakhir 31 Disember 2010. Butiran tentang ahli dan kehadiran mereka adalah seperti berikut:

SISTEM KAWALAN DALAMAN DAN PEMATUHAN

Sistem kawalan dalaman IRDA telah dirangka untuk melindungi sumber-sumber yang dimiliki oleh IRDA, baik dalam bentuk fizikal maupun yang tidak nyata. Sistem ini meliputi kawalan organisasi, kewangan, operasi dan pematuhan. Sistem kawalan dalaman turut menetapkan pemberian tanggungjawab dan pengagihan kuasa, dokumen dasar dalaman dan manual tatacara serta perumusan pelan tindakan korporat dan belanjawan operasi IRDA.

Terdapat proses berterusan untuk mengenal pasti, menilai dan menguruskan risiko-risiko penting yang dihadapi oleh IRDA. Proses ini termasuk mengemas kini sistem kawalan dalaman di mana terdapat perubahan kepada syarat-syarat operasi dan kawal selia.

Elemen-elemen utama sistem kawalan dalaman IRDA adalah seperti berikut: • Pembahagiandanperwakilan

tanggungjawab yang telah ditetapkan dengan jelas kepada pihak pengurusan kanan, termasuk sebuah struktur organisasi yang teguh serta tahap kuasa yang bersesuaian untuk had kelulusan perbelanjaan.

• Dasardalamandanproseduryangtelah didokumenkan dan mengambil kira perubahan persekitaran, risiko dan penambahbaikan proses.

• Penubuhanjawatankuasauntukmengkaji dan mencadangkan perkara-perkara penting seperti penilaian tender, modal dan perbelanjaan operasi, projek, isu sumber manusia dan perkara penting yang lain.

BIL. MESYUARATNAMA JAWATAN DIHADIRI

Tan Sri Dato’ Tan Kay Hock Pengerusi 2/2

Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Ahli 2/2

Dato’ Haji Abd. Latiff bin Yusof Ahli 0/2

Penyata KewanganSistem Kawalan Dalaman Dan Pematuhan

Page 116: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010104

JABATAN AUDIT DALAMANJabatan Audit Dalaman IRDA (“IAD”) melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit dan menilai sistem kawalan dalaman IRDA. Jabatan Audit Dalaman membantu Jawatankuasa Audit di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Audit.

Peranan utama Jabatan Audit Dalaman adalah:• Untukmemastikansistemkawalan

dalaman yang kukuh diguna pakai dan memberikan jaminan yang munasabah bahawa sistem tersebut terus beroperasi dengan berkesan dan memuaskan bagi IRDA.

• Untukmemberikanpenilaianyangbebas dan objektif terhadap operasi dengan matlamat untuk menambah nilai dan menambah baik kecekapan operasi, keberkesanan dan ekonomi.

• Untukmembantuorganisasimencapaiobjektifnya menerusi pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menambah baik keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dan tadbir urus.

• Untukmemastikanbahawaaktivitiaudit dalaman diurus dengan berkesan dan hasil daripada aktiviti audit dalaman dimaklumkan kepada Jawatankuasa Audit secara berkala.

• AktivitiyangdilaksanakanolehJabatanAudit Dalaman mematuhi Kod Etika dan Piawaian Antarabangsa bagi Amalan Profesional Audit Dalaman yang dikeluarkan oleh Institut Juruaudit Dalaman.

Jawatankuasa Audit telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut menerusi Jabatan Audit Dalaman di sepanjang tahun:• Mengkajidanmeluluskanpelanaudit

dalaman tahunan bagi memastikan skop dan liputan yang mencukupi.

• Mengkajisumber-sumberJabatanAudit Dalaman bagi memastikan bahawa fungsinya mempunyai sumber yang mencukupi berserta juruaudit dalaman yang cekap serta mahir.

• MengkajiprestasidanaktivitiJabatanAudit Dalaman yang berkaitan dengan pelan yang telah diluluskan.

• Mengkajilaporanauditdalamanyangdibentangkan, cadangan audit yang dibuat serta maklum balas pihak pengurusan. Jawatankuasa Audit turut mengarahkan pihak pengurusan untuk memperbetul dan menambah baik proses mengikut kesesuaian

• Memantautindakanpembetulanyangdiambil terhadap isu-isu audit yang masih belum diselesaikan.

