perceraian dalam perkahwinan menurut islam

32
KOLEJ MARA BANTING KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 1/2010 TAJUK : PERCERAIAN DALAM PERKAHWINAN MENURUT ISLAM PENSYARAH : USTAZ ABDUL JAMIR BIN MD SAAD DISEDIAKAN OLEH : NAMA : AIMAN SYAKIR BIN MOHAMAD MANSOR KELAS : M10E NO KAD PENGENALAN : 920707-08-5215

Upload: pendislam

Post on 02-Jul-2015

13.066 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

KOLEJ MARA BANTINGKERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER 1/2010

TAJUK :

PERCERAIAN DALAM PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

PENSYARAH :

USTAZ ABDUL JAMIR BIN MD SAAD

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : AIMAN SYAKIR BIN MOHAMAD MANSOR

KELAS : M10E

NO KAD PENGENALAN : 920707-08-5215

ISI KANDUNGAN

Page 2: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Bil PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2 – 3

2.0 2.1 Tajuk : Perceraian dalam Perkahwinan Menurut Islam

2.2 Definisi dan hukum perceraian

2.3 Perceraian dari sudut pandangan Islam

2.4 Talak : Jalan penyelesaian terakhir

2.5 Fasakh : Membendung kemudaratan dalam rumah tangga

2.6 Khuluk : Bukti keadilan Islam terhadap wanita

2.7 Kesan-kesan perceraian dalam perkahwinan

2.8 Langkah-langkah mengatasi masalah perceraian

4

4

4 – 6

7 – 16

17 – 19

20 – 21

22

23

3.0 Penutup 24

4.0 Bibliografi 25

5.0 Lampiran 26 – 28

1.0 PENGENALAN

م� م�ي ر�� ٱل م ـ� ر ح� ر�� ٱل م� ٱلل م� ح� م�

Page 3: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Marcapada ini, persoalan mengenai keluarga Islam memerlukan suatu kajian yang mendalam dan

terperinci disebabkan oleh keadaan keruntuhan rumah tangga umat Islam khususnya di Malaysia yang

semakin membimbangkan saban hari. Keruntuhan sesebuah institusi rumah tangga bukan sahaja berpunca

daripada kegagalan peribadi seseorang dalam rumah tangga, tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor

lain. Kajian dalam kerja kursus ini akan menumpukan tentang fenomena krisis rumah tangga yang

berlaku dalam kalangan masyarakat umat Islam.

Saya tertarik untuk memilih tajuk ini sebagai tajuk kerja kursus disebabkan perasaan ingin tahu yang

sangat mendalam untuk mengkaji dan mengupas isu yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat

umat Islam khususnya. Fokus kajian kerja kursus pada kali ini akan menghuraikan dan membincangkan

tentang bagaimana perceraian boleh berlaku dalam perkahwinan, iaitu melalui talak, fasakh dan khuluk.

Kajian ini akan memperincikan tentang definisi, hukum, kesan-kesan, hikmah dan huraian tambahan

mengenai cara perceraian melalui talak, fasakh dan khuluk. Sesuatu perceraian sudah pasti akan

meninggalkan pelbagai kesan, bukan sahaja ke atas keluarga yang terlibat, malah masyarakat itu sendiri.

Perceraian dalam sesebuah keluarga juga akan mempengaruhi masa depan seseorang anak dalam keluarga

tersebut dan menjadi salah satu faktor dominan keruntuhan moral dan disiplin generasi kini.

Mudah-mudahan dengan usaha yang kecil ini akan mendapat taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T

dan menjadi titik permulaan ke arah usaha untuk meleraikan persoalan-persoalan yang menimpa

masyarakat umat Islam di negara ini. Tiada gading yang tiada retak. Oleh hal yang demikian, segala

kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam kajian ini diharapkan mendapat pembetulan untuk

mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Page 4: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Budi yang baik dikenang jua.

Pantun empat kerat di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya untuk kita menghargai budi dan

jasa yang telah diberikan oleh orang lain. Tiada kata seindah biasa, melainkan ucapan jutaan terima kasih

dan penghargaan saya kepada ibu bapa saya, Mohamad Mansor bin Ahmad dan Noraini binti Samsudin

yang banyak membantu saya dalam penghasilan kerja kursus ini. Selain itu, kepada guru Pendidikan

Islam saya, Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad yang telah menyumbang idea sepanjang menghasilkan kerja

kursus ini. Penghargaan ini juga saya panjangkan kepada rakan-rakan saya yang turut membantu dan

berkongsi buah fikiran untuk menghasilkan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan

kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus

Pendidikan Islam ini.

2.1 TAJUK

Page 5: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

PERCERAIAN DALAM PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

2.2 DEFINISI PERCERAIAN

Perceraian dari segi bahasa ialah membuka ikatan, melepaskan ikatan, pembebasan dan seumpamanya.

Dari segi istilah pula ialah membuka ikatan perkahwinan dengan melafazkan perkataan talak atau cerai

atau seumpamanya.

2.3 PERCERAIAN DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

Perkahwinan adalah sunnatullah, iaitu hukum alam di dunia. Perkahwinan dilakukan oleh manusia,

haiwan bahkan oleh tumbuh-tumbuhan. Firman Allah S.W.T :

ر� م و رل ح� ر� ر�ا ر� ا م� �ر ح� �م م� �م ر! ن ح م� �ر م" ح# ر!ا ح� ٱ م$ م% ن& م) ر� ا م� ر�ا �ل ر م( ر* ر�ٲ ح, ر!ا ح� ٱ ر- رل ر. م0ى �ل ر ٱ ر ـ� ر1 ح% م2

“Maha suci Allah yang telah menjadikan berpasang-pasangan semuanya, baik dari apa yang yang

ditumbuhkan di bumi dan diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui”

(Surah Yaasin , Ayat 36)

Para sarjana Ilmu Alam mengatakan bahawa segala sesuatu kebanyakannya terdiri daripada dua

pasangan, begitu juga dengan manusia. Misalnya air yang kita minum (terdiri daripada molekul hidrogen

dan oksigen), ada cas positif dan negatifnya, dan lain-lain lagi.

Perkahwinan merupakan salah satu naluri manusia, kerana dengan adanya perkahwinan, tumbuh rasa

saling memberi, memiliki dan saling membantu, sehingga wujud keluarga yang sakinah, mawaddah dan

rahmah. Keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah merupakan suatu model keluarga yang diimpikan

oleh setiap individu. Perkahwinan merupakan kehidupan bersama dalam suatu ikatan yang diatur dalam

peraturan perundangan dengan tujuan untuk membentuk keluarga yang bahagia, seperti yang termaktub

dalam Fasal 1 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974.

