pendidikan kesihatan tahun 5

75

Click here to load reader

Upload: noor-leeza

Post on 30-Nov-2015

348 views

Category:

Documents


36 download

DESCRIPTION

Powerpoint pendidikan kesihatan tahun 5 merangkumi semua topik mengikut sukatan pelajaran.

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Kesihatan Diri dan Keluarga

Page 2: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Isi Kandungan

Kesihatan Diri dan Keluarga- Kesihatan Diri- Perasaan- Kekeluargaan

Gaya Hidup Sihat-Pemakanan Sihat-Penyalahgunaan Bahan

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran - Keselamatan Persekitaran -Penyakit Berjangkit-Pertolongan Cemas

Page 3: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KESIHATAN DIRI Semasa meningkat remaja kita akan mengalami

beberapa perubahan dan menjadi lebih aktif. Perubahan ini disebabkan oleh perubahan

hormon dalam badan. Kita perlulah bersedia menghadapi perubahan

ini dan mengutamakan kesihatan diri. Tubuh yang sihat akan menjadikan kehidupan

kita lebih sejahtera.

Page 4: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Apa itu seksualiti???Seksualiti ialah kesedaran kita terhadap perubahan pada fizikal, tingkah laku, dan fungsi sistem reproduktif. Kesedaran ini timbul apabila kita telahakil baligh.

Apa itu akil baligh???Satu peringkat dalam hidup seseorang yang berubah dari

seorang kanak-kanak ke seorang dewasa.Bila dan apa tandanya???Mula kedatangan haid bagi orang perempuan dan ihtilam bagi

orang lelaki. Selepas itu, kita akan mengalami perubahan fizikal

secara beransur-ansur. Sistem reproduktif kita juga mula

berfungsi.

Page 5: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Page 6: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Haid  Haid adalah petunjuk bahawa organ reproduktif

perempuan telah berfungsi. Haid dicirikan dengan pengeluaran darah daripada faraj. Pusingan haid biasanya berlaku di antara 28 hingga 35

hari. Seseorang perempuan akan mengalami haid selama 3 hingga 7 hari.

Tempoh haid ini berbeza antara individu. Semasa kedatangan haid, seseorang remaja perempuan

perlu mendapatkan panduan tentang cara menguruskan kebersihan diri. Panduan ini boleh diperoleh daripada orang dewasa seperti ibu atau kakak.

Page 7: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Kedatangan haid adalah normal. Kita masih boleh melakukan aktiviti harian

seperti bersekolah, mengemas rumah, dan

bersukan.

Pada peringkat awal, kedatangan haid tidaklah

tetap. Selalunya kita mengalami kedatangan haid selang antara 28 hingga 35

hari

Untuk mengetahui kedatangan haid yang berikutnya;

• Mencatat tarikh hari pertama kita mengalami kedatangan

haid.• Mencatat tarikh hari pertama

kita kedatangan haid pada bulan berikutnya.

•Mengira jumlah atau jarak hari di antara kedua-dua tarikh itu. jarak hari tersebut itulah

yang menentukan kedatangan haid.

Semasa kedatangan haid, kita perlu:

Menggunakan tuala wanita untuk menampung darah haid.Menukarkan tuala itu dengan yang baru mengikut keperluan.

Membersihkan kemaluan sebelum menggunakan tuala

baru untuk menggelakkan jangkitan.

Membersihkan kotoran pada tuala wanita dengan air,serta

membungkus dan membuang ke dalam tong sampah. Elakkan

membuang ke dalam mangkuk tandas.

Mencuci tangan dengan sabun

Info

Page 8: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

SENGGUGUT??? Senggugut ialah pengecutan dinding rahim

yang kuat semasa hari pertama kedatangan haid setiap bulan. Ia akan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut dan belakang. Semasa mengalami senggugut seorang gadis mungkin merasa letih, muram dan cepat marah.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Senggugut ?Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan

dengan berbaring.Sekiranya tidak-dapat menahan sakit, dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat dengan anda.

Page 9: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

IHTILAM ? Ihtilam ialah satu peristiwa yang dilalui

oleh seorang individu lelaki ketika tidur iaitu keluar air mani secara tidak disedari semasa seseorang remaja lelaki yang bermimpikan sesuatu yang memberahikan.

Pengalaman ini menandakan sistem reproduktif seseorang lelaki telah mula berfungsi.