Penyata KewanganSistem Kawalan Dalaman Dan Pematuhan

Page 117: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 105

diterima, IRDA dapat menguruskan perbelanjaannya mengikut peruntukan yang diberi.

ii) Pengurangan dalam pendapatan lain di sepanjang tahun adalah disebabkan penurunan dalam pendapatan perkongsian keuntungan kepada RM5.04 juta (2009: RM8.47 juta) akibat pembayaran dana pembangunan dibuat dengan kadar segera.

iii) Perbelanjaan operasi telah susut sebanyak11%berbandingtahunsebelumnya, berpunca daripada:

a. Usaha IRDA untuk menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan, sejajar dengan geran kerajaan yang lebih rendah sebanyak13%yangtelahdilulusdan diterima pada 2010 (2010: RM65.00 juta, 2009: RM75.00 juta).

b. Penjimatan yang besar dalam pelaburan promosi dibuat kerana terdapat perubahan dalam strategi promosi daripada kempen kesedaran am kepada yang tertumpu terhadap nilai untuk wang. Ini melibatkan mengurangkan pergantungan kepada perunding antarabangsa dan pendekatan yang lebih tertumpu pada pasaran dan pelabur terpilih. Ini telah menghasilkan pengurangan kos sebanyak31%(2010:RM20.60juta, 2009: RM29.80 juta).

c. Pada 2010, yuran perundingan profesional mencecah RM4.33 juta (2009: RM8.65 juta) dan sebahagian besar dibelanjakan untuk projek strategik seperti projek Perintis Pelancongan Warisan Kawasan Pusat Perniagaan Tanjung Puteri, Portal JobsMalaysia, Portal Perdagangan Iskandar (ICP) dan Pelaksanaan Rangka Tindakan Modal Insan Iskandar Malaysia.

ULASAN KEWANGAN TAHUNAN

Prestasi kewangan 2010 mencerminkan strategi IRDA dalam menepati sasarannya bagi memastikan pelaburan yang berterusan serta memperteguhkan infrastruktur dan sosio-ekonomi Iskandar Malaysia.

Pada 2010, biarpun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang mencabar dan menyebabkan timbulnya kekangan dalam perbelanjaan awam, namun IRDA berjaya mengekalkan piawaiannya yang tinggi dan memenuhi semua sasaran yang telah ditetapkan.

PENYATA PENDAPATANPrestasi IRDA pada 2010 terus kukuh biarpun ekonomi global menghadapi kegawatan. Sebagai pihak berkuasa kerajaan persekutuan, IRDA bergantung kepada geran pentadbiran daripada kerajaan persekutuan untuk membiayai keperluan operasinya. Untuk tahun di bawah ulasan, RM65 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan IRDA beroperasi. Sorotan kewangan yang utama bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 adalah seperti berikut:

i) Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010, IRDA mempunyai lebihan pendapatan berbanding perbelanjaan sebanyak RM0.09 juta setelah mengambil kira pendapatan berjumlah RM65 juta daripada geran operasi dan pendapatan lain sebanyak RM5.09 juta, dengan perbelanjaan operasi berjumlah RM69.99 juta. Walaupun terdapat pengurangan yang ketara bagi geran kerajaan yang

PECAHAN PERBELANJAAN OPERASI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Penyata KewanganUlasan Kewangan Tahunan

Marketing & Promotions

45.0%

27.2%

6.2%

21.6%

Staff Cost & Benefits

Administrative Expenses

Professional Consulting Fees

Pemasaran & Promosi

45.0%

27.2%

6.2%

21.6%

Kos & Faedah Kakitangan

Perbelanjaan Pentadbiran

Yuran Perunding Profesional

(Tiada perubahan ketara dalam corak perbelanjaan bagi 2010 berbanding tahun sebelumnya)

Page 118: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010106

c. Dana Projek Sosial sebanyak RM52.86 juta adalah termasuk perkongsian keuntungan terkumpul berjumlah RM3.05 juta. Dana ini akan digunakan menurut pelan Jawatankuasa Dana Projek Sosial (SPF) bagi membiayai projek sosial serta skim yang selaras dengan strategi dan inisiatif seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDP).

iv) Pelbagai pemiutang terdiri daripada obligasi berkontrak di bawah dana operasi yang telah diselesaikan selepas akhir tahun dan obligasi berkontrak di bawah dana pembangunan yang sebahagian besarnya berpunca daripada jumlah wang jaminan pelaksanaan bagi bayaran kemajuan untuk projek Rancangan Malaysia Kesembilan.

v) Pihak berkuasa tidak mempunyai sebarang komitmen modal yang masih belum dijelaskan setakat 31 Disember 2010.

Sungguhpun terdapat pengurangan dalam geran kerajaan dan berlatarkan persekitaran ekonomi global yang tidak terjangka, IRDA telah berjaya beroperasi dalam lingkungan batas belanjawan.

LEMBARAN IMBANGANi) Sebagai sebahagian daripada galakan

penjimatan IRDA, perbelanjaan pelaburan dan modal telah dikekang dan dihadkan kepada perbelanjaan untuk mengganti dan menambah baik.

ii) Pelbagai penerimaan, deposit dan prabayar meningkat sebanyak RM1.54juta(35.8%)disebabkanoleh perkongsian kos promosi serta aktiviti misi perdagangan, selain daripada kenaikan dalam deposit dan prabayaran lain yang timbul daripada perkembangan organisasi.

iii) Setakat 31 Disember 2010, baki tunai IRDA adalah sebanyak RM374.59 juta dan ia merangkumi:

a. Baki tunai operasi berjumlah RM17.69 juta yang telahpun dikomitedkan kepada yuran perundingan profesional, kos promosi dan perbelanjaan operasi lain yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan, di samping rizab perbelanjaan operasi untuk dua bulan.

b. Baki tunai perbelanjaan pembangunan mencecah RM304.07 juta sebahagian besarnya telah dikhaskan untuk obligasi berkontrak di bawah projek Rancangan Malaysia Kesembilan. Di sepanjang tahun, geran kerajaan berjumlah RM1.00 bilion telahpun diterima dan sebanyak RM859.67 juta telah dibelanjakan untuk pelbagai projek.