Konsep ikatan perkahwinan dalam Islam adalah berasaskan kasih sayang, hormat menghormati,

hubungan dan interaksi yang baik bukan sekadar antara suami isteri malah dengan kedua-dua pihak

keluarga pasangan. Oleh itu, perkahwinan dan perceraian hendaklah dilakukan dengan cara yang paling

makruf dengan mengikut peraturan tertentu. Oleh sebab perkahwinan/pernikahan bertujuan membentuk

keluarga (rumah tangga) yang bahagia dan kekal, bererti dalam rumah tangga itu seharusnya mempunyai

Page 6: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

hubungan yang harmonis antara suami isteri dan anggota keluarganya berdasarkan prinsip saling

menghormati (menghargai) dengan baik, tenang, tenteram dan saling mencintai dengan penuh rasa kasih

sayang.

Sebuah rumah tangga yang damai berasaskan kasih sayang merupakan idaman bagi setiap pasangan

suami isteri. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mampu mengharungi alam rumah tangga

menurut syariat Islam yang mereka akhirnya gagal dan berakhir dengan sebuah perceraian.

Sebelum sampai ke peringkat menceraikan isterinya, Islam menetapkan agar seseorang itu mestilah

melalui beberapa langkah perdamaian. Hal ini disebabkan Islam menganjurkan cara perceraian yang

membawa falsafah yang mendalam agar ianya tidak berlaku. Firman Allah S.W.T :

�3 ر حي ر. م� م5ي م� �ل ر ٱل ر6 ر� ح7 ر� �ر 3!�ا ر حي ر8 ا م:و ر� ح; ر) ر! � ـ> ى ر� ر� ر5 ر� م: م و م< ح: م� ر? م@ا� ر5 A ‌Cم �م� ح� ر حل م�ٱ ر� م: �م� م8 رEا ��3 ر ر مFي ر(

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)

benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah pula kamu terburu-buru menceraikannya, kerana boleh

jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan

yang banyak untuk kamu”

(Surah An-Nisa ; Ayat 19)

Melihat senario masa kini, secara realitinya ‘perceraian ekspres’ bukan lagi kes terpencil, sebaliknya

sudah banyak kes seperti ini yang berlaku. Lebih membimbangkan, ia membabitkan pasangan pengantin

baru yang masih muda. Baru sahaja memasuki alam perkahwinan tetapi hanya kerana salah faham dan

perselisihan kecil, mudah saja talak dilafazkan dan berlaku perceraian. Ada juga pihak melahirkan

kegusaran kerana ada yang menjadikan trend berkahwin, semata-mata untuk mendapatkan gelaran janda

kerana menganggap gelaran itu ada pasaran tersendiri, kononnya lebih mahal berbanding anak dara. 

Senario ‘cerai ekspres’ atau berkahwin dalam tempoh singkat terutama di kalangan pasangan muda,

sememangnya membimbangkan dan membawa kesan tertentu. Keadaan ini berlaku kerana pasangan tiada

matlamat jelas dalam perkahwinan yang dibina, sebaliknya mendirikan rumah tangga sekadar memenuhi

tuntutan. Misalnya, orang lain berkahwin, dirinya juga ingin berbuat demikian dan ada pula yang

mendirikan rumah tangga kerana tidak mahu menanggung dosa bersekedudukan, tanpa memahami apa

sebenarnya erti serta tanggungjawab yang harus dipikul. Persediaan tidak ada untuk menjadi suami atau

pun isteri. Walaupun mahu berkahwin, ada yang langsung tidak mahu mencari atau menambah ilmu,

Page 7: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

seolah-olah perkahwinan itu dilakukan atas dasar suka-suka saja. Mungkin ada yang beranggapan dirinya

sudah bersedia bergelar suami atau isteri tetapi untuk ke arah itu tiada persediaan dibuat. Bagi mendirikan

rumah tangga, pasangan perlulah membuat persediaan yang baik dan ia tidaklah semestinya sempurna.

Antara faktor lain berlaku ‘cerai ekspres’ ialah faktor persekitaran masyarakat pada masa kini iaitu

memberikan idea bahawa bercerai adalah jalan atau pilihan paling mudah untuk menyelesaikan kemelut

rumah tangga. Persekitaran tidak membantu memberikan sokongan supaya pasangan terbabit berdamai

atau memberikan alternatif lain, sekali gus menjadi lebih mudah rumah tangga dibina hancur berkecai.

Begitu juga restu dan keredaan ibu bapa penting sebelum berkahwin. Mengenai kesan perceraian pada

usia muda, ada yang negatif tetapi pada masa sama boleh dilihat dari sudut positif. Bagi lelaki misalnya,

barangkali ada yang melihat individu terbabit belum ada kualiti menjadi tunggak utama keluarga. 

Lelaki mungkin sedikit impak negatif, malah walaupun ada yang sudah bergelar duda, masih lagi sentiasa

menganggapnya dirinya bujang. Lebih-lebih lagi, jika perkahwinan itu tidak dikurniakan anak. Bagi

wanita, khususnya yang muda, gelaran janda boleh memberikan konotasi yang tidak elok. Pasangan

bercerai ada anak lagi timbul banyak masalah yang perlu diselesaikan seperti hak penjagaan dan nafkah.

Bagaimanapun, bercerai ketika usia masih muda ada kala mungkin lebih baik jika dibandingkan bercerai

apabila mencecah usia yang meningkat dan mungkin sudah bercucu. 

Kegagalan membina rumah tangga pada usia masih muda juga boleh memberikan pengajaran dan

pengalaman kepada individu berkenaan. Mungkin perkahwinan seterusnya individu terbabit lebih

bersedia. Apa pun, dalam membina rumah tangga janganlah berpegang pada budaya ‘try and error’ kerana

perkahwinan adalah sepanjang hayat dan itulah konsep sebenarnya.

Menurut syariat Islam, perceraian boleh berlaku dalam tiga cara, iaitu melalui talak, fasakh dan khuluk.

2.4 TALAK : JALAN PENYELESAIAN TERAKHIR

Page 8: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Perkataan talak adalah suatu perkataan yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, iaitu zaman

sebelum kedatangan Islam ke alam ini. Masyarakat jahilliah telah menggunakan perkataan talak ini untuk

membubarkan ikatan perkahwinan mereka. Talak menurut bahasa ialah cerai atau melepaskan ikatan.

Menurut istilah pula talak bermaksud merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz cerai atau yang

mengandungi makna seumpamanya.

Contoh lafaz talak ialah seperti kata suami kepada isterinya, “Aku ceraikan engkau” atau “Aku talakkan

engkau”.

Talak diharuskan oleh syarak sebagai jalan terakhir kepada penyelesaian krisis rumah tangga. Talak

merupakan perkara harus yang dibenci oleh Allah S.W.T kerana ia meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Sabda Rasullah S.A.W :

ب�أ غ� ال�حلا �ض� ىلإ �ل� هللا ز�ع و ج� قالطلا �ل�

“Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W bersabda : Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah

S.W.T ialah talak”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadis di atas jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling

dibenci oleh Allah S.W.T. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan

mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun

masyarakat amnya.