Page 10: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA Ihtilam adalah normal dan

tidak menghalang kita daripada meneruskan aktiviti

harian seperti bersekolah, bersukan dan beriadah.

Selepas mengalami ihtilam, kita hendaklah:

• Membersihkan anggota tubuh.

• Menggantikan pakaian yang telah kotor dengan pakaian

yang bersih.

Selepas mengalami ihtilam, kita hendaklah:

• Membersihkan anggota tubuh.

• Menggantikan pakaian yang telah kotor dengan pakaian

yang bersih.

Selepas mengalami ihtilam, kita akan mengalami:• Perubahan fizikal

• Perubahan perasaan akibat tindakan hormon dalam

badan.

Page 11: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Penyakit Tidak Berjangkit.

Apa itu penyakit tidak berjangkit??

Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor.

Punca???

KETURUNAN (GENETIK) DAN GAYA HIDUP.

Page 12: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

CONTOH-CONTOH PENYAKIT TIDAKBERJANGKIT Karies gigi

Penyakit jantung Diabetes

Asma Penyakit buah pinggang

Page 13: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KARIES GIGI

Masalah gigi berlubang

Berlaku akibat tindak balas

antara bakteria dengan makanan

bergula di permukaan gigi.

Asid yang terhasil melembutkan

lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat

memasuki lapisan dentin gigi dan

menyebabkan gigi berlubang.

Page 14: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Sakit Jantung

Terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Ini menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.Kesannya, kita berasa amat sakit seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam di bahagian dada.

Page 15: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Rajah di atas menunjukkan keadaan jantung yang tersumbat.

Page 16: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi.

Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi.

Diabetes

Page 17: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Kesannya?

Page 18: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ASMA

Terjadi apabila saluran pernafasan terganggu.

Ia disebabkan alahan terhadap makanan tertentu, pencemaran udara dan cuaca.Simptomnya ialah batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan

Page 19: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Page 20: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Penyakit buah pinggang

Terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah.

Ia disebabkan oleh jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan

Kesannya, pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah serta kelihatan lemah.

Page 21: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

PENCEGAHANPENYAKIT

TIDAK BERJANGKIT

Bersenam dan bersukan•Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang hari).•Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi.•Amalan ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung

Makan makanan seimbang.•Pelbagaikan pilihan makanan kita.•Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh

Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap. •Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan

Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Page 22: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

PERASAAN Perasaan atau emosi ialah sesuatu yang kita rasakan

dalam hati dan diluahkan dengan mimik muka serta perlakuan

Meluahkan perasaan?? Berkongsi tentang apa yang kita rasakan dengan

meluahkan perasaan kita kepada orang lain.Memahami perasaan? Memahami perasaan orang lain dapat membantu kita

mewujudkan persefahaman dan mengeratkan hubungan kita dengan mereka.

Page 23: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

KEREMAJAAN Proses yang menyebabkan perubahan

pada fizikal , perasaan, dan perwatakan seseorang. Perubahan ini dialami pada penghujung alam kanak-kanak sebelum kita menjadi dewasa.

Page 24: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

i) Perubahan fizikal semasa remaja lelaki.

• Dada semakin bidang• Otot-otot terbentuk

• Bulu tubuh mula tumbuh

• Berat badan dan ketinggian makin

bertambah• Suara mula pecah dan beransur-ansur menjadi

garau.•Muka mula berjerawat,

bermisai dan berjanggut.

Page 25: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

i) Perubahan fizikal semasa remaja perempuan.

Payu dara membesar Punggung melebar Ketiak ditumbuhi bulu. Berat badan dan ketinggian bertambah Suara mulai lunak Muka mula berjerawat

Page 26: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Perubahan fizikal remaja.

Page 27: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

ii) Perubahan perasaan Mencari identiti sendiri

- Identiti ialah sifat keseluruhan yang ada pada kita. Identiti dapat memperkenalkan atau membezakan diri kita daripada orang lain. Dalam menentukan identiti diri, kadangkala kita akan terpengaruh dengan perlakuan rakan sebaya atau idola kita. Oleh itu kita patut dapat membezakan antara identiti yang baik denga yang buruk

Page 28: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Mementingkan rakan-Kita lebih suka melakukan aktiviti harian bersama-sam kawan.