Penyata KewanganUlasan Kewangan Tahunan

Page 119: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 107

Penyata KewanganSijil Ketua Audit Negara

Page 120: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Kami YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN dan Y. BHG TAN SRI DATO’ TAN KAY HOCK yang merupakan dua orang Ahli PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat Ahli-ahli, Penyata Kewangan yang mengandungi Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya, adalah disediakan untuk menunjukkan pandangan yang benar dan saksama berkenaan kedudukan PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR pada 31 Disember 2010 dan hasil kendaliannya serta perubahan kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Bagi pihak Ahli-ahli,

Nama : YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMANGelaran : Pengerusi BersamaTarikh : 18 April 2011Tempat : Johor Bahru

Nama : Y. BHG TAN SRI DATO’ TAN KAY HOCKGelaran : AhliTarikh : 18 April 2011Tempat : Johor Bahru

YAB DATO’ HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN

Penyata KewanganPenyata Ahli-Ahli

PENYATA AHLI-AHLIPIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010108

Page 121: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Kami, ISMAIL BIN IBRAHIM dan NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF, pegawai-pegawai utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan dan rekod-rekod perakaunan PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR, dengan ikhlasnya mengakui bahawa Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Aliran Tunai dalam kedudukan kewangan yang berikut ini berserta dengan nota-nota kepada Penyata Kewangan di dalamnya mengikut sebaik-baik pengetahuan dan kepercayaan kami, adalah betul dan kami membuat ikrar ini dengan sebenamya mempercayai bahawa ia adalah benar dan atas kehendak-kehendak Akta Akuan Berkanun, 1960.

Sebenarnya dan sesungguhnya diakui oleh penama-penama di atas di Johor Bahru pada 24 Januari 2011.

ISMAIL BIN IBRAHIM NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF(590508-01-6189) (681102-10-5089)

AKUAN BERKANUN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI UTAMA YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENGURUSAN KEWANGAN PIHAK BERKUASA WILAY AH PEMBANGUNAN ISKANDAR

Penyata KewanganAkuan Berkanun

NOR HISHAM BIN MOHD YUSOF

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 109

Page 122: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Kumpulan IRDA IRDA 2010 2010 2009 NOTA RM RM RM

Hartanah, loji dan peralatan 3 3,668,652 3,668,652 4,314,947Pelaburan dalam syarikat subsidiari 4 — 2 —

3,668,652 3,668,654 4,314,947

Aset SemasaPelbagai penerimaan, deposit dan prabayar 5 1,507,905 1,507,905 1,978,449Tunai dan kesetaraan tunai 6 374,592,967 374,592,965 200,875,282

376,100,872 376,100,870 202,853,731

Liabiliti SemasaPelbagai pemiutang 7 83,412,422 83,412,422 54,254,122

83,412,422 83,412,422 54,254,122

Aset Bersih Semasa 292,688,450 292,688,448 148,599,609

296,357,102 296,357,102 152,914,556

Dibiayai Oleh:Kumpulan Wang Mengurus 21,576,485 21,576,485 21,483,410Kumpulan Wang Pembangunan Khas 8 221,921,992 221,921,992 79,588,679Kumpulan Wang Projek Sosial 9 52,858,625 52,858,625 51,842,467

296,357,102 296,357,102 152,914,556

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

Penyata KewanganLembaran Imbangan

LEMBARANIMBANGANPADA 31 DISEMBER 2010

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010110

Page 123: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Kumpulan IRDA 2010 2009 NOTA RM RM

Pemberian Kerajaan 10 65,000,000 75,000,000Pendapatan Lain 11 5,086,159 8,654,689

70,086,159 83,654,689

Perbelanjaan Operasi 12 (69,993,084) (79,072,846)

Lebihan Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 93,075 4,581,843

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

PENYATAPENDAPATANBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Penyata KewanganPenyata Pendapatan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 111

Page 124: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Kumpulan Kumpulan Wang Kumpulan Wang Pembangunan Wang Mengurus Khas Projek Sosial Jumlah RM RM RM RM

KumpulanBaki Pada 31 Disember 2008 16,901,567 186,904,904 50,771,052 254,577,523Pemberian geran pembangunan kerajaan — 618,000,000 — 618,000,000Pemberian dana Pakej Rangsangan Ekonomi — 20,000,000 — 20,000,000Penggunaan geran pembangunan — (735,110,802) — (735,110,802)Penggunaan dana Pakej Rangsangan Ekonomi — (7,637,624) — (7,637,624)Pendapatan faedah (2,567,799) 1,071,415 (1,496,384 )Lebihan Pendapatan Bagi Tahun Kewangan Semasa 4,581 ,843 — — 4,581,843