Talak adalah hak suami kerana dialah yang bertanggungjawab melangsungkan perkahwinan, memberi

nafkah dan yang wajib membayar maskahwin, mut’ah dan nafkah. Di samping itu juga, lelaki adalah

orang yang lebih sabar terhadap sesuatu yang tidak disengani oleh perempuan kerana lelaki tidak akan

tergesa-gesa menjatuhkan talak apabila marah atau terdapat kesukaran yang menimpanya. Sebaliknya,

kaum wanita lebih cepat marah, kurang tabah sehingga mudah untuk meminta cerai hanya kerana sesuatu

sebab yang tidak masuk akal. Disebabkan hal demikian, maka kaum wanita tidak diberi hak untuk

menjatuhkan talak.

Ulama-ulama Islam telah membahaskan secara terperinci mengenai hukum talak di mana hukum talak

adalah berbeza mengikut keadaan dan situasi individu. Hukum talak adalah berdasarkan kepada nas-nas

daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dalil daripada Al-Quran adalah seperti firman Allah S.W.T :

Page 9: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

ح� م@ا ر5 A م�‌ �ل ر ٱل Hر �Iم م� ر ا مJي م� ��ا ر ر! ىا ر5 رKا ر� ر! � ىا �� ر م@ 3!�ا حي ر8 ر� م: م و م< حي ر) Lر ىا ر� م� ا �م0 م. !ا ح ر) ر! � ح� Mم رل م�6 م1 ر� ر�ا �ر A ‌O ر ـ� ر� ح� م@ا م� Pم ن م�� ح� ر) �ح ر! CO �م� ح� ر م� Qم ن ر�ا ح� م@ا ر5 A م�‌ ر)ا �� ر ر� م- ـ� رل Rر� ٱلر� م و مل ـ� Sر� ٱل م� م: Tر U@م ـ� ى رل �ا م!ا ر5 م� �ل ر ٱل Hر �Iم م� Iر� ر� ر< ر� ر� �ر A‌ر:ا �Iم ر< ح� ر) رWا ر5 م� �ل ر ٱل Hم �Iم م� Tر حل م) A م�ۦ‌ م� Yح Iر ر< ح5 ٱ ر ا م5ي ر ا Zم حي رل Eر ر] ر&ا م\ رWا ر5 م� �ل ر ٱل Hر �Iم م� ر ا مJي م� ��ا ر ر! ح� م< �ح م.

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang

terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang

baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada

mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat

menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat

menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa; mengenai bayaran (tebus talak)

yang diberikan oleh isteri untuk menebuskan dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran

itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang

melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Baqarah ; Ayat 229)

Hukum Situasi

Wajib Apabila seseorang tidak dapat melaksanakan kewajipan seperti memberi nafkah

atau akan melakukan kezaliman terhadap isteri sehingga mengancam

keselamatannya. Juga, apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri,

seperti lahir tanda-tanda nusyuz melalui percakapan, di mana kebiasaannya isteri

menjawab panggilan suami dengan lemah lembut, tetapi tiba-tiba isteri menjawab

dengan suara yang keras, atau melalui perbuatan seperti apabila diajak tidur dengan

baik oleh suami, tiba-tiba isteri datang dengan perasaan benci. Jika tidak dapat

dinasihati lagi maka talak yang dijatuhkan itu hukumnya wajib. Dalam keadaan

yang lain iaitu jika suami telah bersumpah tidak akan menyetubuhi isterinya selama

empat bulan, dan setelah berlaku tempohnya serta telah dinasihatkan oleh hakim

supaya menyetubuhi atau menceraikannya tetapi beliau enggan berbuat demikian,

maka hakim akan menceraikannya

Sunat Boleh berlaku dalam dua keadaan :

Pertama : Apabila isteri memiliki akhlak yang buruk seperti menjatuhkan maruah

suami sehingga berlaku pertengkaran dan tidak menunaikan tanggungjawab

terhadap agama dan tiada cara lain untuk memperbaikinya kecuali dengan talak

Kedua : Sekiranya suami cuai dalam menunaikan tanggungjawabnya sama ada

dalam dalam pergaulannya dengan isterinya atau lain-lain. Firman Allah S.W.T :

Page 10: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

A م�‌ �ل ر مل ر[ Iر ـ� �ر � ر ٱل ا م و م_ي ر! �ر ح� م; م�& aO ر Iح Eر حى �ر bر ا �Iم Zم ح8 ر! �ر CO ر �م� ح� ر م� ر� م: م_و م# ر5ا �ح ر! CO �م� ح� ر م� ر� م: م;و م� ح� ر!ا ر5 ر� �م رل ر\ ر! ر cح رل ر� bر م@ا ر5

م م� dح م� ر� ر?ا ر� م�ۦ م� eم Eر م�و ح� Mم مل م�  رbٲ �ل ر ر�6 ح7 ر� �ل� ر ٱل م- >� ر ر� ر� �ر A‌م� م. ر!ا ح� ٱ fم حو ري حل ر�ٱ م� �ل ر 3\ا  م�ٱل ر ر� Kح ر� ۥ

“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu

pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara

yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu

merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi)

menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum

yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman

kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan

mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan

mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)”

(Surah Al-Talaq ; Ayat 2)

Makruh Talak yang dilafazkan pada masa rumah tangga masih aman dan tenteram, atau

ketika hubungan suami isteri masih baik, atau ketika suami tidak merasa benci

terhadap isterinya kerana kepatuhannya kepada agama. Selain itu, menceraikan

isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang baik dan solehah juga hukumnya

makruh

Haram Boleh berlaku dalam dua keadaan :

Pertama : Apabila talak dilafazkan pada waktu yang diharamkan seperti isteri

dalam haid, nifas, hamil atau talak yang bertujuan menganiayainya

Kedua : Isteri yang suci dari haid dan telah disetubuhi oleh suaminya kemudian

diceraikan ketika keadaannya masih belum nyata sama ada sedang mengandung

atau tidak. Demikian juga, perceraian yang dilakukan oleh suami yang sedang sakit

kerana mahu menghalangnya daripada menerima pusaka

Rukun talak terdiri daripada orang yang mencerai (suami), orang yang dicerai (isteri) dan lafaz cerai.

Ulama fiqah berpendapat bahawa suami yang sudah sampai umur (baligh) dan waras akal fikirannya

(siuman) berhak menjatuhkan talak atas isterinya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Semua talak itu sah kecuali talaknya orang yang tidak waras akalnya”

(Riwayat Tirmidzi dan Hadis Mauquf Riwayat Bukhari)

Page 11: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Persoalannya, bagaimana pula jika talak itu dilakukan dalam keadaan marah, mabuk, dipaksa, bergurau

dan sebagainya? Dalam hal ini, ulama fiqh mempunyai pendapat berbeza mengenai talak yang diucapkan

oleh orang yang sedang marah, mabuk, kerana terpaksa dan bergurau.

Talak kerana marah

Perasaan marah merupakan sifat semula jadi yang dimiliki oleh setiap insan. Ia boleh timbul kerana

pelbagai sebab. Perasaan marah akan mempengaruhi tindakan seseorang. Adakalanya perasaan marah

boleh membawa kebaikan serta manfaat kepada seseorang. Walaubagaimanapun, kebiasaannya perasaan

marah ini akan membawa bencana dan akibat buruk kepada pelakunya apabila kemarahan tidak boleh

dikawal. Perasaan marah yang wujud dalam diri seseorang terbahagi kepada tiga peringkat :

Kemarahan peringkat permulaan

Kemarahan peringkat ini tidak sampai ke peringkat hilang akal yang waras. Ucapan yang

keluar adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pelakunya. Individu tersebut sedar tentang

apa yang diucapkan dan mengetahui akibat yang akan timbul. Talak yang dilafazkan dalam

keadaan demikian adalah sah, dan para ulama bersetuju bahawa talak tersebut diterima

Kemarahan yang sampai ke kemuncaknya

Kemarahan pada tahap ini boleh mengubah fikiran yang waras sehingga menjadi seperti orang

gila, iaitu ucapannya terkeluar tanpa kehendaknya. Keadaannya seperti di luar alam sedar,

maka lafaz talak yang keluar dari mulutnya ketika dalam keadaan demikian tidak menyebabkan

jatuh talak kerana ketika itu keadaannya adalah seperti orang gila

Kemarahan peringkat sederhana

Kemarahan antara peringkat yang pertama dengan kedua. Pada peringkat ini, kemarahan

meningkat ke paras yang luar dari kebiasaannya, tetapi tidak sampai ke peringkat gila. Talak

yang dilafazkan pada situasi ini adalah sah mengikut pendapat ulama fiqh. Ibn al-Qayyim pula

berpendapat, talak yang dilafazkan dalam keadaan ini adalah tidak sah. Mazhab Hanafi

berpendapat bahawa kemarahan yang sampai ke peringkat di luar daripada kebiasaan seseorang

sehingga pertuturan dan tindak tanduknya tidak boleh diambil kira, maka lafaz talak yang

diucapkannya adalah tidak sah (sekalipun apa yang keluar itu atas kehendak hatinya dan beliau

memahami maksudnya)

Page 12: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Mengikut kaedah yang diterima oleh mazhab-mazhab, bahawa kemarahan yang tidak sampai mengubah

fikiran dan tidak pula sampai ke taraf orang gila, maka lafaz talak yang diucapkannya itu tidak ragu-ragu

lagi adalah sah, begitu juga talak yang diucapkan oleh mereka yang berada di dalam keadaan sederhana

marahnya. Tetapi sekiranya kemarahan yang sampai ke peringkat hilang kewarasan fikiran, maka talak

yang diucapkan itu tidak sah. Dalam menentukan tindak tanduk seseorang, Ibn al-Qayyim berpendapat

bahawa Allah S.W.T tidak mengambil kira keterlanjuran yang dilakukan oleh hamba-Nya yang dalam

keadaan terlalu gembira, hingga tersasul dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang yang dalam

keadaan terlalu marah. Rasulullah S.A.W bersabda :

“Tiga perkara di mana kesungguhannya adalah dikira sungguh-sungguh (benar-benar) dan gurauannya

juga (dikira) sungguh-sungguh (benar-benar), ianya ialah nikah, talak dan rujuk”

(Riwayat Abu Hurairah r.a)

Talak dikira jatuh apabila ia dilafazkan. Tidak akan dikira sama ada ia dilafazkan dalam keadaan reda

atau marah, atau bergurau atau bersungguh-sungguh.

Talak orang yang mabuk

Orang mabuk ialah orang yang hilang akal, dengan itu beliau mengeluarkan kata-kata yang tidak boleh

diterima oleh akal dan tanpa arah serta tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

Talak yang dilafazkan oleh suami yang mabuk akan diambil kira dari segi hukum syarak, dan jatuh

talaknya disebabkan beliau mabuk kerana perbuatan dan pilihannya sendiri. Tetapi sekiranya seseorang

itu memakan sesuatu untuk tujuan berubat tetapi tiba-tiba beiau mabuk lalu menjatuhkan talak ke atas

isterinya, maka tidak jatuh talak ke atasnya. Mabuk juga sama keadaannya dengan gila kerana keduanya

menghilangkan akal sedangkan akal inilah yang menyebabkan seseorang sedar akan kewajipan terhadap

agama. Firman Allah S.W.T :

Kemarahan peringkat sederhana

Kemarahan antara peringkat yang pertama dengan kedua. Pada peringkat ini, kemarahan

meningkat ke paras yang luar dari kebiasaannya, tetapi tidak sampai ke peringkat gila. Talak

yang dilafazkan pada situasi ini adalah sah mengikut pendapat ulama fiqh. Ibn al-Qayyim pula

berpendapat, talak yang dilafazkan dalam keadaan ini adalah tidak sah. Mazhab Hanafi

berpendapat bahawa kemarahan yang sampai ke peringkat di luar daripada kebiasaan seseorang

sehingga pertuturan dan tindak tanduknya tidak boleh diambil kira, maka lafaz talak yang

diucapkannya adalah tidak sah (sekalipun apa yang keluar itu atas kehendak hatinya dan beliau

memahami maksudnya)

Page 13: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

ـ> رل Eر �ح ر! ـ> ى hر ح� ر�� م<� م?& م@ � �ر A ا ‌ ملو م� ر< cح ر) ـ> >� ر ر� 6O م%ي ر2 م�ى م� رEا ��ا ر م@ 3%ا م& م\ ر�ا �ر ر� ملو مJو ر) ر�ا ا م و رل ح� ر) ـ> >� ر ر� ـى ر� ـ� ر; م2 ح� م< ر! ن �ر ر[ ـو رل iر� ٱل ا م�و ر� Jح ر) ر�ا ا م&و ر� Lر ر م�0 �ل ر ٱ رZا م�� ر!ا ـ� ى ر� �3و �م Eر ر� ر?ا ر� �ل ر ٱل ر�� م@ A ح�‌ م; �Iم ح� ر! �ر ح� م; م: م\و مو م� ا م1و ر� ح� ر5ٱ 3%ا ر مي jر I3 ر م�ي kر ا م و ر� ري ر< ر5 L3 ر ىا ر� ا �Iم م7 ر) ح� رل ر5 Lر ىا ر� م& ٱل م� م< ح� ر ـ� رل �ح ر! lم m@م ىا cر حل ٱ ر م� م;� م�& In ر ر� ر! Lر ىا ر\ �ح ر! �O �ر ر2

#3 م�و oر

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang

kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan

janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu

hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau

salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan,

kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum

dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya

Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.”

(Surah An-Nisa ; Ayat 43)

Talak paksa

Terpaksa didefinisikan sebagai tidak mempunyai keinginan dan tidak mempunyai pilihan. Mengikut

Mazhab Syafie, talak yang dilafazkan secara paksa tidak jatuh, iaitu apabila memenuhi syarat-syarat

berikut :

1) Tidak ada niat untuk menceraikannya ketika talak dilafazkan. Jika disertakan dengan niat, maka talak

itu adalah sah

2) Orang yang memaksa itu hendaklah mampu melakukan ugutannya dengan segera, seperti ugutan

yang datang daripada mereka yang berkuasa. Jika tidak, maka talak yang dilafazkan itu adalah sah

3) Ugutan itu pasti akan dilaksanakan jika paksaan itu enggan dipatuhi

4) Orang yang dipaksa tidak mampu mempertahankan dirinya daripada ugutan tersebut, sama ada

dengan melarikan diri atau dengan meminta pertolongan orang lain

5) Paksaan itu bukan atas perkara yang dibenarkan oleh syarak

6) Orang yang dipaksa tidak mempunyai pilihan lain melainkan daripada apa yang dipaksa ke atasnya

Antara paksaan yang tidak menyebabkan jatuh talak ialah ugutan yang menakutkan seperti ugutan akan

dimasukkan ke dalam penjara, atau akan dipukul dengan teruk atau akan dirosakkkan harta bendanya.

