pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial-peers

2
Pendidikan seks yang diajar bermula tahun depan di sekolah rendah dan menengah akan menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), selain diajar secara berasingan tanpa menumpang mata pelajaran lain. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, istilah PEERS seperti diputuskan Kabinet pada 2006 akan dikekalkan bagi mengelak kekeliruan berhubung istilah pendidikan seks yang memberi konotosi negatif dan terhad di kalangan masyarakat. Beliau berkata, pembelajaran PEERS diperuntukkan selama satu waktu seminggu iaitu 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, dua kali sebulan. “PEERS merangkumi aspek lebih luas termasuk soal nilai, sikap dan proses sepanjang hayat mencakupi 75 peratus daripada kurikulum pendidikan kesihatan. “Menerusi transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011, kementerian memutuskan pendidikan kesihatan termasuk PEERS diajar berasingan sebagai satu mata pelajaran yang tidak bercantum dengan subjek lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam. Mohd Puad berkata, bagi Tahap Satu sekolah rendah, antara skop dimasukkan adalah perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata ‘tidak’ kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. “Pada peringkat menengah rendah, antara tumpuan diberi ialah kecekapan psikososial atau kemahiran hidup menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, dan perkembangan sifat seksual sekunder,” katanya. “Di peringkat menengah atas, ia membabitkan kemahiran kecekapan psikososial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah,” katanya. Beliau berkata, PEERS sebenarnya sudah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah, tetapi bagi sekolah rendah, ia dimasukkan dalam subjek Pendidikan Jasmani. KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita. Istilah “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006 untuk menggantikan nama “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002) dan “Pendidikan Seksualiti”(2003–2005)yang digunakan sebelum ini. Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada elemen PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawabdalammenanganisituasiberisiko.PEERSmerangkumi :Kesihatan diri dan reproduktif- aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. Penyalahgunaanbahan- kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah,

Upload: ting-elaine

Post on 04-Aug-2015

1.366 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial-PEERS

Pendidikan seks yang diajar bermula tahun depan di sekolah rendah dan menengah akan

menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), selain diajar

secara berasingan tanpa menumpang mata pelajaran lain.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, istilah PEERS seperti

diputuskan Kabinet pada 2006 akan dikekalkan bagi mengelak kekeliruan berhubung istilah

pendidikan seks yang memberi konotosi negatif dan terhad di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, pembelajaran PEERS diperuntukkan selama satu waktu seminggu iaitu 30

minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, dua kali sebulan.

“PEERS merangkumi aspek lebih luas termasuk soal nilai, sikap dan proses sepanjang hayat

mencakupi 75 peratus daripada kurikulum pendidikan kesihatan.

“Menerusi transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011,

kementerian memutuskan pendidikan kesihatan termasuk PEERS diajar berasingan sebagai

satu mata pelajaran yang tidak bercantum dengan subjek lain,” katanya kepada pemberita di

lobi Parlimen, semalam.

Mohd Puad berkata, bagi Tahap Satu sekolah rendah, antara skop dimasukkan adalah

perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri,

kemahiran berkata ‘tidak’ kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara

kehormatan diri serta pengurusan perasaan.

“Pada peringkat menengah rendah, antara tumpuan diberi ialah kecekapan psikososial

atau kemahiran hidup menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit

seksual, dan perkembangan sifat seksual sekunder,” katanya.

“Di peringkat menengah atas, ia membabitkan kemahiran kecekapan psikososial, kestabilan

emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah

pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah,” katanya. Beliau berkata, PEERS sebenarnya

sudah dilaksanakan sejak 1989 di sekolah menengah dan 1994 di sekolah rendah, tetapi bagi

sekolah rendah, ia dimasukkan dalam subjek Pendidikan Jasmani.

KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989

di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa,

Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Istilah “Pendidikan Seks” tidak

digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi

yang negatif dalam kalangan masyarakat kita. Istilah “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan

Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006 untuk

menggantikan nama “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002) dan “Pendidikan

Seksualiti”(2003–2005)yang digunakan sebelum ini. Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri

daripada elemen PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%).

Kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap

perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu

perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan

bertanggungjawabdalammenanganisituasiberisiko.PEERSmerangkumi :Kesihatan diri dan

reproduktif- aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal

semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.

Penyalahgunaanbahan- kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah,

Page 2: Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Sosial-PEERS

inhalandanalkohol,sertakemahiraberkataTIDAK.Kemahiran pengurusan mental dan emosi

- kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.

Kekeluargaan- kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan

tanggungjawabahlidalamkeluarga.· Perhubungan kepentingan etiket perhubungan dan

kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan.

Pencegahan penyakit- pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit

berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.

Keselamatan- langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan

tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk

kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali

dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.

PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang

kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka

mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran

membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran

Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah

baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara

berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata

pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan

diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan

Tahun1padatahun2011.

PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk

sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.

PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan

kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya

berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan

Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki

dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada

sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan

seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan

usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik

anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. Justeru, KPM ingin

menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita menggunakan istilah

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang mana singkatannya ialah PEERS. PEERS

dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah

untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat

keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan.