pendidikan awal ulama-ulama silam terengganu … filemereka merupakan ulama-ulama terawal dalam...

6
PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU SEBELUM KURUN KE-19 *M.HAFIY A.MALEK, NAJIHAH ABD WAHID, FADZLI ADAM, E.IBRAHIM E.WOK ZIN, ANAS MOHD YUNUS & JAMALLUDDIN HASHIM Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin *[email protected] Abstrak: Pendidikan ulama-ulama silam Terengganu sebelum kurun ke- 19 mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kehidupan yang mewarnai mereka dapat membentuk peribadi yang agung seperti Tok Ku Tuan Besar (1209 H/12 Februari 1795 M- 21 Januari 1878 M), Tok Ku Paloh (1233 H/1817 M- 1335 H/1917 M) dan Tok Pulau Manis (1650an - 1736 M). Kertas kerja ini akan membincangkan ketiga-tiga tokoh ulama tersebut berkaitan pendidikan awal mereka bagi mendapatkan latar belakang dan corak pendidikan mereka secara historikal. Dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dari bahan- bahan perpustakaan dan temubual secara mendalam (indepth interview), maka kertas kerja ini akan cuba menganalisis beberapa corak dan latar belakang pendidikan ulama tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam pendidikan agama khususnya. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa ulama-ulama tersebut mengamalkan talaqqi musyafahah dan mempunyai guru secara bersanad dalam setiap ilmu yang dipelajari mereka. Dapatan kertas kerja ini juga mencadangkan agar kaedah dan corak pendidikan mereka diterapkan dalam pendidikan abad ke- 21 bagi melahirkan tokoh-tokoh berwibawa dalam sejarah sepertimana yang telah mereka teladani. Kata kunci: pendidikan, talaqqi, sanad, ulama silam Terengganu, abad ke-19 PENGENALAN Ulama- ulama silam Terengganu merupakan sorang individu yang sangat membantu dalam mengembangkan agama Islam di negeri Terengganu ini. Dengan pelbagai bidang dan latar belakang pendidikan mereka menjadikan bumi Terenganu sebuah negeri yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan alim ulama’. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam pendidikan awal ulama-ulama silam ini khususnya sebelum kurun ke- 19 untuk dijadikan teladan dan model untuk masyarakat umum dan generasi akan datang. Kertas kerja ini memfokuskan kepada latar belakang dan corak pendidikan awal ulama silam Terengganu sebelum kurun ke- 19 khususnya kepada lima orang ulama iaitu Tok Pulau Manis, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh, Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan Tok Ku Pulau Manis. Mereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan Islam di Terengganu sekaligus menyemarakkan bumi Terengganu dengan kegiatan ilmu yang sangat pesat. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan dari bahan-bahan perpustakaan serta temu bual secara mendalam (indepth interview). Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: lenhi

Post on 01-May-2019

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU … fileMereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan ... Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, ohamad ... di dalam

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1409 | MEDC 2018

PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU SEBELUM

KURUN KE-19

*M.HAFIY A.MALEK, NAJIHAH ABD WAHID, FADZLI ADAM, E.IBRAHIM E.WOK ZIN,

ANAS MOHD YUNUS & JAMALLUDDIN HASHIM

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin *[email protected]

Abstrak: Pendidikan ulama-ulama silam Terengganu sebelum kurun ke- 19 mempunyai sejarahnya yang

tersendiri. Kehidupan yang mewarnai mereka dapat membentuk peribadi yang agung seperti Tok Ku

Tuan Besar (1209 H/12 Februari 1795 M- 21 Januari 1878 M), Tok Ku Paloh (1233 H/1817 M- 1335

H/1917 M) dan Tok Pulau Manis (1650an - 1736 M). Kertas kerja ini akan membincangkan ketiga-tiga

tokoh ulama tersebut berkaitan pendidikan awal mereka bagi mendapatkan latar belakang dan corak

pendidikan mereka secara historikal. Dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan dari bahan-

bahan perpustakaan dan temubual secara mendalam (indepth interview), maka kertas kerja ini akan cuba

menganalisis beberapa corak dan latar belakang pendidikan ulama tersebut bagi melihat sejauh mana

komitmen mereka dalam pendidikan agama khususnya. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan bahawa

ulama-ulama tersebut mengamalkan talaqqi musyafahah dan mempunyai guru secara bersanad dalam

setiap ilmu yang dipelajari mereka. Dapatan kertas kerja ini juga mencadangkan agar kaedah dan corak

pendidikan mereka diterapkan dalam pendidikan abad ke- 21 bagi melahirkan tokoh-tokoh berwibawa

dalam sejarah sepertimana yang telah mereka teladani.