Talak bergurau

Ulama-ulama dari Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat bahawa talak yang diucapkan dengan bergurau

dianggap jatuh talaknya sama seperti nikah yang dilakukan dengan bergurau, hukum nikah tersebut juga

adalah sah. Tetapi Imam Ahmad dan Imam Malik pula berpendapat bahawa talak yang dilafazkan dalam

Page 14: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

keadaan bergurau adalah tidak sah. Mereka berpendapat lafaz talak yang nyata itu perlu kepada niat.

Imam-Imam Al-Sadiq, Al-Baqir dan Al-Nasir juga berpendapat seperti demikian. Firman Allah S.W.T :

�n ر ملي Eر pn م ي ر2 ر� �ل ر ٱل ر�� م@ا ر5 ر- ـ� رل Rر� ٱل ا م�و qر Eر ح� م@ �ر

“Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah

Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah ; Ayat 227)

Ayat ini menunjukkan bahawa seseorang yang hendak melafazkan talak mestilah disertakan degan azam

iaitu ketetapan di dalam hati. Sedangkan orang yang bergurau tidak mempunyai sebarang azam ketika

melafazkan talak, oleh sebab demikian talak tersebut adalah tidak sah.

Jenis-jenis Talak

Jenis Talak Penerangan

Talak Sunni Talak yang bersesuaian dengan peraturan syarak iaitu suami menceraikan isteri

dengan talak satu atau dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak

disetubuhi semasa suci tersebut. Firman Allah S.W.T :

ر�ا �ر ر� �م م) ميو م� ن م� ر� م: م\و م� Kح م) ر�ا A ح�‌ Mم ر�� ر# ر� �ل ر ٱل ا مJو (� ر ر�ٱ A ر[‌ Iر� م� حل ٱ ا مiو ح� ر! �ر ر� Zم م) Iر� م� مل ر� م: مJو مل Rر ر5 Lر ىا ر� م& ٱل م� م< Jح �ل ر jر bر م@ م�> م% &� ر ٱل رZا م�� ر!ا ـ� ى ر�

م� ر� �ح رن ر� رل rر Iح Jر ر5 م� �ل ر ٱل Hر �Iم م� Iر� ر� ر< ر� ر� �ر A‌م� �ل ر ٱل Hم �Iم م� Tر حل م) �ر A ‌sO ر ر& مي ر% م�� sO ر ر م1 ـ� �ر م� ر م)ي !ا ح ر� ر! � ىا �� ر م@ ر ح\ م� Kح A  ر� ر� ۥ‌ �ل ر ٱل ر�6 ر� رل م#ى Iح ر)

�3 ر ح� ر! Tر مل رbٲ Iر ح� ر� tم Iم ح1 م�

“Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri

(kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya

dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan

kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya

(sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari

situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan itulah aturan-

aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang

melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim

kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui

Page 15: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)”

(Surah At-Talak ; Ayat 1)

Talak Bid’i Talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isterinya ketika

haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi oleh suaminya. Begitu juga

apabila suami menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus

Talak Raj’i Talak satu atau dua yang belum tamat tempoh idahnya. Suami boleh merujuk

kembali isterinya semasa idah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru

Talak Ba’in Talak yang tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah yang baru. Talak

ba’in terbahagi kepada dua iaitu :

(a) talak ba’in sughra – iaitu talak yang tidak membolehkan suami merujuk

isterinya kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru. Contoh talak

jenis ini ialah talak melalui khuluk, fasakh dan ila’

(b) talak ba’in kubra – iaitu talak tiga yang mengharamkan bekas suami

mengahwini semula bekas isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin

dengan lelaki lain dan diceraikan selepas berlaku persetubuhan dan selepas

idah. Setelah selesai idahnya dengan suaminya yang kedua, maka beliau

boleh berkahwin dengan bekas suaminya yang pertama. Firman Allah

S.W.T :

م� رل م�6 م1 ر) رWا ر5 ر�ا Jر �ل ر jر م@ا� مu  ر5 ر� حي oر 3\ا �ح ر, Pر م; ر)& ـ> >� ر ر� Iم ح� ر� ن م� ىا  ۥ ر� ر\ ر� ر< ر� ر! � ىا ر Zم حي رل Eر ر] ر&ا م\ رWا ر5 ر�ا Jر �ل ر jر م@ا� ر5 A ۥ‌ ر� م و رل ح� ر� fO ر حو Jر مل رZا م& مي ر% م� م� �ل ر ٱل Hم �Iم م� Tر حل م) �ر A م�‌ �ل ر ٱل Hر �Iم م� ر ا مJي م� ر! � ىا &� ر rر م@ �

“Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang

ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga

dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan

(oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama

dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula),

jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum

Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum

yang (mahu) mengetahui dan memahaminya”

(Surah Al-Baqarah ; Ayat 230)

Talak Taklik Talak yang bermaksud perceraian yang dilafazkan yang disandarkan kepada sesuatu

syarat. Talak taklik terbahagi kepada dua iaitu :

(a) talak taklik biasa – iaitu talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti

suami berkata kepada isteri, “Apabila engaku keluar dari rumah ini tanpa

Page 16: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

izinku, maka engkau tertalak dengan talak satu”. Talak ini akan berlaku

apabila isteri keluar rumah tanpa kebenaran suaminya

(b) talak taklik secara khuluk – bentuk taklik ini biasanya diamalkan di

sesetengah negeri di Malaysia. Contoh lafaz taklik secara khuluk ialah,

“Manakala saya tinggalkan isteri saya selama epat bulan hijrah berturut-

turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada

memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut, padahal dia

taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya

atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian dia mengadu kepada

kadi dan manakala sabit aduan-aduannya di sisi kadi atau Mahkamah

Syariah dan dia memberi kepada kadi bagi pihak saya RM 1.00, maka pada

ketika itu tertalaklah dia dengan satu talak khuluk”

Bilangan talak yang diharuskan dalam Islam ialah sebanyak tiga kali. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T

:

A ‌O ر ـ� ر� ح� م@ا م� Pم ن م�� ح� ر) �ح ر! CO �م� ح� ر م� Qم ن ر�ا ح� م@ا ر5 A م�‌ ر)ا �� ر ر� م- ـ� رل Rر� ٱل

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang

terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang

baik”

(Surah Al-Baqarah ; Ayat 229)

Hikmah Islam menetapkan bilangan talak sebanyak tiga kali ialah untuk memberi kesempatan dan

peluang bagi kedua belah pihak mencari jalan penyelesaian untuk berbaik-baik semula. Di samping itu, ia

memadai untuk menentukan keputusan yang muktamad dalam hubungan suami isteri.