Kitalebih mengutamakan kawan kerana kita lebih selesa untuk

bermain dengan mereka. Kita juga tidak berasa malu bercerita tentang

semua perkara dengan kawan kita. Sentiasa bimbang paras rupa.-Kita mengambil berat tentang penampilan diri dan mahu

kelihatan menarik. Kita akan bimbang sekiranya terdapat tanda-tanda

sepertijerawat pada pada muka.

Page 29: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Emosi tidak stabil- Emosi menjadi tidak stabil kerana perasaan kita tidak menentu. Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi beberapa perkara pada satu masa. Kita juga terpaksa membuat keputusan pada ketika itu. Contohnya, perasaan kita berbelah bahagi apabila terpaksa memilih antara kemahuan diri sendiri dengan kemahuan orang lain.

Page 30: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

Peranan Golongan Remaja Peranan dalam keluarga. Sebagai ahli keluarga, kita sama-sama bertanggungjawab

mewujudkan suasana sejahtera dalam keluarga. Kita harus taat kepada ibu bapa, bersikap baik dengan adik beradik, dan memberi kerjasama dalam semua aktiviti keluarga.

Peranan dalam masyarakat Bergaul dengan penduduk setempat. Mengambil bahagian dalam

aktiviti gotong-royong. Menghormati dan menerima teguran daripada orang dewasa.

Mematuhi norma masyarakat - Sebagai anak remaja Malaysia, kita patut mengekalkan norma atau

amalan masyarakat kita. Norma masyarakat kita adalah mengutamakan perpaduan antara kaum, saling menghormati, berbudi bahasa, dan sopan santun.

Page 31: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

PEMAKANAN YANG SIHAT Pemakanan yang sihat bermaksud

sajian makanan yang kita ambil mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Page 32: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Kumpulan dan Jenis Makanan

LEMAK

PROTIEN

VITAMIN DAN MINERAL

KARBOHIDRAT

Page 33: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Sudut info: Nutrien

ialah bahan

makanan berkhasiat

atau zat makanan

Page 34: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Pentingnya Makanan SeimbangKumpulan

lemak-membekalkan

habaKumpulan protein-

membantu proses

tumbesaranKumpulan vitamin dan mineral-

memelihara fungsi tubuh dan

menjauhkan penyakit

Kumpulan karbohidrat-

memberi tenaga

Page 35: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Fikirkan??? ! Mengapakah saiz setiap kumpulan

dalam carta pengambilan makanan tersebut berbeza?

Mengapakah kita harus awalkan waktu makan malam?

Apakah pentingnya mengambil sarapan??

Page 36: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Pilihan Makanan Sihat Untuk memastikan kita mendapat

semua nutrien dalam makanan setiap hari, kita hendaklah mengambil : sarapan Sajian makan tengah hari Sajian makan malam.

Page 37: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Page 38: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Cadangkan satu hidangan makanan seimbang.

Page 39: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

PENYALAHGUNAAN BAHAN Menggunakan bahan-bahan seperti

dadah, alkohol, atau gam dengan tidak mengikut fungsi sebenar.

Page 40: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Page 41: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Hidup bahagia

tanpa dadah.

Wujud dalam bentuk pil, serbuk dan bahan mentah.

Jenis-jenis dadah adalah seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.

Boleh mengubah cara berfikir, perasaan dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian

Kesimpulannya, kita perlu mengelakkan diri kit daripada dadah supaya hidup bahagia

Page 42: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Hidup sejahtera tanpa rokok

Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar.

Mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk.

Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain.

Kita perlu mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera

Page 43: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Hidup sihat tanpa alkohol

Minuman alkohol dikenali sebagai

minuman keras atau

arak

Contohnya bir, wain, dan

samsu.

Boleh memabukkan dan menyebabkan

peminum tidak dapat berfikir

dengan waras dan mengawal

perlakukan

Kita tidak sepatutnya mengambil minuman ini

kerana terdapat banyak minuman

lain yang lebih berkhasiat.

Page 44: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Keburukan merokok, mengambil alkohol dan dadah, serta menghidu bahan-bahan tertentu.

•Perbuatan perokok membuang putung rokok yang masih menyala boleh menyebabkan kebakaran

•Bahan kimia yang terkandung dalam alkohol, rokok, dadah dan bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.

Page 45: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

•Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila ketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.•Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini.•Individu yang terlibat dalam penylahgunaan bahan-bahan ini seringmenimbulkan masalah dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.