Kata kunci: pendidikan, talaqqi, sanad, ulama silam Terengganu, abad ke-19

PENGENALAN

Ulama- ulama silam Terengganu merupakan sorang individu yang sangat membantu dalam

mengembangkan agama Islam di negeri Terengganu ini. Dengan pelbagai bidang dan latar

belakang pendidikan mereka menjadikan bumi Terenganu sebuah negeri yang penuh dengan

ilmu pengetahuan dan alim ulama’. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengetahui dengan lebih mendalam pendidikan awal ulama-ulama silam ini khususnya sebelum

kurun ke- 19 untuk dijadikan teladan dan model untuk masyarakat umum dan generasi akan

datang.

Kertas kerja ini memfokuskan kepada latar belakang dan corak pendidikan awal ulama

silam Terengganu sebelum kurun ke- 19 khususnya kepada lima orang ulama iaitu Tok Pulau

Manis, Tok Ku Tuan Besar, Tok Ku Paloh, Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan Tok Ku Pulau

Manis. Mereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan Islam di

Terengganu sekaligus menyemarakkan bumi Terengganu dengan kegiatan ilmu yang sangat

pesat. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan

dari bahan-bahan perpustakaan serta temu bual secara mendalam (indepth interview).

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU … fileMereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan ... Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, ohamad ... di dalam

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1410 | MEDC 2018

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TOKOH-TOKOH ULAMA SILAM

TERENGGANU

Ulama merupakan pewaris para anbiya’. Mereka mempunyai keperibadian yang sangat unggul

dan bijaksana khusunya di dalam bidang agama. Ramai tokoh-tokoh ulama khusunya di

Terengganu telah banyak mengubah corak pemikiran dan kehidupan masyarakat. Pengorbanan

mereka dalam mendidik dan mengasuh masyarakat sangat memberi impak kepada masyarakat

sehingga hari ini khusunya di bumi Terengganu.

Pelbagai latar belakang pendidikan daripada tokoh-tokoh ulama-ulama Terengganu

sama ada mereka perolehi dari pengajian di dalam negeri dan timur tengah. Mereka juga telah

mengikuti pengajian secara bertalaqqi musyafahah bersama ulama-ulama yang sangat terkenal

akan kehebatan kealimannya dan berguru bersama pengarang kitab yang mereka pelajari.

Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan ulama-ulama silam Terengganu telah

memberi sumbangan yang sangat hebat dari sudut keilmuan mereka kerana dengan berkat

kesungguhan mereka mendapatkan sesuatu ilmu tersebut, mereka turun kepada masyarakat

untuk memberi kefahaman dan mengajar berkaitan ilmu agama sendiri.

Pendidikan awal Syeikh Abd Malek Bin Abdullah (Tok Pulau Manis)

Syeikh Abdul Malek adalah seorang tokoh ulama yang terawal mengasaskan pendidikan Islam

di bumi Terengganu. Menurut Muhamad Abu Bakar (1991) menyatakan bahawa Tok Pulau

Manis telah mendapat pendidikan awal oleh ahli keluarganya sediri. Beliau telah melanjutka

pelajaran di Acheh dan telah mendapat Pendidikan oleh ulama Acheh yang bernama Syeikh

Abdul Rauf Singkel (1030-1105/1620-1693). Ketika Tok Pulau Manis belajar di sana, beliau

telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang di dalam Bahasa melayu oleh Syeikh Abdul

Rauf Singkel. Kemungkinan besar boleh dikatakan bahawa pengajian yang telah diperolehi oleh

Tok Pulau Manis adalah zaman pengukuhan ahli al- Sunnah wa al-Jamaah di alam Melayu.