Hikmah talak dalam perceraian memberi peluang memulakan hidup baru. Talak memberi peluang

kepada pasangan yang bercerai untuk memulakan hidup baru dengan pasangan lain yang lebih sesuai.

Selain itu, mengurangkan tekanan akibat perselisihan. Perceraian dapat mengurangkan tekanan perasaan

suami atau isteri akibat daripada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam rumah tangga. Suami atau

isteri akan berasa tenang apabila masalah yang dialami dapat diselesaikan dengan cara yang baik menurut

syarak. Di samping itu juga, ia bersesuaian dengan fitrah manusia kerana keharusan talak dalam syariat

Islam merupakan rahmat dan menepati fitrah manusia yang ingin bebas daripada sebarang masalah.

Page 17: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Andainya terdapat syarat yang melarang talak, kemungkinan manusia akan mengambil jalan lain yang

bertentangan dengan agama dan nilai masyarakat seperti melakukan kezaliman terhadap isteri atau

terlibat dalam maksiat. Talak juga memberi kesedaran beragama. Talak dapat memberi kesedaran kepada

suami isteri bahawa pentingnya penghayatan ajaran agama dalam keluarga. Rumah tangga yang bahagia

adalah berasaskan nilai-nilai yang murni dan pengamalan harian yang baik.

2.5 FASAKH : MEMBENDUNG KEMUDARATAN DALAM RUMAH TANGGA

Pada dasarnya, suami adalah orang yang berhak menjatuhkan talak ke atas isterinya. Namun begitu,

syarak telah memberi kuasa kepada kadi bagi menjatuhkan talak ketika suami enggan berbuat demikian

Page 18: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

atas sebab mahu menzalimi dan menunjukkan sikap perseteruan ke atas isterinya. Tugas kadi ialah

menghindarkan perbuatan zalim suami terhadap isteri.

Walaubagaimanapun, kadi tidak dapat melaksanakan tugas melainkan setelah mendapat aduan dari pihak

yang terlibat. Aduan itu haruslah datang dari pihak isteri yang meminta suaminya menceraikannya kerana

mahu melepaskan dirinya daripada kezaliman. Apabila hubungan suami isteri sampai ke peringkat

mencabuli batas-batas kerukunan rumahtangga menurut hukum syarak, maka kadi bolehlah menggunakan

kuasanya untuk membubarkan perkahwinan mereka.

Fasakh dari segi bahasa ialah batal. Menurut istilah pula fasakh bermaksud pembatalan ikatan

perkahwinan dengan kuasa kadi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau

disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumah tangga.

Hukum meminta fasakh adalah harus bagi suami atau isteri untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua

pihak. Pembatalan perkahwinan melalui fasakh adalah hak suami dan isteri. Perpisahan melalui cara

fasakh adalah dikira talak ba’in sughra dan idahnya ialah tiga kali suci haid.

Fasakh boleh berlaku dengan beberapa sebab sebagaimana terdapat di Fasal 49 (1) undang-undang Amla

seperti berikut :

1. Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan

2. Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamad

3. Suami tidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadap isterinya selama

satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah

4. Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu

5. Suami gila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yang panjang untuk

menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jika diteruskan perhubungan suami isteri akan

menjejaskan kesihatan isteri

6. Suami berlaku kejam terhadap isteri seperti :

a. Selalu memukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan oleh kelakuannya

yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan

b. Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan

c. Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah

d. Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama

e. Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya

Page 19: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

f. Jika suami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannya dengan adil

sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam

7. Sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam

Di samping itu, sekiranya suami hilang melebihi tempoh enam bulan, isteri boleh menuntut fasakh

menurut pendapat Mazhab Hanbali berdasarkan amalan yang diamalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab.

Mazhab Maliki pula mensyaratkan tempoh setahun manakala Mazhab Syafie pula selama tempoh empat

tahun. Selain itu juga, apabila salah seorang sama ada suami atau isteri murtad, maka perkahwinan akan

terbubar kerana beragama Islam merupakan syarat sah perkahwinan.

Proses menuntut fasakh akan berlaku sekiranya suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan

fasakh. Seterusnya, isteri akan membuat tuntutan fasakh melalui mahkamah. Pihak mahkamah akan

menyiasat dan alasan yang dikemukakan oleh pihak isteri. Jika sabit kesalahan dan tiada jalan

penyelesaian untuk perdamaian, maka mahkamah akan membubarkan perkahwinan mereka.

Berikut adalah perbezaan antara talak dengan fasakh :

Talak Fasakh

Melucutkan ikatan perkahwinan antara suami

dengan isteri

Pembatalan perkahwinan melalui mahkamah atau

kuasa kadi

Merupakan hak suami sahaja Merupakan hak suami dan isteri

Talak boleh gugur tanpa sebab Fasakh gugur dengan sebab, contohnya murtad

Boleh rujuk dalam tempoh idah Tidak boleh rujuk dalam tempoh idah

Isteri berhak mendapat nafkah dalam tempoh idah Isteri tidak berhak mendapat nafkah dalam

tempoh idah

Melalui kuasa suami Melalui kuasa kadi atau makamah

Mempunyai bilangan (sehingga talak tiga) dan

mengurangkan bilangan talak

Tiada bilangan dan tidak mengurangkan bilangan

talak

Antara kesan fasakh ialah suami dan isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah. Mereka hanya boleh

berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru. Selain itu juga, isteri tidak berhak mendapat

nafkah semasa dalam tempoh idah. Tambahan pula, rumah tangga akan runtuh dan anak-anak akan

kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa. Bertitik tolak dari situ juga, kebajikan anak-anak akan terabai

dan mereka akan mengalami gangguan emosi yang teruk.

Page 20: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Hikmah diharuskan fasakh ialah memberi peluang kepada isteri untuk membuat tuntutan pembatalan

perkahwinan. Selain itu, dapat menyelamatkan akidah dan nilai-nilai baik isteri dan anak-anak ekoran

daripada suami yang murtad, fasik dan mengabaikan perintah agama. Fasakh juga merupakan jalan

terbaik bagi perkembangan emosi dan mental anak-anak apabila mereka terjebak dengan masalah

keluarga. Sementelahan pula, untuk mengelakkan kemudaratan yang ditanggung oleh suami atau isteri

jika perkahwinan diteruskan. Seterusnya, sebagai peringatan kepada suami agar sentiasa

bertanggungjawab dalam melaksanakan hak-hak isteri dan keluarga.

2.6 KHULUK : BUKTI KEADILAN ISLAM TERHADAP WANITA

Page 21: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Khuluk menurut bahasa ialah mencabut atau menanggalkan. Menurut istilah pula, khuluk ialah isteri

membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan dengan membayar gantirugi atau memulangkan kembali

mahar dan apa-apa yang diterima daripada suaminya. Khuluk adalah hak isteri untuk membebaskan diri

daripada suaminya.