Baki Pada 31 Disember 2009 21,483,410 79,588,679 51,842,467 152,914,556

Pemberian geran pembangunan kerajaan — 1,002,000,000 — 1,002,000,000Penggunaan geran pembangunan — (847,304,311) — (847,304,311)Penggunaan dana Pakej Rangsangan Ekonomi — (12,362,376) — (12,362,376)Penggunaan dana Projek Sosial — (190,673) (190,673)Pendapatan faedah — — 1,206,831 1,206,831Lebihan Pendapatan Bagi Tahun Kewangan Semasa 93,075 — — 93,075

Baki Pada 31 Disember 2010 21,576,485 221,921,992 52,858,625 296,357,102

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

Penyata KewanganPenyata Perubahan Ekuiti

PENYATA PERUBAHAN EKUITIBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010112

Page 125: menyentuh kehidupan menyemai nilai

Kumpulan IRDA IRDA 2010 2010 2009 NOTA RM RM RM

ALlRAN TUNAl DARIPADA AKTIVITI OPERASILebihan pendapatan tahun semasa 93,075 93,075 4,581,843Pelarasan untuk:Susutnilai hartanah, loji dan peralatan 3 2,148,026 2,148,026 2,075,902Pelupusan hartanah, loji dan peralatan (13,544) (13,544) —

Lebihan pendapatan sebelum perubahan dalam modal kerja 2,227,557 2,227,557 6,657,745

Tambahan/(Kurangan):Kumpulan wang pembangunan khas 142,333,313 142,333,313 (107,316,225)Kumpulan wang projek sosial 1,016,158 1,016,158 1,071 ,415Deposit dan penghutang lain 470,544 470,544 (1 ,545,646)Pelbagai pemiutang 29,158,300 29,158 ,300 46,441 ,418

Tunai bersih daripada/(digunakan dalam) aktiviti operasi 175,205,872 175,205,872 (54,691,293)

ALlRAN TUNAl DIGUNAKAN DALAM AKTIVITI PELABURANPembelian hartanah, loji dan peralatan 3 (1,601,187) (1,601,187) (2,264,256)Pelaburan dalam syarikat subsidiari — (2) —Penerimaan dari pelupusan hartanah, loji dan peralatan 113,000 113,000 —

Tunai bersih digunakan dalam aktiviti pelaburan (1,488,187) (1,488,189) (2,264,256)

PENAMBAHAN (PENGURANGAN) BERSIH DALAM TUNAl DAN KESETARAAN TUNAl 173 ,717,685 173,717,683 (56,955,549)

TUNAl DAN KESETARAAN TUNAl PADA AWAL TAHUN 200,875,282 200,875,282 257,830,831

TUNAl DAN KESETARAAN TUNAl PADA AKHIR TAHUN 6 374,592,967 374,592,965 200,875,282

Nota-nota yang disertakan adalah merupakan sebahagian daripada Penyata Kewangan ini.

PENYATA ALIRAN TUNAlBAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2010

Penyata KewanganPenyata Aliran Tunal

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 113

Page 126: menyentuh kehidupan menyemai nilai

1. MAKLUMAT UMUM

PIHAK BERKUASA WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (“IRDA”) ditubuhkan pada 12 Februari 2007. Aktiviti utama IRDA adalah untuk bertindak sebagai satu badan yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, mendorong pelaburan dari luar serta memudahkan pelan-pelan pembangunan di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar.

Aktiviti utama syarikat subsidiari adalah seperti yang dinyatakan di Nota 4.

Bilangan pekerja IRDA pada akhir tahun ialah 150 (2009: 144) orang.

Pejabat operasi utama IRDA dijalankan di #G-01 , Blok 8, Danga Bay, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA

Polisi-polisi perakaunan yang dinyatakan di bawah telah diguna pakai oleh IRDA dimana ianya konsisten dengan polisi-polisi yang telah dikeluarkan serta diluluskan oleh Malaysian Accounting Standards Board (“MASB”).

(a) Asas Perakaunan

Penyata Kewangan IRDA disediakan berdasarkan prinsip kos sejarah melainkan seperti yang telah dinyatakan dalam nota-nota penyata kewangan serta mematuhi Akta IRDA 2007 dan polisi-polisi perakaunan yang telah diluluskan.

(b) Asas Penyatuan

Subsidiari

Penyata kewangan yang disatukan meliputi penyata kewangan IRDA dan syarikat subsidiarinya yang telah disediakan sehingga akhir tahun kewangan. Subsidiari adalah entiti di mana IRDA mempunyai kepentingan ekuiti jangka panjang dan kuasa untuk melaksanakan kawalan terhadap polisi-polisi kewangan dan operasi untuk memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktivitinya.

Subsidiari disatukan menggunakan kaedah perakaunan pengambilalihan. Di bawah kaedah perakaunan pengambilalihan ini, hasil daripada subsidiari yang diambilalih atau dilupuskan sepanjang tahun kewangan dimasukkan ke dalam penyata pendapatan yang disatukan dari tarikh pelaksanaan pengambilalihan berkuatkuasa atau sehingga tarikh pelaksanaan pelupusan berkuatkuasa, mengikut kesesuaian.