Berdasarkan penyataan Syafie Abu Bakar di dalam bukunya Syeikh Abdul Malek bin Abdullah

dan karangan-karangannya ada menyebut bahawa Syeikh Abdul Malek telah dihantar ke Mekah

untuk menyambung pengajiannya. Beliau berhijrah ke Mekah sekitar tahun 1680 dan ketika itu

beliau berumur 30 tahun. Syeikh Abdul Malek telah mendapat pendidikan dan berguru oleh

ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al- Kurani (1025-1101/1616-1690) dan merupakan

guru kepada Syeikh Abdul Raud Singkel. Ketika Syeikh Abdul Malek menagambil pengajian

di Mekah dan Madinah, beliau telah memberi penumpuan kepada ilmu-ilmu fiqh, usuluddin,

dan tasawuf di samping ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lain seperti nahu, saraf dan sebagainya.

Dalam memahami fiqh as- Shafi’e, Syeikh Abdul Malek telah berguru Bersama Syeikh Ibrahim

ak- Kurani yang menggantikan Ahmad Qusyashi yang merupakan pengajar kepada pengikut

mazhab as- Shafi’e. Dalam memahami bidang usuluddin, Syeikh Abdul Malek telah mengikuti

pendekatan Imam al- Ashari yang menjadi pegangan umum kepada pengikut ahli al- Sunnah wa

al- Jamaah. Bidang tasawuf yang diceburi oleh Syeikh Abdul Malek berdasarkan etika ubudiyah

al Imam al- Ghazali. Syeikh Abdul Malek adalh seorang yang sangat cenderung kepada bidang

tasawuf. Beliau telah melibatkan diri dalam tarekat yang dipilihnya iaitu tarekat Shadiliyah yang

berkembang di Mesir dan diasaskan oleh Abu al- Hasan al Shadili (M. 656/1258) yang berasal

dari Maghribi. Beliau telah mengenali tarekat ini melalui penulisan kitab Hikam yang dikarang

oleh Ibnu Ata’ulah (M709/1309) di samping al Tanwir fi Isqat, Lataif al Minan dan Taj al-

Arus. Syeikh Abdul Malek telah memberi perhatian terhadap tokoh-tokoh ulama tasawuf yang

terkenal dan menjadi rujukannya yang berjumlah tidak kurang daripada 143 orang.

Bidang pengajian penting yang keduanya adalah pengajian fiqh dan beliau telah berguru

bersama Syeikh Ibrahim al- Kurani. Antara kitab-kitabyang digunakan semasa pengajiannya

adalah Daw’ al- Shama’ah karangan Jalaluddin al- Sayuti, Minyat ahl al- Wara’ karangan

Syeikh Ahmad al- Qushashi yang merupakan guru kepada Syeikh Ibrahim al- Kurani, Minhaj

al- Talibin karangan Imam Nawawi, Tatimmah oleh ibn Matuli al Hawi oleh al- Mawardi,

Nihayah oleh Imam Ramli, Fath al-Wahab oleh Abu Yahya Zakariyya al- Ansari, Fath al- Qarib

oleh Muhammad Abu Qasim al- Ghuzza, al- Mihaj al- Qawin oleh Ahmad bin Hajar al-

Haytami, Tuhfah al- Muhtaj dan Fath al Qarib karangan Muhammad al- Sharbini al- Khatib,

Page 3: PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU … fileMereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan ... Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, ohamad ... di dalam

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1411 | MEDC 2018

Mahalli karangan Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Rawa, Fath al- Muin Sharb Qurrat al

‘Aya oleh ibn Hajar, Bahjat karangan Imam Yahya Abu Bakar ‘Amiri, Kitab al- Farwiyyah

karangan Syeikh Ibrahim al- Kurani.