Sebab-sebab pembubaran perkahwinan dengan cara ini dinamakan khuluk ialah kerana Allah S.W.T telah

menyifatkan kaum wanita sebagai pakaian kepada kaum lelaki dan kaum lelaki pula sebagai pakaian

kaum wanita seperti firman-Nya :

A ‌ر� �م �ل ر vn ر ر%ا مل ح� م< ر! ن �ر ح� م; �ل ر vn ر ر%ا مل ر� م: A‌ح� م; m@م ىا ر� من ـ> رل م@ wم ر5 �� ر ٱل fم ريا iم ٱل sر رل حي رل ح� Mم رل ر�6 م�

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu.

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka”

(Surah Al-Baqarah ; Ayat 187)

Oleh sebab isteri tidak memiliki kuasa talak, sedangkan kadangkala timbul perasaan benci terhadap

suaminya dan ingin melepaskan diri daripadanya, tetapi atas sebab-sebab tertentu suami enggan

melepaskannya, maka dengan itu Islam telah membuka pintu kepada isteri melakukan tebus talak kepada

suaminya dalam bentuk wang (harta benda) sebagai gantian kepada apa yang telah beliau belanjakan.

Hukum khuluk adalah harus. Isteri diharuskan melakukan khuluk apabila berasa tidak sesuai dengan

suaminya dan bimbang akan berlaku penderhakaan terhadap suaminya jika perkahwinan diteruskan.

Perpisahan melalui khuluk boleh dilakukan sama ada isteri dalam keadaan suci atau semasa haid.

Perpisahan melalui khuluk dikira sebagai talak ba’in sughra dan isteri wajib beridah tiga kali haid.

Syarat-syarat yang membolehkan seseorang melakukan khuluk ialah :

1) Suami itu hendaklah seorang yang berakal dan baligh. Khuluk tidak sah dilakukan oleh orang yang

cacat akal atau masih kecil

2) Isteri itu hendaklah seorang yang sah dijatuhkan talak ke atasnya, sama ada beliau masih seorang

isteri atau dalam idah raj’i

3) Isteri itu hendaklah bersetuju membayar tebus talak kepada suaminya kerana talak yang akan

dilafazkan itu

4) Isteri itu hendaklah melakukan khuluk dengan kerelaan hatinya

Page 22: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Contoh lafaz khuluk ialah apabila isteri menuntut khuluk, suami berkata kepada isteri, “Aku ceraikan

engkau dengan bayaran RM 3000”. Lalu isteri menjawab, “Aku terima” atau isteri berkata kepada

suaminya, “Ceraikan aku dengan bayaran dariku sebanyak RM 3000”. Jawab suami, “Aku ceraikan

engkau dengan bayaran tersebut”.

Khuluk yang dipaksa oleh orang lain hukumnya tidak sah kerana ia sama seperti hukum talak. Walau

bagaimanapun, jika suami dan isteri bersetuju untuk menyelesaikan secara khuluk, tetapi suami

kemudiannya enggan melafazkannya, kadi dengan kuasa yang ada padanya dan melihat kepada

munasabah tuntutan isteri, boleh bertindak menyelesaikan tuntutan isteri.

Berikut adalah perbezaan antara fasakh dengan khuluk :

Fasakh Khuluk

Pembatalan perkahwinan dengan kuasa kadi atas

sebab atau perkara-perkara yang berlaku dalam

rumah tangga atau syarat yang tidak dipenuhi

semasa akad

Isteri membuat tuntutan membebaskan diri

daripada suaminya dengan bayaran gantirugi atau

memulangkan mahar/pemberian kepada suami

melalui kadi atau mahkamah

Merupakan hak suami dan isteri Merupakan hak isteri sahaja

Tiada bayaran tebusan Ada bayaran tertentu sama ada tebus talak atau

memulangkan mahar/pemberian

Antara kesan khuluk ialah akan berlaku keruntuhan sesebuah institusi keluarga dalam Islam. Selain itu

juga, suami dan isteri tidak boleh merujuk kembali kecuali dengan akad dan mahar yang baru. Isteri juga

tidak berhak mendapat nafkah semasa dalam idah. Institusi keluarga dalam Islam akan runtuh seterusnya

anak-anak akan terjejas daripada mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

Antara hikmah disyariatkan khuluk ialah untuk mengelakkan berlaku penderhakaan terhadap suami jika

mereka terpaksa meneruskan ikatan perkahwinan sedangkan isteri tidak menyukainya. Di samping itu,

untuk menghindarkan sifat ego suami yang menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua keluarga untuk

bertindak sesuka hati. Khuluk juga diharuskan untuk mengubati penyakit yang berlaku antara suami isteri

dalam sesebuah rumah tangga kerana ditakuti masing-masing tidak dapat menunaikan tanggungjawab

terhadap satu sama lain. Hikmah seterusnya ialah sebagai penghormatan kepada isteri supaya boleh

bertindak mengikut undang-undang syarak untuk melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan yang tidak

disukainya. Selain itu, untuk memberi keinsafan dan pengajaran kepada suami untuk membetulkan

kesilapan yang dilakukannya.

Page 23: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

2.7 KESAN-KESAN PERCERAIAN DALAM PERKAHWINAN

Perceraian dalam perkahwinan juga membawa kesan-kesan yang lain. Islam tidak menggalakkan

perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan permasalahan yang besar disebabkan oleh

perpisahan tersebut. Pelbagai permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian antara suami dan

isteri. Sebahagian contoh daripada kesan-kesan perceraian yang lain adalah :

Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang

bertambah kerana terpaksa menjadi ibu/bapa tunggal dan harus mencari nafkah. Hal ini akan

membebankan mereka disebabkan tanggungan yang harus dipikul secara berseorangan yang mungkin

pada suatu ketika memberikan tekanan yang mendalam dalam diri mereka. Implikasinya, mereka

mungkin akan mengabaikan tanggungjawab untuk menyara kehidupan anak-anak mereka. Hal ini amatlah

bertentangan dengan syariat Islam yang menegah kita daripada mengabaikan tanggungjawab yang telah

diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Kesan emosi terhadap pasangan

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumah tangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan

perasaan seperti marah, sedih, rasa bersalah, putus asa dan sebagainya. Tekanan perasaan ini bukan hanya

menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang

negatif terhadap keluarga, dan mereka yang terdekat.

Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang

mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa. Pasangan yang ingin berpisah perlu

memberikan tumpuan yang mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka.

Rumah tangga yang runtuh akan menyebabkan anak-anak akan kehilangan kasih sayang daripada ibu

bapa. Bertitik tolak dari situ, kebajikan anak-anak akan terabai dan mereka akan mengalami gangguan

emosi yang teruk.