Aset dan liabiliti subsidiari diukur pada nilai saksama pada tarikh pengambilan dan nilai ini ditunjukkan ke dalam lembaran imbangan yang disatukan. Perbezaan di antara kos pengambilalihan dan nilai saksama bahagian IRDA daripada aset bersih subsidiari yang diambilalih pada tarikh pengambilalihan dimasukkan ke dalam lembaran imbangan yang disatukan sebagai Muhibbah ke atas penyatuan dan dicaj kepada penyata pendapatan pada tahun ia diambilalih atau rizab ke atas penyatuan dan tidak disusutnilaikan.

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010114

Page 127: menyentuh kehidupan menyemai nilai

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (sambungan)

(b) Asas Penyatuan (sambungan)

Subsidiari (sambungan)

Transaksi di dalam Kumpulan, baki dan keuntungan belum direalisasi yang terhasil dihapuskan semasa penyatuan. Penyata kewangan disatukan hanya menggambarkan transaksi dengan pihak ketiga sahaja. Kerugian belum direalisasi telah dihapuskansemasa penyatuan melainkan kos tersebut tidak boleh dikutip semula.

Kepentingan pemegang saham minoriti dinyatakan pada nisbah minoriti ke atas nilai saksama aset dan liabiliti yang diiktiraf.

Di mana perlu, pelarasan dibuat ke atas penyata kewangan entiti subsidiari untuk memastikan keseragaman polisi perakaunan dibandingkan dengan Kumpulan.

(c) Pengiktirafan Pendapatan

Pemberian Kerajaan Persekutuan

Geran mengurus dan pembangunan diiktiraf apabila hak untuk menerima bayaran telah diperakui kelulusannya dan akan diperolehi untuk tahun kewangan tersebut.

Geran pembangunan diiktiraf dalam penyata pendapatan untuk dipadankan dengan belanja pembangunan sepertimana yang diluluskan. Geran yang tidak dapat dipadankan dengan belanja pembangunan akan ditunjukkan di dalam lembaran imbangan sebagai geran tertunda.

Geran tertunda tersebut kemudiannya dilunaskan ke penyata pendapatan mengikut jangka hayat harta berkenaan sejumlah nilai susutnilai yang dikenakan ke atas harta berkenaan.

(d) Hartanah, Loji dan Peralatan

Semua hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos tolak susutnilai terkumpul dan dengan kerugian penurunan jika ada.

Susutnilai

Pembelian bagi hartanah, loji dan peralatan yang bemilai RM500 ke bawah akan diambil kira terus ke penyata pendapatan. Kaedah garis lurus digunakan untuk pelupusan kos hartanah, loji dan peralatan mengikut kadar anggaran guna hayat bagi setiap bahagian hartanah, loji dan peralatan berdasarkan kadar-kadar seperti berikut:

Kenderaan 25%Komputer dan telefon bimbit 331/3%Perabot, peralatan, peralatan pejabat dan pengubahsuaian 20%

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 115

Page 128: menyentuh kehidupan menyemai nilai

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (sambungan)

(e) Penghutang-penghutang Lain

Penghutang-penghutang lain dinyatakan pada kos ditolak peruntukan jangkaan nilai boleh terima. Hutang lapuk dihapuskira apabila telah dikenalpasti. Anggaran dibuat bagi hutang ragu berdasarkan semakan ke atas jumlah tertunggak pada akhir tahunkewangan.

(f) Cukai dan Cukai Tertunda

Cukai pendapatan IRDA adalah hanya kepada pendapatan dividen selaras dengan pengecualian yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan sepertimana yang dinyatakan pada Nota 14 dan diukur menggunakan kadar cukai yang telah termaktub oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri pada tarikh lembaran imbangan.

Tiada cukai tertunda diperuntukkan oleh IRDA selaras dengan pengecualian tersebut.

(g) Pemiutang-pemiutang Lain

Pemiutang-pemiutang lain dinyatakan pada kos di mana ia adalah nilai saksama pertimbangan yang akan dibayar pada masa hadapan bagi barang dan perkhidmatan yang diterima.

(h) Peruntukan Bagi Liabiliti

Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila IRDA mempunyai obligasi semasa akibat daripada peristiwa yang lepas dan berkemungkinan bahawa aliran keluar sumber yang merangkumi faedah ekonomi akan diperlukan untuk menyelesaikan obligasi,dan anggaran munasabah mengenai jumlah boleh dibuat. Peruntukan disemak pada setiap tarikh lembaran imbangan dan diselaraskan untuk menunjukkan anggaran semasa terbaik. Sekiranya kesan daripada nilai wang adalah material, jumlah peruntukan adalah nilai semasa perbelanjaan dijangka untuk diperlukan bagi menyelesaikan obligasi.