Pendidikan awal Syekh Abdul Qadir Bukit Bayas

Syeikh Abdul Malek merupakan antara tokoh ulama Terengganu dan merupakan guru kepada

Tok Ku Tuan Besar. Menurut Hasanuldin (2014) ada menyatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir

telah mendapat pendidikan awal di beberapa pondok di Patani. Antara pondok yang pernah

menjadi tempat Syeikh Abdul Qadir mendapat pengajian adalah di Pondok Kuala Bekah, Patani

bersama Syeikh Dawud bin Abdullah al- Fatani dan pondok yang lain juga iaitu Pondok Pauh

Bok. Seterusnya Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas telah melanjutkan pengajian di Mekah dan

Madinah bersama Syeikh Dawud al- Fatani (Wan Mohd Soghir, 1997; Ahmad Fathy al- Fatani,

2002; Ahmad Fathy al Fatani, 2011).

Berdasarkan penyataan Hasanuldin (2014) ada menyatakan bahawa Syeikh Abdul Qadir

Bukit Bayas pernah belajar dengan Syeikh Dawud al- Fatoni walaupun dari segi nasabnya

Syeikh Dawud al- Fatoni adalah pangkat datuk kepada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Antara

guru-guru beliau ketika beliau mendapat pengajian di Mekah adalah Syeikh Muhammad Salih

bin Abdul Rahman Pauh Bok al- Fatani dan Syeikh Muhammd Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh

daripada ulama-ulama Nusantara. Turut dinyatakan oleh Sharifah Afidah Syed Hamid (1990);

Wan Mohd Soghir (1997); Zakaria Mustaffa (2011) bahawa guru semasa Syeikh Abdul Qadir

belajar di timur tengah termasuklah Syeikh Muhammad Salih bin Ibrahim, Syeikh Ahmad al-

Marzuki, Syeikh Mustafa Fath Allah merupakan anak murid kepada Syeikh Ibrahim ibn Hasan

al- Kurani al- Shattari dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, apabila Syeikh Abdul Qadir berhijrah ke Terengganu, beliau

sudah dikenali sebagai tokoh ulama. Adpun berkaitan guru-guru yang telah menurunkan

ilmunya kepada beliau, tiada riwayat yang mensabitkan pertemuan beliau bersama mereka.

Nama- nama gurunya telah telah disebut adalah kerana mereka hidup sezaman dengan Syeikh

Abdul Bukit Bayas (Ahmad Fathi al- Fatani, 2002; Ahmad Fathi al- Fatani, 2011).

Ringkasnya, tidak banyak diketahui catatan yang direkodkan secara bertulis berkaitan

latar belakang pendidikan, guru-guru, tempat pengajian dan hal-hal yang berkaitan dengan

Syeikh Abdul Qadir ini.

Pendidikan awal Sayyid Muhammad bin Zayn al Abidin (Tok Ku Tuan Besar)

Tok Ku Tuan Besar adalah tokoh yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam Terengganu satu

ketika dahulu. Menurut Engku Ibrahim (2016) menyatakan bahawa Tok Ku Tuan Besar sudah

menjadi yatim sejak beliau dilahirkan lagi. Walau bagaimanapun, Tok Ku Tuan Besar

mempunyai seorang ibu yang salihah dan enam bapa saudaranya di Terengganu. Bapa-bapa

saudara Tok Ku Tuan Besar adalah seorang ahli ilmu yang mempunya kedudukan oleh

masyarkat. Besar kemungkinan Tok Ku Tuan Besar telah mendapat pendidikan awal ketika

masih kecil dari sebelah ibunya sendiri kerana bapa saudaranya belah bapanya iaitu Sayyid

Muhammad bin Sayyid al-Aydarus telah berhijrah ke negeri lain selepas menetap di Terengganu

(Engku Ibrahim, 2016; Syed Omar, 2010, Syed Mohd Fadil 2010).

Berdasarkan kajian Engku Ibrahim (2016) turut menyatakan bahawa corak pendidikan

Tok Ku Tuan Besar berkonsepkan pendidikan tasawuf Bani Alawi yang merupakan corak

pendidikan keturunan nenek moyang sebagai panduan utama untuk memahami ajaran Islam.

Tok Ku Tuan Besar juga telah mendapat pendidikan melalui dalam negeri dan luar negeri.