Page 24: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

2.8 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PERCERAIAN DALAM

PERKAHWINAN

Antara langkah-langkah yang perlu dan boleh diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk

mengatasi masalah perceraian dalam perkahwinan ialah :

1) Pihak bertanggungjawab mestilah berusaha mencari jalan tentang bagaimana mahu menarik minat

pasangan-pasangan yang dilanda masalah dalam rumah tangga supaya tertarik untuk mendapatkan

khidmat nasihat dari Pejabat Qadi. Kajian menunjukkan 72.45% pasangan yang telah bercerai adalah

terdiri daripada mereka yang tidak mendapat khidmat nasihat dari Pejabat Qadi sebelum membuat

keputusan untuk bercerai. Adalah dirasakan bahawa jumlah kes perceraian boleh dikurangkan

sekiranya mereka menerima khidmat nasihat dari pihak yang berkenaan sebelum tindakan untuk

bercerai dibuat.

2) Pihak berkenaan juga hendaklah memperbanyakkan penerangan, baik secara lisan, seperti

mengadakan penerangan-penerangan ke kampung-kampung dan melalui khutbah-khutbah Jumaat

atau disampaikan melalui bahan-bahan bacaan seperti risalah-risalah dan buku-buku yang menyentuh

tentang hak dan tugas setiap ahli dalam sesebuah keluarga. Risalah-risalah seperti ini diberi percuma

kepada masyarakat, terutamanya kepada pasangan-pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.

3) Prosedur yang terdapat dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 Seksyen

44 mengenai persengketaan rumah tangga sesuai dijadikan asas dalam menangani sebarang hal

berkaitan masalah dalam rumah tangga.

4) Pihak bertanggungjawab hendaklah berusaha menegah para isteri yang diceraikan yang masih dalam

idah daripada keluar melarikan diri dari rumah yang didiami bersama suaminya sebelum berlaku

perceraian. Perbuatan tersebut telah menjadi suatu budaya dalam kalangan masyarakat Islam masa

kini.

5) Perceraian sebenarnya boleh dikurangkan apabila kedua-dua belah pihak, iaitu suami dan isteri benar-

benar memahami hak dan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara hubungan dalam rumah

tangga. Dalam konteks ini, sekiranya pasangan suami isteri sentiasa memahami antara satu sama lain,

nescaya akan wujud persefahaman dan kebahagiaan dalam rumah tangga seterusnya institusi

perkahwinan dapat dikekalkan.

Page 25: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

3.0 PENUTUP

Sebuah rumah tangga yang harmoni berasaskan kasih sayang merupakan idaman bagi setiap pasangan

suami isteri. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mampu mengharungi alam rumah tangga

menurut syariat Islam yang mereka akhirnya gagal dan berakhir dengan sebuah perceraian.

Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah, dan ia tidak pernah dipermudahkan dan digalakkan oleh

agama Islam. Islam hanya membenarkan perceraian, jika kedua pasangan suami isteri telah berusaha

bersungguh-sungguh untuk mendapatkan bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang

bagi mengatasi permasalahan mereka untuk berdamai. Jika semua usaha-usaha ini telah mereka

laksanakan, namun rumah tangga mereka masih tidak dapat diselamatkan, maka Islam membenarkan

pasangan tersebut untuk bercerai.

Perceraian mungkin dilihat sebagai jalan penyelesaian masalah dan boleh merungkaikan kemelut rumah

tangga yang berantakan serta tidak boleh diselamatkan lagi. Namun, apa yang menyedihkan jika

perceraian atau perpisahan pasangan suami isteri itu berlaku pada usia perkahwinan masih muda lagi dan

belum pun setahun rumah tangga itu dibina. Kesannya, tentu ada dan tidak mustahil sebahagiannya impak

negatif, sama ada kepada pasangan mahu pun keluarga kedua-dua pihak. Lebih teruk, jika pasangan itu

dikurniakan anak, keadaan tentu lebih merumitkan. Belum pun sempat anak itu mengecapi hidup

berkeluarga yang lengkap, ada ayah dan ibu, sudah berlaku kehancuran rumah tangga. 

Melihat senario yang berlaku pada hari ini, isu perceraian dalam kalangan umat Islam masih lagi berada

pada tahap yang membimbangkan. Pasangan suami isteri pada masa sekarang seolah-olah menganggap

tindakan untuk bercerai adalah jalan penyelesaian kepada semua masalah. Akibat daripada mentaliti dan

tahap pemikiran yang rendah inilah, ramai suami isteri mengambil keputusan untuk bercerai biarpun

perkara tersebut sangat dibenci oleh Allah S.W.T. Pasangan suami isteri seharusnya mempersoalkan

kewajaran tindakan yang diambil oleh mereka. Mereka seharusnya meneliti kesan yang mungkin timbul

akibat daripada perceraian yang berlaku.

Setiap pasangan yang berkahwin seharusnya mempunyai sikap amanah dan bertanggungjawab dalam

mengharungi bahtera perkahwinan. Elemen amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan

oleh kedua-dua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, sekiranya mereka menjadikan dasar

ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. Selagi

kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, insyaAllah

tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Page 26: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

4.0 BIBLIOGRAFI

Buku Ilmiah

Ustaz Abdul Aziz. Kursus & Bimbingan Perkahwinan. Kuala Lumpur : Darul Nu’man, Cetakan Keenam

1998

Salleh Ismail. Pembubaran Perkahwinan Mengikut Fiqh dan Undang-undang Keluarga Islam. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama 2003

Muhammad Ibnu Ibrahim Al-Hamidi. 47 Kesilapan Serius dalam Perkahwinan. Kuala Lumpur : Berlian

Publications, Cetakan Pertama 2004

Maimon Husin , Apendi Sahi , Zulhazmi Omar , Mohammad Zaini Yahaya. Nexus Vista Pendidikan

Islam. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd, Cetakan 2009

Akhbar

Nor Affizar Ibrahim. Cerai Ekspres. Berita Harian. 28 September 2010

Internet

jelita249.blogspot.com/.../perceraian-menurut-hukum-islam-dan-uu.html

http://app.syariahcourt.gov.sg/syariah/front-end/AbtDivorce_EffectsOfDivorce_M.aspx

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam

www.quranexplorer.com/quran/

Al-Quran

Surah Al-Baqarah ; Ayat 187 , 227 , 229 , 230

Surah An-Nisa ; Ayat 19 , 43

Surah Yaasin ; Ayat 36

Surah At-Talaq ; Ayat 1 , 2

Page 27: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

5.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Contoh surat cerai

Page 28: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Gambar 2 : Salah sebuah bangunan Mahkamah Syariah yang antaranya berperanan memberi khidmat

nasihat, kaunseling dan perkhidmatan runding cara untuk pasangan suami isteri yang menghadapi

masalah dalam rumah tangga

Gambar 3 : Penyanyi dan juga penceramah bebas, Ustaz Abdul Khayy yang telah menfailkan tuntutan

cerai ke atas isteri pertama beliau

Page 29: Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam

Gambar 4 : Perceraian bukan sahaja melibatkan rakyat biasa malah turut berlaku dalam kalangan kerabat

diraja seperti berita mengenai perceraian Azrinaz Mazhar Hakim (rakyat Malaysia) yang telah diceraikan

oleh Sultan Brunei setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga

Gambar 5 : Simbolik gambar yang menunjukkan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian ibu bapa