(i) Tunai dan Kesetaraan Tunai

Tunai dan kesetaraan tunai termasuk tunai dalam tangan dan pada bank dan simpanan tetap yang mempunyai kecairan yang tinggi dan risiko perubahan dalam nilai yang rendah.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010116

Page 129: menyentuh kehidupan menyemai nilai

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (sambungan)

(j) Penurunan Nilai Bawaan Aset

Pada setiap tarikh lembaran imbangan, IRDA menyemak nilai bawaan aset selain daripada inventori bagi menentukan sama ada terdapatnya petunjuk bahawa nilai aset mungkin merosot. Sekiranya wujud petunjuk-petunjuk tersebut, kemerosotan nilai aset akan diukur dengan membandingkan nilai bawaan aset dengan nilai yang boleh diperolehi semula. Nilai boleh diperolehi semula dianggar bagi setiap aset atau jika tidak boleh, bagi unit penghasilan tunai.

Kerugian kemerosotan diiktiraf sebagai perbelanjaan di dalam penyata pendapatan dengan serta merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian. Sebarang kerugian rosotnilai dianggap sebagai kurangan penilaian hingga ke tahap lebihan penilaian yang diiktiraf terdahulu bagi aset tersebut.

Peningkatan nilai berikutnya dalam jumlah boleh diperolehi semula aset dianggap sebagai penerbalikan kemerosotan terdahulu dan diiktiraf sehingga tahap nilai simpanan aset akan ditentukan (bersih daripada pelunasan dan susutnilai) sekiranya tidak ada kerugian kemerosotan telah diiktiraf. Penerbalikan diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan dengan serta-merta kecuali aset tersebut dinyatakan pada nilai penilaian. Jika kerugian rosotnilai pada aset tersebut telah diiktiraf sebagai belanja dalam penyata pendapatan sebelum ini, penerbalikan itu diiktiraf sebagai pendapatan dalam penyata pendapatan sehingga tahap yang diiktiraf sebagai belanja sebelum ini.

(k) Kumpulan Wang Pembangunan Khas

Kumpulan Wang Pembangunan Khas adalah diuruskan bagi pihak dan dibiayai oleh pihak Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) untuk projek-projek pembangunan infrastruktur dan dana Pakej Rangsangan Ekonomi digunakan untuk Program Latihan Modal Insan.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

(l) Kumpulan Wang Projek Sosial

Kumpulan Wang Projek Sosial yang diuruskan oleh IRDA adalah dibiayai oleh pihak ketiga dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu mengikut peruntukan Seksyen 37 Akta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, 2007.

Segala penerimaan dikreditkan dan segala penggunaan didebitkan kepada akaun tersebut. Baki yang belum digunakan pada tarikh lembaran imbangan ditunjukkan sebagai baki kumpulan wang tersebut.

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 117

Page 130: menyentuh kehidupan menyemai nilai

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (sambungan)

(m) Urusniaga-urusniaga Matawang Asing

Transaksi yang dijalankan dalam matawang asing ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran pada tarikh transaksi tersebut.

Aset dan liabiliti dalam matawang asing pada tarikh lembaran imbangan akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran pada tarikh tersebut. Aset dan liabiliti bukan dalam matawang asing yang diukur pada nilai saksama akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar tukaran pada tarikh nilai sebenar ditentukan. Perbezaan pertukaran matawang asing yang wujud akan diiktiraf dalam penyata pendapatan.

Kadar pertukaran prinsipal untuk setiap unit mata wang asing pada tarikh lembaran imbangan untuk tujuan penterjemahan adalah seperti berikut:

2010 2009 RM RM

1 Dolar Singapura (SGD) 2.39 2.441 Euro (EURO) 4.08 4.921 United Kingdom Pound (GBP) 4.78 5.501 Kuwait Dinar (KWD) 10.99 11.941 Japan Yen (JPY) 0.04 0.041 Qatar Riyal (QAR) 0.85 0.941 Bahrain Dinar (BHD) 8.22 9.091 United Arab Emirates Dirham (AED) 0.84 0.931 Dolar Amerika (USD) 3.08 3.421 Dolar Australia (AUD) 3.14 3.06

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010118

Page 131: menyentuh kehidupan menyemai nilai

2. RINGKASAN POLISI-POLISI PERAKAUNAN YANG KETARA (sambungan)

(n) Kebajikan Pekerja

Manfaat jangka pendek

Upah, gaji, bonus dan sumbangan jaminan sosial dikenalpasti sebagai perbelanjaan dalam tahun dimana khidmat telah diberikan oleh kakitangan IRDA. Peruntukan yang dijangka untuk pembayaran jangka pendek seperti cuti tahunan berbayar dikenalpasti apabila kakitangan telah memberikan khidmatnya dimana ia akan meningkatkan peluang kakitangan tersebut untuk mendapat ganti rugi. Cuti jangka pendek yang tidak boleh dikumpul seperti cuti sakit dikenalpasti apabila ianya berlaku.

Pelan Caruman

IRDA dikehendaki oleh undang-undang untuk membuat caruman bulanan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) untuk semua kakitangan yang layak berdasarkan kadar yang telah ditentukan mengikut gaji kakitangan. Caruman majikan kepada KWSP dilaporkan secara berasingan. Caruman kakitangan kepada KWSP termasuk di dalam gaji dan upah.