Page 46: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

GAYA HIDUP SIHAT

Panduan mengelak daripada merokok, mengambil alkohol dan dadah serta menghidu bahan-bahan tertentu.

Libatkan diri kita dengan aktiviti berfaedah seperti memancing.

Elakkan diri kita daripada terpengaruh. Kita mesti berani menolak ajakan untuk mencuba atau mengambil bahan tersebut .

Amalkan meneliti kandungan sesuatu bahan. Baca label sebelum membeli.

Gunakan masa lapang kita dengan melakukan aktiviti bersama-sama keluarga seperti beriadah. Elakkan ke tempat-tempat hiburan.

Page 47: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN Keselamatan Persekitaran Keselamatan di rumah, sekolah dan tempat permainan- Elakkan bermain dekat dengan kenderaan. Pastikan benda tajam diletakkan di tempat yang selamat

untuk mengelakkan kecederaan. Laporkan kepada guru apabila alatan sukan yang

digunakan rosak. Patuhi peraturan semasa menggunakan alatan di

makmal sains. Kita mesti mematuhi arahan dan peraturan penggunaan

alatan di taman permaian

Page 48: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Keselamatan di Jalan Raya - Semasa menggunakan jalan raya, kita

perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya. Kita juga perlu kenal dan faham akan maksud tanda-tanda keselamatan

Page 49: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Jangan masuk kerana kita

akan bertentangan arah dengan

kenderaan lain

Pastikan semua kenderaan berhenti sebelum melintas jalan.Pastikan keadaan

selamat sebelum kita meneruskan perjalanan

Gunakan laluan basikal apabila kita berbasikal

Gunakan jejantas untuk memastikan keselamatan kita lebih terjamin

Page 50: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Kenalpasti papan tanda ini.

Page 51: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Keselamatan Semasa Menggunakan Bahan Api.

• Api boleh menyebabkan kebakaran, kemusnahan harta benda, dan kematian jika tidak digunakan dengan cara dan tujuan yang betul.

Page 52: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

• Berikut beberapa punca kebakaran dan langkah-langkah keselamatan bagi menghindarkannya.

Periksa semua penyambung elektrik bagi memastikan tiada retakan, wayar terdedah dan longgar. Gantikan wayar yang buruk atau wayar yang kerap panas ketika digunakan.

Pastikan semua pendawaian diperiksa dari masa ke semasa bagi mengenalpasti dan mengatasi kerosakan.

Elakkan daripada meletakkan periuk panas di atas tong gas, Elakkan daripada meletakkan lilin yang menyala di tempat

yang mudah berlakunya kebakaran. jangan merokok atau menyalakan rokok semasa mengisi

minyak tanah kenderaan

Page 53: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Langkah –lang kah keselamatan di rumah.

Page 54: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Keselamatan di Air Kemalangan juga kerap berlaku di air

seperti di kolam renang, air terjun, sungai, dan laut. Ketika menggunakan kenderaan air seperti bot dan feri, kita hendaklah memakai jaket keselamatan dan mengelak daripada menaiki kenderaan air yang terlebih muatan.

Page 55: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan semasa kita berada di air.

Amalkan mandi di bawah pengawasan orang dewas ketika berada di kawasan air terjun.

Elakkan daripaa bermain di kawasan larangan seperti di lombong, loji, dan sungai.

Pastikan terdapat penyelamat yang bertugas sebelum mandi di kolam.

Elakkan daripada mandi di kawasan berbahaya,

Sudut berfikir:Apakah yang akan kamu lakukan untuk membantu seseorang yang mengalami

kemalangan di air??

Page 56: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Keselamatan Ketika Banjir Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke

pusat-pusat pemindahan yang disediakan. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau

pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.

Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Tutup semua suis elektrik untuk menggelakkan kejutan elektrik

Elakkan bermain air ketika banjir INFO:Banjir lumpur berpunca daripada aliran air yang

berlumpur akibat hakisan tanah.

Page 57: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Page 58: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- CampakCara merebak:

Virus merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti.Simptom penyakit:•Demam tinggi.•Batuk, selesema dan sakit tekak.•Mata berair dan sensitif kepada cahaya.•Sakit otot.•Ruam seluruh badan.Langkah-langkah pencegahan:•Dapatkan imunisasi campak.•Elakkan daripada menghampiri penghidap campak.•Pastikan kita sembuh sebelum ke sekolah semula.