Terdapat dua tokoh ulama Terengganu yang diketengakan sebagai guru Tok Ku Tuan Besar

yang berasal daripada Patani. Dua tokoh tersebut adalah Syeikh Abd Qadir bin Abd Al Rahman

Bukit Bayas (1864M), mufti pertama Negeri Terengganu dan Hj Wan Abd Allah bin

Muhammad Amin (1889M), mufti kedua Negeri Terengganu.(Ambak Ismail, 1987; Omar

Musa, 1991). Tok Ku Tuan Besar telah belajar di Pondok Syeikh Abdul Qadir di Kampung

Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Adapun Muhamad Abu Bakar (1991) mengetengahkan

pendapat beliau bahawa Tok Ku Tuan Besar hanyalah rakan seperguruan sahaja ketika berulang

Page 4: PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU … fileMereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan ... Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, ohamad ... di dalam

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1412 | MEDC 2018

alik berguru bersama Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Beliau juga telah melanjutkan pengajian

di Masjidil Haram, Mekah. .(Khairuddin Hj. Muhammad, 1981; Ambak bin Ismail, 1987).

Beliau telah belajar di Mekah selama 17 tahun dan ketika itu umur Tok Ku Tuan Besar adalah

20 tahun (Wan Husin Wan Embong, 1991).

Tok Ku Tuan Besar juga pernah melanjutkan pengajiannya di Hadramaut dan antara

gurunya ialah Sayyid Abd Allah bin Umar bin Yahya (Sayyid Muhammad al- Aydarus, 1267)

merupakan seorang tokoh ulama Hadramaut, Tarim ketika itu. Beliau juga telah berguru

bersama Syeikh Abd Al- Baqi bin Muhammad Salih Shia’b di Madinah dan Syeikh Dawud bin

Abd Allah al-Fatani di Mekah (Wan Mohd Soghir, 2000; Syed Hadzrullathfi). Beliau juga telah

mendalami pelbagai ilmu antaranya ialah fiqh, usuluddin, tasawuf, tafsir, hadis, Bahasa Arab

dan sebagainya dari peringkat pertengahan dan lanjutan setelah mendapat pendidikan asal

daripada ahli keluarganya di Terengganu. Ringkasnya, Tok Ku Tuan Besar telah menuntut ilmu

di Mekah, Madinah dan Yaman.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Daripada kupasan di atas, maka kertas kerja ini membuat beberapa rumusan terhadap

pendidikan awal ulama-ulama silam Terengganu, antaranya:

i. Ketiga-tiga tokoh ulama ini mempunyai latar belakang pendidikan awal mereka

bermula daripada ahli keluarga mereka sendiri. dengan pentarbiayaan yang sangat

menerapkan pendidikan agama sehingga lahirlah tokoh-tokoh ulama yang telah

mendidik dan membantu masyarakat dalam pendidikan dan pentadbiran negeri

Terengganu.

ii. Ketiga-tiga ulama ini juga telah mendapat pendidikan di dalam dan luar negeri. Mereka

juga telah mendapat pengajian secara talaqqi musyafahah iaitu secara berhadapan dan

bersemuka dengan guru-guru di kalangan ulama-ulama yang terkenal dalam pelbagai

sudut ilmu.

iii. Ketiga-tiga ulama ini juga mempunyai jalur keturunan yang berbeza. Dua daripada

mereka mempunyai kaitan nasab sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w seperti Tok

Ku Tuan Besar dan Tok Ku Paloh. Jalur keturunan dua ulama ini dipelihara rapi dengan

salasilah ketunan yang lengkap. Berbeza dengan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan

Tok Pulau Manis yang mempunyai nasab keturunan yang kurang lengkap dan terputus

salasilah. Kertas kerja ini dapat merumuskan bahawa penjagaan nasab keturunan

beserta catatan rasmi peribadi adalah penting untuk mengetahui lebih jelas susur galur

keturunan dan sanad ilmu yang diperolehi.

iv. Dapat kita ketahui juga bahawa ketiga-tiga tokoh ulama ini sangat berkaitan antara satu

sama lain. Tok Ku Tuan Besar adalah anak murid kepada kedua-dua tokoh ulama ini

iaitu Tok Pualu Manis dan Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Begitu juga kepada Syeikh

Abdul Qadir Bukit Bayas merupakan anak murid kepada Tok Pulau Manis. Dapat

dirumuskan bahawa ketiga-tiga ulama ini mempunyai sanad ilmu yang berterusan.