(o) Penyata Aliran Tunai

IRDA mengamalkan kaedah tidak langsung dalam menyediakan penyata aliran tunai. Setara tunai merupakan pelaburan jangka pendek yang mudah tunai dengan tempoh matang tiga bulan atau kurang dari tarikh pembelian, serta sedia untuk ditukarkan kepada tunai tanpa risiko perubahan nilai yang ketara.

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 119

Page 132: menyentuh kehidupan menyemai nilai

3. HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN

Perabot, Peralatan Pejabat dan Kenderaan Komputer Pengubahsuaian Jumlah RM RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:

Kos

Pada 1 Januari 2010 887,272 3,186,688 4,440,652 8,514,612Tambahan 149,490 1,004,697 447,000 1,601 ,187Pelupusan (228,082) (31,393) (22,795) (282,270)

Pada 31 Disember 2010 808,680 4,159,992 4,864,857 9,833,529

Susutnilai Terkumpul

Pada 1 Januari 2010 608,434 1,985,650 1,605,581 4,199,665Susutnilai semasa 209,704 978,725 959,597 2,148,026Pelupusan (135,971) (30,932) (15,911) (182,814)

Pada 31 Disember 2010 682,167 2,933,443 2,549,267 6,164,877

Nilai Buku Bersih

Pada 31 Disember 2010 126,513 1,226,549 2,315,590 3,668,652

Pada 31 Disember 2009 278,838 1,201,038 2,835,071 4,314,947

Susutnilai untuk tahun 2009 221,818 965,953 888,131 2,075,902

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010120

Page 133: menyentuh kehidupan menyemai nilai

4. PELABURAN DALAM SYARIKAT SUBSIDIARI

IRDA IRDA 2010 2009 RM RM

Saham pada harga nominal 2 —

Butiran anak syarikat yang dimiliki 100% adalah seperti berikut:

Tempat TarikhNama syarikat Aktiviti Utama penubuhan pengambilan

Prisma Harta Sdn. Bhd. Pengurusan operasi dan penyenggaraan Malaysia 01 /02/2010 Perumahan Awam Iskandar Malaysia

Syarikat masih belum memulakan operasi dan kekal tidak aktif sejak tarikh penubuhan.

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 121

Page 134: menyentuh kehidupan menyemai nilai

5. PELBAGAI PENERIMAAN, DEPOSIT DAN PRABAYAR

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Deposit 580,106 548,207Belanja prabayar dan pendahuluan 196,747 195,622Pelbagai penghutang 168,471 965,376

945,324 1,709,205

Kumpulan Wang Pembangunan Khas:Deposit 538,270 250,000

538,270 250,000

Kumpulan Wang Projek Sosial:Pendapatan faedah terakru 24,311 19,244

24,311 19,244

Jumlah 1,507,905 1,978,449

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010122

Page 135: menyentuh kehidupan menyemai nilai

6. TUNAl DAN KESETARAAN TUNAl

Kumpulan IRDA IRDA 2010 2010 2009 RM RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Tunai dalam tangan 9,002 9,000 9,000Tunai di bank 17,677,227 17,677,227 16,640,170

17,686,229 17,686,227 16,649,170

Kumpulan Wang Pembangunan Khas:Tunai di bank 304,072,424 304,072,424 132,402,889

304,072,424 304,072,424 132,402,889

Kumpulan Wang Projek Sosial:Deposit di bank berlesen 52,834,314 52,834,314 51,823,223

52,834,314 52,834,314 51,823,223

Jumlah 374,592,967 374,592,965 200,875,282

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 123

Page 136: menyentuh kehidupan menyemai nilai

7. PELBAGAI PEMIUTANG

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Pemiutang lain 326,147 751,320Perbelanjaan akruan 397,574 438,593

723,721 1,189,913

Kumpulan Wang Pembangunan Khas:Pemiutang lain 82,688,701 53,064,209

82,688,701 53,064,209

Jumlah 83,412,422 54,254,122

Pelbagai pemiutang merangkumi amaun tertunggak bagi perbelanjaan semasa. Amaun tertunggak tersebut adalah tanpa faedah serta mempunyai tempoh bayaran balik mudah-ubah.

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010124

Page 137: menyentuh kehidupan menyemai nilai

8. KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN KHAS

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Baki pada 1 Januari 79,588,679 186,904,904Geran Pembangunan diterima dari Kerajaan 1,002,000,000 618,000,000Dana Pakej Rangsangan Ekonomi dari Kerajaan — 20,000,000

1,081,588,679 824,904,904Pendapatan faedah 4,690,737 5,588,207

1,086,279,416 830,493,111Tolak: Penggunaan geran pembangunan 847,304,311 735,110,802Tolak: Penggunaan dana Pakej Rangsangan Ekonomi 12,362,376 7,637,624Tolak: Pendapatan faedah dipindahkan ke Kumpulan Wang Mengurus 4,690,737 8,156,006