Page 59: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- Kepialu

Cara merebak:Bakteria dibawa oleh penghidap, lalat, lipas dan tikus.Simptom penyakit:•Mata layu dan cengkung•Tubuh badan kurus dan lesu•Tiada selera makan.•Sakit kepala.•Ruam berbentuk bunga ros.•Sembelit diikuti cirit-biritLangkah-langkah pencegahan:•Dapatkan imunisasi kepialu.•Minum air yang dimasak•Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum makan.•Pilih gerai yang bersih.

Page 60: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- Rubela

Cara merebak:•Virus disebarkan melalui udara dan air.Simptom penyakit:•Sakit tekak•Sakit kepala•Demam.•Ruam berwarna ungu dibelakang telinga dan di atas kening,•Ruam menyebar pada badan, tangan, dan kaki.

Langkah-langkah pencegahan:•Dapatkan imunisasi rubela•Kuarantinkan penghidap rubela.

Layari laman web : www.Ensiklopedia .info/senarai _penyakit.

Page 61: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENYAKIT BERJANGKIT- BEGUK

Cara merebak:•Jangkitan virus di kelenjar liurSimptom penyakit:•Pipi berhampiran telinga menjadi bengkak•Pesakit mungkin mengalami demam.•Bahagian leher terasa kejang.•Sensitif terhadap cahaya•Badan berasa lemah•Sakit kepala.

Langkah-langkah pencegahan:•Dapatkan imunisasi beguk.•Elakkan daripada melakukan sentuhan langsung.•Kuarantinkan penghidap beguk

Page 62: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PERTOLONGAN CEMAS Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa

kemalangan. Usaha rawatan pertama dalam keadaan

kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rtawatan dari doktor.

Matlamat utama: >untuk menyelamat nyawa >mengelakkan kecederaan dari bertambah

buruk >mengurangkan kesakitan. >sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh

doktor

Page 63: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PENDARAHAN KECIL Pendarahan eksternal (dibahagian luar)

luka terhiris -disebabkan benda tajam seperti pisau luka terkoyak -disebabkan cakaran binatang atau dawai luka berdarah -kena pukulan tepat benda tidak tajam luka tembus -seperti kena tikaman pisau, atau jarum

Page 64: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Luka-luka kecil Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan

pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.

Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: Bersihkann tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka

dengan tangan kotor. Cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak

masuk ke kawasan luka. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.

lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.

Gunakan pembalut untuk memegang plaster

Page 65: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

PATAH DAN TERSELIUH

Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh : Pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan

berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.

Pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.

Kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan.

Terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari.

Dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan

Page 66: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut : Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang

mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.

Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.

Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.

Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Page 67: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Page 68: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Lebam Lebam terjadi akibat anggota terkena

hentakan. Bahagian yang cedera menjadi lebam.

Cara memberi bantu mula: Rehatkan mangsa. Letakkan ais yang dibalut dengan kain

bersih pada bahagian lebam.

Page 69: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Melecur Terjadi apabila lapisan atas kulit terbakar

akibat terkena air atau minyak panas. Cara memberi bantu mula: Alirkan air pada bahagian yang melecur

selama 10 minit. Biarkan kulit melecur itu kering sendiri. Elakkan daripada menyapukan minyak atau

krim pada kulit yang melecur. Jangan tanggal kulit yang melecur.

Page 70: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Lakukan Simulasi Cara Melakukan Bantuan Awal Mengikut Kumpulan.

Page 71: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Perkhidmatan kesihatan dan keselamatan ialah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu orang ramai.

Page 72: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

TUGAS-TUGAS PUSAT PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Memberi perkhimatan kecemasan: Bantuan memadamkan kebakaran. Bantuan ketika kemalangan. Penyeliaan keselamatan bangunan. Promosi pendidikan

Page 73: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Memberi perkhidmatan kawalan keselamatan:

Penguasaan dan undang-undang. Siasatan terhadap aduan yang diterima. Kawalan lalu lintas. Pencegahan jenayah.

Page 74: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Memberi perkhidmatan Rawatan sakit luar Rawatan pergigian Preskripsi ubat-ubatan Rawatan ibu bersalin.

Page 75: Pendidikan Kesihatan Tahun 5

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

Menyediakan rawatan kesihatan percuma:

Kecemasan Rawatan lanjut

Kaunseling Rawatan sakit luar.