PENUTUP

Sebagai penutup, secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga tooh ulama ini

mempunyai sejarah pendidikan yang hebat dan mantap dari sudut sanad ilmu dan tarbiyah yan

diterima. Pendekatan talaqqi musyafahah dalam pembelajaran mereka berjaya memrtabatkan

mereka sebagai tokoh-tokoh ulama silam yang ulung tanpa ada tolok bandingnya hingga ke hari

ini. Kertas kerja ini diharap dapat memberi manfaat pada masyarakat Islam dari sudut

memahami sejarah pendidikan awal ulama-ulama silam Terengganu.

Page 5: PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU … fileMereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan ... Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, ohamad ... di dalam

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1413 | MEDC 2018

PERAKUAN

Kertas kerja ini adalah hasil daripada pembiayaan dana penyelidikan di bawah kod

UniSZA/2017/SRGS/20.

RUJUKAN

Muhammad Abu Bakar. (1991). Ulama Terengganu Suatu Sorotan, Utusan Publication &

Distributors SDN. BHD

Shafie Abu Bakar. Sheikh Abdul Malek bin Abdullah dan Karangan-karangannya. Hlm. 71

Engku Ibrahim. (2016). Sayyid Muhammad Bin Zayn Al- Abidin Al- Aydarus dan Pemikiran

Ketuhanan Dalam Jawahir Al- Saniyyah, Universiti Sultan Zainal Abidin

Hasanuldin. (2014). Kitab Risalah Fi Bayan Hukm Al- Bay' Wa Al- Riba Karangan Syeikh

Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas: Kajian Teks Dan Maslahah, Kuala Lumpur,

Universiti Malaya

Zurita. (2014). Kitab Al- Kifayah Karangan Syeikh ‘Abd Al- Malek Bin ‘Abdullah: Teks Dan

Analisis, Kuala Lumpur, Universiti Malaya

Wan Mohd Saghir Abdullah, Haji. (1997), Data Kitab Risalah fi Bayani Hukmil Bai’i war Riba

Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al- Fatani di Bukit Bayas Terengganu, Kuala

Lumpur: Khazanah Fathaniyah

Sharifah Afidah Syed Hamid (1990), Ulama Terkemuka Terengganu Abad ke- 19 : Pemikiran

dan peranan mereka kepada masyarakat, Latihan Ilmiah, Sarjana Muda Jabatan Sejarah,

Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, sesi

1989/90

Wan Husin Wan Embong. 1983. Satu Analisa Pemikiran dan Peranan Sayyid Muhammad bin

Zayn al- Abidin al- Aydarus (Tok Ku Tuan Besar Terengganu) Dalam Perkembangan

Islam di Terengganu. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Syed Omar bin Syed Ahmad, 2010. Biodata Tok Ku Tuan Besar , Kampung Cabang Tiga Kuala

Terengganu. Temubual, 15 ogos

Syed Mohd Fadil bin Syed Omar. 2010. Biodata Tok Ku Tuan Besar, Kampung Cabang Tiga

Kuala Terengganu. Temubual, 15 November

Ahamad Fathi al- Fatani (2011), Ulama Patani di Terengganu : Sejarah dan Peranan (Dari Tuan

Hasan Besut hingga Haji Abdul Rahman Pombeng, dalam Prosiding Nadwah Ulama

Nusantara (NUN) IV, Universiti Kebangsaan Malaysia , 22-26 November 2011

Zurita. (2018). Temubual di Blok Khalid, Universiti Sultan Zainal Abidin pada 1 September

2018 jam 10 pagi

Syed Hadzrullatfi Syed Omar. (2018). Temubual di Blok Khalid, Universiti Sultan Zainal

Abidin pada 1 September 2018 jam 11 pagi

Page 6: PENDIDIKAN AWAL ULAMA-ULAMA SILAM TERENGGANU … fileMereka merupakan ulama-ulama terawal dalam sejarah pendidikan ... Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, ohamad ... di dalam

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

1414 | MEDC 2018