Baki pada 31 Disember 221,921 ,992 79,588,679

9. KUMPULAN WANG PROJEK SOSIAL

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Baki pada 1 Januari 51,842,467 50,771,052Pendapatan faedah 1,206,831 1,071,415

53,049,298 51,842,467Tolak: Penggunaan dana Kumpulan Projek Sosial 190,673 —

Baki pada 31 Disember 52,858,625 51,842,467

Dana Projek Sosial (“SPF”) ditubuhkan mengikut peruntukan Seksyen 37 Akta IRDA 664 (Akta 664) bertujuan untuk digunakan bagi membiayai pelbagai projek dan skim sosial yang selaras dengan strategi dan inisiatif seperti yang dinyatakan di dalam Plan Pembangunan Komprehensif (“CDP”). Dana ini diuruskan oleh Jawatankuasa Dana Projek Sosial yang terdiri daripada ahli-ahli bebas mengikut garis panduan, polisi dan keputusan yang diluluskan oleh IRDA, selagi ianya tidak bercanggah dengan Akta dan CDP.

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 125

Page 138: menyentuh kehidupan menyemai nilai

10. PEMBERIAN KERAJAAN

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Pemberian Kerajaan 65,000,000 75,000,000

65,000,000 75,000,000

11. PENDAPATAN LAIN

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Yuran tender 41,000 185,855Pendapatan faedah 5,036,124 8,468,834Pendapatan lain-lain 9,035 —

5,086,159 8,654,689

12. PERBELANJAAN OPERASI

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Perincian perbelanjaan operasi adalah seperti berikut:Yuran profesional 4,332,087 8,646,375Ganjaran juruaudit 15,345 14,300Ganjaran Ahli Lembaga 242,000 259,700Ganjaran Ahli Jawatankuasa Kelulusan dan Pelaksana & Majlis Penasihat 234,081 203,191Ganjaran Ahli Jawatankuasa EXCO 3,000 8,500

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010126

Page 139: menyentuh kehidupan menyemai nilai

12. PERBELANJAAN OPERASI (sambungan)

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Ganjaran Ahli Jawatankuasa Tender A & B 7,600 10,700Sewa pejabat 2,507,645 1,897,763Susutnilai 2,148,026 2,075,902Sumbangan — 29,080Kos Kakitangan- Gaji dan elaun 22,470,052 19,837,811- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 4,259,467 5,681,666- Kumpulan Wang Keselamatan Sosial 77,266 55,008- Kerja lebih masa 190,066 129,459- Bonus 4,352,342 2,897,035- Kebajikan pekerja 165,611 5,100- Kos pengambilan pekerja 9,068 23,188Promosi dan pemasaran 19,012,879 28,904,902Keraian 101,367 130,229Kursus dan seminar 851,768 543,118Utiliti 1,110,017 1,121,921Perbelanjaan laman web 64,763 213,870Penyelenggaraan peralatan pejabat, bangunan dan kenderaan 662,262 640,575Kos percetakan dan alatulis 323,943 565,031Belanja mesyuarat 414,763 264,670Kos perubatan 65,445 42,139Rugi dalam pertukaran matawang asing 756 570Insuran premium 719,581 404,807Caj bank 33,377 21,398Pengiklanan 1,613,227 919,266Belanja am 394,278 343,900Belanja keselamatan 191,489 149,594Yuran cukai 6,375 —Yuran pendaftaran dan lesen 246,597 15,806Yuran profesional dan keahlian 29,753 42,360Pos dan penghantaran 40,072 45,332Penginapan dan perjalanan 3,110,429 2,928,580Keuntungan dari pelupusan aset tetap (13,713) —

69,993,084 79,072,846

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010 127

Page 140: menyentuh kehidupan menyemai nilai

13. MAKLUMAT PEKERJA

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Kumpulan Wang Mengurus:Kos kakitangan 31,523,872 28,629,267

Termasuk dalam kos kakitangan adalah sumbangan daripada IRDA kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM4,259,467 (2009: RM3,669,727).

14. PERBELANJAAN CUKAI PENDAPATAN

IRDA dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan surat pengecualian cukai yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan di bawah subseksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967. Semua pendapatan kecuali dividen IRDA dikecualikan daripadacukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun mulai tahun taksiran 2007 hingga tahun taksiran 2016.

15. KOMITMEN OPERASI

Kumpulan IRDA 2010 2009 RM RM

Diluluskan dan dikontrakkan: Promosi dan pemasaran 1,147,978 7,755,000 Perundingan dan kajian-kajian 3,147,280 2,126,926 Belanja am 334,753 —

4,630,011 9,881,926

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN31 DISEMBER 2010(sambungan)

Penyata KewanganNota-Nota Kepada Penyata Kewangan

Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan IskandarLaporan Tahunan 2010128

Page 141: menyentuh kehidupan menyemai nilai

menyentuh kehidupan menyemai nilai

Page 142: menyentuh kehidupan menyemai nilai

kesinambungan suatu perjalanan...kesinambungan suatu perjalanan...

Page 143: menyentuh kehidupan menyemai nilai